Halaman

Rabu, 31 Disember 2014

Tanjung Aru Malam Natal

  Kami tiba di Sabah pada petang Christmas 2014. Seperti biasa mulalah nak lepaskan mengidam nak mencari jus avocado pada malam Hari Natal tersebut. Ingat nak pergi port tukang kebun biasa pergi. Tapi Tuan Tanah ajak ke Tanjung Aru lepak minum jus. Anak-anak layan je sebab tempat ni banyak kenangan Tuan Tanah dan Big Boss berdating zaman dulu kala.
 Selain dari melepaskan mengidam minum jus avocado ialah makan mempelam potong muda. Tak tahu kenapa tukang kebun rasa mempelam muda potong di Sabah ni rasa lain dari Semenanjung Malaysia. Jadi bila balik ke Sabah mesti asyik pulun makan mangga muda (ambil gambar dalam plastik nak habis dah). Seperti biasa Big Boss mesti tanya tukang kebun ni tengah pregnant lagi ke. Tak delah mempelam muda ni biasalah benda mesti makan macam mencari nasi. Nasib baik di Tanjung Aru pun adalah syurga untuk orang yang suka makan benda-benda masam macam jeruk juga pelbagai pilihan.
 Yang ingin bersantai-santai di Tanjung Aru sambil snacking banyak pilihan yang ada seperti kacang tanah rebus dan jagung rebus. Tapi kacang tanah rebus yang dibuat sendiri beli kacang tanah segar di Tamu sebenarnya lebih sedaplah.
 Sate dan kepak ayam panggang pun ada untuk yang nak isi perut lebih sedikit. 
 Di persisiran pantai pun tidak menjadi gelap pada waktu malam bercahaya-cahaya ada gerai-gerai kecil menjual alat permainan. Nenek Ilhan kata wah Ilhan kalau ada mama dia tak berani nak buka mulut nak minta. Kalau jalan dengan nenek atuk kalau tak dapat muka pandang atas macam nak sampai ke langit tengok. Ilhan bermanja lama dengan atuk nenek cuti sekolah panjang ni lama sejak awal bulan ikut atuk balik.
  Sebelum bertolak ke Sabah terdapat pelbagai bunga baru je nak mula musim bunganya seperti French Marigold. Bagaimanalah keadaan mereka sekarang.

~ French Marigold Marietta ~
Anggaran 30 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .
 Musim bunga Mexican Sunflower Red Torch juga sedang meriah berbunga.

~ Red Torch Mexican Sunflower ~
Anggaran 10 biji benih dalam 1 pek RM3.00  (Tithonia rotundifloria).


 Cepat betul rasa tahun 2014 berlalu. Esok dah masuk tahun baru 2015.

Apakah azam baru atau projek baru di kebun gardeners lain tahun depan?

Jika pembaca blog Kebun Bahagia Bersama membaca posting ini di sebelah pagi hari ini, kebarangkalian tukang kebun sedang bahagia di Tamu Tamparuli ya.

Selasa, 30 Disember 2014

Poturidong River Crossing

 Akhirnya hati yang merindui pun terubat juga setelah setahun setengah tidak menjejak kaki ke kampung Big Boss. Jambatan river crossing telah siap tahun ini ingat sempatlah rasmi pada hari pertama balik kampung boleh terus naik kereta ke rumah. Tapi sekarang ini musim hujan jadi sungai banjir besar pada 26hb Disember 2014 tak dapatlah kami river crossing dengan kereta buat pertama kali-nya. Lagipun air sedang deras nanti tak dapat control kereta hanyut masuk ke dalam sungai satu hal pula. Seperti biasa kenalah gunakan jambatan gantung nak sampai ke rumah. 
 Ilhan dan Rayyan pun dah berani meniti sendiri jambatan gantung tanpa dipegang tangan. Cuma lamalah orang di belakang nak tunggu diorang seberang sungai. Tangan-tangan dewasa pula masing-masing penuh dengan barang-barang yang perlu dibawa balik ke rumah Poturidong. Satu kerja lagi nak transport in training security guard, hadiah harijadi adik lelaki untuk menjaga big boss nanti. 
 Paling lena malam pertama tidur di Poturidong untuk tukang kebun bulan ini. Cuaca nyaman dan bunyi arus sungai mendodoi asyik lena. Cuma tikus hutan yang berlegar-legar atas atap rumah tak kasi membuta lama-lama bising berjalan-jalan dalam atap. Tikus hutan ni big boss pernah terserempak besar luar biasa berkejaran sebab menculik stok biji benih big boss dari tukang kebun. Adik lelaki pun pernah nampak tikus hutan ni membawa lari sebungkus maggi, katanya kaki besar panjang macam kangaroo tikus hutan ini besar dah nampak macam kucing dah. Bangun menghirup udara segar, mengintai di luar dari tingkat atas dah nampak Big Boss dah mula berkebun.
 Disebabkan bahagian Poturidong kereta tidak dapat buat river-crossing, maka kampung yang lebih jauh dari Poturidong seperti Mantaranau cuma mampu sampai ambil tetamu dari depan rumah kami yang baru melintas jambatan gantung. Pada pagi Sabtu ada rombongan meminang dari Tenom datang ke kampung Mantaranau.
 Tuan Tanah yang sentiasa ramah rajin ajak berborak sementara menunggu second trip kereta datang ambil ahli rombongan meminang kata orang Murut pun dah ada nak jadi ahli keluarga dah sampai ke kampung kita ni. Big boss dah agak pada mulanya rombongan dari Tenom ni kebarangkalian orang Murut sebab kawasan Tenom biasanya orang Murut ramai. Eloklah kampung makin 1 Malaysia dah banyak campuran. 30 lebih tahun dulu pun wakil rombongan nak jodohkan orang Melayu dan orang Dusun dekat kampung ni pun sudah ada. Walaupun perjalanan mereka jauh nak pergi meminang dengan jalan yang tidak berapa baik di atas urusan niat baik tetap diteruskan. Kalau tidak awal tahun ini masih perlu mereka jalan kaki ke kampung Mantaranau jika bukan banyak jalan sudah dibuka dan diletak batu gravel walaupun bukan tar. 
 Teringat zaman kecik-kecik masa masih jalan gravel dari pekan Tamparuli ke kampung naik kereta 4 wheel drive style lama naik duduk di belakang seperti ini.
 Banyak juga anak-anak pokok yang Big Boss semai dari biji benih dipindahkan Sabtu lepas. Yang dalam kereta sorong pun baru 20% dari jumlah yang dipindahkan. Banyak Big Boss pindahkan durian hutan kali ini dari asal pokok yang ditanam oleh arwah atuk. Kali ini di rumah baru di KingFisher pun kebanyakkannya Big Boss semai sendiri sebab Big Boss kata from seeds lebih kuat pokoknya dari yang grafted. Anak pokok kelapa gading dalam kereta sorong tu diimport dari Kebun Bahagia Bersama Sungai Buloh.
 Semua mengekor Big Boss pergi menanam anak-anak pokok berdekatan dengan kubur atuk dan nenek yang tak jauh dari rumah. Adat orang Dusun kalau dekat tanah tu ada perkuburan tak boleh jual tanah tersebut. Memang arwah atuk yang pergi dahulu dah pesan supaya ianya dikebumikan di situ supaya anak cucu cicit nya ada tanah jika nak buat rumah di kawasan ini.
 Bawah kawasan ini ada sungai kecil tempat tukang kebun bermain dahulu tangkap ikan, udang dan labi-labi. Dulu masa zaman nenek ada dibela kerbau-kerbau memang kemas rumput trim hijau pendek.
 Sambil teman nenek (Big Boss) ajar anak-anak kutip biji getah. Tunjuk macam mana nak main lawan biji getah siapa paling kuat. Siapa pernah main permainan tradisi ini masa zaman kanak-kanak?
  Lepas berehat teman nenek berkebun, Uncle Danial pula bawa anak-anak buah pergi mandi sungai sebelah sungai mengalir dari Mantaranau pula. Pertama kali mereka dibawa ke sungai ini nak kena lalu kawasan semak musim hujan cepat je naik. Lepas tu kebun getah arwah atuk ini macam terbiar je tukang kebun tengok tiada siapa pergi potong getah. Bahagian cerun bawah dalam gambar dusun arwah atuk (nampak terbiar), cerun atas kebun getah atuk.
 Rupa-rupanya dalam kebun getah ini masa lalu cari jalan ke sungai terserempak dengan sepohon pokok durian. Bila tengok saiz buah yang dah kering berguguran tiada siapa ambil nampak macam saiz durian hutan ada possibility durian dalit. Lalu kami report dekat Big Boss. Big Boss pun teringat ada atuk pesan dulu dalam kebun getah atas ada ditanam sepokok durian. Lalu Big Boss mengimbas kenangan pernah arwah atuk pesan dekat dia bila dia dah pergi, tolong tanam dekat kawasan pokok durian tersebut. Tapi Big Boss kata nanti banjir besar habis bapak hanyut sekali. Lalu dirancang di tempat sekarang. Terus Big Boss tanya kami tak bawa balik anak-anak pokok durian di situ ke (sebelum tanya kami dah terfikir tengok ada anak pokok ke tidak) tapi tak de.
 Kebun getah atuk bersebelahan dengan sungai. Sungai ini mengalir dari bersebelahan Kampung Mantaranau. Jadi kami panggil yang ini Sungai Mantaranau nak bezakan dengan sungai yang di sebelah rumah selalu dengar pelancong-pelancong berteriak main white water rafting. So kawasan ini kira our own private pool lah kiranya. Jadi anak-anak pun bolehlah mandi macam bayi yang baru dilahirkan tanpa seurat benang pun. Geram tengok kayu hanyut besar dekat belakang tu macam cantik diletakkan pelbagai jenis orkid menghiasinya. Ini pun musim hujan kena hati-hati tengok perubahan awan, takut dekat sebelah atas kalau hujan boleh tiba-tiba sungai akan banjir naik dengan begitu cepat. Shhh....our own secret Eden.
  Lepas mandi sungai pula rushing ke Open House Christmas. On the way balik di Pekan Kiulu boleh nampak puncak Gunung Kinabalu.
 Akhirnya pada hari ke-dua di Poturidong, air sungai dah surut jadi bolehlah kami buat pertama kalinya lalu Poturidong River Crossing dengan kereta. Arwah Atuk antara yang awal buka kampung di sini, sampai dah ada cicit barulah dapat naik kereta terus sampai ke rumah dan tidak susah nak angkat-angkat barang lalu jambatan gantung.
 Alang-alang dah dapat naik kereta, setelah sekian lamanya tukang kebun tak berjalan-jalan hingga kampung Mantaranau sejak tinggalkan zaman remaja, adik lelaki Danial bawa jalan sehingga sana walaupun jalan lecak dan berlubang dah senja sebelum balik rumah. Sebab dah senja nak cepat jadi no-stopping ambil gambar rushing jadi blur-blur photos. Nanti gelap tak nampak lubang-lubang bahaya.
  Kami lalu padi bukit saudara yang dah mula masak bersebelahan sungai. Cantik nampak kawasan ini kalau bukan dah gelap dan gambar ambil sedang bergerak dalam kereta. Sampailah sebelum melintas ke Mantaranau River Crossing. Anak-anak orang Mantaranau dulu sehingga sekarang jauh tau nak pergi sekolah nak kena lalu kampung kami lagi hingga ke pekan kiulu berjalan kaki. Kalau musim hujan lagilah lecek. Pukul 6 pagi lagi dah nak kena berjalan nak sampai sekolah. Big Boss selalu kagum dengan anak-anak mereka walaupun sukar nak ke sekolah tapi sekarang ni dah lahir 3 medical doctor dari kampung Mantaranau.
 Sungai-sungai di sini memang cantik. Jauh berbeza keindahan semula jadi sungai di sini berbanding dengan Taman Negara Pahang. Semoga berkekalan hingga akhir zaman. Tuan Tanah (papa) pula dah mula merancang nak merealisasikan dream nak bina home-stay tepi sungai. Tengah buat kiraan budget nak minta peruntukan untuk jambatan gantung baru kalau boleh bina terus sampai ke tanah kami. Jadi tak perlu nak naik turun bukit (tengok jambatan gantung sekarang pun horror kan). Papa pun dah makin tua dah berapa kali asyik terslip dekat bukit lebih lagi bila licin musim hujan.
 Ada sekali tu hanya mama dan papa sahaja yang balik, Sumandak 2 orang (anak dara) tu tak mau balik sekali. Papa terslip tergolek-golek di cerun nasib tak sampai masuk sungai lagi. Nasib tiada terhantuk di kepala. Mama kena kuatkan hati tarik papa naik dengan kayu panjang. Spot ini some believe "keras" sebab banyak case fatal. Jika anak-anak tak dapat teman, ada loyal guard yang teman in case. Mama pun banyak kali cerita dulu pernah arwah atuk pengsan di kebun, loyal pet yang menemaninya berlari balik rumah panggil nenek ikut ke kebun. Dahlah zaman dulu kebun jauh dari rumah, klinik berhampiran pun tiada.
 On the way balik semula ke KingFisher sebab tukang kebun nak pergi Tamu Tuaran dah alang-alang turun dan nak jumpa kawan lama. Rasa macam berjalan atas air di Poturidong River Crossing.
  Semoga tukang kebun dapat distract a little bit dari kerisauan semua penduduk Malaysia berkenan dengan dugaan banjir yang sedang dihadapi sekarang ini. Tukang kebun pun risau juga ini.

 Moga tukang kebun tak membuat pembaca bosan dengan jurnal panjang balik Kiulu tahun ini.

Isnin, 29 Disember 2014

Tamu Tuaran Terakhir untuk Tahun 2014

 Hari ke-4 di Sabah, untuk melepaskan mengidam makan seafood yang memang kaya di negeri ini kami ke favourite tamu for syurga penggemar seafood ialah di Tamu Tuaran. Segar-segar tangkapan mereka ada pelbagai pilihan dalam harga yang sangat murah tak dapatlah kalau di Semenanjung Malaysia. Lebih best pula sekarang musim ketam, dalam bahasa Dusun-Kadazan "Tempuyu"-ketam. Hari pertama sampai pun dah big boss masakkan ketam (tahu kami ini hantu ketam). Harga ketiga pun makan ketam.
 Big boss kata masa Tamu Tuaran hujung minggu sebelumnya harga Tempuyu sekilogram RM15.00 . Masa tukang kebun pergi harganya menurun RM13.00 sekilogram. Maknanya makin banyak ketam yang dapat ditangkap musim ini. Kadang kala tak perlu beli ikut timbang pun tak mengapa. Macam tukang kebun tanya se'tompok'/selonggok dalam gambar di bawah dapat offer RM8.00 . Setengah penjual RM10.00 selonggok/setempat. Tips dari Tukang Kebun (@bargain hunter) nak dapat harga murah ialah tengok penjual yang macam nak balik dah. Sebab penjual dekat bawah ni hasil laut yang dijual dah tak banyak mesti dah nak rasa cepat balik kasi habis jualan dah balik modal. Puas hati selonggok macam ini dengan harga RM8.00 . Kalau dekat Semenanjung 2 ekor ketam pun dah lebih RM10.00 . Biasanya bila balik Sabah jelah memang kami berhabisan  makan seafood. Kalau dekat Semenanjung tak de luxury sebegini selalu dalam kepala ingat tunggu bila balik Sabah.
 Kalau ke Tamu Tuaran memang tukang kebun akan menghabiskan banyak masa di tempat menjual hasil laut dan tempat persinggahan pertama. Seronok tengok pelbagai jenis ikan yang jarang sekali didapati dengan mudah di perairan Semenanjung Malaysia. Harga pula murah dan biasanya tak perlu timbang beli ikut longgok mudah nak agak cukup atau tidak dibuat lauk untuk sekeluarga.
 Biasanya udang yang saiz sederhana setompok/longgok adalah dalam harga RM10.00 Yang saiz giant dekat depan kali ini tukang kebun cuma mampu bargain sampai RM37 sekilogram. Dearest hubby mengada-ngada nak makan yang saiz besar. Mula-mula offer RM45. Kalau big boss selalu dapat harga RM30 sekilogram. Rasanya sebab penjual perasan yang suami tukang kebun bukan orang Sabah sebab dia tanya dari mana asal suami. Lagipun muka dearest hubby nampak nak sangat makan. Lain kali dear hubby you stand further away okay so wife can blend in really well with the locals. 
 Penjual di gerai ini pula menjual pelbagai jenis hasil laut yang menarik perhatian jarang didapati di Semenanjung Malaysia. Tukang kebun singgah beli kerang je. Sebab agak ganjil tengok kerang di sini 5 X ganda lebih besar dari Semenanjung Malaysia. Dalam gambar bawah tak berapa jelas sebab dah bubuh dalam plastik dekat 'watermark'. Selamat direbus for lunch semalam, kulit cangkerang besar tapi isi tak besar. Besar sikit jelah isinya macam biasa punya.
  Kebun Bahagia Bersama Team Members mendoakan banjir yang sedang dilalui di beberapa tempat di Malaysia ini akan bertambah surut airnya. Ada sesuatu yang selalu tukang kebun khuatir bila terkenang beberapa minggu sebelum kejadian banjir besar berlaku ialah betapa banyaknya kerang naik ke darat di beberapa persisiran pantai di Pantai Timur. Ada terdetik juga di hati something will come in the coming tide sebab salah satu benda yang luar biasa berlaku. Biasanya hidupan laut ini lebih sensitive dengan perubahan yang berlaku di dalam laut. Malahan semasa Tsunami 10 tahun lalu, ikan pun banyak naik atas darat beberapa hari sebelum berlakunya Tsunami. Pernah juga tukang kebun baca di Jepun di mana dasar laut kekadang kerap mengalami gegeran gempa bumi, sebelum dikesan oleh radar tiba-tiba udang lipan (mantis shrimp) banyak ditangkap pada luar musim di permukaan air cetek. Udang lipan ni biasanya duduk di kawasan air dalam. Kalau kita duduk dengan harmoni bersama-sama makhluk Allah lain, InsyaAllah mereka membantu memberikan kita petanda  lebih awal dari man-made machine devices.
 Salah satu penyebab banjir kali ini disebabkan masa air pasang laut lama dan tidak beberapa ada masa pusingan air laut surut. Sekadar andaian tukang kebun yang entah apa-apa sahaja, tetapi kadangkala seakan petunjuk ada diberikan kepada kita awal untuk persediaan sesuatu akan berlaku. Sebab dah beberapa kali ada kejadian contoh tiba-tiba hidupan laut nak ke darat dengan jumlah luar biasa, datang pula sesuatu yang tidak didugai selepasnya. Tukang kebun pun berdebar-debar meninggalkan Kebun Bahagia Bersama seketika semasa keadaan mudah banjir sekarang. Kasihan kepada yang ditinggalkan sementara dan ditanggungjawabkan menjaga kebun jika kena hadapi dugaan banjir masa kami ini tengah berehat cuti.
 Rupanya isi kerang seperti di atas gambar pun boleh makan (tak cuba kali ini not up to the challenge). Kata penjual: "Rebus dulu, kemudian isinya boleh dikeluarkan dan masak ala goreng." Kalau sesiapa tak nak makan isinya pun, kulit cangkerang pun cantik sebagai hiasan bonus. Lupa dah nama yang diajar.
 Sebelum gerak ke Tamu Tuaran tanya Big Boss nak pesan apa-apa tak? Kalau ada pokok bunga yang menarik sahaja. Tukang kebun tengok takde menarik kali ini. Minggu sebelumnya Big Boss pergi ada pokok bunga agapanthus yang dah berbunga dibawanya balik. Tapi memang penjual tu dah kata tahun depan lepas habis perayaan Christmas baru dia menjual balik. Kali ini kalau peminat orkid memang banyak yang menarik dengan harga sangat murah. Tukang kebun orkid tak berani nak jejak lagi susah nanti susah nak control tambah collection.
 Sayur-sayuran bagi tukang kebun rasanya hari ini lebih mahal berbanding dengan sebelumnya. Mungkin sebab hari ini ramai orang. Tambahan pula masih mood bercuti. Harga sayur-sayuran di Tamu Tuaran hujung minggu lepas mahal sedikit berbanding dengan Tamu Donggongon.
  Yang menarik perhatian Abby di Tamu Tuaran ialah gerai yang menjual live stock di gambar bawah. Menangis ajak balik. Pelbagai jenis comel-comel mama pun geram rasa nak bawa balik. Rupa-rupanya big boss kata kalau ada anak ayam mutiara harga murah pun dia nak bela. Okay nanti kalau terserempak bolehlah bawa balik ayam mutiara untuk Big Boss.

Ahad, 28 Disember 2014

Heliconia psittacorum Halloween

  Antara jenis Heliconia kegemaran Tukang kebun dalam kumpulan 'Heliconia psittacorum' ialah 'Halloween'. Rupa-rupanya tukang kebun hanya ingatkan ianya adalah 'Golden Torch' tapi bila diselidik dengan lebih terperinci, kebarangkalian baka yang ditunjukkan dalam gambar ialah 'Halloween'. Perbezaan 'Halloween' dan "Golden Torch" yang lebih common tersebut ialah kerana saiz bunganya adalah lebih besar, padat dan lebih bertingkat-tingkat. Tambahan pula daun 'Halloween' adalah variegated ada splash corak kuning apabila daunnya makin tua berbanding semasa muda daunnya hijau. Jangan tersilap pula ingat daunnya sakit, tapi memang daun yang tua ada corak bintik-bintik kuning membezakannya dengan jenis baka campuran adik beradik Heliconia psittcorum golden torch yang lain. Bunga 'Halloween' juga bila tangkai bunganya dipotong tahan lama menjadi bunga hiasan fresh di dalam rumah.

 Dalam pemerhatian tukang kebun yang menarik mengenai 'Halloween' ialah pertukaran warna bunganya apabila menerima cahaya matahari lebih ke warna kekuningan dan di tempat yang lebih redup warna bunganya lebih ke warna kejinggaan. Ketinggian 'Halloween' boleh tumbuh dalam anggaran 1meter ~ 2meter. Sesuai tumbuh di full sun sehinggalah light shade. Pada musim hujan adalah masa paling sesuai untuk memindahkan atau menanam pokok-pokok jenis heliconia yang sangat mudah tumbuh di kawasan tropika kerana mereka suka cuaca yang kelembapan tinggi dan taburan hujan yang banyak. Pokok Heliconia "Halloween" bukan jenis hybrid sebab ianya juga boleh tumbuh sendiri dengan biji-biji benih. Tukang kebun perhatikan di sebelah tembok di mana 'Halloween' tumbuh yang dipisahkan dengan parit dalam di tanah kosong sebelah banyak pokok 'Halloween' tumbuh sendiri dengan subur hasil dari biji benih bertaburan yang terbang ke sebelah.

Info mengenai Heliconia psittacorum 'Halloween' juga boleh lawat laman blog in hiathus ini (klik sini).
 Selain dari biji benih, Halloween boleh ditanam dengan rhizome yang mempunyai mata tunas yang baru adalah cara yang lebih mudah. Jangan tanam rhizome tersebut terlampau dalam, asalkan rhizomenya kena cover dengan tanah untuk memudahkan tunas mudah keluar dari tanah. Pastikan pada awal permulaan menanam rhizome tersebut jangan terlampau kerap basah untuk mengelakkan dari diserang kulat. Asalkan tanah tidak kering sudah memadai. 

Heliconia psittacorum 'Halloween' ~
1 set rhizome RM15.00 .

Sabtu, 27 Disember 2014

Third Trip Tamu Donggongon

  Semalam adalah kali ketiga pengalaman tukang kebun ke Tamu Donggongon. Bila dah sampai biasalah mata melilau-lilau nak serap all the atmosphere sambil treasure hunting. Kali ini ditemani dearest hubby dan adik lelaki tukang kebun Dany. Permata-permata hati sedang lena tidur di rumah senyap-senyap kami keluar atuk dan nenek jaga nanti. Tukang kebun dah rasa kurang dari biasa orang menjual sebab masih lagi kuat bahang sambutan Christmas. Tapi adalah juga yang datang menjual hasil mereka dan menarik perhatian tukang kebun dari Kebun Bahagia Bersama. Sepertilah botol labu air yang dah dikeringkan dan diwarnakan seperti gambar di atas menyala-nyala cantik buat hiasan untuk Tahun Baru Cina nanti. Tukang kebun tak beli singgah beli sayur raja dan daun sup sahaja.
  Tukang kebun tengok sekarang ni musim menuai ubi badak dan juga pelbagai jenis labu boleh didapati di Tamu Donggongon penghujung tahun ini. Yang menarik perhatian tukang kebun ialah kulit batang kayu manis. Rempah kayu manis ini banyak yang diambil dari kawasan berbukit area Tambunan hingga Keningau menurut peniaga. On the way kawasan berbukit boleh nampak pokok-pokoknya. Tips dari peniaga ialah kalau sakit gigi berdenyut denyut patah sedikit kayu manis letak air panas suam dan kumur-kumur sambil gigit-gigit kayu manis dapat melegakan sakit gigi dalam 15~30 minit dah rasa kesannya. Juga sangat membantu dalam menghilangkan angin dari badan. Dulu masa Abby baru belajar solid food, Papa Abby suka campur sedikit serbuk cinnamon blender dalam keledek lecek Abby. Antara kegemaran baby food Abby. Cara begini naturally boleh membantu hilangkan angin dari badan si kecil. Souvenir untuk pantry tukang kebun bawa balik bekalan rempah dapur.
 Dekat Tamu Donggongon juga hari ini ramai menjual banyak barangan kering dari laut macam ikan bilis, udang kering dan ikan masin.
 Ikan-ikan air tawar segar masih hidup juga ada dijual dah siap bungkus dalam plastik seperti belut dan labi-labi. Nak scoop keluar ikan talapia merah hidup pun boleh seperti dalam container di gambar bawah.
 Ada juga yang menjual anak-anak pokok longan brazil yang mula popular sekarang. Yang menarik perhatian tukang kebun ialah buah maja yang dikatakan bagus buat jus untuk ubat bagi mereka yang ada masalah jantung. Isinya tidak dimakan. Tapi diperap beberapa hari dan dibuat jus yang warnanya seakan air ribena. Lupa nak tanya rasanya. Uncle gerai kata dia selalu amalkan minum jus maja tak pernah makan ubat hospital sihat sahaja. Badan uncle pun memang nampak sihat yang bagus. 
 Kenangan 3rd Trip Tamu Donggongon tukang kebun terserempak dengan anak pokok eucalyptes yang di Australia buat product Eucalyptes Tree Oil. Mula-mula tengok gambar label ingatkan pokok bottlebrush yang jenis berbunga putih. Tambahan pula daunnya pun amat mirip dengan bottlebrush. Jadi teringin juga sebab yang merah memang dah ada, bolehlah tambah koleksi warna putih. Pastu adik gerai tu kata ini pokok buat minyak sekian-sekian. Barulah teringat kenangan pergi Eucalyptes tree farm Kangoroo Island di South Australia dengan adik-adik perempuan dan mama (big boss). Masa menyewa 4 tahun di Adelaide pun jiran sebelah ada pokok eucalyptes besar yang selalu bila musim bunga banyak burung jenis adik-beradik parrot suka datang menyinggah. Apalagi tukang kebun tangkap anak pokoknya bawa baliklah. Mungkin big boss bagi rumah untuk eucalyptes tu dekat Kingfisher. Semoga anak pokok eucalyptes akan membesar dan memerhatikan penghuni Kebun Bahagia Bersama di KingFisher.
  Memandangkan tukang kebun kerap menerima enquiry  supaya dapat bekalkan beras bukit kampung dari Borneo. Maka yang berminat bolehlah membuat reservation (limited siapa cepat dia dapat). Bila masak beras bukit yang jenis berikut air nak lebih sedikit bila tanak nasi banding dengan beras putih commercial ya. Bila buat pesanan jangan lupa nyatakan beras yang mana satu ya.

~ Beras Merah (Brown Rice) for the health conscious dari Ranau (SOLD OUT) .

~ Beras Pandan Wangi (SOLD OUT) . ~

 Yang ini kami dah rasa semalam dari stok beras big boss. Sedap yang ni tukang kebun suka. Kalau buat beras untuk sushi atau onigiri (riceball) pun tukang kebun rasa beras ini bersesuaian. Kali pertama tukang kebun dapat beli beras jenis pandan wangi ini. Memang nak buat stock untuk dapur kami juga.

~ Beras Mutiara (SOLD OUT) ~

Jumaat, 26 Disember 2014

Limau Nipis NeverEnding

  Posting hari ini memo terakhir tuaian untuk penghujung tahun 2014 di Kebun Bahagia Bersama. Tuaian terbesar ialah buah nangka. Rambutan pun dah berguni-guni tuai. Tetapi tuaian yang tak putus-putus rezeki dipetik dari kebun bahagia bersama di backyard untuk tahun ini tak kira musim kemarau panjang, musim hujan, sepanjang minggu mesti ada ialah buah limau nipis. Jadi one of the star for 2014 ialah pokok limau nipis, tak pernah disiram, baja pun sekali dua setahun ianya thrive dalam cuaca kemarau luar biasa fenomena El-Nino tahun ini. Must give credit to pokok limau nipis sebelum akhirnya tahun 2014.
 Tidak lupa juga must give credit to kerengga juga yang banyak membantu bunga-bunganya well-pollinated menghasilkan buah. Pokok limau nipis ni bukan satu je sarang kerengga tapi ada beberapa spot juga dalam sepokok. Jadi janganlah anda aniaya dia, they do have a role for good harvest. Janganlah cepat capai tin sembur ridsect tu, fikir-fikirlah dulu. Bila tak dapat hasil you merungut pula. Tukang kebun pun dah lali tengok diorang ni, we made a pact. Aku tak kacau kau, kau tak kacau aku. Dah makin mahir nak elakkan dari mendekati sarang kerengga bila nak capai-capai petik buah limau nipis yang dah mula masak.
 Kekadang sekiranya ada buah yang masak meletop merekah macam gambar atas adalah sebab penerimaan taburan hujan/air yang tak menentu. Sekejap kering sekejap banyak pula air membuatkan buahnya split. Jadi kita dah boleh baca perubahan cuaca bagaimana dalam beberapa minggu tersebut.
 Tuaian upih di atas hadiah Merry Christmas untuk big boss yang tiap malam suka buat air citrus. Tuaian upih di bawah pula hadiah Merry Christmas untuk Auntie Janet yang memang sukakan buah canistel.

Khamis, 25 Disember 2014

Merry Christmas ! Blackberry Trifle


 Kebun Bahagia Bersama ingin mengucapkan Merry Christmas kepada pembaca-pembaca yang sentiasa mengikuti perkembangan progress kebun kami yang beragama Christian. Untuk tema Christmas tahun ini kami memilih gambar pokok balsam blackberry trifle untuk tatapan kerana bunganya yang berwarna merah bercampur tompokon berwarna putih seperti salji. Snow yang turun tiba-tiba di cuaca tanah rendah Malaysia jatuh duduk bergumpalan atas kelopak bunga balsam (Chewaah....sebab hari ini terbang di atas awan awangan kejap). Blackberry trifle pun nama macam desert yang sedap dimakan bersama seisi keluarga pada hari perayaan ini.
Keembung Raspberry Trifle

  Musim bunga di Kebun Bahagia Bersama pada bulan Disember ini antaranya ialah jenis pokok bunga keembung. Rasanya minggu ini sahaja ada sekurang-kurangnya 5 jenis pokok keembung kembang di pelbagai sudut Kebun Bahagia Bersama. Musim kegemaran semaian biji benih keembung untuk Tukang Kebun dengan perubahan cuaca wet season di Lembah Klang setiap tahun ialah antara bulan Oktober hingga ke Disember sangat mudah bagi biji benih keembung dengan hampir tiada penjagaan. Tak perlu nak fikir nak siram, anak pokoknya pun cepat meninggi dari rumpai jadi tak kalut my pace. Kerja cuma semai biji benih keembung dan pindahkan anak-anak pokok , merumput bila perlu bila growing balsam pada hujung tahun.  Biasanya pada hujung tahun inilah tukang kebun akan geledah semula seed box cari biji-biji benih keembung tahun sebelumnya untuk tanam semula dan simpan stok benih baru untuk tahun berikutnya as a seed-saver. Biji-biji benih keembung jika disimpan dengan baik boleh tahan sekurang-kurangnya 2 tahun lebih.
balsam raspberry trifle

 Rasanya pembaca yang dah lama follow Kebun Bahagia Bersama dah agak yang tukang kebun ni memang peminat setia pokok keembung. Lebih-lebih lagi bulan ini dah kerap ada posting koleksi baru jenis-jenis pokok bunga keembung. Hari ini pun posting koleksi baru pokok keembung tukang kebun untuk tahun 2014 ini jenis ‘Blackberry Trifle’. Biji benih ‘Blackberry Trifle’ yang dibekalkan kali ini adalah sebenarnya dari generasi ke-2. Generasi pertama dahulu tumbuh masa musim kemarau dan bilangan benih dikumpul pun tak mewah. Berbeza dengan bilangan biji benih dalam sekantung keembung jenis lain, Blackberry Trifle bilangan benih dalam sekantung sangatlah sedikit kerana saiz kantungnya lebih kecil dari saiz bud bunganya seperti dalam gambar di atas.

 Seperti dalam gambar corak dan warna keembung jenis “Blackberry Trifle” sangat unik dan rare dengan gabungan warna merah-keungguan bercampur warna putih. Kadangkala secara random hasil gabungan genetik biji benihnya akan menghasilkan bunga seperti gambar di bawah ini. Kelopak “BlackberryTrifle” kekadang selapis kekadang macam ada 2 lapis. Ketinggian pokoknya berbanding dengan jenis pokok keembung lain adalah standard kecil ke sederhana sangat bergantung kepada penerimaan cahaya matahari atau jenis tanah. Stok biji benih sangat limited sebab jenis “Blackberry Trifle” tak berapa mudah nak kumpul biji benihnya berbanding dengan jenis pokok bunga keembung lain.
impatiens balsamina raspberry trifle

~ Keembung Blackberry Trifle ~
Anggaran 10 biji benih dalam 1 pek RM3.00 (kebunkmg@gmail.com).



 Back in stock juga dituai bersama-sama dengan keembung blackberry trifle minggu ini ialah keembung purple painted face (info klik sini).
biji benih online jualan keembung
~ Balsam purple painted face ~
Anggaran 50 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .