No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Isnin, 25 Mei 2015

Pisang Abu

  Akhirnya tandan buah pisang abu yang hampir setiap hari diintai bulan ini, dah masak just right untuk dituai setelah berbulan-bulan dinantikan. Untuk elakkan dapur makin penuh barang sebab sibuk masak-masak hujung minggu lepas jadi tumpang pisang abu letak dalam sangkar di luar sekejap. Kena letak dalam sangkar nanti banyak kidnapper.  Gambar No. 2 bawah ini di mana buahnya sedang membesar. Lain tempat panggil lain pisang abu ni. Tempat gardeners lain biasanya panggil apa?
 Sebenarnya Tukang Kebun baru perasan ada buah dekat pokok pisang abu bila dah stage di atas sebab jarang mendongak-dongak tengok pokok yang tinggi. Jantung pisangnya pun dah takde hilang. Jantung pisang abu boleh dimasak-masak untuk dimakan ya.
  Kebetulan lewat senja Rabu lepas mencari-cari seekor ayam remaja betina tak jumpa, kemudian kami ternampak pula tandan buah pisang abu macam dah kena noda je. Tupai atau burung dah bagi signal masa dah sesuai untuk dituai nanti mereka lebih-lebih pulak makan. Syukur Alhamdulillah padat dan banyak buahnya kali ini.
  Pokok pisang abu adalah jenis pokok pisang yang tinggi. Buat masa sekarang, pokok-pokok abu paling tinggi dalam Kebun Bahagia Bersama berbanding pisang-pisang lain. Biasanya Tukang Kebun not the best person untuk menuai tandan buah pisang, selalu salah aim nanti buah pisang terhempap ke tanah hancur. Sebab dearest hubby tak balik-balik dari kerja, dan Kak Mizna pun dah mula risau tengok ianya sudah dinoda senja-senja tuai juga pisangnya. Sebab skill kureng banyak nak elakkan orang lain membebel jadi diserahkan kepada lain tugasan tersebut. Buah pisang abu boleh disalai jadi kegemaran Kak Mizna rajinlah nak menuai sebelum makhluk lain yang nak party dulu kalau tunggu keesokkan harinya. Letak dalam kereta sorong dulu, esok baru masuk sangkar.
  Selain dari pisang goreng dan kerepek, macam-macam boleh dibuat dengan buah pisang abu. Boleh juga nak jadi pengganti ubi kentang bila masak berlada. Ilhan kalau hari masak ikan goreng mesti mengelat sanggup makan lauk pisang abu berlada dengan ikan bilis je pun boleh. Trauma nak makan ikan goreng keembung/kerisi kalau tak dibukakan tulang ambil isi je. Gara-gara dulu banyak sangat bercakap sambil makan tercekik tulang dah berapa kali tegur masa makan, jangan cakap banyak. Kawan-kawan lain suka masak apa dengan pisang abu, kongsi-kongsikanlah nak bagi link pun boleh bah.

  Penghantaran Pasar Online Kebun Bahagia Bersama hari ini dah selamat pos awal pagi tadi terkandung buah canistel, pisang abu, limau kasturi dan terung pipit. Gambar tuaian semalam pun tak sempat nak ambil nak kerja preparation untuk penghantaran goodies lain dari Kebun Bahagia Bersama.  Kalau ada yang berminat nak dapatkan telur itik minggu ini boleh self-collect hari Rabu malam. Sebutir telur itik 70sen, untuk booking email (kebunkmg@gmail.com).

Self-collect schedule minggu ini :

~ Rabu, 27hb Mei 2015 antara pukul 9:00PM~9:30PM di depan Putra Medical Centre, Sungai Buloh.

  Minggu ini Kebun Bahagia Bersama nak buat pengumuman dah mula juga membekalkan anak-anak pokok pisang abu untuk gardeners yang berminat. Yang kekurangan ruang buatlah guerilla gardening cari tempat kosong Majlis Bandaran tak buat apa-apa sebelah parit mana-mana buat projek pisang. Menurut feedback gardeners lain selalu kata kalau pokok pisang biasanya pekerja bandaran asing tu kenal jadi selamat dari slashing blade merekalah. Pokok pisang yang tak berbuah lagi kalau terpotong pun batang pokoknya biasanya akan tumbuh kembali daun-daun nanti. Macam di Kebun Bahagia Bersama anak-anak pokok pisang ni favourite AVIAN dekat belakang dibaham ratahnya. Tapi nanti anak-anak pokok pisang akan keluar pucuk baru semula bila dimakan masa.

~ 1 anak pokok pisang abu for RM7.00 ~

7 ulasan:

imm hassan berkata...

x kenal la pulak panggil pisang ape hihi.. lain ke dengan pisang kapas kak?

nasa mulia berkata...

Diana, inilah yang orang sabah kita panggil pisang sabah...goreng paling best.

Carlz Jafran berkata...

Pisang Sabah, pisang goreng, pisang rebus. Antara pisang terbaik untuk dibuat pisang goreng.

Suzie berkata...

ada juga pisang belakang rumah, boleh juga makan bila berbuah, tapi selalu pisang ambik dr kampung...jarang sgt beli

Sean L berkata...

Makes a good pisang goreng or banana chips. I always spy the local pisang gorenng stall to see if they are using it or other bananas.

Normala Saad berkata...

kat kampung masa zaman dulu2, pisang abu is one of our family feveret..buat goreng pisang waktu dia kekuningan..sedap.gebu & lemak..cicah ngan gula...wahh..

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Imm.

Tukang kebun pun tak berapa pasti ini sama tak dengan pisang kapas. Tapi ada juga terdengar jenis pisang kapas yang glamour dikenali di Kelantan kan.

Salam Bahagia Nasa Mulia.

Pisang yang selalu dibuat goreng di Tamu, tengok saiz potongan pisang dah boleh agak pakai pisang apa hehehe...

Salam Bahagia Carlz.

Memang pisang multi-purpose hehehe....

Salam Bahagia Suzie.

Kami pun dah tak membeli pisang sekarang, sebab sayang asyik tak termakan siap kali tuai setandan.

Salam Bahagia Sean.

Nowadays banyak pula produk baru banana cheese tapi tak pernah try.

Salam Bahagia Kak Mala.

Lama tak makan pisang goreng cicah gula.