Halaman

Sabtu, 27 Februari 2016

Slashing the Drunken Sailor

  Awal tahun 2016 kawasan ini memang semerbak baunya dari pokok bunga akar dani yang dah merimbun semula melilit pagar dan pokok-pokok tinggi sekelilingnya.  Walhal baru sahaja bulan November lepas Tukang Kebun dan Ilhan Mikhail berdua kemaskan dan slash drunken sailor/akar dani hingga ke pangkal pokoknya. Boleh banding kehilangan bayang pokok akar dani ini setelah dikemaskan November lepas di posting sebelum ini (klik sini).
  Cuti panjang tahun baru Cina lepas, Tukang Kebun ambil kesempatan kemaskan akar dani ini sebab dah menyebabkan banyak pokok terlindung dari cahaya matahari. Sebagai contoh sebab pokoknya aktif melilit pagar jadi pokok-pokok ubi kayu tanam di petak 1 yang tinggi pun boleh tak nampak bayang. Sekarang bolehlah lebh banyak pokok ubi kayu tersebut menerima cahaya matahari. Berapa je tinggal dahan pokok akar dani tersebut setelah ditebang boleh diperhatikan di gambar No.2 di atas dan zoom dekat gambar No. 3 di bawah.
  Pokok akar dani yang dah selesa di rumahnya biasa sangat lasak. Walaupun dah dipotong kontot begitu nanti datang musim hujan naiklah pucuk baru semula. Pokok akar dani ini kami tak pernah siram sepanjang tahun. Akar dani amat sukakan kawasan yang penerimaan cahaya matahari yang sangat banyak. Jika pokok akar dani ditanam di atas tanah dan bukan di pasu sebenarnya lebih mudah penjagaannya sebab tak perlukan belaian yang banyak. Biasanya kalau sudah dipindahkan ke tanah setelah 6bulan ianya sudah tidak memerlukan siraman yang kerap berbanding dengan hidup dalam pasu. Tanam dalam pasu juga boleh jika tiada ruangan tanah.

~ 1 bekas anak pokok akar dani/drunken sailor RM8.00 ~

  Dalam Gambar No. 2 di atas ada pokok limau kapas yang tak putus-putus berbuah sepanjang tahun. Syukur Alhamdulillah. Pokok limau kapas ini mudah dibela dan berbuah di cuaca Tanah Rendah tanahair ku.

~ 1 pokok limau kapas grafted RM15 ~

atau 1kilogram buah limau mixed RM6.00 (boleh dipos atau self-collect).

  Self-Collect Schedule Minggu depan:

~ 5th/6th March 2016 Saturday/Sunday Morning from 10:30AM~11:00AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (berdekatan exit Paya Jaras, Sungai Buloh Guthrie Corridor Highway).

   Antara fresh-goodies yang available:

~ 1 set 5 batang ubi keladi RM1.00 (dari rimbunan gambar di atas baja kompos organik).
~ 1 set buah pinang muda RM2.00 ( dari pokok pinang tengah gambar di atas).
~ 1 ikat pucuk ubi kayu RM1.00 .
~ 1 ikat pucuk daun assam gelugor RM1.00 .
~ 1 ikat pucuk daun katak puru/ nam nam RM1.00 .
~ 1 sisir buah pisang nangka RM5.00 .
~ 10 biji telur itik RM7.00 .
 Antara sebab perlu slash pokok akar dani tersebut sebab dah terlampau mabuk sampai dah menutup pokok-pokok bunga orkid jenis 'Trumpet Player's Schomburgkia yang Tukang Kebun ikat pada pokok kemboja tahun lepas. Syukur Alhamdulillah nampak dah banyak akar-akar baru tumbuh mencengkam batang pokok kemboja tersebut seperti gambar No. 6 di atas dan No. 7 di bawah. Bayangkan yang gambar No. 7 di bawah ini tenggelam langsung dalam rimbunan daun pokok akar dani tersebut yang boleh dibandingkan semula posisinya di gambar No. 1 dan No. 5 di atas. Syukur Alhamdulillah masa Tukang Kebun pindahkan dulu dah nampak kecut batangnya sebab musim kering dan tak siram dan sekarang dah gemuk semula batangnya serta tumbuh keluar akar-akar baru.
  Jenis pokok bunga orkid Trumpet Player's Schomburgkia ini memang antara orkid jenis tahan panas. Maklumat lanjut mengenai jenis orkid ini boleh lawat di posting sebelum ini (klik sini). Biasanya untuk jenis orkid ini kami bekalkan 1 pokok RM15. Sehingga 31 March 2016 boleh dapatkan 2 pokok bunga orkid Trumpet Player's Schomburgkia dengan harga RM20 (Jimat RM10).
  Hasil dari memangkas pokok kemboja bali kuning putih picotee yang wangi bunganya ini November lalu, maka sudah lebih bercabang-cabanglah dahan pokok-pokok kemboja ini. Dengan banyak dahan baru maka lebih banyaklah tangkai-tangkai bunga yang akan dihasilkan. Lebih wangilah kawasan ini kan. Kalau dengan akar dani dan pokok kemboja jenis ini berbunga serentak memang wangilah laluan ini. 

  Promosi sehingga 31hb March 2016 sahaja bermula dari hari ini, jika yang berminat untuk mendapatkan pokok kemboja bali kuning putih picotee instant yang sudah berakar (tinggal balik nak tanam je). Boleh tanam dalam tanah atau pasu. Syaratnya kena self-collect sebab saiz dah terlalu tinggi untuk dipos. Masa nak self-collect lebih baik inform kenderaan jenis apa yang akan dibawa senang kami nak budget saiz.

Gambaran bunganya boleh rujuk posting site ini (klik sini).

Yang sudah ketinggian anggaran 50cm pokoknya RM25.00.

Yang sudah ketinggian anggaran 1 meter pokoknya RM40.00 .

Selagi stok masih ada.


Rabu, 24 Februari 2016

Limau Telur Buaya

  Syukur Alhamdulillah antara jenis limau yang tak putus-putus berbuah di Kebun Bahagia Bersama sepanjang tahun ialah jenis limau telur buaya. Biasanya buah limau telur buaya ini lebih dikenali di kawasan utara Semenanjung Malaysia untuk membuat acar. Kalau yang tidak biasa melihat buah ini pasti akan memanggilnya juga buah lemon.
  Pokok limau telur buaya sukakan kawasan yang menerima pencahayaan matahari yang banyak. Jika pokoknya terlampau merimbun menyebabkan batang-batang pokok tidak dapat menampung dahannya yang rimbun boleh tolong tongkatkan. Dalam kes pokok tut atau grafted biasanya batang yang asal tidak dapat menampung dahan-dahan pokok yang merimbun akan membuatkan ianya turun ke bawah maka elok dibagi sokongan.
  Tahun Baru Cina lalu, kami mengemas sudut kawasan pokok-pokok limau telur buaya di sini dan tanam lagi sepokok anak pokok limau telur buaya. Tukang Kebun pangkas sedikit pokok pink guava yang mula membuatkan kawasan ini makin teduh. Biar fokus di sini antara kelompok pokok limau telur buaya untuk mengelakkan kekeliruan generasi datang yang akan menjaganya. Lihatlah di celah rimbunan dahan pokok limau telur hidup harmoni dengan pokok kemboja bali kuning di sebelahnya.
 Nampaknya awal tahun ini, membuatkan pokok-pokok limau buaya teruja dengan baik untuk menghasilkan buah-buah. Limau telur buaya buahnya akan bertukar dari hijau ke warna keemasan apabila sudah ranum betul. Jika nak air yang diperah lebih juicy lebih baik tunggu hingga buahnya bertukar ke kekuningan. Biasanya proses dari jangka mula putik berbunga sehingga buahnya membesar masak ambil masa lebih 2 bulan untuk bersedia dipetik.

~ 1 pokok limau telur buaya grafted RM25.00 ~
  Untuk pembaca-pembaca setia dan yang telah lama mengikuti perkembangan Kebun Bahagia Bersama sejak mulanya blog ini dah ketahui bahawa antara fresh produce Kebun Bahagia Bersama yang telah dipasarkan secara online awal-awal ialah buah limau mixed dan secara penghantaran courier Pos Laju Malaysia. Kami mula pasarkan limau mixed dari Kebun Bahagia Bersama sejak tahun 2013 lagi (related posting klik sini). Syukur Alhamdulillah dah 3 tahun kami dapat bekalkan buah limau segar dan organik dari Kebun Bahagia Bersama. Sehingga sekarang masih lagi pelanggan awal-awal yang membuat pesanan dari kami untuk buah limau mixed masih kami terima pesanan hingga kini. Terima Kasih banyak-banyak di atas sokongan dan dorongan yang sentiasa diberikan.

  Yang berminat untuk dapatkan fresh organic citrus fruit mixed boleh buat pesanan di (kebunkmg@gmail.com). Boleh self-collect atau juga dipos.

Self-Collect Schedule This Week:

27th/28th February 2016 Saturday/Sunday Morning from 10:30AM~11:00AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (berdekatan exit Paya Jaras, Guthrie corridor highway).

~ 1 kilogram buah limau mixed RM6.00 ~
~ 5 biji buah pinang muda RM2.00 ~
~ 10 biji telur itik RM7.00 ~
~ 3 biji kelapa sudah kukur RM5.00 ~
~ 1 ikat daun pucuk muda ubi kayu RM1.00 ~
~ 1 ikat pucuk muda daun assam gelugor RM1.00 ~
~1 ikat batang ubi keladi RM1.00 ~
  Syukur Alhamdulillah suatu ketika dulu dapatlah juga hasil seperti cili burung, buah katak puru dan buah-buah limau dari kebun dapat sumbangkan kepada charity (related posting klik sini) memberikan detik permulaan kami mula juga bekalkan barangan segar/fresh produce. Niat di hati, InsyaAllah separuh dari jualan untuk penghantaran pada 29hbFebruari2016 akan kami sedekahkan kepada tabung amal yang tertentu. Belum pasti lagi tabung mana. InsyaAllah akan dinyatakan kemudian bila sudah selesai. Yang ingin bersedekah, membeli sambil beramal InsyaAllah bolehlah terlibat bersama untuk penghantaran Isnin depan jika berkesempatan. 

  Mari kita bersama doakan keselamatan bagi mereka yang terlibat dalam bencana banjir di Sarawak.

Selasa, 23 Februari 2016

Fish Poop Fertilizer

  Tumpang Bahagia melihat progress kebun Gardener William di Seri Kembangan. Nampaknya dah bertambah ruang untuk Gardener William berkebun, negotiate with Sister in-law yang lebih berminat dengan pokok hiasan. Dahulu Gardener William mulakan projek berkebun secara aquaponic di balcony garden. Nampaknya sekarang dapat meluaskan kebun di belakang rumah untuk menanam dan menternak edibles. Sebelum ini Gardener William ada berkongsi dengan kita konsep-konsep dan cara-cara untuk mulakan basic aquaponic yang boleh dibaca di posting sebelum ini (klik sini).

  Yang gambar No. 1 sebelah kiri di atas adalah 3 pokok-pokok bendi yang ditanam dalam botol minyak masak dikitar semula. Punyalah tinggikan pokok bendi Gardener William yang disiram setiap hari dengan air kotoran (fish poop) dari ikan-ikan keli di tong biru di bawahnya. Ada kitaran di situ di mana apabila kita cedok air yang bahagian banyak fish poop ke dalam tanah botol tersebut, tanah itu akan berkelakuan seperti filtering dan air lebihan akan masuk semula ke dalam tank ikan. Jadi tiada pembaziran pengaliran air lari ke mana-mana. Ada 5 ekor ikan keli dalam tank biru tersebut. Nanti ikan keli dah besar bolehlah makan ikan keli pula kan.

  Yang gambar No. 1 di sebelah kanan pula adalah pokok terung panjang tanam dalam pasu. Tank biru di bawah adalah percubaan Gardener William membela 2 ikan koi. Hasil terung bolehlah masih ada walaupun fish poop quantity kurang berbanding dengan percubaan bendi. Mungkin boleh campur ikan koi dengan ikan kaloi? Di Kebun Bahagia Bersama ada kolam berenang-renang ikan koi den kaloi Sabah. Bagus konsep ini sebab ruang yang digunakan adalah productive. Kita boleh dapat hasil tumbuhan dan daging serentak pada ruang yang sama. Sebab kiranya ruang yang dipakai adalah berlapis, bahagian atas untuk sumber makanan tumbuhan manakala di lapisan bahagian untuk sumber protein daging. Double happiness.
  Gambar No. 2 di atas ini pula adalah pokok terung yang mirip dengan jenis terung listada yang telah membuahkan hasil yang banyak setelah gardener William tunggu hampir setahun. Awal-awal banyak bunganya tapi tak melekat buah. Dah rasa nak buang je, bagi tempoh lagi sebulan, kemudian pokoknya tak putus-putus menghasilkan buah terung. Dapatlah makan kari ikan terung listada. Lepas ini moga gardener William dapat masak kari ikan kaloi dan terung dari hasil kebunnya. Dah macam cerita bawang merah dan bawang putih.
  Minggu lepas musim bunga hippeastrum yang warnanya memang sebijik macam isi keledek manis oren. Cuma asyik terlupa nak ambil gambar kembangnya waktu siang, jadi warna yang diambil pada waktu malam dengan flash tidak dapat menunjukkan warna sebenar bunga. Memang cantik warna orennya dan yang ini jenis kembang bunganya amat besar berbanding dengan yang jenis Amaryllis equestre (klik sini) atau Mrs. Garfield (klik sini).

  Mula-mula Tukang Kebun tak rancang nak beli pun bawang hippeastrum ini, cuma ingat nak beli rizom kantan yang dipesan oleh Big Boss. Tetapi makcik favourite husband di Tamu Tamparuli (related posting klik sini) yang biasanya berbaju pink minta ambil semua hasilnya yang belum terjual lagi. Tukang Kebun teragak-agak nak ambil sebab takut di kebun sendiri pun dah banyak ditanam. Sebab takde gambar jadi bila ditanya makcik baju pink kata warna oren macam keledek manis tu. Nasib juga Tukang Kebun borong semua memang warna ini masih belum di koleksi Tukang Kebun.

  Yang batch bulb crinum Tukang Kebun offer dulu (related posting klik sini) juga adalah dari kebun makcik baju pink tersebut. Tak sampai hati nak ditolak jadi borong jelah semua bibit tumbuhan yang belum terjual lagi. Jadi lepas beli hampir dah nak masuk 3 bulan, Tukang Kebun biarkan bawang hippeastrum tersebut air-dry di dry kitchen dalam keadaan samar malap dengan plastik terbuka. Sampai berapa kali juga Big Boss ingatkan masih ada benih terbiar dekat dry-kitchen dia. Jadi masa persiapaan balik Tahun Baru Cina, bila Tukang Kebun intai sekali dah ada bawang yang tumbuh tangkai bunga panjang seperti gambar No. 3 di atas. Apalagi terus bagi Big Boss untuk tanam sampailah ia kembang.

 Ya bawang hippeastrum ini tak perlu siram banyak sebenarnya lepas tanam dalam tanah biarkan sahaja ianya terdedah dekat panas, berikanlah kerja menyiram tu dekat mother nature. Hippeastrum ini sebenarnya suka ada season kering di mana bawangnya duduk tido dalam tanah, nanti musim hujan bangunlah ia semula. Jika sentiasa basah atau bawang yang digali keluar tidak dikeringkan betul, bawangnya akan mudah berkulat. Begitu juga jangan sekali direndam bawangnya lama-lama dalam air sebab tak sabar nak suruh ianya berbunga nanti mudah reput dan dijangkiti kulat. 

Ada limited jenis bawang hippeastrum ini untuk di offer.

~` 1 bawang hippeastrum bunga oren RM7.00 ~

Self-Collect Schedule This Week:

27th/28th February 2016 Saturday/Sunday Morning from 10:30AM~11:00AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (berdekatan exit Paya Jaras, Guthrie corridor highway).

Sabtu, 20 Februari 2016

Like Small Pink Rock Orchid

   Tukang kebun kalau bab hal orkid ini memang kurang arif. Dah berminggu-minggu juga mencari jenis species orchid di atas tetapi belum lagi jumpa. Maka terperaplah posting ini dalam status draft dengan lamanya. Jadi Tukang Kebun mohon yang ada pengetahun mengenai jenis orkid ini, mohon tunjuk ajar. Marilah kita berkongsi-kongsi ilmu yang ada, tak baik kedekut tau. Nanti Tukang Kebun pun tak ada motivasi nak tulis menjela-jela merapu-rapu. Untuk mendapatkan ilmu dengan lebih meluas baiknya berinteraksi.
  Bila belek-belek morphology tumbuhan orkid kecil berbunga warna ke-unggu-an ini nampak macam dalam keluarga anak-beranak dendrobiums kemudian mirip kepada jenis ciri 'Thelychiton kingianum'.  Tapi 'Thelychiton kingianum' yang juga dikenali sebagai 'Pink Rock Orchid' adalah native kepada Australia. Tukang Kebun pula pandai-pandai rasa mungkin yang ni species asal Asia Tenggara kut. So keberangkalian besar mungkin bukan species 'Thelychiton kingianum', adalah species lain. Sebab ianya begitu mudah berbunga dan ada beberapa kitaran musim bunganya dalam setahun dengan cuaca sepanjang tahun di Lembah Klang ini.

    Jenis orkid ini sebenarnya bila sudah berakar-akar dan selesa di rumah barunya, ianya tidak memerlukan siraman air yang banyak. Memadai dengan penerimaan air sepanjang tahun di kawasan tanah rendah ini. Oleh itu tidak perlu tanam dalam tanah, boleh training pokoknya melilit batang-batang kayu. Sebagai contoh gambar No.2 di atas dan No. 3 di bawah adalah antara contoh orkid mirip pink rock orchid ini hidup bergantung kepada batang pokok lipstick palm.
  Gambar no. 4 di bawah ini pula pokok mirip small pink orchid menjadikan tunggul kayu yang telah dibakar macam arang sebagai rumahnya.
  Gambar di bawah No. 5 ini adalah rumpun pokok yang sama dengan gambar No. 4 di atas di mana tangkai bunganya telah mengeluar kudup-kudup bunga membesar.
  Gambar No. 6 di bawah pula adalah mirip pink rock orchid yang hidup bertenggek di atas batang pokok bunga kertas pula. Ya tak perlu tanam dalam pasu pun tak mengapa. Boleh sahaja mereka belajar hidup bahagia bersama di atas batang-batang pokok bunga atau hiasan yang lain. Nak hias dalam tandas pun boleh.
  Bunganya kembang lama dan meriah nampak gugusan bunganya apabila mula kembang serentak satu persatu. Sangat sesuai untuk lebih menceriakan kebun bagi mereka yang mempunyai ruang yang terhad, hidupnya boleh menumpang-numpang. Nak outstation pun tak takut sebab tak perlu siram kerap. Never ever over-water this orchid plant ya. Jangan lemaskan dia. Memang tak perlukan air yang banyak. Pastikan ada air circulation yang baik untuknya hidup.
~ 1 moist bare-rooted like small pink rock orchid plant RM10.00 ~

Isnin, 15 Februari 2016

Kebun Kapas Raha

  Syukur Alhamdulillah bahagia hati mendapat berita dari Ibu Raha yang kebunnya di Seri Kembangan juga sedang musim kapas juga. Dapat sudah mengutip hasil kapas dari biji benih Kebun Bahagia Bersama yang disemai agak kira 6 ke 8 bulan lalu. Ibu Raha pun tak sempat nak berikan baja langsung kepada pokok kapasnya tetapi Syukur Alhamdulillah dapatlah Raha tengok bagaimana kapas terbentuk yang menjadi sumber asas kain cotton. Seperti di Kebun Bahagia Bersama juga, pokok kapas Raha juga dah mula berbunga semula (related posting klik sini). Mungkin cuaca di tempat kebun masing-masing adalah agak sama jadi musim kapas pun agak-agak sama. Kalau pendapat Tukang Kebun lah rasanya pokok kapas tak perlu banyak sangat diberi baja nanti mabuk daun je labih.
  Syukur Alhamdulillah kiriman buah limau mixed dan beras juga telah selamat diterima oleh Raha sekeluarga.
  Rupa-rupanya Tahun Baru Cina kali ini pada hari ketiga giliran Panther pula jadi first-time mother. Alahai bila Tukang Kebun takdelah baru nak bersalin. Kebetulan pula dearest husband ada sebab company cuti 3 hari, jadilah pak bidan terjun. Sampai 1 jam terpaksa Tukang Kebun pula bergayut dekat telephone nak berikan emotional support dekat panther suruh push push menanti yang kedua keluar.

  Pak bidan pun tak sangka panther nak bersalin dah, cuma awal pagi hairan ajak panther keluar makan tak mau makan seperti hari biasa. Cuma duduk melepek baring tido di bilik tidur kami. Ketika pak bidan sorang-sorang mengemaskan kawasan depan pergola yang tergendala kelmarinnya sebab hujan barulah terkejut tengok panther tengah mengeluarkan anak di celah pokok keladi gajah yang Tukang Kebun baru kemas masa hari pertama Tahun Baru Cina. Sayangnya kaki keluar dulu songsang belum pandai lagi nak tolak cepat jadi lemas, jadi first born baby panther dah tak bernafas. Dearest husband tanam anaknya sebelah kubur neneknya Tigger. Itu yang terus call Tukang Kebun, pak bidan terjun yang nak emotional support more than panther. Panther pun dengarlah dia respond bila Tukang Kebun cakap menerusi talian telephone.
  Menurut Pak Bidan anak kedua bila ditanya apa yang keluar dulu, katanya kepala. Tetapi bila dah panther tolak lagi barulah dia sedar bukan kepala tapi ekor, so kenalah juga tolong panther keluarkan sikit-sikit anaknya supaya tak lemas. While dearest husband tanam 1st born kitten yang lahir mati, no. 3 nasib baik keluar dengan cepat dengan sendirinya tanpa disedari. Sambil No. 3 keluar, sambil dia tolak tembuni no. 2 keluar sekali. Itupun sambil No. 3 keluar yang No.2 dah mula menyusu dengan maknya. Syukur Alhamdulillah dapatlah Panther timang 2 anak. Yang No. 2 kami panggil 'Puma' dan No. 3 kami panggil 'Cougar'.
  Hari Kedua lepas Panther bersalin paginya, dearest husband jumpalah 3 ekor tikus tak dapat keluar dari tong makanan ayam. Tong makanan ayam tu memang death zone untuk tikus boleh masuk tapi tak dapat nak keluar. Memandangkan Panther kurang berselera makan instant food, jadi dearest husband bagilah tunjuk Panther supply makan fresh tikus. Memang puas dia meratahnya sampai dearest husband kata Panther baru bersalin dah nampak macam anak dara balik. Yang kelakarnya agaknya 2 ekor si Panther makan licin, lagi seekor dia simpan pergi kasi makan anaknya. Lucu melihat gambar kiriman adik Tukang Kebun yang nampak ada tikus pula sebelah anak-anak Panther yang saiz pun seakan sama. Anak-anak belum lagi lahir keluar 48 hours, belum buka mata lagi, si Panther dah tak sabar-sabar nak latih anak-anaknya makan solid food. Kasih Ibu.
 Adoi masa Valentine Day datang lagi biawak lebih besar dari Tahun Baru Cina lalu nak makan besar juga (related posting klik sini). Masa dearest husband waktu nak dekat senja dalam hujan cari anak-anak pokok yang hendak dipos hari ini kedengaran angsa bising dan Sally berteriak-teriak di belakang. Adoi kali ini anak-anak Sally jadi mangsa, 2 ekor anak Sally tak jumpa mesti dah dikerjakan oleh biawak ini. Memang no mercy lagi dearest husband benam kepala biawak ni dalam tanah nak bunuh . Lagipun biawak kali ini lebih garang dan nak melawan. Haiiiii banyak predator pula musim ni.

Sabtu, 13 Februari 2016

Benih Padi Huma dari Poturidong

   Syukur Alhamdulillah keluarga Auntie Janet dah selesai pun menuai padi huma mereka bulan lepas (related posting klik sini). Syukur Alhamdulillah dapat juga anak-anak merasa nasi dari beras padi huma yang baru dituai sahaja lagi. Nikmat yang jarang-jarang dapat dirasakan sekarang.
  Beginilah suasana bendang padi huma yang berdekatan rumah kampung Big Boss awal tahun ini. Yang masih hijau itu kepunyaan bendang padi huma saudara kami. Rajin sungguh mereka lihatlah tidak disia-siakan tanah yang ada anak-anak arwah Uncle Dairin. Sambil menunggu anak pokok getah mereka membesar yang  ditanam semula menggantikan pokok getah sudah tua, dibuat sistem inter-cropping dengan menanam padi huma di keliling anak pokok getah. Jadi bukanlah yang getah tersebut semak dengan lalang tetapi dikelilingi pokok-pokok padi huma yang akan memberikan hasil mengenyangkan perut.
  Dapat juga Tukang Kebun pelajari dari mereka ini walaupun tak buka kebun getah, suatu hari jika ada rezeki buka lagi dusun buah bolehlah kami intercropping begini sementara nak tunggu anak-anak pokok membesarkan. Manfaatkan kawasan tanah yang ada bukan sahaja bertumpu ke sesuatu jenis hasil tumbuhan sahaja. Dari asyik trend sekarang buka kebun getah dan kelapa sawit lepas tu untuk elakkan lalang naik tinggi sambil menunggu pokoknya membesar matang disembur dengan racun rumpai. Jika kita tanam adik beradik lalang macam padi dapat jugakan hasilnya.
   Padi huma ada baka pelbagai jenis. Ada yang kitarannya 4 bulan ada juga yang 6 bulan ikut jenis.  Di Borneo sahaja ada lebih 20 jenis padi huma yang diusahakan. Satu keistimewaan tanam padi huma seperti yang dibincangkan tadi ialah kerana sifatnya tak perlu banyak sangat air seperti padi sawah boleh kita tanam sebagai inter-cropping plant. Lebih-lebih lagi dengan masalah kekurangan air sekarang, tanam padi huma adalah lebih mudah dari padi sawah bergantung kepada lokasi, tanah dan persekitaran. Tambahan pula kita boleh usahakan tumbuhan lain bersama-sama.
  Jenis bijiran padi huma yang kami bantu tolong tuai tempoh lalu ialah jenis padi atas yang saiz butirannya bulat dan sederhana panjang. Warna berasnya bila masak nasi berwarna merah jambu. Jika buka kulitnya secara manual lagi kuat warna merah jambunya, kalau mesin grinder kurang sketlah warna merah jambunya.

~ Anggaran lebih 250 biji benih padi huma beras isi merah 1 pek RM3.00 ~
  Boleh semai dulu biji benih padi dalam pot dahulu sebelum dipindah-pindahkan bila dah nampak kuat anak pokoknya. Jangan pula ingat rumput bila nampak tunas-tunas keluar dari tanah seperti gambar di atas atau di bawah. Itulah anak-anak pokok padi huma yang baru bercambah dan baru nak membesar.
  Jarak-jarak bila nak pindahkan anak-anak pokok padi boleh juga check archives gambar posting lama nota Tukang Kebun label 'padi' ya. InsyaAllah dalam jarak 20~30cm boleh agaknya.
  Yang ini pula jenis padi huma isinya berwarna putih dan wangi bila dimasak. Boleh nampak perbezaan dengan jenis padi huma isi merah tadi. Yang padi huma ini bijirannya panjang dan nipis. Kedua-duanya hasil dari air tangan keluarga Auntie Janet.

~ Anggaran lebih dari 250 biji benih padi huma putih wangi 1 pek RM3.00 ~

Jumaat, 12 Februari 2016

Biawak Buruan

  Dah nak hampir 2 minggu setelah telur-telur yang dieram oleh First-Time Mother Hens ini menetas (related posting klik sini), Sabtu pagi lepas kami mulalah berikan kebebasan kepada mereka berjalan-jalan mengajar anak-anak mereka mencari makan dalam kawasan belakang Kebun Bahagia Bersama. Tengoklah tu ada juga nak menumpang 2 kaki menyibuk bila anak-anak ayam diberikan makan isi nangka masak. Syukur Alhamdulillah setakat ini Sally masih lagi menjaga 6 ekor anak ayam yang membesar dengan cepatnya.
  Mencuit hati melihat gelagat ayam-ayam mutiara remaja yang duduk sekandang dengan Ratu apabila mereka pun dibebaskan kali pertama dari kandang 1. Mengekor si Ratu dan anak-anaknya bagaikan mereka juga telah menjadi anak angkat si Ratu. Menumpang manja kasih sayang dengan Ratu. Bagus juga bila ayam-ayam mutiara yang membesar ini menganggap Ratu ibarat ibu mereka nanti giliran mereka pula akan menjaga Ratu setelah dewasa pandai menjaga diri.

    Dalam gambar No. 2 yang di depan itu adalah pokok lemon Tahiti grafted yang ditanam Ogos lalu. Sudah makin meninggi dan merimbun pokoknya walaupun tidak Tukang Kebun baja dan siram, pretty neglected. Moga Muscovy yang dijadikan slow-releasing fertiliser akan membuahkan hasil yang banyak.

Info Lemon Tahiti boleh juga rujuk di posting sebelum ini (klik sini).

~ 1 bekas lemon Tahiti grafted RM25.00 ~


     Malangnya dari 8 ekor anak Ratu cuma tinggal 5 ekor sahaja sekarang. Hairan mana perginya lagi 3 ekor hilang satu persatu. Mula-mula kami suspect mungkin tikus pergi makan anak ayam waktu malam. Kemudian as troubleshooting nak elak dari tikus makan anak ayam, jadi kami pindahkan beberapa ayam-ayam mutiara remaja duduk sama-sama Ratu dalam Kandang 1. Ayam-ayam mutiara ini bila dalam kumpulan ianya adalah predator yang cekap, boleh diorang kerjakan tikus dan ular bila bekerjasama antara mereka. Antara salah satu sebab kami tengah usahakan menambahkan bilangan banyak jenis ayam-ayam mutiara patrolling dalam kebun.

   Kebetulan Sabtu lepas setelah kami bersiap-siap nak keluar beli stok makanan ayam dan merangkap lunch masa tengahari, Tukang Kebun dah siap tunggu di luar dapur kedengaran kandang 1 macam riuh semacam. Terdetik hati pergi tengok, terkejut jantung rupanya ada biawak dalam kandang 1. Kebetulan pula dalam kandang 1 tu ada seekor remaja ayam mutiara tak reti nak keluar kandang 1 yang dibuka pintunya, first day lah open pintu katakan. Berterbangan-terbanglah ayam remaja mutiara itu. 

Teruslah Tukang Kebun menjerit, "Abang patutlah ada visitor biawak masuk kandang 1".

My dearest husband pun jeritlah balik sebab baru keluar dari pintu dapur, "Tutup cepat pintu kandang 1, jangan bagi keluar".

Tukang Kebun pun cepat-cepatlah tutup pintu sementara tunggu my hero datang, "Patutlah anak si Ratu hilang satu persatu, rupanya ko yang menyelit bawah pintu masuk, makan anaknya. Ini datang nak makan besarlah ni. Nasib kebetulan hari ini sudah bebaskan Ratu dekat luar. Takde makan senang hari ini".

My hero datang dengan cangkul panjang, "So nak buat apa dengan biawak ni, nak bunuh terus ke".

Tukang Kebun, 'Terpaksalah bunuh. Tahukan biawak ni jenis ada habit. Dah tahu ada food kat sini akan datang selagi tak habis anak ratu atau telur-telur dimakannya. Itu yang dah 3 ekor anak Ratu dijamahnya".
  Terpaksalah eliminate one of the biggest pest yang suka mengganggu hasil dari ternakan di kebun belakang Kebun Bahagia Bersama. Biasanya saiz kecik biawak yang macam ini, kekadang datang waktu siang hari pergi makan telur sebelum kami sempat ambil.
  Syukur Alhamdulillah dengan bantuan orang-orang Myanmar yang datang mencari rezeki di negara kita hujung bulan lepas, dapatlah juga kelapa-kelapa yang sudah tua dipetik dari pokok-pokok kelapa. Mereka teringin nak makan buah-buah pinang masak, jadi alang-alang diorang panjat pokok pinang bolehlah juga bawa turun kelapa tua dan kelapa muda. Sambil sama-sama tunggu betulkan atap dapur yang senget macam nak runtuh itu, bolehlah membasahkan tekak dengan kelapa-kelapa muda Kebun Bahagia Bersama.

  Seronok bukan main dapat stok buah pinang masak sambil wassup video dengan bininya di Myanmar. Sambil-sambil tunjuk video sekitar Kebun Bahagia Bersama sampai ke Myanmar.

  Jika siapa yang berminat nak dapatkan buah-buah pinang muda ada fresh stok yang boleh diambil dari pokok hujung minggu ini atau minggu depan selagi ada.

~ 5 buah pinang muda RM2.00 (boleh juga dipos) ~
  Syukur Alhamdulillah dapat jugalah kami bekalkan 80 biji kelapa sudah siap dikukur untuk Makcik Zuraidah Ahad pagi lepas. Mula kukur dari petang Sabtu lepas yang kemudiannya disimpan lekas-lekas dalam freezer. Terima Kasih Makcik hilang penat mengukur kelapa berjam-jam selepas dapat merasa air tangan makcik kuih tako. Tinggal 3 ketul kuih tako baru teringat nak snap kenangan. Siap dapat cencaluk dan belacan lagi, jutaan terima kasih. Bulan November dulu dapat kuih kaswi makcik berikan pun sedap sungguh. Seronok tengok hasil isi kelapa dari Kebun Bahagia Bersama boleh macam-macam kuih tradisional Makcik Zuraidah buat.

~  3 biji kelapa tua sudah dikukur RM5.00 ~

Khamis, 11 Februari 2016

Kumpulkan Kapas

  Sementara menunggu dearest husband hard-pruning pokok rambutan sekolah yang dah merimbun besar menyebabkan kawasan sekeliling gelap, Tukang Kebun tuailah buah limau-limau kapas yang dah agak masak. Sebab kawasan dahan-dahan besar pokok rambutan yang jatuh tu dah habis berkeliaran kerengga yang mengamuk sebab rumahnya dah kena usik. Musim rambutan akhir tahun lepas, yang memajak rambutan merah dari Kebun Bahagia Bersama asal buahnya antara dari pokok ini lah. Lepas dah bertempiaran larikan diri dari amarah kerengga, sebelah petang kami buatlah projek kebun mini pisang nangka dan nenas (related posting klik sini).
  Kebetulan Tahun Baru Cina ini banyak buah-buah limau kapas yang sudah masak keemasan bergayut di pokoknya. Tengoklah si Kiki Turkey betina pun nak masuk kepalanya dalam gambar. Biasanya dalam sebakul gambar No.1 di atas tu ada lebih 3kilogram beratnya. Inipun tak terambil lagi semua buahnya, sebab kena distract memangkas pokok kapas di sebelahnya yang makin rimbun nak elakkan dari pokok kapas jadi terlampau teduh. Ambil sahaja bahagian untuk pesanan buah limau mixed dahulu.
    Baka limau kapas ini ada buahnya bulat, ada kekadang buahnya lonjong. Rasanya lebih mirip kepada limau lemon berbanding dengan limau nipis untuk baka pokok limau kapas ini. Rasanya pun tidak semasam buah limau nipis. Baunya juga wangi harum. Biasanya Tukang Kebun suka buat air limau gunakan jenis baka limau kapas ini.

Info lanjut untuk pokok limau kapas boleh rujuk di posting sebelum ini (klik sini).

1 bekas pokok limau kapas grafted RM15.00 .

1 kilogram buah segar limau mixed RM6.00 (boleh juga dipos).


  Tahun Baru Cina hari pertama sebelah paginya kutip buah limau kapas. Hari kedua Tahun Baru Cina pagi pula kami kutip kapas atau cottonboll. Elok pula cuaca masa Tahun Baru Cina pertama tak hujan, jadi molek kering nak kutip masa pagi Tahun Baru Cina hari kedua. Nampaknya pokok-pokok kapas dalam Kebun Bahagia Bersama sudah mula kitaran musim bunganya semula bila Tukang Kebun intai-intai nampak ada dah bunga nak kembang.

~ Anggaran 20 biji benih 1pek harganya RM3.00 ~
  Sebelum kami petik cottonboll sebenarnya kami gali keluar juga ubi-ubi bemban dari Petak 1 dan Petak 2 untuk pesanan yang diterima. Yang berminat untuk merasa ubi bemban juga boleh self-collect hujung minggu ini atau akan dipos hari Isnin. Hujung minggu ini pesanan terakhir kami ambil untuk ubi-ubi bemban segar. Next pesanan diterima untuk hasil ubi-ubi bemban ialah penghujung bulan March.

~ 1 set ubi bemban RM7.00 ~