Halaman

Khamis, 28 Mac 2013

Nasturtium Nakal

 Tukang kebun anak-beranak masih kurang sihat lagi. Jadi tak dapat sangat nak ronda-ronda di kebun kena kuarantin dalam rumah, tapi lewat petang curi-curi juga pusing dekat raise bed dekat sidaian baju bila papa Abby sibuk layan anak-anaknya nak kasi mandi sebelum kena sergah dengan papa Abby. Sudah lupa yang ada pokok nasturtium tumbuh bersebelahan pokok-pokok jagung baby blue jade yang sudah kering menunggu masa untuk dicabut masuk dalam kompos. Tukang kebun sudah berhajat nak mula kemaskan perlahan-lahan raise bed itu cuma tunggu bendi kampung kering untuk buat benih. Nakal pula nasturtium mula nak berbunga mengingatkan tukang kebun yang dia ada juga di situ, takpelah ada benda nak cuci mata.
 Ada bendi kampung yang sudah tumbuh tinggi 2 meter lebih di atas raise bed yang dikongsi dengan bunga nasturtium, tak tercapai sudah tukang kebun nak petik jadi dibiarkan sahaja untuk simpan biji benihnya.
 Percambahan biji benih nasturtium yang tak dijaga agak berbeza-beza, ada yang 2 bulan lebih baru bercambah pun ada. Tukang kebun pun lupa ada semai biji benih nasturtium dan pakai tanah serta polybag hitam tersebut untuk transplant anak-anak pokok durian dari Sabah yang mama tukang kebun kirim bijinya. Sekali ada anak-anak pokok nasturtium berkongsi tempat dengan anak-anak pokok durian pula. Masalah pula nak pindahkannya. Kulit biji benih nasturtium adalah sangat keras, disebabkan itu ada bijinya yang mengambil masa untuk bercambah, jadi jangan pula buang tanah yang mempunyai biji nasturtium sebarangan.
 Setelah 2 hari, bunga nasturtium yang sama warnanya makin pudar sikit. Tukang kebun tak makan, ingat nak kumpul biji-biji benih nasturtium yang tumbuh di kebun Sungai Buloh nak adaptasikan dahulu. Tukang kebun tak pasti bila biji benih nasturtium jewel mix kembali lagi, tukang kebun nak kumpulkan stok biji benih pokok yang ada sekarang untuk anak pokok-pokok yang baru dahulu. Mungkin bila ada cucunya baru tukang kebun offer kembali biji benih nasturtium jewel mix. Di kebun lama, cuma sekali sahaja tukang kebun tanam nasturtium dan biarkan banyak biji-bijinya gugur sendiri. Selepas itu, tukang kebun tak pernah dan tak perlu semai lagi nasturtium, bila dia suka dia tumbuh sendiri. Biar tukang kebun serasikannya dengan cuaca di Sungai Buloh dahulu. InsyaAllah lepas ni mudah-mudahan pokok nasturtium jewel mix adalah satu tanaman yang kita biasa nampak bukan di Tanah Tinggi Cameron sahaja dengan berkat kesabaran.
 Gelagat Abby pagi ini, semasa papa Abby masuk dari jemur baju di luar nampak gelagat mereka berdua, mamanya duduk dalam bilik berselimut panas sejuk. Si Putih rupanya menemankan si Abby patut tak nangis mencari mama papa, bermain-main dengan Si Putih.
Pandai pula Si Putih ni merelakan diri jadi baby sitter. Putih yang penyayang.
Pelik betul Si Putih kalau tikus cencurut dia tengok je tak buat apa-apa, tapi bila biawak 2 kali ganda lebih saiznya masuk kebun, pandai bergusti dengan si biawak pula. 

Rabu, 27 Mac 2013

Gerbera dan Gladioli sedondon

 Setelah terlihat bunga gerbera merah menyala cantik menghiasi opis bench Gardener Zamzurina barulah tukang kebun teringat gerbera di depan rumah ada yang keluarkan kudup. Beberapa hari ni, sorang-sorang anak demam dan batuk. Semalam pula giliran tukang kebun pula demam. Sebab demam, lewat petang sajalah boleh curi-curi keluar rumah. Gerbera atau African daisy ini bunganya berwarna putih dan ada jaluran merah jambu yang tukang kebun terima di Australia dari Kak Zara yang selamat pulang ke Malaysia. Sudah 3 tahun pokok gerbera ini hidup bersama kami di Australia dahulu dan bulan May tahun lepas tukang kebun Dahiyah ada tolong tukang kebun bawa beberapa pokok gerbera kembali ke tanahair dengan selamatnya. Bila tukang kebun balik bulan November lepas dah merumpun pokoknya, jadi tukang kebun pisah-pisahkan serumpun untuk dapatkan pokok-pokok baru (lawat laman ini untuk cara bahagikan pokok gerbera). Cepat sungguh pertumbuhan pokok gerbera di tanahair baru beberapa bulan dari satu pokok tukang kebun dah bolehkan dapat 3 anak pokok. Satu anak pokok pun dah mula berbunga sejak tukang kebun bahagikan January lepas.
 Cuma yang tukang kebun hairan, masa berbunga di Adelaide jaluran pink sangat banyak dan terang tapi bunga kali ini dah jadi gerbera putih suci pula. Mungkin faktor cuaca jadinya begitu. Apapun tukang kebun tetap bahagia tengok pokok gerbera ini sebab pokoknya dah adapt dengan pelbagai cuaca, cuaca panas lebih dari 45 Celsius pun dah dialaminya, mestilah tukang kebun sayang. Bila hujan turun kembali nak kena upah baja kompos.
 Ada rezeki juga minggu ini, syukur alhamdulillah gladioli yang bersebelahan dengan gladioli putih minggu lepas pun kembang memberikan warna putih yang sama dan berjalur pink di bibirnya, double happiness. 
Jaga kesihatan musim demam ini.

Sabtu, 23 Mac 2013

Gloriosa Lily Rothschildiana (Sunway pick up barang)

 Menghiburkan hati tengok bunga Gloriosa Lily 'Rothchildiana' kembang di Kebun Bahagia Bersama apabila sebulan lebih menanam ubinya cepat pertumbuhannya dan berbunga. Gloriosa Lily juga dikenali sebagai Flame Lily atau Fire Lily berasal dari benua Afrika adalah tumbuhan yang jenis memanjat tetapi mempunyai batang yang bukan keras. Tendril halusnya cekap menangkap pokok-pokok di sebelahnya untuk memberikan peluang baginya memanjat.
 Bunganya bersaiz besar bila dibandingkan dengan pokok bunga ixora yang tumbuh berjiran dengannya.  Sebesar bunga lilium. Pokok bunga gloriosa lily kebiasaannya berbunga pada musim hujan dan adalah dormant semasa musim kering.
 Pelbagai angle bunga gloriosa lily yang kembang. 

Ini koleksi peribadi tukang kebun, pokoknya pun masih muda lagi. 

 Minggu depan, InsyaAllah tukang kebun planning pergi ke Sunway pyramid. Sekiranya ada gardeners yang tinggal berdekatan di kawasan Sunway dan ingat nak pick up sendiri barang yang besar atau fresh  yang tidak dapat dihantar melalui pos seperti pokok frangipani bali dan kelapa atau pokok-pokok lain bolehlah make a date dengan tukang kebun di Sunway Pyramid. Tukang kebun tak tetapkan hari lagi tapi hari kerja dan waktu kerja. Boleh discuss di email (kebunkmg@gmail.com) .

Jumaat, 22 Mac 2013

Putih Penyeri

White Gladioli

Minggu ini tukang kebun rasa seronok sangat sebab warna gladioli yang dah lama diingini akhirnya mengembang juga iaitu warna putih dengan mulutnya seakan bergincu merah. Memandangkan warna putih yang mengembang jadi minggu ini mari keliling rumah dan cari warna putih yang ada di kebun kami. Untuk limit, ini adalah 10 item putih yang dapat di Kebun Bahagia Bersama.
White Bunga Burung Pipit

Bunga terung pipit.
Pokok terung pipit di rumah tidak ditanam tapi telah disebarkan dalam kawasan kebun kami oleh burung seperti juga dengan pokok cili burung. Pokok terung pipit diklasifikan sebagai notorious weed di kebun kami. Rasanya ada beratus anak-anak pokoknya di keliling rumah sentiasa dicabut dan sentiasa tumbuh dengan gagah perkasa.
White Jasmine

Bunga ini lupa namanya tak terkeluar dalam kepala mungkin sebab gemuruh kilat pada petang ini sungguh bertalu-talu kuat. Jadi semua barang elektrik kena cabut wayarnya dari suis. Nasib laptop batery full.
White Flower Snake Grass

Pokok Sabah Snake Grass yang suka menapak di tepi kolam. Apabila bunganya lebat berbunga bertambah ceria kawasan kolam ikan.
White Kemunting

Minggu ini, syukur alhamdulillah hujan turun setiap petang dan tumbuh-tumbuhan nampak segar kembali sebab mereka tahu tak boleh nak harapkan tukang kebun bagi air. Jadi tumbuhan dalam gambar pun nampak titisan air. Bunga kemunting putih yang senang hidup dan tumbuh liar di kawasan rumah, pandai mencari tempat tumbuh sendiri di mana mesin rumput tak dapat  lalu.
White Mulberry  Fuzzy Hair

Rerambut baby buah mulberry dari keratan-keratan ibu pokok yang sama ditawarkan bulan ini.
White Spider Lily

Pokok bunga spider lily penghuni lama di kebun kami.
Winter Wonder Rose Apple

Pokok-pokok jambu air mula berbunga, dekat bawah tanah diselaputi penuh rambut-rambut dari bunganya macam winter sonata. Si tupai-tupai pasti gembira makanannya makin banyak, jadi lepas ni kami tak berebut sangat buah nam-nam.
White Telur Itik

Itik-itik mula bertelur balik minggu ini.
White Buah asin-asin
Buah asin-asin yang sudah ranum.
White Gladioli in the Rain

Gladioli putih suci disirami hujan.

Khamis, 21 Mac 2013

Pokok Akar Dani Multi-petal

 Akar dani atau Rangoon Creeper juga dikenali sebagai Drunken Sailor adalah satu pokok yang suka sangat cahaya matahari dan kuat memanjat. Pokok akar dani juga cepat membesar. Kalau dipangkas sampai ke lutut pun tanpa disedari dah mula memenuhi ruang kembali. Tetapi keharuman bunganya dan kecantikan gugusan bunganya yang lebat pasti menarik perhatian dan menggembirakan hati. Gugusan bunga akar dani juga memberikan pelbagai rona warna. Walaupun akar dani nampak seperti bunga ornamental atau hiasan je terutamanya di pergola, ianya telah digunakan sebagai ubat tradisional sejak kurun lama. Dalam ubatan herba Cina, buah/biji akar Dani (Shi Jun Zi) yang sudah dikeringkan berbentuk seperti badam dikatakan boleh menghilangkan parasit. Itu juga sebab ada fakta yang menyatakan minyak biji (buah) akar dani boleh menghilangkan cacing. Tetapi perlu berhati-hati mungkin ada yang tidak sesuai dengan perubatan ini dan mungkin akan dapat side-effect seperti cirit-birit, sedu atau sakit dada (elok dapatkan nasihat pakar). Daun akar dani bila ditumbuk dan diletakkan di tempat yang bisul atau ulcer adalah salah satu cara untuk menolong memulihkan sakit kulit tersebut. Kalau sakit kepala boleh cuba ambil daun akar dani, baring dan letak di kepala. Rebusan air akar dani yang disediakan seperti teh dikatakan boleh mengurangkan sakit membuang air kecil. Mereka yang ingin mendapatkan anak mungkin lebih baik tidak menghadam sebarang bahagian pokok akar dani disebabkan di Papua New Guinea, penduduknya samada perempuan atau lelaki menggunakan pokok ini sebagai ubat 'birth control' untuk menjarakkan kelahiran anak. Bila fikirkan secara theory mungkin betul sebab kalau perempuan mengandung tidak boleh makan ubat cacing. 


 Akar dani di pergola depan rumah ini baru di pangkas sampai ke paras lutut oleh Tuan Kebun Bahagia Bersama minggu lepas tanpa belas kasihan. Tuan Kebun Bahagia Bersama mungkin dah faham sangat perangai pokok ni, kejap je naik balik tamak tempat jika dibiarkan. Pokok akar dani memang tahan lasak dengan cuaca tropika tanahair kita. Sekarang pokok akar dani yang tengah berbunga di bekas reban belakang kawasan kebun terselamat dari dipangkas sebab Tuan Kebun Bahagia Bersama tak sempat nak kacau sebab dah balik ke Sabah. Tukang kebun jumpa banyak pokok-pokok akar dani ditanam berhampiran bekas kawasan reban yang sekarang dijadikan tempat bercucuk tanam. Natural perfume di udara masa berbunga bila badan berpeluh-peluh dekat reban.

 Bulan lepas, tukang kebun mengemas kawasan bawah pergola dan dapati banyak pula anak-anak pokok kecil akar dani menceroboh zon pokok lain. Jadi telah tukang kebun selamat pindahkan dalam bekas recycle. Kebiasaannya pokok akar dani dibiakkan melalui keratan batang di nursery bunga. Tapi yang tukang kebun scoop dari tanah untuk batch ini memang dah tumbuh akar. Tawaran batch ini bukan dari keratan batang. Anak pokok akar Dani ini juga telah tumbuh daun yang baru setelah tukang kebun bagi hair cut dan banyak akar baru juga telah tumbuh setelah dipindahkan seperti gambar di bawah. Batch akar dani ini sudah sesuai untuk pindah ke rumah baru.

1 pokok (RM8) + Kos penghantaran (RM10) = RM18.

Sekiranya ada pesanan bulb atau biji benih tiada penambahan kos penghantaran.
Gardener yang berminat boleh hantar email ke (kebunkmg@gmail.com).

Rabu, 20 Mac 2013

Red Salad Bowl Lettuce (Looseleaf)


 Red Salad Bowl jenis yang daunnya bukan compact tapi loose. Bentuk tanaman lettuce ini seperti mangkuk bulat. Tidak perlu dituai kesemuanya tapi boleh tuai daun yang tua di bahagian luar sekali dan biarkan sayur ini memberikan pertumbuhan daun lagi.

~Biji Benih Organik Red Salad Bowl Lettuce (Looseleaf) ~

Anggaran 50 seeds satu pek (RM3.00).

Pesanan untuk bulan March boleh ditinggalkan dalam kotak komen.
Jangan lupa tinggalkan nama dan email address sekali ya.
Apabila biji benih sudah ready shipping akan tukang kebun hantarkan email hujung bulan nanti.

Untuk bulan March 2013, kos penghantaran bagi pembelian biji benih di bawah RM20 adalah flat RM2.00 dengan Pos biasa.
Kos penghantaran lebih RM20 adalah RM6 dan melalui pos laju.
Pembayaran adalah melalui bank RHB, CIMB atau Maybank.

Isnin, 18 Mac 2013

Re-stock Carrot Paris Market

 Carrot jenis Paris Market ialah jenis bulat macam gasing. Bagi gardeners yang tidak mempunyai banyak ruang untuk tanam atau kebanyakkannya menggunakan bekas untuk menanam, inilah carrot yang sesuai untuk dicuba. Berbanding dengan carrot jenis lain yang akarnya memanjang, Carrot Paris Market diameter akarnya lebih kurang 2 inchi. Jadi tak perlu pening nak cari bekas yang dalam sangat. Percambahan biji benihnya adalah dalam 14~21 hari dengan tanah yang bermoist. Cuma hati-hati anak carrot Paris Market yang baru bercambah sangat halus berbanding dengan carrot jenis lain. Jangan ingat weed pula yang keluar.


~Biji Benih Carrot 'Paris Market' ~

Anggaran 100 seeds satu pek (RM3.00).

Pesanan untuk bulan March boleh ditinggalkan dalam kotak komen.
Jangan lupa tinggalkan nama dan email address sekali ya.
Apabila biji benih sudah ready shipping akan tukang kebun hantarkan email hujung bulan nanti.

Untuk bulan March 2013, kos penghantaran bagi pembelian biji benih di bawah RM20 adalah flat RM2.00 dengan Pos biasa.
Kos penghantaran lebih RM20 adalah RM6 dan melalui pos laju.
Pembayaran adalah melalui bank RHB, CIMB atau Maybank.

Ahad, 17 Mac 2013

Pokok Kemboja Bali Putih Kuning

 Pokok kemboja yang warna putih berpusat warna kuning ini adalah baka pokok bunga kemboja yang dibawa balik dari Bali oleh Tuan Kebun Bahagia Bersama. Ini adalah antara pokok baka kemboja kesayangannya di kebun semasa tripnya ke Bali setiap tahun dahulu untuk mencari barang stok kedai landscape design Bali-nya terletak di antara nursery-nursery Sungai Buloh ini. Pokok kemboja tidak memakai banyak ruang di kebun dan mudah tumbuh dengan sendirinya tanpa penjagaan yang banyak.
 Sehingga bulan lepas, tukang kebun tak perasan yang banyak keratan pokok bunga kemboja kuning disandarkan ke pokok jambu walaupun kerap kali tukang kebun lalu kawasan ini setiap hari...mmm...dah perasan tapi tak sempat nak membelek. Bila perasan keratan pokok bunga kemboja ini dah berbunga seperti gambar di bawah. Tuan Kebun Bahagia Bersama pun dah lupa yang dia ada kumpulkan keratan pokok ini. Semasa Tuan Kebun Bahagia Bersama ada kedai dahulu, ini adalah stok untuk permintaan dari pelanggan kedainya dahulu yang kebanyakkannya adalah landscaper untuk taman jenis ala-ala Bali. Bila tukang kebun belek-belek keratan bunga kemboja kuning tersebut ada bermacam-macam saiz dan kebanyakkan sangat tinggi dah sama saiz pokok-pokok di rumah pula. Seperti di dalam gambar dah ada yang lebih 2 meter. Kebanyakkan keratan pokok kemboja ini sudah tumbuh pucuk daun yang baru dan dalam keadaan sesuai untuk ditanam kembali di tanah. Bagi gardeners yang baru pindah rumah ke rumah baru, nak cepat penuhkan laman dengan bunga-bungaan amat sesuai untuk merasmikan laman anda dengan pokok kemboja ini. Instant garden tak perlu tunggu dengan lama, untuk tunggu pokok kemboja tinggi.
 Pokok bunga kemboja ini yang biasa dilihat di Bali yang digunakan untuk pelbagai cara dalam kehidupan budaya di Bali. Pokok bunga kemboja ini juga wangi. Tukang kebun suka petik-petik bunganya sambil tuai hasil dari kebun. Pokok bunga kemboja mudah hidup kerana tak perlukan banyak air. Kalau banyak air bertakung, batang dan akarnya mudah reput. Tuan Kebun Bahagia Bersama suruh tukang kebun tanam balik selit di mana-mana dalam kebun kalau tak tahu nak buat apa-apa dengan keratan tersebut. Tukang kebun tengok setiap ceruk dekat dalam kebun dah ada pokok bunga kemboja ini. Tapi boleh saja nak di selit sini sana. 

 Sementara tukang kebun masih sibuk dengan agenda lain yang lebih top priority dalam kebun, tukang kebun buat tawaran untuk keratan pokok frangipani kuning putih ini sementara stok masih ada.

Kurang 30 cm keratan pokok frangipani kuning putih = RM10.

Penghantaran boleh dibuat kurang 5 km dari Kebun Bahagia Bersama dengan caj penghantaran RM5 flat delivery cost dengan gabungan pesanan-pesanan yang lain.
Untuk maklumat selanjutnya email (kebunkmg@gmail.com).

Sabtu, 16 Mac 2013

Minggu Merah Menyala

 Rabu lepas, tuan Kebun Bahagia Bersama balik ke Sungai Buloh sampai hari esok. Jadi ahem...seperti   biasa bila big boss balik tukang-tukang kebun semua kelam kabut nak ikut pace Tuan Kebun Bahagia Bersama kemaskan kawasan rumah. Walaupun tangan kirinya lemah tak dapat nak pakai sedang melawat regular physiotherapy...tapi adui dipakai tangan kanannya melibas parang dikemaskan sekeliling area. Disebabkan pujukan tukang kebun petang semalam nak tanya pokok-pokok apa di belakang yang masih tidak dapat dikenal pasti oleh tukang kebun takut salah tarik, agaknya tak lena tidur malam tadi kesiankan pokoknya yang lemas dengan weed...pagi-pagi lagi sudah bangun dan ditetak-tetak (pruning) pokok-pokoknya sampai petang lupa makan minum. Kepantasan pace Tuan Kebun Bahagia Bersama buat kerja 10 kali ganda pantas dari self-appointed manager Kebun Bahagia Bersama. Tukang kebun ni tak terkejar nak ikut pace big boss.

 Tukang kebun perasan di dalam Kebun Bahagia Bersama minggu ini banyak warna merah. Jadi tukang kebun pilih 10 tanaman yang ada warna merah dalam Kebun Bahagia Bersama minggu ini.

 Akhirnya tahun ni dapat jugalah gladioli warna merah mekar di Kebun Bahagia Bersama. Itik-itik betina yang muka merah nak juga ambil gambar walaupun dialah yang rajin pijak-pijak anak-anak pokok gladioli yang baru tanam sampai patah. 
Pokok bunga ini rajin berbunga, tapi tukang kebun lupa namanya. Ada gardeners yang lain tahu namanya?
 Minggu ini rezeki tukang kebun Rayyan menikmati alpine strawberry semasa tukang kebun Ilhan berada di tadika.
 Pokok-pokok cili padi di rumah yang banyak tumbuh sendiri dari perkongsian rezeki dengan burung-burung yang suka lepak di kebun sentiasa berikan buah-buah cili.
Kalau tidak silap ini pokok bunga jenis kopsia? Baru mula berbunga minggu ini.
 Frangipani merah mula berbunga kembali memberikan warna di kebun. Markisa juga mula banyak yang ranum di atas pokok. Kebetulan pula uniform pergi kebun minggu ini pun bercorak bunga merah.
 Bunga matahari Moulin Rouge sedang asyik mekar minggu ini. Burung-burung pipit kadangkala tukang kebun perhati datang mematuk biji-biji bunga matahari ini.
 Bunga Ceri Terengganu. Kadang kala mengingatkan tukang kebun kepada hiasan pilihan bunga style ikebana.
 Minggu lepas sudah bermula musim bendi jenis 'Burgundy' di kebun kami.
Yang ini pula pisang warna merah, Tuan Kebun Bahagia Bersama bawa dari Sabah bertahun-tahun dulu. Pelik mula-mula tengok cara pokok pisang ini berbuah dari bunga jantung pisangnya. Selalunya satu tandan penuh buah pisang. Tapi yang ni dari satu tandan nampak macam sebatang tu ada bahagian sesisir-sisir pokok pisang. Pokok pisang ni tinggi mungkin nak kena pakai tangga bila nak tuai nanti.

Baru teringat minggu ini secara kebetulan ada satu lagi tanaman yang ada warna merah tukang kebun posting di Kebun Malay-Kadazan Girls ~Scarlett Passion Flower.

Pokok Scarlett Passion pun sedang melilit dekat pokok jejuang merah...Mmmm....memang minggu merah. 

Apa warna merah kegemaran anda di dalam kebun hujung minggu ini?

Selamat Berkebun.

Khamis, 14 Mac 2013

Turnip Snowball


Snowball Turnip


Pokok snowball turnip boleh dimakan daun dan akarnya tetapi jika hendak akarnya jangan dituai sayurnya dulu supaya pertumbuhan akarnya tidak terbantut. Akarnya boleh dihiris buat jeruk sayur. Orang Jepun kalau sediakan makanan akar turnip yang jenis sup, daunnya juga dihiris dan dicampurkan sekali. Dalam bahasa jepun turnip dipanggil ‘kabu’. Semasa zaman belajar di Jepun 6~7 tahun dahulu untuk jimatkan duit dan kebetulan musim turnip, tukang kebun kadang-kadang beli turnip yang segar dan campurkan dalam tom yam atau sup.
Senang dikelirukan dan selalu teringat radish dan turnip adalah sama, tetapi sebenarnya dalam botany radish dan turnip adalah dalam cabang yang berbeza dalam keluarga brassica (keluarga brassica adalah tergolong dengan broccoli, kailan, pak choi, daikon, turnip, kubis). Keluarga brassica dalam mengumpul biji benih, tukang kebun kelaskannya sebagai level moderate-difficult kerana mereka mudah cross-pollinate di antara satu sama lain (antara sebab tukang kebun liat nak kumpul benih keluarga brassica). Walaupun sudah dipastikan di kebun sendiri tiada pelbagai brassica sedang berbunga tapi kalau ada jiran yang kebunnya ada brassica berbunga pun boleh cross-pollinate dengan pertolongan pollinator bersayap (sudah berapa kali tukang kebun kena cross-pollination sebab jiran sebelah dahulu pelbagai brassicanya meriah berbunga).
Tahun lepas ada satu misteri di kebun Mama Pongkey, apabila hendak tuai snowball turnipnya tiba-tiba hilang tanpa kesan. Ada peminat kaki empat juga yang nak testing khabarnya.
Turnip snowball elok disemai bijinya dengan kaedah direct-sowing. Pastikan tanah adalah moist dan tidak kering semasa pertumbuhannya. Kalau kerap tanahnya dibiarkan kering, akarnya tidak membulat tapi jadi memanjang (perhatikan gambar di atas yang bahagian belakang ada akar yang kurus memanjang). Turnip perlukan kawasan yang menerima cahaya matahari direct untuk pertumbuhan yang baik.

~ Biji benih organik snowball turnip ~
Anggaran 50 seeds satu pek (RM1.00).

Pesanan untuk bulan March boleh ditinggalkan dalam kotak komen.
Jangan lupa tinggalkan nama dan email address sekali ya.
Apabila biji benih sudah ready shipping akan tukang kebun hantarkan email hujung bulan nanti.
Untuk bulan March 2013, kos penghantaran bagi pembelian biji benih di bawah RM20 adalah flat RM2.00 dengan Pos biasa.
Kos penghantaran lebih RM20 adalah RM6 dan melalui pos laju.
Pembayaran adalah melalui bank RHB, CIMB atau Maybank.











Rabu, 13 Mac 2013

Leek Musselburgh

Leek Musselburgh

Antara tanaman makanan, leek adalah sayur yang jarang sekali diserang oleh serangga-serangga perosak. Leek juga banyak membantu jiran-jirannya kurang mendapat serangan musuh. Tetapi antara tanaman, leek adalah di antara sayur yang lambat sangat membesar. Tetapi leek boleh dituai dalam apa-apa saiz setelah batangnya mula mengemuk. Cuma kalau nak tunggu batangnya capai satu inchi diameter gemuk mangambil masa. Leek adalah adik beradik kepada garlic dan bawang-bawang lain.
Leek Seedlings

Anak pokok leek boleh dipindahkan apabila saiznya seperti gambar di atas. Elok bukan sahaja pindahkan dengan mengambus akarnya sahaja tetapi boleh kambus tanah kesemua batangnya yang putih itu dalam tanah dan tinggalkan bahagian daunnya hijau di permukaan tanah. Sebab kita lebih nakkan batangnya yang manis berwarna putih itu.
Leek and Sweet potato growing together

Leek juga boleh ditanam dalam bekas. Cuma sekadar cadangan elakkan dari menanam leek berhampiran dengan pokok ubi keledek yang suka melemaskan pokok leek. Nanti asyik kena ambil masa nak alih-alihkan daun keledek dari mencerobohi kawasan leek. Leek tumbuh elok dengan penerimaan cahaya matahari yang banyak. Leek tidak tumbuh elok di kawasan yang tidak terkena cahaya matahari secara langsung (shade). Tanah yang air bertakung tidak beberapa sesuai menanam leek kerana boleh mereputkan batangnya.
Musselburgh leek flower

Bunga Leek Musselburgh sangat digemari oleh si Lebah.
~Biji Benih Leek Musselburgh ~
Anggaran 50 seeds satu pek (RM3.00).

Pembayaran adalah melalui bank RHB, CIMB atau Maybank.