Halaman

Ahad, 19 Mei 2019

Turk Turban Pumpkin dan Jahorina

 Ada rezeki melawat negara Bosnia I Herzegovina (related posting klik sini) awal Oktober 2018 lepas adalah bertujuan bukan cuti-cuti sahaja tetapi niat utamanya adalah menjalankan amanat kerja iaitu menghadiri persidangan di Jahorina, Bosnia untuk membentangkan kertas kerja penuh. Kami menginap di Aparthotel Vucko di Jahorina yang berkonsepkan ala-ala apartment hotel. Gambar di atas adalah venue utama persidangan tersebut.
 Gambar no. 2 di atas ini diambil dari gondola lift. Yang bangunan aparthotel Vucko tu berwarna coklat bertentangan dengan Hotel Termag yang dijadikan tempat persidangan utama. Tetapi disebabkan penyertaan persidangan ini amat ramai sekali beratus-ratus peserta, jadi tempat pembentangan parellel session dibuat di Hotel Termag dan juga di Aparthotel Vucko.
 Selepas teman Tukang Kebun sama-sama ke persidangan ni puas menilai tempat-tempat penginapan yang berdekatan Hotel Termag didapati pada ketika itu, paling murah adalah buat booking melalui Agoda untuk bilik sewa di Aparthotel Vucko. Bilik ini ada satu kamar tidur dengan bentuk katilnya bulat di atas. 
 Tetapi ruang tamunya amatlah luas sekali boleh ajak kawan-kawan datang bilik untuk berbincanglah atau lepak-lepas. Biliknya berserta dapur masak sekali. Memandang di sini adalah kawasan tempat bermain ski. Jadi takde tempat restoran nak makan kecuali di hotel sahaja pilihannya semasa di luar musim permainan ski dan salji. Elok jugalah bawa sekali bekalan snacks makanan sendiri sebelum sampai ke tempat ini. 
 Semasa persidangan berlangsung ada juga booth jual produk-produk tempatan. Buah-buahan dan sayur-sayuran ada juga dijual. Akhirnya dapat jugalah tengok buah labu yang dipanggil Turkish Turban di atas. Nak bawa balik sebiji gitu berat sangat, nasib baiklah dekat bilik ada dapur mudah nak buat projek korek biji benih dan kasi kering. Tukang Kebun selalu tak dapat bayangkan besar buah labu Turkish Turban ni rupanya bukanlah besar sangat standard macam buah labu Jepun manis.  Ada buah epal di gambar di atas bersebelaan buah Turkish Turban sebagai perbandingan. Yang berminat untuk tanam masih ada stok biji benih Turkish Turban dalam simpanan Kebun Bahagia Bersama lagi.

~ 1pek 7 biji benih labu Turkish Turban RM3.00 ~
 Seronok jugalah sertai persidangan di Jahorina, Bosnia ini kerana persertanya memang rasa peringkat antarabangsa lah dari puluhan bilangan negara. Yang dari Malaysia hadir pun kali ini Tukang Kebun dan teman berdua ja. Jika yang berminat untuk hadir tahun ni pihak organizer iaitu East Sarajevo University dah buka semula untuk persidangan AGROSYM 2019 singkatan untuk ' International Agriculture Symposium' (homepage website klik sini). Tempat persidangannya adalah masih sama dan pada awal bulan Oktober 2019. Kali ini nampaknya di website tahun 2019, penganjur buat lawatan ke sekitar Mostar (related posting klik sini), tahun 2018 kami di bawa lawatan ke kawasan Andrich town. 
 Jahorina adalah kawasan sukan musim salji Olimpik masa tahun 1984. Semasa hari kedua persidangan berlangsung waktu rehat makan tengahari diberikan peluang peserta-peserta naik lif gondola ke kawasan tempat lagi tinggi lebih 1000 meter dari paras laut untuk menikmati pemandangan. Mudah bagi mereka nak aturkan sebab lif gondola ada di belakang kawasan hotel tempat persidangan sahaja. Kelihatan pokok-pokok macam krismas ni buah sudah bertukar ke bentuk acorn menarik pelbagai bentuk semasa duduk di lif gondola.
 Ada infrastruktur untuk sukan ice skating dibuat pada aras nak dekat 1000 meter ni sedang dibina sebelum tibanya musim salji. Nampak macam nak buat tasik buatan kan yang airnya akan beku secara semula jadi masa musim salji.
 Cuaca agak mendung ketika itu, ambil gambar jadi tak nampak jelas banjaran-banjaran gunung di kawasan ini.
 Panjang juga lif gondola ni kalau yang biasa bermain ski puas jugalah nak menyusur kembali ke aras bawah. Kawasan Jahorina ni agak sejuk berbanding di Sarajevo walaupun jaraknya hanya dalam 30km dari bandar sebab berada dalam kawasan pergunungan.

Selamat Hari Wesak.

9 ulasan:

  1. Uniknya bentuk buah labu tu. Memang bertingkat gitu ke Diana.

    BalasPadam
  2. Cantik katil bentuk bulat tu.. jauh perjalanan luas pandangan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cantik sangat rasa nak makan, rasa nak buat hiasan je

      Padam
  3. Macam mana nak contact, nak beli benih

    BalasPadam
  4. Seronoknya bersiaran di luar negara

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syukur Alhamdulillah ada rezeki melawat sini sambil bekerja ambil pengalaman dengan luas pemandangan.

      Padam