Halaman

Rabu, 7 Oktober 2020

Sakura Night Viewing Sumida Park & Nippon Rental Car Asakusa

Malam terakhir 2019 di Tokyo sebelum kembali berehat ke tempat penginapan di Asakusa kami sekeluarga mengambil kesempatan untuk menikmati musim bunga sakura sepuasnya di sepanjang tebing sungai Sumida (Sumidagawa) kawasan Sumida Park. Kedua belah bahagian sungai ini terdapat deretan panjang pokok-pokok bunga sakura yang bilangannya ada lebih 500 batang pokok sakura. Di Taman Sumida ini juga jelas kelihatan menara tinggi iaitu Tokyo Skytree yang berwarna-warni kelihatan pada waktu malam. Taman Sumida ini diapit oleh dua jambatan iaitu AzumaBashi dan SakuraBashi.
Pada musim bunga sakura, lampu dipasang di kawasan Taman Sumida ini supaya pelawat bukan hanya dapat menikmati mekaran cantik bunga-bunga sakura pada sebelah siang tetapi juga pada waktu malam. Kelihatan ramai pelawat berkumpul ramai-ramai berkelah di bawah pokok sakura pada waktu malam di sini. Sesiapa sahaja boleh datang ke sini pilih tempat di bawah pokok sakura hampar tikar untuk picnic tetapi kena datang awal untuk pilih tempat masing-masing sebab cepat sahaja dipenuhi.
Taman Sumida ini sudah lama terkenal sebagai tempat menikmati pemandangan mekaran sakura sejak zaman Edo Jepun lagi. Tidak hairanlah kalau Taman Sumida ini termasuk dalam Top 5 kawasan terbaik untuk menikmati musim sakura pada waktu malam di kawasan Tokyo. Tarikan lain menikmati musim sakura di Taman Sumida ini adalah dengan menaiki bot berbentuk Tradisional Jepun yang dipanggil Yakatabune atau ferry biasa di jeti berdekatan Asakusa ini.
Esok hari kami check out dari hotel dan berjalan kaki ke tempat untuk menyewa kereta cawangan Asakusa untuk Nippon Rental Car. Papa Abby sempat menapau breakfast beli roti bagai untuk anak-anak di convenience stor berdekatan hotel yang menjadi tugas Abby tolong bawa kan sebab lain dah penuh tangan bawa bagasi. Kami lalu berhadapan Hospital Asakusa yang sedang lebat pokok sakura mekar. Abby seronok tengok pelancong-pelancong lain meronda Asakusa naik beca tarik sambil menikmati pokok-pokok sakura yang sedang kembang di sekitar kawasan Asakusa di waktu pagi.
Sementara papa mengurus borang-borang yang perlu isi di pejabat Nippon Rental Car Asakusa, anak-anak lepak sarapan dulu sambil menjaga bagasi. Sebenarnya 2 beg saiz besar bagasi telahpun kami urus sebelum tidur papa Abby bawa turun hotel untuk dipos/hantar ke Terminal Airport Antarabangsa Narita. Dah selesai shopping bahan-bahan makanan kering untuk dibawa balik dan barang yang tidak dipakai lagi kami penuhkan 2 beg bagasi besar sepanjang perjalanan dari tibanya di Jepun (21hb Mac 2019 hingga 28hb Mac 2019) supaya memudahkan perjalanan yang cuma tinggal baki 3 hari lagi kami terus sahaja gunakan perkhidmatan penghantaran bagasi pick up di Narita Airport sahaja kemudian. Bagasi yang hanya perlu dibawa adalah seperti gambar di atas sahaja. Lagipun kereta yang disewa tidaklah mempunyai banyak ruang. 
Kali ini kereta yang Papa Abby pilih booking untuk disewa adalah jenis Mazda Demio warna biru kehijauan agak sporty bentuknya nanti banyak barang jadi tak selesa 3 kanak-kanak di belakang buat bergaduh je bila dah ngantuk mula meragam. Semasa menunggu giliran kami perhatikan ada 3 adik beradik perempuan asal Filipina duduk Norway yang melancong ke Jepun sewa kereta nak drive dari Tokyo ke Osaka. Masing-masing bawa luggage saiz large sebiji dan lain-lain seorang kami perhatikan tak muat mereka nak isi beg dalam bonnet terpaksa letak beg di ruang tempat duduk juga. Mereka pun tak sangka kereta sewa Jepun yang dipilih adalah saiz kecil, yalah biasanya European car agak luas ruangnya. Jepun ni biasa nak jimat sewa kereta compact car. Tempat ambil kereta sewa bukan di pejabat tersebut kena jalan kaki sedikit di sebuah bangunan bertingkat-tingkat di mana mereka susun kereta naik turun lift. Sementara tunggu staf Nippon Rental Car sediakan kereta, boleh cuci mata tengok pokok-pokok sakura di kuil sebelahnya iaitu sebuah kuil Buddha Manryuji.
Setelah dapat sewa kereta kami mulakan perjalanan keluar dari bandar Tokyo dan ke kawasan Nikko, Tochigi prefecture/negeri pula (related posting klik sini). Pada belah pagi ini pula kami dapat menjamu mata dengan kawasan Taman Sumida di sebelah lagi satu yang juga dipenuhi pokok-pokok sakura berbunga lebat sepanjang tebing sungai Sumida belah ini.
Syukur Alhamdulillah lawatan ke Jepun kali ini bernasib baik dapat menjamu mata sepuas-puasnya dengan musim bunga sakura. Bila ada rezeki lagi pun kurang pasti. Jika rakan-rakan nak rancang melihat musim bunga sakura di Tokyo elok travel masa penghujung bulan Mac dan awal bulan April.

10 ulasan:

  1. bestnya spring time di Nippon..berhanami..bersakuran-san..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Sis Nohas,

      Bila masuk musim hanami seakan mula masuk tahun Baru di sana.

      Padam
  2. Tengok diri animasi Maruko memang pulih tempat lapang untuk tengok pokok ceri.
    Cantik kan pokok ceri (cherry blossoms)?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Sis NA,.

      Indah cherry blossom bila musim nya hanya mekar dalam 2 minggu sahaja, setahun sekali. Buat kan merindui musim Bunga sakura tanda hari makin panas.

      Padam
  3. Best kan berpeluang bercuti ke Jepun pada musim bunga sakura. Susah juga ye kat sana banyak kereta compact. tak boleh nak bawa luggage besar sangat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Sis Azhafizah,

      Kalau sewa kereta yang besar risau masuk kawasan yang Jalan sempit kalau tak biasa bawa bila bertembung dengan kereta lain.

      Padam
  4. Banyak dah teroka seluruh pelosok Jepun di alam maya. Sayangnya, kaki belum sempat jejak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Kak Amie,

      InsyaAllah suatu hari nanti ada rezeki Kak Amie ke Jepun cuma nak rancang mana tempat nak lawat sebab Jepun ni luas juga.

      Padam
  5. menarik sgguh percutian ke jepun..bertuah badan dapat ke sana :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Sis Shida,

      Syukur Alhamdulillah masa travel time tu kebanyakkannya yang di rancang dapat juga dimakbulkan.

      Padam