No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Selasa, 23 Januari 2018

Bunga dan Buah Daun Kaduk

 Tahun 2017 yang banyak taburan hujan di Kota Kinabalu membuatkan pokok kaduk amat bahagia sekali meriah tumbuh tinggi menjalar tak nak kalah dengan jirannya pokok puding belacan (related posting klik sini). Malah sekarang sedang meriah pokok daun kaduk berbunga dan ada yang menjadi-jadi menghasilkan buah kaduk yang berbentuk macam buah mulberry. Pokok daun kaduk mempunyai pelbagai khasiat dan antara ulam-ulaman yang terkenal di negara kita.

Khasiat pokok daun kaduk dan ubat semulajadi yang diberikan kepada manusia boleh juga baca mini review pokok kaduk di artikel link ini (klik sini).

 Ulam-ulaman atau daun herba segar yang boleh self-collect hujung minggu ini di Kebun Bahagia Bersama ialah seperti berikut (1 set ikat RM1.00):

~ Daun Pecah Beling/Pecah Kaca
~ Daun Pucuk Mata Pelandok
~ Daun Kadok
~ Daun Puding Belacan
~ Daun Nyirik (kelupis)
~ Daun Pucuk Muda Assam Gelugor
~ Daun pucuk muda Katak Puru/Nam Nam
~ Daun pucuk muda mulberry
~ Daun pucuk muda ubi kayu pulut
~ Daun Salam
~ Daun Pandan Wangi
~ Daun Pandan Serani/Suji
~ Daun Serai Acheh
~ Daun Sireh


Jangan pula anda terkeliru ya, buah kaduk ni mirip juga dengan buah mulberry. Jadi boleh juga kita panggil buah berry kaduk hehehe.... Tukang Kebun pun dua kali toleh tengok buahnya kalau sekali imbas boleh tersilap. Memandangkan pokok kaduk di Kingfisher ini tumbuh berdekatan dengan pokok mulberry menjalar naik tinggi dekat dengan batang pokok mulberry. Seperti pokok mulberry yang bunganya berwarna putih, begitu jugalah mirip rupa gugusan bunga pokok kaduk berwarna putih juga. Apabila ianya membentuk menjadi buah kaduk berwarna kehitaman.
 Ada sumber mengatakan buah kaduk ini rasanya manis. Tukang Kebun pun belum sempat rasa. Biasa tengok bunganya berwarna putih tapi jarang sekali nampak buah yang dah besar masak di Kebun sebelah Sungai Buloh. Mungkin rasanya manis membuatkan binatang ternakan rembat dahulu memandangkan pokok ini renek menjalar di tanah. Pokok kaduk memang tumbuh bahagia menjalar di kawasan redup di Sungai Buloh. Jika anda ada tempat redup yang kosong sesuai tanam dengan pokok kaduk yang juga nampak sebagai pokok hiasan tetapi daunnya boleh dimakan serta ada peranan sebagai pokok herba. Walaupun ada ketika dimakan banyak dengan ternakan tapi bila musim hujan cepat rimbun semula. Buah berry kaduk dikatakan ada unsur anti-tubercolosis.
 Seperti pokok buah-buahan, pokok daun kaduk ini juga ikut tempat ianya ditanam ada musim bunga dan buahnya tersendiri. Sebagai rekod musim bunga pokok kaduk di Kingfisher Sabah ini seperti bulan Disember dan Januari. Begitu jua musim buahnya pada bulan Januari kelihatan.
 Pokok daun kaduk kadangkala mudah disilapkan dengan daun sireh. Sebagai contoh gambar di atas adalah yang berwarna hijau gelap adalah pokok daun kaduk. Manakala yang depan berwarna hijau kekuningan adalah daun sireh kuning yang warna batang pokoknya agak berlainan menampakkan contrast warna. Bentuk daun sireh dan daun kaduk ada perbezaan sedikit. Seperti Daun Sireh, Daun Kaduk juga dikatakan salah satu rawatan untuk menghilangkan masalah keputihan wanita. Ada lagi tanaman kalau Tukang Kebun punya testimoni yang juga dapat menghilangkan masalah keputihan wanita ialah daun ginseng jawa (Info Click Here) dan bawang berlian (Info Click Here).

 Wahai wanita di tanah bumi Malaysia ini beruntung kita sudah ada 4 rawatan secara semulajadi yang kita boleh atasi masalah keputihan iaitu :

Daun Kaduk
Daun Sireh
Daun Ginseng Jawa
Bawang Berlian (not suitable for pregnant lady)

Elok juga ambil nasihat dari yang pakar dan buat background research dahulu.

Syukur Alhamdulillah ke semua pokok-pokok yang dinyatakan di atas boleh juga ditanam dalam pasu bagi mereka yang mempunyai ruang terhad seperti balcony gardeners.

~ 7 keratan daun sireh kuning RM5.00 (boleh dipos)~
~ 7 moist bare-rooted pokok daun kaduk RM5.00 (boleh dipos) ~

16 ulasan:

Warisan Petani berkata...

Daun kaduk - ulaman yang banyak khasiatnya

norhidana berkata...

kalau tgk lbh kurang msti ingat daun sireh

almaklum mmg dia sedara sireh kan, sbb sireh nya buah pun camtu gk

Fida Z Ein berkata...

Pokok kaduk ada kat rumah...adik ipar suka makan...saya tak berapa..tapi makan juga...

mamapp berkata...

Ye laa daunnya macam suruh, buahnua mcm mulberry.. kompius la mama nanti

Bunda_nora berkata...

Bunda ingat lagi masa kecik2 dulu, bila balik kampung...depan belakang rumah opah, banyak melata jer pokok kaduk ni... selalu tolong opah kutip untuk dibuat ulam... nostalgia..

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Warisan Petani,

Ya banyak sungguh khasiatnya.
sehelai daun dah macam pelbagai supplement di luar.

salam Bahagia Dana,

Ya bunga sireh pun mirip macam bunga kaduk cuma lebih kecil.

Salam Bahagia Kak Fida,

Mak kata Tukang Kebun masa zaman kanak-kanak kecil dulu suka pula makan daun kaduk.

Salam Bahagia Sis Mamapp,

Hehehe daun mulberry pun bentuk sama juga kecuali tekstur lain...

Salam Bahagia Bunda_Nora,

Ya pokok kaduk ni mudah betul tumbuh, tak berapa cerewet.

Akbar Hadi berkata...

Sy berminat utk beli serai acheh

Jee berkata...

Ada no phone?

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Akhbar Hadi, Jee,

Serai Achech dan daun kaduk ada.
Further enquiry email ke (kebunkmg@gmail.com).

Cik Mino berkata...

saya maw ~
~ 7 moist bare-rooted pokok daun kaduk RM5.00 (boleh dipos

Cik Mino berkata...

pokok kaduk ni sama dgn sirih hutan ke

Unknown berkata...

ada jual daun kaduk ka? mau cuba tanam

Unknown berkata...

salam..cik blh pos ke sayur ni.? nk beli. saya duk kajang

Unknown berkata...

pos dari mana ya

Unknown berkata...

ini di sabah ke mana ni

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia,

Pengeposan dan Self-Collect dari Sungai Buloh, Selangor