Halaman

Khamis, 31 Januari 2019

Dubrovnik Croatia

 Syukur Alhamdulillah kali pertama melawat negara Balkan, selain dari negara Bosnia I Herzegovina dapatlah juga melawat negara Croatia. Tempat yang dapat dilawati di negara Croatia ialah Dubrovnik. Jika menaiki bas dari Mostar (Bosnia I Herzegovina) ke Dubrovnik memakan masa selama lebih kurang 4 jam lebih jika tiada jem di mana-mana. Dari Mostar ke Dubrovnik macam ada 3 kali berhenti untuk immigration check passport. Ini disebabkan sempadan Bosnia yang dekat area coastal hanya sepanjang 20km, jadi masuk Croatia, keluar balik Bosnia kawasan Neum, kemudian masuk Croatia untuk ke Dubrovnik. Kalau masa tourist peak season di kawasan immigration ni yang mungkin akan ambil masa lama. Rakyat Malaysia kalau ke Bosnia I Herzegovina dan Croatia setakat ni tak perlu permohonan visa, bawa passport Malaysia sahaja.
 Pada mulanya ingat dah tak dapat pergi Dubrovnik bila kira-kira budget travel ke Balkan ni. Syukur Alhamdulillah lepas survey sini sana, kawan kata kita ulang alik je dari Mostar ke Dubrovnik. Boleh naik bas sahaja dan tiket boleh beli online siap-siap sebelum ke sana. Awal-awal ingat pergi kemudian bermalam satu malam, kemudian balik semula ke Bosnia keesokan harinya. Harga hotel di Dubrovnik macam memakan duit juga. Masa out of peak season, accomodation di Mostar amat murah bila tengok AirBNB masa awal October, ada harga yang semalam bawah RM100 pun untuk sebilik. Sebab tu kami ambil peluang ulang alik sahaja. Harga tiket bas ulang alik  dalam RM140. Kami bertolak dalam nak dekat 7:45 (bas lambat sampai patutnya pukul 7 pagi), estimation sampai dalam pukul 11 pagi (dalam 11:20 lah sampai).
  Memandangkan kami ni budget travel pun limited dan masa pun singkat nak kejar bas balik pukul 5:15PM. Takut tunggu bas nak ke bahagian Old City memakan masa. Kami jalan kaki je ke Old City yang jaraknya dari Main Terminal Bas ke Old City hampir 4km. Sambil tu menikmati pemandangan. Hampir 1 km jika berjalan kaki dari main terminal bas ke Old City kita akan lalu Gruz Market. Tetapi kami sampai dah dalam tengahari, penjual pun dah kemas-kemas barang. Sempat cuci mata tengok bunga-bunga yang dijual je.
 Cuaca di Dubrovnik ni kurang sejuk dari Mostar sebab dekat dengan laut. Jadi pada belah siang masa awal bulan Oktober boleh pakai lengan pendek sahaja lagi. Tapi bawa jugalah light jacket sebab nanti dah nak senja boleh rasa tiupan angin sejuk dah.
 Sambil menuju ke Old Town Dubrovnik seronok tengok garden di kawasan ini. Walaupun laman tidak luas, tapi gardeners di sini suka manfaat tanah yang ada. Mana ada tembok yang minat gardening pasti pandai memanfatkan tembok tersebut dengan menanam pokok-pokok buah atau bunga yang suka menjalar menutupi tembok tersebut. Seakan langsir terjurai-jurai pokok tersebut ke bawah menutupi tembok tinggi. Tukang Kebun perhatikan antara pokok bunga yang meriah berbunga pada musim kami lawat Dubrovnik ini adalah pokok bunga seri pagi mirip kepada Scarlet O'Hara.
 Yang berminat untuk menanam pokok seri pagi atau juga panggilan mesra Morning Glory boleh juga dapat benihnya di Kebun Bahagia Bersama (email: kebunkmg@gmail.com) .
 Di Dubrovnik ini juga, tanaman bunga hiasan yang diminati juga adalah "Coral Fountain" yang memang sangat lasak boleh tumbuh keluar dari celah-celah retakan dinding juga. 

More info on Coral Fountain (Click Here).

~ 1 pot Coral Fountain RM7.00 ~
 Balcony garden dengan cantik hiasan pokok yang dah overgrown dan cascading down covering the wall with different shade of foliage.
Awal bulan Oktober juga adalah musim buah untuk pokok di bawah ini memenuhi tembok macam ala-ala shrub nampaknya. Haiiiii....geram tengok boleh capai dengan tangan ja sambil berjalan lalu tembok rumah orang.
 Kami cuma ada masa 6 jam sahaja untuk jejak kaki di Dubrovnik. Jika ada peluang lagi memang teringin nak pergi lagi. Dubrovnik kalau ada sekurang-kurangnya 3 hari baru puas pusing rasanya.
 Kebetulan dalam perjalanan balik ke Mostar cuaca dah nak mula senja. Bot pelancong replika kapal layar lama pun kelihatan banyak dah mula bawa pelancong-pelancong untuk menikmati pemandangan matahari terbenam di beberapa lokasi menarik di laut Adriatic.
 Menarik juga pemandangan balik ke Mostar menaiki bas sebab dapat juga menikmati pemandangan matahari terbenam di sepanjang persisiran pantai Laut Adriatic.

Rabu, 30 Januari 2019

Stolac Herzegovina

  Dah lama tersimpan draft posting ini yang tak siap-siap dek kesibukan melanda. Hari ini sambung semula kisah perjalanan di kawasan Herzegovina awal bulan Oktober 2018 lalu. Tidak beberapa jauh selepas melawat batu-batu nisan peninggalan dahulu yang dapat sudah pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO di Radimjla (related posting klik sini), terdapatnya pekan kecil yang dikenali dengan nama Stolac. Semasa perang Bosnia, tempat ini juga adalah antara yang mengalami pertempuran yang dahsyat. Tempat pertama singgah ambil gambar di pinggir pekan Stolac ialah berdekatan jambatan ini kelihatan kubu pertahanan zaman dahulu di atas kawasan tinggi. Bangunan-bangunan terbina di bawah kawasan bukit ini masih ramai penghuninya tidak kembali sejak perang Bosnia. Antara kesan yang ketara akibat kesan perang sebelum dan selepas perang ialah peratusan demographic ethnic. Di mana sebelum perang bandar Stolac pada ketika itu etnik yang paling ramai adalah dari Bosniak, selepas perang adalah dari ethnic Croatia. Stolac ni pun naik kereta tak berapa jauh ke sempadan negara Croatia tak sampai 4 jam.
 Selepas itu guide kami membawa kami ke masjid dan madrasah yang baru dibaik pulih di tengah pekan. Indah sungguh lamannya ada juga dusun kecil di mana pokok-pokok seperti fig dan delima sedang berbuah. 
 Di depan pintu masuk madrasah ini ada deretan pokok zaitun yang sedang buahnya membesar juga sarat di tangkai-tangkai pokok. Ada rezeki kawan yang datang sama dengan Tukang Kebun dapat melihat pokok buah zaitun sedang berbuah lebat buat kali pertama dalam hidupnya di depan mata. Rendang-rendang pokok buahnya bikin Tukang Kebun geram tengok.
Di satu sudut kecil ada deretan dihias dengan pokok bunga mawar. Sungguh wangi bau bunga rosnya. Siap ada yang pokok ros lepas selesai berbunga berjaya membentuk buah ros yang berwarna oren seperti gambar di bawah.
 Macam mana pokok-pokok bunga apatah lagi pokok-pokok buah-buahan menjadi-jadi sarat lebat buahnya sebab persenyawaan yang amat bagus secara semulajadi. Lebah punya banyak sangat bahagia singgah menghisap madu di mana-mana ada pokok bunga. Negara Bosnia ini memang memberikan penekanan prinsip yang amat kuat dalam pertanian secara organik. Sebab tu banyak lebah. Kawasan sini juga menghasilkan madu yang bagus. Jadi ambil peluang beli madu juga di kawasan berdekatan dengan dalam daerah sama dengan Mostar.
 Antara simplicity keunikan yang Tukang Kebun enjoy tengok masjid sini ialah dinding luar masjid kekadang dihias dengan mural sahaja. Dalam ekonomi yang susah di negara mereka tidak perlu dinding penuh dengan berjubin-jubin. 
 Di Stolac ni banyak kedai roti 'bakery'. Kedai bakery di Bosnia dipanggil "PEKARA". Memang banyak jumpa dengan papan tanda "PEKARA" di Bosnia ni dan freshly bake lebih-lebih lagi di waktu pagi aroma dia memikat betul. Jika nak jimat belanja makan dan budget betul-betul, antara makanan yang murah adalah beli roti dekat "PEKARA". Tapau and Travel lebih-lebih lagi yang nak mengejar masa. Harga seketul roti macam croissant dengan pelbagai inti lebih murah harganya dari kedai bakeri di Malaysia. Macam kalau di Sabah ni kawasan Kota Kinabalu kan banyak yang franchise 'MULTIBAKE" tu kan, harga roti-roti begitu lebih murah belanja makan puas di Bosnia. Kalau peminat keju, rasalah puas-puas di sini, baru rasa macam keju original dari yang biasa kita dapat kat Malaysia ni. Bila makan roti kat Bosnia ni rindu jugalah kat anak-anak, nak jugalah bagi mereka merasa sebab tau ni mesti diorang suka.
 Bila nak balik ke kereta untuk mengejar masa ke destinasi utama iaitu explore Gua Vjetrinica (related posting klik sini), Tukang Kebun tertarik pula nak mengintai kedai bakery kecil kiut miut ni. Yang Tukang jaga kedai pun gaya gentleman sabar melayan pelancong yang blur blur ni. Walaupun Tukang Kebun tak cakap banyak, dia pandai tengok expression muka Tukang Kebun berubah-ubah gaknya curious sangat, tak perlu keluar suara lagi dia dah bagi penerangan simple ni apa itu apa dalam Berbahasa Inggeris. Macam boleh read Tukang Kebun punya mind ja hehehe....Tidak semua fasih Berbahasa Inggeris tapi yang generasi muda biasanya masih boleh lagi lah selalu bantu jadi interpreter untuk warga emas. Kami pun belilah teringin merasa lepak snacking sekejap. A very nice relaxing atmosphere lah pekan Stolac ni Tukang Kebun suka. Penduduknya sangat ramah dan sabar melayan kerenah, not rushing. Boleh rasa beza layanan berbeza jika di Sarajevo banding dengan di Stolac ni. Mana-mana negara di dunia ni pun sama sahaja la kan, perbezaan sikap kemasyarakatan di bandar dan luar bandar.
 Camil ada pesan kata kalau lepas selesai lawat Gua Vjetrinica on the way balik kita akan singgah lagi pekan Stolac. Kali ini kami singgah dekat area sungai. Gambar di atas ni bangunan yang ada minaret tu masjid tepi sungai dengan lamannya ada pokok-pokok zaitun. Di atas bukit samar-samar kelihatan kelibat kubu pertahanan lama yang silih berganti bertukar tangan kepada penjajah yang menang.
 Ada beberapa pokok berangan tinggi yang sedang lebat berbuah sepanjang tebing sungai tepi jalan raya. Jatuh-jatuh buahnya di tanah menjadi kebiasaan dah orang di sini melihatnya. Tapi pelancong macam Tukang Kebun teringin nak rasa, itu yang lepas balik je dari trip ini nampak orang jual buah berangan panggang terus beli (related posting klik sini). Kebetulan masa berada di Bosnia I Herzegovina ini minggu terakhir kempen pilihanraya membentuk kerajaan baru di sini. Tukang Kebun ternampak ada satu pokok berangan di dahannya banyak tertampal kertas hijau dan ada gambar orang di situ. Kebanyakkannya gambar warga emas cuma tidak faham isi kandungan sebab bahasa mereka. Guide kami si Camil perasan Tukang Kebun asyik perhatikan kertas-kertas hijau tu yang hanya macam sebesar separuh dari saiz kertas A4. Rupa-rupanya ini adalah cara orang-orang di Bosnia untuk memaklumkan siapa yang meninggal dunia dengan menampal kertas hijau di tempat-tempat yang selalu dilalui orang dimaklumkan oleh Camil kepada Tukang Kebun. Jika di bandar besar sikit dalam negara ini ada juga notis kertas hijau ini ditampal di stesen keretapi atau terminal bas. Bila masa perang komunikasi canggih boleh kena cut off anytime, tradisi pengumuman notis begini lebih reliable bagi mereka yang dah lalui zaman perang walaupun di zaman moden ini. Lagipun dengan keadaan ekonomi di kawasan kampung bukan semua mampu untuk ada alat komunikasi yang canggih.
  Teringat masa zaman Tukang Kebun remaja dan baru masuk alam dewasa, arwah nenek di Sabah selalu ada masa spesifik setiap hari mesti dia buka radio dengar berita pengumuman sesiapa yang telah baru sahaja meninggal dunia dalam bahasa ibunda nenek, bahasa dusun. Macam arwah nenek Tukang kebun kan buta huruf dan tak terdaya nak jalan-jalan jauh melawat saudara yang dari kampung-kampung asal, jadi ini adalah salah satu sumber untuk arwah nenek dapat berita jika ada kematian dari orang-orang yang dikenalinya sejak lahir. Masa zaman tu kalau duduk kawasan kampung belum semua ada telefon rumah dari line telekom lagi. Bukan macam sekarang ada handphone tu pun jadi resah kalau tak dapat coverage kan.
 Biji benih kacang soya (kacang bulu/edamame) <RM3.00 se/pek) masih available bagi yang berminat , ada benih bila tua warna cream (tsurunoko edamame) macam biasa dan yang rare sikit biji benihnya warna hitam (nouhime edamame) bila matang.




Selasa, 29 Januari 2019

Kiulu Adventure Challenge 2018

 Seminggu selepas cuti akhir semester tahun 2018 bermula, Tukang Kebun, Big Boss dan papa Abby sertai Kiulu Adventure Challenge 2018. Ilhan kali ini tidak dapat serta sekali sebab tidak sampai seminggu baru lepas berkhatan. Jadi Ilhan dan adik-adiknya yang masih tidur lena di Teratak Kiulu Lodge 2 sementara parents sedang mula keluarkan peluh sudah merentas desa. Dari garisan permulaan boleh kelihatan kelibat puncak Gunung Kinabalu pada awal pagi. Acara berbasikal bermula dahulu kemudian diikuti dengan larian 13 km dan seterusnya Fun Run 5km. 
 Ini kali pertama nenek Abby (Big Boss) sertai acara ultra trail sejak lahir yang kini sudah lebih dari 60 tahun umurnya. Jadi nampak dari riak wajah agak nervous masa nak tunggu acara bermula. Biasalah tu Tukang Kebun pun masa awal-awal libatkan diri acara sebegini pun memang rasa nervous juga. 
 Cuma pada mulanya adik lelaki Tukang Kebun agak risau samaada nenek Abby mampu ke tidak nak habiskan trail ini jadi sebagai percubaan memberikan cadangan masuk 5km Fun Run sahaja dulu. Tetapi memandangkan Tukang Kebun pun akan teman ikut pace nenek Abby maka kita masuk lah acara 13km lagipun ni kawasan kampung nenek Abby masa dia kecik macam Abby biasa juga berjalan-jalan kawasan trail begini. Cuma semua bergantung kepada stamina dan level fitness. Cuma yang challenging-nya cut off time nak complete trail 13km diorang setting macam dalam 3 jam. 
 Cantik pemandangan di kawasan Kampung Ranau Ranau dengan bendang padi sawah yang padi dalam fasa sedang membesar. Ada juga Tukang Kebun perhatikan ada bendang padi sawah yang juga dah mula keluarkan buah. Seronok juga santai-santai teman mak buat ultra trail ini sambil dengar tempat-tempat yang dilalui mak bawa trip to memory lane. Macam ada kawasan perkuburan Kampung Ranau Ranau ni dulu tanah berhadapannya atuk nenek Tukang Kebun pernah usahakan buat sawah padi pada masa tu belum lagi ada geran-geran tanah ni masih consider hutan.
 Bukan sahaja lalu jambatan gantung panjang tetapi ada juga melalui titi dari bahan asli seperti buluh. Masa zaman sekolah rendah kan ada kita belajar kegunaan pokok buluh dan pokok kelapa. Susah dah budak zaman sekarang nak bayangkan pokok buluh boleh buat jambatan kan. Elok juga bawa anak-anak sertai aktiviti seperti begini jadi mereka boleh menambahkan pengalaman melalui kaca mata sendiri. Yang gambar atas lepas lintas titi tu bukan pokok lalang ya. Tapi bendang sawah padi yang sumber airnya adalah dari air hujan.
 Dalam 3km nak sampai kaki mak mula cramping pula. Sebelum mula run ada Tukang Kebun hulurkan gula-gula garam tak mau pula, ingatkan bagi gula-gula untuk suka-suka makan pula. Terlampau nervous tak ada mood nak makan-makan. Masa tu tak faham lagi kenapa Tukang Kebun dok menghisap-hisap gula-gula garam awal-awal lagi nak elakkan perkara begini berlaku. Lepas ni mak dah faham dah tips persediaan nak elakkan cramp kaki. Syukur Alhamdulillah kami sampai jugalah sebelum Cut Off Time 3 jam. 
 Selamat sampai ambil gambar kenangan mak dengan childhood friends mak bersama anak-anak mereka. Nenak Abby pun dah seronok nak cuba lagi aktiviti lasak sebegini. Next, Nenek Abby akan bersama-sama juga sertai Borneo Ultra Trail Marathon 2019 pada awal bulan Mac di Kiulu juga dengan jarak 9km. Jika dibandingkan trail route Borneo Ultra Trail Marathon 2018 (BUTM 2018) dengan Kiulu Adventure Challenge 2018, BUTM 2018 dua kali ganda lebih lagi susah itu sebab cut off time dia pun 6 jam. Teratak Kiulu Lodge 1 dan Teratak Kiulu Lodge 2 kedua-dua tempat semua bilik dah kena booking penuh pada minggu Borneo Ultra Trail Marathon 2019. Kecuali kalau sesiapa nak gunakan khemah. Sesiapa yang ada rancangan untuk bercuti di Kiulu, Sabah pada cuti sekolah semester pertama akhir bulan Mac masih lagi ada bilik/rumah yang kosong untuk penginapan di Teratak Kiulu Lodge.
 Mandian rebusan herba Serai Acheh dapat menyegarkan badan yang lesu. Senang sahaja seluruh pokoknya boleh direbus untuk buat home-made Spa Serai Acheh dan banyak manafaatnya.

  Sempena musim perayaan bulan February ini, Kebun Bahagia Bersama tawarkan harga pokok serai acheh dengan 5 pokok untuk RM10.00 (valid only for February 2019).

Info lanjut Serai Acheh (klik sini).

~ 5 moist bare-rooted Serai Acheh RM10.00 ~

Isnin, 28 Januari 2019

Hari Sukan Negara 2018 Run dan Keladi Tricolor

 Pokok keladi yang tumbuh di tepi tempat letak kereta di belakang biasanya terbiar sahaja. Tidak pernah disiram. Sekejap bila musim panas kekadang ada masa macam nampak dah pupus. Nanti tiba-tiba datangnya musim hujan naik berseri-seri semula dan bertambah merimbun. Kekadang Tukang Kebun ambil kesempatan bahagi-bahagikan rumpunan ini ke tempat lain pula. Yang syoknya bila dibiarkan sahaja mother nature yang menjaganya, bila tiba musim hujan kerap semula lebih rajin pokoknya menghasilkan banyak tangkai bunga. Barulah Tukang Kebun rajin nak kemas semula kawasan ini mencabut-cabut pelbagai rumpai sambil hilangkan stress.
 Walaupun kekadang nampak macam pokok keladi tricolor ni tak berubi tapi ianya jenis pokok berubi juga. Ubinya (akar) di mana sumber tenaga terkumpul disimpan untuk keluarkan tunas-tunas baru semula apabila kita ingatkan dah pupus pokok ni. Janganlah kita main buang sahaja tanah di dalam pasu bila ingatkan pokok keladi jenis hiasan seperti ini dah layu semua daunnya dah mati akibat tak disiram macam berminggu keluar outstation. Pokoknya cuma dormant sekejap nanti tuannya dah ada masa nak menyiram dengan kerap, InsyaAllah muncullah dia semula dengan rezeki air yang diberikan. Manalah tau diberikan hadiah kemunculan bunga mekarnya juga menyusul kemudian.

Info lanjut Keladi Tricolor boleh juga kepada posting sebelum ini (klik sini).

~ 1 moist bare-rooted Caladium Tricolor RM8.00 ~

 Pada pertengahan Oktober 2018 lalu, papa Abby ada masuk acara half marathon 21km larian Hari Sukan Negara 2018. Mak Long Liza dan anaknya Sofiyah juga ada mengikuti event ini yang bermula di Stadium Bukit Jalil. Larian ini diadakan pada waktu malam.

Self-collect untuk minggu ini mohon maaf hanya dapat diadakan pada Sabtu pagi (02/02/2019) kerana urusan-urusan yang tidak dapat dielakkan.

Ahad, 27 Januari 2019

UCSF Turtle Run 2018

 Awal bulan Oktober tahun 2018 lepas berkesempatan tiga adik beradik ini menyertai acara fun run bersama papa mereka. Ketika ini Tukang Kebun tak dapat bersama-sama sebab atas urusan kerja di Bosnia. Pertama kali lah mereka jejak kaki dalam kawasan University College Sabah Foundation (UCSF) di Sembulan yang menjadi penganjur untuk acara charity run menyelamatkan penyu.

 Abang Ilhan wakil seorang dari poyok runners lari kategori jarak jauh sikit dari adik-adiknya yang diiringi oleh papa Abby. Sempat lagi Ilhan sambil berlari singgah di stesen minyak Shell melabur air besar. 
 T-shirt larian gambar penyu ini yang rajin si Abby suka pakai setiap minggu mesti pakai sekali lebih-lebih lagi kalau pergi beriadah. Kalau mama Abby jenis rajin lipat baju tiap hari mau selang hari dipakainya hehehe...
 Ada rezeki juga anak beranak ni dapat hadiah cabutan bertuah bawa balik satu hamper. Yang ni je acara larian yang terakhir bagi tahun 2018 yang Ilhan, Rayyan dan Abby berpeluang sertai.
Pandai juga batang-batang pokok herba misai kucing berwarna putih ini menyelit antara batang-batang pokok limau telur buaya. Stok pokok herba misai kucing bunga putih ada kembali. Sesiapa yang rajin self-collect hujung minggu depan, selagi stok masih ada InsyaAllah ada beberapa pokok limau telur buaya (graft) dekat 1 meter dah tingginya.

~ Pokok herba misai kucing RM7.00 (info klik sini)~

~ Pokok limau telur buaya RM25.00 (info klik sini) ~

~ 1 beg tanah bakar RM5.00 ~

~ 7 biji buah kelapa tua RM10.00 ~

Sabtu, 26 Januari 2019

The Most Beautiful Trail 2018

 Tak sangka dah masuk tahun 2019 dan tanpa disedari dah 2 bulan tak update blog. Jenguk juga tak kesempatan rasa tak cukup je sehari 24 jam mengurus kehidupan seharian. Anak-anak pun semua dah bersekolah termasuklah Abby yang tahun 1 sudah. Syukur Alhamdulillah banyak pengalaman baru diperolehi pada tahun 2018, moga tahun 2019 juga dimurahkan rezeki kesihatan dan lain-lain. Ini baru berkesempatan nak bercerita kisah kami bertiga - Tukang Kebun, papa Abby dan Ilhan menyertai Ultra Trail yang The Most Beautiful Trail 2018 (TMBT 2018) di Kota Belud awal September tahun lepas.
 Memandangkan kami bertiga pun baru mula berjinak-jinak dengan aktiviti sukan ultra trail ini awal tahun lepas, jadi kami masuk yang beginner level saja la dalam 12km. Starting point di Kampung Lingkubang, Kota Belud dan tamat di Kampung Tambatuon, Kota Belud. Oleh itu, kami menginap di Tagal Kampung Lingkubang (related posting klik sini) 3 hari 2 malam. Sementara kami buat ultra trail, Abby dan Rayyan duduk di bilik dan dipesan jangan ke sungai tunggu je sampai balik. 
 Sementara menunggu masa untuk bermula acara larian, orang lain buat warming up, Ilhan pula sibuk main-main dengan belalang yang jinak dengannya. Tukang Kebun pula kagum tengok banyak jenis dan bilangan lebah mencari makanan di kawasan belukar.
 Kali ini acara yang 12 km dan 30 km bermula serentak. Jadi sesak pula awal-awalnya semua bergerak jalan-jalan sama. Siapa yang laju mereka pecutlah ke depan dahulu. 
 Bila dah mula bahagian mendaki cerun mulalah semua terfikir siapa lah suruh seksa badan sendiri. Sudahlah kena bayar penyertaan mahal.Masa ni memang dah tak nampak kelibat si Ilhan. Papa Abby terpaksalah meneman mama Abby bagi dorongan.
 Sambil jalan-jalan seronok tengok kebun-kebun orang. Ni tanah baru dikemas dan dibakar untuk buka tanah mulakan pertanian. Subur tengok pokok ubi kayu jejari ni yang pucuk ubinya sedap dicelur dan dimakan dengan tempoyak atau buat gulai. Yang berminat untuk tanam pokok jenis ubi kayu ini, Kebun Bahagia Bersama ada bekalkan keratannya.

~ 7 keratan ubi kayu pucuk ubi jejari panjang RM5.00 ~

Self-Collect Day:

~ 26th/27th January 2019 or 2nd February 2019 10:00~ 10:30 AM morning in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh ~
 Awal-awal sampai check point satu banyak berjalan atas jalan tar, lepas check point satu dah mula masuk kawasan kebun orang atau jejak tanahlah. Banyak juga trail ni berjalan merentas sungai guna jambatan gantung. Termasuklah kena buka kasut merentas sungai kalau tak nak kasut dan stokin basah.
 Lama tak tengok pokok koko dengan buahnya bergayutan di pokoknya. Seronok berjalan dekat The Most Beautiful Trail ini macam-macam sudut Banjaran Crocker dan Gunung Kinabalu bersama gunung-gunung lain kelihatan.
Hahaha...kena bekerja keras kecilkan badan semula, semua ahli keluarga asyik komen. Cuma kali ini pertama kali rasa serik juga berlari masa musim panas kemarau ini. Di antaranya Tukang Kebun beberapa kali kena sengat dengan lebah sambil berjalan-jalan mungkin sebab tertarik dengan peluh-peluh yang keluar dari kulit Tukang Kebun ini. Lain kali kena pakai lengan panjang. Sakit gatal berdenuyut-denyut juga lah kena sengat beberapa dekat kepala lagi pun banyak tu.
 Geramnya tengok buah-buah durian ni boleh dicapai pegang dengan tangan sahaja dan lebat buahnya. Kalau sekadar nak jalan 12km tu rasa boleh tahan lagi cuma yang amat mencabarnya adalah bila dah matahari makin naik dalam cuaca baik boleh terasa panas teriknya juga di atas kepala ni. Boleh buat rasa nak muntah bila kepala dah overheating. Ramai jugalah peserta mengomel kenapa kick off mula tak buat lebih awal lagi. Tapi itulah bahagian cabarannya selain singkatan TMBT untuk most beautiful sebab pemandangannya ia juga nickname dengan The Most BRUTAL Trail (TMBT).
Pelbagai tanaman juga ditanam bersama-sama dengan pokok-pokok padi huma. Syoknya lah kebun orang ni boleh nampak puncak Kinabalu.
 Syukur Alhamdulillah selamat juga sampai di garisan penamat tanpa apa-apa kecederaan serius. Tukang Kebun sempat jugalah sampai setengah jam sebelum Cut Off Time (COT) bolehlah dapat finisher medal. Itu pun nak dekat 2km dekat garisan penamat, mental Tukang Kebun pun dah agak nak putus asa sebab rasa macam tak sempat je lagi nak habiskan rasa nak je suami kesayangan kasi tinggalkan je suruh dia sorang-sorang kejar sempat sampai sebelum COT. Itupun ada juga peserta veteran wanita yang jalan sorang kami terserempak dah macam Tukang Kebun dah terduduk rehat mau give up juga tak tahan dengan panasnya. Hubby Tukang Kebun ajak mari sempat lagi ni mari kita sama-sama jalan habiskan dalam kumpulan. Yang jadi lucu bila dah nampak dari seberang sungai nak sampai garis penamat. Kami tersilap gara-gara main ikut je yang jalan paling hadapan nak buka kasut terus seberang sungai. Yang nampak kesilapan kami nasib baik berteriakan, bukan sini, sana depan sikit seberang ada jambatan bukannya sungai...hahaha...kelam kabut pasang kasut balik mengejar baki masa yang ada.
 Di garisan penamat di Kampung Tambatuan, Kota Belud yang istimewanya ialah menghadap Gunung Nungkok. Kesian Ilhan dah lama sampai menunggu maknya 2 jam lebih, orang tertanya kenapalah budak ini lama benar masih menunggu yang dah lama sampai pun dah lama balik. Macam tu lah gayanya kalau acara larian ni speed Ilhan dua kali ganda dari maknya terpaksalah menunggu hehehe...badannya ringan senang nak membawa terbang berlari...maknya kena burn banyak lemak terkumpul beranak tiga hahaha...Papa Ilhan pun walaupun laju dari Ilhan terpaksalah rekod jadi buruk sebab meneman bini yang macam kura-kura.
 Gara-gara mama Ilhan punya pasal bila papa Ilhan nak register untuk 30km Borneo Ultra Marathon 2019 <BUTM 2019>(yang berminat klik sini for more info) kena pertikaikan larat ke tidak sebab tengok latest record Racematrix. Terpaksalah papa Ilhan bagi reference larian-larian lain punya rekod hahaha...Kali ini Ilhan juga akan sertai BUTM 2019 lari sama-sama dengan papa Ilhan jarak 30km. Pada mulanya 30km kena umur 15 tahun ke atas. Memandangkan Ilhan pun baru masuk tahun 6, lepas kami mohon berikan peluang berlari 30km dengan supervision parent, syukur alhamdulillah pihak penganjur bersetuju turunkan limit umur untuk 30km. Lagipun rekod larian Ilhan lari TMBT 2018 ok juga lah sebab dalam kategori Men Open bawah 40 tahun, Ilhan berjaya sampai orang yang ke-19. Kemudian keseluruhan peserta lelaki no. 25 dan overall jumlah peserta larian 12km no. 37. Next larian Borneo Ultra Marathon 2019, kali ini kami cuba sertai si Rayyan yang 9 tahun pula. Sebab tahun 2019 ini jaraknya singkat 9km berbanding tahun lepas 12km (related posting klik sini).
 Kisah lucu larian ultra trail kali ini bagi kes Ilhan ialah masa dia berhenti rehat tambah semula energy makan snack chocalate bar. Gigi susu Ilhan yang bergoyang jadi nak tercabut dah sebab gigit benda keras. Kebetulan ada orang dewasa muda berehat lari seiring dengan pace Ilhan masa tu nampak kenapa macam resah lain macam lak budak sekolah ni bertanya kenapa dik? 

Ilhan: Gigi nak tercabut
Adult Runner (@ tooth fairy): Semangat dik cuba cabut perlahan-lahan (sambil tepuk-tepuk belakang Ilhan bagi semangat)

Ilhan lepas berjaya cabut gigi susu sendiri, terus sambung lari semula.
Kalau Tukang Kebun jadi tooth fairy pun tak sangka dalam ultra trail ni ada kes juga kena teman budak sekolah cabut gigi susu sambil berlari dalam kebun orang. Lepas tu dahlah budak sekolah rendah ni yang sampai pula dulu kat garisan penamat.
Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang ambil berat peka dengan Ilhan yang berlari-lari maju ke depan sorang-sorang tolong tengokkan juga keadaannya, risau juga sebenarnya parents si Ilhan yang tak terkejar.