Halaman

Ahad, 29 Julai 2012

Heirloom Carrot ~ White Belgian

carrot white belgian

Carrot Heirloom 'White Belgian' mempunyai akar berwarna putih dan tumbuh sangat panjang serta besar. Carrot ini tidak sesuai tanam di dalam container. Perlu tanah yang tidak keras untuk pertumbuhan akar yang baik. Oleh kerana carrot jenis ini sangat productive, pada kurun ke-18, penternak binatang suka tanam carrot heirloom ini untuk makanan binatang perternakan mereka. Tanam carrot ini selain musim panas dan kering dengan kaedah 'direct-sowing'. Pastikan tanah moist semasa percambahan carrot. Carrot yang berakar putih jarang dijual di pasar sekarang. Bolehlah buat carrot soup yang berwarna putih dengan carrot White Belgian. Bagi pertumbuhan akar yang baik, rajin-rajin siram pokok carrot ini ya.

~Pre-Order Biji Benih Organik Carrot Heirloom ‘White Belgian’ (RM3.00-anggaran 70 seeds satu pek)~

Stok Habis <Siapa cepat dia dapat>.

Boleh pre-order (reserve) dahulu sebab bulan August 2012 baru dipos ke miliknya.
Kos penghantaran bagi pembelian apa jenis benih yang berharga RM3.00 satu pek dengan jumlah bilangan kurang 15pek adalah RM5.00.
Kos penghantaran bagi jumlah pembelian lebih dari 15pek untuk apa sahaja jenis benih satu pek berharga RM3.00 adalah percuma.
Sekiranya, ada pembelian yang berlainan harga, saya akan cuba kurangkan kos penghantaran.
Pembayaran melalui bank CIMB atau RHB.
Nota: Benih akan dipos di bulan August dan boleh pre-order dengan tinggalkan comment atau mesej saya dengan email.

Sebarang kemusykilan, jangan segan bertanya.

Sabtu, 28 Julai 2012

Kacang Buncis Heirloom~ Royal Burgundy

royal burgundy

  Kacang Buncis Heirloom 'Royal Burgundy' adalah sayur yang menarik dan menyoronokkan untuk  projek gardening kanak-kanak atau mendidik mereka menanam sayur. Si kecil biasa lihat kacang buncis berwarna hijau tetapi buah kacang buncis 'Royal Burgundy' berwarna ungu kulitnya, isi bahagian dalam kulitnya berwarna hijau dan saiznya lebih kurang 12-15cm. Apabila masak kacang buncis ini warnanya bertukar dari ungu ke hijau, bolehlah ibu jadi silap mata sekejap. Kacang buncis jenis ini adalah pokok renek mudah untuk si kecil menuai hasilnya dan mudah cari buah kacang ini sebab berwarna ungu bukannya yang biasa berwarna hijau. Saya pun yang kacang buncis hijau ada yang terbabas tak nampak nak kena tuai. Kacang buncis ini cepat tumbuh dalam 2 bulan menghasilkan buah. Kacang buncis heirloom 'Royal Burgundy' elok disemai biji benihnya selain dari musim panas dan kering. Biji benihnya lebih baik tidak direndam dalam air sebelum menanamnya. Jangan basahkan sangat tanah yang telah disemai dengan biji benih kacang buncis ini kerana mudah reput. Tak payah siram tiap hari sehingga benih bercambah, selang satu hari pun ok.

~Stok Ada (RM3.00-anggaran 10 seeds satu pek)~

Jumaat, 27 Julai 2012

Promosi White Icicle Radish

 Nostalgik pula tukang kebun rasa bila tengok gambar-gambar ini yang diambil pada June 2009. Kami baru je sebulan-dua mula menjejak kaki ke alam 'gardening'. Baru je nak belajar berkebun waktu itu, pengalaman pun tak ada sangat. Masa mula berkebun ni Rayyan masih dalam perut, Ilhan pula baru masuk 2 tahun. Teringat sayur awal-awal yang ditanam adalah anak pokok kailan, kubis, brokoli dan cauliflower yang ditanam. Tiada pun masa tu perancangan nak mula berkebun, tapi kebetulan masa kami saja singgah ke kedai hardware Bunnings yang ada juga nursery untuk lapangkan fikiran tiba-tiba out of curiosity saya teringin pula cuba, lagipun sepupu saya yang tolong jaga Ilhan supaya saya dapat ke sekolah bosan tiada benda nak buat sangat di rumah. Ketika itu, kami sedang susah hati nak buat keputusan samaada saya nak teruskan mengandung atau gugurkan kandungan sebab kami baru menerima berita jantung Rayyan dalam umur 21 minggu pregnancy dah nampak very severe, lepas bersalin ada kemungkinan nak kena terus buat pembedahan jadi doktor suruh fikir dulu. Saya pasrah dengan takdir apa yang jadi nanti tengoklah macam mana, kusut juga fikiran dengan kewangan pembiayaan kos pembedahan Rayyan dan bagaimana saya nak cope dengan study sebab saya baru mula dan tak dapat pengesahan sebagai PhD student lagi dalam trial period (baru 6 bulan mula belajar). 
 Anak-anak pokok sayur yang kami beli masa tu cuma kailan sahaja yang menjadi, tak sabar-sabarlah kononnya nak rasa makan sayur organik tanam sendiri. Adalah 8 pokok kailan kut dah besar. Hairan saya terus habis begitu sahaja, bila tanya sepupu saya, dia kata Ilhan habiskan semua dengan gelojohnya. Terkejutlah kami sebab Ilhan fussy eater bab sayur ni. Terhibur hati tukang kebun bila tengok Ilhan senang makan sayur. Mula dari itu, saya teruja nak tanam sayur-sayuran sendiri supaya anak-anak tak terdedah  dengan semburan kimia macam dekat kedai. Ilhan pun terima apa sahaja jenis sayur yang kami tanam sendiri. Saya mula-mula semai biji benih pun tak pandai tiada keyakinan. Tapi sepupu saya sebab asal dari keluarga yang bertani brainwash saya katanya lebih baik kita beli biji benih dari anak pokok lagi jimat.    Harga satu anak pokok sayur pun dah lagi mahal dari beli satu pek biji benih. Lagipun sepupu saya kata dari dia bosan melanguk cabut weed atau potong rumput baik tanam sesuatu yang berfaedah dia boleh jaga. Jadi lepas sekolah saya singgah belikan biji benih untuk sepupu saya dan dari memori 3 jenis biji benih yang pertama dalam hidup saya beli ialah cauliflower (all year round), Italian sprouting broccoli dan Radish 'White Icicle'. Biji benih Italian sprouting broccoli sampai sekarang tak habis lagi dipakai sebab 4 pokok pun dah mencukupi untuk bekalan setiap tahun. Awal-awal sepupu saya yang menyemai benih, sebab saya tak pandai. Bila tengok benih bercambah dan anak pokok membesar seronoknya sangat. Lepas tu barulah saya pun cuba-cuba semai biji benih juga. Sebelum itu, saya rasa tangan saya ni tak sejuk atau pun bukan green thumb. Sekarang, saya percaya semua orang boleh berkebun. Bayangkan saya pun 3 tahun dahulu tak pandai bercucuk tanam. Tumbuh-tumbuhan macam manusia juga, lain-lain sifat dan keperluan. Cuma kita nak kenal je apa kesukaannya dan yang tak digemarnya.
  Saya rasa bercucuk tanam di iklim tropika sungguh untung, sepanjang tahun boleh tanam macam-macam. Musim panas pun boleh menanam juga. Mungkin dulu saya juga ada fikiran negatif musim panas susah nak menanam. Tapi setiap kali musim panas dan kering dah banyak kali heat wave dan suhu 40 degree Celsius kami rasa tak mustahil nak berkebun ada pelbagai cara untuk mengatasinya. Saya suka galakkan ramai orang tanam sayur sendiri, walaupun ruang tak banyak tapi masih boleh lagi berkebun sama ada duduk di pangsapuri atau terrace house. When there is a will, there is a way. Kawasan belakang rumah kami pun tak luas, size 2 parking kereta. Pastu kami pun menyewa jadi tak bolehlah buat sesuka hati tanpa kebenaran. Disebabkan itu, kami terpaksa menjadikan kawasan belakang rumah kami ala-ala container garden. Cuba tengok gambar di atas, masa tu belum ada satu pun polystyrene container kami pakai lagi. Baru nak belajar, pakai recycle bekas susu dan minuman lain je untuk menjimat kos. Dekat sini lepas baby umur setahun tak perlu bagi susu formula lagi, bagi susu fresh full cream milk. Jadi setiap 2 hari kena pergi beli susu 3 liter untuk Ilhan, cepat je terkumpul bekas susu untuk recycle. Bekas-bekas susu tu kami tanam radish 'white icicle'. Ehem bukan saya semai, sepupu saya dengan Ilhan punya projek ketika saya di sekolah buat hiburan mereka. Tukang kebun nak galakkan rakan-rakan bercucuk tanam jadi kami buat promosi untuk biji benih radish 'White Icicle'. Radish adalah antara sayur yang mudah untuk beginner cuba lagipun masa pertumbuhannya cepat dan boleh dituai dalam 4~6minggu lepas semai biji benih. Kami faham perasaan gardener yang baru mula projek berkebun mestilah tak sabar menunggu hasil. Sementara tunggu sayur lain membesar, bolehlah enjoy makan radish dulu ya.
Radish 'White Icicle' akarnya bentuk panjang berwarna putih lebih kurang 15cm. Rupanya agak sama dengan daikon (Japanese radish) cuma ianya lebih kecil dari daikon jadi boleh juga tanam dalam container. Kalau bekas pendek sangat, nanti radish tu terkeluar ke atas macam dalam gambar radish yang kami tanam dalam bekas. Kalau tanam dalam bekas nak kena rajin siram sebab tanah cepat kering dalam bekas berbanding tanam di atas batas.

~ Biji Benih White Icicle Radish~
RM1.00 satu pek (~anggaran 50biji satu pek).

Khamis, 26 Julai 2012

Heirloom Butter Bean Cherokee Wax

 Kacang buncis 'Cherokee Wax' adalah berwarna kuning dan membesar sehingga anggaran 16cm. Pokoknya tumbuh baik di tanah yang mempunyai pH yang agak neutral dan tanah yang tidak mudah bertakung air (water-logged). Pokok kacang buncis 'Cherokee Wax' adalah jenis yang renek tidak memanjat jadi tidak perlu sediakan sokongan untuknya. Kacang buncis 'Cherokee Wax' menghasilkan tuaian pertama dengan cepat dalam anggaran 2 bulan setelah semai biji benihnya. Sesudah semai bijinya pastikan tanah tidak terlampau basah kerana biji benih kacang ini tidak perlu banyak air untuk bercambah. Air yang banyak akan menyebabkan biji benih yang baru dituai itu mudah reput.
 Warna bunga kacang buncis 'Cherokee Wax' adalah ungu. Kadang-kadang anak buah kacang buncis ini  yang baru terbentuk berwarna kehijauan yang bertukar ke kuning semasa membesar. Selalu petik buah kacang buncis dan jangan biarkan ianya terlampau matang boleh menyebabkan pokok kacang buncis berhenti menghasilkan buah. 
Sekiranya kebun saudara-saudari kurang menerima cahaya matahari, pokok kacang buncis ini boleh hidup di tempat yang menerima separa cahaya matahari (partial shade). Tetapi hasil tuaian tidak selumayan yang boleh diperolehi dari pokok-pokok yang menerima banyak pancaran matahari. Gambar di atas adalah pokok kacang buncis 'Cherokee Wax' yang ditanam di kawasan yang mendapat separa cahaya matahari bertanah 'clay' dengan kaedah direct-sowing.

~ Biji Benih Heirloom Butter Bean Cherokee Wax~

Stok Ada.
RM3.00-satu pek (10biji benih).

Rabu, 25 Julai 2012

Cherry Belle Radish

swiss chard

Radish jenis Cherry Belle adalah radish berbentuk bulat yang sangat kecil, berwarna merah dan cepat mendapat hasilnya. Radish ini sangat sesuai bagi rakan-rakan yang baru berjinak dengan alam ‘gardening’. Ianya cuma mengambil masa antara 4~7minggu untuk tuai sayur ni. Sesuai di tanam dalam bekas dan untuk balcony garden. Biji benih radish juga mudah untuk permata hati kita semai bijinya. Tentu si kecil seronok tengok sayur yang percambahan dan pertumbuhan yang cepat serta sayur yang bentuk menarik ini. Pastikan tanah adalah moist dan tidak kering semasa pertumbuhan radish ini supaya isinya tidak cepat keras atau akarnya tidak terbelah atau merekah. Perlu tuai sayur ini segera apabila agak-agak akarnya surah berukuran diameter 2cm lebih.  Disebabkan akarnya pendek, moisture tanah bahagian di atas hendaklah tidak kering. Sekiranya tanah kerap dibiarkan kering semasa pertumbuhan akarnya akan tidak beberapa menjadi. Cherry Belle radish adalah sayur yang sesuai untuk “inter-cropping/inter-planting”dengan sayur yang mengambil masa lama untuk tuai hasilnya kerana saiz pokoknya yang kecil dan cepat membesar bagi menjimatkan ruang untuk berkebun. Sebagai contoh, saya kerap semai biji benih radish ‘Cherry Belle’ di antara anak pokok bawang atau parsnip yang pertumbuhan agak lambat. Kaedah terbaik semai biji benih radish adalah ‘direct sowing’ terus tanam di tempat yang disediakan kerana ianya tidak gemar dialihkan. Boleh makan mentah dihiris sebagai salad. Ada juga yang makan radish ini mentah cicah dengan garam.
container gardening (1)

~Pre-Order Biji Benih Sayur Cherry Belle Radish~
Boleh pre-order (reserve) dahulu sebab bulan August 2012 baru dipos ke miliknya.
Stok Habis.
RM3.00-satu pek (50biji benih)
Kos penghantaran bagi pembelian apa jenis benih yang berharga RM3.00 satu pek dengan jumlah bilangan kurang 15pek adalah RM5.00.
Kos penghantaran bagi jumlah pembelian lebih dari 15pek untuk apa sahaja jenis benih satu pek berharga RM3.00 adalah percuma.
Sekiranya, ada pembelian yang berlainan harga, saya akan cuba kurangkan kos penghantaran.
Pembayaran adalah melalui Bank CIMB atau RHB.
Nota: Benih akan dipos di bulan August dan boleh pre-order dengan tinggalkan comment atau mesej saya dengan email.
Sebarang kemusykilan, jangan segan bertanya (kebunkmg@gmail.com).

Selasa, 24 Julai 2012

Heirloom Guernsey Parsnip

Parsnip adalah sayur yang berlainan species dengan lobak putih (radish) atau lobak merah (carrot). Rasa parsnip juga amat berbeza dengan lobak merah. Parsnip mempunyai rasa yang 'nutty' flavour. Selalunya bila kami tiada stok ubi kentang, kami suka masak parsnip dengan lauk kurma. Parsnip adalah sayur yang sangat digemari oleh orang Peranchis. Pernah dicuba tanam parsnip di kebun Sungai Buloh, ianya tumbuh dengan baik tapi malangnya bila tuan milik tanah balik ke kampung sebulan, si itik-itik bersuka ria gali makan akar parsnip. Parsnip perlukan masa yang sangat lama untuk menghasilkan akar. Perlu banyak kesabaran, tunggu sekurang-kurangnya 6~7 bulan untuk tuai akarnya. Setelah tuai akarnya, simpan sekurangnya semalaman di dalam crisper peti sejuk untuk rasa parsnip yang lebih manis. 
Biji benih parsnip seeloknya disemai selain dari cuaca panas dan kering. Keperluan percambahan dan pertumbuhan parsnip sama dengan carrot, perlukan  tanah yang moist dan tidak suka baja/kompos yang fresh. Bagi pertumbuhan akar yang baik tidak perlu baja yang bernitrogen tinggi kerana baja yang bernitrogen tinggi akan menghasilkan daun yang banyak sahaja. Oleh kerana pertumbuhan parsnip mengambil masa yang lama digalakkan tanam parsnip dengan sayur radish yang jenis kecil dan cepat tumbuh untuk produktivity di ruang kebun anda (kaedah inter-planting dengan fast crop). Elok tanam parsnip di kawasan yang menerima cahaya matahari sebelah siang. Sekiranya tanah anda keras, boleh semai benihnya di dalam pasu yang dalamnya sekurang-kurang 30cm.  
Percambahan biji benih parsnip mengambil masa agak lama di antara 3minggu ke sebulan lebih. Elok semai benihnya secara kaedah 'direct-sowing'. Seperti carrot, anak pokok parsnip tidak gemar dipindahkan (transplanting). Setelah biji benih bercambah dan umurnya sudah lebih 2 bulan ianya sudah tahan dengan cuaca panas . Cuma nak kena siram apabila tanah sudah ke arah kekeringan, elok tanah maintain ada moisture.
Parsnip boleh ditanam bersama-sama dengan sayur dalam kumpulan bawang (allium) sebagai companion planting. Tuai parsnip sebelum ianya berbunga, sebab apabila ianya berbunga akarnya akan bertukar menjadi keras macam kayu. Bunga parsnip digemari oleh serangga yang berguna di kebun.

~Pre-Order Benih Guernsey Parsnip Heirloom~
Boleh pre-order (reserve) dahulu sebab bulan August 2012 baru dipos ke miliknya.
Stok offer tinggal 1pek.
RM3.00-satu pek (30biji benih)
Kos penghantaran bagi pembelian apa jenis benih yang berharga RM3.00 satu pek dengan jumlah bilangan kurang 15pek adalah RM5.00.
Kos penghantaran bagi jumlah pembelian lebih dari 15pek untuk apa sahaja jenis benih satu pek berharga RM3.00 adalah percuma.
Sekiranya, ada pembelian yang berlainan harga, saya akan cuba kurangkan kos penghantaran.
Nota: Benih akan dipos di bulan August dan boleh pre-order dengan tinggalkan comment atau mesej saya dengan email.
Sebarang kemusykilan, jangan segan bertanya (kebunkmg@gmail.com).

Isnin, 23 Julai 2012

Cosmos Sensation Mix

Cosmos sensation Mix

 Bunga jenis heirloom Cosmos Sensation (Cosmos bipinnatus) mudah dijaga dan tidak remeh keperluan pertumbuhannya. Bunga jenis ini juga dikenali dengan nama 'Mexican Aster'. Cukup air, tanah dan matahari ianya sudah boleh tumbuh dengan bahagia. Cosmos Sensation tidak cerewet tumbuh di pelbagai jenis tanah, tahan cuaca panas dan juga kelembapan tinggi serta tidak mudah mendapat serangan penyakit. Ada pelbagai pendapat dari tukang-tukang kebun di merata dunia mengatakan cosmos tumbuh lebih baik di kawasan tanah yang kurang khasiat baja nutrientnya dan tidak perlu banyak baja masa sedang berbunga. Baja yang banyak masa musim bunganya akan mengakibatkan kurang menghasilkan kuntuman bunga. Saiz benih cosmos senang untuk kanak-kanak semai bagi menanam minat mereka berkebun. Memandangkan bunga ini tidak perlu banyak kena siram air, sukakan matahari dan tidak cerewat dengan jenis tanah, ianya sesuai untuk mereka yang baru mula hendak berjinak dalam gardening. Bunga jenis Cosmos sensation pernah menang anugerah AAS (America All Selections) pada tahun 1936 dan sejak itu menjadi salah satu bunga kegemaran untuk berbunga pada musim panas. Selalu cepat pangkas bunga yang sudah layu untuk pokok bunga ini menghasilkan banyak kuntuman bunga lagi. Bunga cosmos sensation mix digemari si rama-rama. Saya gambarkan bunga cosmos sensation mix ini mungkin sangat sesuai ditanam di luar pagar rumah di kawasan perumahan kerana ianya tidak perlu penjagaan yang banyak, cuma musim kering perlu siram sekali-kala. Kalau ada sesiapa yang petik bunganya pun takpe, sebab bunga ni pemurah bagi bertambah bunga lagi. Ceria sikit nampak di luar pagar rumah macam wildflower tumbuh meliar di atas padang. 

~Biji Benih Bunga Cosmos ‘Sensation’ (RM3.00-anggaran 50 seeds satu pek)~

Stok Ada.

~Stok Biji Benih bunga baru tuai  Vibrant-Orange Cosmos juga available sekarang~

Stock Ada.
Anggaran 50 biji benih -RM3.00 one pack (June-July 2012 seed harvest)

Kos penghantaran bagi pembelian apa jenis benih yang berharga RM3.00 satu pek dengan jumlah bilangan kurang 15pek adalah RM5.00.
Kos penghantaran bagi jumlah pembelian lebih dari 15pek untuk apa sahaja jenis benih satu pek berharga RM3.00 adalah percuma.
Sekiranya, ada pembelian yang berlainan harga, saya akan cuba kurangkan kos penghantaran.

Sebarang kemusykilan, jangan segan bertanya.

Khamis, 19 Julai 2012

Pre-Order Beetroot Heirloom Mix

Beetroot

Ada beberapa jenis heirloom beetroot dalam mix beetroot seed pack ini ~Bulls Blood, Albino, Burpee's Golden Globe, Chiogga, Crosby's Egyptian Flat, Cylindra, Detroit dan Early Wonder (ikut rezeki).
Moga dapat pelbagai jenis akar beetroot dalam bakul saudara/saudari nanti .
 
~Pre-Order Benih Beetroot Heirloom Mix~
Boleh pre-order (reserve) dahulu sebab bulan August 2012 baru dipos ke miliknya.
Stok Habis.
RM3.00-satu pek (30biji benih)
Kos penghantaran bagi pembelian apa jenis benih yang berharga RM3.00 satu pek dengan jumlah bilangan kurang 15pek adalah RM5.00.
Kos penghantaran bagi jumlah pembelian lebih dari 15pek untuk apa sahaja jenis benih satu pek berharga RM3.00 adalah percuma.
Sekiranya, ada pembelian yang berlainan harga, saya akan cuba kurangkan kos penghantaran.
Nota: Benih akan dipos di bulan August dan boleh pre-order dengan tinggalkan comment atau mesej saya dengan email.
Sebarang kemusykilan, jangan segan bertanya (kebunkmg@gmail.com).

Rabu, 18 Julai 2012

Cornflower ‘Polka Dot’ Mix

Pokok bunga cornflower tidak remeh penjagaannya kerana ianya sesuai ditanam dengan pelbagai jenis tanah dan boleh hidup di kawasan yang kurang subur tanahnya. Saiz bunganya adalah di antara 1-2 inchi.  Apabila pokoknya telah matang, ianya tahan panas. Sukakan matahari tapi digalakkan tumbuh pokok bunga cornflower pada kawasan yang menerima pancaran matahari di sebelah siang sahaja. Elok semai bijinya selain dari cuaca panas dan kering. Cuba bagi pre-treatment bijinya sebelum disemai di dalam peti ais/fridge (bukan freezer) untuk beberapa minggu. Salah satu tips semai biji cornflower ialah di tempat yang gelap. Oleh itu, elakkan menyemai dengan menabur bijinya ke tanah dengan menyemai biji benihnya sedalam 1cm dan tutup dengan tanah. Pokok bunga cornflower mengambil masa lebih kurang 12 minggu untuk berbunga tapi mengikut faktor perubahan cuaca juga. Jangan lupa potong bunga yang sudah layu untuk musim bunga yang panjang. Ketinggian average pokok bunga ini adalah lebih kurang 40cm dan jarakkan antara pokok 30cm. Bunganya juga makin popular dalam industri florist sebagai bunga hiasan di dalam rumah.

~Biji Benih Bunga Cornflower 'Polka Dot' Mix ~

RM3.00 satu pek (~anggaran 100biji satu pek).
Stok Ada

Selasa, 17 Julai 2012

Yellow Currant Cherry Tomato

yellow currant potato

Satu pokok tomato jenis yellow currant cherry tomato memberikan hasil tuaian buah yang sangat lumayan dan tidak putus-putus menghasilkan bunga untuk memberikan buah tomato lagi jika rajin memetik buahnya serta mempunyai musim buah yang panjang. Buah yellow currant cherry tomato bersaiz sangat kecil 1.5-2.5cm. Buahnya bertukar dari warna hijau ke kuning bila ranum. Pokoknya tumbuh melebihi ketinggian 2meter dan perlu memberikan sokongan yang kuat.  Memandangkan pokok ini banyak bercabang elok sediakan sekurangnya 1/2 metre persegi untuk satu pokok dan memberikan air-flow yang baik bagi kawasan yang mempunyai kelembapan yang tinggi. Satu pokok tomato jenis ini cukup untuk keperluan sekeluarga. Pokok cherry tomato jenis ini paling tidak remeh penjagaannya ianya juga dapat menghasilkan produksi buah yang baik di kawasan yang menerima separa cahaya matahari juga (partial shade). Pokok tomato ini juga tidak mudah sakit berbanding dengan tomato jenis lain. Ianya juga tahan pelbagai cuaca : heat wave dan musim sejuk.
yellow cherry tomatoes

Dari pengalaman beberapa tahun menanam pokok tomato jenis cherry, saya dapati tomato cherry yang berwarna kuning lebih tolerant dengan cuaca yang sangat panas dan kering berbanding dengan yang berwarna merah. Boleh tanam dalam kontainer? Boleh tiada masalah cuma sediakan sokongan yang baik dan kuat awal-awal lagi (jangan ikut macam saya dah membesar baru ingat nak buat, lepas tu nampak serabut je pokok tomato ni sebab tak buat awal-awal sokongannya)....hehehe...Dalam gambar di bawah dari sebelah kiri ialah pokok tomato yellow pear cherry tomato (ada stok?) , tengah-pokok peria , dan sebelah kanan adalah pokok yellow currant cherry tomato. Bentuk daun yellow pear cherry tomato dan yellow currant cherry tomato adalah berbeza mudah dibezakan. Oleh sebab, yellow currant cherry tomato sesuai ditanam di dalam bekas, sesuailah juga untuk menghijaukan balcony garden anda dan buah kuningnya seakan decoration. Nanti terliur-liur jiran tetangga tengok.
DSC00097

~Benih Tomato Yellow Currant Cherry Tomato (Pre-Order)~

RM3.00 satu pek (~anggaran 30biji satu pek).
Stok habis (All Reserved)
Biji benih yang dituai dari kebun kami pada June 2012.

Boleh pre-order (reserve) dahulu sebab bulan August 2012 baru dipos ke miliknya.
Kos penghantaran bagi pembelian apa jenis benih yang berharga RM3.00 satu pek dengan jumlah bilangan kurang 15pek adalah RM5.00.
Kos penghantaran bagi jumlah pembelian lebih dari 15pek untuk apa sahaja jenis benih satu pek berharga RM3.00 adalah percuma.
Sekiranya, ada pembelian yang berlainan harga, saya akan cuba kurangkan kos penghantaran.
Nota: Benih akan dipos di bulan August dan boleh pre-order dengan tinggalkan comment atau mesej saya dengan email.
Sebarang kemusykilan, jangan segan bertanya (kebunkmg@gmail.com).

Isnin, 16 Julai 2012

Rouge de Marmande

January veggies (4)

Tomato heirloom 'Rouge de Marmande' adalah jenis tomato bersaiz sederhana kadang-kadang boleh bersaiz diameter 6-8cm dan buahnya bertukar ke berwarna merah apabila masak. Tomato 'Rouge de Marmande' menghasilkan buah awal dan dikategorikan dalam tomato jenis 'beefsteak'. Dasar buah tomato 'Rouge de Marmande' adalah rata (flat) dan buahnya berlekuk (ribbed).
Rouge de Marmande (2)

Pokok tomato heirloom 'Rouge de Marmande' adalah tinggi (boleh mencapai 2 metre lebih) jadi perlu menyediakan sokongan (trellis) yang kuat dan elok supaya ianya tidak tumbang ke tanah. Tomato jenis ini menghasilkan buah yang lebat. Disebabkan ianya menghasilkan buah yang besar, kadang-kadang ranting yang mempunyai banyak buah tomato perlu diikat atau bagi sokongan. Pokok tomato 'Rouge de Marmande' sukakan kawasan yang mempunyai banyak matahari sekurangnya menerima lebih 6 jam sinaran matahari. Dalam gambar adalah pokok-pokok tomato yang kami tanam di kawasan yang menerima separa matahari sahaja dan sebelah pagi sahaja disebabkan kebun kami kecil kawasannya. Oleh itu, semasa berbuah saya cantas sikit ranting daun-daun supaya buahnya terkena pancaran matahari untuk menjadikannya ranum.
Rouge de Marmande (1)
Buah tomato perlu kerap dipetik sejurus masak supaya pokok boleh fokus memberikan tenaga kepada buah-buah yang lain untuk membesar dan memberikan anak-anak buah yang baru.

~Benih Heirloom Tomato Rouge de Marmande (Pre-Order)~

RM3.00 satu pek (~anggaran 10biji satu pek).
Stok habis (All Reserved).

Boleh pre-order (reserve) dahulu sebab bulan August 2012 baru dipos ke miliknya.
Kos penghantaran bagi pembelian apa jenis benih yang berharga RM3.00 satu pek dengan jumlah bilangan kurang 15pek adalah RM5.00.
Kos penghantaran bagi jumlah pembelian lebih dari 15pek untuk apa sahaja jenis benih satu pek berharga RM3.00 adalah percuma.
Sekiranya, ada pembelian yang berlainan harga, saya akan cuba kurangkan kos penghantaran.
Nota: Benih akan dipos di bulan August dan boleh pre-order dengan tinggalkan comment atau mesej saya dengan email.
Sebarang kemusykilan, jangan segan bertanya.

Ahad, 15 Julai 2012

Kubis Sugarloaf

Bentuk kubis yang asal dan tumbuh liar beribu-ribu tahun dahulu mempunyai daun yang regang tidak rapat antara lapisan-lapisan daunnya. Daun kubis liar bukannya compact seperti kubis yang kita biasa lihat sekarang. Kubis yang daunnya compact tersusun rapat antara satu sama lain baru ada beratus-ratus tahun sahaja..  Kubis heirloom jenis sugarloaf sudah ada semenjak kurun ke-16 lagi dan bentuknya bukan bulat tetapi berbentuk kon. Kubis ini daunnya compact dan adalah jenis kecil di mana berat tuaian kebiasaan anggaran 1~1.5kg. Sesuai untuk kebun yang mempunyai ruang yang kecil dan jarak antara anak pokok kubis 40~50cm. Kubis sugarloaf ini dikatakan sesuai untuk tempat yang bercuaca panas dan lembap. Semai bijinya sedalam 1cm. Boleh alih anak pokok kubis bila sudah ada lebih 5 helai daun pada waktu lewat petang.

~Benih Kubis Sugarloaf (Pre-Order)~

RM3.00 satu pek (~anggaran 50biji satu pek).
Stok habis (All Reserved).

Boleh pre-order (reserve) dahulu sebab bulan August 2012 baru dipos ke miliknya.
Kos penghantaran bagi pembelian apa jenis benih yang berharga RM3.00 satu pek dengan jumlah bilangan kurang 15pek adalah RM5.00.
Kos penghantaran bagi jumlah pembelian lebih dari 15pek untuk apa sahaja jenis benih satu pek berharga RM3.00 adalah percuma.
Sekiranya, ada pembelian yang berlainan harga, saya akan cuba kurangkan kos penghantaran.
Nota: Benih akan dipos di bulan August dan boleh pre-order dengan tinggalkan comment atau mesej saya dengan email.
Sebarang kemusykilan, jangan segan bertanya.

Sabtu, 14 Julai 2012

Musim fresh Oriental and Asiatic Lilies Bulb (Pre-Order Limited Stock)

Supplier Photo

Geram betul setiap kali lalu florist tengok bunga lilium ni, harganya boleh tahan juga. Bau bunganya pun semerbak. Bunga ini sebenarnya mudah untuk tumbuh dan sudah pun kami cuba di kebun Sungai Buloh (previous posting link). Pada musim panas elok tanam bunga ini di kawasan yamg menerima separa matahari atau di lokasi yang menerima pancaran cahaya matahari sebelah pagi sahaja untuk kualiti bunga kembang yang molek.

Supplier Photo

Satu pokok dapat memberikan beberapa kuntuman  bunga untuk dipotong menghiasi dalaman rumah.   Semasa  pokok membesar pastikan tanah tidak kering tapi jangan pula air bertakung. Biarkan tanah itu ada rasa moist sahaja. Beberapa minggu sebelum menanam benihnya bolehlah sediakan tanah dengan baja yang balance nutrient sesuai untuk pertumbuhan bunga. Sesiapa yang dah order bolehlah sediakan tempatnya sekarang nanti bulan puasa kurang tenaga.Lebih kurang sebulan sampailah agaknya kami pos nanti.
Supplier Garden Photo
Pokok lilium lebih kurang macam ini. Ketinggian average 50-80cm. Jarak antara pokok 30cm.
Supplier Garden Photo

Bulb lilium elok ditanam sedalam 15cm. Kalau tanah keras elok sedalam 10cm. Suka tanah yang moist dan cukup baja. Seeloknya bila benih sampai terus tanam. Elakkan benih kering, kalau tiada masa simpan dalam crisper sekejap. Kalau pucuknya dah mula tanda keluar sikit, cepat-cepat tanam. Berlainan dengan bulb gladiolus yang tahan lama simpan dalam tempat kering, nyaman dan gelap, Lilium bulb tak elok kalau jadi kering sangat, perlukan sedikit moisture. Sekarang di tempat saya sedang musim lilium bulb baru digali dan mula dijual (best season). Jadi ada possibility bulan Ogos tahun ini sahaja saya dapat offer kepada sesiapa yang juga berminat hendak cuba tanam bunga ini di kebun mereka. Tukang kebun balik nak cuci mata nanti jadi harap bunga yang akan ditanam ni menunggu dan sambut ketibaan kami. Sekarang dah mula angan-angan dalam kepala.
Bulb bunga Lilium lagi besar dari gladiolus. Salah satu kenapa harganya lagi mahal dari gladiolus. Selalunya lagi besar bulb bunga, lagi mahal harganya. Lagipun pokok yang menghasilkan bulb besar jumlah bulb satu pokok yang dapat digali sangat kurang dari pokok yang menghasil bulb yang kecil.
Disebabkan kali ni bukan saya yang packing sendiri, tukang kebun nak mudahkan adik-adik tersayang dekat Sungai Buloh jadi kali ini kira lucky diplah ya. Warna ada macam-macam tapi mix ( contoh macam photo). Lillium pun 3 jenis : Asiatic, Oriental dan L.A. lilium bulb mix. Kira randomlah ya. Bagi order yang lebih dari 1 bulb saya akan pesan adik-adik campur dengan Lilium jenis berlainan.

Jumaat, 13 Julai 2012

Nasturtium 'Jewel' Mix

Bagi peminat makanan berkhasiat yang dikategorikan dalam ulam-ulaman, ini adalah pokok bunga yang elok ditanam di kebun anda. Bunga dan daun dari pokok ini boleh dimakan dan mengandungi pelbagai kandungan zat khasiat. Bijinya pula boleh dibuat jeruk (caper). Pokok Nasturtium adalah adik beradik dengan pokok pegaga.

Kali ini diberi 3 tips untuk tanaman ini:

(1) Pada musim panas dan kering, pilih lokasi yang hanya menerima kurang pancaran matahari (filtered/dappled light) untuk pertumbuhan pokok ini.
(2) Pokok ini tidak suka sekiranya tanah yang terlampau berair (no wet feet).
(3) Bagi mendapatkan banyak bunga pastikan tidak menggunakan baja yang bernitrogen tinggi (elak baja ayam-nitrogen tinggi), produksi bunga yang banyak dia nak nutrient potassium. Lagi mudah tak perlu baja sebab pokok nasturtium ini boleh hidup bahagia di tanah yang kurang subur. Dari perhatian di kebun saya sendiri, saya dapat banyak anak pokok nasturtium yang tumbuh sendiri (self-seeded) di tempat yang jarang saya top up baja/compost.

Percambahan benih mengambil masa dari 10 hari ke 21 hari.

Khamis, 12 Julai 2012

Leaf Amaranth / Chinese Spinach/ Bayam

Bayam merah mudah ditanam. Bijinya sangat halus. Tabur benih di tanah yang telah disediakan, tidak perlu timbus tanah, cuma siram air pada tanah bila sudah tabur benih-benih. Untuk warna bayam jenis ini menjadi warna kemerahan yang menarik, elakkan tanah terlampau mempunyai kandungan nutrient baja yang tinggi atau bahan kompos organik yang banyak. Anak benih yang baru bercambah adalah menarik kerana ianya adalah warna merah (lihat gambar). Bayam tidak perlu dituai keseluruhan pokok, tapi boleh dipotong batangnya dengan meninggalkan beberapa pucuk daun di bahagian bawah pokok bayam dan ianya akan tumbuh menghasilkan daun lagi. Kerap tuai bayam untuk mengelakkan ianya berbunga atau batangnya menjadi keras berserat. Bunga pokok bayam juga menarik dan disukai oleh kumbang yang boleh membantu menjaga tanaman dari serangga perosak yang lain. Sekiranya banyak hasil tuaian bayam ianya bolehlah segera disimpan dalam freezer. Bayam cepat layu setelah dituai. Untuk menyimpan dalam freezer, bayam hendaklah direbus selama seminit, dan lekas direndam air yang sangat sejuk. Kemudian segera simpan di dalam freezer dan boleh tahan selama 6 bulan.

~Pre-Order Biji Benih Organik Bayam (RM3.00-anggaran lebih 250biji benih dalam satu pek)~

Stok offer Habis.
Tukang Kebun tengah tuai, hujung tahun baru stok up.

Boleh pre-order (reserve) dahulu sebab bulan August 2012 baru dipos ke miliknya.
Kos penghantaran bagi pembelian apa jenis benih yang berharga RM3.00 satu pek dengan jumlah bilangan kurang 15pek adalah RM5.00.
Kos penghantaran bagi jumlah pembelian lebih dari 15pek untuk apa sahaja jenis benih satu pek berharga RM3.00 adalah percuma.
Sekiranya, ada pembelian yang berlainan harga, saya akan cuba kurangkan kos penghantaran.
Nota: Benih akan dipos di bulan August dan boleh pre-order dengan tinggalkan comment atau mesej saya dengan email ( kebunkmg@gmail.com ).
Pembayaran melalui bank deposit dengan Bank RHB atau CIMB dalam bulan Ogos.
Sebarang kemusykilan, jangan segan bertanya.

Rabu, 11 Julai 2012

Fresh Re-Stock Cherrytime Capsicum Seeds

 Biji benih organik cherrytime capsicum yang kami baru tuai dalam bulan June 2012 adalah dari generasi kedua semenjak kami mula menanamnya. Baka capsicum jenis ini yang tumbuh di kebun kami adalah pokok capsicum yang tidak dimanjakan dan terdedah dengan pelbagai keadaan perubahan cuaca. Boleh mula membuat tempahan pre-order selagi stok masih ada. Back in demand :).

Buah yang manis.
Saiz average buah adalah 5cm.
Bentuk buahnya bulat dan mempunyai hujung yang tajam or 'pointy'.
Buahnya bertukar dari hijau ke merah berkilat apabila ranum.
Pokok yang bersaiz compact, attractive dan berbuah lebat.
Sesuai ditanam dalam pasu.
Boleh menarik perhatian anak anda.
Sesuai untuk diisi dengan keju atau filling lain untuk snek yang sihat untuk anak anda.
Capsicum merah mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi.

Sekiranya ingin meningkat produktivity atau menjimatkan ruang kebun anda, bolehlah menanam cherrytime capsicum bersama dengan carrot. Tapi gabungan ini sesuai untuk kawasan yang menerima banyak matahari untuk pertumbuhan yang baik bagi kedua-dua jenis tanaman ini bersama-sama.

~Pre-Order Biji Benih Organik Cherrytime Capsicum (RM3.00-anggaran 30 seeds satu pek)~

Stok Ada.
Biji benih baru dituai dari kebun kami dalam bulan Oktober 2012.

Boleh pre-order (reserve) dahulu sebab bulan August 2012 baru dipos ke miliknya.
Kos penghantaran bagi pembelian apa jenis benih yang berharga RM3.00 satu pek dengan jumlah bilangan kurang 15pek adalah RM5.00.
Kos penghantaran bagi jumlah pembelian lebih dari 15pek untuk apa sahaja jenis benih satu pek berharga RM3.00 adalah percuma.
Sekiranya, ada pembelian yang berlainan harga, saya akan cuba kurangkan kos penghantaran.
Nota: Benih akan dipos di bulan August dan boleh pre-order dengan tinggalkan comment atau mesej saya dengan email.
Sebarang kemusykilan, jangan segan bertanya.

Selasa, 10 Julai 2012

Terung Heirloom ‘Rosa Bianca’

eggplant rosa bianca

Photo from seed savers exchange

Terung Heirloom Rosa Bianca (Solanum melongena) adalah heirloom dari Italy. Buah terungnya berbentuk bulat bujur, sederhana besar dan berwarna lavendar dengan jaluran berwarna putih. Rasanya buahnya mild dan jarang sekali pahit. Percambahan benih terung ini adalah lebih kurang 2 minggu. Sukakan matahari.

~Biji Benih Terung Heirloom ‘Rosa Bianca’ (RM3.00-anggaran 15 seeds satu pek)~

Stok Ada.

Isnin, 9 Julai 2012

Jagung Heirloom ‘Golden Bantam’

hasil sayur

 Jagung heirloom jenis ‘Golden Bantam’ diperkenalkan oleh W. Atlee Burpee pada tahun 1902 yang benih asalnya adalah hasil dari seorang pekebun dari Greenfield, Massachusettes. Pada zaman itu, jagung yang isinya berwarna kuning adalah lebih digunakan untuk makanan penternakan. Warna isi jagung yang keputihan lebih digemari popular pada waktu itu. Pengeluaran jagung berisi kuning jenis ‘Golden Bantam’ yang manis rasanya telah mengubah pemikiran orang yang hidup pada zaman itu ke arah penerimaan jagung berisi berwarna kuning. ‘Golden Bantam’ juga telah menerajukan pelbagai jenis jagung manis berwarna kuning yang didapati sekarang.
 Sebelum menuai jagung yang masak, jangan lupa panaskan air untuk rebus jagung segar. Tukang kebun Ilhan suka makan jagung segar mentah di kebun yang baru sahaja beberapa minat dituai.
caterpillar sweetcorn

Kenapa gigi jagung anda ronggak dan tidak padat isinya?

 Salah satu sebab ialah anak jagung muda punya rambut (betina) mungkin tidak disenyawakan dengan sempurna dengan debunga jantan. Jadi jika tiada angin goyang-goyanglah pokok jagung tu supaya debunga dari jantan yang di atas itu jatuh ke rerambut bakal anak jagung itu untuk persenyawaan.

 Ulat bulu juga adalah satu punca kenapa tidak padat isi jagung. Ulat bulu kadang-kadang gemar makan rambut buah jagung sehingga ianya botak dan menyebabkan persenyawaan tidak berjaya. Kalau tidak silap, dikatakan satu rambut dari anak jagung adalah wakil untuk satu isi butiran jagung. Oleh itu berhati-hati sekiranya ternampak ulat bulu di pokok jagung anda.

~Biji Benih Organik Jagung Heirloom ‘Golden Bantam’ (anggaran 12 seeds satu pek)~

Stok habis (All reserved).
Perlu pre-order (reserve) dahulu sebab bulan August 2012 baru dipos ke miliknya.
RM3.00 – satu pek.
Kos penghantaran bagi pembelian apa jenis benih yang berharga RM3.00 satu pek dengan jumlah bilangan kurang 15pek adalah RM5.00.
Kos penghantaran bagi jumlah pembelian lebih dari 15pek untuk apa sahaja jenis benih satu pek berharga RM3.00 adalah percuma.
Sekiranya, ada pembelian yang berlainan harga, saya akan cuba kurangkan kos penghantaran.
Nota: Benih akan dipos di bulan August dan boleh pre-order dengan tinggalkan comment atau mesej saya dengan email.
Sebarang kemusykilan, jangan segan bertanya.

Ahad, 8 Julai 2012

Carnation Chabaud Mix (Dianthus caryophyllus)

carnation (2)
Carnation adalah bunga yang mudah untuk dijaga dan ianya mempunyai musim berbunga yang lama. Kalau selalu potong bunga yang sudah layu lagi rajin ianya berbunga. Carnation adalah bunga yang ‘perennial’ hidup bertahun-tahun. Pokok-pokok bunga carnation chabaud kami sudah berusia lebih dari 3 tahun dan telah menempuhi pelbagai cuaca dengan tiada penjagaan rapi masih tumbuh dengan bahagia. Setelah pokoknya dewasa, cuaca panas lebih 40 degree Celsius dan kering pun masih tumbuh gagah lagi. Ianya seakan berbunga sepanjang tahun cuma tidak beberapa gemar musim sejuk walaupun kita ingat dia suka iklim sejuk dingin tapi pokok carnation sensitif dengan cuaca sejuk terutama sekiranya ada ‘frost’.  Dari pengalaman, pokok Carnation tidak beberapa gemar pada tanah yang terlampau berpasir sebab ianya perlukan tanah yang tidak beberapa kering atau tidak beberapa basah untuk tumbuh dengan baik.
Anak pokok carnation membesar tumbuh dari biji benih.
carnation (5)

Carnation sukakan tanah yang neutral ke beralkali (alkaline) rendah. Keperluan airnya adalah sederhana, tidak suka air bertakung atau akarnya berada di tanah yang sangat basah pada masa lama. Elok tanam carnation di lokasi yang menerima matahari pada waktu pagi sahaja untuk memberi kualiti kuntuman bunga yang mekar baik. Carnation sukakan matahari. Sekiranya ditanam di kawasan yang mendapat separa cahaya matahari tidak memberi banyak kuntuman bunga. Pokok carnation kadang-kadang boleh tumbuh dengan ketinggian 50cm dan elok juga memberikan sokongan untuknya. Pokok carnation boleh tumbuh baik dalam pasu.
DSC00025

Disyorkan menyemai biji benih carnation chabaud bukan pada musim panas dan kering untuk percambahan yang baik. Carnation yang tumbuh dari semaian biji benih memerlukan masa antara 24-32 minggu untuk berbunga dan bergantung kepada keadaan cuaca. Bunga carnation chabaud ada yang single petal atau multiple petal. Warna kebiasaannya adalah merah jambu, merah dan putih tapi ada juga sekiranya bernasib baik berwarna kuning.
DSC00040

~Benih Bunga Organik Carnation ‘Chabaud’ Mix (Pre-Order)~

RM3.00 satu pek (~anggaran 25biji satu pek).
Stok offer tutup (All Reserved).
Benih carnation chabaud segar tuaian dalam bulan June 2012.
Boleh pre-order (reserve) dahulu sebab bulan August 2012 baru dipos ke miliknya.
Kos penghantaran bagi pembelian apa jenis benih yang berharga RM3.00 satu pek dengan jumlah bilangan kurang 15pek adalah RM5.00.
Kos penghantaran bagi jumlah pembelian lebih dari 15pek untuk apa sahaja jenis benih satu pek berharga RM3.00 adalah percuma.
Sekiranya, ada pembelian yang berlainan harga, saya akan cuba kurangkan kos penghantaran.
Nota: Benih akan dipos di bulan August dan boleh pre-order dengan tinggalkan comment atau mesej saya dengan email.
Sebarang kemusykilan, jangan segan bertanya.

Sabtu, 7 Julai 2012

Biji Benih Organik Hon Tsai Tai

Hon Tsai Tai (6)

Sayur Hon tsai tai juga dikenali dengan nama purple flower choi sum. Rupanya pun memang seakan choi sum cuma mempunyai batang yang berwarna ungu. Bunganya berwarna kuning dan boleh dimakan sekali. Hon tsai tai juga boleh tumbuh elok di kawasan yang mendapat separa matahari. Dari pengalaman, cuma kena hati-hati apabila ada perubahan cuaca atau suhu yang mendadak semasa pertumbuhan sayur ini kerana ianya akan memberi signal untuk sayur ni mula berbunga dengan awal. Anak pokok hon tsai tai yang baru bercambah juga telah mempunyai batang yang berwarna ungu, mudah untuk dikenali apabila tercampur dengan sayur sawi yang jenis lain.
hontsaitai (3)

~Biji Benih Organik Hon Tsai Tai (anggaran 50 seeds satu pek)~

Perlu pre-order (reserve) dahulu sebab bulan August 2012 baru dipos ke miliknya.
RM3.00 – satu pek (~50 biji benih).
Stok Habis (Tukang kebun sedang kumpul benihnya, hujung tahun stok benih baru masuk).
Kos penghantaran bagi pembelian apa jenis benih yang berharga RM3.00 satu pek dengan jumlah bilangan kurang 15pek adalah RM5.00.
Kos penghantaran bagi jumlah pembelian lebih dari 15pek untuk apa sahaja jenis benih satu pek berharga RM3.00 adalah percuma.
Sekiranya, ada pembelian yang berlainan harga, saya akan cuba kurangkan kos penghantaran.
Nota: Benih akan dipos di bulan August dan boleh pre-order dengan tinggalkan comment atau mesej saya dengan email.
Sebarang kemusykilan, jangan segan bertanya.

Jumaat, 6 Julai 2012

Zinnia ‘Persian Carpet’ (Zinnia haegeana mexicana)

zinnia persian carpet

Zinnia Persian Carpet ini mempunyai daun yang lebih tirus dan kecil, serta pokoknya lagi compact dan bushy berbanding dengan jenis zinnia lain yang biasa didapati. Bunganya adalah double petal (kelopak) dan dual colour (dwi-warna) contoh seperti gambar di atas.  Sesuai ditanam sebagai companion planting kerana ianya menarik perhatian sang lebah dan juga si rama-rama serta kadang-kadang burung pun menyukai bunganya. Boleh ditanam dalam pasu atau menjadi border di taman saudara-saudari.Tumbuh dalam ketinggian 40-60cm dan sebaiknya jarakkan antara pokok 30cm. Pokok Zinnia jenis ini sangat sukakan matahari dan ianya drought-tolerant (tahan panas dan kering) setelah matang.

~Benih Bunga Organik Zinnia ‘Persian Carpet’~
RM3.00 satu pek (~anggaran 25biji satu pek).
Stok Ada.

Khamis, 5 Julai 2012

Bulb Bunga Gladioli Mixed (Pre-Order)

~Pre-Order Benih Bulb Bunga Gladiolus~

Ini adalah kali keempat kami bawa balik benih ubi gladiolus ke Malaysia dan bunga ini tumbuh dengan mudah di kebun kami di Malaysia.
Kepada sesiapa yang berminat untuk cuba menanam bunga ini, bolehlah membuat tempahan awal.
Penghantaran moga-moga dalam bulan Ogos 2012.
Boleh tinggal komen atau email saya untuk membuat tempahan di kebunkmg@gmail.com .
Warna bunga gladioli kali ni adalah random jadi kira lucky dip lah ya.

Rabu, 4 Julai 2012

Timun/Melon Heirloom ‘African Horned’

Kita selalu menganggap timun sebagai sayur manakala buah melon seperti tembikai, honeydew atau rockmelon adalah buah. Tetapi timun dan buah melon mempunyai tali persaudaraan yang sangat rapat. Mereka berkongsi asal-usul atau nenek moyang yang sama dan disebabkan itu bunga timun dan bunga melon sangat mudah untuk cross-pollinate. Sekiranya hendak  simpan benih timun atau melon yang pure hendaklah pastikan tanam satu pokok timun/melon sahaja pada satu masa supaya lebah tak kahwinkan lain-lain jenis. Pastu kita pun tak pastikan samaada jiran pun ada tanam timun/melon di kebun mereka pula. Agak sukar juga untuk menyimpan benih timun/melon yang pure breed. Kalau manually pollinate pun nak kena cepat dari agent pollinators.

Timun/melon diteorikan berasal dari benua Afrika beribu-ribu tahun lalu dan adalah juga sumber air yang penting bagi penduduk zaman dahulu di sana. Timun/Melon Heirloom ‘African Horned’ ini dikatakan antara nenekmoyang bagi pelbagai jenis timun yang ada sekarang. Timun/Melon Heirloom ‘African Horned’ juga dikenali dengan pelbagai nama ‘kiwano’, jelly melon atau blowfish fruit. Boleh makan buahnya semasa masih kecil hijau atau bila buahnya ranum bertukar kuning. Jenis tumbuhan yang memanjat. Buahnya yang masak boleh simpan berbulan-bulan. Pelbagai review diberikan berkenaan rasanya, ada yang kata macam rasa antara timun, melon dan lime, ada kata banana dan lime atau timun dan buah kiwi. Buah yang ranum adalah lebih kurang sebesar tapak tangan. Kulit yang ranum mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi.
african horned

(Gambar dari wikipedia)
~Benih Organik Timun/Melon African Horned (Pre-Order)~

RM3.00 satu pek (~anggaran 10biji satu pek).
Stok Habis <6reserved>.
Boleh pre-order (reserve) dahulu sebab bulan August 2012 baru dipos ke miliknya.
Kos penghantaran bagi pembelian apa jenis benih yang berharga RM3.00 satu pek dengan jumlah bilangan kurang 15pek adalah RM5.00.
Kos penghantaran bagi jumlah pembelian lebih dari 15pek untuk apa sahaja jenis benih satu pek berharga RM3.00 adalah percuma.
Sekiranya, ada pembelian yang berlainan harga, saya akan cuba kurangkan kos penghantaran.
Nota: Benih akan dipos di bulan August dan boleh pre-order dengan tinggalkan comment atau mesej saya dengan email.
Sebarang kemusykilan, jangan segan bertanya.

Selasa, 3 Julai 2012

Timun Heirloom ‘Marketmore’

Febuary second half harvest (7)

Timun jenis ‘Marketmore’ ini popular di Australia, Amerika Utara dan UK juga. Timun ini menghasilkan buah yang cepat berbanding dengan timun-timun yang lain. Sudah 3 tahun berturut-turut kami tanam timun ini dan selalunya timun inilah yang selalu berbuah dahulu. Timun ini juga sangat sesuai ditanam di dalam pasu. Timun ini boleh menyesuaikan cuaca yang panas ataupun sejuk (perubahan cuaca). Timun ini jenis memanjat jadi bolehlah pekebun yang mempunyai ruang yang kecil menanamnya untuk menjimat tempat. Saya selalu tanam timun marketmore bersama-sama dengan carrot dalam satu bekas (kedua-dua benih sayur ini direct-sow). Anak pokok timun mempunyai akar yang halus, jadi proses pemindahan anak timun perlu dilakukan dengan berhati-hati, jika tidak pertumbuhannya akan terbantut sebentar untuk proses recovery atau mudah mati. Oleh itu, bagi timun selalunya kami lebih gemar menyemai benihnya terus di tempat kami ingin ia tumbuh. Pokok timun mudah mendapat penyakit ‘powdery mildew’ apabila musim hujan atau kelembapan meninggi semasa ianya berbuah. Oleh itu, semasa siram pokok timun air siraman perlu dielakkan dari terkena daun dan cuma siram bahagian akarnya sahaja supaya pokok timun tidak mudah mendapat penyakit ‘powdery mildew’. Kami dapati antara jenis-jenis timun yang kami pernah tanam, jenis timun marketmore paling resistance dengan masalah ‘powdery mildew’ dan juga virus. Semasa musim panas dan kering ketika pokok timun ini berbuah untuk memastikan flavor buahnya tidak terjejas hendaklah memastikan tanah pokok timun tidak kering.
DSC01202

~Benih Timun Heirloom Marketmore (RM3.00-anggaran 10 seeds satu pek)~

Isnin, 2 Julai 2012

Benih Timun Heirloom ‘Crystal Apple’ (Pre-Order)

cucumber apples

Timun Heirloom ‘Crystal Apple’ ini popular ditanam di New Zealand dan Australia lebih 50 tahun lalu sebelum ‘green revolution’ atau benih jenis hybrid dipropagandakan. Sekarang ia kembali semula ke kebun persendirian apabila ramai pekebun sedar kebaikan timun jenis heirloom dan rasanya lebih enak dari tasteless timun F1/hybrid. Salah satu advantage dan keseronokkan menanam timun di kebun sendiri ialah kita dapat makan sayur yang tidak ada di pasar dan kita sendiri tahu yang hasil kita itu adalah tanaman organik atau tidak. Timun “Crystal Apple’ ini saiznya dan bentuknya seperti buah epal. Pokok timun jenis ini memberi banyak hasil dan ianya tolerant dengan cuaca panas. Gambar yang diambil di atas adalah pokok timun “Crystal Apple’ yang pernah melalui cuaca average 35~40 degree Celsius beberapa hari. Saiz buahnya elok dipetik sebelum ianya bertukar ke arah warna kekuningan paling sesuai seperti gambar di atas (untuk rasa yang paling best).

~Pre-Order Benih Timun Heirloom Crystal Apple~
Boleh pre-order (reserve) dahulu sebab bulan August 2012 baru dipos ke miliknya.
Stok habis (All reserved).
RM3.00- satu pek (~10biji benih).
Kos penghantaran bagi pembelian apa jenis benih yang berharga RM3.00 satu pek dengan jumlah bilangan kurang 15pek adalah RM5.00.
Kos penghantaran bagi jumlah pembelian lebih dari 15pek untuk apa sahaja jenis benih satu pek berharga RM3.00 adalah percuma.
Sekiranya, ada pembelian yang berlainan harga, saya akan cuba kurangkan kos penghantaran.
Nota: Benih akan dipos di bulan August dan boleh pre-order dengan tinggalkan comment atau mesej saya dengan email.
Sebarang kemusykilan, jangan segan bertanya.

Ahad, 1 Julai 2012

Labu Heirloom ‘ Jack Be Little’ (Pre-Order)

DSC02098

Labu heirloom ‘Jack Be Little’ adalah labu yang sangat comel dan bersaiz sangat kecil berbanding dengan jenis labu yang lain. Labu ini lebih nampak macam hiasan tetapi isinya manis untuk dimakan. Bila tengok labu ini rasa sayang nak makan, rasa nak buat hiasan di dapur. Labu ni boleh simpan dalam tempoh masa yang lama di tempat kering.

~Benih Organik Labu Heirloom “Jack Be Little” (anggaran 10 seeds satu pek)~

Hanya boleh pre-order (reserve) dahulu sebab bulan August 2012 baru dipos ke miliknya.
(Sorry all 6 Reserved).
RM3.00-satu pek (~10 biji benih).