Minggu ini di Kebun Bahagia Bersama adalah musim bunga berwarna mauve. Antara yang berbunga berjurai-jurai di depan pintu pagar melilit kepada pokok lipstick palm ialah Garlic Vine. Pokok bunga garlic vine juga boleh ditanam di dalam pasu. Tempat deretan kedai biasa tukang kebun buat tempat Self-Collect ada tuan pokoknya tanam garlic vine dalam pasu. Bulan ini ada ready stock semula yang dah lama dalam wish list menunggu Garlic Vine.
More info about Garlic Vine klik sini.
~ Garlic Vine (False Garlic) ~
1 pot RM8.00 .
Yang sukakan musim hujan ini dan rajin berbunga adalah Keladi Bunting yang begitu mudah untuk dibela sesuai untuk novice gardener.
More info mengenai Keladi Bunting klik sini.
~ Keladi Bunting (Water Hyacinth) ~
2 pokok RM5.00 .
Yang juga menyerikan pintu pagar depan di tempat yang lebih redup ialah Blue Crossandra. Blue Crossandra yang dah selesa lama tumbuh di sini tak pernah pun tukang kebun siram masa musim kemarau tetap bahagia. Nak cari tumbuhan yang boleh berbunga dan selesa di tempat kurang cahaya, Blue Crossandra antara pilihan yang disyorkan.
More info about Blue Crossandra click here.
~ Blue Crossandra (Blue Twilight) ~
1 pot for RM7.00 .
Orkid jenis ini pun galak berbunga bulan ini. Tukang kebun tak pasti namanya apa. Bolehlah kongsi namanya jika tahu.
Gardeners yang warna kegemarannya ialah mauve, bolehlah intai koleksi pokok-pokok yang mengeluarkan bunga berwarna mauve di page blog Kebun Bahagia Bersama ' Bunga Warna Mauve/Lilac/Lavender' (klik sini). Kesemuanya ada stock.
Tidak ketinggalan juga sekarang musim buah Terung Susu Kambing yang bunganya berwarna ungu di Kebun Bahagia Bersama. Ada juga beberapa pokok terung susu kambing sedang masih tidak putus-putus menghasilkan bunga lagi.
Info lanjut mengenai Terung Susu Kambing klik sini.
~ Terung Susu Kambing (Solanum mammosum)~
Anggaran 10 biji benih 1 pek RM3.00 .
Yang ingin Self-Collect goodies dari Kebun Bahagia Bersama esok antara pukul 5:30~6:00 petang boleh buat temujanji dengan tukang kebun sebelum pukul 4 petang ya (kebunkmg@gmail.com).
as salam Diana,
BalasPadamreserve makngah garlic vine satu n terung susu kambing tu sepek. Tak nampak gambar daun orkid tu, payah juga nak teka jenisnya...bunga macam orkid lemba pun ada...
Salam Bahagia MakNgah,
BalasPadamKami dah pos awal pagi tadi.
Moga esok Pos Laju dapatlah ke sekolah.
Daun dia berlainan dari orkid lemba rasanya.
Nanti tukang kebun ambil gambar lain yang ni pun dah tenggelam dengan daun bauhinia kockiana yang mula merimbun semula tak de masa nak pangkas.