Halaman

Ahad, 30 Mac 2014

Pemberian Putih Tak Putus-Putus

 Seperti yang dilaporkan minggu ini warna putih memang dominant di Kebun Bahagia Bersama. Di penghujung bulan March ini apabila buat pusingan di bahagian belakang Kebun Bahagia Bersama yang jarang di jenguk musim kemarau ini kecuali pada hari cuti, banyaknya benda putih-putih dikeluarkan dari hasil pokok. Syukur Alhamdulillah bukannya bena-bena putih yang kelihatan tapi yang menghiburkan hati si tukang kebun. Tiga antara pilihan benda-benda putih tersebut dicatatkan hari ini dari belakang Kebun Bahagia Bersama setelah baru masuk dari kebun menanti Chef dengan menu Jepun tengaharinya. Minggu ini beberapa pokok limau kasturi memberikan kejutan menghasilkan banyak bunga. Pada awal pagi tatkala embun ada sungguhlah wangi keharuman bunganya menusuk kalbu.
 Bukan tukang kebun sahaja bahagia tetapi pelbagai jenis lebah bertandang bahagia mengisi perut tanpa menghiraukan kehadiran tukang kebun. Menari-nari berterbangan mereka hinggap dari satu bunga mekar ke satu lagi dan kekadang berpusing-pusing kembali kepada bunga yang sama menyebabkan peratusan success polination bunga limau kasturi adalah sangat tinggi. Sebagai contoh gambar di atas si Dia yang besar bersayap biru berkilau-kilauan asyik menghisap madu bunga dari pokok limau kasturi yang sudah belasan tahun berada di sini. Pokok limau kasturi ini dari tukang kebun sekolah menengah lagi memang dah berbuah dan sehingga sekarang memberikan kami rezeki. Tahun lepas ada tukang kebun setelah pruning berikannya baja tahi kambing.
 Yang pasti menggembirakan hati big boss ialah beberapa hasil pokok limau kasturi yang tumbuh dari semaian tangannya hikmah dari musim kemarau tahun ini, pertama kali berbunga. Subhanallah pertama kali pokoknya berbunga, merimbun pula tu bunganya penuh satu dahan seluruh pokoknya menarik perhatian tukang kebun. Walaupun pokoknya tiadalah nak dilabelkan sebagai Miss Universe, ada lubang sini sana daunnya kena makan, ada nampak sakit daun sini sana tapi bila dah keluar bunganya meriah setiap ranting atau dahan. Tukang kebun biarkan sahaja sebab ini lumrah dalam kebun bukan manusia sahaja yang ada tetapi pelbagai makhluk lain juga dalam satu eco-system yang balance (give and take serta bersabar, "Everything Happens for a Reason"). Kalau disembur mahupun secara organik ataupun tak organik, serangga baik pun akan tinggalkan kita bukan sahaja yang kita anggap tak baik. Pokok-pokok limau kasturi batch yang big boss tanam ini tidak memakai ruang pun kerana pokoknya meninggi ada yang mencapai 3 meter macam gambar di atas. Itupun boleh kelihatan lebah dalam gambar atas (bulatan biru) gembira menghisap madunya. Tidak tukang kebun risau walaupun tinggi pasti ianya berjaya membuahkan hasil InsyaAllah dengan pertolongan si Lebah-lebah. Kita bagi dia (lebah) makan makanan organik (madu), kita (homo sapien) pun dapat makan makanan organik (limau kasturi) <kononnya You scratch my back and I'll scratch yours>. Hope this pact between us forever will be. Dalam gambar bawah (bulatan biru) sudah kelihatan bunga yang telah berguguran kelopak bunganya, menampakkan pembentukkan buah limau kasturi yang InsyaAllah membuahkan hasil untuk tukang kebun hasil pertolongan si Lebah dalam kebun. Siapa perasan bud bunga pokok cotton bersebelahan dengan bunga limau kasturi?
 Atas pokok Kapas (Cotton bukan Kekabu/Kapok) <info klik sini> sudah nampak macam banyak gumpulan seperti bola salji memanggil untuk dituai. Tak cukup masa pula hujung minggu ini sebab menyelesaikan projek lain dahulu. Ingat minggu depan nak pruning pokok kapas ini sampai tinggal suku ketinggiannya mudah nak tuai dan memberikan pertumbuhan yang baru. Moga dapatlah kutip cukup nak buat bantal peluk untuk Abby (nak kena minta tolong big boss yang jahit).
 Jalan-jalan di kebun minggu ini juga kelihatan banyak pokok bunga spider lily kembang dan berputik. Yang dalam gambar di bawah adalah pokok spider lily bersebelahan dengan pokok jambu yang matang sudah berbuah. Pemerhatian yang belum conclusive 100%, cuma 'hunch' seorang tukang kebun, ada kemungkinan perjalanan atau route tentera anai-anai avoid lalu dekat dengan bawang pokok bunga spider lily. Selain itu minggu ini kelihatan beberapa pokok bunga Hippeastrum Equestre juga telah bangun dari tidur kembang minggu ini.

Jumaat, 28 Mac 2014

Rare Multi-Layer White Balsam Pink Red Blush

 Si pemalu bunga balsam yang berwarna putih berlapis-lapis kelopaknya memakai blusher merah jambu atau merah garang antara yang mewarnai petak sayur di Kebun Bahagia Bersama minggu ini. Ketinggian baka balsam ini adalah jenis rendah ke sederhana. Sesuai dijadikan sebagai border plant atau sempadan adalah juga sesuai untuk ditanam dalam pasu. Balsam juga adalah tergolong dalam jenis pokok annual yang boleh digunakan sebagai sumber makanan jadi sesuai ditanam bersama dalam tapak-tapak sayur-sayuran. Tambahan pula madunya juga sumber makanan kepada serangga-serangga. Ianya membantu beri balance eco-system di dalam kebun organik.
 Bud bunga baka ini yang baru sahaja malu-malu menonjolkan diri sedikit amat menarik kelihatan mirip seperti bunga mawar. Musim cuaca sekarang ini adalah lebih baik menyemai biji benihnya di kawasan yang separa cahaya matahari (partial shade) sebelum dialihkan. Tukang kebun perhatikan di mana lokasi yang partial shade banyak anak-anak pokok balsam tumbuh sendiri (self-seeded) dari minggu lepas dan di kawasan full sun jarang-jarang ada untuk musim ini. Bagi gardeners yang duduk di kediaman yang air restricted, tukang kebun nasihat tanam balsam di kawasan separa cahaya matahari untuk musim ini lebih sesuai atau tapak yang menerima cahaya matahari di sebelah pagi sahaja. Kalau musim hujan, di kawasan cahaya matahari penuh (full sun) lebih berseri-seri pertumbuhannya.
~ Rare Multi-Layer White Balsam Pink Red Blush ~
Anggaran 20 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .

Rabu, 26 Mac 2014

Kerengga dan Kacang Panjang Merah

  Tumbuhan sayur berbunga warna putih juga tak mengalah minggu ini rancak juga nak berbunga seperti Kacang Panjang Merah baka biji benih yang berwarna campuran coklat dan putih (asal usul klik sini). Generasi Kacang Panjang Merah ini amat sesuai sekali dengan cuaca ketika hujan kurang bertandang di kebun. Kekerapan siraman air yang diperlukan juga tidak banyak. Cukup sekadar dari biji benihnya disemai diberikan air sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Di masa darurat air, cukup sekadar berselang hari menyiramnya, tidak perlu siram setiap hari. Ia adalah baka yang tidak memerlukan banyak air. Tambahan pula pada musim panas dan kering, kacang panjang ini boleh ditanam dikawasan yang kurang menerima cahaya matahari (partial shade). Manakala pada musim hujan tanam di kawasan yang menerima cahaya matahari banyak (full sun).
 Jika nampak banyak kerengga di pokok kacang panjang, biarkan pun tak mengapa hubungan mereka memang akrab. Setiap kali musim kacang panjang mula berbunga memang ada kerengga. Kedatangan mereka memberi petanda mendapat rezeki kacang panjang yang ditunggu-tunggu untuk tukang kebun. Musim tuaian juga akan menjadi bertambah panjang jika buah kacang panjang tidak dibiarkan tua di atas pokok.
 Pokok kacang panjang merah yang di dalam gambar ini disemai pada bulan January dan telah bermula memberikan tuaian sejak dalam pertengahan bulan Mac ini. Lokasi ini adalah di bawah kanopi pokok durian atas raise bed dan tanah jenis berpasir. Ianya menerima separa cahaya matahari di musim panas dan kering ini.
 Di lokasi ini memang telah tukang kebun catatkan dalam kepala kini dalam blog setelah confirm beberapa kali memang amat sesuai menanam jenis pokok jenis kacang panjang memanjat kerana telah banyak kali pokok-pokok jenis kacang hijau tumbuh sendiri di sini banyak kali dengan suburnya. Untuk gardeners lain juga bolehlah note di kebun anda kawasan mana paling rancak kacang panjang hidup untuk kitaran tanaman sepanjang tahun lain kali. Gambar di bawah diambil hujung Oktober lepas di mana pokok-pokok kacang panjang hijau tumbuh sendiri dari biji benih kacang panjang hijau yang tidak tertuai (self-seeded plants). Jika cukup cahaya matahari, kacang soya juga telah pernah hidup subur di atas raise bed ini.
 Kini masuk minggu ini, kacang panjang merah boleh dituai setiap hari walaupun pokoknya cuma ada 3 pokok di petak ini. Buah kacang panjang cepat membesar biasanya dalam 4 hari elok sudah untuk dituai. Di nun belakang background tu ada pancang buluh projek baru bermula dari bulan lepas dikerjakan berperingkat bila ada masa terluang.
 Di sini pula cuma dengan keluasan kurang satu meter persegi, tanam dekat dengan rumah pula sebab kalau di kebun edible di belakang rumah sana tak dapat nak siram seminggu sekali pun payah. Jadi dikemaskan kawasan ini yang dahulunya jajahan pokok-pokok bunga telang. Masa untuk explore pula keserasian tanah jenis merah di bahagian atasnya dengan tumbuhan yang mudah untuk hidup di kawasan ini pada musim panas dan kering. Tambahan pula bersebelahan dengan paip air bolehlah selang sehari nak menyiram. Yang ini pula pertumbuhan batch kacang panjang merah yang disemai biji benihnya pada bulan Febuari lepas. 
 Anak-anak pokok bunga telang yang tumbuh sendiri di persekitaran tapak menanam ini masih kerap timbul
 Minggu ini juga di batang pancang yang bertentangan beberapa anak jenis keluarga jenis kekacang juga sudah bercambah yang ditanam biji benihnya secara terus di tapak ianya hendak dibesarkan (direct-sowing). 

Seed Sowing Suggestion Minggu ini for busy beginners: Bunga Telang, Kacang Panjang, Kacang Kelisa, Basil/Selasih.


~ Biji Benih Kacang Panjang Merah (Biji benih berwarna coklat dan putih) ~

1 pek anggaran 15 biji benih RM3.00 .

Selasa, 25 Mac 2014

Orange Jessamine

 Pokok yang menghasilkan bunga yang sangat harum pada musim bunganya dikenali juga dengan nama Orange Jessamine. Jika bunganya ditandang oleh banyak lebah, InsyaAllah akan menghasilkan buah apabila ranum dari berwarna hijau bertukar ke warna oren menjadi kegemaran si Burung. Sungguh pemurah Si Pokok Orange Jessamine memberikan makan ketika berbunga kepada sang lebah, dan buahnya pula menjadi sumber makanan untuk Si Burung. Baunya pula sangat harum dan pokoknya kian terkenal digunakan dalam landscape sebagai pokok pagar (hedge/shrub) memberikan privacy kepada penghuni. Keharumannya adalah bonus. Bunga yang akan menghasilkan buah berwarna oren tersebut rupabentuknya juga menawan seperti gambar di bawah.
 Dalam bahasa Melayu dipanggil 'Kemuning' dan kadangkala digelar Bunga Sedap Malam. Cuma Bunga Sedap Malam kadangkala menjadi kekeliruan kerana terdapat pokok bunga harum pada waktu malam yang lain juga dipanggil nama yang sama. Pokok bunga Kemuning sangat bahagia menerima cahaya matahari yang banyak. Untuk mereka yang kreatif dan penyabar boleh buat bonsai pokok ini. Kalau yang takut ada makhluk yang menyorok  di bawah pokoknya mencari perlindungan bolehlah trim pokoknya seperti gambar di bawah, kasi lapang dan terdedah di bahagian bawah pokok. Pokok yang di lokasi ini dah lebih sedekad mungkin lebih tua dari adik tukang kebun yang baru lepas SPM. Pokok Orange Jessamine juga sesuai untuk dijadikan pokok menumpang tumbuhan lain. Sebagai Contoh, pokok pigeon orkid yang sedang kembang menjadi penumpang di pokok Orange Jessamine di gambar bawah. Pokok Orange Jessamine adalah pokok yang Animal-Friendly dan Plant Friendly untuk tumbuhan yang menumpang.
 Apabila melihat berita nasib Penumpang MH370 pada pukul 10 malam semalam yang diberikan oleh Perdana Menteri kita, pasti ramai hati sayu dan hiba mengenangkan tradegi yang berlaku masih banyak persoalan yang belum dapat terungkai lagi hingga kini. Moga urusan untuk mencari kapal terbang tersebut dipermudahkan dan dapat dipercepatkan. Sebelum berita tersebut diterima kami menonton seketika rancangan mengenai demam denggi sambil menunggu. Jadi pagi-pagi ini tukang kebun dan tukang kebun Ilhan buat spotcheck mana bekas-bekas tumbuhan air diisi air dan dipastikan kesemuanya ada ikan guppy. Tukang Kebun Ilhan pandai menangkap ikan guppy dari dalam kolam di tepi rumah menolong mama dia. Jadi lekas sikit kerja mama dia sambil sidai baju sambil isi air dan isi ikan guppy (dapat multi-task). Semasa membuat tugasan ini, barulah tukang kebun tersedar yang pokok Jasmine Orange sedang berbunga hari ini melalui keharuman bunganya sebab tingginya bahagian berbunga tu lebih tinggi dari tukang kebun. Yang tukang kebun perasan ialah kawasan ini berbau sangat harum dan bukan bau Pigeon Orchid serta bukan bau kenanga di sebelahnya. Bau bunga Kemuning, Kenanga dan Pigeon Orchid berlainan boleh bezakan.
 Pokok-pokok yang berbunga berwarna putih bermusim bunga di Kebun Bahagia Bersama minggu ini. Tapi bila tukang kebun tengok bunga kemuning berbunga meriah hari ini dan keharumannya ku teringatkan pokok bunga berwarna putih berguguran menghiasi pusara. Di manakah kawasan dalam Lautan Hindi pusara MH370 disemadikan? Moga lokasinya akan dapat ditemui secepat mungkin sebelum musim Winter di kawasan tersebut bermula yang akan menyebabkan operasi tergendala lama ditentukan oleh Mother Nature. Bukanlah sesuatu yang mudah di tempat tersebut tetapi Syukur Alhamdulillah banyak negara menghulurkan bantuan kepada negara kita. Bila negara lain menerima musibah, Malaysia adalah antara negara yang pantas menghulurkan bantuan. Selain itu pokok balsam berwarna putih juga menceriakan vegetable patch di Kebun Bahagia Bersama.

~ Pokok Kemuning (Orange Jessamine) ~

1 pot berharga RM10.00 <Hantar pesanan kepada kebunkmg@gmail.com>

Isnin, 24 Mac 2014

Radar Hujan Si Tukang Kebun

 Masuk minggu ini yang mula merungsingkan Tukang Kebun adalah "Adakah hujan akan membasahi Kebun Bahagia Bersama minggu ini?" Memandangkan hujan baru-baru ini adalah bukan secara 'semulajadi' kena 'Induce'. Tambahan pula beberapa biji benih yang disemai minggu lepas sudah pun muncul dan memandangkan kami hanya weekend gardener akan tertanya-tanya nasib anak-anak baru di kebun yang baru timbul. Hujung minggu lepas cuaca panas terik kembali dan tiada titisan hujan di KBB. Lega apabila pagi ini keluar dari rumah ternampak banyak bunga mekar 'Pigeon Orkid' di atas pokok mangga hari ini. Bila tukang kebun pandang langit cuaca panas sejak awal pagi dan tiada pun awan cerah benderang. Tetapi disebabkan keliling Kebun Bahagia Bersama tiba-tiba hari ini menjelma Si 'Pigeon Orkid' di pelbagai lokasi dan semerbaknya boleh tahan, tukang kebun yakin hujan akan melawat Kebun Bahagia Bersama minggu ini. Rasanya hujan lebat yang akan datang ni, tengok gaya meriah Si Pigeon Orkid kembang. Pigeon Orkid adalah antara radar hujan yang memberikan maklumat hujan akan ada kepada tukang-tukang kebun di kebun sendiri yang telah dibincang di posting lepas (klik sini).
 Tiba-tiba hari ni banyak kembangan Pigeon Orkid yang bergayut di atas pokok mangga. Pergi ke arah nak kasi makan binatang perliharaan jenis avian di belakang pun yang bergayut di atas pokok pinang juga meriah Pigeon Orkid berbunga.
 Selepas sidai baju di ampaian pergi ke pagar depan nak keluar buang sampah pun yang bergayut di Pokok Bunga Susun Kelapa juga meriah berbunga.
 Pokok Bunga Susun Kelapa juga sepanjang musim kemarau tidak putus-putus memberikan bunga menyerikan laman. Jadi Double Happiness hari ini di atas pokoknya ada bunga di area bawah juga berbunga.
 Dekat lagi dengan pagar depan, Pigeon Orkid yang bergayut di atas pokok belimbing buloh yang berbuah tempoh hari (klik sini) juga mekar berbunga.
 Di atas pokok kemboja Bali Kuning picotee white juga baru tukang kebun perasan ada Pigeon Orkid juga berbunga kembang hari ini apabila pulang dari menghantar pesanan-pesanan untuk gardeners lain petang tadi (Transaction yang complete semalam sudah dipos).
 Pokok Pigeon Orkid tidak perlu tanam dengan pasu. Boleh sahaja ikat akarnya di dahan-dahan pokok lain seperti contoh-contoh pokok yang telah ditunjukkan di atas.
 Batch anak-anak pokok Pigeon Orkid yang tukang kebun ikat di ranting-ranting pokok lain tanpa disedari yang pokoknya dah membesar boleh hasilkan bunga dah hari ini. Seronok tengok hasil saja cuba-cuba seronok syok sendiri dah mekar hari ini.
 Awal tahun ini, ada juga yang telah diikat sana sini pakai kitar semula ribbon ataupun kain perca. Yang belum ada dan berminat nak buat trial tanam pokok pigeon orkid di atas pokok boleh juga dapatkan di Kebun Bahagia Bersama. Tanam atas pokok tidak pakai ruang. Bila kembang baunya pun harum.

~ 1 Bare-Rooted Pigeon Orchid for RM8.00 (hantar pesanan kepada email kebunkmg@gmail.com)~
 Hari ini tiba-tiba warna bunga kembang putih mekar dominasi di Kebun Bahagia Bersama. Antaranya:

 Yang menjadi kegemaran pelbagai serangga adalah Bunga Sakura Putih atau ShiroHanaSakuraTade. Siapa boleh nampak dalam gambar di bawah sekurang-kurangnya ada 3 jenis serangga melepak atas bunga sakura putih ini.
 Bunga Kidneyleaf Mudplantain juga sangat meriah berbunga hari ini.
 Tumbuhan air je lah tukang kebun rajin nak dekat sebab rasa cooling sikit berbanding dengan lokasi lain. Main-main air.

Sabtu, 22 Mac 2014

Air Soda Assam Jawa

 Antara tuaian berterusan bulan Mac ini ialah buah Asam Jawa. Tahun lepas sebab banyak hujan jadi banyak buahnya di atas pokok isinya jadi berkulat. Disebabkan tahun ini pada musim buahnya sedang nak masak adalah kemarau maka ada hikmahnya menjadikan isi asam jawa tahun ini lebih memuaskan dan jarang ada serangan kulat. Mengikut kalendar Kebun Bahagia Bersama biasanya awal tahun adalah musim buah assam jawa. Masa beloved husband ajak dating hujung minggu lepas, rasa rajin nak ketuk-ketuk dahan pokok asam jawa untuk gugurkan buah yang sudah ranum. Kalau yang dah masak sangat bila jatuh kulit buahnya mudah pecah dari ketinggian sekurang-kurangnya 3 meter. Jadi yang mana kulitnya dah terpecah, tukang kebun kupas keluarkan isinya dan yang tak pecah disimpan di tempat kering sebagai stok.
 Pertama kali tukang kebun dengar boleh buat air soda asam jawa (tamarind soda) dari Puan Wan author Cooking Varieties blog (resepi ada diblognya) tahun lepas dan dah KIV teruja nak buat. Tapi baru ada kerajinan nak cuba dengan tuaian kali ini, itupun diserahkan projek tersebut kepada beloved husband. Walaupun ada pelbagai version nak buat air soda asam jawa, persamaannya mula sama adalah nak buat concentrated air asam jawa dulu seperti kepekatan cordial jual di kedai itu lah. Isi asam jawa direbus dengan air dan ditambahkan gula perang (brown sugar) sampai air menjadi pekat (lebih kurang sejam) supaya hasilnya boleh tahan lama simpan dalam peti ais. Berapa banyak brown sugar ikut taste masing-masing letak sikit-sikit takut over pula sebab airnya makin mengurang. Beloved husband follow resepi dari blog 'The Food On My Beard' letak secubit garam.
 Air asam jawa sedang mendidih. Nanti tapis airnya dan picit isi-isinya. Kemudian bolehlah campur concentrated air asam jawa tadi dengan air soda sejuk seperti Ice cream soda atau sprite. Letak ice macam perasaan bersantai. Kalau suka bolehlah perah lemon.  Konon-konon nak menghadapi musim kemarau ni nak pelbagaikan pilihan minuman dari kebun sebab kemarau ni tak berapa selera nak makan bolehlah boost energy dengan liquid. Dalam bulan March ini kalau tengok menu minuman, syukur alhamdulillah dalam seminggu boleh berpusing dengan air roselle, bunga telang, markisa, serai, air soda assam jawa dan lain-lain supaya anak-anak tak jemu. Syukur Alhamdulillah petang lepas projek mencuba-cuba air serai dan air soda asam jawa setelah sekian merindui hujan dah turun, jemuran terbasah sebab keluar sekejap lupa nak angkat kain di jemuran dulu. 
  Air soda assam jawa home-made juga bolehlah difikir menjadi minuman untuk Musim Raya nanti sebab tak banyak pakai ruang nak simpan concentrated air asam jawa tersebut. Yang ingin menyajikan minuman home-made sendiri (jimat) seperti air bunga telang dan roselle, tukang kebun congak-congak elok semai biji benihnya bulan ini ya supaya sempat nak mula tuai bahannya bila nak dekat masuk raya Aidilfitri nanti.
 Bulan Mac ini juga, buah asam jawa adalah antara tuaian dari Kebun Bahagia Bersama yang dimasukkan dalam pek Pasar Online Kebun Bahagia Bersama.

~ Pokok Asam Jawa ~
1 pot for RM15.00 .

Jumaat, 21 Mac 2014

Cuit-Cuit Cosmos Caudatus

 Bukan semua jenis cosmos boleh dimakan tapi yang amat popular di Malaysia menambat ramai hati orang tempatan ialah Cosmos caudatus yang pucuknya famous sebagai local salad kita. Siap diberi nama ulam raja, raja segala ulam. Apabila musim bunganya tiba, popular menjadi tarikan pelbagai jenis lebah sebagai sumber makanan mereka juga. Posting kali ini adalah untuk mencuba membantu memberikan jawapan yang telah beberapa kali diterima:

Bilakah masa sesuai boleh tuai pucuk pokok ulam raja? 
"Lantas membantu mempercepatkan memperbanyakkan ranting-ranting pokok ulam raja (jadi more bushy bukan meninggi setangkai sahaja) merimbun apabila kerap dituai".

 Tidak perlu tunggu pokoknya tumbuh meninggi, bila dah anggaran 30 cm seperti gambar di bawah boleh sudah tuai pucuk-pucuk muda ulam raja. Untung tanam ulam raja apabila disemai dari biji benih kurang dari 4~6 minggu (ikut faktor keadaan cuaca) dah boleh mula menikmati hasilnya untuk memulakan kepada kehidupan lebih self-sustainable.
 Sebagai contoh: Bulatan berwarna ungu adalah kesan pucuk ulam raja yang telah dituai beberapa hari lepas pada ketinggian pokok anggaran 30cm dan gambar diambil pada 13hbMarch2014.
 Progress pertumbuhan side shoot amat ketara pada 19hbMarch2014 pada pokok yang sama. Beberapa hari lagi nanti bila pucuk muda pada bulatan warna kuning dah membesar bolehlah tuai di situ pula menjadikan pokok ulam raja berterusan menghasilkan ranting-ranting baru (proses branching).
 Minggu ini memang masa amat sesuai untuk menyemai biji-biji benih Cosmos caudatus. Di Kebun Bahagia Bersama sudah beratus-ratus biji benih bercambah sendiri merata-rata bangun setelah hujan bertandang beberapa hari ini. Dalam gambar sebenarnya bukan atas tanah betul biji-biji benih ulam raja bercambah sebenarnya tanah pasir terkumpul sedikit di bawah lereng car park bersimen. Kedalaman tanah di situ pun kurang 2cm dan menunjukkan cuaca sekarang moisture tidak cepat hilang dapat menampung biji-biji benih ulam raja yang sudah lama tidur di situ boleh bangun dan bercambah dengan baik walaupun kedalaman tanah cuma ada 2cm sahaja. Hujan yang turun sekarang adalah bukan secara semulajadi tetapi kena 'induce' sebab sudah darurat air di beberapa daerah dalam Malaysia. Tambahan pula dengan masalah jerebu yang kritikal. Sudah diplan sekitar MH370 hilang sebelum perkara yang tidak diingini ini berlaku oleh Kerajaan untuk projek pelancaran menghasilkan hujan. Tetapi disebabkan misi mencari MH370 terpaksa ditangguhkan supaya cuaca adalah baik semasa belum dapat dipastikan ke arah mana sebenarnya menghala. Setelah dipastikan tiada MH370 di sekitar Selat Melaka dan Laut China Selatan maka operasi induce hujan dijalankan bila Perdana Menteri announce hujung minggu lepas. Tukang kebun nak observe dahulu cuaca minggu depan lagi bagaimana rentak hujan jenis yang kena 'induce' ni. Ulam raja InsyaAllah tiada beberapa masalah kalau pada awal pertumbuhannya dah tumbuh dengan baik dalam umur 4~5 minggu selalunya dah stabil dan boleh mengharung pelbagai perubahan cuaca. 

~ Biji Benih Ulam Raja (Anggaran 50 biji benih dalam 1 pek for RM1.00) ~
ataupun yang ingin instant,
~ Anak Pokok Ulam Raja (1 pot for RM4.00/ 3 pot for RM10.00) , yang boleh mix dengan tumbuhan lain dalam page ' 3 plants mix for RM10'.

 Kebun Bahagia Bersama sangat bersyukur kerana salah seorang team members kami mendapat keputusan SPM yang baik baru-baru ini. Tahniah kepada adinda dan kami rasa bangga dengan adinda you did your best mendapat keputusan 9A dalam aliran Sains Tulin serta pelajar paling cemerlang di sekolahnya. Semestinya adinda telah membuat hati big boss gembira sekali dan menarik nafas lega anak bongsunya juga InsyaAllah ada peluang untuk melanjutkan pelajaran ke University (Big Boss di bawah bayu mesti tak tido lena semalam adik). Macam-macam semalam, Ilhan pula kali pertama gigi susunya patah. Nak tahan gelak juga tengok aksi dia. Kenapalah si Ilhan ni lepas kelas Piano balik rumah ternampak ada tembikai yang unclenya dah potong untuk bahagian anak-anak saudaranya selepas dikongsi dengan Sugar Glider perliharaannya atas meja makan. Dia punyalah syok makan duduk dekat meja tiba-tiba air mata mengalir-ngalir tersedu-sedu bila ditanya giginya patah. Depress sekejap sebab dia ingat giginya nanti tak tumbuh lagi. Mama dia ambil kesempatan, itulah Ilhan bila mama ambil dekat sekolah asyik nampak ada manisan dekat tangan buat gigi cepat reput je. Abby pula demam. Sebelum tu Rayyan yang demam. Rumah pula masalah elektrik.

Rabu, 19 Mac 2014

Pembawaan Hujan , Yesterday Double Happiness

  Datangnya rezeki hujan kembali, memberikan beberapa bentuk happiness kepada seorang tukang kebun semalam. Antara happiness yang diberikan semalam, pilihan double happiness tukang kebun semalam ialah Mary Washington Asparagus dan Momo Water Lily. Kalau bukan sebab pada waktu senja tukang kebun bergegas ke backyard sebelum nak masak sayur kacang panjang merah campur ikan bilis goreng kicap yang juga baru sahaja dituai nak pergi  kutip buah-buah mulberry untuk Abby. Baru perasan yang Mary Washington Asparagus pokok terbiar berusia 2 tahun mengeluarkan 2 happy spears di petak F. Hujan yang lebat menyebabkan pokoknya rebah ke tanah. Hari ini kalau nak dituai boleh sahaja sebenarnya tapi hati masih berbelah bagi, nak kasi pokoknya kumpul tenaga membesar lagi setelah kemarau ataupun nak isi perut. Tengah fikir-fikir sebab ingatkan hari ini dapur cuti sebab hubby layan big boss-boss dinner malam ini.
   Momo waterlily juga bangun menghiasi Kebun Bahagia Bersama semula semalam rindukan hujan agaknya setelah lama tidak dibasahi air hujan. Lambat juga dia bangun kembang semalam pukul 9 belum lagi kembang penuh baru nak mengeliat agaknya Sleeping Beauty ni.
Catatan Tukang Kebun: 

 Semalam bila diintai Petak D, terkejut tengok bendi yang disemai dah 6 minggu lebih lamanya tiba-tiba bercambah dengan kedatangan hujan. Biasanya biji benih bendi average kurang 7 hari dah bercambah. Yang kelakarnya diperhatikan biji-biji benih morning glory yang disemai bulan lepas setelah hampir sebulan baru mula nak bercambah minggu lepas seakan sama dengan baru sahaja yang disemai timing anak-anak pokok timbul hampir serentak. Manakala yang baru disemai hujung minggu lepas sudah pun bercambah. Pada musim kemarau dan musim hujan percambahan bendi dan morning glory secara kaedah 'direct-sowing' di tapak terus dalam faktor persekitaran full sun terdedah pada element persekitaran normal semula jadi setiap hari adalah sangat berbeza. Walaupun disiram, faktor suhu tanah memainkan peranan untuk biji-biji benih tersebut rasa timing yang sesuai untuk ianya bangun dan keluar bercambah dari tanah. Setiap jenis tumbuhan ada range 'Suhu Optimum' yang berlainan untuk ianya bercambah. Bagi biji benih apabila instruction 'Suhu Optimum' bukan adalah suhu di udara di mana manusia juga boleh rasa dengan deria kulit kita. Tapi bagi biji benih yang nak bercambah 'suhu tanah' atau medium percambahan yang digunakan di persekitarannya yang hendak di ambil kira (untuk mengelakkan kekeliruan). Musim kemarau cuba jalan kaki rasa tanah masa malam dan siang ada perbezaan banyak juga. Musim kemarau lepas jalan kaki atas tanah tengahari buta tak sanggup nak dibuat oleh tukang kebun. Begitu jugalah dengan biji-biji benih tak sanggup dia nak menjelma lagi kalau tidak dibelai dan dilindung. Rumput yang selalu hijau subur pun sudah berwarna coklat kering setelah kemarau lama. Biji-biji benih sudah diprogramkan untuk bangun mengikut kesesuaian dirinya hendak tumbuh semasa stage seedlings (anak pokok) apabila tanah di sekeliling benih tersebut adalah within 'Suhu Optimum'. Kebiasannya pada 'Suhu Optimum' bendi dan morning glory hanya mengambil masa 2~3 hari nak bercambah. Di luar range 'Suhu Optimum' akan mengambil masa lebih lama untuk bercambah. In Kebun Bahagia Bersama case, morning glory yang disemai pada bulan Febuary bulan lepas (musim kemarau) baru nak cambah, yang disemai minggu lepas hampir semuanya dah bercambah minggu ini.

Yang ingin mencuci mata bolehlah intai ke page Morning Glory (Ipomoea) <Klik sini>.
  
Sowing Suggestion this week: Bendi, Roselle, Komatsuna, Ulam Raja dan Morning Glory (Ipomoea). <Pemerhatian planning tukang kebun benih yang muncul sendiri dan mengambil perkiraan cuaca yang akan datang overlap dengan musim bunga atau tuainya kemudian>

Selasa, 18 Mac 2014

Air Serai

 Jerebu minggu lepas rasa macam effect juga badan rasa lemau sungguh tidak dapat fokus asyik ngantuk je rasa. Sabtu lepas pun terasa hairan, Ilhan yang balik dari kelas tambahan mengaji di Sekolah Agamanya, lepas mandi sebelum masuk pukul 11AM terlelap sampai pukul 5 lebih yang perlu dikejutkan. Abby juga begitu bila ke kebun sekejap tengok terlelap atas kerusi. Anak-anak tertidur tiba-tiba beloved husband ajak keluar dating pula, dating kat area belakang kebun je, katanya dah lama tak meronda area di bahagian belakang. Memandangkan sudah ada beberapa rumpun serai cukup untuk stok berterusan tahun ini dan ada yang perlu dikemaskan, tukang kebun bagi homework dekat beloved hubby buat air serai. Kali pertama minum air serai adalah di dapur MakcikManggis bukan secara cyber tetapi memang langkah kanan secara reality akhirnya tercapai. Teringat cerita MakcikManggis katanya Buddhist Monk di Janda Baik mengamalkan minum air serai maka teruja juga nak mencubanya. Elok minum air serai lepas makan untuk menghilangkan senak perut, kembung perut dan membantu melancarkan pencernaan sesuai bukan sahaja untuk orang dewasa tetapi kanak-kanak juga. Ya sangat membantu dalam menghilangkan senak perut lepas makan apabila tukang kebun cuba beberapa kali, satu herba yang bagus tidak perlu beli ubat yang telah diproses, bukankah baik secara semulajadi bahan yang kebiasaannya mudah didapati dari kebun sendiri walau sekecil manapun.
 Sebagai gambaran isi sebanyak satu jug air ke dalam periuk dengan beberapa batang serai yang dah diketuk, letak 1~2 helai pandan, letak gula batu dan panaskan. Itu sahaja. Kalau tak nak pakai gula batu pun tak pe, kemudian lepas direbus, cool down boleh campurkan dengan madu. Sebagai option untuk yang suka boleh juga perah lemon/limau kasturi and mix pun boleh. Untuk resepi terperinci boleh jenguk di dapur MakcikManggis. Sedap diminum samaada sejuk atau panas. Tukang kebun kali ini pakai gula batu sebab anak-anak ni tastebud masing-masing lain. Si Ilhan tak suka masam-masam. Tetapi Rayyan geng dengan tukang kebun suka perah lemon dalam air serai. Air rebusan serai tidak berwarna. Pada musim panas kalau letak ais rasa sangat refreshing badan segar jadi alert kembali hilang rasa-rasa lemau. Ingatkan budak-budak ni tak minat nak minum air serai berebut pula dengan tukang kebun. Terpaksalah beloved husband buat lagi satu batch untuk stok tukang kebun.
 Syukur Alhamdulillaah mulai minggu lepas, selang sehari rezeki kutipan mulberry average sebanyak ini memang anak-anak puas makan. Cuma pada hari bekerja kekadang tidak terambil jadi bila hujung minggu yang belum hampir hitam keseluruhan pun tuai sajalah, Rayyan suka buah masam-masam dan Abby pula Sweet-tooth. Bulan March ini untuk Pasar Online kadangkala dimasukkan sekali batang-batang serai dengan masih akarnya ada intact kalau ada yang ingin menanamnya semula. Kalau di pasar malam biasanya akar dah dipotong jadi susah nak tanam balik. Yang tukang kebun masukkan boleh pilih mana yang terdapat banyak sekali akar boleh cuba tanam kembali sekiranya tiada pokok serai di laman lagi.
 Selain dari masakan, serai juga boleh buat air minuman yang sedap. Bolehlah rajin-rajin tebas rumpun serai yang dah overdue tu cuba buat air serai. 2 gelas berwarna coklat tu bukan air serai. Projek beloved husband juga untuk pelbagaikan pilihan minuman dari bahan yang boleh didapati di Kebun Bahagia Bersama. Cuba teka air apa?

 Bagi yang inginkan tumbuhan serai di kebun boleh dapatkan serai yang telah mempunyai akar yang Kebun Bahagia Bersama boleh bekalkan untuk terus ditanam di kebun.

~ Serai dengan akarnya (moist bare-rooted) ~
7 Batang serai bersama akarnya untuk RM4.00 .

Segala pertanyaan boleh hubungi melalui email (kebunkmg@gmail.com).

Boleh juga campur dengan tanaman lain di page kami '3 plants mix for RM10.00' (klik sini).