Halaman

Sabtu, 29 Disember 2012

Penantian buah Alpine Strawberi

 Minggu ini banyak sudah bunga Alpine Strawberi kembang dan ada yang telah membentuk buah strawberi. Bila belek-belek ada juga ulat bulu yang berkenan melekat kat buah yang masih hijau tu. Cepat-cepat dijentik jatuh ke tanah untuk selematkan buah strawberi itu. Bakul gantung ni pun sudah selamat digantungkan ke dahan pokok untuk elakkan binatang perlihara dari makan dulu buahnya.
 Gugur sudah kelopak bunga Alpine strawberi dan kelihatan buahnya terbentuk. Ada tak nasib si tukang kebun kecil Ilhan dan Rayyan untuk merasa strawberi tak lama lagi ini. Tukang kebun Rayyan hari ni beriya-iya tolong mamanya kemaskan biji benih watermelon radish dari seed podnya, kuat juga tangan si kecil ni. Nanti ada rezeki mama upah tukang kebun Rayyan strawberi ya.

Jumaat, 28 Disember 2012

Rejected Kailan Seeds

 Masa tukang kebun sorting biji benih kailan tuaian bulan ini, yang mana nampak biji benihnya macam kurenggg sikit untuk disimpan tukang kebun tabur sahaja biji benihnya dalam polibeg hitam sebab rasa sayang dan saja cuba-cuba. Syukur alhamdulillah bagus juga percambahan biji-biji benih yang telah direject tersebut  dan cepat membesar dalam cuaca yang sederhana sekarang dengan pertolongan hujan setiap malam. Nak tunggu besar sedikit sebelum dipindahkan ke raise bed sebagai inter-cropping plant.

 Masih ada masa untuk dapatkan promosi benih segar open-pollinated kailan (non-hybrid/true seeds) ini hingga hujung bulan ini (klik sini).

 Tukang kebun sudah emailkan semua pesanan biji benih untuk bulan Disember, bagi gardener yang tidak dapat email dari tukang kebun mungkin disebabkan tiada email di nota tukang kebun. Yang belum menerima email tukang kebun sila hantarkan email ke (kebunkmg@gmail.com) .

Ahad, 23 Disember 2012

Karnival Si Jantung Hati

 Buat pertama kalinya pada hari ini, Kebun Bahagia Bersama Team Members akan mengambil bahagian untuk karnival charity 'Si Jantung Hati' seperti tertera di poster atas akan diadakan di Dewan Annexe, UITM Shah Alam dari pukul 10 pagi sehingga 6 petang. Terdapat pelbagai acara dan aktiviti untuk kanak-kanak dan seisi keluarga berseronok. Pelbagai jualan juga ada untuk kutipan derma bagi membantu pembedahan adik Ibrahim yang mengalami masalah jantung yang tidak sempurna. Disebabkan tukang kebun pernah mengalami situasi yang sama maka apa rezeki di kebun kami yang ada pada minggu ini terasa ingin kami berkongsi bersama supaya adik Ibrahim akan membesar cergas sihat seperti tukang kebun Rayyan untuk membantu kos perubatannya. Salah satu impian tukang kebun juga telah direalisasikan dengan tujuan niat sebenar pada mulanya 'Kebun Bahagia Bersama' direka supaya dapat menyalurkan sumbangan begini dari sokongan gardener-gardener lain. Terima kasih kami ucapkan. Supermom Nadia yang tidak pernah pun kami bersua tapi sekadar kenalan dari group 'Tanaman' facebook perkenalkan tukang kebun dengan carnival ini dan dapatlah kami berganding bahu dengan supermom Nadia untuk buka booth gardening dengan sumbangan juga dari supermom-supermom yang lain untuk menjayakan carnival hari ini.
Antara item jualan yang Kebun Bahagia Bersama akan jual di carnival ini ialah:
 Pokok bunga keladi bunting dan kiambang.
 Pokok bunga white anthirium.
 Buah kelapa tua untuk santan.
 Buah Organik Lemon.
Buah Organik NamNam.
 Buah Organik Markisa.
Buah NamNam limited itu sahaja yang ada kalau ada yang mengidam.
 Anak pokok mempelam telur.
 Cili Organik.
 Seeds.
Gardening Booth masih in progress.
Buah betik muda dan rambutan pun ada.
Kalau sempat mungkin ada penambahan tuaian lain dari Kebun Bahagia Bersama.

Mari Kita Membeli Sambil Beramal.
Semua jualan dari Kebun Bahagia Bersama 100% ke Tabung Karnival ini.
Sesiapa yang berkesempatan dan duduk dekat area Shah Alam, moga dapat berjumpa di sana ya.

Jumaat, 21 Disember 2012

Tukang Kebun di Kuala Terengganu

 Tukang kebun dari 18hb tiada di Sungai Buloh balik kampung Tukang Kebun Muscleman sebab ada kenduri kahwin saudara. Lagipun dah 4 tahun tak balik. Oleh itu, email atau komen semua akan dibalas setelah kami pulang kerana tiada access internet di sana.
 Bunga gladioli ini mekar di taman Telipok (Sabah) di rumah mama tukang kebun.
 Ada gardener lain yang gladiolinya mekar berwarna seperti ini?

Khamis, 20 Disember 2012

Gladioli mekar di taman Nourauna

 Gladioli ini berbunga di taman Nourauna di Perak bulan ini dapatlah kita sama-sama menikmatinya. Terima kasih berkongsi, tukang kebun pun suka tengok dan berdebar-debar nak tahu warna apa bulb gladioli tersebut. Yang ini sangat cantik bungannya bukan dwi-warna tapi tri-warna dengan bunganya berwarna putih, beropol pink dan pusatnya kuning. Wah banyak juga kuntuman bunga keluar dari satu tangkai pokok.
 Bila dah pokok bunga gladioli berputik macam ni mesti seronok sangat asyik nak jenguk bilalah nak kembang penuhkan.
 Ini idea yang bagus recycle bekas minuman kertas air.
Environment-friendly.
Ini merah terang sesuai dengan sambutan krismas tak lama lagi.
Thank you Nourauna very beautiful.

P.S: Jika ada gardener lain yang tiada blog nak berkongsi tanaman mereka boleh tukang kebun post di blog ini untuk berkongsi bersama gardener lain.

Rabu, 19 Disember 2012

Japanese Water Iris, Pastel Princess

Japanese Water Iris 'Pastel Princess'
  Minta maaf puteri lupa lagi nak rekod kehadiran tuanku di dalam kebun patik ini. Hampir 2 minggu direndam dalam baldi terapung-apung sebelum ditanam ke mahligai barunya. Puas memikirkan lokasi dan pencarian pasu yang sesuai ditanam. Akhirnya pasu ini tukang kebun pilih walaupun ditegah oleh tukang kebun Dany dikhuatiri bonda murka nanti. Sebab itik dan angsa suka tumpang minum atau berenang suka hati dalam pasu ini. Amboi pasu ini juga nak dibuat tempat mainan mereka pula. Sudah dirampas oleh tukang kebun dan bonda takde komen apa-apa pun bila balik sekejap baru-baru ini ataupun tidak perasan. Tanah diisi dalam bekas ini dan selamat akar pokok Japanese Water Iris ' Pastel Princess' dan berkongsi tempat juga Iris Laevigata yang bunganya bakal berwarna ungu dan putih.
 Paras air yang tenggelamkan pokok ini adalah antara 15-20cm.  Ikan-ikan guppy pun diletakkan ke dalam bagi mengelakkan jadi sarang jentik-jentik pula. Perlu juga diintai sekali-sekala masih adakah guppy berenang-renang sebab burung raja udang pun rajin singgah mencari makanannya. Syukur alhamdulillah dalam 2 minggu nampak ketara perkembangan pokok-pokok iris ini. Sekarang lebih lagi banyak daunnya meninggi dan kesian ditimpa hujan yang lebat. Sudah 2 kali ganda besar pokok asal yang dibeli. Tambahan pula Si itik 'Josephine' suka hati je nak cuba berenang di tempat sempit ini. Nasib ko baik Josephine dibela oleh bonda sebab tengah bertelur dan mengeram dengan banyak je sekarang. Kalau tidak, ada Tahun Baru Cina depan jadi Peking Duck.


Iris Laevigata (albopurpurea)

Selasa, 18 Disember 2012

Orkid kembang bulan ni

 Lalu lalang depan pokok-pokok orkid sampai tak perasan pada peringkat awalnya sedang berbunga sebab tukang kebun kepala pusing memikirkan mana nak pindah tanaman yang belum lagi dicuba di Sungai Buloh. Kebiasaannya bagi tanaman baru di tempat yang belum lagi tukang kebun familiar jenis tanah dan penerimaan posisi cahaya matahari, selalunya satu jenis tanaman sama akan tukang kebun tanam merata-rata dalam kebun tengok mana sesuai daripada di kelompokkan pada suatu tempat sama sahaja. Minggu lepas banyak koleksi bunga orkid bonda tukang kebun berbunga adalah pelbagai warna dan bentuknya. Ini yang mana sempat sahaja ambil gambar minggu lepas. Itupun teringat nak buat memory bunga orkid di laman sendiri apabila jenguk di blog Sean menikmati gambar-gambar orkid yang ditangkap olehnya.
Kebun Bahagia Bersama
 Yang warna orange mulut merah ni baru perasan ketika berehat minum petang bawah pondok sambil hujan renyai-renyai. Bila dongak kepala ke atas baru perasaan pokok orkid ni sedang berbunga.
Kebun Bahagia Bersama
 Pokok bunga orkid yang ditanam di rumah semuanya tidak bonda tanam di dalam bekas tapi diikatnya bersama pokok-pokok lain di rumah. Pokok mangga tua ni pun dah lebih nampak macam pokok orkid besar pula yang sebenarnya ada bermacam-macam jenis pokok bunga orkid ditanam bersama. Ranting-ranting bunganya yang telah gugur perlu dipangkas tapi projek weeding pun tak habis-habis lagi.
Kebun Bahagia Bersama
Pokok yang ini pun bukan sahaja pokok orkid dilekat bersamanya tapi pokok-pokok jenis lain juga.
 Tukang kebun jenis-jenis bunga orkid tak beberapa menahu sebab tukang kebun lebih fokus kepada tanaman yang boleh makan. Sekiranya ada gardener yang boleh berkongsi ilmu mereka mengenai jenis orkid sangat gembiralah tukang kebun mempelajarinya. Sebagai contoh apa beza orkid warna putih dan yang orange tu :). 

Isnin, 17 Disember 2012

Percambahan Biji Benih Cape Gooseberry

 Masa sibuk packing kembali ke tanahair tukang kebun petik semua buah cape gooseberry 'golden nugget' yang dah nampak nak masak masuk ke dalam paperbag konon-konon ole-ole untuk pasangan sugarglider tukang kebun Dany sebelum diberi pokok-pokoknya kepada orang lain. Akibat sibuk memindahkan segala tanaman yang dibawa balik, tukang kebun lupa dan duduklah dalam kotak kecil setelah 3 minggu lamanya. Bila terjumpa dah ada yang mula tumbuh kulat hitam dan ada yang masih nampak elok. Tapi tak berani nak bagi kepada sugarglider nanti arwah ada yang kena cari pengganti pula. Jadi tukang kebun semailah semua biji-biji buah tersebut dalam musim hujan lebat ni terdedah je bijinya terbiar sebab kes malas. Risiko juga kalau si semut angkut semua biji benih tersebut. Syukur alhamdulillah lepas seminggu lebih ada polibeg hitam yang nampak kemunculan anak-anak pokok cape gooseberry.
Bila nak balik hari tu sayur yang masih kecil pun semua dituainya.
Buah cape gooseberry yang sempat dibawa balik.

Sabtu, 15 Disember 2012

Dwarf Daylily Cranberry Baby

 Tercicir pula koleksi daylily satu tempoh hari, yang ini jenis dwarf itu agaknya tercicir sebab kecil kut. Mungkin disebabkan warnanya ala-ala kulit cranberry dan kecil saiznya dari yang biasa diberikan nama cranberry baby. Ubi daylily ini hari pertama mula menanam di Kebun Sungai Buloh ditanam ubinya. Syukur alhamdulillah belum 2 minggu sudah keluar pucuk daunnya dari ubi yang ditanam seperti gambar di bawah. Baru dibersihkan kawasan ini dari weed, hai cepat je naik balik bila musim hujan ni.
 Moga ada kejutan gembira dari pokok ini tahun depan.

Jumaat, 14 Disember 2012

Veitch's Red Globe (Re-stocking)


 Turnip 'Purple Top White Globe' juga dikenali sebagai 'Veitch's Red Globe' dan sayur heirloom yang telah direkodkan sebelum tahun 1870 lagi. Sayur ini akarnya membulat di mana bahagian akar yang hampir ke daunnya berwarna ungu manakala berhampiran akar adalah berwarna putih. Akar bulatnya boleh dimasak dalam soup, atau distimkan atau dibakar (bake). Daun mudanya pula boleh dicampur dalam salad atau distimkan juga. Tuai akarnya ketika masih muda. Pastikan tiada saingan sayur ini dengan rumput untuk pertumbuhan yang cepat. Sesuai ditanam bersama dengan tumbuhan companion planting seperti sayur lettuce, timun dan bunga nasturtium.


Biji benih Organik sayur Turnip "Purple Top White Globe" akan ready dispatch selepas 20hb Disember 2012.
$3.00 satu pek  dengan anggaran 50 biji benih.
Flat postage cost RM2 untuk penghantaran biji benih Disember 2012.
Pembayaran melalui bank deposit ke CIMB, Maybank atau RHB bank.

Tinggalkan pesanan di kotak komen jika berminat hendak cuba menanam sayur ini.

Khamis, 13 Disember 2012

Promosi Kailan Hujung Tahun untuk Novice Gardener

 Sayur kailan sangat terkenal untuk buat masak dengan ikan masin. Kailan adalah adik beradik dengan tanaman brokoli dan kubis bunga. Bila tanaman kailan sebesar sama seperti gambar di bawah pokoknya sangat mirip dengan tanaman brokoli dan kubis bunga, begitu juga rasanya apabila campur dengan style goreng dengan ikan masin. Kenapa tukang kebun kata begitu? Dari pengalaman tukang kebun sebab tidak labelkan pokok-pokok brokoli, kailan dan kubis bunga yang ditanam merata-rata atau campur pokok dalam satu lokasi adalah kisahnya sepupu pergi tuai sekali kubis bunga dan brokoli ingatkan semuanya kailan yang di petak sayur tu. Lepas 2 hari barulah tukang kebun perasan yang ada pokok kubis bunga dan brokoli hilang rupanya dah selamat dalam perut. Inter-cropping punya pasal habis sayur yang lama nak tunggu pun kena crop sekali...huhuhu....Tukang kebun selalunya bab-bab kasi ruang antara pokok amat malas sekali, jadi saiz di bawah boleh mula tuai untuk beri sayur kailan ruang untuk membesar bagaikan juara.
 Setelah 3 tahun lebih menanam sayur kailan untuk supply dapur kami, sudah 2 tahun tidak beli biji benih sayur kailan lagi. Setiap tahun sekurang-kurangnya 2 kali ada rezeki hendak kumpul biji benih kailan di kebun. Sayur kailan tidak suka sangat cuaca yang sejuk, cepat sahaja ianya mula berbunga dengan lebat jadi kami kumpul sahaja benihnya. Biarkan 2 pokok berbunga pun sudah memadai untuk stok benih bagi setahun. Tukang kebun tak pernah tanam kailan hybrid jadi tidak dapat komen apa bezanya rasa atau jagaan bagi kailan yang open-pollinated atau hybrid. Tukang kebun berpuas hati dengan biji benih yang banyak generasi telah kami kumpul dan puas melantak dengan benih baka kailan yang kami ada jadi belum pernah cuba kailan jenis lain.

Tukang-tukang kebun bahagia bersama bagi penutup tahun 2012 ini, ingin membuat promosi benih kampung yang sesuai dan mudah untuk gardener yang baru hendak berjinak di alam perkebunan. Kami Kebun Bahagia Bersama team members ingin menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk bercucuk tanam menghasilkan makanan di taman sendiri tidak kisahlah berapa besar saja kawasan yang kita ada kerana 'Malaysia Boleh' dan membantu menghijaukan alam serta mengurangkan perjalanan makanan atau 'cut food-mile'. Benih-benih kampung sayur-sayuran yang ditawarkan telah bergenerasi tanam di Kebun Bahagia Bersama dan amatlah sesuai tanam di kawasan kita yang beriklim tropika ini.

Promosi biji benih kailan ini adalah untuk bulan Disember sahaja dan akan ready dispatch selepas 20hb Disember.
Biji benih yang ditawarkan adalah fresh tukang kebun tuai bulan ini.
$1.00 satu pek  dengan anggaran 50 biji benih kailan (limited 1 pek untuk seorang tukang kebun).
Flat postage cost RM2 untuk penghantaran biji benih Disember 2012
Tinggalkan pesanan di kotak komen jika berminat hendak cuba menanam sayur kailan.

Rabu, 12 Disember 2012

Lobak Long Scarlet Restocking (Radish)


  Long Scarlet Radish tumbuh anggaran 6 inchi dan sedia dituai lebih kurang sebulan. Pastikan tanah tidak keras untuk menanam radish jenis ini. Pastikan tanah moist dan tidak kering masa pertumbuhannya supaya akarnya tidak bertukar menjadi keras 'woody' cepat. Sesuai semai semasa musim hujan. Warna akarnya yang merah dan pertumbuhannya yang cepat pasti dapat menarik perhatian anak-anak untuk berminat alam  berkebun.   Elok amalkan kaedah succession sowing semai setiap 1~2 minggu untuk supply dapur yang berterusan atau mengelak dari tidak termakan sebab cepat membesar.Radish ini makin tua akan rasa makin pedas kalau tidak dituai secepat mungkin. Daun radish ini boleh juga dimakan. Mama Tukang Kebun semai sekali banyak, cepat besar sampai tak termakan di Sungai Buloh. Syoklah si itik dan angsa dapat makan. Sesuai sebagai tanaman inter-cropping untuk menjimat ruang menanam yang ada.



Promosi biji benih Radish long Scarlet ini adalah untuk bulan Disember sahaja dan akan ready dispatch selepas 20hb Disember.
$1.00 satu pek  dengan anggaran 30 biji benih (limited 1 pek untuk seorang tukang kebun).
Flat postage cost RM2 untuk penghantaran biji benih Disember 2012.
Tinggalkan pesanan di kotak komen jika berminat hendak cuba menanam radish ini.
Stok tinggal 20 pek.

Ahad, 9 Disember 2012

Restocking Alpine Strawberry

 Setelah tukang kebun buat stok checking baki biji benih Alpine strawberry selepas semua penghantaran selesai bagi bulan November dan penambahan biji benih yang baru selesai dituai ada lagi tinggal beberapa pek. Tapi rasanya next offer biji benih Alpine strawberry setelah habis stok bulan Disember akan tidak dimasukkan lagi beberapa bulan yang akan datang semuanya bergantung kepada anak-anak tukang kebun dan kaum sugarglider. Kebun kami pun masih tak cukup bekalan untuk memuaskan tukang-tukang kebun kecil punya bahagian. Belum lagi termasuk yang dari family bird bersayap tu pandai sahaja menunggu bila buahnya ranum.
Anak pokok Alpine strawberry yang baru bercambah.
 Menanam biji benih strawberry selalunya memerlukan sedikit pengalaman dalam alam perkebunan dan banyak kesabaran tapi ada juga beginners luck. Biji benih alpine strawberry juga menguji skill veteran gardener. Tukang kebun kali pertama semai biji benih alpine strawberry masa tahun pertama berkebun dan menunggu masa yang lama untuk ianya bercambah sehingga ingat tidak akan bercambah. Apabila 6 minggu lebih hairan pula tengok ada anak pokok timbul dalam bekas semaian yang terbiar. Nasib baik tukang kebun tak campurkan tanah dekat bekas lain nak recycle lagi pada waktu itu. Pada tahun kedua percentage percambahan biji benih yang disemai meningkat dan bercambah kurang sebulan apabila tukang kebun dah faham kerenahnya. Apabila masuk musim ketiga tak perlu pula tukang kebun semai biji benihnya tapi banyak anak-anak pokok alpine strawberry tumbuh merata-rata di dalam kebun dan di celah-celah rumput pun jumpa sampai terpijak-pijak tak perasan.
 Kembali ke tanahair bulan lepas, tukang kebun bawa balik beberapa pokok dari dicabut oleh agen rumah masuk ke tong kompos. Tukang kebun saja-saja buat eksperimen ada yang pokoknya dicantas sampai hampir botak sebelum tanam dan ada yang tak dicantas langsung terus ditanam untuk melihat pertumbuhan manakah yang paling baik untuk recovery pokok alpine strawberry setelah seminggu dibiarkan di atas meja tanpa tanah (bare-rooted).
 Hasilnya selepas baru sahaja 2 minggu, pokok yang dicantas daunnya mempunyai pertumbuhan yang sangat cepat berbanding dengan yang tidak dicantas. Pokok yang tidah dicantas langsung daunnya semua gugur cuma tinggal 'Crown'nya yang botak. Tapi tukang kebun rasa crown ini walaupun botak seakan sudah mati akan juga mengeluarkan daun baru nanti. Sebab dulu masa heat wave seminggu 40 degree Celsius tiap hari terbakar daun Alpine strawberry tukang kebun di Adelaide sampai botak dan ingatkan dah habis riwayat. Tapi syukur alhamdulillah selepas cuaca dah kurang panas, pokok-pokok yang tukang kebun ingat sudah habis riwayat kembali segar dan menghasilkan buah untuk kami. 
  Biji benih yang dibuat posting blog untuk bulan Disember akan dibuat penghantaran selepas 20hb Disember kelak. Boleh minta tukang kebun reservekan dengan meninggalkan pesanan di komen box. Siapa cepat dia dapat dulu bagi biji benih yang limited. Disebabkan tukang kebun nak mudah buka buku baru untuk tahun 2013, jadi segala reservation biji benih pada tahun 2012 perlu dipos sebelum akhir bulan Disember untuk mengelakkan kekeliruan. Sekiranya tiada tuntutan biji benih tersebut, tukang kebun akan terus masukkan ke stok list biji benih tahun depan dan ditawarkan kembali kepada gardener lain.

STOK HABIS.

~Biji Benih Organik Heirloom Alpine Strawberry ~
Approximate 50seeds per-pack (RM3.00).
Pembayaran bank deposit melalui bank CIMB, Maybank atau RHB.
Kos penghantaran bagi Disember 2012 bagi apa-apa bilangan biji benih ialah RM2.

Masih disimpankan untuk : Gardener (1), Kertinah (2), Mama Pongkey (2), Mat Jon (2), Ratu (1).

Second Chance Offer: Aida (1), Indah (1), Samiah (1).

P.S: Gardener yang dapat Second Chance Offer sebab biji benih back in stock please confirm sekiranya hendak mencuba tanam Alpine Strawberry :).

Sabtu, 8 Disember 2012

Promosi Kacang Panjang Hujung Tahun untuk Novice Gardener


Tukang-tukang kebun bahagia bersama bagi penutup tahun 2012 ini, ingin membuat promosi benih kampung yang sesuai dan mudah untuk gardener yang baru hendak berjinak di alam perkebunan. Kami Kebun Bahagia Bersama team members ingin menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk bercucuk tanam menghasilkan makanan di taman sendiri tidak kisahlah berapa besar saja kawasan yang kita ada kerana 'Malaysia Boleh' dan membantu menghijaukan alam serta mengurangkan perjalanan makanan atau 'cut food-mile'. Benih-benih kampung sayur-sayuran yang ditawarkan telah bergenerasi tanam di Kebun Bahagia Bersama dan amatlah sesuai tanam di kawasan kita yang beriklim tropika ini. 

 Pokok sayur kacang panjang nak tunggu kacangnya kena bersabar sedikit tapi bila dah mula keluarkan kacangnya, banyak betul hasilnya dan dahlah berkembar kacangnya dari satu tangkai. Kacang panjang tidak beberapa gemar diberi baja yang mempunyai kandungan nitrogen yang tinggi sebab dirinya sendiri dah boleh buat nitrogen. Oleh itu elakkan guna baja yang mempunyai kandungan nitrogen yang tinggi seperti pellet/tahi ayam kepada tumbuhan keluarga kekacang sebab nanti daun pokok banyak, hasilnya pula kurang.

$1.00 satu pek  dengan anggaran 15 biji benih kacang panjang kampung.

Jumaat, 7 Disember 2012

Hemerocallis

 Tahun ini mula rasa teringin nak cuba-cuba tanam bunga daylily apabila baca bahawa ada setengah jenis daylily boleh dimakan walaupun bunga daylily ini lebih terkenal sebagai bunga perhiasan di taman. Bunganya yang boleh makan lebih terkenal dalam masakan Cina. Agaknya masa mengandungkan Abbiyana, tukang kebun suka makan Chinese cuisine dan tak berapa suka sangat makanan berempah, mungkin disebabkan influence tersebut teringin nak tanam bunga daylily sendiri. Dikatakan bunga daylily senang sesuaikan dirinya dengan pelbagai cuaca dan apabila sudah matang (well-established) ia adalah pokok yang drought-tolerant.  Daylily mempunyai akar jenis berubi (tuber) di mana ianya simpan sumber tenaganya (makanan dan air) di situ.
 Ini adalah ubi daylily yang pertama sekali tukang kebun beli jenis 'Chinese Cloisonne' untuk cuba-cuba ditanam di Sungai Buloh pada bulan Ogos lepas. Bukan pokok yang tukang kebun beli tapi dari ubinya dan 2 minggu tukang kebun simpan ubinya dalam tandas di Adelaide sebelum dibawa pulang ke tanahair oleh tukang kebun Dany serta ditanam oleh Tukang kebun Lenny. Nampak sedih juga ubi tu dah lama disimpan dan tidak ditanam di tanah secepat mungkin dan pada mulanya tukang kebun ingat sudah tiada harapan, mengharapkan tangan tukang kebun Lenay yang serba menjadi. Bila balik ingat sudah tidak mampu hidup tapi beberapa hari lepas balik Malaysia, tukang kebun belek-belek patch ni punya labelling betul-betul sebab tumbuhan dalam patch ni semua nampak sama je daunnya, ada pokok bunga harum sundal malam (tanam dari bulb) dan agapanthus blue (African Lily), entah mana satu. Tapi ada satu pokok ni labellingnya sorang je betul-betul kat pokok, lepas tu bukannya ditulis daylily tapi tukang kebun lupa yang jenis daylily tu 'Chinese Cloisonne' kena buka nota balik. Melonjak keriangan tengok sudah banyak daun kehijauan dari ubi daylily ;Chinese Cloisonne'. Bila nak bunga mungkin lambat sedikit sebab tuber yang dibeli belum betul-betul matang jadi nak kena tunggu beberapa musim. 
 Ini pula koleksi yang baru ditambah ke kebun Sungai Buloh bulan lepas.



Ubi koleksi bunga daylily diatas yang dihantar secara pos kepada tukang kebun semasa di Adelaide.
 Terima kasih atas nasihat kawan gardener Farhani, tukang kebun juga ada beli 10 seedlings daylily yang asalnya ditanam dari biji benih oleh supplier untuk tukang kebun tanam di kebun bahagia bersama Sungai Buloh bulan lepas. Walaupun daylily seedlings ini masih comel loteh lihatlah akarnya sudah banyak membentukkan ubi.

10 seedling daylilies ini warnanya adalah lucky dip, jadi random seperti dalam gambar di bawah.
 Lama juga perlu nak tunggu bunga daylily yang tumbuh dari seeds untuk berbunga mungkin mengambil masa 3-4 tahun apabila tanya tukang yang menyemainya kalau di Australialah. Tapi tidak mengapa akan tukang kebun sabar menanti supaya ianya memberi kenangan indah untuk tukang kebun. Jauh seedlings ni merantau ya.
P.S: Gardener Farhani tanam dari biji benih kat Putrajaya ambil masa berapa lama nak berbunga? Mana tahu dekat Malaysia ni cepat sikit sebab tak de musim dormant.

Khamis, 6 Disember 2012

Promosi Petola Hujung Tahun untuk Novice Gardener

 Pokok sayur petola memang terror betul memanjat, pokok ketinggian 5 meter pun boleh ditumpang panjat sampai ke puncaknya. Pertumbuhan pokoknya pun pantas selepas disemai benihnya hingga nak musim tuai buahnya berbanding dengan sayur lain, bolehlah dikategorikan sayur yang tumbuh macam speed ala-ala bullet train di kawasan beriklim tropika. Apa yang menariknya pokok petola menghasilkan banyak buah, dan untungnya bila muda boleh makan kebiasaannya dicampurkan lauk yang bersup dan bila tak terkejar nak tuai buahnya boleh dibiarkan tua. Ini disebabkan dengan mengeringkan buah petola yang telah tua betul-betul boleh dikoyakkan kulit buah petola keras itu untuk mendapatkan isinya yang telah kering menjadi serabut pakai span. Tak perlulah beli organik span yang mahal-mahal di bodyshop lagi. 
 Tak perlu tunggu buah petola besar sangat untuk tuai makan, saiz macam dalam gambar atas ini pun boleh sudah dituai untuk digunakan dalam masakan. Kalau dibiarkan lama sangat nanti makin berserat isinya.

Tukang-tukang kebun bahagia bersama bagi penutup tahun 2012 ini, ingin membuat promosi benih kampung yang sesuai dan mudah untuk gardener yang baru hendak berjinak di alam perkebunan. Kami Kebun Bahagia Bersama team members ingin menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk bercucuk tanam menghasilkan makanan di taman sendiri tidak kisahlah berapa besar saja kawasan yang kita ada kerana 'Malaysia Boleh' dan membantu menghijaukan alam serta mengurangkan perjalanan makanan atau 'cut food-mile'. Benih-benih kampung sayur-sayuran yang ditawarkan telah bergenerasi tanam di Kebun Bahagia Bersama dan amatlah sesuai tanam di kawasan kita yang beriklim tropika ini.


Biji benih yang ditawarkan adalah fresh tukang kebun sedang tuai bulan ini.
$3.00 satu pek  dengan anggaran 15 biji benih petola kampung.