Halaman

Jumaat, 31 Mei 2013

SnowPea Yakumo Giant

Apa perbezaan kacang pea dan kacang snowpea?

 Kacang pea ialah biji dalam kacangnya dituai dan dimakan. Manakala kacang snowpea ialah buah kacangnya dituai sebelum berisi dituai untuk dimakan. Yang menariknya pokok heirloom kacang snowpea 'Yakumo Giant' sesuai boleh dimakan dengan buah kacangnya sebelum berisi ataupun dituai dengan mengambil biji dalam buah kacangnya. Pokok snowpea 'Yakumo Giant' adalah jenis memanjat dengan ketinggian antara 1.5~2 meter dan bunganya berwarna ungu. Pokok kacang pea tidak gemar kepada tanah jenis yang bertakung, tak suka kakinya sentiasa terlampau basah. 

STOK HABIS.

~Biji Benih Organik Kacang Snowpea Yakumo Giant ~

Anggaran 10 seeds satu pek (RM3.00).
Limited 1 pek untuk 1 gardener sebab stok terhad.

Pesanan untuk bulan June boleh ditinggalkan dalam kotak komen.
Jangan lupa tinggalkan nama dan email address sekali ya.
Apabila biji benih sudah ready shipping akan tukang kebun hantarkan email.

Heirloom Carrot Cosmic Purple

 Carrot Cosmic Purple adalah salah satu heirloom carrot yang kulitnya berwarna ungu dengan isinya berwarna orange. Warna ungu kulitnya tidak bertukar walaupun setelah masak. Jika kita yang tanam diri sendiri ketahui keselamatan dan kebersihan carrot yang tanam sendiri, hanya cuci bersih tak perlu nak kupas kulitnya sangat. Daun carrot ini tumbuh dengan anggaran purata hingga 30cm lebih. Daun pokok carrot boleh makan tapi lagi tua daunnya lagi kuat rasanya. Tapi kalau nak tuai akarnya elakkan dari mengusik daunnya.  Zaman tamadun lama dulu biji benih carrot dibuat sebagai ubat sebelum akar carrot popular menjadi sayuran macam zaman sekarang.

~Biji Benih Heirloom Carrot Cosmic Purple~

Anggaran 100 seeds satu pek (RM3.00).

Pesanan untuk bulan June boleh ditinggalkan dalam kotak komen.
Jangan lupa tinggalkan nama dan email address sekali ya.
Apabila biji benih sudah ready shipping akan tukang kebun hantarkan email.

Khamis, 30 Mei 2013

Crinum Lily Fresh Bulb Limited

 Pokok bunga crinum lily jenis seperti gambar di atas sudah berpuluh-puluh tahun hidup di tanah arwah atuk kami di Kampung Poturidong Lama, Kiulu, Sabah. Mama tukang kebun dulu ambil benihnya di Ranau sebab berkenan sangat dengan bunga ini dan dibawa balik bersama ke kampung. Sudah di selit sana sini di keliling rumah di Kiulu sebagai penghibur hati. Kebetulan balik kampung kali ini sempat jugalah tengok ada bunganya kembang walaupun banyak sudah layu. Beberapa tangkai bunganya pun sudah banyak rebah ke tanah sebab sekarang ni musim hujan, tiap petang hujan lebat turun.
 Di kawasan beriklim tropika, pokok bunga crinum adalah jenis evergreen. Tangkai bunganya boleh mencecah ketinggian satu meter. Pokok bunga crinum boleh tumbuh melalui bulb/bawang-nya. Bulb pokok bunga crinum yang matang (flowering size) boleh tumbuh sangat besar, lebih besar berbanding dengan bulb bunga hippeastrum. Pokok bunga crinum adalah antara pokok yang tidak suka pokoknya diusik atau dipindahkan sebarangan walaupun untuk transplanting. Perlu memberi pokok/bulb itu masa untuk ianya menyesuaikan diri kembali setelah dipindahkan, kira adalah masa period 'merajuk'nya bila diusik. Tetapi setelah well-established, InsyaAllah mendapat pulangan yang indah.
 Pokok bunga crinum lily di sebelah pokok pagoda yang tumbuh bersama di atas tebing tinggi sebelah kawasan sungai. Pokok bunga crinum lily habitat semulajadinya biasa di kawasan berhampiran air seperti tasik atau sungai. Nice plant untuk garden yang juga ada water-featured theme. Intai sungai dari tebing berdekatan dengan rumpunan pokok bunga crinum lily ni...jengjengjeng...
 Selepas papa tukang-tukang kebun kecil Ilhan dan Rayyan menolong mama tukang kebun mengemas kawasan keliling luar rumah semasa bercuti ini seperti memotong rumput, dapatlah mereka bermandi-manda di sungai. Sebenarnya banyak rumpunan pokok-pokok buluh yang asalnya ditanam oleh arwah atuk tukang kebun berdekatan dengan kawasan sungai semasa arwah meneroka tanahnya ini. Dulu nilai buluh banyak, boleh dijual untuk membuat rumah bagi mereka yang baru sahaja berhijrah ke kampung ini dulu-dulu. Bukan sahaja itu, kayu buluh juga boleh dibuat untuk hasil anyaman bakul-bakul. Rumpunan pokok-pokok buluh ini memberikan nostalgia tukang kebun dan sepupu tukang kebun selalu mencari buloh yang ada lubang sebab di situ tempat kelawar membuat rumah mereka. Bila tengok dokumentari bagaimana kelawar boleh keluar masuk ke lubang yang sangat halus dibuat di buluh di rumahnya selamat dari predator mesti tukang kebun ingat memory main-main di rumpunan pokok-pokok buloh di tebing sungai. Banyak buluh ini buat main rakit di sungai pun seronok semasa zaman kanak-kanak dulu.

 Tukang kebun planning nak bawa balik ke kebun Sungai Buloh beberapa bulb bunga crinum lily dari rumpunan pokok gambar di atas. Balik ni tukang kebun perlukan kereta sorong baru sebab di rumah dah berlubang-lubang nak kena alas dengan papan kalau tidak bolos jatuh barang yang sedang disorong. Tukang kebun ada minta izin mama tukang kebun boleh atau tidak nak tawarkan beberapa bulb untuk tabung kereta sorong baru di Sungai Buloh. InsyaAllah dapat green light. Gardeners yang berminat boleh tinggalkan pesanan kepada tukang kebun sebelum hari Selasa depan  (4hb Jun).

~ Crinum Lily Fresh Bulb Limited Season~
RM15 per-bulb (+kos penghantaran RM9).

Disebabkan tukang kebun perlu susun luggage, will appreciate confirmation before next Tuesday dan boleh agak-agak berapa bulb perlu digali.

Heirloom Silverbeet Bright Yellow

 Pokok sayur heirloom silverbeet bright yellow ini kerap diingati sebagai pokok hiasan dan bukan adalah pokok sayur. Tetapi sebenarnya adalah pokok sayur sebab unik daunnya hijau glossy dan batangnya berwarna kuning terang. Daun mudanya boleh dimakan begitu sahaja campur salad. Daun yang sudah besar dan batangnya boleh dimasak. Boleh celur batangnya dahulu kalau nak campur dengan masakan style lain-lain. Tukang kebun kalau mood simple masak di dapur buat sayur campur sahaja. Boleh menggantikan spinach untuk masak masakan 'quiche'.

STOK HABIS

~Biji Benih Organik Heirloom Silverbeet Bright Yellow ~

Anggaran 20 seeds satu pek (RM3.00).
Limited 1 pek untuk 1 gardener sebab stok terhad.

Pesanan untuk bulan June boleh ditinggalkan dalam kotak komen.
Jangan lupa tinggalkan nama dan email address sekali ya.
Apabila biji benih sudah ready shipping akan tukang kebun hantarkan email.

Rabu, 29 Mei 2013

Zucchini Golden Arch Crookneck

Zucchini Golden Arch Crookneck fruit

  Zucchini Heirloom Golden Arch Crookneck kulitnya berwarna kuning dan isinya warna krim. Zucchini jenis ini berbentuk seperti botol dengan lehernya lengkuk. Kebiasaannya buah pertama sudah mula boleh dipetik dalam anggaran 2 bulan. Boleh mula petik buahnya bila sudah anggaran 15cm panjang. Tumbuhan mudah ditanam tapi elak semasa menyiram air siraman tidak terkena pada daun pokok zucchini tapi menghala ke arah tanah pada bahagian akarnya sahaja. Ini bagi menjauhi masalah penyakit ‘powdery mildew’ yang kadangkala dihadapi oleh pokok jenis timun, labu dan zucchini seperti contoh gambar di atas. Walaupun sudah dipesan banyak kali kepada tukang-tukang kebun lain di Kebun Bahagia Bersama tapi masih disiramnya atas pokok bukan di tanah sebab nak cepat.
Zucchini Golden Arch Crookneck plant

Pokok zucchini Golden Arch Crookneck boleh ditanam dalam pasu yang besar sebab pokoknya jenis ‘bushy’, untuk gardener yang mempunyai kebun di balkoni juga boleh mencuba menanam pokok zucchini ini. Semai biji benihnya dalam anggaran 1.5cm dalam tanah. Pastikan tanah tidak terlampau basah lama semasa menyemai biji benih zucchini supaya bijinya tidak mudah reput. Jarak di antara pokok zucchini dalam 80cm. Pokok zucchini memerlukan cahaya matahari sekurang-kurangnya 6 jam untuk pertumbuhan yang baik. Selalunya bunga jantan akan berbunga dahulu sebelum bunga betina. Bunga zucchini boleh dimakan salah satu cara nak enjoy bunga zucchini ialah dengan goreng salut dengan tepung. Bunga betina dan jantan zucchini hanya kembang dalam sehari sahaja.
Zucchini Golden Arch Crookneck fruit malefemale

STOK SUDAH HABIS

~ Heirloom Zucchini Golden Arch Crookneck ~
Satu pek mengandungi 5 biji benih.
Reservation biji benih Heirloom Zucchini Golden Arch Crookneck boleh ditinggalkan dalam kotak komen dengan meninggalkan nama dan email anda. Tukang kebun akan menghantar email selepas pertengahan June 2013 untuk shipment biji benih ini. Pertanyaan untuk hujung bulan Mei ini agak lambat tukang kebun dapat reply sebab sedang bercuti. Posting tukang kebun hujung Mei adalah posting yang sudah scheduled in advance.

Selasa, 28 Mei 2013

Greenfeast Pea

Pea Greenfeast

  Pea Heirloom jenis Greenfeast adalah jenis pokok kacang pea yang renek. Walaupun renek tapi pandangan tukang kebun elok sediakan pancang/trellis tapi tak perlu jenis yang tinggi sebab takut bila angin atau hujan kuat takut rebah ke tanah. Pokok kacang pea Greenfeast tumbuh dalam ketinggian 70~100cm. Elakkan menanam kacang pea semasa musim buahnya clash dengan musim panas dan kering. Sekiranya cuaca panas, boleh membantu bunganya untuk berjaya menghasilkan buah kacang dengan spray air gently di bunganya. Pucuk daun muda pokok kacang pea boleh dimakan. Pucuk daun mudanya sedap juga dibuat masak sayur lemak putih.
Pea

~ Biji Benih Heirloom Pea Greenfeast ~
10 biji benih dalam satu pek.
Biji benih akan dipos selepas pertengahan bulan Jun 2013. Pesanan biji benih ini boleh ditinggalkan di kotak komen. Tukang kebun juga bercuti sepanjang school holiday, segala pertanyaan akan mengambil masa untuk dibalas.

Isnin, 27 Mei 2013

Roseum Hippeastrum kembang bersilih ganti

Roseum hippeastrum silih berganti

Pokok bunga hippeastrum jenis Roseum rajin berbunga bersilih ganti di keliling Kebun Bahagia Bersama sejak bulan April lagi. Syukur alhamdulillah tidak putus-putus dapat menikmati bunganya yang menawan hati. Yang kelakarnya tidak diketahui di celah-celah pokok lidah jin pun tiba-tiba ada bunga tangkai Roseum hippeastrum tumbuh di depan rumah.
Roseum hippeastrum  bulbs

Masa mula-mula jumpa bibit bentuk bawang ni tak beberapa pasti lagi pokok apa. Kasihan pula tu yang memotong rumput main belasah je langgar bawang-bawang tersebut sehingga ada yang tercedera. Tapi bawang bunga hippeastrum memang tahan lasak.
Roseum hippeastrum flowering size bulbs

Antara bawang hippeastrum di atas yang baru mengeluarkan tangkai bunga sebelum kami bertolak cuti ke Sabah. Anggaran saiz Roseum hippeastrum yang matang boleh menghasilkan bunga lebih sedikit dari 3 jari tukang kebun. Tukang kebun jari kecil sahaja dan minta maaflah kuku kotor  tak cantik sebab selalu main dengan tanah.
Hippeastrum Roseum

Pokok bunga Roseum hippeastrum banyak ditanam di depan pintu masuk Zoo Negara Kuala Lumpur dan berdekatan kawasan Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Bulan April lepas, tukang kebun perhatikan banyak pokok bunga Roseum hippeastrum kembang di sekitar kawasan Kota Kinabalu. Kebetulan musim bunganya agaknya. Di Kebun Bahagia Bersama pula musim bunga Roseum hippeastrum rancak di dalam bulan Mei ini.

Ahad, 26 Mei 2013

Lidah Jin Berbunga

Bunga Lidah Jin

Awal bulan Mei lepas, tukang kebun mendapat kejutan apabila nampak lidah jin keluarkan bunga di tempat yang agak terlindung mendapat cahaya matahari sebab jarang membelek ke tempat tersebut. Kagum melihat bunga putihnya yang menawan hati. Bunga lidah jin juga banyak mengeluarkan sesungut atau misai seperti rama-rama.
Pokok Lidah Jin berbunga

Di lokasi yang berlainan di kawasan kebun, pokok-pokok lidah jin mempunyai musim bunga hampir serentak. Oleh itu, pokok lidah jin mempunyai musim bunga pada waktu yang tertentu atau seasonal disebabkan faktor cuaca musim hujan dan musim kering atau perubahan cuaca.
lidah jin bunga 1

Sabtu, 25 Mei 2013

Pak Choi batang putih (Brassica rapa chinensis)

 Pak Choi white stem adalah jenis sayur daun yang cepat tumbuh dan sebelum mencapai usianya 2 bulan kebiasaannya sudah boleh dituai. Tetapi tanaman secara komersial biasanya anak pokok kecil disembur dengan racun dari siput yang menggemarkannya. Menanam sayur pak choi tidak memerlukan ruang yang banyak. Oleh itu, adalah tanaman yang elok ditanam sendiri.


~Biji Benih Organik Heirloom Pak Choi White Stem ~

Anggaran 50 seeds satu pek (RM1.00).

Pesanan untuk bulan Jun boleh ditinggalkan dalam kotak komen.
Jangan lupa tinggalkan nama dan email address sekali ya.
Apabila biji benih sudah ready shipping akan tukang kebun hantarkan email pertengahan bulan nanti.

Jumaat, 24 Mei 2013

Heirloom Lettuce Black Seeded Simpson (untuk June)

 Heirloom lettuce Black Seeded Simpson adalah jenis sayur lettuce yang besar, tahan cuaca panas dan kering yang tidak mudah untuk menghasilkan bunga cepat jika dalam keadaan dirinya terpaksa menghadapi stress dari segi cuaca atau kekurangan bekalan air. Lettuce heirloom ini yang daunnya besar dan kelihatan menggerutu tetapi manis diperkenalkan sekitar tahun 1850-an. Tidak perlu tuai keseluruhan pokoknya tapi bolehlah mengambil beberapa sahaja yang perlu dari daun yang sebelah luar paling besar.

STOK HABIS.

~Biji Benih Organik Heirloom Lettuce Black Seeded Simpson ~

Anggaran 50 seeds satu pek (RM3.00).
June special limited seed packs quantity.

Pesanan untuk bulan June boleh ditinggalkan dalam kotak komen.
Jangan lupa tinggalkan nama dan email address sekali ya.
Apabila biji benih sudah ready untuk shipping akan tukang kebun hantarkan email pertengahan bulan June nanti.

Khamis, 23 Mei 2013

Heirloom Atomic Red Carrot (untuk bulan Jun)

 Bila dituai akar carrot Atomic Red sejurus lepas digali keluar dari tanah warnanya sebenarnya lebih ke arah 'pink-ish'. Tapi bila dimasak akar carrot jenis ini, seperti silap mata warnanya bertukar ke arah kemerah-merahan. Average pertumbuhan akar carrot Atomic Red yang cukup keperluannya ialah di antara 20~28 cm panjang. Carrot Atomic Red mempunyai kandungan lycopene sebagai anti-oxidant untuk mencegah kanser atau masalah jantung lebih kaya berbanding dengan carrot jenis warna lain. Semai biji benihnya agak dalam 5mm dengan tanah jenis ringan. Biji benih carrot Atomic Red bercambah dalam 10-21 hari dengan tanah yang tidak kering. Kebelakangan ni tukang kebun banyak mencabut anak-anak bayam yang tumbuh suka-suka hati mencerobohi tanaman lain.


~Biji Benih Organik Heirloom Carrot Atomic Red ~

Anggaran 100 seeds satu pek (RM3.00).

June Special limited quantity available.


Pesanan untuk bulan Jun boleh ditinggalkan dalam kotak komen.
Jangan lupa tinggalkan nama dan email address sekali ya.
Apabila biji benih sudah ready shipping akan tukang kebun hantarkan email pertengahan bulan Jun nanti.

Rabu, 22 Mei 2013

Ditinggalkan walaupun tiba musim

 Ada beberapa tanaman tengah rancak berbuah atau baru elok nak nikmati hasilnya. Tapi disebabkan meninggalkan kebun untuk jaga diri sendiri sementara balik kampung, terpaksalah dibiarkan begitu sahaja. Harapan ada rezeki hujan banyak sementara tanaman ditinggalkan. Hopefully mereka adalah survivors. Kacang panjang yang tumbuh sendiri dari biji benih yang terjatuh merata-rata dulu hidup subur dan hanya mengambil masa lebih 2 bulan sahaja untuk menghasilkan kacang. Cuaca yang panas memaksa kacang panjang dituai dalam 3 hari kerana pertumbuhan buah kacangnya sangat cepat. Kalau tak dituai cepat tualah pula pokok kacang panjang dan bunga telang nanti. Pokok-pokok mulberry juga sedang mula ranum di atas pokok. Seronoklah tupai sekarang makanan banyak sebab pokok-pokok jambu air pun lebat buahnya. Tapi kalau lambat ambil cepat buahnya berulat. Belimbing buloh pun ada juga rezeki bulan Mei ini. Yang ditunggu-tunggu Terung 'Edirne' yang kampungnya dari satu kawasan dalam negara Turkey juga baru dapat nak tuai buahnya.
 Sedang mengemas satu petak yang penuh dengan pokok ginseng jawa tumbuh sendiri, terjumpa juga ubi sengkuang yang tumbuh sendiri juga sambil membersihkan kawasan memulakan projek baru. 
 Pokok tomato heirloom 'Porter' pun baru pertama kali dapat rasa buahnya minggu ini. Buah lemon sebelum bertolak mana yang dah masak atau nak dekat masak dituai untuk dibawa balik ke Sabah untuk stock big boss.
 Buah betik asyik berebut-rebut dengan ayam, burung dan tupai. Tak perlu tunggu sampai tukar warna oren terus, macam ini pun dah manis. Tengok ada buah dah ada kesan kena gigit dah. Hubby tukang kebun kadang-kala senyap-senyap makan betik sorang-sorang dalam kebun.
 Patutlah ubi selalu takde setelah lama menunggu, hubby tukang kebun nampak tikus sebesar lengan sibuk mencari ubi keledek kat petak khusus tanam ubi keledek. Seketul ini je dapat untuk Abby punya puree. Keledek kulit putih bila belah ada pinkish warna macam watermelon radish pula. Kalau di luar petak tengok cepat pula berisi, suspek tikus selalu pergi cari makan di situ sebab predator dia tak boleh masuk di situ. Jadi tukang kebun pindah tanam ubi keledek di tempat lain. 
 Sugarglider Si Sadaharu moga bila balik ni makin gemuk ya. Moga papa Sadaharu rajin pergi petik kacang panjang aunty.

Sabtu, 18 Mei 2013

May Order Closing Shipment Date

 Pesanan biji-biji benih segar dan anak-anak pokok yang ditawarkan untuk bulan Mei ini, penghantaran terakhir adalah pada 21hb Mei 2013. Gardeners yang belum menerima email dari tukang kebun untuk pesanan bulan Mei ini bolehlah menghantar email kepada tukang kebun sebagai reminder. Shipment selepas tarikh tersebut akan dibuat selepas 10hb June 2013. Sempena cuti sekolah tidak lama lagi, tukang-tukang kebun akan balik ke Sabah. Trip tukang kebun berdua dengan Abby bulan April lepas, kami cuma dapat enjoy pemandangan pulau dari atas kapal terbang. Dengan harapan kali ini, papa Abby ada mood nak bawa kami naik bot bersantai di pulau yang indah dan dapat memijak pasir putih suci. Tak dapat nak scuba diving pun takpelah, anak-anak masih kecil dapat main-main air pun dah cukup puas hati (wink*wink) . Tukang-tukang kebun Ilhan dan Rayyan juga mesti seronok nak mandi sungai tiap hari kalau boleh.
 Balik kali ini dapatlah tukang kebun dan Abby puaskan craving nak minum air jus avocado di tepi pantai. Makanan laut juga beraneka pilihan yang masih segar lagi tangkapan. Kalau musim buah pugi yang mirip macam buah tampoi tu pun nak borong untuk Rayyan sebab tukang kebun balik hari tu suka sangat Rayyan dengan buah pugi. Tukang kebun teringin lagi sekali nak rasa cendawan hitam di sebelah buah pugi gambar di bawah.
 Salah satu agenda balik kali ini pun, mesti nak berjalan-jalan ke Tamu tengok pelbagai tanaman fresh yang ada. Tukang kebun suka tengok makanan dari tanaman, hubby pula mesti nak tengok makanan laut yang segar-segar dan harganya lebih murah dari Semenanjung ini.

 Penghantaran minggu depan InsyaAllah tukang kebun sertakan biji benih labu kampung yang banyak dijual di Sabah seperti gambar di atas. Biji benih heirloom carrot purple dragon, tukang kebun tak sempat kemas, jadi akan dimasukkan ke dalam bulan June.

Jumaat, 17 Mei 2013

Ms. Priscilla Gladdy.

 Syukur Alhamdulillah hari ni setelah anak ke tadika, dapat rezeki hujan jadi pokok-pokok yang kehausan di dalam kebun dahagakan air dah lebih 5 hari kelihatan segar kembali hari ini. Pokok bunga gladioli juga nampak lagi berseri dan segar kembangnya hari ini. Bulan Mei ini pula nampaknya rezeki warna gladioli adalah merah jambu pula dan organ stamennya ada warna ungu. Kelopak bukan keseluruhan pink tapi berjalur atau berpusat putih yang memberikan ropol warna pink juga dikenali sebagai gladioli jenis Priscilla.
 Kali ini kembangan bunganya ada menghadap sudut-sudut yang berlainan, jadi boleh cuci mata dalam pelbagai arah nak tengok wajah Ms. Priscilla.
 Mari tengok sudut ini pula. Kesian Ms. Priscilla terpaksa duduk dalam semak sebab terbiar beberapa minggu ini banyak travelling, tak menyempat nak merumput kawasan ini lagi. Tapi ada juga hikmat tak merumput jadi tanah tak cepat kering berbanding dengan tanah yang kosong terdedah dengan cahaya matahari.
 Pokok gladioli bila pokoknya dah berbunga dan layu, potong tangkai bunganya dan biarkan pokoknya naturally layu dan kering. Jangan pula potong daunnya sebab pokok ini memerlukan tenaga yang diproses oleh daun untuk simpanan bawangnya. Lepas dah pokoknya berbunga setelah lebih kurang 6~8 minggu mula mengering seperti gambar di atas, pada hari yang kering bolehlah berhati-hati gali keluarkan semula bawang gladioli dan keringkan.
 Kadangkala terdapat anak-anak bawang yang baru tumbuh attached kepada gladioli sebelumnya. Bagi pokok gladioli yang tak berbunga pun begitu juga dalam tanah ianya membiak bawang-bawang yang baru jadi boleh mengakibatkan pokok fokus kepada hasilan bawang dalam tanah dari hendak berbunga. Tapi ini boleh consider as investment, lain kali lebih banyak bawang atau pokok gladioli yang boleh ditanam. Sebagai contoh, asal bawang gladioli yang ditanam dalam gambar di atas ialah melebihi saiz 2 inci dan bawangnya ditanam dalam tanah sedalam 5~7 cm. Bila pokoknya dah kering, terdapat anak-anak bawang baru pada gladioli asal. Saiz anak-anak bawang gladioli ini lepas dikeringkan akan ditanam semula supaya saiz bawangnya akan membesar kepada saiz hendak berbunga. Secara kasar, inilah kitaran hidup pokok bunga gladioli.


Khamis, 16 Mei 2013

Stok kembali di bulan Mei~ Heirloom Purple Dragon Carrot

 Biji benih heirloom purple dragon carrot kembali di dalam stok penghujung bulan Mei ini. Gardeners yang berminat untuk mencuba menanam carrot esotik ini boleh buat reservation di ruang komen. Sementara menunggu mari kita enjoy bunga purple dragon carrot yang juga ada sejenis kumbang juga berminat pada bunganya.


~Biji Benih Purple Dragon Carrot ~

Anggaran 100 seeds satu pek (RM3.00).

Pesanan untuk bulan Mei boleh ditinggalkan dalam kotak komen.
Jangan lupa tinggalkan nama dan email address sekali ya.
Apabila biji benih sudah ready shipping akan tukang kebun hantarkan email hujung bulan nanti.

Untuk bulan Mei 2013, kos penghantaran bagi pembelian biji benih di bawah RM20 adalah flat RM2.00 dengan Pos biasa.
Kos penghantaran lebih RM20 adalah RM6 dan melalui pos laju.
Pembayaran adalah melalui bank RHB, CIMB atau Maybank.

Rabu, 15 Mei 2013

KohlRabi White Vienna


 Sayur KohlRabi adik beradik kubis dan broccoli, tapi yang nak dimakan adalah batang bawahnya yang membulat. KohlRabi lagi muda dimakan lagi manis sebenarnya dari yang besar kalau makan mentah. Itulah satu nikmatnya tanam kohlrabi sendiri sebab yang di pasaraya standard size besar tapi rasanya tak seenak seperti yang masih muda lagi. Tuai masa sebesar bola tennis atau lebih kecil sebenarnya seronok juga makan macam epal atau sengkuang. KohlRabi boleh diracik buat ala-ala kerabu.

~Biji Benih KohlRabi White Vienna ~

Anggaran 100 seeds satu pek (RM3.00).

Pembayaran adalah melalui bank RHB, CIMB atau Maybank.

Selasa, 14 Mei 2013

Non-Import Bawang Merah

 Seperti rakyat Malaysia maklum, kebanyakkan bawang merah atau bawang besar  yang ada di pasaraya ataupun di pasar adalah bawang-bawang yang diimport dari negara India. Sehari sebelum tukang kebun kembali ke kebun Sungai Buloh bulan lepas, tukang kebun sempat pergi ke Tamu Tamparuli sekali lagi. Semasa membeli-belah dekat favourite place tukang kebun ini, tukang kebun ternampak beberapa tompok bawang merah yang nampak fresh macam baru sahaja dituai. Dalam pandangan mata tukang kebun nampak very 'rosey' dan 'bling-bling' lah. Instinct tukang kebun rasa tidak mungkin ini bawang import dari India sebab nampak segar macam pengalaman tukang kebun tuai bawang merah yang ditanam sendiri dahulu. Memandangkan di Tamu Tamparuli ini yang menjual sayur-sayuran adalah berbangsa Dusun Kadazan, seperti biasa tukang kebun minta mama yang berbicara. Tukang kebun banyak bagi senyuman sahaja. Memang bawang-bawang merah ni nenek yang perkasa inilah yang menanam.
 Mama tanya nak beli berapa, tukang kebun kata pajak semua. Manalah nak dapatkan bawang merah organik yang local dan lagi segar dengan mudah di Malaysia ni. Tengok nenek ni badan maintain sahaja dan masih giat berkebun lagi sambil menjual tanaman dari kebunnya, entah tukang kebun bila dah sama umur dengan nenek ni boleh berkebun ke tidak lagi. Nenek ni tersenyum agaknya sebab hasil jualannya dah nak habis sudah di hari tersebut. Seperti biasa, mama tukang kebun mesti kata anaknya nak cuba tanam boleh ajar anak saya sedikit ilmu.  Bawang merah nak tanam mudah sahaja, tolak je masuk bawang ke dalam tanah tapi jangan tertanam semua, elok ada 1/2~2/3 bahagian sahaja dalam tanah dan ada bahagian yang tersembul keluar. Kalau bawang semua ditutupi tanah takut bawangnya tak beranak-pinak. Nanti lebat daun sahaja. Nenek yang menjual bawang tersebut kata bawang yang dia jual ini berusia dalam 3 bulan. Memang masih kecil-kecil baby saiz lagi, bawang merah yang dijual tapi rasanya sedap ada manis-manis. Tukang kebun tak beberapa menggemari bawang merah yang diimport selalu rasa pedas semacam dari kecil lagi sampailah merasai betapa sedapnya bawang merah yang ditanam sendiri. Sekarang ni rajin buat sambal belacan sebab ada bawang merah dan cili padi segar serta belacan fresh dari Sabah.
 Jadi tukang kebun pilih yang mana bawang saiz besar dari tuaian Nenek tadi untuk membuat percubaan menanam bawang merah di kebun Sungai Buloh. Menanam bawang merah untuk tuaian bawang tidak remeh, tidak perlu pun membuka kulitnya, cuma pilih bawang merah yang bersaiz besar untuk menanam. Bawang merah cuma ditolak masuk sedikit dalam tanah. Sekiranya hendak bawangnya, elakkan dari menuai daunnya supaya bawang ada tenaga hendak beranak-pinak bawang-bawang baru. Syukur alhamdulillah minggu ini tukang kebun nampak ada pucuk baru keluar dari bawang-bawang merah yang ditanam dengan mengharapkan air hujan sahaja. Semoga bawang-bawang merah ini dapat hidup sendiri dengan bahagianya mengharapkan mother nature.
 Bawang merah juga dapat menghasilkan bunga. Tapi kalau nak bawangnya besar, bunganya hendaklah dipotong. Ini adalah bunga dari bawang merah (shallot) jenis 'Matador' yang pernah tukang kebun tanam dahulu. Kebiasaannya bawang merah (shallot) ditanam melalui bawang dan bukan biji benih. Manakala bawang besar (onion) boleh juga ditanam dari bawang ataupun biji benih.

Isnin, 13 Mei 2013

Anak pokok Ketup-Ketup

 Pokok Bauhinia Kockiana rajin berbunga sepanjang tahun tak berhenti-henti berbunga di kebun kami. Selalu juga di pangkas tapi tak pernah mematahkan semangatnya untuk berbunga. Pokok bauhinia kockiana tumbuh dengan cepat dan bahagia di kawasan yang menerima cahaya matahari yang banyak. Juga dikenali sebagai pokok ketup-ketup, pokok bunga ini adalah native di negara kita dan tergolong dalam keluarga jenis kekacang (Leguminosae).
 Kebiasaanya tanaman dari keluarga kekacang mampu memproses nitrogen dari udara dan menambahkan unsur nitrogen ke dalam tanah. Oleh kerana pokok ketup-ketup adalah jenis tanaman kekacang ianya tidak memerlukan baja yang mempunyai unsur nitrogen yang tinggi untuk tumbuh dengan baik. Jika diberi baja yang mengandungi unsur nitrogen yang tinggi seperti baja tahi ayam, takut daunnya tumbuh menghijau berkilat-kilat banyak tapi bunganya tidaklah semeriah sebab overdose penangan nitrogen. Mula-mula pokok bauhinia kockiana memanjat pokok jenis ru sekarang tresspassing memanjat pokok bottlebrush pula.
 Biji benih dari kacang pokok ketup-ketup meletup-letup merata-rata dengan jauhnya di dalam Kebun Bahagia Bersama. Lebah-lebah yang besar rajin pergi cium-cium bunga ketup-ketup yang menyebabkan banyak hasil kacang gemuk-gemuk di atas pokok ketup-ketup. Kalau boleh makan kacang-kacang tu pasti sudah lama tukang kebun tuai. Kerap sudah tukang kebun nampak biji benih bauhinia kockiana yang baru sahaja bercambah di dalam kebun.
 Dalam kawasan yang kurang menerima cahaya matahari pun ada anak-anak pokok ketup-ketup menjadikan rumah mereka. Tetapi dalam tempat yang terlindung dengan cahaya matahari pertumbuhannya sangat perlahan. Sebulan dua ni adalah beberapa anak-anak pokok ketup-ketup dipindahkan dalam bekas kitar semula. Yang kelakarnya, semai biji benih tanaman lain tapi dalam bekas tu anak pokok ketup-ketup pula bercambah. Mungkin bijinya terbang jauh masuk dalam bekas-bekas semaian tanpa tukang kebun sedari. 

Ahad, 12 Mei 2013

Tuaian Today ~ Biji Benih Bendi Merah Kampung


 Syukur alhamdulillah minggu ini ada tuaian biji benih segar dari kebun kami. Bulan ini pula giliran biji benih bendi kampung yang berwarna merah pula dituai. Berbanding dengan bendi kampung warna hijau yang juga available dalam fresh seed stock kami, bendi merah ini mempunyai finger yang lebih slender dan pendek sedikit dari finger bendi hijau kampung yang besar dan panjang. Tetapi buah bendi merah ini tidak cepat liat berbanding dengan bendi hijau yang perlu kerap dituai dengan segera. Bendi memerlukan cahaya matahari secara langsung sekurang-kurangnya 6 jam untuk pertumbuhan yang baik. Kebiasaannya, sekiranya semua keperluan bendi mencukupi, ianya akan mula berbuah setelah 2 bulan dari biji benihnya disemai.
 Dalam bakul ini ketiga-tiga jenis tanaman, biji benihnya sedang dituai di Kebun Bahagia Bersama dalam bulan Mei ini.

~Biji Benih Organik Bendi Merah Kampung ~

Anggaran 15
 seeds satu pek (RM3.00).

Pembayaran adalah melalui bank RHB, CIMB atau Maybank.

Sabtu, 11 Mei 2013

Tangkapan Tiang

  Dari tamatnya hari mengundi sampai sekarang, mata asyik meliar memerhatikan tiang-tiang berderet di tepi jalan yang dipakai untuk berkempen dahulu. Tidak kiralah bendera di atasnya warna apa pun, tapi semua tiang tersebut bolehlah diambil dan dipakai semula untuk membuat pancang. Tiang-tiang bendera ni ada pelbagai dari buluh, paip dan kayu, tapi semuanya boleh dikitar semula. Ambil pun tiada salahnya dan tidak perlu segan, bila kontraktor datang mengemas pun kebarangkalian tinggi akan dibuang juga. Mula-mula kami kutip pukul 3 pagi lepas anak-anak dah nyenyak tidur sampai 2 kali trip dengan kereta terjonjol keluar buluh panjang dari but kereta sampai tingkap depan. Kali kedua pula tengahari buta, hubby tukang kebun jalan kaki ke main road kampung kutip tiang-tiang yang masih ada. Ada pakcik tegur sebelum mengundi beriya-iya pasang ramai-ramai, bila mengemas sorang-sorang pula. Kepada gardeners semua, tidak payah segan ambil lagipun sambil itu kita tolong kemas juga. Dari membeli pancang, baik kita kitar semula tiang-tiang yang dipakai untuk berkempen tempoh lalu. 
  Tangkapan tiang tukang kebun semuanya buluh melebihi 2 meter panjangnya, sangat puas hati boleh buat pancang tepee tinggi atau pergola sementara untuk tanaman melilit. Tinggikan tangkapan tiang tukang kebun macam dalam gambar. Setakat ini ada lebih 50 tiang telah ditangkap. Kain bendera tiang tangkapan pun ada kegunaannya, boleh balut buah-buahan. Kebetulan bulan ini ada rezeki pokok-pokok nangka dan cempedak meriah berbuah, jadi kami kitar semula bendera kempen untuk balut buah-buah nangka dan cempedak yang sedang membesar di dalam kebun.
 Malam ini bila anak-anak dah lena tidur, InsyaAllah kami tolong kemaskan kawasan kampung kami.