Halaman

Rabu, 30 Julai 2014

Passiflora miniata meriah beraya


Presentation5

  Siapa tema baju Aidilfitri tahun ini berwarna merah garang seperti warna pokok bunga scarlett passion flower? Kami sekeluarga berwarna epal hijau tahun ini (big boss yang pilih sebab big boss sponsor dan jahit baju raya kami sekeluarga). Tukang kebun bab menjahit memang tak boleh harap. Syukur Alhamdulillah sejak pokok scarlett passion flower mula berbunga tak putus-putus bunganya ada sahaja kembang setiap hari dan makin meriah apabila masuk musim Raya Aidilfitri (kisahnya bermula klik sini). Pokoknya pun cepat sahaja merimbun walaupun di kala kemarau dan tukang kebun dah berapa kali pruning mana yang menceroboh territory lain. Setelah lama tak berenggang dengan Kebun Bahagia Bersama balik beraya di Terengganu, pasti scarlett passion flower menanti kami dengan riang ria suasana raya pada kepulangan kami hari ini.
Presentation7

  Ada juga kebaikkan pokoknya merimbun masa kemarau, membantu tukang kebun berikan natural shade kepada tumbuhan-tumbuhan di sekelilingnya menumpang berteduh di musim panas kemarau. Dalam gambar bawah boleh kelihaan terdapat banyak stage pembesaran kudup-kudup bunga menjadikan pokoknya tidak putus-putus memberikan kembangan bunga setiap hari ada sahaja penggantinya. Pokok scarlett passion flower sangat lasak apabila pokoknya sudah matang dan tidak banyak penjagaan. Tukang kebun pun tak risau nak tinggalkannya beberapa hari walaupun musim panas ini. Seronok tahun ini, passiflora miniata memeriahkan suasana Aidilfitri di Kebun Bahagia Bersama.
  Hari ini sengaja posting pilih warna bunga yang garang semarak merah, supaya yang memandu balik ke rumah ataupun bergerak ke giliran kampung partner anda mata jadi segar sikit bila berehat seketika dari memandu. Tulisan saiz font pun kasi besar-besar supaya mata tak penat membaca. Don’t force yourself kalau penat dan ngantuk berehatlah seketika. Pandulah berhati-hati dan berhemah di jalan raya.
Presentation6

 Daun dan warna bunga merah bunga ini juga sesuai untuk tema Christmas ataupun Tahun Baru Cina. Pokoknya lebih tahan lasak dan sesuai dengan cuaca kita dari jenis-jenis bunga lain yang diimport lebih sesuai dengan cuaca Eropah khusus untuk meraikan perayaan tersebut. Kalau orang tanya, Kenapa pilih 'Scarlett Passion Flower' as Christmas garden decor for this year?Bolehlah menjawab its not just because of the color, jika google ada sebab  kenapa dipanggil 'Passion flower' kerana dikaitkan mirip symbol 'cross' dalam kisah di kitab Bible. For further info bolehlah google kenapa passiflora juga dipanggil 'Passion flower'. Kalau ikut geography, distribution asal pokok-pokok dalam passiflora seperti buah markisa (passion fruit) berasal dari 'New World' benua Amerika latin yang majority-nya beragama Christian. Penamaan tumbuhan-tumbuhan di merata-rata dunia ini, kadangkala boleh kita jejak semula mengikut budaya di sesuatu kawasan asalnya.

 Gardeners yang meraikan perayaan Christmas dan Tahun Baru Cina  bolehlah buat persediaan dengan menanam Scarlett Passion Flower di garden bulan Ogos ini. InsyaAllah jika ada rezeki, bila perayaan tersebut tiba, pokok scarlett passion flower dah mula musim bunganya untuk beraya bersama-sama dengan tuannya.

~ Scarlett Passion Flower (passiflora miniata) ~

1 pot for RM12.00 

Selasa, 29 Julai 2014

Ishidatami

 Hari Raya ke-2 ini pasti yang beragama Islam masih sibuk merayakan Hari Raya Aidilfitri. Ada yang sibuk seharian ini menyambut dan melayan tetamu di rumah. Ada yang sibuk berjalan dari satu rumah ke satu rumah beraya. Yang banyak naik turun kenderaan pergi beraya yang tidak memandu ada peluang nak intai cuci mata di Kebun Bahagia Bersama, tukang kebun dah siapkan posting ini untuk kalian. Juga bagi mereka yang sedang berehat sambil perut kenyang boleh juga cuci mata, lepas ini jangan lupa pula menolong di dapur ya berilah peluang tukang masak berehat pula ya. Sebelum itu, Kebun Bahagia Bersama team members ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maafkanlah sekiranya ada kesilapan atau terkasar bahasa menyinggung perasaan yang tidak disengajakan dari kami.

 Sudah pastinya semalam tiada Monday blues kecuali mereka yang bertugas menjaga keamanan negara dan memastikan perkhidmatan tidak tergendela di pelbagai sektor. Walaupun terpaksa bertugas, kami menghargai sumbangan mereka yang tidak dapat beraya pada Hari Raya Pertama dan Kedua dan anda sentiasa diingatan. Bagi yang Monday blues, tukang kebun kongsikan gambar Blue Ishitadami Morning Glory supaya hari Selasa ini sudah tiada Monday blues. 
 Bunga Seri Pagi Ishitadami (Ipomoea nil) adalah jenis bunga seri pagi yang berasal dari Jepun. Warna birunya sangat vibrant dan nampak glossy dalam rona warna 'Royal Blue'. Kelopak bunganya memang berbentuk seperti tercarik-carik atau 'split-petal criss-cross' dan mempunyai jaluran random seakan berwana mauve. Boleh nampak perbezaan warna biru Ishidatami dengan Si Youjiro di sebelahnya (gambar atas). Ishidatami antara koleksi peribadi bunga seri pagi tukang kebun tahun ini. Not offering at the moment.

Jumaat, 25 Julai 2014

Kemarau Kemuning

 Minggu ini pada waktu malam semerbaknyalah bau si Kemuning. Seronok pula duduk di luar sambil perhatikan kanak-kanak riang bermain bunga api di deretan lampu pelita sambil menunggu waktu Isyak. Minggu ini pokok-pokok kemuning di keliling rumah berbunga serentak. Bermeter-meter boleh bau keharumannya terutama pada waktu malam. Bila nampak buah berwarna oren dihasilkan dari kemuning terasa nak merasa pula hampir membuatkan diri ini lupa yang sedang berpuasa. Bukan lebah sahaja yang sibuk menghisap madu dari bunga kemuning. Tetapi pelbagai serangga juga duduk tumpang gembira seperti gambar di bawah. 
 Keliling pokok bunga kemuning banyak nampak keguguran kelopak bunganya yang dah layu macam winter sonata pula tetapi sebenarnya 'Kemarau Kemuning'. Antara bekas yang tukang kebun simpan stok bunga air 'ShiroHanaSakuraTade' pun bermandikan bunga Kemuning. Eloklah jadi sumber kompos yang baik.
 Minggu ini juga Lotus rajin berbunga, nampak ada kudup bunga juga yang muncul dan bakal kembang pada minggu Raya.
 Sedang tukang kebun belek-belek si bunga lotus, terdengar macam ada benda berjalan di atas atap berdekatan dengan kepala. Rupa-rupanya si Gorrum datang tengok bersama. Di sebalik bunga-bunga kertas yang masih tak putus-putus berbunga. Yang kami prune lalu belum berbunga lagi tapi dah naik subur balik, tunggu masa sahaja.

Ramai yang bertolak balik kampung ke hari ini? Drive safely, safety 1st.

Khamis, 24 Julai 2014

Blue Star

  Antara pokok bunga dari keluarga Ipomoea yang kerap berseri-seri di Kebun Bahagia Bersama ialah 'Blue Star'. 'Blue Star' adalah dari jenis Ipomoea tricolor yang lebih mudah dibela semasa keadaan panas dan kemarau berbanding dengan Ipomoea nil atau Ipomoea purperea. Cuma berbeza dengan bunga seri pagi berasal dari Jepun (Ipomoea nil), tukang kebun perhatikan setelah beberapa kali menanamnya pada cuaca yang berbeza 'Blue Star' musim bunganya bermula lambat dari average bunga-bunga dalam keluarga Ipomoea lain.  Entah tak tahu kenapa macam habitlah pula, setiap kali tukang kebun merumput bahagian yang Blue Star tengah tumbuh, mesti tukang kebun tak sengaja tercabut akar pokok 'Blue Star' sekali. Lalu cepat-cepat tukang kebun timbus balik masuk dalam tanah dan siram, Syukur Alhamdulillah 'Blue Star' tak pernah merajuk dengan tukang kebun ia tumbuh seperti sedia kala semula. Ya, pokok 'Blue Star' tahan pada musim panas dan kemarau sekiranya diberikan minum selang sehari ia tak ngada-ngada, tak banyak remeh. Seperti bunga seri pagi lain, ia akan berseri-seri apabila menerima cahaya matahari yang banyak. 
 Gambar No. 2 generasi pertama 'Blue Star' di Kebun Bahagia Bersama, masa ini musim hujan jadi tak panas macam sekarang warnanya lebih kebiru-biruannya. Faktor cuaca akan memainkan peranan rona warna birunya. Kelopak bunga 'Blue Star' lebih nampak tipis lembut macam tissue berbanding dengan Ipomoea nil.
 Gambar No. 3 pula ialah Generasi ke-2 Blue Star di Kebun bahagia Bersama masa musim tengah peak panas dan kemarau. Tukang kebun sengaja ambil gambarnya masa tepat pukul 12:00 tengahari nak tunjuk keadaannnya masa tengah berjemur kat luar ni. Pukul 12:00 bunganya masih kembang walaupun nampak layu di tengahari buta tetapi bila dah ke arah petang kelopak dan daunnya akan dengan semulajadinya nampak fresh balik. Warning: janganlah pula bagi air dekat dia tengahari buta, tanah tu dah panas, tambah air mendidih kepanasan lagi. Siram elok masa awal pagi atau lewat petang ya, masa tanah tak panas. Blue Star makin panas makin menjadi-jadi nak berbunga. Bentuk daunnya berbentuk 'heart'.
 Gambar No. 4 pula ialah Generasi ke-3 yang berbunga bulan lepas di depan pintu dapur. Kantung benihnya memang selalu menghilang, tukang kebun rasa mungkin ada sejenis makhluk bersayap sukakannya. Untuk peminat-peminat bunga morning glory tukang kebun bagi ranking dari yang mudah ke challenging ikut dalam page <ipomoea (Bunga Seri Pagi dan Family)> bagi menanamnya di kawasan tanah rendah seperti Lembah Klang.

Ipomoea quomoclit > Ipomoea triloba, Ipomoea multifilda > Ipomoea tricolor > Ipomoea nil

~ Blue Star Morning Glory (Ipomoea tricolor) ~
Anggaran 7 biji benih dalam 1 pek (RM3.00).

Sementara stok masih ada.


 Tukang kebun terkejut cuaca yang masih panas-panas ini percambahan biji benih Dwarf Sunflower Teddy Bear amat bagus. Bercambah dalam masa 4~5 hari apabila disiram sekali tiap-tiap hari.

Rabu, 23 Julai 2014

Tsukena Hiroshimana

  Sebelum bertolak ke kampung, apa jenis tumbuhan yang buahnya tumbuh cepat boleh sahaja petik tidak mengira saiz nak elakkan dari pokoknya jadi tua. Seperti bendi tidak mengira saiz dah boleh petik walaupun belum sebesar ibu jari atau kacang panjang baru sejengkal boleh simpan dalam peti sejuk. Saiznya yang kecil dan masih muda inilah rasanya lebih manis dimakan. Bagi tukang kebun selain dari sebab menanam sayur sendiri bukan sahaja nak elakkan dari yang kena racun tapi boleh nikmati sayur yang masih "young and tender". Kalau di kedai sebab asyik nak supply size yang besar-besar "custom size" dah nak dekat tua dan keras. Begitu jua dengan sayur daun, kalau takut siput dan belalang beraya sakan bolehlah mula tuai tiap-tiap hari minggu ini yang dah sedang-sedang takut balik tukang kebunnya kempunan pula. Apa salahnya tapau bawa balik kampung juga sebagai hamper Hari Raya.

 Sebelum tukang kebun kempunan nak rasa makan sayur daun hijau Tsukena Hiroshimana yang dah lama ditunggu-tunggu, mula tukang kebun tuai minggu ini walaupun saiznya belum capai average saiz lagi masih sedang-sedang dan kecil. Pada masa awal-awal tukang kebun semai biji benih yang batch percambahan pantas, baby yang baru bercambah tu kena makan dengan semut-semut. Lapar agaknya sebab musim panas dan kemarau. Yang bercambah kemudian di tempat sama terselamat pula dari dimakan. Adalah juga rezeki yang ditinggalkan kongsi bersama. Sayur daun Tsukena Hiroshimana baka dari Jepun ini mudah juga tumbuh masa musim panas dan kemarau, tukang kebun letak di kawasan partial shade. Baka ini dari negeri Hiroshima yang kena bom atom masa perang dunia kedua. Sayur daun ini semakin besar daunnya makin lebar dan batangnya pendek dari Bok Choy biasa. Kalau mereka yang suka makan lebih kepada daun dan bukan batang sesuailah citarasa dengan Hiroshimana. Tambahan pula sebab batangnya tak panjang dan daunnya lebar sesuai juga untuk dijadikan sebagai 'wrapper' dengan filling daging cincang atau ikan cincang untuk kukus bersama.

 Minggu ini pula nampaknya rambutan mula ada yang dah nak masak eloklah timing-nya dah nak dekat Raya ni. Semalam tukang kebun dah testing sikit yang rambutan gading hampir masak sebab berbuah masa tiada hujan jadi sebab tak berair rasanya lebih masam manis tak tawar. Gambar di atas adalah tuaian semalam bersama-sama Ilhan lepas balik sekolah agama. Ilhan sekarang dah seronok suka kutip telur ayam. Gambar di bawah pula antara tuaian Rayyan dan papa Rayyan, mereka dapat telur itik pula.
 Syukur Alhamdulillah bulan Ramadhan ini, rezeki buah nangka banyak pula. Biasanya tukang kebun mengelat tunggu dearest hubby baru nak harvest. Tapi memandangkan yang batch ini terbuai-buai rendah dan hairan tak kena tebuk lagi walaupun dah nampak masak, maka cepatlah-cepatlah tukang kebun angkat macam mengandung semula bawa masuk rumah. Manis sungguh isinya masa berbuka semalam.  Ada juga hikmahnya berapa kali tukang kebun tuai yang muda-muda untuk diberikan kepada kenalan boleh buat lauk sayur nangka gulai sebab tension asyik kena tebuk awal-awal je lebih baik tuai masa muda. Jadi tidak disangka pula dalam bulan Ramadhan ini rezeki nak merasa buah nangka masak banyak pula. Pokok nangka madu dari Thai ini pun memang tak putus-putus berbuah walahpun tak diberi baja. Mungkin sebab binatang dalam group avian suka duduk berteduh di bawah dia.
  Semalam tukang kebun sibuk nak siapkan pesanan untuk kawasan Borneo supaya dipos semalam dan tiba sebelum Raya. Minggu ini pesanan banyak luar biasa diterima dari Sabah banding dengan minggu-minggu lain. Mungkin disebabkan perintah berkurung tidak dapat ke mana-mana, ramai telah focus untuk berkebun di laman rumah. Ini juga adalah satu aktivity yang bermanfaat dan sihat, dari tidak buat apa-apa dalam rumah sahaja. Kemudian sambung siapkan yang untuk Semenanjung Malaysia pula, pagi ini semua dah dipos. InsyaAllah dalam minggu ini sampai. Tracking no. untuk goods yang dipos hari ini nanti tukang kebun email ya sebab yang posnya bukan tukang kebun dearest hubby on the way ke kerja singgah Pejabat Pos Besar Shah Alam. Terpaksa minta jasa baik dearest hubby sebab dia tak boleh tolak sebab hari ini tukang kebun bertukar umur.

 Yang berminat untuk cuba tanam Tsukena Hiroshimana , biji benihnya hanya tinggal beberapa pek sahaja lagi.

~ Tsukena Hiroshimana ~
Anggaran 50 biji benih dalam 1 pek for RM1.00 .

Isnin, 21 Julai 2014

BLACK GOLD

 Pertanyaan kerap ditanya tahun ini apabila pesanan telah diterima oleh gardeners-gardeners dari 'live plants' yang dibekalkan dari Kebun Bahagia Bersama adalah mengenai 'tanah'. Ada yang perasan terdapat banyak cacing-cacing tanah dipos bersama dalam bekas yang mengandungi tanah tempat akar tumbuhan menyerap sumber makanannya. Ada yang perasan tanah bakar tukang kebun guna dan bertanya dari mana supply tukang kebun terima tanah tersebut. Kenapa macam tanah kompos tapi berpasir poros dan sebagainya. Untuk seorang tukang kebun amat gembira apabila selalu ditemui di sekitar kebunnya 'black gold' pemberian cacing tanah seperti dalam tapak tangan tukang kebun di gambar atas.
 Selalunya bila tukang kebun alih-alih pasu, nampak banyak ketulan 'black gold' di bawah dasar bekas tersebut terlebih lagi pada musim panas dan kemarau. Biasanya masa musim panas dan kemarau cacing-cacing tanah akan duduk makin ke dalam kerana tanah lebih sejuk berbanding dengan bahagian atas tanah yang lebih dipancar matahari yang terik di sebelah siang. Jadinya di bawah keliling pasu biasanya tukang kebun jumpa terdapat banyak ketulan-ketulan tahi cacing. Sekarang ni menjual baja tahi-tahi cacing ataupun baja tahi cacing campur kompos dipanggil bajavermikompos adalah peniagaan yang besar. Bukan itu sahaja, jual cacing-cacing tanah juga adalah suatu perniagaan yang in demand sebab banyak permintaan kerana banyak ladang-ladang memerlukannya. 
 Perladangan yang besar banyak menggunakan synthetic fertiliser atau baja buatan kimia tiruan menjadikan cacing tak suka nak bertapa lama-lama dalam tanah yang diadun dengan synthetic fertiliser. Tetapi peranan cacing tanah bukan sahaja nak bagi bahan buangan sisa mereka yang dapatkan subur tanah. Mereka juga adalah jentera kecil berguna kepada tukang-tukang kebun untuk mengemburkan tanah kita atau 'conditioner' tanah semula jadi supaya tanah tidak keras dan akar mudah merebak. Bukan rambut kita sahaja nak conditioner, tanah pun nak conditioner. Itulah peranan cacing tanah dan bukan dia sahaja membantu conditioner tanah tetapi terdapat pelbagai lagi bakteria bagus dan lain-lain yang membantu menyuburkan tanah. Kalau kita banyak gunakan synthetic fertiliser maka tiadalah makhluk-makhluk halus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar nak duduk bertapa dalam tanah tersebut. 
 Memanglah rasa macam cepat je tumbuhan nampak subur dengan menggunakan synthetic fertiliser tapi hanya seketika sahaja macam skim cepat kaya. But in a long run synthetic fertiliser ni merosakkan juga struktur tanah. Kemudian mencemarkan air di sekeliling bila hujan bawa hanyut habis mencemarkan punca air di sekeliling. Walaupun hasilnya nampak subur, tanahnya di dalam akan makin tak subur dan sakit. Baja tiruan buatan kimia akan menyebabkan 'indiscriminate killing', pembunahan ramai-ramai microbacteria berguna dan pelbagai jenis makhluk-makhluk kecil di dalam tanah. Penggunaan kesan synthetic fertiliser sekarang telah memberikan banyak kesan kepada petani-petani di negara dunia ketiga yang mana tanah mereka sudah menjadi tandus, kering dan tidak subur lagi. Sayangilah dan jagalah tanah yang anda ada walaupun sekecil satu meter persegi nescaya ia tidak hilang serinya di kemudian hari. Lebih baik kita invest perlahan-lahan daripada bersifat gopoh-gapah. 
 Tidak perlulah melabur duit nak beli baja tiruan. Jika kita jaga hubungan baik dengan mereka yang menghuni dalam tanah, InsyaAllah kita tak rugi apa-apa. Cacing tanah dan kawan-kawannya akan bantu kita suburkan tanah. Kita tak perlu keluarkan duit pun nak diorang menjadi jentera dalam tanah. Memadai dengan sisa-sisa dapur kita itu untuk keperluan makanan mereka. Apa-apa green waste yang kecil-kecil ada kembalikanlah dan tanamlah semula ke dalam tanah, InsyaAllah makin suburlah tanahnya bila makhluk-makhluk tersebut selesai proseskannya menjadi sumber nutrient untuk tumbuhan tumbuh. Lebih baik kita ikat kontrak long term investment dengan jentera-jentera penyubur tanah tersebut. Setiap makhluk ada peranannya maka terciptalah dia oleh yang maha kuasa. Kalau tanah subur memang banyak vermicompost free jumpa di keliling bekas. Seronok hati tukang kebun, main scoop-scoop collect letak dalam bekas.
 Bila tukang kebun buat projek pruning memanglah green waste semua yang besar-besar. Jadi dikumpullah di satu tempat di belakang kebun bekas kolam sana di mana musim tiada hujan jadi kering-kontang. Bila hujan air terkumpul riang-ria si itik berenang-renang. Hasil pembakaran green waste tersebut berguna juga dan ada manfaat untuk kebun kita. Gambar di atas "ashes" yang baru lagi dari pembakaran green waste cuma beberapa hari lepas. Tukang kebun memang tak beli tanah semuanya dari kebun sendiri dan di kawasan inilah bermula prosesnya...
 Sekarang ni pun cocopeat dah mula popular, antara yang dibakar juga adalah kelapa-kelapa tua yang telah dipakai isinya. Kelapa ambil masa lama juga nak mereput dan perlu proses dibakar banyak berulang kali. Antara ramuan bahan kompos campuran di sini. Apabila lama-lama dibiarkan dan beberapa kali tindanan hasil pembakaran 'ashes' tersebut akan bertukar wajah.
  Bolehlah nak gunakan tanah tersebut sudah. Biasanya kalau tukang kebun rajin, tukang kebun kaut kumpul tahi-tahi binatang perliharaan bersayap di keliling rumah dan campurkan dengan tanah bakar tersebut untuk menaikkan kandungan nutrient nitrogen. Biasanya "ashes" kaya dengan unsur lain seperti potassium tapi kurang nitrogen. Jadi bolehlah campurkan dengan tahi-tahi binatang yang sudah tak panas. Nak katakan semuanya dibakar tidak jugalah sebab kekadang dah merimbun lama dalam bekas kolam itu tunggu ada masa sahaja nak membakar, jadi kalau berminggu-minggu ditinggalkan biasanya yang bahagian bawah yang tak besar sangat dah mula proses composting secara semulajadi.
 "Black Gold" home-made Kebun Bahagia Bersama biasanya lebih poros dan tanah tak terlampau basah sentiasa yang boleh melemaskan anak-anak pokok jadi pangkalnya mereput. Sebab tukang kebun berhatikan tanah kompos yang biasa dijual di kedai bahayanya bila musim hujan air tak salir begitu elok menyebabkan batang anak-anak pokok kecil mereput jadi lembik sebab banyak air. Biasanya dearest husbang tolong isikan tanah dalam bekas-bekas untuk memudahkan tukang kebun nak semai anak-anak pokok. Hubby lepas gaul-gaul gemburkan tanah dengan cangkul, pakai tempurung kelapa je isi bekas-bekas dengan 'black gold'.
 Dekat belakang background gambar yang warna hijau jauh dari tempat membakar tu adalah bayam-bayam hijau yang subur tumbuh sendiri. Memberikan hints kepada tukang kebun apabila air hujan membawa lari top soil dari kawasan pembakaran menjadikan kawasan tersebut makin subur. Musim panas dan kering ni pun boleh hidup hijau sendiri.
 Pokok jeliti dah tumbuh meninggi pula di keliling kolam, belum sempat nak menebas lagi. Chainsaw pun nak kena hantar baiki dulu. Mungkin lepas raya baru boleh kemaskan kawasan keliling kolam ini.
 Gardeners yang ada tempat membakar walaupun sekecil manapun, ambillah peluang gunakan 'black gold' tersebut. Syukur Alhamdulillah tanah juga adalah sumber dari kebun sendiri.

 Gardeners lain pula bagaimana? What is your favourite "Black Gold"?

Ahad, 20 Julai 2014

Hinonakabu Turnip Top

 Dengan cuaca pada bulan Jun ~ Julai di Kebun Bahagia Bersama yang on the hot dry season, tak sangka pula sayur yang paling mudah sekali nak bela dan tak beberapa kena serangan dengan serangga perosak bagi tukang kebun ialah Turnip Hinonakabu sejenis sayur lobak. Sayur lobak Hinonakabu ini adalah adik beradik dengan lobak putih yang berasal dari baka kampung Jepun. Berbeza dengan lobak putih (daikon) yang besar, saiznya adalah lebih kecil jadi amat sesuai untuk ditanam dalam bekas. Biasanya tukang kebun semai dekat pasu-pasu yang berhampiran dengan pintu dapur, senang dekat bila nak guna terus tuai sambil masak-masak. 
 Apa yang menarik dengan sayur turnip hinonakabu ialah keselurahan sayuran tersebut akar dan daunnya boleh dimakan. Tambahan pula warna batang daun sayur turnip hinonakabu adalah sangat menarik berwarna macam magenta. Warna batang sayurnya tidak berubah, cuaca panas pun maintain gitu.  Disebabkan itu bahagian akarnya yang di atas berwarna magenta manakala di bawah berwarna putih. Anak-anak tukang kebun lebih gemar pula makan daun sayur hinonakabu berbanding sawi apabila tukang kebun masak sup bebola campur akar dan sayur hinonakabu yang telah dipisahkan sebatang-batang. Tak perlu cincang pun cuma pisahkan batang-batangnya. Buat tak nampak jelah weed antara sayur turnip hinonakabu ya (tukang kebun mode tak kuasa).
 Kalau tumbuh dekat-dekat pun tak pe sebab sayurnya boleh dituai as it grows tidak kira saiz kalau nak pakai daunnya macam daun sawi. Antara pelbagai jenis turnip tukang kebun pernah tanam, tukang kebun perhatikan daun turnip hinonakabu adalah berlainan dari yang biasa. Selalunya daun turnip bila semakin matang daunnya macam lobak radish atau turnip yang daunnya jenis berbulu kasar sedikit permukaannya. Tetapi turnip hinonakabu tekstur daunnya lebih mirip kepada sayur sawi hijau cuma batangnya unik berlainan warna. Another way nak kasi kanak-kanak enjoy makan sayur ialah dengan appearance luaran sayur ini, tambahan pula cepat dan mudah tumbuh.  Lebih mudah nak tumbuh ketika air hujan kurang sebab akarnya boleh tumbuh lebih panjang dari sawi hijau. Dekat atas gambar tu sebelah ada anak pokok dwarf teddy bear sunflower dan opposite tukang kebun tumpang cacak keratan buah naga. Kalau nak kasi nampak menarik atau kekurangan ruang/bekas boleh je tanam turnip hinonakabu dan sunflower teddy bear jenis renek.

~ Biji benih Turnip Hinonakabu ~
Anggaran 50 biji benih dalam 1pek for RM1.00 .

 Tuaian tukang kebun Ilhan pada hari Jumaat lepas selepas balik dari Sekolah Agama mengekor mamanya. Tukang kebun ajak tolong petikkan bunga telang keliling rumah buatkan air bunga telang untuk berbuka nanti. Masa masuk patch bendi yang weed meninggi, tukang kebun asyik pula merumput jadinya ingatkan nak petik je buah. Sementara menunggu, tajam mata tukang kebun Ilhan ternampak tempat baru ayam bertelur ada sebutir di situ. Dapatlah tukang kebun Ilhan kutip sebutir telur. Cukup jugalah stock terkumpul markisa untuk buat jus passion fruit untuk berbuka.


Sabtu, 19 Julai 2014

Musim Manggis Julai tidak diJangka

 Sekarang ini di tempat-tempat tertentu di Semenanjung Malaysia adalah musim buah manggis. Manggis dah mula dijual di pasar-pasar. Biasanya musim manggis setiap tahun di Kebun Bahagia Bersama adalah bulan November. Tetapi kali ini ada juga pokok manggis yang berjaya menghasilkan buah bulan ini. Di penghujung kemarau lepas, pokok-pokok manggis tiba-tiba teruja nak berbunga jadi musim buah pada bulan Julai bukanlah sesuatu yang dijangkakan setiap tahun. Syukur Alhamdulillah ada buah yang berjaya dapat dinikmati mulai minggu ini. Rezeki buah manggis pada bulan Ramadhan jadi taklah terliur tengok yang dijual di pasar. 
 Yang dinobatkan sebagai Ratu di Kebun Bahagia Bersama minggu ini ialah pokok Manggis Japanese Bonsai di gambar bawah. Pokok manggis ini memang rajin berbuah setiap tahun dan umurnya pun dah belasan tahun. Ini antara koleksi baka pokok manggis Japanese Bonsai big boss punya. Pokoknya memang bukan jenis besar, setiap tahun sikit-sikit je pokoknya meninggi. Pokoknya bushy rendah dan compact memang sesuai juga untuk mereka yang tidak mempunyai banyak ruang seperti terrace house. Setelah berbelasan tahun tumbuh, baru sahaja mencapai ketinggian 5 kaki. Kalau ikutkan musim buahnya yang betul, berbuah lebat puas makan. Sehari sebelum puasa bermula, tukang kebun ada kasi upah baja compost dekat dia. 

Musim buah apa di kebun kawan-kawan sekarang?

Jumaat, 18 Julai 2014

Musim Bunga dan Musim Buah Kasturi

 Pada cuti am Nuzul Al-Quran baru-baru ini, sambil menunggu untuk berbuka puasa setelah siap masak lauk untuk berbuka, kami suami isteri dating sekejap di kebun. Tengok-tengok apa yang boleh dituai. Tak sangka pula minggu ini memang musim lumayan buah limau kasturi menjadi rezeki. Ada beberapa pokok yang boleh dijadikan bekalan berterusan buah limau kasturi bulan Julai ini.
 Yang bonusnya baru musim peak buah limau kasturi dah mula musim bunga limau kasturi adalah serentak pada waktu yang sama. Belum selesai menuai kesemua buah limau kasturi yang masih dalam stage membesar, pokoknya dah mula berbunga kembali. Wangi sungguh bau bunganya. Semerbak baunya apabila duduk hampir dengan pokok limau kasturi yang sedang merimbun berbunga. Banyak lagi kudup-kudup bunga membesar untuk kembang minggu ini. Inilah rezeki mengharungi 2 kali musim kemarau tahun ini menyebabkan banyak pokok-pokok mula teruja berbunga lagi sekali walaupun cycle belum complete. Jika bunganya berjaya ke stage berbuah dengan hujan mula juga bertandang sekali-sekala, InsyaAllah kemungkinan bulan September musim buah limau kasturi di Kebun Bahagia Bersama.
 Yang paling tukang kebun terkejut pada hari Nuzul Al-Quran lepas ialah rupa-rupanya ada buah jering yang dah sepatutnya dituai. Terpaksalah dearest Husband jadi Spiderman kejap panjat pokok jering yang tinggi itu. Disebabkan tidak sedar pokok jering berbuah, kebanyakkan buahnya telah dimakan oleh makhluk ciptaan Allah yang lain. Tukang kebun sebenarnya terkejut tak sangka yang ada juga gemar nikmati isi-isi buah jering selain dari Homo Sapien. Buah cempedak pula banyak yang jatuh tukang kebun tak sedar bukan bahagian bawah je lebat berbuah tapi ada juga yang menyelit di dahan bahagian tinggi unnoticed. 
 Tukang kebun sebenarnya baru nak belajar makan jering bulan puasa ini baru dapat masuk tekak. Selalunya hanya Tuan Tanah orang Negeri seorang sahaja yang makan jering dalam rumah ini. Biasanya tiap tahun di bazaar Tuan Tanah beli sedikit sahaja lauk gulai jering sebab dia tahu dia seorang je yang makan, lain tak layan. Awal puasa hari itu, adalah tukang kebun rasa-rasa sikit sebab sayang tengok membazir akhirnya tekak dah boleh terima. Dalam memory tukang kebun macam tak ada pernah tengok big boss yang berbangsa Dusun-Kadazan masak jering pula. Kalau ada pun mungkin jarang dan tukang kebun tak perasan atau tak de di rumah. Jadi bila dah ada jering dari kebun teringin pula nak mencuba. 

Boleh tak beri cadangan dekat tukang kebun macam mana nak sediakan juadah jering for beginners?

Khamis, 17 Julai 2014

WHITE GOLD POWDER

 Bagi tukang kebun serbuk white gold ini telah banyak membantu menyuburkan tanah keras dan tidak subur di kawasan rumah sewa tukang kebun dahulu. Masa mula-mula tukang kebun bermula nak berkebun, agent rumah yang selalu datang check keadaan rumah setiap 3 bulan kata dekat tukang kebun kawasan tanah rumah sewa ini keras tak subur, tak sesuai nak bercucuk tanam. Tapi dengan bantuan serbuk white gold lama-kelamaan tanah menjadi subur dan agent rumah pun terkejut tengok makin hijau dan warna-warni kawasan laman luar rumah. Yang dulunya tiada cacing tanah sekarang banyak dijumpai dalam tanah. White Gold powder ini adalah sumber makanan yang baik untuk cacing tanah dan micro-organism di dalam tanah yang menjadikan tanah kita subur.
  
 Semasa tukang kebun mengandungkan Rayyan untuk sibukkan diri pada waktu malam dan tidak berfikir terlampau banyak mengenai jantungnya yang tidak sempurna sebelum tiba hari kelahirannya, tukang kebun diberi peluang bekalkan air kacang soya di sebuah kedai restoran Malaysia 'Swinging Bowl' di Adelaide. Jadi hasil hampas-hampas powder kacang soya yang didapati setelah kacang soya dikisar dijadikan sumber bahan kompos untuk kebun yang sangat baik. Hasil jualan air kacang soya pun dapatlah membantu cover gap fees untuk scan keadaan Rayyan di dalam tummy. Berkilo-kilo biji kacang soya juga dibuat air setiap minggu jadi bekalan serbuk "White Gold" yang banyak tidaklah disia-siakan.
 Terima kasih kepada semua yang memberikan idea-idea minuman yang menarik untuk berbuka puasa di posting "Coconut Station" sebelum ini, appreciate it very much and has inspired not only tukang kebun but others as well. Thank you Shas author blog 'Made by Shas' dan Nuriem buat tukang kebun motivated merajinkan diri buat home-made air kacang soya setelah sekian lama tukang kebun tak buat. Kasihan Abby tak pernah merasa air kacang soya buatan tangan mama dia. Akhirnya dapatlah Abby rasa hujung minggu lepas dengan stock berbotol-botol dalam peti ais. Yang sibuk tak sempat keluar dan tercari-cari accessories seperti hairband atau clip rambut, please tak a peek at Shas online shop Shas.Handmade

 Tukang kebun baru teringat ada kacang-kacang soya yang dibawa balik dari Adelaide sebab banyak stock dahulu tak sempat buat. Tengok packaging tulis best before September 2013. Tapi bila tukang kebun belek-belek kacang-kacang soya nampak masih dalam keadaan elok. Jadi lepas tengok perlawanan bola sepak antara Brazil dan Netherland, tukang kebun pun rendam 1.0 kg kacang-kacang soya dalam besen supaya ianya akan kembang dan lembut. Biasanya dalam 10~12jam setelah direndam kulit-kulit kacang soya akan mudah tertanggal dengan sendirinya.  Gambar di bawah kacang-kacang soya yang dah kembang dan lembut sudah boleh mulakan projek buat air kacang saya.

 Kebaikan buat kacang soya sendiri ialah kita boleh buatnya lebih pekat dan tentukan sendiri kemanisan air kacang soya yang kita nak buat. Ibu-ibu yang tidak mampu breastfeeding dan bayinya allergic dengan susu dari sumber lembu boleh juga sediakan susu kacang soya untuk permata hati sendiri. Susu kacang soya tanpa pengawet boleh juga tahan beberapa hari disimpan dalam peti ais biasa. Untuk tukang kebun, biasanya buat pekat macam susu dan anggaran ratio kacang-kacang soya dan air yang tukang kebun suka buat adalah seperti gambar di bawah. Lepas blendar kacang-kacang soya tersebut masukkan air tersebut ke dalam kain muslin atau kantung kain untuk diperah supaya powder "White Gold" dapat ditapis.
 Lepas tu air perahan bolehlah dipanaskan sehingga mendidih. Boleh carik-carik beberapa daun pandan dicampurkan sekali masa masak susu kacang soya tersebut. Bila mendidih letak gula ikut tekak masing-masing.  Kalau yang rajin nak buat susu kacang soya berperisa pandan pun boleh. Sediakanlah air ekstrak daun pandan untuk diblendar bersama-sama dengan biji-biji kacang soya.
 Hujung minggu lepas, hidangan juadah berbuka ala-ala Jepun. Hidangan Jepun banyak base makanan mereka adalah kacang soya sebagai contoh yang amat nyata ialah kicap juga bahan utama ialah kacang soya. Dulu masa zaman student di Jepun, biasanya kalau tukang kebun makan di kantin akan ambil nasi dengan berlaukkan ikan Saba Misoni. Miso paste yang digunakan adalah miso paste yang digunakan untuk buat misoshiru (miso sup). Seperti biasa bila tukang kebun mengidam nak makan 'Saba Misoni', terpaksalah dearest husband yang sediakan (gambar bawah juadah untuk si isteri berbuka puasa hujung minggu lepas). Miso paste juga adalah daripada kacang soya. 
  Bila tengah mengandungkan Abby pula, mama dia rasa terdorong pula mulakan ' Kebun Bahagia Bersama '.  Syukur Alhamdulillah lepas kelahiran Abby dan bulan depan Abby pun dah nak masuk 2 tahun, Kebun Bahagia Bersama masih ada cerpen-cerpen gardening yang boleh dikongsikan lagi.

Rabu, 16 Julai 2014

Shanin Wild Petunia

 Ini jenis petunia kampung yang bunganya lebih kurang 2 inci besar yang ada bau wangi. Keterangan atau kegelapan warna bunganya bergantung kepada nilai pH asid pada tanah. Pokoknya jenis renek. Inilah ibu kepada kebanyakkan petunia hybrid sekarang. Jika ada rezeki nanti beranak-anaklah dia jika bijinya dah bertaburan di taman anda. Jenis petunia kampung ini lebih mudah tahan lama dan dijaga dari yang jenis hybrid. Tukang kebun hanya ada limited stock sahaja, first come first serve.

~ Shanin Wild Petunia (Integrifolia violacea) ~
Anggaran 50 biji benih dalam 1pek harga RM3.00 .

Sementara waktu kehabisan stock.

Selasa, 15 Julai 2014

Hanya sekali siram bercambah

 Jumaat lepas masa tukang kebun siram petak F, terkejut tukang kebun dibuatnya oleh kemunculan anak-anak kacang buncis Blue Lake di tepi dinding bersebelahan pokok mulberry. Tukang kebun baru semai biji benihnya masa hari yang sama tukang kebun tanam anak-anak pokok nenas belum lagi masuk seminggu (posting tersebut klik sini). Baru sekali tukang kebun siram kawasan ini pada minggu lepas sebelum hari Jumaat, berupaya bercambah juga dengan hanya sekali siraman dengan cuaca yang masih jarang-jarang ada hujan dan panas. Sebelum hari jumaat dan antara hari tukang kebun semai tiada pun kedatangan hujan banyak. Yang lebih tukang kebun terkejut ialah hampir semua biji benih kacang buncis Blue Lake tersebut bercambah sebab bila kira-kira ada 10 anak pokok dan rasanya bilangan tersebutlah tukang kebun semai nak testing keadaan cuaca sekarang. Tangan dah gatal-gatal dah ni.
  Sebenarnya walaupun biji benih kacang buncis/panjang/soy adalah besar, tak perlu sebenarnya rendam biji benih dalam air semalaman. Kalau terlampau lama dalam air, biji tersebut akan mudah lembik dan reput nanti. Biji-biji benih seperti kekacang tersebut tidak mempunyai kulit yang keras dan kalis air sangat seperti tumbuhan yang lain. Jadi tidak memerlukan banyak air untuk bercambah. Untuk mengelakkan terlampau banyak air sebelum biji benih bercambah, memadai sahaja siram selang sehari sehingga biji benihnya bangun bercambah. Itulah pesanan tukang kebun berkali-kali untuk jenis-jenis biji benih kekacang yang telah dinyatakan seperti di atas. Rasanya minggu ini kalau ada sesiapa tangan yang dah gatal nak menyemai lepas lama kemarau melanda, sesuai dah mula nak berkebun semula dengan semaian testing dulu dengan jenis kekacang.
 Bekalan Biji Benih Kacang Buncis Blue Lake mulai minggu ini adalah stok baru sama batch dengan yang tukang kebun semai dinyatakan dalam posting ini. Tukang kebun gunakan kaedah direct-sowing, memang semai terus di situ untuk dia tumbuh tanpa proses pemindahan. Pokok kacang buncis elok semai terus sahaja di tapak dia nak tumbuh, jika hujan 2~3 kali seminggu di tempat anda lagi senang nak jaga, tak perlu nak fikir dah bab menyiram.

Info Kacang Buncis Blue Lake terdahulu (klik sini).

~Biji Benih Kacang Buncis Blue Lake ~
Anggaran 10 biji benih dalam 1 pek (RM3.00)

Isnin, 14 Julai 2014

Listada de Gandia

 Buah pertama dari pokok terung Listada de Gandia  tak sempat tukang kebun nak rasmikan dahulu. Perasaan seronok nak menanti hari Sabtu keesokkan harinya untuk tuai dan terus masak terbantut apabila pada hari Jumaat sebelumnya buahnya yang berwarna ungu berbelang-belang putih tu lenyap dibawa lari. Sempat jugalah 3 ekor monyet yang bertandang itu ambil. Nasib baik pokoknya tidak diapa-apakan cuma diambil buahnya. Agaknya bagi mereka pun macam nampak sedap je kut sebab jarang nampak. Gambar di atas adalah buah pertama pokok Listada de Gandia ini setengah dari saiz asal yang sebelum dituai masih membesar. Saiz yang elok dituai tukang kebun tak sempat nak ambil photo dan masa musim buah terung ini asyik masalah camera habis bateri sahaja jadi tak dapatlah ambik gambar-gambarnya.
 Batch biji benih terung Listada de Gandia yang tukang kebun semai adalah yang stock terakhir musim lalu. Yang ditawarkan sekarang adalah batch yang baru. Buah terung Listada de Gandia adalah bentuk oval sederhana dengan warna buahnya ungu berbelang-belang putih. Lebih tua, lebih nampak berbelang ketara. Pokok terung Listada de Gandia ini tukang kebun tanam dalam pasu saiz sederhana sahaja dan tumbuh elok. Mula berbunga pada musim kemarau pertama tahun ini dengan bunganya berwarna putih ada tinge pinkish.
~ Terung Listada de Gandia ~
Anggaran 20 biji benih dalam 1 pek (RM3.00)

 Antara gambar tuaian yang dapat diambil minggu lepas yang mana sempat asyik bateri camera cepat habis je. Mak Aji 'Greenfingers' memang cuaca lepas bermula berpuasa ini tidak mesra mulberry sini pun sama. Mulberry ada tuaian setiap hari tapi kuantiti dan bentuk saiznya tak menarik hati, kekadang rasa malas je nak kutip rasa nak sedekah je dekat tupai atau burung. Tapi bila fikir Abby suka, mama dia pun kutip sekali-sekala.