Halaman

Jumaat, 31 Oktober 2014

Mammoth dah boleh Makan

  Hari ini tukang kebun nak update kisah patch bendi mammoth yang dari biji-biji benih reject dan selepas merumput awal bulan lalu serta diletak sabut-sabut dikelilingnya (previous posting klik sini). Dengan cuaca sekarang tanpa dihiraukan, tanpa siraman dari tukang kebun cuma mengharapkan air hujan, Syukur Alhamdulillah minggu ini dah boleh kutip hasil pertama. Tak lama pun nak tunggu dari semai sampai berbuah tak sampai 2 bulan ikut rentak nature. Mudah sahaja menanam bendi sesuai untuk mereka yang sibuk berkerja dengan cuaca sekarang.

Semai biji benih ~ less 5 minutes.
Transplanting dan kemas petak ~ 15 minutes
Weeding and mulching ~ 15 minutes
Watering ~ 0 (rezeki air hujan)
Baja ~ 0 (rumput subur semacam tanah dah cukup subur untuk bendi)

Jadi untuk menanam bendi sendiri dengan cuaca sekarang pada bulan ini adalah bagus untuk gardeners wanna be di Klang Valley.
  Lepas letak sabut-sabut di keliling nak kurangkan rumput keluar dan kurangkan sejatan air dari tanah. Ada sabut di keliling pokok mudah sikit bila ada masa nak cabut rumput-rumput tu. Tengoklah dekat background punyalah tinggi rumput padahal baru sebulan tak potong. Buah bendi mammoth size macam dalam gambar dah boleh tuai. Biasanya untuk elakkan lupa tukang kebun tuai semua je tak kira saiz walaupun 2 inci lagi muda lagi manis. Nanti selalu takut terlajak dah keras terlupa ambil. Bila biarkan buah bendi tua di pokok, production akan rapidly menurun.

~ Biji benih Bendi Mammoth Spineless ~
Anggaran 15 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .

Khamis, 30 Oktober 2014

Zinnia Giant Dahlia Red

  Musim berbunga jenis Zinnia Giant Dahlia Red telah bermula sebelum minggu Hari Raya Haji dan benihnya kalau tak silap disemai pada awal Ogos atau penghujung Julai tahun ini. Tak jemu-jemu memandang tiap hari bulan Oktober ini dengan kecantikannya dan warnanya yang menyala dari jauh boleh nampak. Apatah lagi sekarang ni musim hujan tetapi masih dapat tukang kebun perhatikan dirinya dari kaca tingkap ruang tamu. Zinnia Giant Dahlia berwarna merah ini jenis kelopak bunganya berlapis-lapis. Masa sekuntum bunganya kembang boleh dinikmati sekurang-kurangnya 3 minggu lebih. Kemudian disusuli oleh kembangan kudup bunga yang lain jadi lamalah juga musim bunganya berterusan jika kita rajin potong bunga yang dah layu.

 Tips untuk maintain saiz Zinnia Giant Dahlia bunganya besar: Bila nampak yang bunga lama dah mula layu, cepat pangkas, nanti jika dibiarkan bunga yang nak kembang seterusnya akan makin mengecil. Cahaya yang banyak juga faktor yang penting untuk bunganya kembang cantik.
  Zinnia Giant Dahlia berwarna merah ini memang saiz bunganya besar seperti besar tapak tangan orang dewasa. Sebagai contoh gambar di bawah lihatlah saiz kuntuman bunganya berbanding dengan Tigger yang sedang berdiri di bawah pokoknya. Pokoknya juga jenis tinggi dan perlukan banyak cahaya matahari untuk menjadikan semangatnya berdiri tegak teguh. Kalau tidak akan banyak terpengsan di tanah jika kurang cahaya macam sudut gambar di bawah lebih-lebih musim hujan lebat ni. Saiz bunga pun sangat berbeza jika terlindung.

 Cosmos jenis gloria di sebelahnya pun dah mula berbunga tapi cepat-cepat dipangkas sebab nak kasi pokoknya lebih tinggi merimbun (gambar di atas). Minggu ini mula ada stok beberapa jenis zinnia kembali semula. Begitu juga dengan cosmos juga ada pelbagai pilihan baru re-stock (sekarang kalau cuaca sama dengan Kebun Bahagia Bersama mula musim paling sesuai nak cuba semai jenis species Cosmos bipinnatus).
~ Zinnia Giant Dahlia Red~
Anggaran 20 biji benih dalam 1 pek RM3.00.

  Daun pokok zinnia ni memanglah kesukaan Pak Belalang. Banyaklah design dibuat atas daun zinnia. Kalau sikit-sikit takpe. Nasib bunganya tidak dikacau tempat dia buat berehat je. Mentang-mentanglah zinnia ni kembang saiz besar, sedap pak belalang nak pilih tempat buat rumah masing-masing suka Zinnia Giant Dahlia lebih dari zinnia lain. Ingat dia Thumbelina agaknya. Warna Terang merah dan kuning Zinnia Giant Dahlia ini sesuai nak menyambut Tahun Baru Cina nanti. Kalau semai dalam bulan November, InsyaAllah sempat berbunga.
~ Zinnia Giant Dahlia Yellow~
Anggaran 20 biji benih dalam 1 pek RM3.00

Rabu, 29 Oktober 2014

Zinnia Pink Luminosa

   Antara jenis Zinnia yang mula kembang 2 minggu lepas ialah Zinnia Luminosa Pink. Tukang kebun terpikat sungguh warna kembang pertamanya "HOT PINK" (gambar jadi warnanya tak striking macam reality). Keadaan cuaca juga menentukan rona pink bunganya walaupun sepokok menjadi berbeza-beza ikut keadaan cuaca. Masa panas makin striking ketika kembang pada waktu itu. Masa banyak hujan jadi ke arah pink pastel yang buka kembang pada ketika itu pula ikut mood cuaca.Seperti contoh gambar di bawah, bunga pertama adalah di bahagian bawah yang dah mula layu dan pudar. Manakala bunga pada pokok yang sama sedang kembang di atas warnanya tidak striking seperti gambar di atas tetapi lembut dan seakan berjalur-jalur. Kedua-duanya tukang kebun suka. Zinnia Luminosa Pink jenis bunga berlapis-lapis petalnya. Kembangan saiz bunga Zinnia Luminosa Pink adalah dalam kategori sederhana, takdelah sebesar tapak tangan macam jenis Zinnia Dahlia. Lebih kurang macam Zinnia Cactus saiz bunganya.
~ Zinnia Luminosa Pink ~

Anggaran 25 biji benih dalam 1 pek RM3.


Selasa, 28 Oktober 2014

Rezeki Awal Muharram

   Pada Awal Muharram, dapatlah rezeki membasahkan tekak dengan minuman berkhasiat seperti buah kelapa muda di Kebun Bahagia Bersama. Rayyan dan Abby pun dah berani masuk belakang berjalan-jalan (lately turkey tak kacau mereka).
  Nampaknya tupai pun peroleh rezeki buah betik. Banyak juga tengok buah betik yang dah ranum pada pokok-pokok betik di belakang. Kebelakangan ini sibuk jadi tak berapa mendongak ke atas melihat pokok betik. Tak pe rezeki mereka, InsyaAllah Awal Muharram ni lahirlah banyak anak-anak pokok betik baru hasil dari perkongsian buah-buah betik menyambut Awal Muharram. Pokok-pokok betik di Kebun Bahagia Bersama pun kebanyakkan semua tumbuh sendiri.
  Telur ayam pun semenjak ni tak perlu beli adalah juga dapat sekurang-kurangnya 1 biji sehari. Gali stok kunyit yang dah lama tersimpan di dalam tanah dari Petak A. Hujan banyak ni takut reput pula. Hujan lebat dan angin kencang sekarang mengakibatkan banyak buah markisa tergolek-golek.
  Pelbagai jenis pokok citrus juga rezeki diterima. Pokok limau nipis bergugusan buahnya. Kekadang satu tangkai ada buah lebih dari 7 biji. Bila setangkai banyak buahnya jadi saiznya lebih kecil dari tangkai yang ada kurang dari 3 biji.
  Nangka pun dalam setangkai banyak buahnya. Jadi untuk dapatkan buah yang besar dituai beberapa dari setangkai supaya dapat pembesaran buah yang lebih besar.
  Ubi kayu juga dituai untuk sarapan pagi Ahad. Anak-anak suka ubi kayu goreng tak berapa pandai makan ubi rebus. Sebab yang dituai di tempat partial sun jadi saiz ubi kayunya kecil berbanding dengan full sun.
  Buah-buah ciku juga makin membesar tapi tukang kebun rasa kena tunggu lagi nak dekat 2 minggu baru peak season. Tukang kebun baru perasan akan buah yang diberi oleh jambu bol di belakang. Ianya seakan menghasilkan 2 jenis buah. Yang tukang kebun perhatikan ranum kepada merah buahnya lebih kecil dan tidak berbiji langsung. Manakala yang berbiji buahnya besar warna kulit makin cerah ke arah keputihan dan cuma 1~2 berjalur merah apabila ranum dan kadangkala tidak. Adakah ianya cuma sangkaan tukang kebun semata-mata macam 2 jenis jambu bol pula pokok tu produce. Sangat unik sekali pokok jambu bol 2 in 1. Tukang kebun feel like hitting my head on the tree trunk patutlah ditunggu-tunggu yang buah besar tu tak tukar merah rupanya bila masak memang gitu. Next time I know better. Subhanallah. 
  Untuk menyambut Awal Muharram kami tanam anak pokok durian baka dari kampung big boss yang atuk tukang kebun yang tanam. Sungguhnya tahun ini pokok-pokok durian yang dah berusia lebih 50 tahun tu buahnya sungguh banyak sampai anak-anak, cucu cicit arwah atuk tak larat nak perabihkan makan. Atuk tukang kebun meninggal pada usia muda sebelum tukang kebun lahir lagi. Pokok buah-buahan yang arwah atuk tanam banyak tuannya sendiri tak sempat merasa tapi sehingga kini walaupun agak terbiar tak terbaja masih menghasilkan buah. Sebab tak dapat nak kirim buah durian maka big boss pass biji durian sahaja. Syukur Alhamdulillah semua biji-biji durian tersebut bercambah.
 Gambar diambil dari facebook Big Boss. Aisey bilalah anak pokok durian tukang kebun berbuah nanti ya. Tapi big boss ada kirim tempoyak jadi dapatlah juga merasa masa tuan tanah balik untuk meeting. Sedapnya setiap kali makan bertambah-tambahlah trip tambah nasi ada side dish tempoyak. Nasib baiklah dengan working out di kebun tu memang tak perlu control makan hehehe....
 Semoga masuk tahun baru ini, bersama-samalah kita rajin berbudi pada tanah. InsyaAllah tak rugi, bukan cuma rezeki makanan sihat tetapi nak dapatkan rezeki kesihatan juga ada di situ. Keep yourself fit. You work out, you eat good healthy food. Not only that you spend less on groceries but less paying medical fees. Health is an investment especially when you're young you have to also move your body a lot or else you'll be spending your hard-earn money all for medical problems later for not living in a healthy way in the start.

Isnin, 27 Oktober 2014

Surat An-Nahl (Surah Lebah) (16:68-69)

Red Powder Puff (Calliandra haematochepala)<info click here>

   Sekarang ini makin ramai minat bela lebah di taman sendiri untuk mendapatkan liquid yang banyak khasiat itu. Tukang kebun kerap dapat email tanya pendapat mengenai pokok-pokok bunga yang diminati oleh lebah yang rajin berbunga. Ada juga yang mengadu masalah kekurangan makanan lebah mereka apabila musim bunga buah-buahan sudah habis dan perlu mencari substitute tumbuhan jenis lain yang dapat bekalkan kepada lebah-lebah tersayang mereka sepanjang tahun. Kalau di Kebun Bahagia Bersama bunga berwarna scarlet yang tidak putus-putus berbunga sepanjang tahun yang membuatkan bee buzzing bahagia ialah 'Red Powder Puff' dan 'Ri Ri Ying'. Tidak kira musim hujan atau kemarau berbunga tiap-tiap hari bila pokoknya sudah matang.

Fresh Red Powder Puff available again since last week courtesy of the bees.
~ Anggaran 25 biji benih RM3 ~
Ri Ri Ying (Jatropha pandurifloria) <info click here>

 Semoga tahun baru ini, kita lebih rajin berbudi pada tanah seperti lebah rajin mencari makanan. Seharusnya kita ingat bahawa kebanyakkan pelbagai jenis buah-buahan yang kita nikmati itu, adalah hasil pollination bantuan si lebah mencari makanan pada bunga buah tersebut menjadi punca sukses buah membentuk. Tanpa pertolongan pendebungaan dari lebah yang rajin tiap hari keluar cari makan, tiadalah habuan untuk kita. Bukan sahaja itu, madu yang banyak penawar juga hasil keluaran lebah.

  Tahukah anda semburan racun serangga atau rumpai memberi kesan mudarat yang sangat tinggi kepada populasi lebah di merata-rata dunia ini.

   Bukankah berdosa kita aniaya mereka, Sedangkan dalam Kitab suci Al-Quran adanya surah lebah (Surah An-Nahl).

  For our self-reflection:



Self-Collect day schedule minggu ini:

29th October, Wednesday (9:00PM~9:30PM)

0r

1st November, Saturday (5:30PM~6:00PM)

Ahad, 26 Oktober 2014

More Light on Deepavali

  Pada sebelah pagi Hari Diwali, projek darling husband ialah berhajat untuk buat hard-pruning pokok belimbing besi yang sedang berbunga lebat dan merimbun tinggi mencecah wayar elektrik di sebelah depan pagar rumah. Walaupun kerap berbunga tak pernah (atau tak perasan) berbuah selama ini. Kebetulan sebelum tidur sebelum pruning ada tukang kebun telephone Tuan Tanah tiba-tiba terkeluar cerita pasal belimbing besi depan pagar rumah tu. Tuan tanah kata nak potong pun tak pe kalau asyik merimbun tapi tak berbuah boleh ganti dengan pokok lain kemudian.
  Sebab dah banyak praktis pruning pokok belimbing besi tu, memang cepat darling hubby pangkas dahannya. Sampailah dia panggil tukang kebun ke mari suruh tarik sebab dahan tu nanti sangkut dekat wayar elektrik nak tampung berat dahan-dahan yang dipangkas jatuh macam domino nanti. Bila tukang kebun dongak.....rupa-rupanya banyak buah yang dah dangling dangling lebih besar dari ibu jari. So I said STOP. Main nak cepat pangkas tapi tak perhati betul-betul dulu. Lihat gambar pertama ada satu buah cinonet dah mula develop keluar dari kelopak bunga. Bunga belimbing besi juga sangat cantik.
  Tak sangka pula musim bunganya kali ini menjadi-jadi juga ada buahnya kena well-pollinated. Masa tukang kebun perhati bila dah pangkas-pangkas memang masih ada lebah-lebah berterbangan hinggap ke bunganya yang masih meriah di pokok belimbing besi itu. Pokok belimbing besi ini bila pangkas, cepat je merimbun semula memang dalam setahun sekurang-kurangnya 2 kali kena hard-pruning. Mungkin sebab merimbun sangat kurang mendapat cahaya untuk buahnya membesar dengan baik atau tukang kebun tak perasan dapatlah habuan ke mahkluk lain. Jadi kali ini harapnya ada rezeki nak tuai belimbing besi dan banyak dah cahaya yang didapat setelah dipangkas-pangkas dahan yang besar dan tinggalkan beberapa dahan muda di pokoknya. Amboi macam tahu je takut kena potong habis Si belimbing besi ni. So on Deepavali, we learn a few things in the garden. 
 Salah satu benda yang dipelajari juga ialah betapa cepatnya buah katak puru mula dah nak belajar berbuah. Setelah projek pangkas belimbing besi tamat, kami kemas pula kawasan luar tembok depan rumah sepanjang parit. Big boss dulu ada tanam beberapa anak pokok katak puru sepanjang parit tersebut. Tuan tanah memang sukakan pokok katak puru yang renek dan kanopi-nya, selalu kata nampak cantik di matanya. Selalu pesan pergilah tanam anak-anak pokok katak puru dekat belakang sepanjang tembok tu (not tukang kebun punya priority so pending job). Tak sangka pula pokoknya yang masih kecil lagi dari pokok pisang dah mula berbunga bila tengah nak mengemas pokok pandan di sebelahnya.
  Pokok-pokok lidah jin dah padat sangat dekat depan tembok memang dah kena cabut-cabut kasi ruang jadi yang ini tukang kebun serah dekat darling hubby (berpuluh-puluh dan berpeluh-peluh jugalah nak cabut). Lidah jin luar tembok ni rajin berbunga tapi bila dah padat sangat susah jadinya nak nikmati kecantikan bunganya tu.While he do that, tukang kebun pula cabut weed macam 'hempedu bumi' dan pruning pokok-pokok yang tak besar sepanjang parit depan tembok luar rumah (nak kena hati-hati berdiri antara parit). Beratus-ratus pokok hempedu bumi jugalah nak cabut, sini hempedu bumi consider 'invasive weed', lenguh tangan hari ini mencabutnya.
  Dekat depan pokok-pokok lidah jin dan sebelah parit tu ada pokok jambu tumbuh sendiri. Terkejut tukang kebun tengok pokoknya dah berbuah nampak macam species jambu batu. Rasanya macam takde lama pokoknya tumbuh di situ cepat je matang. Padahal setiap kali kemas, kami bagi hard-pruning dekat pokok jambu batu tu jadi renek bonsai. 
  Tengahari kami bergegas ke Bandar Sunway ada jemputan menyambut Deepavali bersama-sama dengan kawan lama Tuan Tanah. Dah lama tak makan masakan India, dapatlah isi perut banyak-banyak lepas work-out di kebun. Thank you for the invitation Uncle Marimuthu. Balik singgah Sunway Pyramid beli barang dapur, rasanya nak dekat dua bulan tak jejak kaki di shopping complex besar.

Sabtu, 25 Oktober 2014

Salam Maal Hijrah

  Salam Maal Hijrah, semoga tahun baru ini lebih banyak kebaikan yang dapat kita perolehi dan kurangkan masa melakukan perkara yang tidak berfaedah. Tukang kebun pun rasa masuk tahun baru ini lebih baik tukang kebun kurang fokus menulis dalam posting blog dan menggunakan masa tersebut untuk menambah lebih pengetahun dengan mengisi masa menulis tersebut dengan membaca atau membuat kerja yang lebih dapat menambahkan pengalaman sendiri. Menulis blog ini memakai masa yang banyak kekadang ramblings pun terlampau panjang yang membosankan pembaca dan membuang masa orang lain. Lagipun seakan lebih panjang penulisannya, isi kandungan tidak memberikan faedah untuk perkongsian ilmu yang cinonet yang ada untuk tatapan orang lain. So its time for tukang kebun to take a break from postings, rasa kurang menarik isi kandungan dan kebelakangan ini I don't feel inspired or motivated nak bercerita.
Grandpa Ott

  Perhaps cuma elok paste gambar jelah. Lagipun " A picture paint A thousand words". Antara jenis bunga-bunga Seri Pagi di dalam kebun yang mula berkembang menyambut tahun baru ini. 
FUJI Merry Go Round

 Antara tuaian sebelum masuk tahun baru.

  Syukur Alhamdulillah petang Tahun Baru ini berpeluang juga berjumpa dengan gardeners lain yang self-collect goods dari Kebun Bahagia Bersama. Don't forget to confirm dengan tukang kebun ya, yang belum lagi. Yang nak self-collect juga masih sempat jika confirm dengan tukang kebun sebelum pukul 4 petang ya.

Jumaat, 24 Oktober 2014

PAGODA MERAH

 Bunga pagoda merah adalah kegemaran rama-rama mungkin sebab misai bunganya menawan macam sesunggut rama-rama. Dipanggil pagoda pokoknya yang tinggi dengan tangkai bunganya menghasilkan banyak bunga yang menampakkan seperti pagoda dengan yang di belah bawah tangkai bunga lebih panjang sampailah ke atas makin pendek. 
  Pokok bunga pagoda amat mudah dijaga dan akarnya boleh menjalar jauh (horizontally) di dalam tanah menjadikan salah satu cara pembiakkannya. Bila mula-mula dipindahkan pokoknya memang nampak layu moyok beberapa hari, tetapi nanti nampak segarlah semula selagi akarnya tidak kering. Sifatnya banyak yang sama dengan pokok bunga kembang bugang, akarnya yang kuat itu dikatakan boleh menjadi antidote untuk beberapa jenis ular berbisa. 
  Pokok bunga pagoda tinggi tapi daunnya hanya terletak di bahagian atas jadi bolehlah nampak trang tang tang batang pokoknya di bahagian bawah. Untuk menjimatkan ruang, bolehlah selit pokok-pokok renek di bawah pokoknya.
 More info on pagoda flower plant (click here).

 Penghantaran 1 Malaysia (untuk Sabah/Sarawak dalam bentuk moist bare-rooted).

1 pagoda flower plant for RM10.

Khamis, 23 Oktober 2014

Anak Pokok Jambu Bol Baka Sabah

  Tahun ini walaupun musim kemarau 2 kali bertandang, 2 kali bertuah dapat musim jambu bol (Bulan Mei dan Oktober). Ada juga hikmahnya tahun ni some does not fare well, some does, life is like that. Pokok jambu bol kat kebun ni tak pernah dibaja tak pernah disiram duduk dekat penghujung border tanah Kebun Bahagia Bersama. Mungkin kekadang PETS kat belakang tu kais-kais di bawahnya sambil bagi supplement cari cacing. Sebelum tak dapat merasa langsung mana yang dah separuh masak, kami tuai saja mana yang boleh dulu sebab nampak gayanya tupai pun bergaduh berebut dengar kat belakang kebun tu. Banyak dekat bawah-bawah pokok buah jambu bol yang dah kena ngap macam di gambar bawah.
  Pokok jambu bol ni diberikan oleh Cikgu S dari Kiulu sebab Big Boss nak sangat terpikat tengok baka pokok jambu bol di rumahnya. Ada dihadiahkan ketika itu 2 anak pokok. Yang sibling lagi satu pun hidup subur di Kampung Poturidong Lama, Kiulu yang juga pernah berbuah ada tukang kebun tunjukkan gambarnya dahulu berbunga (klik sini). 
   Pemberian anak-anak pokok jambu bol dari Cikgu S juga ada kisah di sebaliknya setiap kali Big Boss tengok pokoknya teringatlah juga hasrat Cikgu S dulu. Cikgu S teringin nak ada tali persaudaraan dengan keluarga kami jadi memandangkan tukang kebun je seorang dalam adik beradik yang ketika itu umur yang dah boleh kahwin impiannya nak jadikan tukang kebun jadi menantu. Ketika itu tukang kebun masih belajar di Jepun dan sudah pun ada "boyfriend" (now hubby). Tak elok direct reject jadi pelbagai alasanlah diberikan sebagai contoh budak-budak zaman sekarang mana nak ibubapa yang jodohkan masing-masing ada pilihan sendiri. Lagi alasan yang diberikan oleh big boss katanya tukang kebun ni mana pandai buat kerja-kerja kampung tahu membaca ja bila musim gotong-royong di kebun. Cikgu S kata ndak apa-apa bah tu, boleh diajar kerja kampung (siapa sangka sekarang ni tukar profession jadi tukang kebun). Dalam kiraan tukang kebun, anak pokok jambu bol tak perlu tunggu lebih 10 tahun untuk berbuah. Mungkin sebelum 7 tahun dan lebih awal lagi dah boleh matang pokoknya ikut faktor persekitaran dan penjagaan.
  Bunga dari pokok jambu bol warnanya sangat menarik merah berbeza dengan jambu air yang berwarna putih. Berbeza dengan jambu air yang bertangkai, buah jambu bol tumbuh di dahannya dan tangkai buah lebih besar. Jambu air sebab lebih berair, lalat buah mudah sengat dan duduk ulat-ulat di dalam. Manakala jambu bol walaupun kena sengat jarang ada ulat di dalamnya.
 Suka jalan-jalan bawah jambu bol bila bunganya berguguran macam duduk dekat luar negara pula.
  Batch anak pokok jambu bol ada stok bulan ini tapi limited (D.O.B Julai 2014).

~ Anak pokok jambu bol baka Sabah~
1 bekas RM25.


 Yang berminat nak self-collect minggu ini boleh pada hari Sabtu ini (25hb Oktober 2014) antara pukul 5:30 PM ~6:00PM.

Rabu, 22 Oktober 2014

Happy Diwali

  Team Members Kebun Bahagia Bersama ingin mengucapkan Happy Diwali kepada semua penganut Hindu pada hari ini, hope you have a lovely time and make beautiful memories with your love ones. Tahun ini Kebun Bahagia Bersama sama-sama timing mekarnya bunga cosmos jenis Cosmos sulphureus yang mula musim bunganya pada minggu Raya Haji dengan Ana di Perak (Kebun Diari Ana) dan Julie di Johor (My Wonderful Timez). Musim bunganya masih berterusan lagi di Kebun Bahagia Bersama menyambut Happy Diwali juga.

~ Biji benih Cosmos Yellow (Cosmos sulphureus) ~
Anggaran 30 biji benih dalam 1pek RM3.00.

  Hari ini tukang kebun nak introduce member baru Kebun Bahagia Bersama yang join ini pada 11hb Oktober 2014 lalu. First of all, tukang kebun ingin mengucapkan infinity terima kasih kepada gardeners yang self-collect goods pada hari itu, made one of tukang kebun little wish came true (enough budget for the new member). Seperti yang semua maklum tukang kebun ada ayam belanda jantan single (selalu menyibuk dekat background gambar tu kan). Dah lama tukang kebun nak dapatkan pasangan untuk dia. 
 Kebetulan masa tukang kebun singgah beli makanan ayam beberapa hari sebelumnya, ada tukang kebun ternampak kedai tersebut jual anak ayam belanda jadi tanyalah harga seekor berapa (RM80). Pemilik kedai pun tanya dekat rumah tu turkey jantan dah besar mana. Tukang kebun katalah dah a big stud already. Pemilik kedai pun nasihatkan baik ambik saiz yang hampir sama, mungkin ada pembekal dia yang ada turkey betina nak mula matang bertelur nanti. Syukur Alhamdulillah adalah rezeki nak dapatkan ayam belanda betina (pengalaman pertama tukang kebun beli ayam belanda). Tak sangka pula beli ayam belanda kena timbang jadi mula-mula budget RM80 macam pemilik kedai katakan (dia pun tak sangka pembekal bawa lebih saiz) sebab this female weight 2.8 kilogram jadi RM100. Rupa-rupanya harga pasaran sekilogram ayam belanda RM50 tapi dapatlah juga murah sikit and tukang kebun don't really mind cos warna yang memang betul-betul teringin dapat juga tanpa disangkakan. Pemilik kedai pun kata ramai juga bertanya nak beli sementara tunggu dearest husband pergi collect berkenan dengan warnanya yang rare.
  Gambar atas masa mula-mula sampai semua semangat nak greet new member termasuklah new member join in last August which is Tigger dan Abby pun nak buat inspection. Please welcome our new fair lady turkey kena duduk dalam sangkar dulu seminggu nak kasi sesuai dengan persekitaran Kebun Bahagia Bersama. Mula-mula tu risau juga sebab nampak macam makanannya tak diusik. Lalu on the 3rd day, tukang kebun paksa si ayam belanda jantan duduk sama-sama temankan dia dan berkenal-kenalanlah ya.
 So here is our handsome Male turkey, amacam secocok tak mereka? Doakan tukang kebun dapat banyak cucu cicit ya. Setelah seminggu mereka berdua dah bebas meronda-ronda Kebun Bahagia Bersama. So turkey I gave you a partner already so don't go and trample trample on my seedlings ya bila nak minta attention from tukang kebun. Masa Tigger baru join in punyalah cemburu, for several weeks ada anak kucing dan turkey besar mengekor tukang kebun buat kerja.
 Gambar di bawah ini yang diambil di MAHA 2012, jika ada yang tak tahu yang ayam belanda pun sebenarnya ada pelbagai warna. Tukang kebun memang dah lama idamkan yang berwarna coklat. Masa zaman remaja, turkey betina pertama yang ada di KBB berwarna putih macam dalam gambar tu. Turkey betina kami dulu tu sangat penyayang giler mengeram, bila takde telur sendiri pun pergi kacau mengeram makhluk lain punya. She was one of the best surrogate mother, tak pernah anaknya species turkey tapi yang mengekornya anak-anak ayam dan itik. Dialah sumber ilham tukang kebun sekarang bila terkenang dia, telur-telur yang merata-rata tu dikutip dan diberikan kepada yang sedang mengeram.
  Musim kemarau lama lalu, banyak adegan pembunuhan berlaku di belakang Kebun Bahagia Bersama mungkin tak cukup makan predator seperti biawak dan musang asyik baham PETS dekat belakang tu. Selalunya ayam yang jadi mangsa sampai tinggal 2 ekor je ayam telur tukang kebun. Bila ayam kurang itik telur pula jadi mangsa jadi tinggal 2 ekor itik telur juga sekarang. Banyak kali juga tengah ronda-ronda atau kemas kebun tiba-tiba nampak berdekatan ada headless duck (nasib tak sakit jantung). Sekarang ni dah lama pendam dalam hati bila ada budget nak juga beli anak-anak ayam dan itik telur nanti. Adalah juga impian nak buat Pasar Online Telur Itik Kebun Bahagia Bersama hehehe....
Tuaian the day before Diwali.