Halaman

Sabtu, 30 Januari 2016

Ehsan's Quest for White Gold

  Salam Bahagia, hati tumpang bahagia bila Encik Ehsan berkongsi gambar dari tamannya hasil dari biji-biji benih yang dituai dari Kebun Bahagia Bersama yang disemai oleh ahli kebun Encik Ehsan di tamannya berwarna-warni. Menaikkan semangat Tukang Kebun nak mula menulis sejak kebelakangan ini macam kena syndrome 'Malas'. Terima kasih juga kepada kawan-kawan yang menulis email tanya khabar. Pelbagai jenis corak warna bunga keembung telah menghiasi taman Encik Ehsan. Jika dibiarkan kantung benihnya meletup-letup sendiri bertaburan benihnya nanti banyak sukarelawan-wati tak putus-putus menceriakan laman.
  Selain dari pokok-pokok bunga keembung, pelbagai jenis seri pagi juga meceriakan dinding rumah Encik Ehsan. Tidak juga ketinggalan pokok bunga telang juga menghiasi dinding.
  Pokok bunga jenis Mexican Sunflower juga amat meriah dan tinggi sekali tangkainya berbunga-bunga di taman Encik Ehsan. Pokok bunga Mexican Sunflower memang amat suka jika diletakkan di tempat yang lapang banyak menerima cahaya matahari.

  Encik Ehsan ada kemukakan soalan bagaimana untuk buatkan pokok kapasnya berbunga. Dari explanation Encik Ehsan , pokok kapasnya pernah dibaja dengan kompos dan telah pun pernah dipangkas sekali dan telah pun merimbun semula.

  Jadi Tukang Kebun cadangkan pangkas lagi pokok kapasnya sekali lagi, jangan bagi baja dan jangan siram sebab pokoknya pun dah besar. Theory Tukang Kebun kalau tengok pokok kapas sudah merimbun mabuk daun seperti gambar di atas ada kemungkinan ianya tidak perlukan baja lagi takut makin overdose baja membuatkan ianya tak teruja nak berbunga. Biasanya Tukang Kebun bila tengok perangai pokok-pokok kapas yang terbiar di belakang Kebun Bahagia Bersama ianya biasanya akan lebih lebat berbunga dan menghasilkan kapas apabila pokoknya sudah menempuh kitaran musim kering dan bila mula rezeki hujan datang tiba lagi barulah pokoknya akan berbunga. 

~ 1 pek biji benih kapas anggaran 20 biji benih RM3.00 ~

  


    Tahukah anda antara negara-negara pengeluar kapas terbesar di dunia ini adalah negara yang sebenarnya menerima taburan hujan yang amat sedikit setahun seperti Turkmenistan, Kyrgyzstan, Uzbekistan, Pakistan dan lain-lain. Disebabkan keadaan muka bumi dan perubahan cuaca di tempat-tempat ini menjadikan pilihan untuk sumber hasil dari sektor pertanian adalah terhad, maka pengeluaran hasil kapas memainkan peranan yang besar untuk ekonomi negara mereka dan mata pencarian bagi rakyat-rakyat mereka. 

  Cuba kita perhatikan dan fikir sejenak, lihatlah ladang kapas-kapas mereka yang luas tu, tanah pun nampak macam ala-ala padang pasirkan tak nampak macam sangat subur pun macam tanah kita ni. Seperti kawasan yang penerimaan taburan hujan amatlah sedikit like a desert. Berlainan dengan pokok-pokok kapas jika ditanam di kawasan tropika boleh hidup bertahun-tahun as perennial plant, di kawasan cuaca seperti Turkmenistan pokok kapas ianya kitaran berbunga hanyalah sekali (annual plant). Kalau macam di negara kering hanya sekalilah musim kutip hasil kapas dalam setahun, tapi di tropika ada beberapa musim setahun. Secara kesimpulannya pokok kapas ini mudah tumbah di negara kita sepanjang tahun, dan keperluan air pun tak banyak. Lebih-lebih lagi sekarang ini kita perlu jimat penggunaan air apabila ada sesetengah kawasan dah mula rasa effects phenomena El-Nina yang ketara.

Dari tayangan video YouTube di atas, Experts from United Nations Development Programmes: "By using less water, you can actually achieve greater yields".



   Pokok kapas ada pelbagai jenis ikut kesesuaian cuaca negara masing-masing. Yang di Kebun Bahagia Bersama ada juga pokok kapas yang umurnya dah 3 tahun lebih masih lagi memberikan kami hasil. Tambahan pula pokok kapas ini ada pelbagai kegunaan juga dalam bidang perubatan bukan sahaja hasil kapasnya untuk membuat baju dari kain cotton. Kekadang ada juga permintaan kami terima untuk tolong poskan akarnya ataupun bekalkan daunnya untuk berubat secara tradisional.

Yang teringin untuk baca kisah Kebun Bahagia Bersama grow Cotton di Lembah Klang dan kawan-kawan lain yang juga berkongsi hasil mereka boleh baca di posting sebelum-sebelum ini (klik sini).

  Apabila Tukang Kebun bersama-sama anak-anak menonton NHK Silk Road documentary tahun lepas untuk dedahkan pelbagai budaya di Silk Road dan sejarahnya, terbuka jugalah mata Tukang Kebun lihat betapa pentingnya sumber hasil pokok-pokok kapas ini kepada negara-negara lain yang amat penting untuk kehidupan rakyatnya.

  For some countries or people, Cotton is "Gold".

Jumaat, 29 Januari 2016

Nasi Pandan Wangi

  Lepas balik dari ambil anak-anak dari sekolah agama bila sampai rumah bergegaslah Tukang Kebun masak nasi dulu hari ini. Sambil tunggu nasi masak, masak telur dadar dan panaskan lauk dinner semalam. Hari ini anak-anak makan nasi panas-panas jenis beras padi pandan wangi ditanam di Borneo. Bila rice cooker tukar 'warm' terus je cedok ke pinggan tak sempat nak kering betul lagi nasinya mengejar masa. Anak-anak ni kalau makan paling cepat setengah jam. Tak tahulah berapa kali maknya sebut perkataan 'cepat' nak tunggu selesai makan hantar ke sekolah kebangsaan pula.
  Minggu depan jika ada yang berminat boleh self-collect sendiri juga masa long weekend Tahun Baru Cina. Jika tak dapat self-collect boleh juga diposkan. Beras baru untuk bulan depan selagi stok masih ada adalah jenis beras pandan wangi tempatan (beras localkan dari dalam Malaysia). Untuk pengetahuan semua, negeri Sabah tak eksport beras keluar dari negeri Sabah ya, sebab priority untuk bekalan yang mencukupi bagi penduduk Sabah. Itu sebab orang Semenanjung nak rasa beras-beras perang tu semua kena import dari luar negara. Dah pupus dah bendang padi huma dalam Semenanjung Malaysia ni kan. Bilalah detik hilangnya....

~ 1 kilogram Beras Pandan Wangi Tempatan (SOLD OUT) ~

 Gambar lebih bagus untuk bayangan beras pandan wangi tempatan sila jenguk posting sebelum ini (klik sini).

  Fresh padi huma seeds ada dah dalam tangan Tukang Kebun belum ada masa nak packing dan tulis posting. Kenalah minta catalog ya bagi yang berminat.
  Hari ini nak sambung tulis kisah pada 27hb Disember lalu buat kenangan anak-anak. Selepas kami singgah ke Tamu Tuaran membeli-belah (related posting klik sini), kami mula perjalanan balik ke kampung Big Boss. Dalam perjalanan sudah sampai ke kampung kelihatan banyak bendang dah mula padinya ranum tunggu Tukang Tanamnya ada masa nak menuai. Kalau lihat surat beranak lama Big Boss pekerjaan yang tertera untuk bahagian pekerjaan bapa 'Paddy Farmer'.
  Sebelum kami balik ke rumah, lepas lalui jambatan kami singgah sebentar di Tagal Kampung Poturidong Kiulu bermain-main dengan ikan kelah (related posting klik sini).

  Selain dari masak ketam dan udang yang dibeli dari Tamu Tuaran, Big Boss dapat ikan-ikan segar dari anak saudaranya yang memancing di sungai. Beginilah antara jenis-jenis ikan air tawar yang boleh diperolehi di kawasan Kiulu selain dari ikan kelah. Sedapnya Big Boss buat masak ala-ala singgang rasanya. Manis isinya.
  Untuk minuman pula dearest husband petik kelapa gading segar sebelah dapur luar.
  Sementara tunggu makanan tengahari selesai masak, anak-anak diminta bantu untk mengisi bekalan air dalam botol kosong untuk dibawa balik ke Kota Kinabalu. Air di kampung ini adalah tanpa klorin dari air gravity atas bukit sana atas kiranya macam mineral water. Sambung paip hingga sampai ke rumah. Bekalan air di rumah masih sepenuhnya dari punca air tersebut sejak kampung ini dibuka lagi. Tentulah percuma.
  Last-last nenek juga yang buat tak tahan tengok makin habis basah semua lantai adalah jadi main je.
  Selepas makan tengahari, dapatlah anak-anak riang ria bermain di sungai sebelum bergerak balik.
  Jika anda berpeluang ke Sabah marilah datang ke kampung Big Boss ni ya dekat je dari Kota Kinabalu tak sampai sejam pun.

  Mari Tukang Kebun buat simple itinerary.

  Jika keluar awal pagi ambillah peluang nak mingle with the locals di Tamu ya.
  So depends on what day you're planning to visit.
  Hari Tamu kawasan dekat Kiulu adalah seperti berikut:
  Tamu Tamparuli (Setiap Rabu)
  Tamu Kiulu (Setiap Selasa)
  Tamu Tuaran (Setiap Ahad) <Pagi Sabtu pun ada juga menjual-jual macam Tamu>

 Bolehlah juga singgah ambil bergambar di Jambatan Gantung Tamparuli yang famous tu (setiap hari no problem).

 Bolehlah juga buat rancangan nak pergi white water rafting biasanya starts dekat Pukak atas dari pekan Kiulu sikit (kena cari operator agent for rafting; can't find one we can recommend and give you contact for a personnel one).

 Kalau tak pergi rafting bolehlah terus melepak ke Tagal Kampung Poturidong.
 Jika anda rafting bolehlah singgah sambil rafting di Tagal nanti, don't forget to request to your operator.
  Boleh juga mandi-manda di sungai yang bukan dalam kawasan Tagal tu lah, just ask penjaga tagal that day where you can mandi-manda.

  On the way balik bolehlah singgah ke rumah terbalik yang famous di Tamparuli.

  Kalau during padi harvest season, jika nak jadi volunteer pun InsyaAllah an extra hands is always welcome. I can ask my cousins whether if they are in the stage of harvesting. Tolong tanam anak-anak pokok padi pun boleh kan. At the moment, aunty Janet Tukang Kebun baru selesai menuai padinya. Sumber benih padi huma Kebun Bahagia Bersama.

  Di Kiulu pun ada juga program homestay untuk yang berminat.

Isnin, 25 Januari 2016

First-Time Hen Mothers

  Syukur Alhamdulillah seronoknya minggu lepas, menimang anak-anak ayam secara pengeraman semula jadi. Tidak kami rancang pun. Tetapi bila cuti-cuti lama, telur ayam kampung dibiarkan tidak dikutip. Maka ibu-ibu ayam yang bertelur jadi teruja nak eram telur-telur mereka sendiri while the Tukang Kebun is away that time. Disebabkan mereka adalah penghuni-penghuni tetap di Kebun Bahagia Bersama, hari ini Tukang Kebun perkenalkan ibu-ibu yang selama ini telah menghasilkan telur-telur ayam kampung dan anak-anak ayam telah dibekalkan kepada pelanggan-pelanggan Kebun Bahagia Bersama. They deserved some recognition lah kan. So please allow us to introduce the first time mothers.
   
  Gambar No. 1 adalah si ibu ayam kami panggil 'Sally'. Kenapa panggil 'Sally' sebab dia ini macam kacukan ayam "selasih" ciri-cirinya. Sally ini sama batch dengan ayam jantan si Shiro. Rasanya kebarangkalian ini adalah musim kedua ianya bertelur. She is born in April 2015 (related posting klik sini). Lebih kurang umurnya 9bulan dah. Kalau anak ayam lahir warna hitam atau paruh hitam atau kaki hitam keluar dari incubator kami biasanya suspect anak si Sally kut. Anak musim pertama Sally yang eram keluar dari incubator pun ketara bermulanya dengan batch Batman (related posting klik sini). Sebab kebanyakkan anak ayam dalam batch Batman pertama kali kami timang corak macam kacuk ayam selasih. Syukur Alhamdulillah musim kedua si Sally bertelur dan eram sendiri telurnya berjaya jugalah menetas 6 ekor anak ayam. Musim kedua bertelur kali ini si Sally mengeram di Kandang C.
  Kemudian mari kami perkenalkan ibu ayam yang berjaya menetaskan 8 ekor anak ayam juga minggu lepas yang nama manjanya si 'Ratu'. Terkejut juga Tukang Kebun si Ratu ni ada 8 ekor anak sebab dari segi saiz badan, dialah paling kecil dan slim. So terfikirlah juga macam manalah Ratu ini boleh sumbat 8 butir telur bawah dia sebagai heater. Yang lain betina matang hampir 2 kali ganda saiz dari dia, Kiranya dialah ayam penelur kami yang paling kecil. Kalau yang pernah order telur ayam kampung dari kami, jika nampak ada saiz yang kecil-kecil macam saiz ayam mutiara punya telur tu, si ratu punya telurlah tu.

  Rasanya kali ini adalah musim keempat kut si Ratu bertelur dan kali ini dia bertelur dan eram di Kandang 1. Biasanya si Ratu bertelur di Kandang 2. Pernah juga dia tolong eramkan telur setengah jalan di Kandang 2. Kemudian Tukang Kebun ambil dan eram dalam incubator sebab masa itu tak yakin dia pandai nak habiskan masa eramnya. Lagipun masa tu ayam dan itik lain asyik kacau tempat dia mengeram membuatkan telur pecah-pecah je. Menjadi juga si Ratu tolong eramkan permulaan telur itik seekor menjadi begitu juga dengan telur-telur ayam lain.
   Si Ratu lahir bulan February 2015 (related posting klik sini). Anak ratu yang awal-awal ianya belajar bertelur baru masuk alam dewasa pun dah besar dah berlegar-legar di Kebun Bahagia Bersama. Sebagai contoh, gambar no. 3 di atas ialah si 'Cayenne' ayam jantan remaja yang ibunya si 'Ratu'. Si 'Cayenne' ini adalah antara ayam yang Tukang Kebun masih simpan dari batch 'Merdeka' (related posting klik sini). 

  Untuk self-collect hujung minggu ini kami rehat seketika dari bekalkan daging ayam kampung segar dari Kebun Bahagia Bersama ya. Akan mula dibekalkan semula ketika musim cuti panjang Tahun Baru Cina. Selang seminggu je berhenti kejap nak kasi stok ayam sekarang membesar dahulu sebab yang tinggal untuk dibekalkan semua masih bawah 1 kilogram.




  Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang self-collect ayam kampung dari Kebun Bahagia Bersama hujung minggu lepas dah habis stock ayam kampung batch 'pearl' (related posting klik sini) disembelih.

   Bulan January ini Syukur Alhamdulillah stok kelapa tua banyak di Kebun Bahagia Bersama. Terima kasih banyak-banyak kepada kawan husband tolong kaitkan dari pokok semasa kami bercuti. Syukur Alhamdulillah lepas dah siap kukur 50 biji kelapa untuk Makcik Z dari Kampung Baru Kuala Lumpur untuk stok January dan simpan lagi 50 biji kelapa untuk dikukur bulan depan untuk Makcik Z lagi masih ada berlebihan bagi yang berminat juga untuk membuat pesanan kelapa tua yang telah dikukur dari Kebun Bahagia Bersama. 

~ 3 biji kelapa tua sudah dikukur RM5.00 .

  Self-Collect Schedule This Week:

~ 30hb Januari 2016 Sabtu pagi antara pukul 10:30AM~11:00AM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (berdekatan exit Paya Jaras Guthrie Corridor Highway).

~ 31hb Januari 2016 Ahad pagi antara pukul 10:30AM~11:00AM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (berdekatan exit Paya Jaras Guthrie Corridor Highway).

  Terima kasih banyak-banyak Makcik Z selalu beri peluang kepada kami, menunggu sampai 50 biji kelapa dapat dikumpul hampir setiap bulan. Kadangkala terpaksa kami tanggguh-tangguh sebab tak terkejar nak kumpulkan ikut peredaran permintaan semasa.

  Tanah bakar juga InsyaAllah available. Saiz 1 beg lebih kurang seperti gambar No. 4 di atas ya sebelah longgokan kelapa tua yang guni-guni tu.

~ 1 beg tanah bakar RM5.00 .
    Gambar No. 5 di atas pula ialah contoh saiz ayam kampung yang biasa kami bekalkan anggaran plus minus RM15 seekor. Sebagai contoh untuk pesanan 2 ekor ayam, seekor beratnya 0.9kg, manakala lagi seekor lebih kurang 1.2kg. Jadi puratanya dapatlah juga seekor dalam 1kilogram. Moga minggu Tahun Baru Cina akan datang ini sudah boleh kami bekalkan batch batman seperti selitan gambar No. 5 di atas. 
  Ingat tak lagi Tukang Kebun mengomel-ngomel pasal ibu ayam mutiara hilang (related posting klik sini), dah jumpa pun duduk dalam semak bergilir-gilir mengeram telur dan keluar makan. Syukur Alhamdulillah mereka tak depressed sangat kehilangan pasangan masing-masing dan duduk menyorok sahaja. Anak-anak ayam mutiara batch bujang seperti gambar NO. 6 di atas pun dah membesar dengan baik dan telah dipindahkan hujung minggu lepas di kandang E.
  Gambar No. 7 di atas pun siapa boleh cari kelibat ayam mutiara betina seekor keluar mencari makanan dari  sarangnya? Ayam jantan paling veteran di Kebun Bahagia Bersama si Kaka bersama-sama harem-nya.
  Siapa sangka keladi yang ditanam bergotong-royong kemaskan tapak tersebut dengan Ilhan Mikhail bulan November lalu (related posting klik sini), dah subur merimbun boleh tuai buat sayur. Pokok bunga akar dani yang kena hard-pruning sampai tak nampak bayang November lalu juga sudah merimbun dan menghasilkan gugusan bunga yang wangi. Pokok keladi itu lepas ditanam, kami tak baja pun cuma sebelum ditanam bibitnya dialaskan gembur dengan tanah kompos sahaja. Mulai minggu lepas pesanan-pesanan sayur batang keladi kami tuai dari petak tersebut.

~ 1 set sayur batang keladi RM1.00 .
~ 1 ikat pucuk muda assam gelugor RM1.00 .
~ 1 ikat pucuk muda ubi kayu RM1.00 .
  Antara buah-buahan segar yang kemungkinan juga available untuk self-collect hujung minggu ini ialah:

~ 1 kilogram buah ciku RM4.00 .
~ 1 kilogram buah canistel/kuning telor RM5.00 .
~ 1 kilogram buah limau mixed RM6.00 .
~ 5 biji buah katak puru/ nam nam RM2.00 .
  Minggu ini juga masih available jenis buah pisang kadau (related posting klik sini). Yang dibekalkan masih segar lagi ya sebab atas pokok lagi belum dituai. Bila nak self-collect atau dipos baru akan dituai.

~ 1 sisir buah pisang kadau RM5.00 ~
  Gambar-gambar buah pisang hari ini cuma hiasan gambaran sahaja, yang ini gambar tandan dituai sebelum kami cuti panjang lalu. Buah pisang nangka untuk self-collect hujung minggu ini juga bakal dituai fresh. Bila nak dekat self-collect baru dituai. Sebab kadang-kadang ada pelanggan suka buah pisang nangka yang segar supaya masih sesuai lagi untuk dibuat kerepek pisang.

~ 1 sisir buah pisang nangka RM5.00 .

~ 1 sulur anak pokok pisang nangka RM10.00 .
  Amboi-amboi mentang-mentanglah kami cuti lama. Si Panther ni pun tunggu hari juga jadi first-time mother nanti.

  Terima kasih banyak-banyak membaca celoteh panjang Tukang Kebun ini. Kenapa kami cuba explain in details about our harvest is that one of our concept ialah pelanggan kami tahu bagaimana dan dari mana hasil mereka diperolehi. You know what you eat came from.

Jumaat, 22 Januari 2016

Musim Nenas Madu Sabah sekitar Tamparuli

  Syukur Alhamdulillah pada tahun 2016 ini, kami berpeluang untuk melawat Tamu Tamparuli untuk hari pertama diadakan bagi tahun 2016. Untuk minggu pertama 2016 tersebut, yang berbeza dengan minggu sebelumnya yang juga kami melawat (related posting klik sini) adalah lebih banyak petani menjual hasil-hasil nenas dari kebun mereka.
  Pada minggu pertama tersebut, jenis nenas yang banyak dibekalkan adalah jenis kegemaran Tukang Kebun iaitu Nenas Madu Sabah. Disebabkan bekalan Nenas Madu Sabah di pasaran adalah banyak maka harganya juga jauh murah (50%) untuk sekilogram berbanding dengan harganya ketika bukan musim banyak. 

   Bukan sahaja buah Nenas Madu Sabah sahaja dibekalkan tetapi bibit-bibit sulur Nenas Madu Sabah juga ada banyak dijual pada minggu tersebut. Bukan setiap minggu selalu kita terserempak dengan petani yang menjual sulur Nenas Madu Sabah ya. Jarang-jarang juga ya. Sebagai contoh gambar No. 2 di atas itu bukan mahkota buah nenas ya, itu adalah bibit-bibit sulur Nenas Madu Sabah yang juga dijual selain dari buahnya.

 Begitu juga dengan gambar No. 3 di atas ialah petani ini juga menjual banyak stok bibit-bibit Nanas Madu Sabah. Yang dalam plastik hitam besar itu dah ada pembeli yang borong atau orang sini kata sudah pajak. Petani itu amat mesra bila Tukang Kebun tanya jenis bibit nenas apa yang dia bekalkan ini. Yalah teringin jika ianya jenis nenas kampung yang belum ada tanam lagi. Petani ada juga tawarkan kepada Tukang Kebun, tetapi terpaksa menolak tawaran kita ada juga sama jenis ini. Tergelak-gelak kami berdua berborak-borak.



  Salah satu jalan yang kami gunakan ketika berulang-alik ke Kiulu, ialah dengan menggunakan jalan pintas masuk dari pekan Telipok. Jalannya berliku-liku juga memanjat dan menurun mengikuti banjaran Crocker. Ada satu jalan yang mendaki siap sudutnya tu rasa ada lebih 75 darjah kut. Sehingga anak-anak pun pesan papa bawa slow slow je. Di kiri kanan jalan kelihatan ramai petani sudah membuka kebun di lereng banjaran dengan pelbagai jenis tumbuhan.

  Ketika kami berhenti seketika, Tukang Kebun turun dari kereta ingin mengambil gambar ini tapi cuaca tidak berapa serasi jadi tak nampak jelas nak tengok sehingga ke laut. Bila ditoleh belakang baru perasan ada kebun nenas rupanya di situ memanfaatkan ruang yang ada.

   Bertani di kawasan atas banjaran ini lebih mencabar jika kita nak bandingkan dengan tanah rendah yang rata. Tanah di banjaran juga agak keras dan tidaklah semudah nak balancing mencangkul kan. Tetapi selagi ada tanah di situ walaupun keras tidak disia-siakan dan masih diusahakan juga oleh petani. Oleh itu, mengikut kesesuaian tanah, salah satu tanaman yang juga giat diusahakan di kawasan lereng banjaran-banjaran tinggi ini adalah tanaman nenas. Salah satu jenis nenas yang adaptable dengan muka bumi dan tanah keras berbatu seperti gambar di bawah ialah jenis Nenas Madu Sabah.
  Tukang Kebun nak minta kita fikir sejenak ialah perkara apabila selalu kita mengeluh mengenai tiada masa nak siram. Adakah petani-petani ini dapat kerap menyiram dengan keadaan bertani di lereng-lereng banjaran muka bumi seperti ini dan sumber air juga jauh? Pastinya tidak tapi rezeki hasil mereka amat bergantung kepada taburan air hujan yang diterima sepanjang tahun. Gardening is easy, if you choose the right plant to grow in your garden depending on your work schedule and growing environment. Macam Tukang Kebun pun takde masa nak menyiram di kebun belakang, memang tak siram walaupun kemarau. Syukur Alhamdulillah hasil-hasil itu masih ada kerana ianya amat bergantung kepada rancangan pilihan tumbuhan yang ditanam dapat menyesuaikan diri mereka sepanjang tahun dengan perubahan cuaca.
  Bunga-bunga yang kembang sebelum buah Nenas Madu Sabah membesar juga amat menarik bentuk dan warnanya. Pagi ini intai rasanya buah Nenas Madu Sabah seperti gambar di bawah nak dekat Tahun Baru Cina , InsyaAllah dah boleh tuai ni. Kalau bukan makhluk lain yang testing dululah kan. Lihatlah dari pokok ini sahaja banyak bibit-bibit Nenas Madu Sabah keliling di bawah tangkai buahnya yang akan dibekalkannya untuk induk pokok baru.
  ~ 1 bibit sulur nenas Madu Sabah RM5.00 ~

Selasa, 19 Januari 2016

Benih Petola Segi

  Syukur Alhamdulillah kenyang betul perut semasa balik Sabah lalu duduk berminggu di sana bersama anak-anak, tak putus-putus pokok petola segi Big Boss berikan hasil. Sampai rasanya inilah pertama kali dalam hidup hampir tiap hari makan buah petola.
  Inilah pokok petola Big Boss melilit-lilit sendiri di tembok batu. Walaupun pokoknya hanyalah cuma 1 sahaja, besar sungguh rimbunan dan keluasan yang pandai-pandai suka hati dijajahnya. Itupun sebenarnya sebab nak kurangkan ianya mabuk daun, maka Big Boss petik-petik juga daunnya kasi kurang sehinggalah nampak seperti gambar No. 3 ke bawah. Sebenarnya gambar No. 2 di atas adalah daun-daun lebat semula selepas dipetik seperti gambar No. 3. So kiranya gambar No.3 adalah before dan No. 2 adalah after.
  Jika kawan-kawan rasa macam pokok petolanya lambat hasilkan buah dan asyik mabuk daun semacam boleh juga petik-petik kurangkan daunnya. Manalah tau lama-lama terujalah ianya nak berbunga dan menghasilkan buah. 
  Kalau tembok anda kosong, ada tumbuhan seperti pokok petola melilit di atasnya pun sejuk sikit pemandangan. Tambahan pula bunga kuningnya juga comel-comel juga.
   For novice gardeners, jika ada daun tak cantik macam dalam gambar atas ini, berlubang-lubang tak perlu panic ianya adalah normal. Biasalah gardening is not about perfection, but being patient. Nature in balance. Buah petola kalau sekecil macam gambar di atas pun boleh dah nak dibuat masak juga tak perlu tunggu sampai standard size jual di pasar. Lagi rajin kita petik lagi rajin ianya nak bagi lebih buah lagi.
  Jika buah petola anda sudah disuntik serangga peminat. Tak mengapa teruslah petik tak perlu biarkan lama-lama ianya merebak. Boleh juga makan tu bila dibelah-belah banyak lagi bahagian boleh digunakan.
  Cuaca cukup panas sekarang bila masuk tahun 2016 di KingFisher, Kota Kinabalu. Sup buah petola sedap dimakan musim panas ini bagus untuk sejukkan badan. Yang sup petola kali ini campur dengan sup stock ayam untuk cucu-cucu Big Boss masakkan.
~ Biji Benih Petola Segi dari kebun KingFisher, Kota Kinabalu~
Anggaran 25 biji benih dalam 1 pek RM1.00 .

Isnin, 18 Januari 2016

Promosi pertama pisang kadau

  Baru dapat proper pusing-pusing check kebun yang dah terbiar jadi hutan di belakang apabila lama dah berminggu-minggu tak berbudi kepadanya pada hujung minggu lepas. Syukur Alhamdulillah walaupun terbiar tidak dihampakan Tukang Kebunnya apabila kelihatan hasil yang bakal dituai-tuai tidak lama lagi. Nampaknya ada beberapa tandan pisang yang dah mula nak masuk phase buahnya meranum. Antara jenis yang dapat kami bekalkan tidak lama lagi ialah jenis buah Pisang Kadau.
  Pisang kadau ini sebenarnya sejenis dengan yang pisang raja udang (related posting klik sini). Cuma pisang kadau ini bila masak bukan berwarna kemerahan kulitnya tetapi yang kekuningan apabila masak. Jenisnya sama sahaja kalau di Sabah. Buah pisang kadau ini kalau nak buat shipment lebih mudah berbanding dengan buah pisang lain tak mudah kemek lebih pejal buahnya. Bulan lepas, setandan Tukang Kebun kirim balik ke Sabah. Anak-anak pun Syukur Alhamdulillah suka makan pisang kadau ini semasa cuti sekolah akhir tahun lalu. Kalau lidah Tukang Kebun rasanya berlainan jugalah dengan pisang berangan, walaupun ada kata mirip.

  Yang teringin nak rasa pisang kadau boleh self-collect hujung minggu ini atau boleh juga dipos sekitar kawasan Semenanjung Malaysia. Pisang kadau ini tumbuh tanpa letak baja ya. Grown naturally organic from Kebun Bahagia Bersama. Tukang Kebun pun tak perasan ianya berbuah sebab jarang pergi jenguk kawasan ini nun di petak bonglai hantu.

~ Buah pisang kadau sesisir RM5.00 ~


 Syukur Alhamdulillah pokok-pokok pisang nangka yang sedang berbunga bulan November lepas juga apabila dilihat kembali bulan January ini sudah pun berjaya membesar dengan baik. Pokok pisang nangka biasanya yang menerima pencahayaan yang banyak akan menghasilkan tandan yang besar dan sisir buah yang banyak. Jika di kawasan yang kurang penerimaan cahaya setandan biasanya menghasilkan dalam lingkungan 3~5 sisir. Jantung pisang nangka pula boleh dibuat ulam atau gulai. Lama bercuti dari berbudi kepada kebun, jantung-jantung pisang pun masih terbiar tak terpotong lagi.
  Hujung minggu ini juga available dari Kebun Bahagia Bersama ialah buah pisang nangka segar. Anak pokok pisang nangka juga available. Kedua-duanya boleh self-collect atau dipos dalam kawasan Semenanjung Malaysia.

~ 1 sisir buah pisang nangka organik RM5.00 ~
~ 1 anak pokok pisang nangka RM10.00 ~

Self-Collect Schedule This Week:

~ 23hb Januari 2016 Sabtu pagi antara pukul 10:30AM~11:00AM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (berdekatan exit Paya Jaras Guthrie Corridor Highway).

~ 24hb Januari 2016 Ahad pagi antara pukul 10:30AM~11:00AM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (berdekatan exit Paya Jaras Guthrie Corridor Highway).
Fresh produce yang available dari Kebun Bahagia Bersama juga minggu ini ialah:

~ 10 biji telur itik RM7.00 ~

~ 5 biji buah nam nam RM2.00 ~

~ 500gram buat limau campur-campur RM3.00~
~ 1 ikat batang keladi RM1.00 ~
~ 1 ikat pucuk daun assam gelugor RM1.00 ~
~ 1 ikat daun pucuk ubi kayu RM1.00 ~
~ 3 biji kelapa parut RM5.00 ~
~ 1 beg tanah bakar RM5.00 ~

Khamis, 14 Januari 2016

Kembali Bekal Ayam Kampung 2016

   Rasanya dah hampir sebulan Kebun Bahagia Bersama berhenti rehat sekejap dari membekalkan daging ayam kampung sebab balik kampung. Syukur Alhamdulillah hujung minggu ini dapat kami kembali semula membekalkan daging ayam kampung kelahiran Kebun Bahagia Bersama. Terima kasih banyak-banyak kepada adinda Dahiyah yang sedang ambil bidang pharmacy yang tolong babysit binatang-binatang belaan di rumah dan di kebun. Kasihan adinda walaupun tengah sibuk dengan study university exam. Minggu ini minggu terakhir periksakan, lepas ini giliran adinda pula balik berehat di Kota Kinabalu.

   Terkejut bila balik ayam-ayam yang remaja dan anak-anak semua dah bam bam berisi jauh dari expectation Tukang Kebun. Sebagai contoh, gambar No. 1 di atas adalah batch 'Pearl' (related posting klik sini). Kalau dibandingkan dengan posting sebelum ini dah 2 kali ganda saiznya. Ikut rancangan, batch Pearl akan mula dibekalkan hujung minggu ini. Syukur Alhamdulillah untuk batch Pearl juga hampir sudah nak habis stok kena reserved, minggu ini dah mula booking-booking diterima. Kalau ikutkan hati bila tengok batch Pearl dah besar ini dah nampak mirip macam maknya rasa sayang nak lepaskan. Sebab maknya mempunyai sifat ayam penelur yang baik, telur pun besar-besar dan rajin bertelur.

Harga batch Pearl seekor selepas diproses adalah RM25 (kebunkmg@gmail.com).

Batch Pearl ini yang jaganya banyak credit to adinda Dahiyah.
  

  Hujung minggu ini 2 jenis saiz ayam kampung akan dibekalkan.  Yang batch Pearl tadi beratnya lebih kurang plus minus 1.5 kilogram. Lagi satu saiz ialah dalam linkungan plus minus 1 kilogram seekor ialah batch 'Batman'. Batch 'Batman' seekor setelah diproses dibekalkan dengan harga RM15. Contoh Batch Batman adalah seperti gambar No. 2 di atas (bukan semua lagi yang capai saiz 1kg lagi tu dalam gambar). Jadi ada only a limited few yang ada untuk size RM15 bagi minggu ini.

   Yang saiz batch batman  dah boleh Kebun Bahagia Bersama mula bekalkan minggu ini, biasanya popular masak ala-ala panggang bila Tukang Kebun tanya feedback. Gambar perkongsian ayam panggang saiz dari Kak Fatima duduk di Rawang. Yang Kak Fatima panggang ini saiz ayam kampung lebih besar dari batch pearl dalam usia 3 bulan lebih. Kak Fatima bagi review bila dipanggang masih sangat lembut. Terima kasih banyak-banyak Kak Fatima kerap self-collect ayam kampung Kebun Bahagia Bersama. 

  Dah beberapa minggu bercuti, jadi projek hujung minggu ini ialah kenalah kemaskan kandang-kandang ayam semua. Sambil itu, nak pindahkan batch 'bujang' ke Kandang E (related posting klik sini). Kandang E pula sekarang batch Pearl duduk, memandangkan ayam-ayam kampung batch Pearl pun nampaknya dah banyak kena booking, maka balance yang masih ada untuk batch Pearl gabungkan tumpangkan di Kandang D dengan batch Batman nanti.

  Kali ini ayam-ayam mutiara dari batch Pearl dan batch Batman pula akan dimasukkan ke dalam Kandang 5 nak kasi mereka familiar dengan kawasan situ sebelum dibebaskan waktu siang. Nanti senang nak train bila lepas waktu pagi, senja kasi makan masuk kandang tidur. Kasihan bapa-bapanya dah kena jadi mangsa musang (related posting klik sini). Kini ibu-ibunya pula hilang tanpa kesan apa-apa awal tahun ini. Panik dibuatnya adinda Dahiyah jadi stress bila waktu bagi makan tak muncul-muncul ayam-ayam mutiara betina dewasa tersebut. Bangkai-bangkai pun tak nampak. Jangan ianya jadi mangsa seperti kekasihnya sudah, kalau broken-hearted bawa diri ke mana-mana memujuk hati dahulu takpe.

Hai lebih-lebih pula musang ini, nak kena pasang perangkap ke.

  Pasrah sahajalah dahulu.....tetapi all is not lost.

  Syukur Alhamdulillah walaupun ayam-ayam mutiara betina itu baru musim pertamanya bertelur dan dah hilang. Dapat jugalah timang banyak anak-anaknya, jadi takdelah putih mata sahaja. Minggu ini lahirlah batch akhir anak-anak ayam mutiara di Kebun Bahagia Bersama sementara nak tunggu yang batch Pearl tersebut matang.

Minggu ini telur itik available.

~10 butir telur itik RM7.00 (70sen sebutir) ~

Telur ayam dan Telur ayam mutiara not available minggu ini.


  Hai lama lagilah nak rasa roasted ayam mutiara dari kebun sendiri ini. Sekarang nak kena usahakan biakkan lebih banyak lagi induk-induk ayam mutiara for safe-keeping. 

  Release tension awal tahun lepas dengar ayam mutiara betina hilang, maka barbecuelah kami di Kingfisher. Panggang juga ikan salmon selain dari sausage dan chicken wing. Big Boss punya ayam not allowed to sembelih.

  Bila Tukang Kebun perhatikan gambar lama batch batman masa kecil (related posting klik sini), ayam baka putih warnanya yellowish gitu nak bezakan. Jadi dari batch batman pula yang akan dibawa keluar simpan ke Kandang 5 pula ialah 2 ekor ayam berwarna all-black dan 2 ekor all-white. Simpan warna all-white lagi untuk experiment breeding suka-suka Tukang Kebun untuk tema putih (related posting klik sini), just in case for safe-keeping. Seekor jantan yang putih ditemui mati masa balik hari tu ke Kebun Bahagia Bersama. 
  Si Panther ini semasa ketiadaan kami bercuti, juga sibuknya jadi security guard jaga anak-anak ayam meronda-ronda reban. Bagus jugalah sebab adinda Dahiyah kata ada anak ayam jadi mangsa tikus kena gigit leher. Sibuk sungguh menangkap tikus, entah setiap hari agaknya dah dalam rumah jadi perkuburan tikus-tikus. Merata-rata tulang dan ekor tikus bersepah dalam rumah. Dah minggu ini kenalah kemaskan dalam rumah dulu sebelum buat kerja luar. Nasib baik dia makan semua, cuma bahagian tak boleh habis je ditinggalkan macam ekor dan tulang. Siap hari balik itu pun, nak juga si Panther show off dekat tuannya bawa masuk tikus besar lagi. Tak padan dengan badan, saiz tikus yang ditangkap punyalah besar.  Your bath is overdua ya Panther.

  Hai asal ko sihatlah Panther. Sihat dari makan makanan instant tu kan. Asalkan ko tak makan anak ayam macam si Jack tu. Makan kat luarlah Panther, tak usahlah mogok kena tinggal lama bawa masuk sampai rumah. Makcik-makcik Panther tu tangkap tikus juga tapi makan kat luar.

Tak sempat nak meronda kebun lagi tengok apa yang ada.

Available untuk self-collect hujung minggu ini:

~ 1 ikat batang keladi RM1.00
~ 1 ikat pucuk assam gelugor RM1.00
~ 1 ikat pucuk ubi kayu RM1.00
~ 3 biji kelapa sudah dikukur RM5.00.
~500 gram buah limau mixed RM3.00.
~ 10 biji telur itik RM7.00.
~ 1 ekor ayam dalam plus minus 1 kilogram RM15.00.  (batch batman)
~ 1 ekor ayam dalam plus minus 1.5 kilogram RM25.00 (batch pearl)
~ 1 beg tanah bakar RM5.00.

~ 16hb Januari 2016 Sabtu pagi antara pukul 10:30AM~11:00AM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (berdekatan exit Paya Jaras Guthrie Corridor Highway).

~ 17hb Januari 2016 Ahad pagi antara pukul 10:30AM~11:00AM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (berdekatan exit Paya Jaras Guthrie Corridor Highway).