Catatan observation Ahad lepas dan kerja-kerja yang dapat diuruskan. Mula-mulanya tak sedari yang ada beberapa pokok nenas madu Sabah sudah bermula musim bunganya di kebun belakang. Disedari apabila nak mencari-cari keluarkan anak nenas atau sulur-sulurnya untuk dipindahkan ke sudut yang baru sahaja selesai dikemaskan.
Syukur Alhamdulillah jika ada rezeki (atau bukan makhluk Allah lain yang noda dahulu), dapatlah merasa kemanisan buahnya lagi 2 bulan. Untuk dapatkan saiz buah nenas yang lebih besar selain dari pembajaan, kenalah buka sulur-sulur nenas yang lahir di induk pokoknya. Sebagai contoh, di gambar bawah No. 3 ini, yang ada bintang itu adalah sulur tangkai nenas yang boleh dijadikan bibit pokok nenas yang baru. Bukalah sulur nenas ini untuk jadikan induk pokok tersebut ada lebih tenaga nak membesarkan buah. Jika tidak dibuka pokok akan terpaksa membahagikan tenaga yang ada pada dirinya untuk membesarkan buah dan sulur-sulur dikeliling pokoknya.
Apa dia sulur tangkai nenas boleh ulangkaji di posting sebelum ini (klik sini).
~1 bibit/sulur Nenas Madu Sabah dibekalkan dari Kebun Bahagia Bersama RM5 ~
Tidak disangkakan dalam beberapa minggu sahaja dibandingkan dengan kali terakhir kami buka sulur-sulur nenas (related posting klik sini), banyak jenis sulur tanah nenas yang diperolehi dengan saiznya sudah besar-besar macam instant pokok nenas terus.
Minggu lepas banyak rezeki sulur nenas madu sabah dari jenis sulur tanah, yang dah siap berakar pun. Sebab tumbuh di sebelah pokok induknya di bahagian tanah.
Sulur-sulur nenas yang saiz besar-besar dibuka dari induk, kami tanam di sudut ini di luar Petak F. Remember crop rotation is the best, to avoid diseases borne, accumulating and spreading.
Yang Tukang Kebun tanam nenas Sarawak di Petak B awal tahun lalu (related posting klik sini), pula syukur Alhamdulillah dah nampak ada membesar walaupun terabai dan tak dijaga. Awal-awal dah banyak kali pokok nenas Sarawak yang ditanam ini tertanggal-tanggal keluar dari tanah dikerjakan oleh kuku besi ayam yang mencakar-cakar tanah cari cacing. Lebih baik dibiarkan sahaja daun-daun kering yang jatuh itu begitu, kalau nampak ada tanah, kemas jadi kesukaan ayam-ayam nak mengorek semula. Yang ditanam di Petak 6 pula dah jadi tragedi, awal-awal naik elok ini dah banyak unggas-unggas suka main korek-korek di situ, habis licin disantapnya. Ini masalah bila unggas-unggas makin banyak. Oh well not all is lost. Nak kena balance unggas pun food, plant also food. You win some, you lose some.
Ini sudut kawasan jambu mawar yang kami kemaskan Ahad lepas. Anak-anak pokok pisang nangka dari sulur pedang juga dipindahkan bersebelahan tembok. Pisang Nangka yang sebaris dengan pokok jambu mawar pun sudah berbuah. Rasa sayang pula jika tak cuba nak tingkatkan productivity kawasan keliling pokok jambu mawar ini. Selain dari pisang nangka, kami tanam juga sulur-sulur nenas di kawasan ini. Hari tu ada cerita pasal nak pindahkan juga Bermuda Arrowroot dekat kawasan ini, masih pending lagi projek tersebut (related posting klik sini), boleh je nak selit-selitkan lagi Bermuda Arrowroot di sini.
Kemudian, sementara dearest husband memotong pokok jenis epal katanya, Tukang Kebun mengemas kawasan pisang di dalam gambar bawah ini. Adalah juga 1 kereta sorong penuh. Nak kemas juga sebab biawak jenis kecil suka menyorok dekat sini sambil mengintai anak-anak ayam di kandang bersebelahan Petak E. Dah berapa kali Tukang Kebun lalu nak check on anak-anak ayam, terserempak dengan biawak nak larikan diri ikut laluan tepi tembok ni.
Syukur Alhamdulillah sulur-sulur pisang yang dipindahkan di sini awal tahun lalu dah banyak yang naik meninggi (related posting klik sini). Itupun sebelum proses nak pindahkan ke sini berdebat-debat; yang si suami kata tak sesuai dengan tanahnya nanti tak jadi sebab tanah sini jenis berpasir sangat; yang isteri tak pe cubalah asalkan benih pisang-pisang tak pupus asalkan dia beranak-pinak walaupun tak berbuah. See dear hidup juga meninggi, kalau ada rezeki InsyaAllah adalah buahnya dari kosong tak de apa nak tengok selain rumpai yang tak sudah-sudah nak dicabut. Kalau ladang pisang yang luas, nak cepat mudah biasanya nak hapuskan rumpai mereka akan meracun. Tapi dekat Kebun Bahagia Bersama hand-weeding takde racun-racun dekat pokok pisang. Lagipun daun-daun pisang yang tercapai oleh unggas macam angsa biasanya mereka suka makan. Bahaya untuk binatang ternakan di belakang tu kalau meracun-racun. Anak angsa seekor pun mahal. Tak berbaloi kalau mati sebab makan racun.
Selain itu, kami pindahkan beberapa batang pokok pisang merah dari rumpunan dalam kawasan bonglai hantu. Sebab kawasan situ dah bertambah gelap kena lindung dengan rumpunan pokok pisang abu dan pokok besar lain. Ada ditinggalkan sepokok pisang merah yang sudah pun keluarkan jantungnya. Anak-anak pokok pisang merah dipindahkan sebaris di tembok gambar No. 8 bersebelahan pisang-pisang nangka.
Yang di dalam gambar di bawah ini, kawasan pokok yang dikatakan jenis epal dah habis kena hard-pruning oleh dearest husband tinggalkan beberapa ranting kecil sahaja lagi. Tengok daunnya macam bukan jenis epal orang barat tu. Tunggu dan lihat sahajalah jenis epal yang dikatakan ini dah tinggal tunggul macam bulatan biru dalam gambar. Barulah terang dunia di sini, dah nampak tandan-tandan pisang abu yang sedang membesar nak masak buahnya. Dalam rumpunan ini Tukang Kebun tengok ada 3 tandan pisang abu yang mungkin dalam bulan ini atau depan dah boleh tuai.InsyaAllah jika ada rezeki, Kebun Bahagia Bersama akan offer buah Pisang Abu organik. Rasanya dalam gambar yang tandan No. kanan yang masak dulu kut.
Cerita pasal pisang abu boleh rujuk di posting sebelum ini (klik sini).
~ 1 sulur anak pisang abu for RM7.00 ~
Sempat jugalah dearest husband membakar green waste dari kebun, long weekend lepas. Abu-abu ini juga bagus untuk buat baja pokok-pokok pisang supaya subur dan menghasilkan buah-buah pisang yang gebu. Yang berminat untuk dapatkan tanah bakar Sabtu atau Ahad dari Kebun Bahagia Bersama minggu ini available 1 beg RM5.00 .
Sementara dah nak habis mengemas-ngemas kebun belakang Ahad lepas, sempat jugalah Tukang Kebun masukkan ayam daging KFC panggang dalam oven. Pagi Ahad lepas baru hantar sembelih dan proses, terus marinate dengan bawang-bawang, halia, lengkuas, serbuk cili dan kicap masukkan dalam peti sejuk sekejap. Dah rasa lagi sejam nak masuk rumah, bolehlah panaskan oven dan masukkan lepas oven panas. Gambar ayam panggang tak cantik sebab dah potong-potong dan sebahagian dah masuk perut baru teringat nak ambil gambar. Biasalah lepas buat kerja kebun, jadi kebuluran.
Banyak sweet natural fat yang keluar dari ayam daging KFC ini, lalu Tukang Kebun ambil jus-jus yang keluar dari ayam tu serta bahan marinate yang terlebih-lebih tu buat home-made sos nak cicah dengan ayam kemudian. Campuran jus dan marinate tu panaskan dalam periuk/kuali. Sudah mendidih masukkan santan, dan sekeping asam keping. Dah nak hampir masak masukkan hirisan gula merah dan secubit garam. Done. Versi barbecue sauce orang Melayu dah mirip macam rasa sos bbq brand Heinz tu.
Yang disembelih ayam daging KFC dari Kebun Bahagia Bersama hujung minggu lepas ada lebih 2 kilogram. Lepas tu panggang whole chicken. Memang tak terhabis nak makan. Lepas tu simpanlah yang lebih dalam fridge. Hari Selasa tengahari panaskan untuk lunch Ilhan, masuk dalam oven panggang semula masih keluar lagi jus natural fat. Juicy daging ayam KFC kali ini, panaskan banyak kali pun tak kering jadi dagingnya. Jenis ayam daging KFC dah out of extra stock minggu ini.
Kalau pesanan ayam kampung open lagi untuk self-collect hujung minggu ini. Seekor ayam kampung umur lebih kurang 4bulan ~ 6 bulan ada berat average plus minus 1.5 kilogram dah siap proses RM25. Untuk ayam nak kena confirm sebelum pukul 8 pagi ya sebab tempat proses pukul 9 dah tutup.
Fresh produce yang available untuk self-collect hujung minggu ini juga adalah seperti:
~ Telur Itik sebutir 70 sen.
~ Sebiji kelapa sudah dikukur RM1.
~ Ubi kayu sekilogram RM2.
Self-collect hujung minggu ini Sabtu/Ahad pagi antara pukul 9:00~9:30 pagi di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh. Dekat dengan exit Guthrie highway.
Wah terliur benar tengok ayam tu....untung ada livestock sendiri kan...
BalasPadamSalam Bahagia KakMala.
PadamSyukur Alhamdulillah.
Memang hati terasa puas ada livestock sendiri sekarang. Terjamin bila bela untuk niat makan sendiri jadi memang bela elok-elok.
teringin nak nenas sabah tu....
BalasPadamSalam Bahagia Kak Suzie.
PadamNenas madu Sabah jenis saiz kecil.
Tapi makan rasa puas sebab manis dan juicy.