No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Selasa, 11 November 2014

Anak-anak angkat meningkat

  Sabtu lepas seperti minggu sebelumnya dari pagi hujan mula turun dan tiada activity berkebun dilakukan oleh member Kebun Bahagia Bersama. Tapi kami sibuk menguruskan anak-anak angkat kacukan ayam gajah yang mula dibela sejak beli pada 2hb November lepas. Memandangkan sangkar sementara yang ditempatkan mereka akan diperlukan oleh anak-anak angkat baru yang diambil pada pagi Sabtu 8hb November 2014, maka dikemaskan rumah baru yang lebih besar dan luas untuk mereka sehingga dah besar remaja sikit dah boleh lepaskan baru jadi free-range chicken.

  Dari Sabtu minggu lepas, gladioli baka suci putih mula berkembang di Kebun Bahagia Bersama. Bawang gladioli ini bawang lama tukang kebun tak pernah gali keluar dan ambil peduli dia duduk tido (dormant) di dalam tanah sehingga cuaca yang sesuai bangun kembali memulakan kitaran hidup baru memberikan mekar bunga yang indah di mata tukang kebun. Nampaknya bila check nota tukang kebun, kembang bawang gladioli yang sama sebelum ini juga pada bulan yang sama tahun lepas (klik sini). Bawang gladioli lepas berbunga sebenarnya tak perlu gali keluar dari tanah, boleh biarkan begitu sahaja jika tanah jenis tak bertakung airnya. Growing gladioli di tanah rendah tropika Lembah Klang ini tak susah, cuma tukang kebun lihat banyak kesilapan ialah sifat gopoh gapah nak bangunkan bawang gladioli rendam dalam air lama (my inside cringing when I see that), lama sampai keluar tunas. Takut sambil keluar tunas nanti proses reput bawangnya pun berlaku menyebabkan ianya mudah kena serangan. Gladioli adalah bunga bermusim, bila cuaca yang dia suka dia pandailah bangun sendiri. Yang susahnya sebab sifat tak sabar.
  Anak-anak ayam kacukan baka ayam gajah dipindahkan ke Petak 2 pada tengahari Sabtu lepas, dekat sikit dengan rumah. Jadi sekarang lebih luas untuk mereka bermain-main. Dekat petak 2 ini untuk tatapan mereka ialah pokok kapas yang tengah berbunga, pokok-pokok bawang serai dan ubi bemban. Manakala jaring memisahkan sangkar dan patch Petak 2 pokok-pokok kacang kelisa tengah melilit berbunga. Jangan gelak ya tengok rak DIY kitar semula papan kabinet dapur lama yang big boss kumpul dekat Petak 1 kami buat emergency sabtu lepas untuk mereka berlindung dengan angin sejuk di kala musim hujan pada waktu malam. Ayam ini ada habit juga, bila dilepaskan waktu senja akan pulang ke tempat mereka dibesarkan masa kecil. Jadi nak mudah buat jelah begini tak berebut nanti bila dah mula bertelur, pilih ruang yang mana suka nak mengeram.
  Kali ini dearest husband belanja 6 ekor anak ayam gajah dengan harga pasaran di tempat tukang kebun sekarang berharga RM5 seekor. Lepas tu tak tahan tengok, tukang kebun gunakan Tabung KBB tambah lagi 2 ekor Sabtu lepas jadi semuanya 8ekor. Tukang kebun tak hairan bila dah mula lepaskan mereka bebas keluar dari sangkar ni will cause havoc dekat batas sayur nanti. Kalau tak tahan nanti adalah jadi lauk makan besar Tahun Baru Cina nanti. Masa tu dah saiz boleh buat lauk.

  Sabtu pagi lepas, anak-anak itik telur yang dipesan dari PET shop berhampiran sekolah Ilhan yang selalu tukang kebun lalu intai tapi tak pernah masuk sampailah bulan ini ada call dah sampai. Sebab itu anak-anak kacukan ayam gajah pindah sangkar supaya anak-anak itik telur dan anak-anak ayam baka kampung original yang baru menetas boleh duduk di sangkar tersebut pula buat sementara waktu.
  Laporan dari tukang kebun: Dari Tabung Kebun Bahagia Bersama yang pesanan-pesanan diterima dari minggu lepas dipos semalam, tukang kebun tambah member-member baru team Kebun Bahagia Bersama. Sabtu lepas 5 ekor anak itik telur (RM7seekor) dan 4 ekor anak ayam kampung original (RM3.50 seekor) jadi a part of Team Member Kebun Bahagia Bersama. Tukang kebun pun ada beli 3 anak sepat (RM2 seekor) untuk persediaan projek William Simple Aquaponic Kit. Kalau diikutkan hati mahu je buat pesanan 10 ekor anak itik telur tapi ditegah oleh dearest hubby sebab baru testing stage lagi gain knowledge dulu.  Memandangkan PETS di belakang tu ikut saiz badan yang paling kecik saiz sekarang bebas duduk luar ialah itik telur, big boss punya itik telur tinggal seekor je dari lebih 10 ekor tahun lalu. Lain dah jadi makanan predator masa musim kemarau panjang lalu. Sebab sekarang ni dah musim hujan semula dan makanan pun makin banyak di belakang jadi rasa timing yang bagus nak membesarkan semula anak-anak ayam dan itik untuk persediaan supply telur ayam dan itik dari kebun sendiri tahun depan. 
  Hampir terlupa pula tukang kebun ada direct-sowing sunflower jenis "Autumn Beauty" di raised bed backyard yang terbiar tu tumbuh bersama-sama Morning Glory China Blue (klik sini).  Tak sangka ada juga yang survived tanpa belaian walaupun saiznya lebih kecil dari biasa. Yang berminat nak cuba Sunflower jenis "Autumn Beauty", ada stock. Warnanya perang kemerah-merahan Berikan belaian baja, cukup cahaya dan air pada hari tak hujan, InsyaAllah lebih tinggi dari anda dan besar kembangan bunganya.

~ Sunflower Autumn Beauty ~
Anggaran 10 biji benih dalam 1pek RM3.
   Kebun Bahagia Bersama ingin mengucapkan infinity terima kasih kepada Auntie Z dengan pemberian pemotong rumput menjadi pengganti pemotong rumput kami yang dah uzur (klik sini). Lepas uruskan anak-anak angkat baru tu, kami bergegas ke Kajang ke rumah Auntie Z for the first time. Tukang kebun sendiri terkejut apabila menerima email dari Auntie Z tanya jika kami boleh datang ambil pemotong rumput di rumahnya. Gembira tak terkata tak sangka dalam masa singkat dapat pengganti pemotong rumput yang amat penting nak maintain Kebun Bahagia Bersama. Thank you so much Auntie Z, we really appreciate the gift.

    Memandangkan kali ini anak-anak tak mengikut, on the way balik dari rumah Auntie Z dearest husband ambil kesempatan ajak dating berdua selain dari luar kebunlah. Sejak bersalinkan Ilhan 7 tahun lalu, tak pernah kami tengok movie di cinema. So for the first time more than 7 years kami pergi tengok movie Rurouni Kenshin: Kyoto Inferno. Dari awal tahun ni kut, hubby asyik dengar tukang kebun teringin nak tengok Rurouni Kenshin bila keluar bulan Ogos di Jepun nanti. Kalau tak tayang sini ingat nak kirim DVD dari sana je lah. Dapatlah juga tengok, happy happy. Tak sabar tunggu The Legend Ends pula. Masa mengandung Abby dok baca manga Rurouni Kenshin sambil tenangkan fikiran.




10 ulasan:

Nasa Mulia berkata...

ingatkan ayam dan itik makin kurang sebab sembelih buat gulai, rupanya jd mangsa....

sud@is berkata...

geramnya tengok gladioli putih bertingkat tu, wangi x?
anak itik anak ayam dok sereban...

Normala Saad berkata...

Eeeii...seronok tengok ayam itik Diana. Kalau dekat2 mau kak pi beli. Memang dah lama tak bela, kat rumah sekarang tak dak space. Rumah sewa lama dulu berbagai kak bela...syokkk bila boleh kutip telur..

AMIIZAA@Mieja berkata...

salams TK,
comelnya anak2 ayam tu:)

suka suka berkata...

Oo layan manga juga.. dulu heran gak anak sulung.asik buka web tu..

LadyBird berkata...

Bunga matahari tu cantik.. ayam gjh tu mmg akn bsr ke nnti saiznye sesuai dgn nm gajah?

Suzie berkata...

Bela ayam? Bestnya.......gebu gebu

Julie22 berkata...

Assalamualaikum Kak Diana, seronoknya dpt bela itik, Julie memang suka bela itik time d kampung dulu, berbanding ayam hehe..tapi itik ni bising sangat kan kak, lagi2 bila kita x bagi dia makan, tapi itik jantan mcm xde suara pula hihi...wah kakak pun layan samurai x ye hihi...anime kegemaran Julie time remaja dlu, Julie & adik siap kumpul lagi komik ni sampai habis, tapi endingnya tu kurang bestlah kak, tapi romantik jugalah, Kenshin mati di pangkuan Kaoru huhu...teringat zaman remaja dlu, thanks for sharing info pasal samurai x ni :)

imm berkata...

salam akak..x puas menatap gamba2 dlm blog akak ni especially gambar bunga2 huhu..
akak nak tanya boleh?kalau nak semai sunflower, bila masa terbaik ye?dgn harapan bile dah start musim panas, sunflower berkembang indah di taman(wahh ayat hahaha)

TukangKebun berkata...

Dear Nasa Mulia,

Tuannya tak sempat buat gulai pun dah binatang lain lahap dulu.
Tapi biasanya bela jarang buat gulai pun selalunya suka-suka untuk kutip telur.

Dear Sud@is,

Gladioli biasanya tak de bau sangat. Cukup dah bersinar-sinar untuk gardeners menatap keindahannya bila kembang.

Dear Kak Mala,

Memang syokkkk bila dapat kutip telur dari ternakan sendiri kan. Moga anak-anak ayam dan itik ni membesar gebu-gebu bagi banyak telur.

Dear Sis Amiizaa,

Si Tigger awal-awal geram betul tengok anak-anak ayam dan itik tu.

Dear Kak Mar,

Memang peminat manga. Bolehlah dikatakan 'Otaku Girl'.
Website mana satu tu Kak Mar? Mangafox ke Mangahere.

Dear LadyBird,

Ayam gajah ni memang kalau bandingkan dengan saiz jenis ayam-ayam lain besar sungguh. Masa kecik ni pun tengok tapak kaki pun dah besar banding anak ayam jenis lain.

Dear Suzie,

Moga ayam gajah ni gebu-gebu....tapi tak mengacau batas sayur.

Dear Julie.

Waalaikumsalam.

Cuma bela itik ni kandang jadi lecaklah pula. Jenuh nak mencuci. Kesian dekat anak ayam yang tumpang sekandang.
Comicnya sukalah baca.
Tapi agak tak berapa suka dengan anime sebab macam lari dari comic asalnya (penulis manga asal pun complain ending tak berapa puas hati sebab scriptwriter anime lain).
Nasib baik movie version kami puas hati.

Salam Bahagia Imm,

Kalau Imm duduk lembah Klang bulan depan nak mula semai biji benih sunflower kalau nak kembang musim panas boleh cuba kut.