Halaman

Sabtu, 3 Oktober 2020

Alibaba Waterfall Fish Spa


Tukang Kebun dah lama nak kembara dalam kawasan Lembah Danum. Syukur Alhamdulillah berkesempatan kami Sekeluarga hujung bulan November 2019 untuk melawat kawasan Kawag, Lembah Danum di Lahad Datu. Salah satu tarikan di Lembah Danum adalah melawat air terjun yang diberikan nama Alibaba. 
Air Terjun Alibaba ini tidak dalam air nya jadi sesuai untuk kanak-kanak kecil bermain. Sebelum ini kami pernah melawat kawasan konservasi hutan di Lahad Datu iaitu Tabin Wildlife Resort yang tempat badak sumbu Sumatra Sabah terakhir diletakkan dahulu yang air terjun di sana dipanggil Air Terjun Lipad Berkembar (related posting klik sini). Air Terjun Lipad Berkembar di Tabin dalam airnya jadi Abby ketika itu main di siring-siring sahaja. Kasih seorang abang dipimpin adiknya enjoy sekali naik air terjun yang di level atas juga ada seperti terbentuk kolam untuk berendam. 
Selain dari mandi - manda tarikan sebenar air terjun Alibaba di kawasan Kawag ini adalah ikan-ikan yang datang jinak mengerumun kaki kikis kulit lama kita menjadikan air terjun ini natural fish spa. Yang bahagian kolam bertakung atas ikan dia kecil sikit jadi hisapannya tak kuat. 
Nampak sangat kaki siapa yang banyak sel kulit  kaki mati kan, papa Abby. Kaki budak-budak tak de pula ikan-ikan ni pergi sangat, pandai ikan-ikan ni cari pemilik kaki yang paling kena berus. Pertama kali dan kali terakhir Tukang Kebun cuba fish spa di kedai ialah semasa bawa anak-anak pertama kali ke Langkawi pada tahun 2014 (related posting klik sini). Bagi Tukang Kebun semasa trip di Kawag, Lembah Danum ini adalah salah satu pengalaman yang menyeronokkan dalam hutan ada natural fish spa bantu kasi haluskan kulit kaki semula. Kalau fish spa di shopping complex harganya memang fikir terlalu banyak kali. 
Features aliran sungai di air terjun Alibaba, Kawag dan air terjun kembar Lipad, Tabin lebih kurang sama cuma air terjun Alibaba Batu tak tajam tak sakit kaki nak Jalan. 
Sebelum sampai ke air terjun Alibaba kami jungle trekking dan menemui pelbagai jenis flora yang menarik. Ada pokok liposuk sedang berbuah lebat, tapau sikit ole-ole bawa balik. Pelbagai jenis Kulat bentuk menarik salah satu versi keluarga Bunga Rafflesia yang kecil seperti gambar di atas menurut guide. 



18 ulasan:

  1. Wah ada ikan yang makan kulit mati.
    Memang semulajadi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Sis NA,

      Tak payah penat kita nak berus kaki kasi halus hehehe... Tapi nak ke sini pun jenguh berjalan.

      Padam
  2. Balasan
    1. Salam Bahagia Cikgu Bada,

      Memang best kawasan ni tenang dan cantik.

      Padam
  3. Dulu ada beberapa kali ikut aktiviti kokurikulum di Lembah Danum. Paling takut kalau masuk hutan, kena gigit pacat. Nak mengelak pun tak boleh sebab banyak sangat pacat. Yang paling best boleh daftar dan bayar rm5 untuk dapat sijil pacat dengan syarat kena tunjuk kesan darah gigitan pacat. Tiba-tiba nampak kaki berdarah, rupanya opacat sudah gigit! Apalagi... terus pergi pejabat dan daftar untukdapat sijil pacat... kahkahhh!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Kak Amie,

      Oh boleh dapat sijil pacat ke hehehe... Kalau tau kami daftar juga dapat kenangan.

      Padam
  4. Balasan
    1. Salam Bahagia Warisan Petani,

      Tambahan aktiviti selain dari Jungle Trekking cari Gajah.

      Padam
  5. Saya suka tempat macam ni. Boleh relax berendam dan berenang.
    Pandai ya ikan ikan tu haha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Aunty meintheswim,

      Tahu ikan tu perbezaan kulit sajian.

      Padam
  6. cantik air terjunnya..landai saja..

    very exotic flora & kulat..buah liposuk, first time dgr..mcm buah langsat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Sis Nohas,

      Ya tak berapa tinggi air terjun nya ada beberapa tingkat yang natural pool antara ya.

      Buah Liposuk tu teramat lah masam, saiz buahnya macam buah tampoi.

      Padam
  7. Jernih betul airnya. Seronok juga tu ada fish spa free.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Sis Azhafizah,

      Ni yang Tukang Kebun tertunggu nak rasa natural fish spa.

      Padam
  8. Bestnya berpeluang dekat dengan alam semulajadi begini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Sis Farrah,

      Syukur Alhamdulillah ada rezeki juga nak ke tempat ni.

      Padam
  9. 2 in 1 tempat ni sambil bermandi manda dgn floral dan fauna..ade juga spa ikan hehee..terbaik!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Sis Shida,

      Spa ikan ni buat semangat nak jungle Trekking redah pacat.

      Padam