Awal bulan Ogos lalu, Papa Abby sertai larian Shah Alam Breakfast Run 2018 di mana garisan permulaan dan tamat berdekatan dengan Stadium Shah Alam. Papa Abby kurang sihat tetapi berjaya juga habiskan larian 10km dalam sejam.
Kebetulan sebelum larian papa Abby check facebook dia ada nampak Mak Long Liza ada post yang dia juga akan sertai acara larian tersebut. Macam jejak kasih kat Shah Alam Breakfast Run 2018 pula. Papa Abby kata cuba call Mak Long banyak kali lepas dia habis larian tapi tak angkat-angkat. Memanglah sebab sedang berlari lagi. So Papa Abby standby tunggu di garisan penamat. Tukang Kebun belum lagi sampai tahap boleh ikut terkejar pace Mak Long. Mak Long dah pengalaman 10 tahun join acara larian. Tukang Kebun baru mula tahun ni hehehe...Tukang Kebun pun tak join acara larian ini ada di rumah sahaja bersama anak-anak. Tukang Kebun masih lagi demam urat lepas daki Bukit Perahu (related posting klik sini) hehehe...
Papa dan Pak Long yang tunggu cabutan bertuah. Semangat nak tunggu sebab berpeluang memenangi sebuah kereta baru antara hadiah cabutan bertuah. Homestay Mak Long Liza sangat cantik dan suasana kampung masa musim raya di Pekan Padas, Negeri Sembilan (Klik Sini).
Peserta juga diberikan air milo dan breakfast McDonald. Anak-anak mengemas di rumah pada hujung minggu bantu mama Rayyan yang masih lemau. Yang tak sempat nak sertai larian Breakfast Run di Shah Alam masih berpeluang untuk sertai larian Bukit Jalil Breakfast Run 2018 pada hb November 2018 (Website Click Here). Larian di Bukit Jalil disediakan sarapan dari Burger King pula dan pelbagai hadiah cabutan bertuah yang menarik.
Bagi yang berminat untuk tanam pokok mulberry hitam ada stok pokok mulberry dan juga keratan segar.
~ 1 bekas anak pokok mulberry RM7 ~
atau
~ 10 keratan segar pokok mulberry RM7 ~
Seronok dapat join larian begini. Yang 5 km tu pun tak apa hhehe.
BalasPadamSalam Bahagia Aunty meintheswim,
BalasPadamYa yang larian 5km fun run pun seronok juga boleh buat kawan dan lari sesama matching pace berkenalan sambil enjoy.