Halaman

Jumaat, 28 Februari 2014

Si Kuning Canna glauca

 Aduh bulan Febuari tahun ni memang musim kemarau, tukang kebun pun tak larat nak menghabiskan masa di kebun. Untuk keep cool di kebun musim kemarau ni tukang kebun lebih banyak bermain-main dengan tumbuhan aquatic. Tumbuhan aquatic ni musim panas sentiasa bahagia tiada masalah dan lebih galak tumbuh. Tambahan pula tak perlu risau mengenai siraman air sebab tumbuhan aquatic ni memang dah tumbuh dalam bekas yang bertakung air cuma dalam 1~2 minggu sekali nak monitor air nak top up atau tidak. Jadi tumbuhan air juga sesuai untuk mereka yang selalu outstation, tak perlu nak risau mengenai keperluan airnya sebelum bertolak isilah air penuh dalam bekasnya. Kalau dah tiada air pun, tanahnya still lembap muddy beberapa hari. Canna gaula adalah jenis species canna yang hidup dalam air dan berasal dari kawasan tropika benua Amerika. Mudah penjagaannya sebab tak perlu siram duduk dalam air je dan perlu juga menerima beberapa jam sinaran matahari tapi tak kisahlah samaada hanya pagi ke petang ke janji ada a few hours of sunlight.
 Tanda-tanda bunga Canna gaula sudah mula proses pembentukkan bud bunga. Canna gaula ketinggiannya boleh mencecah lebih 80cm. Cuba bayangkan di container garden kalau ketinggian lebih tinggi dari rail balkoni mesti attract attention semasa ianya berbunga.
 Gambaran Canna gaula kali ini diambil di sudut di mana ianya tumbuh bersebelahan pokok susun kelapa. Dalam gambar pun boleh kelihatan beberapa jenis pokok orkid tumbuh menumpang di atas pokok susun kelapa, koleksi lama big boss, tukang kebun pun tak tahu jenis apa cuma confirm pigeon orkid pun menumpang juga.
 Bila kembang banyak memang nampak meriah si Canna glauca. 
Contoh perbandingan saiz bunga Canna gaula dengan bunga susun kelapa.
 Sebenarnya bukan Canna gaula sahaja duduk dalam pasu tapi berkongsi dengan tumbuhan aquatik yang lain menjadikan pasu lebih meriah. Jadi bukan bahagian atas sahaja yang berbunga tapi di permukaan air juga ada bunga-bunga. Sebagai contoh, Canna gaula boleh berkongsi pasu dengan Kidneyleaf Mudplantain sesuai bersama. Pasu ini pun bukannya besar ketinggian anggaran 30cm dan diameter 30~40cm tetapi boleh memuatkan beberapa tumbuhan aquatic. Tanah tukang kebun ambil tanah yang digali dari longkang depan rumah semasa mereka (perbandaran) konon-konon nak dalamkan longkang depan ganti baru. Isi tanah 2/3 dalam pasu gaul dengan baja kambing sahaja. Tanam Canna gaula dan tumbuhan lain kemudian isi air. Tumbuhan aquatik Kidneyleaf Mudplantain tak perlu rajin akarnya tanam dalam tanah, campak je masuk dalam air terapung. Nanti dia pandai-pandai rooted sendiri ke tanah.
 Minggu ni ada 2 fresh pink roseum lotus seeds (1 seeds for RM3.00) untuk yang berminat boleh tinggalkan reservation di kotak komen (siapa komen buat reservation dulu dapat priority dulu).

~ Yellow Canna gaula ~
RM15.00 per-pot  (Boleh email kebunkmg@gmail.com)

Khamis, 27 Februari 2014

Markisa dan Matahari

 Minggu lepas pada musim kemarau ini ada hujan membasahi KBB sekali (ingat sudah over kemarau, tertipu tukang kebun), buah-buah markisa yang tinggi banyak di atas pokok tak tercapai tu yang sudah ranum dengan pertolongan hujan maka gugurlah dia bersama kuasa gravity. Antara tuaian markisa tersebut adalah seperti di dalam bakul atas. Walaupun mereka adalah sama baka dan telah ranum, tapi rona kemerahan pelbagai. Salah satu faktor utama adalah penerimaan cahaya matahari tersebut mengakibatkan saiz dan rona warna menjadi beza. Kesemuanya sudah ranum bila tukang kebun potong-potong check nak buat jus kecuali yang hijau sebiji tu tukang kebun tak pasti masih dibiarkan dalam basket tengok apa terjadi.
 Musim kemarau ni kalau buah markisa yang sedang membesar terdedah dengan cahaya matahari terik terutamanya pada waktu petang, maka tak hairanlah bila bulat gemok tiba-tiba jadi mengecut buahnya. Dari tahun lepas hingga sekarang, tukang kebun perhatikan kalau ada jangka masa cuaca panas dan kering buah markisa yang terdedah kepada cahaya terik berhari-hari berterusan menyebabkan buah yang gemuk jadi mengecut. Walaupun disiram banyak air masih mengecut buahnya,kecuali pada musim kemarau ini diberi perlindungan dari cahaya terik si matahari terutamanya pada sebelah petang. Tambahan pula, bila buahnya disengat lebih cepat buahnya mengecut disebabkan kehilangan moisture yang lebih pantas berbanding dengan yang tidak disengat.
 Walaupun buah disengat tapi buah markisa mempunyai daya upaya sendiri untuk mengubati lukanya. Cuba belek-belek buah markisa kekadang nampak kesan ditebuk tapi dah tertutup lubang tersebut. Kulit buah markisa juga tebal, jika cuaca biasa-biasa bukan musim kemarau biasanya dengan sistem pemulihan rawatan sendiri pada lubang sengatan, buah markisa upaya  ada daya kuasa 'rejuvenate' pembentukan kulit baru sebelum moisture di dalam hilang mengakibatkannya mengecut. Mungkin boleh dibuat markisa sebagai sample kajian di makmal untuk menambahkan pengetahuan bagaimana proses kulit isi baru 'rejuvenation' ini terbentuk untuk cosmetics industry ataupun pharmaceutical. Manalah tahu lepas ni kulit markisa pula mempunyai nilai yang tinggi dari isinya (hehehe...ada lab nak ambil tukang kebun jadi researcher tak?). Bila dah tanam secara organik, kalau buah tu berlubang kena sengat tu perkara biasalah. Tapi selalunya kalau cuaca biasa-biasa kurang sikit kena sengat sebab kemarau ni mereka mencari minum atau tempat berteduh sebab duduk dalam buah macam gua sejuk sikit. Bila belek-belek buah itu yang tukang kebun perasan kadangkala sudah ditebuk banyak kali tapi lubangnya sudah heal dengan sendiri tertutup dan isi buah pun masih elok boleh dipakai. Buah markisa sebenarnya setelah jatuh atau dituai dari pokok akan mengecut buahnya dan bertambah manis (More shrivel, much sweeter). Kalau tak cukup buahnya nak pakai dan nak tuai sendiri, nak agak-agak yang dah ranum bila dipusing tangkai buah akan mudah terputus tanpa menggunakan banyak tenaga macam eh jatuh kat tangan je. Kalau ditarik-ditarik tak putus sendiri mungkin belum penuh masak pakailah gunting. Buah markisa boleh juga dituai separuh masak kalau nak peram tapi potong buah dari tangkai jarak 5 cm.
 Antara tuaian di KBB minggu ini yang utamanya adalah buah markisa, lemon, papaya, roselle, belimbing buloh (antara kebarangkalian goodies untuk minggu ini ataupun minggu depan tengok rezeki) yang dapat dinikmati oleh kami di musim masih kemarau ini. Kadar penerimaan cahaya memberikan kesan ke atas saiz buah markisa yang pelbagai di KBB.Rasa-rasanya saiz buah markisa yang paling besar kami tuai di lokasi bagaimana ya? Lain musim lain resultnya di lokasi berbeza. Saiz buah markisa pada musim kemarau ini sebenarnya yang gemok-gemok dari lokasi yang kurang mendapat cahaya matahari yang direct agak terlindung dari sinaran terik terutamanya pada sebelah petang. Ada tukang kebun tunjukkan salah satu lokasi pada Tahun Baru Cina dahulu ialah pokok markisa yang tumbuh bersebelahan dengan pokok mangga yang dijadikan tempat bergantung (gambar klik sini). Cahaya matahari secara direct sebenarnya tak kena sebelah pokok mangga yang menghadap sebelah sini, tapi buahnya pun bukanlah dalam full shade masih kawasannya cerah jadi buah-buah markisa masih dapat membesar dengan baik. Kesimpulannya pada musim kemarau ini, tak perlu buah-buah markisa nak membesar kena sinaran direct dari Si matahari asalkan kawasannya masih cerah. Kalau sinaran pagi tiada masalah musim kemarau ini cuma sebelah petang masa dah terik memang boleh effect pembesaran buah-buah markisa. Masa musim biasa-biasa ada hujan, buah markisa in full sun boleh tahan production. Musim kemarau ni, buah betik tak boleh tunggu masak penuh, ada je dah santap dulu.  Kalau dah lebih separuh buahnya oren nak kena ambil untuk Abby yang gemar sangat makan betik.
 Kalau mood tak rajin macam tukang kebun, boleh je buat pokok-pokok lain jadi tempat Si Markisa memanjat. Si Markisa ni tak perlu nak latih-latih memanjat, sangat cekap mencari tempat untuk bergayut. Satu pokok markisa yang tukang kebun tanam bersebelahan pokok kemboja boleh je sesuai hidup bersama. Pokok-pokok markisa di Kebun Bahagia Bersama semuanya tumbuh dari benih, jadi mereka adalah lebih lasak dan tanpa siraman setelah matang boleh hidup bahagia. Pokok markisa akarnya tak dalam jadi kalau tut takut ianya pada musim kemarau ni akarnya tak berapa pandai nak menjalar jauh ke dalam tanah, tak balance sebab lebih kepada nak berbuah tuning pokok tut tersebut. Lagipun tiada banyak perbezaan mula musim berbuah berbanding dari yang tut dan semaian biji benih hanya beberapa minggu. Tambahan pula pokoknya bukan jenis berbatang kayu besar sesuai untuk ditanam dalam pot dan dengan biji benih jika semua keperluan mencukupi dalam 7~8 bulan dah mula berbuah.

~ Anak Pokok Markisa ~
1 pot RM8.00 .

Rabu, 26 Februari 2014

Ada Kerengga buah tak putus-putus

 Semasa mencari rancangan kanak-kanak yang berhubungkait dengan mengenali organ struktur tanaman, tukang kebun terserempak dengan video clip pendek ni. Tukang kebun tertarik dengan kata-kata Otai dalam memelihara species-species tumbuhan native di Hawaii. Seperti yang Otai tu berkata bila kita mendengar sesuatu tumbuhan tu ada potensi untuk merawat AIDS atau pun cancer maka initiative dibuat untuk memelihara tumbuhan tersebut. Manakala terdapat banyak lagi tumbuhan yang belum dikaji dan ada kebarangkalian mereka akan pupus begitu sahaja jika tidak diperlihara. Banyak lagi tumbuhan yang belum dikaji secara terperinci mungkin ada penawar yang lebih mujarab, selamat dipergunakan dan lebih sesuai. Tukang kebun pun bahagia dengan pokok-pokok yang ada di Kebun Bahagia Bersama tidak mengira apakah fungsi masing-masing, mereka adalah bagaikan keluarga sama-sama bertambah usia memerhatikan kami menguruskan kerja seharian.

 Salah satu tanaman yang bernasib baik tidak pupus kerana popularity makin naik ialah pokok mahkota dewa, ramai yang ingin menjadinya sebagai koleksi di kebun. Anehnya, pokok ini di kawasan asalnya, penduduk di sana tidak makan buah ini ataupun menggunakannya sebagai ubatan tradisional. Orang luar yang mencuba kebolehan buah mahkota dewa di mana di kawasan asalnya hanyalah sebagai pokok hiasan. Buahnya yang merah menyala-nyala seperti memanggil untuk dipetik tapi awas buahnya beracun. Makhluk dalam Kebun Bahagia Bersama yang suka mencuba pelbagai jenis buah pun tak sentuh buah ini dibiarkan sahaja. Untuk orang yang mengandung elak dari mengambil hasil proses buah mahkota dewa dalam apa bentuk. Memandangkan banyak sumber telah menulis manfaatnya tukang kebun tak sentuh topik tersebut cuma nak rekodkan pemerhatian.
 Pokok mahkota dewa tukang kebun perhatikan sentiasa ada kerengga bertapak di situ semasa berbunga dan berbuah. Sama juga dengan pokok lemon yang tidak putus-putus buah sepanjang tahun. Kebiasaannya pokok yang rajin berbunga dan berbuah kerengga rajin menapak di situ. Walaupun bagi kita macam ngeri je tengok kerengga berkerumun, tapi sebenarnya tetamu ini memberikan rezeki kepada kita. Biarkanlah dia,kedatangan mereka kekadang memberikan kejutan yang baik untuk kita. Pokok buah mahkota dewa ni tak pernah tukang kebun siram tapi masih hidup bahagia tak berhenti-henti menghasilkan buah di partial shade. Tengoklah berkerumun si kerengga.
 Semasa ketiadaan big boss, buah mahkota dewa yang masak-masak tidak dimanfaatkan oleh team members Kebun Bahagia Bersama yang lain. Jika ada yang ingin tukang kebun sertakan buah-buah mahkota dewa yang dah ranum dalam pack goodies Pasar Online Kebun Bahagia Bersama bolehlah merisik.

 Tukang kebun nak ucapkan terima kasih dekat adik Azwan dari Ipoh sanggup singgah di Kebun Bahagia Bersama borang kelapa tua untuk santan. Mula-mula tukang kebun terkejut juga tiba-tiba dearest hubby beritahu ada orang nak datang rumah nak beli kelapa tua. Kalau urusan kelapa tua biasanya dearest hubby yang uruskan, dia pun terpinga-pinga mula-mulanya sebab tiba-tiba ada permintaan kelapa tua. Memandangkan hubby masih berada di luar kawasan rumah terpaksalah tukang kebun kumpul-kumpul dulu yang dah berguguran check yang masih boleh digunakan dan kumpulkan ke satu tempat dulu sambil-sambil kemaskan area bawah pokok kelapa. Syukur Alhamdulillah dapatlah capai target no. permintaan Adik Azwan. Tukang kebun kagum adik Azwan masih muda-muda generation Y ni dah ada azam nak buka kedai bekal santan sendiri di kawasan kediamannya. Adik Azwan sekarang mencari pembekal kelapa untuk santan, jika ada sesiapa yang boleh bekalkan kelapa di sekitar kawasan Ipoh bolehlah contact adik Azwan (azwanbiz91@gmail.com). Kebun Bahagia Bersama mendoakan supaya perniagaan adik Azwan berjaya berkat usaha gigih.

Selasa, 25 Februari 2014

Jasmine Queen Blossoming

 Setelah musim kemarau melanda Kebun Bahagia Bersama dah berminggu-minggu masuk tahun kuda ini berterusan, minggu ini kelihatan banyak jenis pokok buah atau bunga sudah mengeluarkan putik-putik bunga yang banyak luar biasa dibandingkan dengan musim lain. Ya, ada juga hikmahnya musim kemarau ini, pokok-pokok bunga jenis yang dah lama tidur tak nak berbunga-bunga tu dah dipaksa oleh mother nature untuk bangun menonjolkan potensi berbunga mereka. Bukannya selama ni mereka tak cukup baja selama ini, agaknya terlebih dimanjakan atau dibelai. Dari desakan mother nature memberikan cuaca yang sebegini sekarang, maka barulah mereka mula nak bangun dari tidur. Tambahan pula, tukang kebunnya pun tak de kuasa nak keluar panas-panas cuaca sekarang. Dari minggu lepas, Queen of the night memberikan bergugusan kuntuman bunga sangat meriah. Apabila waktu malam bunganya kembang kalau dah banyak begini dari jauh pun kalau hidung tersumbat pun memang boleh hidu bau harumannya yang sangat kuat. Mabuk, overdose kalau lama-lama dekatnya begini hehehe....Daun yang kering tu takpe dibiarkan gugur jadi kompos, kitar semula biasanya musim kering sebegini.
 Semalam, Fanciful Finery memberikan kembangan bunga N0. 4 , tiada kalah dengan kakak-kakaknya sebelum ini.
 Ingat tak kisah, tukang kebun kasar sangat berus-berus dengan jari sendiri nak hilangkan bena -bena ada satu pokok Fanciful Finery terpatah pula 3 bud bunga yang terbesar. Bena dah tiada selepas tukang kebun hanya jirus-jirus air sambil kasi buang bena pakai jari je. Itulah kaedah tukang kebun lupuskan bena-bena tak perlu nak buat resepi organik spray apa-apa. Pakai spray dengan air je sambil buang-buang bena yang bertapak di pokok tersebut. Siapa geli boleh pakai sarung tangan, setelah bertahun tukang kebun dah immune. Bila dah pegang-pegang tu make sure cuci tangan dulu ya supaya tak transfer pula si bena tu kat pokok lain. Cuma nak hati-hati janganlah kasar pula dan tergopoh-gapah sebab dah senja macam tukang kebun. Cara yang cepat nak hilangkan bena-bena yang mula menapak.
 Kembang serentak dengan pokok lagi satu semalam, merasalah juga tengok kembangannya dari pokok lagi satu ini. Yang pokok daylily di sebelah sini pun tak pernah beri baja sebab selalu daun dari pokok pink guava (tak ingat nama dalam Bahasa Malaysia?) luruh di bahagian sini dan dibiarkan mereput jadi baja. 
 Semalam tak posting bukan sebab Monday blues sebab nak selesaikan penghantaran Pos Laju dan regular postage sudah selesai diproses semua semalam. Sekarang sudah ada di tangan Pos Malaysia dan tracking no. untuk penghantaran Pos Laju sudah dimaklumkan.

Ahad, 23 Februari 2014

Cosmos Carnival

 First half bulan February yang kemarau ni, pokok-pokok bunga cosmos makin menggalak berbunga pelbagai lokasi di Kebun Bahagia Bersama. Serangga-serangga pun suka sangat melepak atasnya, gambar atas cuba teka 2 jenis serangga apa dan gambar bawah ada apa?
 Pokok cosmos baka ini, tumbuh sangatlah tinggi melebihi bahu tukang kebun, pandangan dari bawah bunga cosmos.
 Nasib baiklah tukang kebun tak potong buang rangka pokok roselle yang dah habis hayat tumbuh sini dahulu. Bahagian pokok tu masih ada rangkanya separuh ditinggalkan sebab malas nak tarik nanti habis pokok-pokok bersebelahannya terganggu. Bolehlah jadi support untuk pokok cosmos yang tinggi lebih 1 meter ini untuk berdiri dan dapat banyak cahaya matahari.
 Ni baru jelas nampak ada ranting-ranting pokok roselle yang dah habis hayat masih berguna untuk menyokong pokok cosmos yang tak putus-putus menghasilkan bunga sejak tahun lepas.
 Sekarang ni setelah si pokok cosmos pula dah berabis pulun berbunga musim kemarau, si FUJI morning glory pula mula memanjat rangka roselle nak tumbuh tinggi catch up dengan pokok bunga cosmos yang juga mendapat sokongan dari rangka roselle. Dah habis season cosmos ni, cuci mata dengan FUJI pula di lokasi ini sambil propagate pokok.
 Rangka roselle ini pun sebenarnya bukan menjadi penyokong kepada COSMOS dan FUJI sahaja, tetapi si terung susu kambing yang tinggi melampai dah mula berbunga. Tak dapat nak tarik rangka juga sebab di kelilingnya ada banyak bawang-bawang bunga yang tumbuh. Pokok Cili Tapurak juga bahagia disebelahnya. Terdapat pelbagai jenis tanaman di keliling rangka roselle, berguna juga tak perlu susah-susah nak cari pancang.
 Pokok-pokok cosmos gloria juga tidak ketinggalan memeriahkan KKB bulan ini.
 Pokok Cosmos Purity White pun pokoknya tinggi elok bagi sokongan (err...tukang kebun panas-panas ni malas) juga galak berbunga (banyak bud bunga tunggu masa nak kembang dalam gambar bulan lepas).
 Kesian dia dahlah tak kena siram musim kemarau, terus terbaring atas tanah tapi masih berhempas pulas beri kembangan bunga (kemarau, hose air tu tak sampai nak menyiram kat sini) dah jadi macam wild flower atas rumput. Tunggu nak kutip benih je.
 Tak ketinggalan cosmos ni pun nak galak berbunga (fresh ulam raja seeds available). Buat sementara waktu jadi natural covering untuk pokok-pokok yang sensitive panas.

~ Fresh Cosmos Sensation Random Mixed Seeds from Kebun Bahagia Bersama ~
Anggaran 30 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .

Sabtu, 22 Februari 2014

Jambu Mawar (Syzygium jambos)

 Jambu mawar yang ranum baunya setanding dengan bau haruman bunga mawar maka diberikanlah gelaran jambu mawar. Air sulingan dari pokok jambu mawar juga digunakan dalam industri komestik sebagai 'rose water' untuk wangian (kebiasaannya bukan dari pokok bunga mawar tapi dari daun pokok jambu mawar bahannya digunakan untuk memberikan aroma mawar).  Berbeza dengan jambu batu yang bijinya banyak kecil-kecil tu, jambu mawar ada 1 biji besar di dalamnya jadi mudah makan. Buah jambu mawar elok dipetik ketika betul-betul masak. Jenis jambu mawar di Kebun Bahagia Bersama bila ranum berwarna ke arah kekuningan dan bila kita goncong-goncong buahnya boleh rasa bijinya dah bergoyang-goyang tak lekat dengan isi.
 Jambu mawar adalah spesis jambu yang adalah buah nadir di tanahair kita. Bagi mereka yang suka lebah, tanamlah pokok ini bila berbunga berpesta lebah berterbang-terbangan hinggap pada bunga jambu mawar. Masa tukang kebun berdiri di bawah pokok jambu mawar tengah galak berbunga, mereka tak endah pun dengan tukang kebun punyalah menyanyi-nyanyi bunyinya kuat di telinga. Kalau anda adalah animal lover tanamlah pokok ini, memang binatang seperti tupai, monyet, burung, musang dan lain-lain berebut-rebut nak makan buah jambu mawar yang masak. Tukang kebun pun tak sempat merasa tengok-tengok banyak bijinya di bawah pokok mangga, kelapa dan lain-lain yang telah buahnya dibawa lari dari pokok asalnya untuk dinikmati jauh dari peminat atau rival lain. Tapi bulan lepas tukang kebun rasa pelik sangat, tempat di mana ada bekas-bekas buah yang jatuh selepas di makan tukang kebun jumpa banyak kali juga buah langsat yang cantik-cantik belum di kupas dekat sisa-sisa makanan koleksi makhluk bertuah tu. Kenapa pula buah langsat ni tak dimakan yang lain dimakan, hadiah nak kongsi dengan tukang kebun ke? Buah langsat dari mana  pula diambil buat tukang kebun terpinga-pinga intai-intai semua pokok langsat di rumah yang dah besar tapi belum berbuah lagi. Hairan sungguh tukang kebun sebab bukan dari satu hinggapan pokok yang di bawahnya ada sisa campur langsat tapi beberapa lokasi berlainan pada hari yang berlainan. Macam tahu-tahu je tukang kebun takde langsat nak tuai, dibawanya langsat dari kebun siapa pun tukang kebun tak pasti. Tanah-tanah jiran keliling tak nampak pula ada pokok langsat. 
 Iya buahnya kalau dah masak memang mereka berebut-rebut. Dulu ada sebuah pokok dekat dengan halaman depan rumah, big boss dah tebang tak tahan dengan bising musang-musang bergaduh atas pokok jambu mawar masa musim buahnya. Di Zoo Negara Malaysia ada pokok jambu mawar bagi sesiapa yang ke sana teringin nak tengok ada kat tengah-tengah kawasan zon taman burung Zoo Negara. Kalau rajin boleh buat bonsai pokok jambu mawar di rumah jika ruang terhad. Bunga yang telah berguguran dan akan bermula pembentukkan buah.
 Buah jambu mawar kaya dengan vitamin C. Orang barat asyik promote oren mereka kaya dengan vitamin C. Orang zaman kita dulu mana ada oren nak makan masa pakai kapal layar, ini adalah salah satu sumber natural vitamin C baik untuk badan orang kawasan tropika. Ada sumber mengatakan buah jambu mawar elok dimakan oleh ibu yang baru bersalin secara C-section untuk mencuci kandungan (elok mendapat nasihat pakar). Di Indonesia, bunganya diawet sebagai penenang. Kulit kayu pokok jambu mawar dikatakan boleh membantu meredakan asma, bronkitis dan suara serak. Biji buah jambu mawar dikatakan boleh meredakan cirit birit.
  Proses perkembangan buah jambu mawar ranum adalah cepat berbanding dengan pokok buah-buah lain. Harum seperti bunga mawar tapi isinya tak juicy sepert jambu air.

~ Anak pokok jambu mawar ~

1 bekas RM15.00 .

Jumaat, 21 Februari 2014

Telur Masin Percubaan Pertama Hubby

 Rabu lepas senyap-senyap Fanciful Finery beri kuntuman bunga No. 3 tak kalah menawan dengan kembangan kakak-kakaknya sebelum ini. Bahagialah hati tukang kebun dengan daylily dan lilium berbunga serentak menjamu mata di kebun sendiri. Terima Kasih juga kepada Samarinda at Gardener Wanabe, Gardener Ayu di Lembah Klang dan Gardener Ayu A. di N9 memberikan feedback mengenai Fanciful Finery. Wah kembangannya hampir serentak walaupun di negeri berbeza.
 Febbie anak angsa tukang kebun sekarang kalau lambat pada pagi kasi makan, dia dah pandai selit keluar jalan seekor-ekor sendiri. Nasib baiklah biological parents Febbie pun turut ambil alih jaga dia masa ibu ayam Febbie terkurung lagi dalam kandang. Dah 2 kali tukang kebun terserempak dengan biawak di luar kandang Febbie and Family. Dahlah yang masih jenis kecil boleh selit dalam kandang kalau nak. Syukur Alhamdulillah, biological parent Febbie yang besar-besar tu pun kenal Febbie adalah anak mereka. Pada mulanya tukang kebun risau juga takut mereka attack Febbie, ingatkan outsider. Lega hati, jadi Febbie kira akan terselamat dari dibuli sebab semua pet macam accept Febbis part of the clan sudah. Tukang kebun rasa antara 3 angsa ni yang bonggol kepala warna oren tu mungkin si ibu sebab dia yang lebih suka intai Febbie. Pastu nak sama-sama masuk pulak si bertiga ni dalam kandang, kekadang terpaksa diangkat seekor-ekor besar angsa ni macam kucing keluar kandang degil tak mau. Setiap hari makin manja dulu lambat bagi makan digigit-gigitnya tapak kaki tukang kebun, tak delah sekuat hati, gigitan manja tapi masih rasa nyilu-nyilu gak...Ouch! Errr...kalau digigit sepenuh tenaga, boleh bayangkan betapa tajam gigi angsa ni. Sejak ada Febbie ni doklah gesek-gesek angsa-angsa dewasa ni dekat kaki tukang kebun macam pet kucing pulak di rumah nak minta makan. Maybe sebagai penghargaan terima kasih jaga makan minum anak mereka...chewah perasan pulak tukang kebun.
 Percubaan pertama hubby tukang kebun buat telur masin beberapa minggu lalu sebab bini dia tiada mood nak masak lauk telur-telur itik (dah bertimbun telur itik dalam dapur). Dari dibiarkan membazir hubby pun cuba-cubalah buat telur masin, telur masin pun seketul dah mahal sekarang. Kalau makan nasi campur separuh telur masin berapa harganya ya? Kalau lauk ayam seketul pun dah RM3.00 di restoran kawasan KBB.  Tambahan pula kita boleh kurangkan masin telur tu bila home-made. Pandai abang ya first time menjadi, was very impressed. Minggu ni bila dah ada hujan kembali nampaknya itik dah mula bertelur kembali....hmmm...ayam pula tiada seekor yang boleh kasi mengeram. Jangan terkejut pula tiba-tiba ada penghantaran Pasar Online Kebun Bahagia Bersama secara random ada percubaan menghantar telur masin itik KBB atau yang belum masak (tengah fikir sebenarnya cara paling selamat supaya tak pecah, ada permintaan beberapa kali sebelum ini tapi tukang kebun tak berani nak testing).
 Tuaian radish white icicle , sayur raja dan komatsuna nanane tukang kebun campur masak dalam sup tofu telur. Komatsuna nanane semai bulan January dan tuai bulan ini nampaknya sangat sesuai sekali pertumbuhannya adapt dengan perubahan cuaca. Cuma caterpillar gemar gak makan komatsuna nanane sedap gaknya pada musim kemarau kebuluran, ada lubanglah juga sini sana kerja si caterpillar yang kemudiannya tukang kebun eliminate kutip satu-persatu pakai tangan je. Dah besar baru perasan kewujudannya sebab komatsuna nanane tu tumbuh nun di backyard yang jarang tukang kebun jenguk sebab tengok dari jauh macam ok je hidup sendiri atas raise bed daun lebar-lebar. 

 Minggu ini dalam list masuk jenis komatsuna (sawi jepun) baru jenis 'Gokurakuten'.
Anggaran 50 biji benih dalam satu pek RM1.00 .

Khamis, 20 Februari 2014

Pink Heaven

 Sehari lepas Valentine Day (15/02/2014), bahagianya hati apabila kebun bagi hadiah lagi dengan disusuli kembangan bunga pertama dari Pink Heaven. Tukang kebun bila amatinya beberapa hari, rasanya yang ni baka Pink Heaven. Tukang kebun tak label sekiranya ada yang dah berbunga di Petak Hijau, Dr. N (Saujana Utama), Siti S. (Pahang) dan M (Lahad Datu) please give feedback ya sebab tukang kebun agak-agak ni yang Lilium Longiflorum set mixed yang dibekalkan November lepas. Kalau tukang kebun tersilap baka mohon betulkan. 
 Bawang Lilium Longiflorum ni disemai pada bulan Disember lepas dan terkejut tukang kebun tengok cepat percambahannya tanpa dihiraukan. Pertumbuhannya pun agak pesat pada cuaca bulan Disember. Lokasi pertumbuhannya di full sun berdekatan dengan pokok Daylily Fanciful Finery yang kembang sehari sebelum Valentine Day. Pada pertengahan bulan January baru berusia sebulan lebih dan ketinggian baru nak cecah 30cm, alamak nampak ianya telah mengeluarkan bud bungalah pulak. Erkkk...stress kah? (Nampak ada shining spider dok berteduh bawah daun lilium ni?). Gambar pucuk keluar pun ada serangga bertenggek atas daun. Kebelakangan ni, bila snap-snap gambar tengok balik mesti ada gambar wild life juga.
 Dalam dunia lilium ada banyak jenis baka-baka yang berbeza sampai rambang mata tukang kebun nak pilih. Disebabkan kali ini, diberikan peluang kepada gardeners lain juga untuk bersama-sama berkongsi pengalaman menanam lilium, tukang kebun kena buat kaji selidik dahulu dan memilih baka lilium yang berpotensi boleh hidup lebih mudah di tanah rendah Malaysia ni. Yalah bukannya kita semua ada tanah di kawasan tanah tinggi yang udaranya nyaman-nyaman tu, tukang kebun pun dah bersyukur dengan apa yang ada dengan ruang tanah yang ada di depan mata ini maka selagi boleh dipergunakanlah sepenuhnya. 
 Lagipun tak perlu ke mana-mana.
 Kebun di depan mata.
 Where there is a will, there is a way.
 Where this is our kebun smack in the Klang Valley, there is a way around it.
 Dari nampak bud bunga sampai nak tunggu kembang Pink Heaven ambil masa sebulan. Bud bunganya pun perlu masa untuk membesar di celah-celah pokok ulam raja dan rumpai yang tumbuh sendiri.
 Negara Jepun adalah sebuah negara yang bertuah mempunyai pelbagai jenis lilium yang berasal dari situ (native), rambang mata nak buat pilihan. Jadi sebelum rambang mata, setiap jenis baka disiasat dahulu distribution baka lilium tersebut dan geography kawasan lilium tersebut berasal. Lilium longiflorum juga dikenali sebagai Easter Lily, ini orang barat yang kasi nama sebab bunga ini boleh plan bagi kembang masa musim perayaan Easter di tempat mereka. Lilium longiflorum orang Jepun panggil 'teppouyuri'. Yuri tu lilium dan biasa juga diberi nama untuk anak perempuan, teppou sebab bentuk bunganya kembang macam alat muzik trumpet. Berlainan sedikit dengan cara jenis bentuk bunga lilium lain kembang penuh, mungkin ini nampak macam trumpet sedikit. Lilium longiflorum berasal dari kepulauan Jepun zon Selatan yang dikenali sebagai 'Kepulauan Ryuku' yang iklimnya adalah Sub-Tropical. Memadangkan ianya dari kawasan Sub-Tropical berlainan dengan Lilium baka lain yang berasal dari kawasan sejuk, Lilium Longiflorum lebih mudah adapt dengan cuaca yang panas (heat-tolerant). Salah satu sifatnya juga berbeza dengan lilium lain musim bunganya tidak tetap (ikut suka hati dia), tiadalah nak dititik beratkan kepada berbunga pada musim bunga atau musim luruh. Setelah tukang kebun fikir-fikir untuk beginners sesuai untuk mencuba lilium longiflorum dulu untuk mendapat sukses pertama percubaan menanam bunga lilium sendiri di kebun dari bawang. Ya, lilium ini banyak jenis, kekadang susah juga nak jawab pertanyaan mengenai lilium yang bukan dari KBB yang bekalkan, setiap jenis baka lilium ada sifatnya tersendiri sama juga dengan dibincangkan dahulu gladiolus pun banyak jenis. Salah satu langkah, sebelum membeli bawang lilium dan gladiolus adalah ambil tahu jenis sifat bakanya dan tempat pembiakkan mereka. Malahan, ada juga baka hippeastrum/amaryllis yang kembang pada musim winter. Tak semua sama.
 Pada pagi 15hb Febuari lalu dengan hati berdebar-debar intai bunga lilium Pink Heaven dah kembang dengan nampak warna ke arah kemerah-merahan, ingatkan pada mulanya baka 'Miyabi'.
 Keesokkan harinya, pada belah petang Syukur Alhamdulillah setelah berminggu musim kemarau akhirnya dapat rezeki air hujan beri minuman untuk tanaman di KBB. Pink Heaven pun bergembira pada awalnya berbentuk trumpet, jadi nampak kembang penuh pula. Warna kelopak bunganya juga ada perubahan yang ketara pada sebelah pagi, tengahari dan petang mengikut suhu cuaca dalam kebun. Bila pagi dan petang warnanya adalah gelap, manakala tengahari warnanya pudar sedikit. Ini mungkin disebabkan oleh serapan haba pada kelopak bunga tersebut menyebabkan ianya berubah warna. Selalunya untuk warna bunga yang gelap, seperti theory yang kita belajar dulu di sekolah macam kalau pakai baju warna hitam akan serap haba. Kalau warna bunga lilium yang gelap selalu disyorkan tanam di partial shade untuk maintain warna ataupun takut kalau jenis lilium yang tak tahan panas, bunganya nanti tak tahan lama.
 Menarik juga tengok warna Pink Heaven bertukar-tukar ikut suhu cuaca dan serapan haba di dalam kebun. Kali ini dengan saiz bawang Pink Heaven yang diperolehi, tukang kebun rasa saiz yang dapat berikan antara 2~3 kuntuman bunga. Kalau bawangnya lebih besar maka lebih banyak bud bunga yang akan diperolehi. Rakan gardeners lain bagaimana pula, dapat berapa kuntum bunga (tukang kebun punya saiz paling kecil)?
 Mula-mula tukang kebun ingat pokoknya terlebih stress sebab dibiarkan sahaja tumbuh naturally dengan rain water, tapi semasa bud bunga dah keluar pokoknya masih meninggi dan membesar bud bunga tersebut. Anggaran ketinggian pokok pink heaven ini kali ini ialah 50cm. Baka lilium longiflorum boleh tumbuh mencecah 1 meter. Akhirnya bud no. 2 kembang pada 18/02/2014. Menarik tengok perbezaan warna bunga kembang baru dan kembangan tua nak dekat tengahari buta.
 Sekarang ni tukang kebun tengok warna bunganya dah in sync ronanya ikut cuaca. Bawang lilium seelok-eloknya tanam dalam tanah sekurang-kurangnya 10~15cm dalam. Bagi gardeners yang pernah tengok bawangnya akan faham sebab bawangnya besar. Baja? Kalau tanah dah subur rumput tumbuh bagaikan nak rak nak mencabut sentiasa rasanya dah tak perlu pun tak pe. Kali ini tukang kebun langsung tak sediakan baja, tengok kawasan ni asyik penat je nak cabut weed menggila dengan ulam raja tak berhenti-henti beranak membuatkan tukang kebun malas nak bagi baja. Kalau rumput tumbuh subur, petanda tanah pun tak kekurangan baja bila pernah beri baja dahulu. Kadangkala bukan hanya sebab ingat pokok tak naik-naik sebab baja, ada kebarangkalian faktor lain juga. Ada bahaya juga terlebih baja, tengok jenis-jenis baja kalau terlampau banyak letak lama-kelamaan akan tukar pH tanah tersebut samaada bertambah ber-asid atau ber-alkali. Jenis-jenis tumbuhan juga ada preference pH-nya jadi lebih baik sederhana dalam memberikan baja dan juga air. Kadangkala pH tanah tersebut juga menjadikan faktor kenapa sesuatu tanaman tidak menjadi. Kalau air banyak pastu tanah pula jenis tak poros maka reput juga nanti bawang lilium. Selalu disyorkan elak tanam bawang lilium pada jenis tanah clay atau liat sebab takut bila musim hujan nanti ada kemungkinan bawangnya makin reput dan mudah sakit. Kali ini tukang kebun plan setelah habis ianya berbunga, bunga layu tu potong, biarkan ia naturally RIP. Tukang kebun tak gali keluar bawangnya akan dibiarkan ianya tidur dan bangun lagi sekali untuk kitaran hidup seterusnya secara semulajadi. Tanah di lokasi ini untuk bebawang lilium setakat ini syukur alhamdulillah mereka boleh bertapa dengan selesa di dalam tanah.