Halaman

Sabtu, 9 Jun 2018

AirBnB area Nishi-Nippori Station

 Setelah tiba di Tokyo dari Kakunodate (related posting klik sini), kami menaiki keretapi landasan Yamanote untuk ke kawasan Nishi-Nippori untuk tempat penginapan kami di Tokyo sehingga kami kembali ke Malaysia. Kami tiba di Nishi-Nippori nak dekat pukul 8 malam sudah.
 Dari Nishi-Nippori Station ke homestay adalah cuma dalam 10 minit jalan kaki pace anak-anak. Hujan renyai-renyai malam tersebut. Ini adalah pertama kali menggunakan platform AirBnB untuk booking tempat penginapan. Bangunan apartmen tersebut adalah sebelah kuil kecil dan groundfloor ada kedai sukan. Kuil ini macam penting untuk kerohanian penduduk tempatan sebab selalu ada sahaja yang singgah untuk berdoa dari budak-budak sekolah hinggalah orang tua.
 Biasalah kalau di Jepun ni biasanya lepas masuk pintu rumah selalu lalu dapur dulu sebelum family room.
 Berbanding dengan penginapan di Hotel yang amat sempit ruang untuk bergerak bagi kami sekeluarga. Bila duduk apartment kecil Jepun ni selesa sikit anak-anak ada ruang nak bergerak.
 Keesokan harinya adalah cuti am di Jepun, apabila keluar sahaja dari bangunan apartment ada macam pesta pula di sepanjang jalanraya.
 Tempat paling dekat dengan apartment tempat kami menginap di bawah porch rumah orang ada tarikan untuk anak-anak bergaya dengan pakaian seragam station master ala Jepun bersama maskotnya si Penguin ini.
 Jalan depan lagi ada pula peluang anak-anak cuba pakaian seragam polis di Jepun pula sambil rasa naik kereta polis.
 Seronok betul anak-anak dapat hari tersebut cosplay station master dan polis Jepun. Mama pun teringin cuba nak try tapi semua saiz kanak-kanak sahaja.
 Bestlah anak-anak dapat berlakon rasa jadi polis Jepun dengan testing main dalam kenderaan polis. Bagus juga strategi polis Jepun ni untuk bermesra dengan normal citizen sertai pelbagai aktiviti komuniti begini. Ada juga kuiz untuk orang-orang dewasa.
 Semasa tunggu anak-anak tukar baju, ternampak pula rumah sebelah ni ada pokok batangnya melilit naik tangga yang sedang berbuah. Memandangkan cuaca yang makin dingin di Tokyo buahnya yang sedang nak masak tu dibungkus baik dengan plastik. Subur pokok ini ditanam dalam bekas pasu sahaja. Pokok tropika buah markisa ni yang jenis buah masak ungu tu tumbuh di cuaca Tokyo. Lebat juga tu buahnya yang bergayutan.
 Di atas balcony rumahnya juga kelihatan pokok markisa melilit dan berbuah. Pasti ini juga pokok markisanya di tanam dalam pasu. Siapa yang ada kawasan terhad pun seperti balcony gardener boleh bela pokok markisa. Daun markisa juga bentuknya cantik membuatkan balcony kita sedap pandangan menghijau dan natural curtain nyaman sikit.
 ~ 1 pot markisa ungu RM8.00 ~

Jumaat, 8 Jun 2018

Komachi and Kakunodate Train Station

 Hari KeTujuh melawat Jepun adalah hari terakhir kami melawat zon kawasan Jepun Tohoku. Destinasi terakhir kami di kawasan Timur Laut Jepun ini adalah ke Kakunodate, Negeri Akita. 
 Dari Stesyen Keretapi Kitakami pukul 10:30 pagi kami bertolak dan sampai di Stesyen Keretapi Kakunodate pukul 10:57pagi menaiki bullet train bernama Komachi. 
 Anak-anak amat seronok kerana dapat merasa naiki bullet train yang berwarna merah pula atau lebih dikenali sebagai 'Komachi'. Keretapi laju warna merah ini memang adalah khas yang ulang-alik kawasan dalam negeri Akita ke Tokyo. Kenapa namanya diberikan 'Komachi'? Sebab Negeri Akita terkenal dengan baka beras mereka tersendiri yang dikenali sebagai nama 'Komachi'. Semangat patriotik mereka adalah tinggi, mereka bangga dengan baka beras mereka sendiri sehingga namakan bullet train yang lalui landasan negeri Akita dengan beras tempatan Akita iaitu 'Komachi'.
 Jika negeri Jepun tempat Tukang Kebun merantau untuk menimba ilmu dahulu pula di Negeri Niigata terkenal dengan beras tempatannya 'Koshi Hikari'. 'Koshi Hikari' pula adalah antara beras paling sedap di Jepun juga. Di Negeri Niigata pun salijinya tebal seperti Negeri Akita ni yang di mana sepanjang perjalanan dari Kitakami ke Kakunodate walaupun hujung bulan November sudah diliputi dengan salji. 
 Posting ini pun untuk commerate anak-anak pertama kali naik bullet train 'Komachi'. Bila tanya antara bullet train yang telah dapat dinaiki pertama kali di Jepun ini, mana mereka gemar?Ilhan dan Rayyan berdua suka komachi bullet train. Siap Rayyan beli berus gigi kenangan gambar bullet train komachi masa di Tokyo.
 Kesamaan kawasan Kitakami di Negeri Iwate dan Kakunodate di Negeri Akita ialah kedua-dua tempat ini adalah antara tempat paling cantik dan popular untuk melawat musim bunga sakura. Oleh itu, stesyen keretapi Kakunodate juga banyak hiasan bunga sakura.
 Keluar sahaja dari stesyen Kokunodate, anak-anak geram dan seronok tengok salji yang lebih banyak dari Kitakami. Sementara tunggu mama dan papa cari locker yang sesuai saiz untuk simpan luggage di depan stesyen Kokunodate, anak-anak ambil kesempatan main salji.
 Jika locker di kawasan stesyen keretapi, boleh juga simpan luggage di Information Centre Kakunodate yang dekat sahaja dengan bangunan Stesyen Kakunodate.
 Jika nampak pokok besar banyak ranting di bawah ini tiada daun musim sejuk, bila tiba musim bunga nanti lebatlah bunga sakura di pokok-pokok ini. Pasti cantik pada penghujung bulan April dengan bunga sakura yang mekar memenuhi pokok-pokok ini. Gambar di bawah adalah gambaran pintu masuk depan Stesyen Keretapi Kakunodate manakala sebelah kiri adalah bangunan information tourist centre.
 Aktiviti-aktiviti yang boleh explore di Kakunodate, Negeri Akita ialah:
Rumah Nishinomiya (klik here)
Tempat Rohani Berkurun Kakunodate (klik sini)
Rumah Warisan Samurai "Little Kyoto" (klik sini)
Kakunodate Shopping (Klik Sini)
 Pada pukul 4:21 petang kami menaiki keretapi Komachi di platform stesyen Kakunodate ke Tokyo sampai pukul 7:32 petang. Sementara menunggu dengan cuaca makin sejuk dan mendung, cantik pemandangan sepanjang landasan diliputi putih salji.
 Kagum kami rupanya Bullet Train Komachi yang ke arah Tokyo dan ke arah bandar Akita sampai serentak pada pukul 4:21PM dari arah yang berlawanan.
 Pintu dalam bullet train Komachi juga dihiasi dengan lukisan pokok padi. Dapat jugalah kami hari tu bawa balik 10kilogram beras Komachi balik ke Malaysia.
 Pokok suji atau pandan serani yang daunnya boleh digunakan sebagai pewarna semulajadi warna hijau seperti pandan wangi. Pokok suji ini hidup subur di tanam di bawah canopy pokok frangipani balinese kuning dan bersebelahan dengan pokok pecah kaca (pecah beling). Pokok suji ini boleh hidup di kawasan teduhan dan tumbuh tinggi sehingga melepasi ketinggian tembok. Pokok suji juga boleh hidup subur dalam pasu dengan mudah. Kadangkala pokok suji ini nampak seperti pokok hiasan, maka sesuai juga nak jadikan indoor plant atau tanam di balcony.

More info on Pokok Suji/Pandan Serani (Klik Sini).
 Pokok Suji dan pokok pecah kaca/pecah beling ada stok semula. Jika self-collect untuk pokok suji ada stok yang tinggi selagi stok masih ada. Contoh gambar di atas adalah current stok pokok suji untuk pesanan melalui pengeposan.

1 pot Pokok Suji/Pokok Serani RM10.00 .

1 pot Pokok Pecah Beling/Pecah Kaca RM5.00 .

Khamis, 7 Jun 2018

Anak Pokok Pulasan

  Pada musim buah pulasan seronoknya lah makan ramai-ramai sambil pulas kulit buah pulasan untuk dapat makan isi buahnya. Tukang Kebun suka makan buah pulasan lagi berbanding dengan buah rambutan kerana isinya kurang berair dan kenyal sikit. Buah pulasan lebih kekal lama nampak cantik di suhu bilik kerana tiada berambut halus yang kecut macam rambutan.
 Terdapat beberapa pokok pulasan di Kebun Bahagia Bersama. Yang seronoknya ada beberapa pokok pulasan jenis renek sahaja pokoknya. Dahan pun masih halus-halus lagi. Mudah untuk buahnya dipetik-petik. Pokok pulasan yang gambar di atas sebenarnya berdekatan dengan pokok Peropok yang tumbuh sendiri di mana jarak antara pokok dalam 30cm sahaja. Siapa perasan ada jenis daun yang berlainan bentuk pokok Perupok di celah-celah rimbunan daun pulasan.
 Ada stok baka pokok pulasan mula dibekalkan di Kebun Bahagia Bersama.

~ 1 bekas anak pokok pulasan RM10.00 .
  Sekarang ini bukan musim buah pulasan di Kebun Bahagia Bersama. Tetapi tak sabar nak tunggu buah manggis yang lebat di pokok untuk ranum. 

Selasa, 5 Jun 2018

Tamu Papar

 Setelah selesai larian Rail Run Papar 2018 (klik sini), kami bergerak mencari tapak Tamu Papar pula. Rasanya pertama kali sejak zaman dewasa inilah Tukang Kebun jejak kaki ke Tamu Papar. Yang satu kenderaan sama gerak ini lagilah memang pertama kali ke Tamu Papar. Tamu Papar adalah pagi hari Minggu (Ahad). Ada jumpa tapai nasi, apalagi grab lah sedap nampak Big Boss dan Dear Hubby makan. Dear Hubby kata baik Tukang Kebun tak makan walaupun sedap sebab takut perut Tukang Kebun tak tahan. Masakan berpulut adalah salah satu pantang larang Tukang Kebun gara-gara masa zaman student merantau di Jepun dulu tak jaga makan, mudah gastrik. Benda lain takde pula pantang larang, tak taulah kenapa cuma berpulut je tak boleh.
 Jalan-jalan dalam Tamu kelihatan beberapa ikat jagung muda yang masih segar dalam kulitnya. Lalu Tukang Kebun berminat nak beli sebab anak-anak suka makan baby corn. Tanya seikat berapa RM2. Pastu kena offer beli 2 ikat RM3. Pastu tukang jual kata ambil 5 kira RM5. Takpelah beli je terus RM5 dapat 5 ikat lagipun satu ikat pun dah banyak. Tahan lama beli yang masih dalam kulitnya itu dari yang dah siap buka bungkus dalam plastik. Boleh tahan 2 minggu juga tu kalau simpan dalam peti ais. Jangan dilupakan yang rebusan rambut jagung juga boleh buat ubat turun tekanan darah tinggi dan gula.
 Lepas tu sama gerai jadi rambang mata tengok tembikai pula. Yalah dah puas lari tadi terasa nak benda sejuk dan manis hehehe...Tukang Kebun memang suka tembikai kuning. Belilah sebiji. 

Ilhan tanya: Kenapa mama beli tembikai kalau ada pilihan yang ada biji dan takde biji, Mama selalu ambil ada biji?

Mama jawab: Lagi selamat nak makan yang ada biji. Takde genetik pelik-pelik sangat.
 Yang kami tertunggu-tunggu mencari sangat dalam kawasan Tamu Papar ini ialah makanan laut. Sebab peminat setia seafood. Ada juga di sini yang jual rumpai laut. Tapi kami tak pandai lagi makan rumpai laut.
 Besar-besar ikan bawal di sini. Tapi tak bermusim bagi Tukang Kebun agak mahallah. Seronok si Ilhan ternampak ikan kesukaannya ikan bayan. Ada jenis warna biru atau pinkish. Belilah seekor baru RM10 untuk panggang petang nanti. Tukang Kebun hairan juga lah sebab kawasan pasar basah seafood di Tamu Papar ini agak kecil berbanding dengan Tamu Tuaran. Bila singgah beli chicken wing untuk barbecue petang nanti, rupanya tapak asal Tamu Papar ni tempat lain. Cuma kebetulan tempat kebiasaan Tamu Papar ini digunakan untuk pendaftaran calon-calon pilihanraya ke-14. Agaknya antara sebab kenapa ramai tak menjual kut. Kalau tak lagi meriah dan luas.
 Tangkapan paling membahagiakan dear Hubby di Tamu Papar ini ialah udang galah segar. Sepiring udang galah dalam gambar ini baru sahaja RM25. Itu pun setelah setengah goreng kunyit sahaja dan separuh lagi masak lemak cili api juga tak habis. Punyalah banyak bila kira-kira lebih 40 ekor. Kali terakhir makan udang galah yang segar manis begini masa Cuti-Cuti Kinabatangan (related posting klik sini). Bahagia hati si Suami, kalau mengidam nak makan udang galah rasanya sanggup datang mencari di Tamu Papar ini. Kota Kinabalu ke Tamu Papar ni kalau jalan tak jem sangat pun dalam sejam naik kereta sahaja. Sotong segar pun sepiring hanya RM10.
 Masa musim pilihanraya lalu rajin pokok-pokok bunga walking iris warna kuning mekar di taman. Pokok bunga walking iris ni sebenarnya tahan lasak sebab dia jenis pokok berubi. Kalau lupa siram masa musim kemarau kalau dia hilang sebab kita kesibukan, jangan panik nanti kembali musim hujan dia naik tu semula kalau ubinya sudah matang. Sesuai untuk busy novice gardener.

Info lanjut pokok yellow walking iris (klik sini).
Di bawah adalah antara contoh pokok-pokok yellow walking iris yang dah merimbun untuk dibekalkan dari Kebun Bahagia Bersama selagi stok sudah ada. Ada juga dalam 1 pot tu ada beberapa pokok dalamnya, kalau nak dibahagikan atau disusunkan kepada tempat lain-lain.

~ 1 pot pokok yellow walking iris RM9.00 ~

Isnin, 4 Jun 2018

Rumah dan Gudang Nishinomiya

 Selepas melawat rumah-rumah warisan Samurai (related posting klik sini), kami mula bergerak balik ke arah stesen keretapi Kakunodate supaya tak terlepas Bullet Train untuk ke Tokyo pula. Memandangkan ada lagi sedikit masa kami berhenti ke rumah Nishinomiya warisan rumah gudang dahulu. Tempat simpan-simpan barang atau senang orang putih panggil warehouse. Sambil berjalan ada juga antara rumah yang sambil buat restoran juga. Memandangkan sejuk jadi pintu dan tingkap restoran tertutup. Di depannya banyak koleksi pokok-pokok. Owner Restoren suka berkebun bila ada kelapangan rasanya.
 Bila sampai di Gudang Nishinomiya ni jadi keliru sebab dari luar bila jenguk ke dalam macam kedai cenderamata pula. Rupa-rupanya kami masuk dari exit pintu belakang bukan dari entrance depan. Banyak jugalah cenderamata yang cantik-cantik, tapi kami cuci mata sahaja.

 Lepas bilik kawasan cenderamata ada kawasan rehat. Anak-anak dan papanya tunggu di sini sahaja kasi panaskan badan sementara Tukang Kebun berlegar-legar ambil gambar di bangunan luar pula sorang-sorang. Masa hari dan waktu tertentu di kawasan ini ada demo cara buat kerjatangan tradisional capal Jepun (Zori).
 Tukang Kebun perhatikan di kawasan Kakunodate masa musim kami melawat ini suka hiasan pokok dalaman seperti gambar di atas yang berbunga warna fuchsia. Ini macam adik beradik keluarga bunga bakawali ni nampak gaya. Comel juga pokok jenis mini version ini sesuai untuk dibela bagi mereka yang ada ruangan terhad. Sebagai hiasan dalaman juga menarik.
 Semasa Tukang Kebun sorang-sorang di luar pijak atas salji sibuk nak ambil gambar pokok bunga berkantung merah di atas terkejut pekerja dia berjalan ke bangunan lain tengok ada perempuan cangkung sejuk-sejuk sorang di luar. Nasib baik dia tak ingat 'Yuki Onna', hantu Jepun Perempuan Salji. Kami je pelancong yang berada di situ.
 Ada beberapa bangunan kecil di dalam laman ini yang asalnya adalah gudang. Zaman dahulu memang sumber air perigi adalah penting lebih-lebih kalau keadaan perang apabila dikepung. Supaya bekalan air sentiasa berterusan, bukan sahaja mengharap dari air sungai. Di kediaman warisan rumah-rumah samurai lama juga kelihatan berdekatan rumah ada bekas perigi-perigi lama walaupun sudah tidak digunakan sekarang. Kebun Bahagia Bersama juga ada palung. Jika dulu Big Boss rajin siram pokok-pokoknya masa musim kemarau pakai air dari palung menggunakan kuasa generator terus ke paip dan menggunakan hose air.
 Sejuk betul kawasan Kakunodate ni masa musim salji. Lihat bingkai tingkapnya berapa inci tebal. Masa kami di sini baru hujung November. Bila bulan January berapa meter tebal agaknya boleh bertimbun salji.
 Selepas Tukang Kebun masuk balik ke rumah yang belakang sekali tempat souvenir semula, rupanya ada aktiviti anak-anak keringkan stokin yang basah gara-gara main pijak salji pula di tempat pemanas.
Ini adalah sebenarnya pintu masuk depan Rumah dan Gudang Nishinomiya ini. Boleh juga naik bas ke sini dari Stesen Keretapi Kakunodate. Tetapi jarak perjalanan dari sini ke stesen pun dalam 10minit jalan kaki. Jalan depan jalanraya ini juga berdekatan dengan Perpustakaan Awam Kakunodate. Kelihatan beberapa kanak-kanak di dalam bangunan melihat pelancong seperti kami ni berjalan kaki sejuk di luar.
 Ada juga di antara bangunan di dalam tempat ini dijadikan gerai untuk penduduk tempatan menjual hasil tanaman mereka di sini juga. Rasa menyesal juga tak beli tetapi memandangkan lepas ni banyak barang nak diusung ke destinasi selepas Kakunodate ni, terpaksalah menahan diri. Labu Jepun tu macam manis je nampaknya. Geram tengok saki baki buah pisang kaki yang masih ranum bergayutan di pokoknya.
Hujung minggu ini last self-collect day ya untuk bulan Jun 2018 ini. Jika ada yang nak dapatkan daun rempah atau herba untuk digunakan bagi persediaan Aidilfitri kelak. 

Masa minggu pilihanraya ke-14 hari tu, ada Tukang Kebun repotting beberapa anak pokok ulam raja. Jadi ada stok baru beberapa anak pokok ulam raja. Yang self-collect untung selagi stok masih ada. Sebab ada beberapa pot yang pokok ulam raja dah lebih dua kaki tingginya (bukan anak pokok dah). Tambahan pula sudah dipindahkan dalam pot besar, tak perlu lagi nak dipindahkan ke pot lain. Jimat tak perlu cari pasu dan beli tanah.

Tips untuk rimbunkan pokok ulam raja sila rujuk ke posting lama (klik sini). 

~1 anak pokok ulam raja RM4.00 (3 for RM10.00) ~

atau

~ 30 biji benih ulam raja RM1.00 ~

Fresh Young Salad Shoots or Leaves (1 ikat RM1.00 about 15 leaves) Aidilfitri Special:

~Daun Pecah Beling/Pecah Kaca

~ Daun Pucuk Assam Jawa

~ Daun Pucuk Mata Pelandok

~ Daun Kadok

~ Daun Nyirik /Kobu (untuk Kelupis)

~ Daun Pucuk Muda Assam Gelugor

~ Daun Pucuk Muda Katak Puru/Nam Nam

~ Daun Pucuk Muda Mulberry

~ Daun Pucuk Muda Ubi Kayu

~ Daun Salam/ Nusantara BayLeaf

~ Daun Pandan Wangi

~ Daun Pandan Serani/Suji

~ Daun Puding Belacan

~ Daun Serai Acheh

~ Daun Sireh

~ 3 pelepah Daun Pisang

~ Batang Ubi Keladi

 (Notes: Watermark tarikh tahun silap sepatutnya 2017)