Halaman

Isnin, 5 Oktober 2020

Pulau Timba Timba


Pada cuti sekolah hujung tahun 2019 berkesempatan bawa anak-anak Island hopping trip di Semporna. Kali ini kami pilih Island hopping trip yang biasanya dalam set Pulau Pom Pom, Pulau Timba Timba dan Pulau Mataking. Tiga Pulau ini terletak sesama berhampiran. Selepas snorkeling di Pulau Pom Pom, kami dibawa pula ke spot yang berlainan untuk snorkeling iaitu di Pulau Timba Timba. 

Jika anak-anak antara 3 pulau yang kami pergi snorkeling day trip kali ini, mereka paling suka di Pulau Timba Timba. Kemungkinan di Pulau Timba Timba air nya kurang dalam berbanding tempat lain yang dibawa. Di Pulau Timba Timba semasa snorkeling juga ada kami berkesempatan peluang dapat berenang bersama-sama Penyu. Kalau Tukang Kebun dan papa Abby seronok snorkeling di Pulau Mataking. 

Selepas snorkeling di Pulau Timba Timba, bot dibawa mendarat ke kawasan yang berpasir di mana tiada termasuk dalam zon resort. 
Abby dah lama teringin nak naik pelampung besar, kali ni jenis pelampung besar yang dibawa oleh bot ialah pink flamingo. Tiada kanak-kanak kecil lain maka puaslah Abby sorang sorang conquer pelampung besar flamingo. 
Abang-Abang Abby lebih berminat nak berkayak. Paddle kayak tour operator lupa bawa tetapi anak-anak kreatif diorang belasah guna slipper Jepun masing-masing buat dayung. Di Pulau Timba Timba ni tiada kawasan berteduh dan sepanjang pasir putih cantik untuk diambil spot bergambar. 
Anak-anak yang tak penat bermain, pelancong-pelancong lain pula yang takut sunburn semua stay dalam bot memerhatikan anak-anak riang ria ni. Hairan tengok bot lain penuh pelancong dari China tapi semua duduk diam-diam dalam bot takut nak berjemur di Pulau ni. 

21 ulasan:

  1. Cantik nya alam.
    Berenang dengan penyu mesti lah satu pengalaman yang menyeronokan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Aunty meintheswim,

      Teramat seronok berenang dengan Penyu kekadang sampai jauh nak berenang sama2 sampai lupa diri kena guide ingatkan jangan pergi jauh-jauh.

      Padam
  2. cantiknya kak... laut yang jernih tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Dana,

      Memang jernih air di kawasan ini.

      Padam
  3. Saya tidak pergi snorkeling! Senang tidak berenang di laut?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Sis NA,

      Kalau air tenang di Laut lagi mudah berenang dari swimming pool sebab air masin lagi mudah kita nak terapung. Biasa mereka suruh kita guna life jacket untuk keselamatan dan bagi yang tak pandai berenang boleh bantu terapung.

      Padam
  4. Bestnya! Hopefully one day ada kesempatan nak bawa anak-anak snorkeling juga

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Puan Hazel,

      InsyaAllah ada rezeki peluang dapat bawa anak-anak snorkeling.

      Padam
  5. Balasan
    1. Salam Bahagia Sis Fariha,

      Syukur Alhamdulillah dapat juga ke tempat seindah ini.

      Padam
  6. Cantik pasir pantai di sini. Kalau rajin snokerling atau diving, mesti jumpa penyu. Banyak penyu, kepalanya asyik timbul-timbul di permukaan air.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Kak Amie,

      Sekarang ni kurang pelancong lagi seronok gaknya Penyu lagi banyak timbul timbul hehehe...

      Padam
  7. jernihnya air laut...suka kaler emerald green..Sabah kaya dgn pulau2 yg cantik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Sis Nohas,

      Sabah banyak pulau boleh jelajah dan potensi untuk tempat aktiviti Laut.

      Padam
  8. Cantiknya air laut jernih. Semua pulau disabah menarik. Belum sampai sabah lagi. sobs sobs sobs. Tq share. harap ada rezeki lah sampai sini juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Sis Azhafizah,

      InsyaAllah ada rezeki nanti jejak ke Sabah. Sekarang ni boleh planning tempat2 yang teringin nak lawat.

      Padam
  9. Jernihnya air! Mesti seronok lakukan banyak aktiviti di sana :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Sis Farrah,

      Memang sangat seronok kalau boleh tak nak balik hehehe... Rasa cepat je masa berlalu.

      Padam
  10. Salam Bahagia Diana,

    Ya kurang ramai di sini selesa nak snorkeling lagipun orang negara China datang sini kebanyakkannya nak ambil gambar tukar baju je kat Pulau diorang tak snorkeling sangat.
    Dengar khabar bulan lepas ramai sangat kat Pulau Perhentian snorkeling.

    BalasPadam
  11. subhanallah..cantiknya air jernih sungguh..dah lama shida tak ke pulau last pergi 2017,bila lagi tah dapat ke sana nk tgu covid surut xtau bila..huhuuu



    sempurna ciptaan nya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Sis Shida,

      Harap2 kes makin menurun dan ramai makin sembuh, rasa depression juga kalau lama2 asyik terperap di rumah je lagi kan.

      Padam