Selepas snacking isi perut di Pasar Tsukiji (related posting klik sini), kami mula bergerak ke kawasan Ginza. Tak jauh pun walking distance sahaja. Pasar Tsukiji pun jika tiada pemindahannya ditangguh lagi, mungkin bulan October 2018 depan ni dah dipindahkan ke tempat baru sebab final watching untuk Tuna Auction adalah minggu ini untuk orang awam.
Antara kawasan ini juga terkenal dengan banyak theater untuk menonton drama tradisional Jepun iaitu Kabuki. Salah satunya adalah dewan Kabukiza seperti gambar di atas. Di atas bangunan Kabukiza ni ada juga balcony garden untuk beriadah di tingkat 5.
Ada juga beberapa pertunjukkan ringkas yang masih available ticket, tapi masa terhad dan anak-anak yang belum pandai mengerti tengok drama tradisional macam kabuki ni hasrat disimpan. Nanti terganggu dengan penonton orang lain, jadi stress pula sebab banyak pertanyaan which is good with the curiosity but cause others distraction. Lain kalilah bila mama dan papa yang berdua pergi Jepun kalau kebetulan di area Tokyo bolehlah pergi tengok.
Ambil gambar kenangan di landmark dalam Ginza ni depan bangunan ada jam Seiko tu. Ginza ni kiranya versi wakil negara Timur punya Fifth Avenue New York. Dipenuhi dengan kedai-kedai yang brand harga barangnya boleh sebulan gaji for common people. Cuci mata sahaja lah.
Walaupun 6 tahun merantau di Jepun dulu, ini kali pertama Tukang Kebun pergi Ginza. Jika bukan berdekatan dengan Pasar Tsukiji mungkin tak sampai sini kut. Pada hujung minggu banyak jalan ditutup dari kenderaan untuk khas memudahkan pedestrian menikmati shopping di Ginza ini.
Di Ginza ini lah ada kedai terbesar brand Uniqlo di dunia di mana jumlah tingkat kedai adalah 12 berdekatan dengan kedai brand nama Diana hahaha..... Siap ada patung mannequin berputar-putar dalam bangunan Uniqlo di Ginza ini memperagakan fashion terbaru.
Antara drama kegemaran Jepun Tukang Kebun ialah yang "Tatta Hitotsu no Koi" (Love of My Life), drama synopsis untuk heroine latarbelakang dari keluarga pemilik franchise kedai emas Star Jewelry. Ingatkan nama kedai Star Jewelry tu fiction sahaja, rupanya memang ada nama kedai barangan kemas 'Star Jewelry' di kawasan Ginza.
Selepas cuci mata, kami bergerak ke dalam department store Mitsukoshi. Sesiapa yang nak ke tandas pun boleh tumpang guna tandas dalam department store Mitsukoshi.
Anak-anak enjoy tengok hiasan Xmas di dalam kawasan Ginza.
Sebulan awal juga hiasan Christmas di Ginza terasa lebih awal meriahnya dari di Malaysia untuk menarik minat pelawat-pelawat.
Yang tak sempat makan street food di Pasar Tsukiji juga boleh dapatkan benda yang sama di basement Mitsukoshi iaitu macam telur dadar dan sushi. Menarik juga cuci mata tengok bahagian buah-buahan, boleh banding harga buah-buahan yang kira luxury item terkejut tengok harga macam buah rockmelon pun sebiji boleh beratusan ringgit.
Yang seronok juga dalam department Mitsukoshi ini ialah di bahagian makanan atau foodcourt. Rambang mata nak pilih mana satu dan harga bentou lebih kurang sama sahaja dengan di kedai bentou lain tengok bahan dan isinya lah.
Banyak pilihan makanan macam seafood juga boleh tapau buat lauk dan makan di homestay kemudian. Basement Mitsukoshi ini pun bersambung dengan station subway, jadi boleh singgah beli makanan tapau di sini dengan harga berpatutan juga banyak pilihan. Terutamanya department ni pentingkan kualiti.
Hujung minggu depan ada self-collect day :
22 & 23 hb September 2018 pagi antara pukul 10:00am - 10:30 am Sabtu/Ahad di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.
Gambar di atas adalah pokok daun kaduk masa musim buahnya.
More info on pokok daun kadok (Click Here).
~ 7 moist bare-rooted pokok kaduk RM5.00 ~
Wah bestnya teringin sgt nak g jepun
BalasPadamSalam Bahagia Sis Mamapp,
BalasPadamBoleh juga plan tengok Sukan Olimpik 2020 bakal di Jepun nanti.