No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Isnin, 13 Julai 2015

Musim Pelam

  Hujung minggu lepas pada 25 Ramadhan, teringin sangat nak minum air kelapa muda untuk berbuka. Walaupun saiznya masih kira sangat muda tuai jelah sebab kelapa gading je masih mudah nak tercapai dengan tangga. Kalau yang lain tinggi sangat buahnya walaupun ada banyak masa musim Ramadhan ni tak cukup tenaga nak panjat galah. Isinya masih nipis dan sangat lembut lagi.
  Antara kerja yang dapat dilakukan bersama-sama dearest husband hujung minggu lepas ialah menanam bibit-bibit nenas madu Sabah dan keratan-keratan ubi kayu di belakang nun jauh dekat tembok sempadan tanah belakang. Bibit-bibit nenas madu Sabah ada limited available stok tinggal (1 bibit sulur tangkai RM5). Cuma sesudahnya Ramadhan berlalu takut tiada sudah stok jika diizinkan masa dan kudarat semuanya Tukang Kebun selamat tanam.
  Pada 25 Ramadhan juga sembelih beberapa ayam dara dan teruna untuk pesanan yang diterima. Sambil berehat ambil nafas tahan dahaga berlegar-legar mencari cili-cili burung untuk stok dapur yang baru. Cuaca panas sangat kekadang beberapa hari letak di dapur pada suhu bilik dah boleh jadi cili kering
  Syukur Alhamdulillah nak dekat Aidilfitri ni bekalan cili-cili burung memang banyak sehingga burung-burung pun ada bahagian untuk mereka seperti di gambar bawah yang kesan telah disantap oleh burung.

~ 1 pot anak pokok cili burung RM4 ~
  Minggu ini banyak pula sarang semut hitam keliling pokok katak puru, habis buah-buah yang dah masak kena grill dengan semut. Yang mana dah kena grill tu dearest hubby kupas untuk Abby sebab katanya sayang kalau semua nak kasi ayam sebab isinya masih elok lagi cuma berlubang. Nak masuk Syawal kelihatan dah nak mula musim pokok buah belimbing buloh juga di Kebun Bahagia Bersama.
 Syukur Alhamdulillah sekarang pun asyik musim mempelam juga di Kebun Bahagia Bersama.
  Dearest husband request buatkan mempelam asam boi sebab asyik batuk-batuk tak baik dalam bulan puasa ini tekak kering rasa pahit. Bolehlah malam ni moreh mempelam asam boi. Baru siap buat tadi. Jenuh nak kupas sebesen sambil Abby teman tumpang makan sekali. Eloklah cili burung pun banyak lagi stok kutipan dari semalam boleh juga dijadikan bahan untuk spice up sikit mempelam asam boi.
 Adik perempuan balik beraya ke Sabah semalam, jadi Big Boss pesan bawakan untuknya daun-daun puding belacan dan daun-daun salam (Nusantara BayLeaf) untuk rendang style orang negeri lah tu. Tukang Kebun selitkan lengkuas dan buah-buah mempelam telur yang masih banyak ready stok dekat dapur tak perlu tergesa-gesa nak tuai di luar.

~ Pokok puding belacan sebekas RM6.00 ~
  Sebab lauk buat untuk Nasi Tomato seperti ayam masak merah dan acar masih ada extra lagi, jadi berbuka puasa hari ke-25 masak Nasi Tomato lagi tapi kali ini lebih puas hati pakai beras basmathi. Lagipun susu sejat pun masih ada balance. Cuma tambahan lauk buat telur dadar dan goreng papadam. Syukur Alhamdulillah stok telur ayam pun masih banyak bekalan dari livestock sendiri. Nak get ready masuk kerja kat dapur pula ni.

Hari ini berbuka puasa dengan apa?

7 ulasan:

Unknown berkata...

Sedapnya mangga asam boi tuu. Hari nih masam mi rebus johor. Pakai pes segera. Kena tmbh keledek. Keledek yg tanam baru tumbuh daun. Hehe.

Fida Z Ein berkata...

Terliur tengok mangga/pelam asam boi tu....buat guna pelam telur sedap tak...?

Unknown berkata...

apa rasanya buah katak puru tu ye? teringin juga. nntilah ada kesempatan kita beli on hand ye

carlz berkata...

Sedapnya mangga mempelam asam boi tu. Pokok puding belacan tu boleh dimakan ka?

hari ni buat menu soto sinalau tambang lagi. Semlm ni juga juadah berbuka. Daging rusa pun masih banyak boleh lah melantak sblm raya ni.

Norish.NN berkata...

asSalam Sis Diana. Boleh la lps raya nt nk pesan online Puding Belacan. Puding Belacan utk buat rendang..Dh lama cari.

hijau berkata...

Salam Ramadhan.. Diana... Pas raya bila leh order buah katak puru? Teringin la pulak...

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia We Linnasya.

Minggu lepas ada buat mee rebus, masih lagi ada kuahnya. Stock kuahnya pun pakai yang sup rebus buat nasi ayam minggu sebelum tu.

Salam Bahagia Fida.

Buat guna pelam telur sedap juga, lebih-lebih lagi untuk penggemar makan benda masam-masa.

Salam Bahagia Ju.

Bila ranum manis dan masam rasanya buah katak puru.

Salam Bahagia Carlz Jafran.

Pokok puding belacan selalu untuk herba buat rendang.
Wah syoknya ada stok daging rusa banyak.

Salam Bahagia Norish NN.

Bolehlah nak selitkan daunnya bila hantar pesanan bersama sekali.

Salam Bahagia Ima.

Katak Puru buah banyak.
Tapi masalahnya semut banyak buat lubang-lubang buahnya musim sekarang.