Halaman

Selasa, 30 April 2013

Anak Pokok Costus

 Pokok Costus adalah salah satu saudara halia. Walaupun pokok Costus kelihatan seperti ornamental tetapi banyak jenis pokok keluarga Costus bunganya boleh dimakan atau dijadikan sebagai salad/ulam. Bunga Costus lain-lain jenis ada pelbagai warna yang kebiasaannya kejinggaan~kemerahan~pink dan ada juga berwarna putih. Rasa bunga jenis Costus juga adalah berlainan.
 Bunga pokok Costus dikatakan manis. Manis agaknya bunga pokok Costus ini sebab tukang kebun lihat banyak semut berkerumun di atas bunga costus seperti di gambar atas yang anak-anak pokoknya kami tawarkan minggu ini. Dalam tinjauan tukang kebun, banyak nursery boleh tersalah label jenis species pokok Costus yang dijual. Jadi kali ini, tukang kebun masih was-was jadi tak bagi nama scientific anak pokok dari parents Costus yang diambil duduk di tepi kolam.
 Tukang kebun pada asalnya setelah melihat Tuan Kebun Bahagia Bersama buat hard pruning pokok-pokok Costusnya sampai togel takde batang semua dia clear tinggal sahaja rizom dalam tanah. Lepas beberapa hari tukang kebun ambil sedikit gali rizomnya dan tanam dalam bekas saja-saja nak tengok ambil berapa lama nak reshoot kembali pucuk baru. Dalam sebulan, setelah tukang kebun kembali terkejut tengok pucuknya dah keluar tinggi seperti di atas.


~Anak pokok costus~

1 pokok (RM8) + Kos penghantaran Pos Laju (RM10) = RM18.

Sekiranya ada pesanan bulb atau biji benih tiada penambahan kos penghantaran.
Gardener yang berminat boleh hantar email ke (kebunkmg@gmail.com).

Isnin, 29 April 2013

Semerbak Harum Sundal Malam

  Sudut kebun sini sekarang sedang semerbak dengan adanya pokok bunga harum sundal malam berbunga. Bawang-bawang harum sundal malam yang ditanam September tahun lepas di kawasan sini adalah sama batch dengan bawang-bawang harum sundal malam yang ditawarkan pada bulan Ogos dan September tahun lepas.
  Kawasan yang sedang bunga harum sundal malam kembang adalah kawasan yang menerima banyak cahaya matahari. Setakat ini tidak pernah dibajai kecuali tanahnya sebelum ditanam bawang disediakan dengan tanah bercampur kompos. Salah satu tips untuk agak-agak samaada tanah adalah subur atau tidak ialah bila kita cangkul kawasan ini banyak cacing-cacing tanah dijumpai. Salah satu sebab tukang kebun  pilih guna baja semulajadi kompos atau keluaran binatang dan bukan baja buatan proses kilang untuk menjaga perhubungan awam yang baik dengan makhluk-makhluk kecil dalam tanah yang boleh dilihat dengan mata kasar mahupun  tidak. Ini dalam masa panjang dapat menjamin tanah yang sihat. Background periwinkle dan pokok terung pipit sukarela tumbuh sendiri.
 Semasa bukan musim bunga harum sundal mula nak berbunga, kekadang rimas juga tengok daunnya serabut dekat tanah macam ini. Nak weeding pun leceh. Kadang-kadang beberapa kali terpijak dibuat oleh ahli tukang-tukang kebun bahagia bersama lain. Nasib pokok harum sundal malam ini lasak pokoknya togel terpotong pun tumbuh balik daun.
  Bila tengok daun-daun yang dahulunya serabut menjadi menegak kembali bermakna pokok bunga harum sundal malam sudah mula nak ke arah proses mengeluarkan bunga. Tukang kebun tak de masa nak kasi manja cabut-cabut rumput bila dah banyak projek lain nak tengok ku biarkan dia. Jadi tukang kebun kasi pokok-pokok bunga harum sundal malam ini stress nak force berbunga dengan biarkan sahaja weed bermaharajarela bersebelahan dengan pokok-pokok bunga harum sundal malam. Jangan tertipu dengan gambar atas tengah proses weeding sebab dah tunjuk petanda nak berbunga.
 Biarlah pokoknya terhimpit jadi tiada sangat ruang nak beranak bawang sahaja jadi terpaksalah pokok harum sundal malam menyerah kalah dan akhirnya nampaklah macam kudup nak keluar.
 Itu dia tak sabar nak keluar. Dari stage ini sampai ke bunga kembang ada juga mengambil masa anggaran 3 minggu. Tapi bunganya lebih kembang lama dari gladioli.
  Hasrat mula nak potong tangkai bunganya masuk ke rumah tapi sebab kesibukan masa dalam kebun tak Jadi. Tak pelah lagipun tukang kebun masa awake duduk dekat luar lagi lama dari dalam rumah, jadi lagi seronok tengok bunga ini di kebun sambil lalu lalang. Sambil memasak di dapur pun boleh nampak bunga ini. 2 ekor itik yang selalu menyibuk nak tumpang bergambar juga di background.
Semerbak bunganya.

P.S : Tukang kebun tiada stok bunga harum sundal malam at the moment. Nak kumpul bawangnya lagi untuk tanam keliling rumah ;) .

Ahad, 28 April 2013

Tuaian Today : Akar Ginseng Jawa

 Hari ni terpaksa menuai banyak akar-akar dari pokok-pokok ginseng jawa yang tumbuh sendiri selepas mengemaskan 2 petak tempat kami menanam. Selepas bercuti, banyak pokok-pokok ginseng jawa tumbuh sendiri bermaharajalela sampai tanaman yang ditanam dahulu sudah lenyap dari pandangan dan hilang. Sebelum bercuti sudah dikemaskan, tapi dalam sebulan cepat sahaja rumput rampai tumbuh kembali. Akar pokok ginseng jawa dikatakan hampir sama dengan khasiat akar ginseng korea/china.
 Pokok ginseng jawa sangat mudah tumbuh dengan cuaca di Malaysia. Tumbuh bahagia dengan apa jenis cuaca di Malaysia dan pelbagai jenis tanah.  Ini gambar petak tanaman yang diambil 2 bulan lepas sekarang pokoknya dah 5 kali ganda, inipun 1/3 bahagian saiz kawasan yang dibersihkan pokok-pokok ginseng jawa.
 Sekiranya ingin menuai hasil akar dari pokok ginseng jawa, seelok-eloknya tanam dari biji benih dan bukan dari keratan batang. Ini adalah anak-anak pokok ginseng jawa yang tukang kebun tarik berusia 4-6 minggu. Sudah nampak mula pertumbuhan akarnya.
 Makin membesar. Teringat pada lobak merah. Kalau lobak merah kan best kalau tarik banyak-banyak macam hari ini. Nak tunggu tanam tongkat ali lama, pertumbuhan ginseng jawa akarnya sangat cepat.
 Akar ginseng jawa dari pokok dewasa kelihatan mirip seperti ginseng Korea/China. Minggu depan stok banyak jadi tiap hari tukang kebun buat rebusan air akar ginseng jawa, tukang-tukang kebun lain nak kena kerja kuat denda kebun jadi hutan semasa ketiadaan tukang kebun.
Biji benih tanaman ginseng jawa yang ditawarkan adalah fresh di mana bila masuk pesanan sahaja tukang kebun akan kumpulkan.

~ Biji benih fresh Ginseng Jawa~
Approximate 250 seeds (RM3.00)



Sabtu, 27 April 2013

Tuaian Today ~ Biji Benih Bendi Kampung

 Setelah hampir sebulan bercuti dari turun kebun, pokok-pokok bendi yang berbuah semasa ditinggalkan , banyak buahnya sudah kering untuk dibuat biji benih dan dituai hari ini. Pokok-pokok bendi ini dari biji benih yang dikumpul sudah banyak generasi tumbuh di kebun kami. Pokok bendi kampung ini kebiasaanya hidup bahagia sekiranya diberi 6 jam direct cahaya matahari. Pokok bendi memang sukakan cahaya matahari dan antara pokok yang tahan dengan cuaca musim panas. Kalau ditanam tempat kurang cahaya matahari atau redup, pokoknya kadangkala terbantut atau tidak besar dan tinggi. Biji benih bendi kampung yang dituai kali ini adalah pokok-pokok dari biji benih yang disemai dari biji benih yang dikumpul Disember lepas (sama dengan biji benih bendi kampung yang ditawarkan Disember lepas sudah kehabisan stok). Disebabkan petang di Sungai Buloh selalu hujan, mengisi masa dengan membersihkan tuaian bendi untuk biji benih petang tadi.
 Ketika minggu yang cerah, buah bendi kampung ini perlu dituai selalu dalam 2~3 hari sebab buahnya cepat sahaja membesar. Bentuk bendi yang kena cahaya matahari adalah lebih cantik dari kawasan yang redup. Buah bendi yang terkena cahaya matahari tumbuh memanjang dengan cepat berbanding dengan buah bendi yang kurang menerima cahaya matahari walaupun bunganya mekar pada hari yang sama. Baka biji benih bendi parents pokok-pokok bendi yang dituai kali ini sangat mengejutkan, tumbuh tinggi dari pokok-pokok jagung disebelahnya. Ada juga pokok yang tinggi sekurang-kurangnya 180cm sampai tukang kebun tak dapat nak tuai buah bendinya, jadi dibiarkan sahaja untuk biji benih. Kali ini persiapan untuk menanam bendi adalah dengan tanah yang sudah dicampurkan baja kamping dan baja kompos sebelum anak bendi dipindahkan. Selepas itu, tukang kebun tidak pernah beri baja kepadanya lagi, memadai dengan persiapan tanah dahulu.
 Balik-balik tengok kebun, terasa seperti 2 tanduk macam buah bendi kampung ini keluar dari atas kepala. Tension menengok kebun dibiarkan oleh tukang-tukang kebun yang diamanahkan jaga kebun macam hutan belukar sampai dah tak nampak apa tanaman. Sampai buah-buah alpine strawberry yang dimasak pun tak dipetik kasi tukang-tukang kebun kecil. Nasib juga buah-buah mulberry banyak yang ranum dipetik dan tak termakan ada dituai simpan dalam peti ais. Adalah juga nampak tukang kebun Rayyan keluarkan sendiri dari peti ais buat snack dia tadi.
  Pokok bendi dan rosella adalah dari keluarga yang sama, jadi mereka mempunyai keperluan yang sama.

~Biji Benih Fresh Organik Bendi Kampung ~

Anggaran 30 seeds satu pek (RM1.00).

Rabu, 24 April 2013

April Musim Gladioli Peach (Shipment Order April ready dispatch)

  Minggu ini juga beberapa bunga gladioli yang ditanam  dalam jarak masa berlainan mula kembang memberikan bunga berwarna peach dan mulutnya bergincu kuning (dwi-warna). Dalam permerhatian, samalah yang dikatakan dengan kawan-kawan yang biasa tanam gladioli, walaupun ditanam serentak warna yang berbeza jarang sekali berbunga dengan serentak. Kebiasaanya warna bunga bawang yang sama akan mempunyai masa kembang dekat-dekat walaupun ada gap di antara hari/minggu ditanam bawangnya. Bulan ni di Kebun Bahagia Bersama musim gladioli berwarna peach. Bulan lepas musim warna gladioli putih
 Tukang kebun cuba tanam bawang gladioli serumpun tapi tak berapa gemar dengan resultnya lebih lagi musim hujan lebat yang menyebabkan banjir kilat di setengah kawasan dalam Lembah Klang. Pokok gladioli yang subur boleh tumbuh ketinggian 70-80cm jadi bila hujan lebat sujud rempah ke tanah, elok bagi support. Satu juga sebab tak beberapa berminat, menindan pokok di sebelahnya terpenyek-penyeklah antara sendiri bila dekat sangat sukar juga pasang support. Bunga-bunga yang tinggi jika tanam secara clumping kalau hujan atau angin kuat sedikit sukar nak maintain ayu. Tukang kebun pernah alami dengan pokok bunga imperial larkspur yang boleh mencecah 1 meter juga lebih elok ditanam secara barisan(deretan) mudah nak bagi support. Kalau pokok bunga rendah 40cm senang nak maintain dalam pelbagai cuaca bila tanam serumpun (clump) dan nampak nenarik.
 Komen pasal support, lemah semangat tengok trellis yang dipasang secara emergency oleh tukang-tukang kebun on duty di Kebun Sungai Buloh ( have to bear with it for the moment).  Antara bunga kembang gladioli peach di kawasan ini masih ada yang belum berbunga walaupun tanam serentak.  Itu bila tukang kebun bayangkan kalaulah tiba-tiba semua berbunga habisla tolak- menolak dan leceh nak selit support yang memerlukannya. Warna musim gladioli apa pula agaknya bulan May nanti?

Pesanan biji benih untuk bulan April adalah ready untuk dispatch, bagi gardeners yang belum menerima email dari tukang kebun. Boleh mula enquiry.

Isnin, 22 April 2013

Tamu Gaya Street pasti Gardeners puas hati

 Saja letak-letak gambar lagi kongsi untuk gardeners apa tangkapan yang boleh dibuat di Tamu Gaya Street di tengah bandar Kota Kinabalu. Bagi mereka yang dapat peluang cuti di Sabah atau outstation, jika kesempatan jalan-jalan di Tamu ini yang setiap pagi Ahad. Kalau ikut nafsu memang cepat je duit mengalir. Tukang kebun tahu ramai member gardening berkebun dalam bekas atau pasu. Teruja tak tengok ni macam-macam jenis pasu dan banyak saiz yang kedalamannya molek untuk pelbagai jenis tanaman. Siap ada pasu plastik gantung bentuk kerang putih macam dalam laut lagi. Kalau tukang kebun dah tangkap 3-4 yang bentuk seashell tu, boleh kut bawa balik sebab ringan sahaja bungkus dalam kotak. Harga tak tanya sebab tukang kebun passing through sahaja nak kejar banyak tempat.
 Banyak gerai jual pokok-pokok kebanyakkannya dari nursery tempatan buat secara bergerak. Contohnya macam gerai ni macam-macam jenis pokok ada jual termasuklah tanah dan baja. Kali ni geram sungguh tengok orchid tapi pendam sahaja impian itu sampai gambar orchid pun tak sanggup nak ambil...hehehe...
 Tukang kebun sampai lambat jadi banyak kedai dah mula kemas barang nak balik. Pokok-pokok bunga kertas juga banyak dijual di tamu ini dan tingginya pun dah elok untuk instant garden bagi mereka yang baru pindah ke rumah baru.
 Masih kempunan teringin nak ikan koi lagi. 
Jadi tangkaplah benda lain dulu.....
 Tiba-tiba nampak bunga serombong besar sebesar tapak tangan memanggil-manggil untuk dibelek, sebab gerai lain tak de pokok bunga ini. Satu-satunya gerai yang tukang kebun nampak jual pokok tumbuh dari jenis bawang. Gerai ni pun dah dikemaskan dan tutup, tuannya pun tak de dah pergi ambil keretanya bila tukang kebun tanya gerai sebelah. Sanggup juga tukang kebun tunggu lebih 15 minit sambil aunty gerai sebelah tegur rambut Abby ni dandan perm dekat kedai ke. Terkejut mama Abby, baru masuk 8 bulan takkan nak pergi beauty parlour dah. Sampai juga tuan gerai yang ramah dengan kereta kancilnya nak angkat barang. Tukang kebun tanyalah berapa harga bunga bulb amaryllis yang sedang kembang, sampai hari ini terfikir-fikir lagi lebih-lebih lagi yang berwarna merah jambu dan putih tu (teringin, tapi silap-silap dah ada sebab tamahak). 
 Yang tukang kebun tangkap hari tu bulb amaryllis baru keluar bud dia , tinggal nak tunggu bunganya kembang berwarna merah putih itu. Bolehlah enjoy lama sikit sebab belum kembang. Tukang kebun pada asalnya tiada niat nak tangkap amaryllis berwarna merah putih tu, tapi tuan gerai tiba-tiba offer dekat tukang kebun salah satu bawang amaryllis merah putihnya dah tumbuh bud jual RM6 (mungkin rezeki sebab dia nak balik dah pun). Susah jugalah tukang kebun nak lepaskan peluang ni (kalau kawan-kawan bagaimana, tangkap juga tak?). Sebagai fellow gardener, tukang kebun tahu bukan sekejap nak tunggu bulb amaryllis membesar matang untuk berbunga. Kalau negara kita ni yang cuaca tak sejuk mengambil masa 2-3 tahun untuk berbunga tapi kalau di negara Mediteranean boleh ambil 3-5 tahun bawang amaryllis untuk mula matang berbunga. Sebab tuan gerai ada bawang amaryllis yang saiznya macam berumur agak-agak 15-18 bulan  kebiasaanya dia jual dengan harga RM5 sebiji untuk warna merah putih, jadi yang ditawarkan dekat tukang kebun dah mula berbunga terima sahajalah rezeki pagi ini, lagipun tiada lagi barang belian kenangan lagi di hari ini. Yang besar kembang warna merah putih biasa tuan gerai jual RM20 sebab tu tukang kebun tak fikir banyak terima offernya. Satu lagi tangkapan ialah pokok bunga jenis bawang juga yang tukang kebun tanda anak panah tu, tak ingat dah namanya (bukan spider lily). Ada siapa tahu namanya?Ada satu sahaja dan yang ini memang tukang kebun nak tangkap. Walaupun dah mula layu bunganya tak mengapa, bawangnya dah cukup matang nanti akan berbunga lagi tambahan pula akan juga membiak mengeluarkan bebawang kecil nanti. Ku sabar menanti.
 Akhirnya, setelah seminggu bunga amaryllis merah putih yang dibeli sudah kembang hari ini di dalam rumah sementaranya bekas plastik isi air sedikit je, belum tanam dalam tanah. Seronok juga tengok  macam dapat 4 kuntuman bunga dari satu bawang. Bagi mereka yang baru mengenali sifat amaryllis, tukang kebun bagi tips sedikit untuk bulb amaryllis yang matang. Pokok bunga amaryllis adalah sebenarnya sangat drought-tolerant dan lebih menggemari cahaya matahari. Bagi bawang yang besar dan sudah matang yang dibeli boleh disimpan dalam peti ais (bukan freezer) untuk beberapa minggu boleh dipaksa ianya mula berbunga. Masa dah paksa berbunga boleh letak dalam bekas di dalam rumah yang ada cahaya bagi akarnya rendam dalam air, tapi bukanlah bawangnya sangat nanti reput lak. Setelah berbunga dan layu, tanam kembali bulb tersebut ke tanah dan biarkan ianya simpan kembali tenaga untuk berbunga.

Sabtu, 20 April 2013

Jagung Heirloom Baby Blue Jade

 Jagung Baby Blue Jade adalah bukan jenis jagung hybrid/F1/GMO tapi adalah jagung jenis open-pollinated heirloom. Saiz jenis jagung ini dengan standard saiz jagung yang dijual di kedai adalah kecil kerana saiz averagenya adalah sebesar saiz baby corn cuma ada butiran isi milky white yang manis. Oleh itu, jagung ini juga mudah untuk dinikmati kanak-kanak kerana saiz kecilnya. Jagung Baby Blue Jade juga sesuai ditanam di dalam pasu bagi gardener yang tiada ruang untuk berkebun. 
 Jagung Baby Blue Jade bila sudah tua isinya berwarna biru dan keras, jadi pada waktu ini tidak sesuai untuk dimakan kecuali dikeringkan dan buat tepung jagung. Sekiranya nak menikmati isinya, tuai jagung heirloom baby blue jade apabila isinya berwarna kesusuan dan apabila dicucuk warna air yang keluar adalah milky. Kalau airnya jernih bermakna jagung masih muda dan belum lagi ready untuk dituai. Anak-anak tukang kebun dalam pelbagai jenis jagung yang pernah tukang kebun tanam, mereka paling gemar makan jagung Baby Blue Jade yang baru sahaja dituai, makan mentah sangat manis begitu sahaja. Tanam 2 bulan setengah menunggu, tapi hasil tuaian tak sampai 5 minit dah habis makan (nak ambil gambar pun tak menyempat lebih-lebih lagi kalau anak-anak punya radar dah boleh kesan hari ni macam ada tuaian jagung sahaja rajin mengekor).
 Biji benih yang dikumpul batch ini, sangat puas hati nampak bercambah kesemua biji benih yang disemai. Dalam bekas hitam ini, cuma untuk testing tengok percambahannya kebiasaannya biji benih jagung tukang kebun semai terus dekat tempat yang disediakan untuk tanam jagung.

~Biji Benih Organik Heirloom Jagung Baby Blue Jade ~

STOK HABIS.

Anggaran 15 seeds satu pek (RM3.00).

Pesanan untuk bulan April boleh ditinggalkan dalam kotak komen.
Jangan lupa tinggalkan nama dan email address sekali ya.
Apabila biji benih sudah ready shipping akan tukang kebun hantarkan email hujung bulan nanti.

Untuk bulan April 2013, kos penghantaran bagi pembelian biji benih di bawah RM20 adalah flat RM2.00 dengan Pos biasa.
Kos penghantaran lebih RM20 adalah RM6 dan melalui pos laju.
Pembayaran adalah melalui bank RHB, CIMB atau Maybank.

Jumaat, 19 April 2013

Bermaharajalela Sayur Raja di Ruang Kecil

 Ruang untuk menanam di rumah mama Tukang Kebun di Telipok, Sabah adalah sempit sebab sudah habis renovate dari depan hinggalah belakang semua sudah dipasang tiles. Kawasan di belakang pun tiada sudah, ditambah bilik dan perbesarkan dapur sehingga penghujung tanah belakang. Oleh itu hanya boleh menanam pokok di dalam pot. Ruang di tempat letak kereta pun gelap tiada banyak tempat yang menerima cahaya matahari secara langsung. Tetapi kalau dah biasa menanam walaupun tempatnya ada limitation, bukanlah alasan bagi Tuan Kebun Bahagia Bersama mesti ada tanaman di kawasan rumah.  Sebagai contoh di bahagian depan gate yang ada menerima sedikit cahaya matahari, Tuan KBB tanam sayur raja di dalam pasu dan train and trail pokok tersebut sehingga boleh jadi pintu gerbang raja sehari. Sayur raja di dalam bahasa Cina dipanggil sebagai Wong Tai Miu (Thank you Sasha).  Sedap masak sambal belacan atau simple dalam soup. Sayur ni mahal juga harganya dijual di pasar. Sayur raja yang Tuan KBB tanam di Telipok adalah dari 'cuttings'/keratan sayur yang dia beli dekat Giant supermarket. Siapa yang suka sayur ni nak tanam, dapatkan sahaja di pasar bawa balik cucuk-cucuk batangnya dalam tanah InsyaAllah senang hidup. Mahal tau sayur ini jadi tak rugi tanam sendiri, makan sayur raja feeling like Maharaja $$$. Pokok sayur raja ini, Tuan KBB tanam dalam satu pasu besar sahaja dan satu pokok je yang tumbuh ni dah merimbun. Bolehlah Tuan KBB menuai daunnya untuk masak sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
 Kadang-kadang orang pun ingat ini pokok hiasan bukan pokok sayur, shining shining daunnya. Minggu lepas Tuan KBB balik kebun Sungai Buloh senyap-senyap dibawa balik beberapa keratan sayur raja untuk ditanam di KBB Sungai Buloh. Bila tanya tanam dekat mana? Dengar lokasi macam mudah si angsa nak makan je, tukang kebun balik nak kena ingat bawa balik keratan-keratan sayur raja juga just in case.
 Sempat juga Tuan KBB bawa bersama beberapa koleksi anak-anak pokok pisang dari Kebun Sungai Buloh ke Sabah Selasa lepas nak tanam di kampung. Semalam dengar mama kata kesian nampak dah mula nak kering anak-anak pokok pisangnya, ada kemungkinan petang ni mesti rushing balik ke kampung lepas papa balik kerja. Tiada ruang nak menanam di Telipok, setiap hujung minggu mamapapa habiskan masa di kampung puas boleh bercucuktanam dan cuaca pun nyaman di sana.

Rabu, 17 April 2013

Buah Nadir PUGI

 Pagi-pagi hari ini jalan ke Tamu Tamparuli ternampaklah buah yang asing pada mata tukang kebun. Tukang kebun tanya mama tukang kebun buah apa ini. Mula-mula mama tukang kebun ingatkan buah hutan yang dipanggil dalam bahasa Dusun-Kadazan 'Kulanggi' . Buah 'Kulanggi' mirip buah ini tapi versi kecil yang ini dipanggil dalam bahasa Dusun-Kadazan 'Pugi'. Di Sabah ini adalah buah hutan sebab tidak ditanam secara komersial dan ramai tidak mengenalinya, orang-orang veteran sahaja yang kenal. Sedang kami belek-belek buah ini, adalah juga atuk tiba-tiba join in dalam perbualan mama tukang kebun dan penjual mengenai panggilan buah ini dalam bahasa Dusun-Kadazan. Nak sama-sama masuk perbualan pun tukang kebun tak berapa fasih nak bertutur bahasa Dusun-Kadazan. 
 Bila dibelah buah 'Pugi' beginilah rupa isinya masih segar lagi baru dipetik berwap ulasnya. Melihat bentuk buah, kulit, biji, dan isinya seperti adik-beradik buah duku. Buahnya saiz macam buah limau mandarin yang besar. Walaupun kulitnya tebal nampak macam keras tapi mudah dikopek untuk dimakan berbanding dengan buah manggis. Mirip macam buah Tampoi, tapi tukang kebun tak pernah rasa buah tampoi. Buah Pugi rasanya manis, tiada pun rasa masam walaupun belum sepenuh ranum. 
 Setompok buah Pugi, hari ini dibeli dengan harga RM2. Sedap buah ni, tukang kebun suka, nanti nak semai biji-bijinya. Ini nota tukang kebun, supaya anak-anak nanti tahu panggilan buah ini dalam bahasa Neneknya.

Selasa, 16 April 2013

Nanas Madu Sabah

 Ini gambar nanas madu Sabah yang sedang berbunga di kebun Sungai Buloh February lepas. Sekarang dah hampir membesar macam nanas kebun makcik tukang kebun di bawah. Harap bila balik dah mula masak dan sempat diambil sebelum tupai yang menikmati dulu. Elok juga pokok-pokok nanas kali ini tak mula berbuah serentak ada 1~3 minggu gap jadi kemungkinan tak masak serentak, tak kalut nak menuainya boleh menikmati berterusan buah nanas dari kebun sendiri.
 Baka nanas madu di kebun Sungai Buloh asalnya mestilah dari kampung mama tukang kebun. Adik-adik mama tukang kebun pun sedang buka kebun nanas di tanah pusaka yang masih kosong lagi. Ini kebun makcik tukang kebun menghadap rumah kami. Tukang kebun pun terkejut tengok sebab sebelum ini kawasan ini sentiasa lapang. Masa arwah nenek ada dulu bela kerbau, jadi tak dapatlah tanam atas tanah ini semuanya si kerbau-kerbau makan nanti. Dekat belakang kebun nanas ini, sebelum masuk tanah kebun getah wakil rakyat sekarang (sebelum PRU13) ada pusara mendiang atuk dan nenek tukang kebun. Mengikut tanah adat di sini, sekiranya ada perkuburan di atas tanah adat tidak boleh dijual tanah tersebut. Sebab itu arwah atuk pesan kepada anak-anaknya supaya dikebumikan di atas tanah ini. Harapannya atas tanah ini, anak-anak dapat buat rumah masing-masing kerana rezeki anak-anak semua berbeza.
 Kebiasaanya bila membuka tanah untuk kebun getah, sementara tunggu anak-anak pokok getah membesar, diselit-selitkan juga menanam nanas jadi tanah yang digunakan lebih produktif. Jadi ada anak-anak pokok getah cuma tak nampak sahaja. Teringat zaman kanak-kanak tukang kebun bila berjalan dalam kebun getah ke sungai, kadang-kadang baju tersangkut kena duri daun pokok nanas sebab jalan sempit pokok nanas dah bermaharajalela ambil tempat membesar.
 Geramnya tengok satu rumpun ada banyak buah nanas tengah membesar. Juga geram tengok bawah buah nenas ada banyak terselit 'mahkota-mahkota' yang boleh digunakan untuk baka-baka pokok nanas baru. Belum musim nanas ranum di kebun makcik tukang kebun, hari tu balik rezeki dapat satu labu besar dan pisang dikongsikan. Pertama kali suka Abby jumpa nenek Janet.
 Dekat kebun Sungai Buloh pun ada 'mahkota-mahkota' tengah tumbuh membesar. Tukang kebun seperti biasa tengah angan-angan dalam kepala, kali ni nak susun tanam di mana.

Isnin, 15 April 2013

Nerine Aurea


 Terkejut tukang kebun menerima laporan dari Sungai Buloh bawang bunga Nerine Aurea dah berbunga minggu lepas. Sebab tukang kebun tak agak ianya akan berbunga. Salah satu sebabnya, tukang kebun tanam 3 biji bawang Nerine Aurea bulan January lalu di lokasi yang amat berlainan dari segi jenis penerimaan cahaya, duduk je tersembul sikit dalam tanah tiada tanda nak keluarkan pucuk. Jadi terbiarlah bulb tersebut sebab tukang-tukang kebun sibuk dengan projek lain sehingga lupa sebab kali ni memang nak tawakal sahaja, tukang kebun nak experiment macam mana bulb ni akan survive dengan sendirinya mengharap air hujan sahaja dan lokasi mana paling ianya bahagia. Tukang kebun tak sempat nak ulangkaji pasal sifat nerine ni, rupanya pokok jenis bawang ni, dia tak keluar daun dulu, berbunga baru keluar daun patutlah tak disangka ianya berbunga bila tukang kebun bercuti dari kebun. Gambar di atas adalah dari gambar asal tuan yang membiak bawang Nerine Aurea ni.

 Dalam bahasa Cina, nama bunga ini kalau diterjemahkan ialah 'tiba-tiba bumi ini tersenyum'. Patutlah bagi kejutan yang tak diduga tapi warnanya sungguh garang dan menceriakan. Disebabkan jurugambar-jurugambar lain yang ambil gambar, jadi nampak blur and out of focus. Tapi rasanya sebab warnanya sungguh terang keemasan agak challenging juga nak ambil gambar pada lokasi ini lebih-lebih lagi jurugambar semuanya ambil gambar pakai handphone sahaja. Mama tukang kebun berkenan sangat agaknya minggu dia kembali ke kebunnya Sungai Buloh, ternampak pokok bunga ini kembang sebab kami perasan Nerine Aurea berbunga bila tengok ada gambar ni dalam facebook mama tukang kebun. Tersenyumlah Tuan Kebun Bahagia Bersama balik ke rumah tengok bunga ni. Gambar ini versi diambil dengan mobile iPhone.
 Yang ini pula versi gambar ambil dengan htc smartphone. Tak boleh komen banyak-banyak pasal gambar-gambar blur nanti merajuk pula jurugambar sementara ambil gambar semasa tukang kebun bercuti. Itupun kena upah gambar Abbiyana baru dapat gambar-gambar. Moga yang belum berbunga lagi, tunggu kepulangan tukang kebun. Pokok bunga nerine keperluan airnya tak banyak, kalau tak hujan sekadar 3 hari siram sekali pun InsyaAllah boleh survive, tukang kebun tak pernah siram harapkan hujan sahaja memang betul keperluan airnya adalah tidak banyak. Cuma tukang kebun pelik lokasi yang berbunga dahulu adalah bawang yang ditanam di kawasan yang menerima kurang cahaya matahari secara direct. Kawasan ini pun kalau hari cerah dapat paling banyak pun 4 jam cahaya matahari. Bawang Nerine Aurea yang sedang berbunga ini tukang kebun cacak dekat bawah pokok bunga kemboja selepas kawasan ini diletakkan baja kambing. Tapi bunga gladioli tak suka kawasan ini, lambat pertumbuhannya berbanding kawasan lain, gladioli nak kena ada cahaya matahari banyak.
 Gambar ni kalau tengok macam kena photoshop kan? Keemasan sangat nampak bunga Nerine Aurea ni tapi sebenarnya tukang kebun tak edit pun gambar ini memang bunga tu nampak macam itu. Ketinggian pokok bunga Nerine Aurea di sini agak-agak lebih kurang 40cm. Syukur alhamdulillah percubaan tanam Nerine Aurea ini membawa hasil yang membahagiakan. Bila balik tukang kebun ada semangat nak tanam balance bawang-bawang Nerine yang masih bertapa dalam kotak sebab banyak projek dekat kebun tak done nak tanam semua stok bawang-bawang lagi.
 Selalunya kalau Tuan Kebun Bahagia Bersama balik mesti projek gotong-royong potong rumput.  Tapi area ni dah dipotong rumput masih semak je tukang kebun tengok. Bila tukang kebun mengamati gambar ...mmmm...patutlah ada anak-anak pokok white butterfly (Clerodendrum calamitosum) tumbuh merata. Ini tugas tunggu tukang kebun masuk balik kebun pindahkanlah ni.  Anak-anak pokok white butterfly ni rasanya tumbuh dari biji benih sebab parent plant tu terletak dekat belakang pokok frangipani. Cepat juga anak-anak pokok ni membesar sebab tukang kebun baru selesai pindahkan anak-anak pokok white butterfly bulan lepas di kawasan ini.