Halaman

Khamis, 27 Ogos 2015

3 in 1 Rojak Container Gardening

   Salah satu jenis bunga bebawang hippeastrum yang amat mudah dan serasi tumbuh di tanah rendah Malaysia ialah jenis hippeastrum roseum seperti yang ditunjukkan dalam posting hari ini. Berbanding dengan jenis hippeastrum lain yang jenis ini lebih rajin berbunga mengikut perubahan cuaca di keliling kebun secara semula jadi dengan penerimaan taburan hujan sepanjang tahun. Sesiapa pun boleh sahaja tanam bunga jenis bebawang ini kerana ianya tidak memerlukan ruang yang banyak untuk ditanam. Boleh sahaja tanam dalam bekas yang besar sikit sahaja dari saiz bawangnya. Bila dah rasa padat sangat bekasnya boleh sahaja upgrade ke bekas yang lebih besar sikit kemudian. Kitar semula air botol 1.5 liter untuk tanam bawang hippeastrum juga boleh. Yang penting nak pastikan ada lubang ditebuk di bawah botol untuk pengaliran air yang baik tidak bertakung, sebab bawang hippeastrum ini tak suka duduk dalam air lama-lama nanti reput membusuk. 

Maklumat lanjut mengenai hippeastrum roseum boleh dibaca di posting sebelum ini (klik sini).

Promosi bawang/bulb hippeastrum roseum sehingga penghujung bulan September 2015:

~ 4 bawang hippeastrum roseum , 1set untuk RM20.00 (Jimat RM12.00, biasa harga 1 bulb RM8.00) ~
  Cuaca bulan Ogos 2015 ini nampaknya ada beberapa sudut dalam Kebun Bahagia Bersama di mana hippeastrum roseum menghuni nampak bahagia mulakan musim bunganya. Salah satunya bawang-bawang hippeastrum yang berkongsi pasu dengan pokok bunga kemunting cina serta anak-anak sayur daun Jepun Mizuna.
  Pasu pun tak besar pun lebih kurang 30cm diameternya. Dalam tanah pun rasanya tak lebih 20cm. Tapi ada sekurang-kurangnya 3 jenis tumbuhan dapat jadi house-mate. Untuk yang ruang terhad bercucuk tanam bolehlah have fun cuba pelbagai gandingan kongsi pasu untuk rasa peluang dapat tanam pelbagai jenis tumbuhan tak terbatas. Untuk bulan ini nampaknya yang masih bahagia berkongsi sepasu ialah beberapa bebawang hippeastrum roseum, sepokok kemunting cina putih dan anak-anak sayur daun mizuna.
  Nampaknya bukan sahaja anak-anak pokok Mizuna yang bahagia tumbuh tapi rumpai pun sudah tonjolkan diri. Seperti sayur sawi, sayur daun Mizuna juga ada pelbagai jenis. Dari bulan lepas kami membekalkan jenis Mizuna SenSujiKyou (千筋京水菜). 

Maklumat lanjut mengenai sayur daun Jepun Mizuna boleh rujuk di laman posting sebelum ini (klik sini).

~ 1pek Mizuna SenSujiKyou (千筋京水菜) anggaran 50 biji benih harga RM1.00 ~
  Sebenarnya pokok kemunting cina atau lebih glamour dipanggil vinca juga amat sesuai di tanam dalam pasu ataupun hanging basket. Jika dibandingkan dengan petunia yang lebih popular ditanam dalam pasu gantung, kemunting cina juga amat sesuai dengan cuaca tanah rendah Malaysia. Sebab kemunting cina lebih tahan lasak dan keperluan airnya tidak sedahaga petunia. Di dalam gambar kurang jelas, tetapi sebenarnya kemunting cina putih yang tumbuh dalam pasu tersebut sebenarnya pasunya bukan di atas lantai tetapi di atas para. Jadi kemunting cina putih yang berbunga banyak tersebut nampak terbuai-buai.

Rujukan kemunting cina putih (klik sini). 
<Anggaran 100 biji benih dalam 1 pek RM3.00>

Jika nak tukar selera dengan kemunting cina mata merah yang juga tahan panas boleh rujuk di laman posting sebelum ini (klik sini).
<Anggaran 25 biji benih dalam 1 pek RM3.00>
 Fresh produce yang available long weekeng ini ialah :

~ Ayam kampung sudah diproses  RM25.
~ Ayam daging KFC organik sudah diproses RM35.
~ Telur ayam kampung sebutir 50sen.
~ Telur itik sebutir 70sen.
~ Isi kelapa parut sebiji RM1.
~  Ubi kayu sekilogram RM2.

Gardeners yang ingin memesan tanah bakar juga InsyaAllah sekiranya cuaca mengizinkan, sebeg RM5.00 .

Self-Collect Schedules This Long Weekend:

~ Sabtu pagi, 29hb Ogos 2015 antara 9:00AM~9:30AM di Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.

~ Ahad pagi, 30hb Ogos 2015 antara 9:00AM~9:30AM di Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.

~ Isnin pagi, 31hb Ogos 2015 antara 9:00AM~9:30AM di Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak. Sungai Buloh.

7 ulasan:

  1. Kakak baca semua entri yg tertinggal. Rumusan yg paling kakak suka bukan aje tanaman bunga tapi pokok utk kegunaan harian, telur dan ayam-ayam ternak itulah yg mengujakan... puas tengok.

    BalasPadam
  2. Awalnya bunga bawang tu keluar bunga. Kat tempat kak kena trunggu musim kering, baru berbunga. Tahun depan lah jawabnya..

    BalasPadam
  3. Bestnya mcm2 bunga. Nk tanya pokok periuk kera Ada x dikebun?

    BalasPadam
  4. Duck eggs are so good...we like it as it's more richer in flavour than chicken eggs, with an organic eggs, even better! It's so good for making salted eggs too as it's bigger...we have ducks but is not giving us any eggs yet...so we use chicken eggs to make salted eggs.

    BalasPadam
  5. Salam Bahagia Kak Zakie.

    Syukur Alhamdulillah dari mula berfikir nak dapatkan telur dan daging ayam dari kebun sendiri tahun lepas, belum genap setahun dah banyak rezeki merasa.
    Memang berbaloi.

    Salam Bahagia Kak Mala.

    Tahun ini sebenarnya yang dalam pasu tu dah masuk 2 kali ada berbunga. Ada juga sudut lain yang berbunga cuma tak done nak ambil gambar.

    Salam Bahagia We Linnasya.

    Pokok periuk kera kalau yang sendiri bela belum buat koleksi lagi.
    Tak taulah kalau ada yang tumbuh liar di belakang tu.

    Salam Bahagia Annie's Journal.

    Our ducks that are just recently laying their 1st season eggs are albeit smaller than normal duck eggs.
    Last weekend my husband made 25 salted duck eggs.
    We haven't made any chicken salted eggs yet.
    As we put the extras chicken eggs in incubator for chicks to grow and as livestock for future meat.
    Also trying to hatch several duck eggs using the incubator, for back up. We have fox during the night.

    BalasPadam