No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Sabtu, 15 November 2014

Growing Mammoth

   Minggu ini sebab dearest husband sibuk asyik ada business dinner jadi tukang kebun pun tak berapa rajin nak menuai sangat. Cuma nak kena petik yang mana tak boleh biarkan lama-lama sepertilah sayur bendi.
  Walaupun batas bendi takdelah besar, dengan cuaca sekarang yang rezeki hujannya banyak syukur alhamdulillah hasil bendi stok seminggu bolehlah tahan cukup makan. Untuk yang baru berjinak-jinak nak belajar tanam sayur, tukang kebun syorkan mencuba tanam bendi antara yang paling mudah lebih-lebih lagi dengan cuaca di Lembah Klang sekarang in full sun. Ada kawasan setengah meter persegi pun boleh memungut hasil seperti di atas. Menanam bendi dari biji benih tak memakan masa sehingga 2 bulan dah boleh mula kutip hasil.
  Petak bendi di atas adalah hasil bendi yang masih lagi sedang meninggi sambil berbuah pernah diceritakan di posting sebelum ini (klik sini). Terjumpa pula sebiji bendi yang diliputi seperti berkulat menandakan kawasan Kebun Bahagia Bersama di sini kelembapan sangat tinggi pada musim ini. Belajarlah dulu menanam bendi untuk memulakan your edible garden beriklim tropika. 

~ Bendi Mammoth Spineless ~
Anggaran 15 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .
  Hari Jumaat semalam, tengok itik telur kami dah membesar dengan ketara, tukang kebun pindahkan ke Petak 2 yang penghuninya kacukan anak ayam gajah dengan pertolongan Ilhan lepas ambil dari sekolah agama. Ilhan pada mulanya tak yakin nak pegang anak itik (1st experience), banyak kali tukang kebun pesan pegang kemas jangan terjatuh atau terlampau picit badan dia. Nampaknya Ilhan seronok dengan pengalaman tersebut dengar dia buat laporan kepada adik Rayyan, abang first time pegang anak itik. 

  Anak-anak ayam gajah pun sekarang dah pandai dan suka sangat makan umbut kelapa bersama isi kelapa. Bolehlah jimat belanja makanan mereka. Moga isi kelapa lemak berkrim tu bukan sahaja menjadikan mereka saiz ayam gajah tapi ayam mammoth. Memandangkan tukang kebun tak de masa nak prepare mereka makan fully organic food jadi Half-free range organic chicken pun bolehlah. Sekurang-kurangnya kita tahu sendiri yang ayam/itik belaan sendiri tidak disuntik hormon apa-apa untuk cepat besar gebu. Syukur Alhamdullillah stok kelapa tua pun memang banyak di kebun. Buat motivasi rajinkan diri kemas kumpul kelapa-kelapa tua untuk bekalan makanan PETS di belakang, cut cost makanan.
 Nampaknya PETS muda di petak 2 ni ada tukang jaga rupanya, terkejut tukang kebun tengok Si Gelombon (9 years old female blue eyes half-blind) duduk atas bumbung Petak 2. Selalunya waktu begini dia duduk siesta dekat bawah pokok kundang. Rupanya Si Gelombon dah mula patrolling area Petak 2 dengan lebih kerap sekarang. Good girl, sebab risau sebenarnya takut tikus-tikus mammoth tu masuk Petak 2 nak curi makanan. Makanan tu tak ada masalah takut tikus attack anak-anak yang masih saiz kecil lagi tu. Si Gelombon ni yang selalu rajin patrol di belakang kebun berbanding dengan adik-adik sama Ibu si Jack dan si Gorrum (klik sini). Cuma sekarang ni si Gelombon asyik temper dengan si Tigger habis tanaman kena penyek masa bergaduh. Walaupun sebelah mata buta, she is a very good hunter.
 Berkongsi sangkar dengan itik telur kesian anak-anak ayam kampung belum 2 minggu umurnya asyik basah je, jadinya tukang kebun pindahkan anak-anak itik telur tu. Anak-anak ayam kampung pun dah mula tumbuh bulu-bulu berbanding dengan baru menetas dulu (klik sini). Seronok tengok perubahan mereka sambil membesar.
  Obsession baru tukang kebun ini mula berangan-angan perancangan tahun depan dapat supply telur dari kebun sendiri. Manalah tahu jika ada mood dan rezeki bolehlah rasa daging ayam dari kebun sendiri juga. Naik motivasi semalam bila 2 ekor ayam telur yang ada memberikan sebiji seekor telur. Yang seekor tu baru mula bertelur semula semalam dan kelakar tengok telur pertama season baru ini kecik macam bola golf pula baru nak warming up bertelur semula. Kami pun dah lama tak beli telur ayam sekarang. Bukannya tiap-tiap hari makan telur tapi kalau misalannya tiap hari dapat telur 2 biji dikumpul setiap hari pun kira cukup dah bekalan makanan dapur.

    Another bonus, baja tahi ayam supplier makin banyak (terlampau banyak). Tapi add another task, cleaning up pula.
Apakah perancangan gardeners lain untuk tahun depan projek di kebun?

10 ulasan:

falraisi berkata...

Syoknya tengok your kebun Diana...meriah!! Wish can have that kind of land just at the back of my house. Senang nak bela itik, ayam etc. Maybe will start kebun kat my mom's piece of land soon...hmmm rasanya wishful thinking aje ni. U have a good day yea n happy gardening! :)

Julie M berkata...

Assalamualaikum Kak Diana, Seronok tengok anak2 ayam & itik kakak tu, cute..biawak & musang pulut tiada mengacau ke kak? Kucing betina memang good hunter, comel kucing putih kakak tu, relax2 je duduk atas bumbung. Planning Julie utk next year ialah nak tanam pokok ati2 dgn lebih banyak lagi kak heheh....

@na berkata...

mmg teringin sgt nak bela ayam sendiri mcm diana buat ni...heaven!
dapat mkn telur fresh hari2....

Normala Saad berkata...

Bestnya telur ayam kampung...besar2 pula tu. Sini sepuluh biji dah RM6.00

Tanpa Nama berkata...

my grandma used to bela ayam-2 jugak last time & it was nice to collect fresh eggs. So much difference with commercial eggs kan? Regards,CM

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sha.

Kalau dekat kawasan perumahan bolehlah cuba burung puyuh dulu. Telur burung puyuh pun sedap juga. Takpe slowly expand dekat tanah your mother. Kami pun dah lama berhajat nak tambah pelbagai pet burung

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Julie.

Waalaikumsalam.

Musang dan biawak tu memang rajin datang ambil kesempatan. Angsa-angsa kalau predator datang mulalah bising alarm dekat reban. Yang anak-anak ni memang dalam kurungan besar jadi selamat. Bila dah besar bebas waktu malam kena tutup kurungan supaya Musang tak kacau. Kucing betina memang lebih terror dan rajin ronda banding kucing jantan.
Baguslah nanti boleh bekalkan ati-ati kepada peminat ati-ati.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Ana,

Dulu masa zaman kanak-kanak duduk kawasan taman perumahan mama papa kami ada bela burung puyuh untuk kutip telur masa tak dapat bela ayam. Puyuh tak makan ruang dan tak bising.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Kak Mala.

Mahal juga ya 60 sen sebiji telur ayam kampung.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Choi Min.

Yes the eggs feel much heavier more nutrient perhaps.