Halaman

Ahad, 30 Jun 2013

Eucrosia Bicolor

 Assalamualaikum dan Selamat Pagi, moga ceria-ceria semua gardeners yang sedang bersiap untuk memulakan aktiviti berkebun atau urusan lain di pagi yang cerah hujung minggu ini. Bunga yang sedang berseri kembang di musim kemarau pagi ini ialah Si Eucrosia Bicolor yang kadang-kala juga dikenali sebagai Peruvian Lily. Tapi tukang kebun nak elakkan panggil Peruvian Lily sebab ada lagi satu jenis pokok bunga Alstromeria yang lebih dikaitkan dengan panggilan Peruvian Lily. Dah lama tukang kebun tak nampak dia ni sampai dah terlupa kewujudannya ada di dalam kebun di sudut corner belakang rumah berhampiran sidaian kain.
 Eucrosia ni jenis pokok bunga bawang macam hippeastrum ataupun nerine. Kelopok bunganya lebih kecil tapi misainya yang menawan tu sangatlah panjang. Kelmarin, masa nak angkat baju-baju yang kering di luar rumah, tiba-tiba pandangan mata ni rasa pelik selalunya hijau je di sudut kebun ni, kenapa pula ada warna merah terselit antara daun-daun hijau? Oh rupanya Eucrosia telah bangun dan menonjolkan diri dalam musim panas kering sekarang. Dalam panas dan kering ni ada juga bunga-bunga yang bangun berbunga bagaikan Sleeping Beauty (dramatik sikit). Eucrosia adalah jenis pokok yang keperluan airnya tidak banyak. Cukup memadai rahmat air hujan yang diterima sepanjang tahun sekiranya ditanam dalam tanah. Bawangnya tak suka jenis tanah yang airnya bertakung kerana akan mengakibatkan bawang mudah busuk dan reput. Jika tanah jenis yang airnya mengalir dengan baik, boleh biarkan sahaja let nature do all the work, tukang kebun boleh rilex.
 Eucrosia masa bangun untuk berbunga akan keluarkan bunga dahulu dan kemudian baru disusuli daunnya. Itu sebab kemunculannya selalu tak disangka-sangka. Seperti bawang hippeastrum, Eucrosia Bicolor kebiasaannya setelah melalui period yang kering akan mengujakan bawangnya untuk berbunga. Disebabkan tempat ni tak pernah disiram pada musim kering ini, muncullah bunga Eucrosia. Itu sebab kawasan ni nampak banyak daun-daun kering tak kena siram. Alamak big boss baru message dia balik Sungai Buloh sekejap minggu depan. Oppsss mesti banyak komen nanti.

Ceria-ceria bersama keluarga di hujung minggu ini :) .

Sabtu, 29 Jun 2013

Tomato Cherry Broad Ripple Yellow Currant


 Tomato Cherry Broad Ripple Yellow Currant buahnya berwarna kuning bila masak bersaiz anggaran antara 1~2cm. Seperti dalam gambar di atas, saiznya sangat berbeza dengan cherry tomato yellow pear. 
 Tomato cherry Broad Ripple Yellow Currant pokoknya sangat besar boleh melebihi 2.5 meter, jadi kena sediakan pancang siap-siap. Pokok tomato cherry Broad Ripple Yellow Currant dari pengalaman, boleh juga ditanam di kawasan partial shade (4-6jam cahaya) walaupun kebiasaannya pokok tomato memerlukan matahari yang banyak. Pokok tomato cherry Broad Ripple Yellow Currant tahan lasak dengan pelbagai pertukaran cuaca dan setelah pokoknya dewasa (well-established) ianya tahan kepada cuaca panas. Yang menarik juga, boleh diperhatikan di mana ketika cuaca yang panas dan sederhana ketebalan kulit buah tomato cherry ini juga berbeza kerana respond buahnya untuk melindungi dirinya dari kekuatan ozon sinaran matahari (UV light?). Begitu juga rasa acidic buahnya dalam perubahan cuaca yang berlainan. Jika kita makan tomato dari kebun sendiri lama-kelamaan kita akan perasaan perbezaan-perbezaan buahnya dalam cuaca yang berlainan. Tahukah anda, sebenarnya tomato cherry yang berasal dari benua 'New World' dipercayai adalah berwarna kuning sebelum adanya kultivator berwarna cherry tomato merah.
 Pokok tomato cherry broad ripple yellow currant ni mabuk buah rajin sangat berbuah sampai ada satu ketika tak larat makan. Tukang kebun Rayyan pun rajin tolong-tolong petik buah sambil makan. Kadang kala pruning daunnya sebab bila merimbun daun-daunnya menutupi buah, jadi nak buka ruang untuk cahaya masuk supaya buah boleh ranum. Daun yang dah dipotong tu sebenarnya boleh diblendar buat jus untuk organic spray sebab daun tomato adalah toxic (tapi hati-hati ada separuh orang boleh allergic dengan daunnya kalau terkena banyak jadi pakai sarung tangan).



~Biji Benih Tomato Cherry Broad Ripple Yellow Currant ~

Anggaran 20 seeds satu pek (RM3.00).

Kos penghantaran bagi pembelian biji benih di bawah RM20 adalah flat RM2.00 dengan Pos biasa.
Kos penghantaran lebih RM20 adalah RM6 dan melalui pos laju.

Pembayaran adalah melalui bank RHB, CIMB atau Maybank.

Jumaat, 28 Jun 2013

Yellow Walking Iris

 Pokok bunga walking iris adalah sesuai bagi mereka yang sibuk atau tukang kebun yang malas siram macam tukang-tukang kebun Bahagia Bersama. Pokok bunga walking iris apabila sudah matang (well-established) tidak perlu banyak siraman air walaupun pada musim kering (drought-tolerant). Seminggu 3 kali siraman pun dah boleh hidup bahagia. Pokok bunga yellow walking iris rajin berbunga sepanjang tahun bila rajin pruning bunga-bunga yang sudah layu. Kalau tak dipotong bunga layu, pokoknya fokus nak berjalan-jalan hinggap tanah bagikan anak-anak pokok yang baru dari nak beri bunga baru. Itu sebabnya dipanggil walking iris, ini adalah salah satu cara bagaimana ianya berbiak selain dari biji benih atau pun division pokok.
 Semasa bunganya kuncup pun nampak menarik seperti dome masjid. Pokok bunga walking iris tak fussy dengan sinaran matahari yang diterimanya. Dalam Kebun Bahagia Bersama, pokok-pokok yellow walking iris tumbuh dalam pelbagai keadaan penerimaan cahaya matahari dari full sun hinggalah ke filtered light dan kesemua keadaan ianya kembang berbunga. Tapi yang keadaan full sun paling meriah bunganya. Gambar di bawah adalah pokok-pokok walking iris yang overdose dengan tahi ayam mutiara (ayam mutiara suka tenggek atas pagar sebelah tu). Yang diberi tahi kambing lebih meriah dan selalu berbunga berbanding dengan yang dibaja dengan tahi ayam.
 Pokok Yellow Walking Iris menarik sekiranya ditanam bersebelahan pathway (corridor) atau taman yang mempunyai kolam. Boleh juga hiasi sudut taman yang ditutupi dengan pebbles (batu kecil) dengan kelilingkan pebbles pada pokok yellow walking iris. Dalam satu bekas yang ditawarkan, sebenarnya ada lebih dari satu pokok (mungkin ada 2~4 pokok). Tukang kebun akan pilih yang paling robust dulu untuk penghantaran jadi tak pasti yang mana akan dihantar.

~ Pokok Yellow Walking Iris ~

1 bekas RM9.

Rezeki biji benih Croscomia

 Tukang kebun selalu lupa nak label rupa biji benih seperti gambar di atas yang mungkin ada gardeners yang menerimanya dalam penghantaran hujung bulan June ini. Mesti tertanya-tanyakan. Ini biji benih pokok bunga Crocosmia.
 Croscomia tergolong dalam ahli keluarga Iris. Pokok yang matang juga menghasilkan bawang-bawang di dalam tanah. Ada jenis burung tukang kebun perhatikan suka menghisap madu dari bunga pokok Croscomia.
 Pokok Croscomia yang sudah matang tidak memerlukan penjagaan yang banyak dan tidak perlu kerap siramnya.

Good Luck with the seeds!

Khamis, 27 Jun 2013

Water Lily Apricot Sioux

 Gembiranya hati minggu lepas bila dapat kejutan Water Lily Apricot Sioux yang ditanam November lepas tiba-tiba menghasilkan putik bunga. Nasib baik tak terlepas. Perasan pun sebab dah kesiankan big boss punya pokok-pokok dekat tepi pagar buat pertama kalinya tukang kebun siram bulan ni lepas kesian tengok banyaknya daun dah keguguran. Tak disangka pula antara Water Lily yang ditanam serentak November lepas yang paling kurang menerima cahaya matahari sebab berteduh bawah kanopi pokok durian yang berbunga dahulu (lokasi: filtered light). Tanah yang kami pakai untuk tanam pokok bunga water lily ini pun diambil dari kawasan tempat kami bakar green waste besar jadi dah kira tanah dicampur semula jadi dengan tanah bakar yang kemudian kami campurkan dengan tahi kambing. Selepas itu terbiar di bawah pokok durian dan daun-daun pokok durian yang kering jatuh ke dalam air itulah yang akan jadi baja untuk pokok water lily ini. 
 First time tukang kebun perasan pokok water lily ini nak mula berbunga dah senja.
 Keesokkan paginya lepas hantar tukang kebun Ilhan ke tadika, mestilah bergegas jenguk tengok si dia dah mula mengembang.
 Bila senja dah nak malam, bunganya pun ngantuk nak tidur dah.
 Keesokkan paginya bunganya kembang sepenuhnya. Bahagia hati tukang kebun. Tapi bahaya juga senang addicted kalau terjebak nak buat koleksi lain-lain jenis. Oh dekat dalam air ni pun dah beranak-pinak ikan Guppy buat colony. Katak pun rajin banyak kali dah juga bertelur dekat daun dia tapi tak de mengganggu pertumbuhan pokok bunga water lily. 

Rabu, 26 Jun 2013

Anak Pokok Sayur Raja

 Sayur raja sedap dimasak ala-ala sup ataupun masak goreng sambal belacan. Ianya juga adalah pokok yang tidak memerlukan penjagaan yang banyak. Semasa awal peringkat pertumbuhannya ada tukang kebun tinggalkan setelah 2 minggu kerana bercuti ke Sabah. Syukur Alhamdulillah bila balik pokok-pokok sayur raja nampak bahagia sahaja di kebun dan telah tumbuh 2 kali ganda dari saiz sebelum kami tinggalkannya. Kalau tiada banyak penerimaan matahari (partial shade 4 hours light) di ruang yang sempit boleh juga mencuba-cuba tanam pokok sayur raja. Gambar atas bawah ini, gambar re-cycle posting lepas dekat rumah big boss di Telipok, Sabah (jerebu-jerubu ni tak berapa nak masuk kebun). Tukang kebun rasa bagi mereka yang bekerja kerap outstation, pokok sayur raja sesuai untuk hobi gardener yang busy sebab requirement penjagaannya yang minimun tapi kena letak tempat kena hujanlah. 
 Sayur raja kadangkala kena serang juga dengan bena. Tapi jangan susah hati minyak masak yang dah berapa kali pakai untuk mengoreng di dapur boleh digunakan untuk lap di daun-daun yang dinoda oleh bena, petua dari big boss. Cat daun dengan minyak masak lagi nampak glossykan daunnya more decorative. Masih selamat nak makan dari kena sembur-sembur racun serangga. Sayur raja boleh dibaja dengan bahan buangan ayam atau binatang ternakan lain-lain.
 Anak-anak pokok sayur raja gambar diambil 2 weeks ago, sekarang dah besar sikit tapi jerebu ni terperap dalam rumah jadinya no latest picture. Satu beg ada yang lebih dari satu pokok (ikut nasib). 

~ Anak pokok sayur raja ~

Boleh mix dengan sayur manis (asin-asin) atau pokok kari (3 pokok mix RM10.00)e  atau lain-lain di page '3 plants for mix RM10'.

Tiada penambahan kos penghantaran jika ada pesanan biji-biji benih.

Penghantaran anak-anak pokok adalah kebiasaannya hari Isnin atau Selasa (seminggu sekali).

Pembayaran adalah melalui bank RHB, CIMB atau Maybank.

Gladdy in Haze

 Semalam tadika tutup tapi sebab tukang kebun Ilhan suka ke tadika (untung mamapapa dia kalau tak dengar cakap, selalu usik cakap tak nak hantar pergi tadika :P ) , terpaksalah juga ke tadika nak yakinkan Ilhan tadika tutup nanti air mata berderai-derai dan jumpa cikgu sekejap. Bila balik dalam keadaan kabus yang tak sihat @ jerebu ternampak di satu sudut warna merah jambu memanggil-manggil. Subhanallah dalam jerebu-jerebu ni masih mekar indah lagi Cik Gladioli pink dengan ropol-ropol putih di keliling kelopaknya. Sudahlah berapa kali itik Si Josephine duduk atasnya dengan tukang kebun pun beberapa kali tercabut pokoknya semasa merumput kawasan ini. Tapi mekar senyumannya very contagious tukang kebun pun tersenyum terpikat membalas. 
 Hari ini mekar pula bunga yang kedua. Syukur Alhamdulillah bulan June ini terima hadiah lagi dari gladioli iaitu warna baru dalam private collection tukang kebun. 
 Syukur Alhamdulillah dengan rahmatnya, hujan turun juga lewat petang tadi, esok boleh off siram pokok-pokok. Nasib baik tukang kebun sempat gali bawang-bawang gladioli yang pokoknya dah kering-kontang setelah habis berbunga 2 bulan lalu. Terkejut tukang kebun, saiz bawang gladiolinya besar dan sangat sihat, ambil hatilah tu masa kembang tukang kebun tak dapat nak enjoy sebab berada di Sabah bunga gladioli warna peach. Korek bawang tu buat masa tanah kering.

Ahad, 23 Jun 2013

Lettuce Four Season


 Lettuce yang dwi-warna, warna magenta dan hijau sesuai ditanam dalam bekas recycle. Daunnya boleh  dituai berperingkat-peringkat dari bahagian luar yang paling tua sekali. Dinamakan Lettuce Four Season kerana toleransi lettuce ini tumbuh pelbagai cuaca dan boleh ditanam sepanjang tahun. Menarik ditanam besama lettuce-lettuce jenis lain nampak decorative/ornamental.

~Biji Benih Lettuce Four Season ~

Anggaran 50 seeds satu pek (RM3.00).

Jumaat, 21 Jun 2013

White Bush Scallop Pattypam Squash

 Pattypan squash adalah antara labu yang jenis kecil. Tapi berbeza dengan labu nak tunggu besar dengan matang sebelum dipetik. Lebih unik lagi bentuknya yang kecil comel macam butang baju. Pattypan squash buahnya dituai semasa muda setelah pendebungan/persenyawaan dilakukan lebih 2-3 hari membesar nak kena petik selalu. Kalau dibiarkan besar buahnya, pokoknya akan berkurangan menghasilkan buah dan cepat uzur pokoknya. Jika rajin petik bukan main lagi pokoknya nak berbuah macam bendi asyik nak kena petik selalu. Tukang kebun pun terkejar-kejar nak tuai buahnya dekat ampaian jadi selalu lalu sambil simpan dalam poket uniform berkebun. Kadang-kadang lupa esok seluk poket baru perasan ada buah pattypan squash dalam poket uniform.
 Pucuk pattypan Squash yang ada bunga betina sedang membesar. Kebiasaannya bunga jantan kembang dulu, dalam seminggu dua barulah  bunga betina mula nak kembang. Untuk persenyawaan debunga betina dan jantan elok dilakukan awal pagi di mana bunganya baru kembang. Kalau musim panas, bunganya cepat kucup, pukul satu dah betina tutup entry kekadang lebah pun tak boleh masuk. Sebab dia adik beradik labu, ada bunga jantan dan bunga betina dalam satu pokok. Bunga betina ada buahnya di belakang yang ditunjukkan anak panah berwarna pink. Manakala bunga jantan yang anak panah berwarna biru seperti di gambar bawah. Tukang kebun kadang-kadang potong buahnya campur goreng ayam masak halia.



~Biji Benih White Bush Scallop Pattypan Squash ~

Anggaran 7 seeds satu pek (RM3.00).
Stok terhad. Ready available stock.
Kos penghantaran bagi pembelian biji benih di bawah RM20 adalah flat RM2.00 dengan Pos biasa.
Kos penghantaran lebih RM20 adalah RM6 dan melalui pos laju.

Pembayaran adalah melalui bank RHB, CIMB atau Maybank.

Gladiolus Putih Beranak-Pinak

 Gladioli kembang berwarna putih hujung bulan Mac lepas pokoknya telah layu dan kering (tukang kebun dah lupa bila weeding baru nampak dan teringat) bulan ini. Lebih kurang 2 bulan lebih untuk masa mengutip bawang-bawang atau benih bunga gladioli. Jadi sudah elok untuk dikorek berhati-hati untuk keluarkan bawang-bawang yang telah membiak di dalam tanah. Elok lakukan pada hari bukan hujan dan tanah tidak basah. Syukur alhamdulillah dengan tidak dihirau oleh tukang kebun beranak pinak dia dalam tanah dengan bawangnya pelbagai saiz. Yang bestnya 2 pokok yang dituai bawangnya menghasilkan setiap pokok telah memberikan  2 double happiness bawang yang matang yang akan juga menghasilkan bunga. Kalau bawang-bawang yang kecil nak kena tanam dan tunggu bawang ianya membesar kepada saiz yang akan berbunga (flowering size). Jadi yang kecil kebarangkalian 2 kali kitaran hidupnya baru akan menghasilkan bunga.
 Keringkan bawang gladioli sebelum disimpan ke dalam paperbag di tempat yang kering dan gelap. Sekarang ini di kawasan kami sedang musim kemarau, jadi tukang kebun jemur di tempat teduhan je. Bila sudah habis musim kemarau, baru tukang kebun tanam semula (malas nak menyiram).
 Seminggu dua ni di Kebun Bahagia Bersama walaupun cuaca panas dan kering, ada beberapa pokok gladioli berbunga. Semuanya memberikan warna peach. Tengah musim peach pink di Kebun Bahagia Bersama dengan pokok bunga hippeastrum dan cosmos berbunga seakan warna rona yang hampir sama.

Khamis, 20 Jun 2013

Kacang Tanah Taragang

 Kacang Tanah Taragang yang segar bila dikopek kulitnya, warna kacangnya adalah 'Rosey' pinkish.   Kacang tanah yang segar baru sahaja dituai tidak beberapa menjadi sekiranya baru digali dan disemai kacangnya terus. Hendaklah keringkan dahulu kacangnya (tapi bukanlah terdedah lama beberapa hari dengan cuaca panas yang kuat) sebelum digunakan sebagai biji benih. Menanam kacang adalah sangat mudah cuma tanam terus sedalam satu inci ke tapak sayur. Tidak perlu proses semai dan kemudian alihkan ke batas. Semai sahaja terus ke batas.
 Kacang tanah yang ditinggalkan berusia lebih kurang 5 minggu dari disemai menampakkan pertumbuhan yang cepat. Kacang tanah gemarkan tanah yang sedikit berpasir atau loose soil. Kacang tanah tidak memerlukan banyak siraman air, setakat tanah tidak kering kontang sahaja. Tukang kebun tanam kacang di Sungai Buloh dan mama pula di Kiulu dengan batch sama pada minggu yang sama. Sekarang musim hujan lebat di Kiulu, tukang kebun tengok pokok kacang tanah mama daunnya kekuningan sebab terlampau banyak air. Too much water for peanuts also not good. Cuma musuh nak tuai kacang tanah ialah Si Tikus yang juga kadangkala menggali kacang untuk makanannya. Begitu juga semasa menyemai benih, be alert dengan Si Tikus.
 Kacang Tanah segar rebus sendiri letak garam sikit. Kacang Tanah Taragang selepas direbus.
 Kalau semai kacang tanah sekarang, InsyaAllah sempat tuai hasilnya untuk jadikan bahan kuah kacang untuk Hari Raya Haji nanti.

~ Biji Benih Kacang Tanah Taragang ~

Anggaran 20 biji satu pek (RM3.00) .

2015 Fresh Stock.

Rabu, 19 Jun 2013

Semaian di Kiulu

 Inilah rumah kami di Kiulu, kebiasaannya Jumaat petang setelah habis waktu bekerja papa dan mama tukang kebun bergegas kembali ke Kiulu sebelum senja menghabiskan hujung minggu di sini. Di sinilah tukang kebun sekeluarga berehat-rehat semasa pulang bercuti ke Sabah. Rumah di Telipok tiada ruang yang mempunyai tanah jadi di sinilah mama tukang kebun selalunya menghabiskan masa di luar menanam-nanam. Weekdays disemai biji-biji benih di Telipok dan yang telah besar akan dibawa pulang ke Kiulu untuk dipindahkan.
 Dari kampung, biasanya pada sebelah pagi, puncak Gunung Kinabalu boleh kelihatan sebelum dilitupi awan-awan putih besar. Balik kampung sempat tukang kebun semai beberapa jenis tanaman pada minggu pertama di Kiulu. Jadi ini adalah rekod tukang kebun, takut lupa bila ditanya pokok apa ada di keliling rumah Kiulu. Anak benih sayur tatsoi banyak sudah bercambah (stok sudah ada kembali).
 Tukang kebun ada bawa beberapa bawang Rain Lily bunga putih, ada bawang dormant yang dalam seminggu lebih sahaja dah kembang bunganya setelah ditanam.
 Muskyil, mungkin bawang bunga Freesia dah bercambah.

Biji-biji benih Sweet Basil Large Italian Leaves yang tukang kebun reject masa kemaskan, tukang kebun tabur ke tanah. Jadi sekejap sahaja biji-biji benih tersebut bercambah.
 Anak-anak pokok kacang pea 'Greenfeast'.
Biji benih Kacang Buncis Renek Royal Burgundy baru sahaja bercambah.
Beetroot 'Early Wonder' baru sahaja bercambah (stok ada kembali).
Our first baby turns 6 years old semasa bercuti di Sabah.

Selasa, 18 Jun 2013

Pelbagai corak daun asin-asin


 Pokok sayur asin-asin atau sayur manis sangat sesuai ditanam untuk kebun yang kecil dan bagi tukang kebun yang sibuk bekerja. Pokok sayur asin-asin tidak banyak memakai ruang kerana pokoknya meninggi dan 2-3 pokok cukup untuk satu keluarga. Pokok asin-asin boleh sebenarnya tumbuh 2 kali ganda tinggi daripada pokok-pokok asin di dalam gambar. Sebab dalam gambar pokok sayur asin-asin telah diberi hard-pruning. Pokok asin-asin yang sudah well-established atau dewasa sangat lasak. Bila selalu dituai, pokok sayur asin-asin akan rajin mengeluarkan daun lagi. Penjagaan adalah sangat minumum dengan pokok sayur asin-asin yang telah berusia, jadi amat sesuai bagi mereka yang sibuk berkerja atau banyak travelling.

 Boleh ditanam di tepi pagar, pernah pokok-pokok bunga telang panjat meliputi pokok-pokok sayur manis tetapi pokok sayur manis masih gah berdiri tanpa masalah sampailah habis riwayat pokok-pokok bunga telang yang menumpang sudah tua sebab tidak dituai bunganya.

 Bulan lepas SMRose dari blog Semua Menjadi yang observant ada tanyakan tukang kebun mengenai daun sayur asin-asin dalam gambar kami nampak lain dari yang biasa. Tukang kebun pun perhatikan daun-daunnya di Kebun Bahagia Bersama Sungai Buloh dan juga baru-baru ini di Kiulu, inilah koleksi jenis-jenis corak daun asin-asin yang tukang kebun ada jumpa dalam keua-dua kebun kami.

Di tengah urat daun berpusat warna putih.
Bintik-bintik putih random bertaburan di atas daun.
Urat-urat daun nampak berjalur hijau terang.
Genetic Variation in work is a wonderful thing.
 Sayur asin-asin bukan sahaja membiak melalui keratan tetapi juga dari biji benih. Di kebun kami kelihatan di bawah kaki pokok asin-asin, anak-anak pokok asin tumbuh sendiri dari biji benih. Anak pokok di bawah yang tukang kebun semai dari biji benih juga kelihatan corak daunnya berbeza dari sayur manis yang biasa didapati di pasar.
~Anak Pokok Sayur Manis (propagate dari biji benih/keratan) ~

1 anak pokok sayur manis (RM5) + kos penghantaran (RM10 = RM15 .
3 anak pokok sayur manis (RM10) + kos penghantaran (RM13) = RM23 .
Setiap pesanan akan disertakan 5 keratan pokok sayur manis juga.



Tiada penambahan kos penghantaran jika ada sertakan pesanan biji-biji benih.