Halaman

Sabtu, 31 Januari 2015

Kebun Kuala Lipis Eira

  Hari ini mari kita jalan-jalan ke kebun Eira di Kuala Lipis, Pahang. Perkataan kegemaran Abby sekarang pun 'jalan-jalan'. Hujung bulan November lepas, kita jalan-jalan ke kebun Eira menjamu mata tengok kebun bunga matahari Eira (related posting klik sini). Rasanya berpuluh-puluh gardeners yang mendapat sunflower seeds dari Eira yang Kebun Bahagia Bersama selitkan dalam pesanan, please leave a comment bagi feedback benih matahari tersebut untuk Eira ya. Tukang kebun ada semai biji benih Eira sebelum balik Sabah hari tu, percambahan sangat superb, tak perlu nak buat kaedah special apa pun. Tukang kebun terus tanam di tanah dan biarkan masa musim hujan, naik dengan baik. Tapi bila balik dari Sabah, habis licin hilang dikerjakan oleh siput atau belalang, biasalah adat berkebun. Nanti semai semula.
  Terima kasih banyak-banyak kepada Eira kerana kongsikan hasil biji-biji benih dan anak-anak pokok dari Kebun Bahagia Bersama minggu ini. Tumpang seronok dan bahagia dapat tengok bersama-sama pertumbuhannya. Eira kata Morning glory 'Blue Star' (Gambar No. 1) sedang kembang hari-hari bersama kembang bugang (Gambar No. 2) yang wangi sangat.
 Gambar No. 3 adalah pokok cape gooseberry yang sedang berbuah. Pokok mulberry Eira juga sedang berbuah lebat.
 Pokok bunga crinum dan garlic vine juga sudah berkali berbunga-bunga di kebun Eira.
 Eira punya pokok garlic vine cepat juga naik. Boleh tak Eira kongsi penjagaan macam mana nak kasi cepat besar pokok garlic vine? Tukang kebun kerap dapat soalan ini. Kali ini kita harap Eira dapat leave comment cara nak kasi garlic vine cepat besar pula.

Thank you for sharing Gardener Eira!

 Kalau masa mengizinkan, InsyaAllah akan tukang kebun sediakan beberapa pek benih bunga matahari Eira lagi untuk diselitkan pesanan-pesanan dipos minggu depan.

Jumaat, 30 Januari 2015

Kebun Natasya

  Minggu ini tiada masa nak menuai dari kebun sebab sibuk dengan proses pemindahan anak-anak pokok pisang sementara hujan masih turun dan belum officially masuk musim panas kemarau lagi. Alasan diberi adalah masa tapi sebenarnya lepas selesai pindah-pindahkan anak pokok dah tak larat sebenarnya. 
  Hari Rabu lepas ada serumpun pisang jenis buahnya yang kecil molek dikemaskan tapi lupa jenis pisang apa yang anak-anak suka makan di depan pokok ciku. Ada kemungkinan pisang mas atau bantan, tunggu jelah pokok yang paling matang berbuah nanti untuk buat catatan. Selepas merumput, tukang kebun pindahkan beberapa anak-anak pisangnya yang dah tinggi berderet ke lokasi seperti dalam gambar di atas. Kalau tidak dipagarkan tinggi-tinggi habis jadi santapan si angsa-angsa nanti. 
 Bulan ini memang projek pindahkan anak-anak pisang membara-bara sebab tuaian pisang semenjak ni lumayan. Sebagai contoh 2 minggu lepas dapat kami tuai setandan pisang abu. Selain dari dibuat pisang goreng, dibuat juga kerepek pisang. Berbalang-balang kerepek pisang dapat dibuat, sampai hari ini pun tak habis lagi.
  
 Kita berhenti seketika celoteh pisang nanti bosan pula sebab banyak posting related pisang akan datang ini. Hari ini kita berpeluang pula melawat Kebun Natasya di kawasan Lembah Klang. Terima kasih banyak-banyak kepada Gardener Natasya kerana kongsikan hasil dari biji benih dan anak pokok dari Kebun Bahagia Bersama. Tumpang bahagia sesangat dapat tengok dan menjamu mata.

Tuaian kailan yang segar bugar.
 Crispy Pak Choi Canton.
Sweet Basil Large Italian Leaves yang puas boleh buat pesto banyak.
Madonna Lily yang berkawan mesra dengan vinca merah di sebelahnya.

Thank you so much Natasya for sharing with us.

Rabu, 28 Januari 2015

Kemas Kawasan Bonglai Hantu

  Ada satu petak besar di nun jauh penjuru belakang Kebun Bahagia Bersama yang berpagar supaya angsa-angsa tak dapat masuk buat havoc di situ. Tukang kebun pun jarang-jarang pergi mengemas/menebas di sana setahun sekali dua je kut. Syukur Alhamdulillah dah lama pasang niat nak kemas di kawasan tersebut dapat jugalah kami suami isteri kemaskan pada Sabtu lepas bersama-sama. Inilah catatan tukang kebun untuk Petak Bonglai Hantu yang dikemaskan pada bulan January 2015 ini.  Untuk mudah nak refer balik maka tukang kebun panggil petak Bonglai Hantu sebab ada rumpunan pokok bonglai hantu yang hidup bahagia di situ. Pokok-pokok utama yang ada dalam kawasan bonglai hantu yang hidup subur neglected di sini adalah pokok-pokok salak, beberapa jenis pisang, nanas madu Sabah dan Kelapa. Punyalah banyak buah-buah kelapa tua on the ground yang nak kena sorting. Yang dah bertunas semua dilonggokkan di bawah pokok jering dahulu.
  Semasa musim kemarau panjang yang lalu, punyalah banyak keluar bunga si Bonglai Hitam ni. Tak ambil gambar bunga-bunganya yang kembang mirip macam bunga lempoyang sebab semak sangat tak rela nak harung pergi close up. Anak-anak pokok pisang banyak yang overlap sesama ada yang berakar tak masuk tanah pun ada macam tergantung. Jadi banyak anak-anak pokok pisang digali keluar dan disusun ditanam di tempat lain. Sekiranya dibiarkan takut nanti bila datangnya musim kemarau berpanjangan pokok-pokok pisang yang akarnya tidak tumbuh ke dalam tanah macam bertenggek atas tunggul lain akan jatuh satu persatu macam domino bila cuaca extreme. Selalunya berlaku apabila dah lama tak hujan kemudian tiba-tiba hujan ribut datang habis tumbang pokok-pokok pisang. As a precaution kami pindah-pindahkan, lagipun elok rotate tanam di tempat berbeza-beza nak elakkan disease (lets practise crop rotation).
  Mari kita ke kampung Poturidong di Sabah semula sekejap. Semasa awal bulan berada di sana, tukang kebun perasan yang pokok Nanas Madu Sabah Big Boss sedang berbunga. Cantik tak bunganya yang berwarna ungu itu? Pokok Nanas adalah sepupu dengan pokok-pokok jenis bromeliad yang cantik menjadi hiasan di laman. Tapi tanam Nanas ada hasil buahnya boleh makan.
 Tukang kebun flashback ke kampung Poturidong sebenarnya nak berkongsi  cara-cara dapatnya bibit anak pokok nenas. Jambul atau mahkota dari buah yang masak juga boleh ditanam untuk mendapatkan pokok nanas. Tetapi hasil saiz buahnya adalah akan tumbuh menjadi lebih nampak beza kecilnya berbanding dengan saiz purata jenis buah tersebut jika ditanam dengan kaedah tersebut. Secara idealnya untuk pertanian komersial adalah bibit-bibit nanas yang ditanam diambil dari 'sulur tangkai (slip tunas)', 'sulur udara' atau 'sulur tanah'. Cuba perhatikan di bawah buah nanas tersebut ada seakan di tangkainya macam jambul/mahkota nanas juga sedang membentuk yang akan membesar bersama-sama buah nanas tersebut. Ini dipanggil bibit-bibit nanas yang diperolehi dari 'sulur tangkai' nenas. Biasanya bila buah Nanas Madu Sabah sudah ranum dipetik, bolehlah tuai bibit-bibit anak nanas yang banyak tumbuh di keliling tangkai tersebut juga sudah besar macam saiz jambul nanas cuma takde buahnya (sulur tangkai) untuk ditanam pindahkan ke tempat-tempat lain.
  Nanas juga dibahagikan kepada beberapa kategori dengan characteristicnya yang tersendiri seperti 'Cayenne', 'Spanish' dan 'Queen'. Dalam bulan ini bibit-bibit Nanas Sarawak (juga dikenali sebagai Nanas Paun) yang ditanam adalah dalam kategori jenis 'Cayenne'. Tukang kebun perhatikan characteristic Nanas Madu Sabah adalah jenis kategori 'Spanish'. Nanas dalam kategori jenis 'Spanish' biasanya menghasilkan banyak bibit-bibit nanas di sulur tangkai dan kadangkala berbilang-bilang jambulnya di atas buah berbeza dengan sifat nanas dalam kategori 'Cayenne'. 
 Kebiasaannya musim pokok nanas berbunga di Kebun Bahagia Bersama ialah pada awal tahun. Jadi tukang kebun tengah pasang harapan yang adalah nanti pokok-pokok nanas yang dah nampak matang akan berikan hasil tahun ini. Syukur Alhamdulillah sambil-sambil mengemas petak kawasan Bonglai Hantu ini banyak juga ilmu yang tukang kebun dapat pelajari secara pratical bukan hanya bacaan antaranya bagaimana bibit-bibit nanas diperolehi. Mungkin bagi sesetengah pembaca adalah kurang menarik tapi dapatlah serba sedikit kongsi ilmu cetek tukang kebun ini bagi yang sama-sama berminat nak tambah pengetahuan mengenai dunia tumbuhan nanas. Untung juga kami kemas kawasan ini Sabtu lalu, dapatlah penemuan beberapa bibit nanas madu sabah dari pelbagai sumber dalam kawasan ini sambil dapat menambahkan bilangan pokok-pokok nanas madu sabah di Kebun Bahagia Bersama.
   Sebagai contoh gambar ke-2 terakhir di atas ini terjumpalah pula pokok nanas yang dikelilingi dengan anak-anak pokok nanas. Adakah ini bibit nanas yang dikatakan dari Sulur Tanah ataupun Sulur Udara (water mark tulis sulur tanah). Tiba-tiba rasa macam sulur udara pula. Kalau ada yang lebih arif silalah tunjuk ajar pada kami ini.
  Di gambar bawah ini pula memang terang dan nyata bibit dari sumber sulur tanah. Out of nowhere terjumpalah pula batang akar macam ini dengan beberapa anak-anak nanas duduk bergayut di atasnya yang boleh dipisah-pisahkan sebagai individual pokok baru untuk expand kebun nanas. 
  Bila dapat belajar di depan mata sendiri dengan perhatian cara kaedah nak dapatkan anak-anak nanas terasa teruja nak tambah bilangan pokok-pokok nanas di belakang. Dulu work bench tukang kebun dalam makmal kecik,sekarang luas makmal di belakang tu nak buat pelbagai experiment. Tukang kebun ibaratkan kebun di belakang itu seperti buku, jika rajin membacanya pasti setiap hari ada sahaja ilmu baru yang dipelajari.

  Laptop tukang kebun ada problem dengan system apa entah pandai updated sendiri jadi problematic asyik shut down sendiri. Jadi ada masalah sikit nak membalas email dengan efficient. Harap bersabar.

  Minggu ini cuma boleh buat Self-Collect day hari Rabu ini sahaja di Sungai Buloh antara 8:30malam ~ 9:00 malam.

Selasa, 27 Januari 2015

Bibit Kelapa Gading

   Pokok kelapa gading mudah dibezakan dengan pokok kelapa hijau biasa kerana warna buahnya yang kuning gading. Berbeza dengan kelapa hijau umum pokoknya juga adalah jenis renek membuatkan buahnya mudah untuk dituai. Begitu juga pokok kelapa gading dikatakan boleh mula berbuah selepas mencapai usia 3~4 tahun antara jenis kelapa yang sangat cepat berbuah (2kali ganda cepat) berbanding dengan jenis-jenis kelapa biasa yang lain. Antara sebab-sebab itu juga pokok kelapa gading sekarang gemar dijadikan juga hiasan laman disebabkan warnanya yang menarik dan pokoknya yang renek. Sekarang tidak seperti dulu masing-masing laman terhad dan kalau pokok kelapa tinggi takut pula jatuh kena rumah orang. Tukang kebun perhatikan ramai gardeners sekarang suka tanam kelapa gading di kawasan perumahan secara guerilla gardening style di tepi jalan yang ada ruang untuk ditumpang tanam pelbagai pokok.
  Lagi satu keistimewaan buah muda kelapa gading berbanding dengan kelapa biasa ialah airnya lebih manis dan berbau harum. Bila difikir-fikirkan usia makin bertambah, getting old nanti tak kuasa nak panjat pokok-pokok tinggi, jadi bulan lepas adalah menanam deretan kelapa gading. Baru tanam 5 anak pokok kelapa gading dahulu (related posting klik sini). Bila berbuah-buah bolehlah tuai bahagian seorang satu pokok kelapa (such a luxury bunyinya kan). Buah air kelapa muda pun sekarang mahal harganya.

 Teringatkan masa mengandung anak sulong 8 tahun lalu bila perut dah sarat tiap hari mengidam nak minum air kelapa muda. Sampai dah target tahu kedai runcit berdekatan rumah sewa selalu stok up hari Khamis mesti singgah beli stok pulang dari kerja. Ketika itu di Senai, Johor sebiji RM1.00 (tak taulah harga pasaran sekarang berapa untuk buah kelapa muda lama tak beli sebab tuai dari kebun sendiri). Bila si sulong Ilhan keluar masa baby memang halus kulitnya tak pernah kulitnya mengelupas-lupas. Sampai nurse yang meneman lepas bersalin tanya apasal anak you putih melepak macam anak orang Cina, suami you pun kulit putih ya ( dalam hati mama Ilhan, hai nurse ni ingat mama Ilhan ni semula jadi kulit gelap ke...hehehe...).

 Kalau ada kawasan berdekatan dengan perumahan sebelah parit besar yang kawasannya tak terpakai bolehlah tanam kelapa di situ (guerilla gardening). Bila anak-anak atau cucu demam panas, ada masa tu rezeki buah kelapa yang muda tak susah nak cari, kait dekat-dekat rumah je untuk bantu turunkan suhu badan. Ada sumber mengatakan air kelapa gading jika diamalkan boleh membantu menghakis batu-batu karang dalam badan. Orang-orang yang macam kekurangan darah pun elok minum air kelapa. Musim-musim panas nak elakkan dehydration eloklah minum air kelapa. Banyak kegunaan air kelapa untuk kesihatan kita. Tahun lepas musim panas dan kering sungguh manis rasa air kelapa gading berbanding dengan musim hujan. Sampaikan berebut dengan tupai pun sanggup tebuk kulit kelapa gading yang keras nak minum air kelapa yang manis itu.

~ 1 bibit kelapa gading RM7.00 (kebunkmg@gmail.com)~
  Hujung minggu baru-baru ini dari Sabtu ke Ahad memang projek yang overdue kami mengemas kelapa-kelapa yang dah jatuh di Kebun Bahagia Bersama. Tukang kebun rasa adalah juga lebih 500 buah kelapa yang tukang kebun sorting (kepala pun dah pening pusing-pusing macam buah kelapa). Kelapa tua yang bertunas hari Sabtu masih tukang kebun biarkan berkumpul di bawah pokok jering dulu. Yang dikumpulkan pada hari Ahad dah letak di stesen kelapa belah untuk kasi makan ayam. Punyalah banyak stok makanan fresh tombong kelapa untuk PETS belakang. Pasti daging mereka lemak berkrim. 

 Dearest husband tanam 2 pokok kelapa (bukan kelapa gading) pada hari Ahad minggu ini berdekatan antara workshop dan tandas di belakang. Kali ini kami tak tanam berdekatan tembok, ada jarak lebih kurang 2 metre lebih dari tembok. Dulu tanah di bahagian belakang, kiri, kanan dan belakangnya tiada rumah semua tanah terbiar bolehlah tanam betul-betul sebelah tembok atau sempadan tanah. Sekarang makin ramai jiran maka eloklah dijarakkan dan standby sebagai pengganti pokok-pokok kelapa batch awal-awal dahulu.
 Untuk pertama kalinya, Ahad lepas the youngest batch PETS Avian yang duduk dalam sangkar petak 2 semalam dibuka sangkarnya untuk bebas explore kebun di belakang (related posting klik sini). Itupun macam murid darjah 1 baru sesi orientasi bergerak berkumpulan, takut-takut nak keluar dan jalan jauh-jauh. Yang mengejutkan sebenarnya pembesaran itik telur sungguh cepat. Nampak dah nak sama saiz dengan yang itik telur dewasa di dalam kebun sekarang. Puas kenyang perut anak-anak angkat ni minggu ni makan tombong kelapa for their diet. Minggu lepas puas mereka makan buah-buah canistel yang masak banyak jatuh dari pokok tiap-tiap hari.
  Kelapa tua yang digoyang-goyang ada bunyi kocakan air diletakkan dalam longgokan berlainan untuk sumber santan dan juga bekal kelapa tua yang memerlukannya. Yang dah tak elok dibuang dalam kawasan bakar green waste boleh dijadikan sumber tanah bakar nanti. Tengok atas pokok pun banyak lagi berjuntai kelapa tua yang belum terambil lagi, baru nak sorting yang on the ground untuk memudahkan tukang kebun potong rumput. Entah berapa banyak trip tukang kebun buat hujung minggu lepas pusing-pusing dengan kereta sorong nak organize kelapa-kelapa tua. Kalaulah 1 trip boleh muat purata 20 biji dalam kereta sorong, bolehlah kira-kira berapa pusingan yang dibuat (kalau muscle tak keras dekat atas tangan tak tahulah).

  Minggu ini Kebun Bahagia Bersama tak buka Pasar Online Kebun Bahagia Bersama untuk buah canistel kena tunggu season baru dan reservation pun dah full untuk minggu depan. Minggu ini juga banyak buah ciku yang dapat dituai. Pokok ciku cemburu dengan pokok buah canistel agaknya (berjiran dekat sebelah)  masing-masing berlumba-lumba nak berbuah.
  Ahad lepas, tukang kebun tak larat energy level low lepas mengemas kelapa-kelapa, mencabut rumpai berderet di tembok dan memotong rumput, jadi serahkan kepada dearest hubby untuk memanjat pokok dan memetik buah Canistel dan Ciku.
 Tuaian lemon Tahiti ni tukang kebun yang petik sebab tak perlu panjat pokok.

Isnin, 26 Januari 2015

Plumeria for Instant Garden Landscape Offer

  Antara nama glamour pokok kemboja juga dipanggil plumeria. Bulan ini Kebun Bahagia Bersama diberikan green light oleh Big Boss untuk offer pokok-pokok plumeria yang dah saiz super besar untuk gardener atau landscaper yang berminat untuk mendapatkan bekalan pokok bunga plumeria Bali dwi-warna kuning/putih yang wangi untuk landscape instant garden macam di hotel, restoran, spa atau rumah baru. Terkejut juga tukang kebun tempoh hari bila menebas di belakang kebun bersama Big Boss tanya apasal tukang kebun tak jual pokok pulmeria besar-besar yang berderet di belakang tu. Manalah tukang kebun berani suka-suka nak offer pokok besar mak ni, sebab mak yang tanam punya. Rupa-rupanya pokok plumeria yang membesar di belakang ini memang stock bekalan kedai landscape Bali Big Boss dulu. Big Boss buka offer untuk landscaper atau personnel use sepokok macam gambar di bawah RM500 tapi datang sendiri dig your own (DYO). Ada lebih dari 10 pokok in stock at the moment. Jenis plumeria ini setangkai menghasilkan kuntuman bunga wangi yang banyak.

~ Fragrant Plumeria Bali Yellow Picotee ~
1 Big Tree DYO RM500 (Self-Collect only).

or Fresh per-Cutting <30cm RM10.00 .

 Yang suka mencuba-cuba, Kebun Bahagia Bersama juga membekalkan fresh cuttings jenis plumeria ini. Plumeria juga boleh ditanam dalam pasu dan rajin berbunga untuk mereka yang mempunyai ruang yang terhad seperti balcony. Plumeria kena rajin pruning baru pokoknya teruja nak cabang-cabang banyak dan teruja berbunga dengan lebih banyak. Plumeria adalah seperti kemboja cina/adenium keperluan airnya tidak banyak. Kesilapan biasa yang dilakukan semasa menanam keratan plumeria ialah terlampau banyak air diberikan. Tanah basah akan menyebabkan fresh cutting mudah mereput atau dijangkiti kuman. Biasanya kalau tukang kebun fresh cutting plumeria tak tanam terus dibiarkan lebih 3 hari untuk kesan potongannya kering sebelum ditanam di tempat teduh. Sebelum siram, rasa dulu tanah dengan tangan masih lembap atau tidak. Kalau lembap tak perlu siram. Seminggu sekali dua siram pun tak pe lebih elok dari tiap-tiap hari siram. Plumeria memang tak perlu banyak air nak hidup.

 Gambar-gambar di bawah ini adalah dari Kak Zalilawati di Hulu Langat hasil fresh cutting plumeria Kebun Bahagia Bersama yang ditanam di dalam pasu.
 Walaupun pokoknya masih pendek dan baru ditanam, keratan sudah pun menghasilkan bunga di rumah barunya. Mata tukang kebun sebenarnya juga tertarik ke background gambar di bawah di mana meja kayu style dulu-dulu di sekolah di kitar semula dibuat reban. 
 Rhizome daylily juga sudah bangun hidup subur menghijau di dalam pasu di kebun Kak Zalilawati.

Ahad, 25 Januari 2015

Marietta French Marigold

  Bunga marigold juga dikategorikan dalam pelbagai kumpulan. Kumpulan utama ialah African Marigold dan French Marigold. Biasanya jenis French Marigold ketinggian pokoknya adalah lebih renek berbanding dengan African Marigold dan saiz bunganya lebih petite. Di negara barat biasanya pokok-pokok bunga Marigold ditanam bersama-sama dengan pokok yang menghasilkan makanan seperti tomato atau cili mengikut konsep Companion Planting. Bulan ini di Kebun Bahagia Bersama antara Marigold yang sedang rajin berbunga ialah jenis French Marigold Marietta. Bila tengok pokoknya yang renek macam merayap di tanah rasa elok juga tukang kebun tanam untuk menghalang dari rumput-rumput yang degil bermaharajalela naik tumbuh ada juga eye-candy tengok bunga-bunga yang kembang. Sebab French Marigold Marietta tak tinggi bolehlah mudah selit tanam bersama pokok-pokok lain dalam satu pasu yang sama.

~ Marietta French Marigold (Tagetes patula)~
Anggaran 30 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .
 Memory kenangan tuaian Jumaat lepas yang sempat adalah seperti berikut:
 Pucuk daun mulberry dijadikan sayur untuk makan malam 'Masak lemak kuning ikan bilis pucuk mulberry'.
  Sedang sibuk alihkan anak-anak pokok roselle, tiba-tiba buah nangka dah kena tebuk dari 2 arah. Isinya nampak dah masak kuning cantik. Lekas-lekas tukang kebun tuai, ambil belah bahagian yang belum kena bawa masuk rumah, yang lain habuan PETS di belakang. Dapatlah juga Sean and company merasa semalam masa singgah rumah. Manis tak Sean? Buah nampak tak cantik tapi isinya cantikkan?

  Nampaknya dah keluar putik-putik baru, InsyaAllah berbuah semula nanti tak lama lagi. Musim nangka dari pokok ini kali ini sungguh puas hati, banyak sungguh buahnya sampai banyak juga yang diambil muda dibuat sayur. Ramai jugalah kali ini dapat rasa buah dari pokok nangka ini pada hujung tahun lepas yang datang self-collect goodies dari Kebun Bahagia Bersama. Biasanya kekadang setangkai banyak buah, kalau nak buah nangka masak besar memang kena tuai yang kongsi tangkai dengannya. Yang gambar di bawah ini saiz kecil sebab tak sempat nak tuai buah-buah yang kongsi tangkai dengannya dulu.
 Gambar di bawah kenangan pokok nangka yang sama pada 4hb Disember 2014. 

  Gardeners lain hujung minggu ini buat projek apa untuk berbudi dengan tanah?

Sabtu, 24 Januari 2015

January Purple Parade

  Minggu ini antara warna yang menceriakan Kebun Bahagia Bersama ialah bunga berwarna ungu. Pokok Garlic Vine yang ada setinggi lebih 4 meter berjurai-jurai bunganya meriah menghiasi pagar depan Kebun Bahagia Bersama.
 Pokok bunga keembung juga tak putus-putus berbunga ada banyak pengganti di Kebun Bahagia Bersama.
 Pokok keladi bunting juga seperti keembung rajin sungguh berbunga bulan ini wakil jenis waterplant.
  
 Bahagia hati tukang kebun bila Kak Ani kongsikan gambar pickerelweed yang ditanam di rumahnya di Kuala Pilah. Tumpang seronok tengok pembesaran pantas pickerelweed Kak Ani yang sudah berbunga-bunga. Kebun Bahagia Bersama pos ubi pickerelweed hujung bulan November 2014 dan belum sampai 2 bulan sudah bahagia pokoknya menetap di rumah baru.

Review pickerelweed dari Kak Ani : "Sangat cepat pembesarannya, mudah penjagaannya dan rajin berbunga".

Jumaat, 23 Januari 2015

Growing With Arugula

  Minggu ini re-stock semula biji benih sayur daun Arugula. Arugula ini mudah ditanam dan tak banyak pakai ruang boleh tanam dalam bekas. Masa balik dari Sabah dapatlah juga selamat tuai arugula yang ditinggalkan mengharapkan rezeki air hujan semasa tukang kebun on leave hampir 2 minggu. Yang membesar bersama-sama batch Arugula yang dituai ialah si Tigger. Si Tigger yang nakal asyik guling-guling dalam pasu arugula ditanam sunbathing (caught in the act). Hai...nasib baiklah ko ringan Tigger tak de satu pun Arugula yang tak sempat masuk dalam perut dalam pasu ini.
 Bagi gardeners yang mempunyai ruang yang terhad untuk bercucuk tanam. Boleh juga selit tanam sepokok bunga kemunting cina bersama-sama seperti gambar di bawah dalam full sun. Pokok kemunting cina juga amat mudah ditanam dalam pasu (Ada beberapa stock biji benih kemunting cina/periwinkle/vinca dalam tabung Kebun Bahagia Bersama).
  Bulan January ini banyak re-stock pilihan sayur-sayur daun (Asian Green) ke dalam senarai kembali. Ada lebih dari 10 jenis pilihan sayur daun (Asian Green) yang setiap 1 pek anggaran 50 biji benih hanya RM1.00 . Mulai hari ini (23hb Januari 2015) hingga hujung bulan (31hb Januari 2015), Kebun Bahagia Bersama buat promosi beli 5 pek sayur daun dapat percuma 1 pek sayur daun yang anda boleh buat pilihan sendiri. Jika pesanan 10 pek sayur daun dapat percuma 3 pek sayur daun yang anda boleh buat pilihan sendiri. Syarat promosi ialah transaksi pembayaran selesai pada 31hb Januari 2015.

 Antara sayur-sayur daun pilihan terbaru bulan ini ialah Mizuna Hijau 'Kyoumizore' dan Mizuna Merah (Benihoushi).
  Pada hari Natal lepas sebelum bertolak ke Sabah, tukang kebun tabur biji-biji benih Bok Choy Jepun 'Vitaminna'. Syukur Alhamdulillah bila balik dari Sabah, banyak anak-anak pokok yang telah menunggu untuk dipindahkan. Jenis Bok Choy Jepun yang ada pada bulan ini ialah 'Hiroshimana' dan 'Vitaminna'.
  Antara sayur lain yang re-stock bulan ini ialah Komatsuna 'Nanane' (klik sini) dan Tatsoi (klik sini).
 Antara aksi nakal Si Tigger selain sunbathing atas pasu ada arugula ialah pergi kutip telur-telur burung yang sarangnya di atas pokok kemuning dalam ketinggian 2 meter. Nasib baiklah papa ada di tempat kejadian. Dahlah telur burung ni jenis besar, lebih besar dari burung puyuh. Ada ke tamak punya pasal si Tigger campak semua telur burung satu persatu ke tanah dalam ketinggian 2 meter. Nasib baik tak pecah. Yang lagi sebutir telur dia bawa turun pegang dengan mulut. Apalagi tukang kebun suruh dia luah keluar telur tu. Terpaksalah dearest hubby ambil tangga letak balik telur ke dalam sarang.
 Gambaran tuaian Kebun Bahagia Bersama semalam. Tak perasan Limau Kasturi dekat sudut penjuru belakang ada buah sampai dah masak. Markisa, ciku, canistel yang tergolek-golek di tanah. Terung pipit campur untuk masak berlada dengan ikan bilis dan tempe. Lada pakai tumbuk lada burung fresh from the garden.