Halaman

Selasa, 31 Mac 2015

Vinca White Bright Eye

  Antara tuaian segar minggu lepas dari Kebun Bahagia Bersama ialah jenis Kemunting Cina berwarna putih "Red-Eye" di mana jantung tengahnya berwarna fuchsia. Pokoknya adalah jenis renek dan mudah dijaga boleh juga ditanam dalam pasu gantung. Pokoknya juga tolerant duduk dalam keadaan partial shade. Dengan cuaca panas yang nak masuk musim kemarau walaupun hujan petang hampir setiap hari di belah petang sejak minggu lepas musim yang sesuai nak tanam pokok kemunting cina yang juga dikenali sebagai periwinkle atau vinca. Pokok kemunting cina ni bila dah lebih usianya 10 minggu dan masuk musim kemarau lebih lebat berbunga nanti. Bila pokoknya dah matang tak perlu nak siram tiap-tiap hari.

~ Open-Pollinated Vinca White Bright Eye ~
Approximately 25 seeds per packet for RM3.00 .


 Yang lebih mudah nak jaga adalah jenis Kemunting Cina putih suci seperti dalam posting ini (klik sini) juga ada stock, di mana lebih setahun pun pokoknya boleh hidup berseri-seri sesuai untuk mereka yang baru berjinak dalam dunia gardening.

~ Periwinkle Pure White ~
Anggaran 100 biji beih dalam 1 pek RM3.00 .

  Berbanding dengan Cosmos, Zinnia dan Balsam jangka hayat kemunting cina adalah lebih lama, jika dijaga dengan baik boleh hidup lebih setahun usianya. Dekat tepi driveway ini penghujung tahun lepas Zinnia Lilliput yang menceriakan ruang ini, sekarang tukang kebun tukar mood kemunting cina yang memenuhi ruang ini.

Info Zinnia Lilliput boleh lawat posting sebelum ini (klik sini).

~ Zinnia Lilliput Mixed ~

Anggaran 30 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .
 Antara tuaian segar minggu lepas dari Kebun Bahagia Bersama juga ialah jenis Wild Watermelon Balsam masuk kembali dalam senarai ready stock kami.

Info selanjutnya untuk Wild Watermelon Balsam boleh baca di posting sebelum ini (klik sini).

~ Open-Pollinated Wild Watermelon Balsam ~
Approximately 15 seeds in 1 packet RM3.00 .
  Dapat juga dituai biji benih segar seri pagi Scarlett O'Hara dari Kebun Bahagia Bersama minggu lepas.

~ Morning Glory Scarlett O'Hara ~
Anggaran 10 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .
  Syukur Alhamdulillah beberapa jenis biji-biji benih dapat dituai dari Kebun Bahagia Bersama untuk dibekalkan secara direct kepada gardeners di Malaysia ini dari kebun kami di Lembah Klang ini. Biji benih grown in Malaysia ya 100% local dalam posting ini.

Isnin, 30 Mac 2015

Weekend Water Lily

  Semalam hari Ahad nyaris tukang kebun tak perasan yang teratai ditanam dalam pasu berair bersebelahan pokok tanjung berbunga pada pertama kalinya di Kebun Bahagia Bersama. Yang ini tukang kebun pun tak pasti warna apa rupanya pink and white. Sibuk dengan nak kumpulkan pesanan anak-anak pokok di workbench luar untuk persiapan packing lewat petang nanti ke hulu hilir dengan kereta sorong tiba-tiba nampak teratai ni kembang terkejut tukang kebun. Semalam dearest hubby pula sibuk memotong rumput yang panjang di keliling kawasan rumah. Bulan March ini asyik sibuk kemaskan kebun belakang sampai keliling rumah nampak dah serabut terabai.
  Selepas dah selesai sorting pesanan-pesanan yang akan dibungkus kemudian, tukang kebun sibuk pula dengan mencari rezeki fresh goods untuk dituai. Buah jambu air pun dah banyak yang masak bersepah-sepah jatuh ke tanah tak termakan pun oleh binatang liar dan jinak. Dapatlah petik-petik mana yang tercapai untuk permata-permata hati isi perut. Sambil itu dipetik juga daun sayur asin dan telur pipit dari kebun belakang. Lemon Tahiti pun adalah beberapa butir yang nampak dah nak kekuningan masak. Dearest hubby nampak tukang kebun longgok buah katak puru atas meja kata siapa punya rezeki untung hari ini dipos. Katak puru asam boi tukang kebun buat Jumaat lalu pun sendiri tak sempat merasa bila teringat dah habis dah.
  Takpelah dapatlah juga buat sebesen sederhana besar mempelam asam boi pula lepas Isyak semalam dari tuaian petang. Rasa-rasanya ini pun macam cepat habis juga dengan banyak hantu asam dalam rumah ini.
  Juga dituai pada Hari Ahad semalam ialah buah canistel dan ciku untuk Pasar Online Buah Kuning Telur Kebun Bahagia Bersama yang sedang dilanjutkan juga kepada bulan April bagi yang ingin membuat tempahan. Reservation untuk 1st week April dah penuh. Jadi kena tunggu giliran minggu selepas itu.

~ Pasar Online Buah Kuning Telur Kebun Bahagia Bersama ~

1 kilogram buah kuning telur + Hampir 1 kilogram tuaian segar lain dari Kebun Bahagia Bersama ikut fresh harvest of the day Tukang Kebun selection + Kos penghantaran dalam kawasan Semenanjung Malaysia = RM20 se-pek.  (Untuk tempahan hantar email ke kebunkmg@gmail.com).
  Siapalah agaknya terima pesanan Pasar Online Kebun Bahagia Bersama esok, akan tukang kebun inform malam ini dengan tracking no. Minggu ini kandungan pakej Pasar Online Kebun Bahagia Bersama ialah buah Kuning Telor, Ciku, Lemon Tahiti, Katak Puru dan Mempelam Telur. Buah Kuning Telor dan Ciku kena peram sehingga lembut ya. Yang tersilap estimate potong kuning telor kalau belum penuh masak boleh buat cekodok canistel ya.

Self-Collect Schedule This Week:

~ 1st April 2015, Wednesday from 9:00PM~9:30PM at Sungai Buloh.

~ 4th April 2015, Saturday from 5:30PM~6:00PM at Sungai Buloh.

Ahad, 29 Mac 2015

Gloria

   Penghujung bulan March ini bermulalah giliran si Gloria pula berbunga. Gloria jenis Cosmos bipinnatus yang berwarna merah jambu terang dan di tengah pusatnya ada lingkaran berwarna merah fushcia. Saiz bunganya juga boleh dikategorikan dalam saiz besar diameternya contoh perbandingan dengan jari telunjuk tukang kebun di gambar bawah ini.
 Sekuntum bunga kembang Gloria ini pula seakan malu-malu pula tukang kebun ambil gambarnya macam 2 tapak tangan tutup mulutnya.

~ Cosmos Gloria (Cosmos bipinnatus) ~
Anggaran 30 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .
 Cosmos pink dwarf masih berterusan berbunga sejak bulan lepas di tempat yang sedang semak dah lama tak weeding di tempat ini. Kalau Big Boss balik mesti pening tengok tapi sekurang-kurangnya ada distraction cosmos as wildflower hehehe....

~ Cosmos Pink Dwarf (Cosmos bipinnatus) ~
Anggaran 30 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .
  Buah mulberry juga minggu ini boleh dikatakan tiap-tiap hari ada bahagian boleh dipetik. Tukang kebun tak menyempat nak menyemai anak-anak pokok asin-asin (sayur manis) yang baru jadi jika yang berminat kami offer 10cuttings asin-asin boleh mix dalam promosi page '3 plants mix for RM10'. Kalau anak-anak pokok mulberry ada stock (RM7.00 sepot).
  Kesimpulan tuaian yang kandungan di packing untuk pengeposan Pasar Online Kebun Bahagia Bersama minggu lepas. Ikut giliran pesanan gardeners yang telah confirm, minggu lepas goodies yang disertakan ialah buah-buah kuning telor, ciku, katak puru dan lemon Tahiti. Pesanan yang akan dipos esok apa agaknya ya selain dari main goodies buah Kuning Telor? Tengoklah rezeki tuaian Tukang Kebun petang nanti. Jika gardeners yang dah lama setia follow posting Kebun Bahagia Bersama biasanya macam dah agak-agak kan ikut perkembangan musim buah di sini.
  Untuk penghantaran Isnin esok dah fully reserved. Slot reservation pesanan Pre-Orders Buah Kuning Telor Pasar Online Kebun Bahagia Bersama ikut giliran bulan April inilah ya, yang belum confirmation sementara musim buah kuning telor ini. For further info boleh baca di posting sebelum ini (klik sini).

Ingin buat pesanan Pre-Orders Buah Kuning Telor Pasar Online Kebun Bahagia Bersama email to (kebunkmg@gmail.com).

Sabtu, 28 Mac 2015

Katak Puru Asam Boi

  Semalam lepas hantar Ilhan ke sekolah kebangsaan, tukang kebun buat projek Katak Puru Asam Boi untuk Abby. Tak disangkakan Abby yang sweet tooth ni suka pula Katak Puru Asam Boi, yang batch sebelumnya Abby yang perabiskan. Katak Puru Asam Boi nak kena perap lama sikit baru kick.
   Penghujung bulan March ini kembali semula musim Katak Puru. Tahun lepas sebab kemarau banyak tak berapa melekat buahnya walaupun pokoknya berbunga. Syukur Alhamdulillah tahun ini seperti revenge lebat buahnya kali ini. Pokok katak puru ini tak tinggi pokoknya mudah je nak petik buah-buah yang tumbuh di dahan.

~ Anak pokok katak puru 1 pot RM10.00 ~

  Awal pagi tengok sinki dapur banyak Kak Miz tuai buah katak puru untuk si Abby. Faham sangat dah mama Abby kekadang lupa nak pergi jenguk tengok ada buah katak puru yang masak atau tidak. Bagi hint buat Katak Puru Assam Boi untuk si Abby lah ni dah selesai dihiris-hiris bila kembali dari hantar Ilhan ke sekolah.
  Malam sebelumnya hujan lebat sungguh tapi siang keesokkan harinya rasa panas pula tak larat nak habiskan masa di luar lama-lama. Jadi capai-capai jelah apa yang ada dari kebun seperti pucuk dan buah mulberry, jambu air, kapas, kacang kelisa dan roselle. Ada juga Mary Washington asparagus yang boleh dikorek keluar.
Reward gardeners lain berbudi pada tanah hujung minggu ini apa?

Jumaat, 27 Mac 2015

Home-Made Frozen Sengkuang Popiah Stock

  Hari Rabu lepas sambil mengemas Petak 1, tukang kebun tengok ada beberapa pokok sengkuang yang dah macam habis riwayat disemai biji benihnya macam sekitar bulan November ~ Disember tahun lepas rasa-rasanya. Masa bulan lepas ada kemarau seketika kerana malas menyiram, pokok-pokok sengkuang di situ sudah tidak kelihatan beberapa subur tapi dibiarkan sahaja oleh tukang kebun kerana tak cukup tenaga dan masa. Biasanya tanaman sengkuang di belakang kebun selalu diabaikan. Sengkuang kalau terlampau nampak subur pun bahaya juga ia jadi malas nak berubi, mulalah ia seronok nak merimbun hijau dan berbunga-bunga. Ingatkan tiadalah ubinya dengan usianya baru linkungan 4 bulan dan pokoknya seperti segan nak hidup tak merimbun. Terkejutlah juga bila tengok nasib digali tangkai-tangkai pokok sengkuang yang dah nampak habis riwayat ada pula rezeki ubinya walaupun baru 4 bulan rasa puas hati dengan saiz seusia muda begitu. Sengkuang adalah tumbuhan yang bukan gila baja ya untuk mendapatkan hasil ubi dengan cepat.
  Kerana selalu dibiarkan Petak C dalam semak kadangkala tukang kebun tak perasan ada Asparagus Jersey Giant yang boleh dituai. Bulan ini dah mengemas sikit bolehlah nampak pucuk-pucuk baru yang keluar dari tanah untuk dituai. Perbezaaan Jersey Giant dan Mary Washington adalah tips spearnya di mana Jersey ada kemerah-merahan manakala Mary berwarna keputih-putihan tips spearnya.
  Hari keesokkannya Syukur Alhamdulillah ada team members Kebun Bahagia Bersama mempunyai semangat nak buat Home-Made stock frozen popiah sengkuang dengan hasil tuaian dari kebun. Tukang kebun jadi pemerhati sahaja. Bagus juga ini memberikan idea masa bulan puasa akan datang pun boleh buat frozen stock lagi untuk berbuka puasa dan juadah ketika masa raya. Save budget dan save masa tak kelam-kabut. Bulan ini pun ada sudah beberapa lokasi tukang kebun semai biji-biji benih sengkuang yang dah lepas sorting yang reject punya juga bercambah dengan baik.
  Bulan ini Kebun Bahagia Bersama ada tuai batch baru fresh sengkuang seeds available. 

~ Approximately 15 fresh sengkuang seeds 1 packet RM3.00 ~

Bulk seeds on offer for March 2015 only : 100 sengkuang seeds for RM10.00 .

Khamis, 26 Mac 2015

African Spear

   African Spear yang mudah dijaga dan tahan kemarau adalah tumbuhan yang sesuai ditanam dalam pasu.  Seperti pokok kaktus, seminggu sekali disiram pun sudah memadai. Nama botani bagi African Spear ialah Sansevieria cylindrica. Ianya adalah adik-beradik kepada pokok lidah jin atau juga dikenali sebagai lidah mertua. Berbeza dengan jenis lidah mertua yang lain di mana daun batangnya adalah rata, African spear batang daunnya membulat seperti silinder. Sekali imbas tengok macam pedang samurai warna hijau atau pedang sakti.
  African spear akan teruja menghasilkan bunga apabila dirinya terdedah kepada musim kemarau. Panjang tangkai bunganya seperti batang daunnya. Bulan March 2015 ini adalah musim bunga pelbagai jenis lidah jin di Kebun Bahagia Bersama. Kalau gardeners yang selalu kata tangannya tak hijau atau tak pandai menanam, adik-beradik lidah jin seperti African spear ini sesuai dicuba untuk menambahkan keyakinan anda bersama-sama menghijaukan bumi ini. This is hard to kill plant if you don't over-water. Lazy gardener memang suka pokok lidah jin ini sebab tak banyak kerja, nak menyiram pun jarang sekali tapi laman kita sentiasa evergreen dengan adanya lidah jin. Malas-malas pun jaga dia nanti dihadiahkan bunga juga.
   Bonus diberi oleh African spear juga ialah dikatakan jenis tumbuhan yang boleh membantu membersihkan udara yang mengandungi molekul-molekul beracun berterbangan seperti kimia benzene, formaldehyde, xylene, toluene. Mereka yang baru buat renovation rumah/opis atau baru berpindah ke rumah baru elok gunakan adik-beradik lidah jin sebagai air purifier. African spear ini boleh sangat hidup dalam pasu dan dijadikan indoor plants untuk ubah-ubah tempat nak bersihkan pencemaran udara dari bahan kimia yang tidak bagus. Kalau baru beli perabot baru atau polish/varnish perabot masih kuat bau yang tidak menyenangkan, si African spear sedia membantu nak kurangkan bau yang tidak menyenangkan itu. Bukan sahaja indoor plant yang menarik tapi good air purifier. Bunganya pun sangat meriah dan menarik.

~ African Spear (Sansevieria cylindrica) ~
1 moist bare-rooted plant RM7.00 .
Penghantaran 1 Malaysia (kebunkmg@gmail.com).

Rabu, 25 Mac 2015

Progress Petak 5 March 2015

  Hari Isnin minggu ini selepas ambil Ilhan dari Sekolah Agama curi-curi masa mengemas Petak 5 yang dah lama terbiar tak cukap tenaga dan masa sebelum hantar Ilhan ke Sekolah Kebangsaan pula nanti. Baru sedar yang pokok jambu air di Petak 7 dah mula nak masak rupanya. Musim buah kali ini pun sungguh lebat. Nak berkebun di Petak 5, Petak 6 dan Petak 7 selalu kena rancang betul-betul sebab masalah utama ialah daun-daun kering dari jambu air yang berguguran. Jadi nak kena pilih tanaman yang tinggi tak kena tutup dengan daun-daun kering tu. Petak 5 selalu kena tempias daun-daun kering tersebut.
  Beginilah keadaan Petak 5 sebelum dikemaskan dah maharaja lela rumpai tumbuh dan ada juga daun-daun kering jambu air yang jatuh berterbangan di situ. Rasanya kali terakhir kemas di situ adalah awal bulan Februari lepas. Gara-gara berserabut begini tukang kebun boleh terpijak pucuk asparagus Jersey Giant yang baru terkeluar beberapa cm dari dalam tanah. Opppssss....
  Lepas dikemaskan barulah nampak apa yang ada di Petak 5 ni kan. Ada pokok lemon Big Boss semai dari biji benih dah tinggi lebih 2 meter. Yang di belakang sekali 3 pokok Nanas Madu Sabah. Tukang kebun intai ada sepokok tu dah keluar anak-anak pokok nenas dari sulur tangkainya. Anak-anak dah keluar bilalah buahnya pula nak muncul ya. Kemudian diikuti oleh pokok-pokok terung telunjuk yang baru nak berbunga. Di antara pokok-pokok terung tersebut itu ada pokok-pokok cekur sebenarnya. Kemudian barisan tengah adalah pokok-pokok asparagus jenis Jersey Giant yang ditanam Disember lepas (related posting klik sini).
 Sekarang tukang kebun tengah tension dengan si Turkey jantan yang sedang angau-angau di lamun cinta. Dia dah perasan dalam Sangkar 4 itu ada 3 remaja anak dara turkey betina. Tak taulah mana satu dia berkenan sangat. Dulu ada si Kiki (betina dewasa warna coklat) tak minat pulak. Sekarang dah angau ini asyik duduk dekat berhampiran Sangkar 4. Turkey jantan ini tak de masalah sangat lagi, yang kawan-kawan baiknya 2 ekor mutiara tu tengah hot temper sebab Turkey jantan tu tak mau main-main dengan diorang sebab asyik dok husha si anak-anak dara turkey. Sekejap beralih-alih tempat pusing-pusing Sangkar 4 tu. Rasanya dah 2 minggu dia macam dulu. Mula-mula tukang kebun ingat si Turkey ni tengah depression ke duduk je dalam Sangkar 2. Raut muka pun lain macam je. Sebab beberapa hati tu ligat bermain dengan ayam-ayam mutiara bergaduh-gaduh macam bersabung. Ingat depress merajuk dengan ayam mutiara ke sebab kalah bermain. Jadi tukang kebun pesan dekat dearest hubby jangan marah kasar sangat dengan turkey dia macam depress je. Lalu hubby kata si Turkey tu tengah angaulah dia pun perasan si Turkey asyik tak mau keluar dari Sangkar 2 sebab dok malu-malu husha-husha anak-anak dara tu. Ya Allah ya ke Turkey  jantan kami tu dilamun cinta.

  Sekarang Ayam-ayam mutiara patuk-patuk ajak keluar pun buat dunno je. Sudah kalau ayam-ayam mutiara duduk berkeliaran ikut si Turkey ini habis anak-anak pokok yang baru nak menyubur cantik keluar depan Sangkar 4 itu kena stampede dengan si 2 mutiara ini. Cemburu dengan yang anak-anak dara dalam Sangkar 4 sekarang yang hanya in Turkey jantan vision. Geramnya lah tukang kebun tengok korang ni, banyak dah pokok jadi mangsa. Cuma nak pasang fikiran positive bersabar je...kalau Turkey jantan tu dah ada pasang minat, adalah peluang nak timang-timang anak-anak ayam belanda bila yang betinanya dah matang. Bayangkan ya kita tengok manusia angau pun dah tak tahan, tukang kebun ini tiap-tiap hari kena menatap turkey jantan yang sedang angau setiap kali nak ke Sangkar 4 kasi anak-anak dara tu makan dan minum.
 Tengoklah muka si Turkey jantan yang sedang angau di sebalik pokok terung telunjuk yang baru nak berputik. Ayam mutiara pun dok menghadap pujuk ajak main berjalan-jalan. Turkey buat tak kisah sahaja. Ko duduk situ Turkey baru patahkan anak pokok tebu yang baru naik kan. Geram je tukang kebun dengan ko ni. Nasib baiklah Big Boss sayang ko. Alang-alang tukang kebun dah kemaskan Petak 5 ni, rajin-rajinlah buang baja sikit keliling pokok-pokok yang dah besar tu.

Hah ayam mutiara nanti agaknya giliran korang pula angau kut, bila yang dalam Sangkar D tu membesar.

  Beginilah pembesaran Avian PETS yang duduk di Sangkar 4 sekarang. Pembesaran anak-anak ayam daging yang dibela sejak awal bulan March ini dah 2 kali ganda saiznya. Sangat jauh bezanya pembesaran dengan anak-anak ayam kampung yang tak berapa ketara sangat. Dalam rancangan tukang kebun masuk bulan April kami tak payah beli daging ayam, memadai mula dapatkan stok ayam daging KFC dari Sangkar 4 ini. Tak tahan ayam daging KFC ini kuat makan dan tak berapa lasak seperti ayam-ayam kampung. Tukang kebun rasa bela ayam kampung lebih senang not as fragile as ayam daging. 
  Lepas kedengaran azan Zohor baru sibuk nak petik hasil-hasil dari kebun kelam kabut hujan turun dengan lebat. Sempat petik buah mulberry dari Petak 7. Kemudian daun-daun sayur raya yang melilit pagar Petak A. Kapas dikutip dari Petak 2. Biji-biji benih kapas segar available dari Kebun Bahagia Bersama bulan ini (Anggaran 20 biji benih dalam 1 pek RM3.00) . Anak-anak pokok kapas juga available (RM7.00 satu pot).
  Pokok-pokok terung telunjuk dari Petak 2 dah mula menghasilkan buah-buah sejak bulan lepas. Minggu ini baru dituai biji-biji benih segar terung telunjuk.

~ Terung Telunjuk ~
Anggaran 50 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .

Selasa, 24 Mac 2015

Harum Sundal Malam Batch March Re-Stock

 Hari Sabtu lepas tak dapat turun ke kebun cuma pagi seperti rutin harian kasi makan dan minum Avian PETS di belakang. Lepas tu sekilas cuci mata apa yang sedang kembang di Kebun Bahagia Bersama sebelum keluar hantar laptop tukang kebun yang dah nazak sejak Januari lalu asyik keluar blue screen of death je ke doktor. Dearest hubby dah buat pelbagai troubleshooting masih sakit meleret laptop kesayangan tu. Sejak January terpaksa pakai laptop lama dearest hubby punya. Sebelum bertolak hantar laptop ke doktor yang ingin menceriakan tukang kebun ialah lemon water lily dan water poppy yang kembang meriah.

~ 1 pot water poppy RM10.00 ~

atau ada March promotion, details klik here.
  Sikit lagi tak perasan orkid yang mudah nak panggil orange stripe pun dah mula tersengih lebar. Tukang kebun pun hampir lupa yang tukang kebun ikat dia atas pokok bottlebrush tahun lalu. 
 Terpaksalah hari ini lepak-lepak di 1Utama sementara tunggu doktor diagnose sakit laptop tu asyik tunjuk blue screen of death je. Kebetulan ada Korean Food Fair pula, adalah maskot jenama Lotte. Abby pula asyik berkenan nak peluk maskot nak sayang-sayang katanya tak mau lepas maskot. Kesian maskot tu Abby tak mau lepas tangan terpaksalah tukang kebun dukung umpan dengan belon percuma yang banyak dalam troli.
  Kebetulan lunch hour pula, jadi ada pertandingan siapa dapat habiskan instant noodle in cup. Jadi dearest hubby pun turut serta sekalilah dapat isi perut dengan consolation prize untuk setiap peserta. Habis lecur lelangit sebab sup panas nak habis cepat.
  Menurut doktor mungkin masalah graphic punya plate rosak nak ganti pun mahal mungkin kira-kira RM500. Kalau repair pun warranty cuma 3 bulan dan kemudian ada benda-benda lain asyik berjangkit sakit, kipas pun dah tak kuat, dan lain-lain. Kesimpulannya macam tak berbaloi baik angkat baru.....sobsobsob...I really love you lappy banyak jasamu akan dikenang. Sebelum GST bermula kenalah angkat yang baru nanti 6% dah boleh angkat microsoft software baru nak install ooooo..... Dilemalah dah biasa pakai VAIO yang tak buat production lagi. Tukang kebun punya 1st laptop VAIO, yang ini kedua punya pun VAIO...nak cuba brand apa pula ini.
  Hari ini tukang kebun nak ambil kesempatan nak annouce yang bulan March ini ada kami re-stock pokok harum sundal malam yang dah lama tertunggu-tunggu. Sebenarnya bulan lepas ada tukang kebun re-stock tapi tak announce sebab dalam waiting list pun ramai gardeners dah menunggu-nunggu. Jadi tukang kebun dah message dulu gardeners yang mana pernah email minta dimasukkan dalam waiting list untuk pokok harum sundal malam. Yang tukang kebun tak sempat email minta maaf banyak-banyak tak sengaja sebab lappy pun meragam jadi banyak data tak senang nak rujuk kembali.

~ 1 pot Harum Sundal Malam RM12.00 (kebunkmg@gmail.com) ~

Self-Collect Schedule This Week:

~ Wednesday 25th March 2015 from 8:30PM to 9:00PM at Sungai Buloh.

~ Saturday 28th March 2015 from 5:30PM to 6:00PM at Sungai Buloh

Isnin, 23 Mac 2015

Pokok Daun Salam (Nusantara Bayleaf)

  Pokok daun salam yang dikenali dengan pelbagai nama ada juga yang memanggilnya pokok serai kayu sebab dikatakan daun yang dikeringkan berbau seperti serai. Seperti bayleaf dari negara Mediterranean yang digunakan sebagai perisa dalam  sos pasta atau pizza, daun salam ini juga digunakan sebagai menambahkan perisa dan aroma dalam pelbagai juadah tradisional negara kita seperti masak lemak lantas ianya juga dikenali sebagai Bayleaf Nusantara. Kalau di Kebun Bahagia Bersama bila masak rendang negeri mesti masukkan sekali beberapa helai daun salam.
  Kita asyik ingat bayleaf dari negara Mediterranean sahaja jangan pandang rendah dengan bayleaf Nusantara kita ini ada pelbagai khasiat yang diberikan kepada orang-orang yang duduk di kawasan tropika ini. Kalau anda ada masalah tekanan darah tinggi, kencing manis, kolestrol dan berat badan, amalkan teh daun bayleaf Nusantara ini InsyaAllah dengan usaha akan membantu mengurangkan masalah-masalah tersebut. Tak susah pun nak buat air rebusan atau tehnya, ambillah beberapa helai daun kemudian rebus dengan air sampai dah kurang banyak airnya. Lepas tu minum. Boleh gunakan daun segar atau daun yang telah dikeringkan. Jika sesiapa ada masalah urik asid juga boleh amalkan minum teh daun salam. Ada masalah cirit-birit pun boleh ikhtiar dengan rebus daun salam minum airnya. Yang ada masalah kulit gatal-gatal macam eczema boleh lumat-lumatkan daunnya dan tempek dekat tempat yang ada masalah kulit tersebut.
  Nama botani pokok salam ialah Syzygium polyanthum, maka ianya adalah adik beradik kepada buah-buahan nadir seperti jambu mawar (Syzygium jambos) dan jambu bol (Syzygium malaccense) yang juga Kebun Bahagia Bersama bekalkan. Buahnya yang kecil-kecil mirip kepada jambu apabila ranum berwarna merah juga boleh dimakan dan manis rasanya. Mula-mula tukang kebun rasa nak ketuk-ketuk je dekat dahi nak recall nama pokok ini tak terkeluar dari kepala nasib baik, Sean dari kebun balkoni Half a pound of treacle tolong berikan maklumat.
 Gardeners yang suka kumpul koleksi herba tempatan dan kekurangan ruang pun boleh juga tanam dalam pot besar kalau setakat nak gunakan daunnya untuk masakan atau buat teh. Pokok bayleaf Nusantara ini super senang nak bela jika dibandingkan dengan Bayleaf Mediterranean dengan cuaca tanahair kita ini. SesungguhNYA yang Maha Esa adalah Maha Adil, bukankah diciptakan jenis-jenis Bayleaf ikut kesesuaian cuaca masing-masing dan keperluan khasiat yang diperlukan dengan keadaan persekitaran yang berbeza. 

Renungan : Yang jauh kita nampak keistimewaannya , yang ada dekat kita tak nampak dia juga istimewa. Sampai bila kita nak ikut budaya orang luar. 

~ Pokok salam (@Serai Kayu) / BayLeaf Nusantara (Syzygium polyanthum) ~
1 pot for RM10.00  (boleh buat pesanan email kebunkmg@gmail.com).

Self-Collect Day Schedule This Week:

~ Wednesday 25th March 2015, 8:30PM~9:00PM at Sungai Buloh.

~ Saturday 28th March 2015, 5:30PM~6:00PM at Sungai Buloh.

Ahad, 22 Mac 2015

Kebun Klang Valley Salimah

  Hujung minggu ini mari kita virtually berjalan-jalan ke Kebun Salimah yang berada di Lembah Klang. Tiap-tiap hari tengok Kebun Bahagia Bersama pun jemu juga kan. Nasib baik Gardener Salimah baik hati tolong upload gambar progress tumbuhan dari Kebun Bahagia Bersama yang sudah berpindah ke kebunnya. Menurut Gardener Salimah ruang tempat ianya menanam terlindung dengan pokok mangga, rambutan dan nangka. Pokok Serai Acheh pun dah 2 kali berbunga di kebun gardener Salimah. Pokok kaduk pun dah mula menyubur.
 Keratan-keratan mulberry pun dah nampak bahagia naik meninggi di kebun Salimah. Keladi bunting pun dah berbunga.
  Anak-anak pokok pisang nangka yang dipos dari Kebun Bahagia Bersama pun dah muncul daunnya nampak menghijau subur setelah menunggu lebih kurang sebulan.

  Gardeners yang ingin cari teman bersama-sama gardening dalam kawasan Lembah Klang ini, Gardeners Choi Min sedang offer gardeners yang ingin ambil anak-anak kucing angkat boleh self-collect di kawasan Petaling Jaya. Yang berminat boleh tinggalkan email/contact no. di posting ini atau email tukang kebun (kebunkmg@gmail.com) akan diberikan no. contact gardener Choi Min for details.
 Comel sungguh anak-anak kucing ini tengok stage yang memang syok bermain dan train teman di dalam kebun.
 Kalau bukan sebab si Tigger baru bersalinkan Panther, teringin juga nak angkat diorang ni. Kekadang bila sorang-sorang buat kerja di kebun rasa sunyi jugakan. Ada teman macam kucing ini banyak juga manfaatnya. Kalau ada masalah tupai dan tikus, bila dah besar sikit diorang jadi tukang jaga di kebun kalau kita dah biasakan mereka berlegar-legar di kebun.
 Tukang kebun pun dah jarang nampak tikus-tikus di kebun sebab banyak kucing-kucing liar berkeliaran di belakang kebun. Yang takut kucing-kucing cakar tanah nak membuang, kecik-kecik lagi kena train tegas sikit cakap no food kena puasa kalau buat gitu pergi cari food sendiri. Jadi kucing-kucing dalam Kebun Bahagia Bersama tak buat perangai macam tu.


Hujung minggu ini projek gardeners lain apa pula?