Hari terakhir di bahagian Herzegovina sebelum bergerak ke bandar Sarajevo kami ambil private tour bersama travel agent "Herzeg Day Tours" lagi sekali yang pakej "Discover Herzegovina Tour" pula. Bila ambil 2 pakej dengan Herzeg Day Tours ada diberikan harga discount lagilah. Hari pertama yang kami ambil pakej dengan Herzeg Day Tours ialah pergi explore Gua Vjetrinaca. Pakej tour yang "Discover Herzegovina Tour" ini biasanya tempat-tempat utama berdekatan dengan bandar Mostar yang dilawati (related posting klik sini).
Yang bagusnya dengan ikut private tour ialah, privileged boleh bawa kereta masuk sampai berdekatan hingga dekat tebing sungai tak perlu jalan jauh. Kalau kereta persendirian atau bas besar kena berjalan jauh nak turun dekat kawasan air terjun. si Camil berhentikan kereta untuk dapat ambil gambar air terjun dari best photo spot. Sambil kami menikmati pemandangan air terjun Kravice dari lereng bukit, si Camil mencari-cari herba thyme liar rupanya dia masih perasan batuk-batuk Tukang Kebun belum sembuh sepenuhnya. Dia pesan nanti rebus minum airnya. Berdekatan kelihatan jambatan jalan raya dibina untuk menghubungkan Bosnia dan Montenegro
Airnya sangat jernih kelihatan. Ada juga yang beriadah dan bermandi di kawasan berjauhan sedikit dengan kawasan air terjun. Yang area ni dekat sikit nak ke tandas atau tukar baju. Tandasnya bersih dan dijaga dengan baik.
Di kawasan air terjun juga ada seorang pelancong dari benua India atau Arab yang sedang mandi. Sejuk jugalah airnya Tukang Kebun testing masuk dua kaki beberapa minit je. Jika musim panas tempat ini pun terkenal tempat perkelahan untuk mandi manda sama keluarga.
Jika yang tak nak mandi tapi nak pergi dekat dengan air terjun atau seberang sungai boleh gunakan perkhidmatan upah dengan caj yang murah.
Nak dekat sejam jugalah kami lepak di air terjun Kravice ni sambil Tukang Kebun nibbles dengan buah anggur yang dibeli di morning market bandar lama Mostar.
Untuk tahun 2018 lepas, dapatlah Tukang Kebun melawat 2 tempat air terjun.
Awal tahun 2018 lepas kami melawat air terjun Mahua di Tambunan, Sabah (related posting klik sini). Sesiapa yang Cuti Cuti Sabah cuti sekolah akan datang ni bolehlah buat perancangan beriadah melawat air terjun Mahua boleh mandi atau lari dari cuaca panas dan kering sekarang di sekitar Kota Kinabalu.
Bulan Mac 2019 ni ada promosi untuk pokok bunga setawar putih.
3 rhizome setawar putih RM10.
More info mengenai setawar putih (klik sini)
InsyaAllah kami pun akan bawa anak-anak berjalan tengok air terjun masa cuti sekolah akan datang ni sudah dimasukkan dalam travel plan cuti sekolah.
Beruntung ya TK dapat melawat tempat tempat yang sangat cantik begini.
BalasPadamSalam Bahagia Aunty meintheswim,
BalasPadamSyukur Alhamdulillah ada rezeki juga nak pergi Aunty walaupun x dapat sponsor sepenuhnya. Berbulan juga lah kena ikat perut nak pergi sini.