Halaman

Isnin, 30 Jun 2014

Yang Berbunga-Bunga Top 3 Perennial Flower June 2014

 Di Kebun Bahagia Bersama pada June 2014 ini adalah musim kemarau. Ada hujan ziarah pun pada awal bulan. Lepas tu tak datang-datang hujannya. Akhirnya pada 26hb June 2014 ada juga hujan sudi singgah sebentar. Bila dah beberapa minggu tak hujan, pastilah pokok-pokok semua akan jadi stress. Tambahan pula pokok yang dalam kategori 'perennial' dah bertahun-tahun menghuni Kebun Bahagia Bersama tiada tukang kebun bagi muka nak siram. Malas tukang kebun nak layan, kalau hijau subur saja masa musim ada hujan. Maka bila diabaikan barulah nak memperagakan bunga-bunganya. Top 3 dalam kategori pokok perennial yang asyik berbunga pada bulan June ialah Pokok kemboja kuning bali, Jenjuang Merah dan Pepanggil.
 Eloklah tu. Lagipun mereka bertiga ni memang boleh hidup bahagia bersama-sama. Gambar di atas ini di bahagian luar tembok depan Kebun Bahagia Bersama. Memanglah takkan disiram. Dah tumbuh tinggi melampai nak intai penghuni di dalam agaknya buat apa.
 Jenjuang merah jarang-jarang tonjolkan bunganya yang cantik macam loceng tu. Bila dah kena kemarau baru nak berbunga. Sebab tu orang ingat pokoknya semata hiasan daun sahaja tetapi pokoknya ada pelbagai guna (info jenjuang merah klik sini).
 Bulan June ini di sudut-sudut yang dihuni oleh pepanggil memang menjadikan tempat tersebut menyala-nyala macam tiang lantern nak sambut tahun baru cina. Pokok pepanggil banyak juga yang ditanam di tembok luar depan rumah (Gambar di atas bersebelahan Gate No. 1). Pokoknya tinggi jadi bila berbunga boleh nampak dari dalam kawasan halaman dalam rumah. Pokok pepanggil bila dah umurnya lebih 7 bulan tak berbunga-bunga jangan dimanjakan lagi. Berhenti kasi makan (baja) dan minum (siram) kalau nak dia menyerlah berbunga. Kalau banyak sangat dibelai nanti dia asyik beranak pinak malas keluarkan bunga. Bila kemarau bila tak disiram memang dia akan dipaksa berbunga. Kalau daun kuning gugur tak mengapa, tengok dalam gambar daun di pokoknya pun dah hilang sudah di musim kemarau ini. Pokok pepanggil bila dah lebih setengah tahun pokoknya sangat lasak sebab akarnya dah banyak tersebar di bawah tanah tanpa kita sedari. Itu sebab bila dah subur sangat diberi makan, keluar anak-anak pokok tiba-tiba di sekitarnya. Bila dah habis layu bunganya, pangkas sahaja. InsyaAllah akan keluar pucuk-pucuk baru nanti (Info pepanggil klik sini).
 Just a reminder yang telah dapat ticket dari Kebun Bahagia Bersama berminat untuk menerima Hamper Aidilfitri 2014 dari Kebun Bahagia Bersama bolehlah join in mulai esok.

Selamat mengerjakan ibadah puasa.

Ahad, 29 Jun 2014

Rezeki Raikan Ramadhan

 Syukur Alhamdulillah bila tukang kebun ronda-ronda lone ranger petang tadi, banyak juga yang jarang-jarang dapat tuai dari kebun sendiri ada rezeki pada hari pertama bulan Ramadhan yang mulia ini. Sebagai contoh, dapatlah rasa kesegaran kemanisan buah nenas madu Sabah yang exclusive susah nak dapat ni walaupun di negeri tersebut. Bulan Ramadhan ataupun Syawal bila ada kelapangan masa berhajat juga tukang kebun nak besarkan sedikit kawasan kebun nenas mini Kebun Bahagia Bersama untuk keseronokkan makan hasil tanam dari tangan sendiri nanti.  Rezeki pemindahan anak-anak pokok nenas akan menjadi salah satu projek bila hujan mula bertandang lebih kerap nanti. Entah apalah yang buka puasa awal pada bulan Ramadhan pertama ini. Menyesal tukang kebun tak ambil semalam dengar kata hubby punya pasal.
 Sebelum buah naga isi putih ini juga menjadi dugaan kepada mahkluk lain nak berbuka puasa awal, maka terus tukang kebun tuai bila nanas madu sabah sebiji sudah kena enjoy. Ini pun hubby kata semalam belum lagi, tapi tukang kebun engkar hari ini ku tuai juga bila dia siesta petang biarkan diri ini meronda keseorangan di belakang. Bila intai isinya memang dah molek untuk dituai. Hajatnya nak simpan buah naga ini untuk big boss bila dia balik minggu depan. Tengoklah dulu simpan dalam peti ais sempat nak tunggu big boss or not.
 Pokok buah naga ini mudah bela sebab tak perlu takut jika tak dapat menyiramnya bila balik kampung nanti. Bila dah selesa lepas pindah rumah biasanya tak perlu sangat nak siram. Cuma nak pastikan dapat banyak cahaya matahari, seelok-eloknya full sun. Untuk gardeners yang kawasan kebunnya terang benderang bolehlah cuba tanam pokok buah naga. Syaratnya cuma 2, cahaya matahari yang banyak dan tanah yang saliran airnya baik. Tanah yang airnya tidak bertakung. Cuaca tahun ini di Lembah Klang, tukang kebun perhatikan amat menarik hati si pokok buah naga. Elok letak pokok buah naga dekat tembok rumah untuk self-defence dari penceroboh kasi susah nak ceroboh rumah kita. Dalam ready stok tukang kebun sekarang yang pokok buah naga dah ready nak dipindahkan ke rumah baru ada 2 pokok sekarang available. Kami ada 2 jenis yang isi putih dan isi merah, yang ni tukang kebun tak pasti yang mana satu jenisnya kira random.

~ Pokok Buah Naga (First come first serve) ~
1 pot RM15.00.
 Elok saja tukang kebun belek-belek buah naga ada pula rezeki jatuh dari pokok kuning telor. Sedap bila buahnya betul-betul masak ranum jatuh dari pokok, tinggal cuci sahaja. Nasib baik sempat ambil sebelum ayam mutiara datang menerpa. Buah kuning telor bila masak kulitnya yang kuning akan menjadi kurang glossy atau dah mula kusam warnanya. Tukang kebun dulu tak biasa makan buah ini, Syukur Alhamdulillah mula tahun ini dah pandai nak makan buah ini. Terima kasih tak disangka-sangka ramai juga yang meminati buah kuning telor dan kerap bertanyakan ada harvest atau tidak di Kebun Bahagia Bersama untuk repeat orders. 
 Pasar Online Canistel Kebun Bahagia Bersama masih tukang kebun hantar setiap minggu sekarang ikut giliran dan kuantiti tuaian yang dapat setiap minggu dari kebun. Harvest utama ialah buah canistel dan selingan yang lain itu tak dapat tukang kebun confirm on the spot sebab hasilnya berubah setiap minggu ikut giliran slot yang available. Yang berminat jika ikut giliran sekarang kebarangkalian penghantaran paling cepat ialah 14/21 Julai 2014. Info Pasar Online Canistel Kebun Bahagia Bersama (klik sini).
 Hari ini rezeki untuk basahkan tekak bila berbuka puasa ialah air kelapa gading. Kepada yang ingin mendapatkan stok kelapa tua untuk santan ada special promotion dalam bulan Ramadhan dari KBB RM10 untuk 25 biji kelapa tua (self-collect only) tanpa kulitnya dikupas ya.
 Syukur Alhamdulillah dari semalam, sehari 2 biji telur itik. Dah mula bertelur balik itik-itik telur di belakang. Kalau kumpul tiap-tiap hari minggu ini dapatlah buat lauk gulai telur itik untuk berbuka puasa minggu depan. Itik telur tukang kebun dah makin kurang, masa kemarau panjang banyak kena attack dengan predators di belakang kebun. Hajat nak dapatkan anak-anak itik yang baru belum sampai masa sesuai lagi sebab kesibukkan masa.

Selamat Berbuka Puasa dari Kebun Bahagia Bersama.



Sabtu, 28 Jun 2014

Silvia Bini No.2 dah balik

 Hari ini di kala hari terang, kami sibuk meneras di bahagian depan rumah barisan tembok sebelah kanan yang menghadap dapur rumah hinggalah hampir gate pertama. Pokok-pokok yang besar dan 'overgrown' dah kena pruning. Pokok-pokok besar seperti kuning telor, buloh kuning dan cempaka putih dearest husband yang kerjakan. Tukang kebun hard pruning pokok yang sederhana besar, bersihkan daun-daun pelepah dan cabut weed. Sambil-sambil itu dibajakan sekali. Pada sebelah pagi sempat tukang kebun alihkan pokok cempaka kuning di belakang pokok puding. Rayyan yang rambut makin panjang jadi model bunga cempaka putih. Tukang kebun kata tunggu nenek (big boss) balik potongkan rambut.
 Di sebelah pagi seronok juga buat kerja sambil cuci mata tengok blue star yang banyak bunganya kembang pada hari ini walaupun cuaca panas di sini masih giat hidup berbunga. Atuk Rayyan (Tuan Tanah) pula tolong potongkan rumput sambil kami suami isteri pangkas-pangkas pokok. Manakala anak-anak main basikal. Mula-mula hajat di hati nak kemaskan pergola yang sedang berbelit-belit itu (posting related klik sini). Disebabkan big boss nak balik minggu depan, maka kelam kabutlah kami hujung minggu ini bersihkan halaman rumah yang dia tak tahan sakit nan mata memandang. Lagipun pokok cempaka putih tu dah dipesan untuk pangkas dari tahun lepas. Tukang kebun ingat big boss balik pertengahan bulan Julai.
 Bunga orkid pink jenis mymercophila terjatuh dari pokok kuning telor, tukang kebun bahagikan dan ikat kepada pokok mickey mouse, kemuning dan kemboja. Tengahari tukang kebun terpaksa bergegas ke Shah Alam dengan dearest husband nak pick up bini no. 2 dia, si Silvia. Si Silvia ni dah 2 bulan duduk dalam bengkel dan dah lebih 5 tahun husband tak pakai dia. Sebab si Silvia ini jugalah, tukang kebun tak dapat pulang ke Sabah, budget pergi ke dia. Duduk jelah dulu tak boleh pakai pun sebab roadtax belum renew lagi. Sudah-sudahlah tu abang oiiii...nak kena keluar beli beras pulak ni.
 Balik dari beli barang dapur pula, cepat-cepat tukar uniform kebun sambung projek meneras lagi. Di sebelah petang, kami pindahkan pokok lemon oval grafted yang tukang kebun sediakan dan pokok susun kelapa berlapis di sebelah kawasan buloh kuning. Kemudian dearest husband pruning pokok mangga harum manis. Tukang kebun pula pruning pokok susun kelapa dan lain-lain. Ada banyak lagi pokok yang nak kena pruning lagi esok. Lepas tu yang dahan-dahan mangga dipotong tadi masih belum dikemaskan lagi sebab dah masuk waktu Maghrib. Puas hati tengok kawasan yang dah selesai dikemaskan.  Pokok mangga ini pun banyak yang menumpang atas dia. Dah terlampau bushy daunnya, jadi setahun sekali memang kami kena prune pokok ini supaya yang menumpang pun dapat cahaya. 
Begitulah aktiviti kami pada hari ini. Tangan masing-masing dah rasa kebas semacam. Tetapi esok kena sambung juga. Selamat menunaikan ibadat puasa.


Jumaat, 27 Jun 2014

KBB Top 5 NewComer 1st Half Year June 2014

 Cepatnya tahun 2014 berlalu, dah setengah tahun kita masuk dan  bulan Ramadhan pun dah hampir tiba. Bagi yang muslim Selamat Mengerjakan Ibadah Puasa. Posting hari ini, tukang kebun suka-suka buat analysis item apa yang panas-panas buat tukang kebun sibuk nak pastikan bekalannya dari Kebun Bahagia Bersama berterusan sepanjang tahun 2014 ini. Analysis yang tukang kebun buat untuk tumbuhan-tumbuhan yang Kebun Bahagia Bersama bekalkan secara "live plant" yang baru sahaja diperkenalkan dalam senarai KBB tahun 2014. Kiranya 5 Top Best Selling NewComer Year 2014 dari Kebun Bahagia Bersama. Sebelum itu, tukang kebun rasa bersyukur yang NewComer tersebut memang asalnya semua dari Kebun Bahagia Bersama bukan dari kebun lain dapat kami bekalkan secara terus kepada pesanan yang diterima. Terima kasih banyak-banyak di atas sokongan, bimbingan dan dorongan yang diterima kepada semua. 

1st Ranking: Serai Acheh (info klik di sini)
 Syukur Alhamdulillah herba yang kurang dikenali ini sekarang makin ramai sudah mengenalinya dan mula manfaat daripadanya. Pokok Serai Acheh ini bila dipangkas, kalau dah banyak rizomnya menjalar-jalar di bawah nanti naik pucuk baru. Pokoknya nampak lebih ornamental berbanding dengan pokok serai buat masak tu. Bunganya pun sangat comel-comel. Serai Acheh hampir setiap minggu pesanan diterima. Untuk Sabah/Sarawak, Kebun Bahagia Bersama boleh hantar secara moist bare-rooted plant. 

2nd Ranking: Jambu Mawar (info klik di sini)
 Jambu mawar ini jarang-jarang tukang kebun dapat nikmati buahnya sebab peminatnya begitu ramai. Tukang kebun merungut-rungut berebut dengan peminatnya tetapi bila difikirkan hasil kongsi rezeki dengan mereka, rezeki lain yang datang kepada tukang kebun. Pokok jambu mawar permintaan banyak, tukang kebun pun tak terkejar sebenarnya dengan permintaan-permintaan yang diterima. Kalau permintaan 1~2 pokok in steady pace boleh diuruskan. Tetapi kebiasaan permintaannya dalam kuantiti yang banyak. Kadang kala terpaksa tukang kebun keluarkan dari senarai KBB sebab banyak pesanan yang tertunda nak dilangsaikan dahulu. Ahem nursery-nursery yang tengah nak get ready untuk MAHA, kena beritahu awal-awal ya, tak sempat tukang kebun nak prepare anak-anak pokok saiz 1 kaki lebih untuk order ready stock MAHA ya kalau last minute.

3rd Ranking : Costus Green Mountain (info klik sini).
 Costus Green Mountain kadangkala tukang kebun terpaksa supply dalam bentuk rizom. Belum sempat yang baru tukang kebun sedia dalam bekas-bekas keluar pucuknya meninggi pesanan diterima. Bukan kudup bunga yang kembang untuk enjoy makan. Tapi yang masih belum mekar bunganya seperti yang ditunjukkan dengan anak panah di dalam gambar di atas. Rasanya sweet and sour kadangkala teringatkan daun asam gelugor. Tetapi ada rasa manis-manis. Elok makan segar, mix dalam salad atau sambal begitu sahaja lepas dicuci. Sebenarnya tukang kebun ada cuba campak dalam nasi goreng sekejap je dah jadi lembik layu. Bila masak cuma lembik layu cepat. Rasa cooking intensify flavor dia. Untuk Sabah/Sarawak pesanan Costus Green Mountain, KBB bekalkan dalam bentuk rizom.

4th Ranking : Pink Guava (info klik di sini).
 Tukang kebun ingin mengucapkan infinity terima kasih sudi menanam baka pink guava dari Kebun Bahagia Bersama. Baka pink guava ini pada kami banyak sentimental value. Manalah tahu kalau suatu hari nanti pupus dari KBB, bolehlah kami tracking balik mencari baka ini. 

5th Ranking : Setawar Putih (info klik sini)
 Sejak Setawar Putih membesar balik lepas dipangkas oleh Big Boss, tak putus-putus berbunga hingga sekarang. Penyeri ketika musim kemarau. Setawar putih elok dijadikan hijab tanam di luar pagar rumah di tepi longkang. Tukang kebun tengah kumpul flower bract yang warna merah tu bila dah kering nampak macam Acorn. Kalau dikilatkan nanti nampak menarik macam hiasan.

Soalan tukang kebun : Antara 5 newcomer ni, yang mana paling menjadi kegemaran?

Khamis, 26 Jun 2014

Berbelit-Belit di Pergola

 Selepas dah kemas-kemas di sekitar pokok Ri Ri Ying di depan dapur, tukang kebun ingat lepas ni bila ada masa nak kemas kawasan di sekitar pergola depan rumah pula. Ramadhan dah hampir, tak sedap pula beraya nanti dengan serabut pandangan mata di pergola yang banyak pokok-pokok bunga dan buah berbelit-belit dekat kawasan ini. Ini baru pandangan di sudut sini, belum lagi di sudut-sudut pergola yang lain. 
 Di sudut ini, yang sedang menjalar naik antara satu sama lain ada bauhinia kockiana, anggur, scarlett passion flower, passiflora edulis (markisa),  dan akar dani yang teringat dalam kepala. Pokok akar dani yang mula berbunga bulan ini adalah dari akar dani yang menjalar jauh dengan sendirinya ada tukang kebun tunjuk di posting dulu (klik sini). Akar dani yang dah curi territory kawasan pokok-pokok original di sini. Jadi tukang kebun akan potong akar dani terus dekat pangkal pokoknya yang tersembul di tanah tu (di bulatan yang ditunjukkan dalam gambar posting sebelum ini). Walaupun dipotong sampai begitu, tak hairan kalau dia muncul juga kembali nanti. Yang tumbuhan lain-lain itu akan dipangkas kasi nampak kemas. Cuma markisa tu sayang juga sebab ada bahagian yang masih ada buah di sebalik daun-daun yang pelbagai tuannya itu.
 Dalam stok ready tukang kebun bulan ini ada 2 pokok anggur hijau available. Siapa berminat boleh contact tukang kebun (kebunkmg@gmail.com), ada takut tak sempat boleh tinggalkan komen juga.

~ Anggur Hijau (dah fully reserved, nanti tukang kebun prepare lagi)~
1 pot RM10.00 .

Rabu, 25 Jun 2014

Water Poppy

 Disebabkan rindu nak tengok bunga poppy yang tumbuh begitu mudah di kebun lama dulu  terutamanya opium poppy yang cantik berwarna ungu itu, tukang kebun bela pula water poppy. Walaupun bukan dalam keluarga botani yang sama adalah iras-iras wajahnya. Tumbuhan water poppy bunganya berwarna kuning dan lebar bunganya dalam purata 2 inchi. Tumbuhan water poppy amat mudah tumbuh dalam cuaca di lembah Klang ini tanpa banyak penjagaan. Sejak anak pokoknya besar matang berbunga, tidak mengira musim, tidak putus-putus berbunga setiap hari sepanjang tahun. Seperti kebiasaan bagi tukang kebun, semenjak musim kemarau pada bulan June ini beralih semula kepada tumbuhan air. Nak kasi cool down main-main dengan air jelah. Tambahan pula water poppy ini tak menyusahkan tukang kebun, tak perlu siram asalkan ia selesa duduk dalam air yang bertakung.
 Water poppy kalau untuk yang baru berjinak-jinak dalam gardening atau 'novice' gardener memang tukang kebun recommend. Juga kepada mereka yang sibuk outstation pun sesuai, tak perlu nak fikir pokoknya kering kontang ditinggalkan kalau sebelum bertolak bekas water poppy dah dipenuhkan air. Kalau nampak kudup bunganya seperti gambar di atas, InsyaAllah esok atau lusa kembanglah dia. Water poppy kitaran fasa kembangnya mirip dengan teratai ikut rentak si matahari. Gambar bawah kudup bunganya di awal pagi 7~8 pagi on standby nak kembang.
 Dah nak dekat kembang penuh nak hampir pukul 9 pagi seperti gambar di bawah. Kalau tiada jam masa buat kerja di luar tengok besar kembangan bunganya boleh sudah agak pukul berapa. Nampak tak berdekatan bunga tersebut juga nampak timbul kudup-kudup bunga. Pemurah perangai tumbuhan water poppy tak putus-putus berbunga setiap hari.
 Kembang penuh bila jam dah pukul 9 lebih. Water poppy perlukan cahaya matahari untuk hidup subur. Separa matahari juga boleh hidup subur cuma pertumbuhannya tak sepantas seperti tempat yang lebih dapatkan cahaya matahari. Yang dalam gambar separuh bekas berteduh di bawah Night Blooming Jasmine.
 Pertumbuhan water poppy sangat cepat untuk yang sifat tak sabar-sabar menanti perkembangan pokoknya cepat matang memang sesuailah tanam water poppy. Dari satu bunga, cepat je dia bagi lebih dari 1 bunga. Tukang kebun cuma pakai tanah bakar dari tempat bakar green waste Kebun Bahagia Bersama campur dengan tahi kambing. Tak pernah letak baja sampai sekarang memadai sekali kala daun Night Blooming Jasmine yang gugur kemudian reput dalam air si tempat tumbuh water poppy tersebut. Semuanya tukang kebun serahkan kepada mother nature lepas ditanam. Untuk mengelakkan jentik-jentik, ikan guppy on patrol sepanjang masa hidup bersama air water poppy.
 Yang duduk di kawasan lembah Klang, ada dugaan juga nak fikir macam mana nak bagi ceria kebun untuk menyambut Raya Aidilfitri dengan cuaca bahang sekarang. Tukang kebun perhatikan tumbuhan air seperti water poppy ni masa musim kemarau menjadi-jadi musim bunganya. Bolehlah kasi rasa cooling effect sikit kawasan rumah masa musim panas kemarau ini. Tambahan pula water poppy tidak memakai banyak ruang dan tidak memerlukan bekas yang besar. Tumbuhan water poppy dikategorikan dalam susunan tumbuhan air adalah tumbuhan yang hidup di kawasan air yang cetek. Berbeza dengan lotus atau water lily boleh timbul di permukaan air pada kawasan yang lebih dalam berbanding dengan water poppy. Aras air water lily elok dalam sekitar 20 cm dah memadai apabila akar pokoknya ditanam di dalam tanah. Tanah tak perlu dalam sangat pun tidak mengapa sebab akarnya bukan panjang sangat, anggaran 15 cm dah cukup. InsyaAllah water poppy sekiranya ditanam pada bulan ini, bulan Syawal sudah ada bunga pertamanya yang kembang mekar dan disusuli dengan kembangan yang lain. Sekurang-kurangnya bila balik kampung tidak lah risau, nanti bila balik rumah water poppy berikan senyuman ceria.
 Populasi water poppy yang tukang kebun kongsikan gambar dalam posting kali ini pun bekasnya tak besar seperti gambar di bawah. Tahun lepas pada musim hujan disebabkan terlampau banyak air di dalam tanah, si Night Blooming Jasmine rebah ke tanah. Tukang kebun fikir-fikir nak kasi nampak natural support untuk si Night Blooming Jasmine tegak berdiri balik, tukang kebun rasa lebih baik letak pasu yang ada air jadi pemberat atau penyandar dekat depan Night Blooming Jasmine diisikan dengan water poppy dan ikan guppy. Begitulah kisahnya bermula tahun lepas dan rupa anak pokoknya yang belum memenuhi bekas tersebut. Yang bersama dengan Night Blooming Jasmine di situ pun dikerumuni dengan Peace Lily. Peace Lily tersebut bukannya duduk atas tanah, tapi tumbuh di atas tunggul kayu. 
 Beginilah suasana di sudut ini, kawasannya pun cuma 1 meter persegi. Tetapi terdapat pelbagai tumbuhan hidup bahagia bersama. Di keliling pasu water poppy pun sebenarnya ada beberapa bawang-bawang bunga sedang tido. Biasanya ini kawasan balsam multi-petal warna ungu tumbuh sendiri sekarang, memudahkan tukang kebun nak kumpul biji-biji benih elak kekeliruan dengan jenis-jenis yang lain. Sebenarnya packing bench tukang kebun untuk penghantaran berada di belakang sudut ini. Malam Ahad biasanya ditemani dengan keharuman Night Blooming Jasmine masa musim bunganya.

~ Water Poppy ~
1 bekas RM10.00 (kebunkmg@gmail.com) .

Isnin, 23 Jun 2014

Rayyan Passion Juice

 Bulan June 2014 ini rasa masa nak luangkan di kebun makin kurang. Seminggu sekali pun dah jadi agak sukar dengan banyak urusan dan activity lain. Tambahan pula dengan musim kemarau bulan ini, lagilah tenaga kurang sikit nak lama-lama mengemas kebun lebih lagi bila matahari dah menegak di kepala. Sedangkan hari tu kata nak kemas depan dapur (klik posting ini). Petang Sabtu lepas baru projek ini dapat diselesaikan. Maka Sakura Ri Ri Ying dah gondol sekarang lepas hard-pruning dah tak meriah bunganya macam gambar di atas sebelum dipangkas. Nasib baiklah Ipomoea Blue Star dah rajin berbunga hampir setiap hari melilit di pokok limau kasturi. 

 Kalau tak silap kira "Blue Star" ni generasi ketiga tumbuh di Kebun Bahagia Bersama dan jenis ini memang dah tukang kebun bagi serasi dengan musim kemarau. Cuma masalah utama kantung biji benihnya ada peminat yang suka makan dia. Peminatnya tukang kebun tak pasti siapa sebab selalu hilang tanpa kesan macam mulat besar je sekali ngap. Kali ini dibiarkan tumbuh melilit tinggi. Kalau serangga kecil dah tak mampu nak lompat naik tinggi. Tengok daun pun langsung tak diusik. Rupa "Blue Star"? (klik sini). Cuma yang dikhuatiri si lebah rajin nak keluar ziarah blue star ke tidak. Sebab habis dah Sweet Basil Large Italian Leaves tukang kebun cabut dan Ri Ri Ying dah gondol takut dia tak teruja nak terbang di kawasan ini. Kalau ada lebihan rezeki biji benihnya, InsyaAllah tukang kebun inform ya di posting lain.
 Hujung minggu lepas projek kekanda tukang kebun ialah varnish semula kerusi dan meja makan di bahagian dapur. Rupanya dah teruk sangat kesan tangan tukang kebun anak-anak asyik lap sini sana bila makan lama-lama dah macam berkulat perabot ni jadinya. Adui entah berapa banyak hutang tukang kebun dengan big boss dengan lasaknya anak-anak kerjakan barang dalam rumah big boss ni. Ingatkan nak gantilah perabot dining big boss ada husha husha dekat kedai perabot tetapi satu pun yang pasti tak dapat memenuhi selera big boss begitu juga tukang kebun. Kalau yang selera tengok pula overbudget. Kalau yang ada leather atau cushion tu minta maaflah tak de tukang kebun nak ambil buat kucing-kucing dekat rumah ni asah kuku je. Jadi Sabtu lepas, kekanda tukang kebun bonceng motor pergi hardware beli kertas pasir dan varnish teak wood. Tak sampai RM10 lebih belanja dan cuma tenaga sendiri inilah hasilnya. Lebih cantik dari di kedai.

 Kemungkinan bulan puasa ini projek lebih kepada nak polish up balik garden bench banyak di keliling rumah nampak ceria sikit untuk Raya. Lagipun dah lama tak kena varnish semula banyak macam dah kena makan semut atau anai-anai. Meja makan dapur tu pun dah berlubang di tepi semut buat sarang dan panggil anai-anai. Sementara boleh pakai, kami pakailah dulu. Ingat nak polish balik kerusi di keliling luar rumah, tak sedap mata dan hati tengok. Semuanya hasil titikpeluh kedua ibubapa, tak elok tukang kebun biarkan begitu sahaja. Dekat keliling kebun pun sebelah depan macam banyak benda nak kena cat untuk bagi ceria kebun.
 Antara rezeki tuaian hujung minggu lepas ialah buah markisa. Rayyan kalau nampak banyak berlonggok-longgok mesti diminta buat jus markisa. Suka sangat dia minum jus passion fruit. Kalau buat jus passionfruit tukang kebun rajin sikit sebab tak banyak kerja. Lagipun banyak vitamin semulajadi untuk anak-anak fresh from the garden.

 Cuci buah. Belah 2. Scoop isi buah markisa masuk dalam blendar/mixer. Letak gula (ikut selera berapa banyak). Letak air masak sikit (ikut selera kepekatan). Kemudian tekan button blender beberapa saat (5 seconds) sahaja sudah. Lepas tu airnya strain supaya bijinya tak tercampur dalam minuman jus. 

 Biji yang ditapis atau melekat dalam blendar jangan buang pula kalau pokoknya tiada di rumah lagi. Cepat-cepatlah tabur atas tanah. Biasanya tukang kebun sebelum buat jus, di depan pintu dapur dah ada sedia tempat semaian hahaha... Itulah tips yang tukang kebun kongsi untuk mudah buat biji benih markisa bercambah. Biji benih markisa ini tebal dan keras jadi bagi sesetengah gardener kata susah nak bercambah. Jadi bila biji benihnya dah terluka sedikit kena pisau tajam blendar jadi senang nak bercambah. Kalau orang putih kata ini proses 'Nicking the seeds' sebelum semai untuk biji benih yang keras. InsyaAllah dalam 1 buah markisa pun dah ada berpuluh-puluh biji benih mesti ada juga 1 ke 2 anak pokoknya pasti ada harapan. 

 Biji benih markisa tukang kebun tak bekalkan sebab utama tiada masa nak kemas biji-biji benihnya bagi priority kat tumbuhan lain. Buahnya kalau terlebih-lebih kekadang tukang kebun offer dekat Pasar Online. Untuk markisa tukang kebun lebih utamakan dalam bekalkan dalam bentuk anak pokok. Stock anak pokok markisa at the moment bulan ini tinggal limited stock.

~ Pokok markisa ~
1 pot for RM8.00 .

Jumaat, 20 Jun 2014

Melong atau Bakung

 Akhirnya tukang kebun bertemu dengannya kembali di tempat yang tak diduga. Yang membuatkan hati bahagia juga dapat menyaksikan bagaimana rupa bunga ini kembang. Kali pertama diri ini mengenalinya adalah di Langkawi pada awal tahun ini (klik sini). Dikenali dengan 2 nama, "Melong" atau "Bakung". Nama yang lain ialah Bawang Tembaga ataupun Tembaga Suasa. Bagaimana pula dengan anda panggil tumbuhan ini apa?
 Pokok melong ini tangkai bunganya lebih tinggi dari tukang kebun. Tak disangka-sangka di depan perpustakaan Raja Tun Uda di Seksyan 13,Shah Alam banyak ditanam tumbuhan jenis ini. Secara rambang tukang kebun tengok ada lebih 50 pokok crinum menghiasi sepanjang jalan menghadap depan perpustakaan tersebut. Eye-candy tukang kebun sementara tunggu waktu buka operasi perpustakaan bermula 9:30 pagi. Kadang kala tukang kebun KBB hendap tukang kebun perpustakaan ini di awal pagi membersih dan menjaga kawasan taman di sekitar perpustakaan ini. Manalah tahu dapat belajar apa-apa dari observation yang tukang kebun dapat buat. Kesian pakcik tu entah sedar atau tak sedar, tapi nampak orangnya baik dia jaga pemandangan matanya dan tengok dari hasil cantasannya memang kemas serta tidak kasar. Boleh baca yang tukang kebun perpustakaan di situ memang sukakan gardening bukan sekadar mencari rezeki sahaja.
 Tukang kebun juga nak ambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Eira dan keluarganya di Pahang yang menghubungi dan bersusah payah menghantar anak-anak bawang bakung untuk Kebun Bahagia Bersama. Eira kata yang di kampungnya berwarna pink berjalur merah. Sama tak dengan yang ini Eira? Kalau ada lagi, tukang kebun nak lagi ya. Begitu juga jika ada gardeners lain yang buat projek pembersihan dan ada lebih-lebih bawang bunga melong/bakung bolehlah hubungi tukang kebun (kebunkmg@gmail.com). 
 Salah satu bakung yang menghiasi di depan Perpustakaan Raja Tun Uda di Shah Alam juga adalah jenis bakung berwarna putih (Crinum asiaticum). Kadangkala di negara barat dipanggil Giant Crinum. Pokok bawang bunga bakung mempunyai nilai dalam perubatan tradisional. Sekarang ni susah nak jumpa atau tahu lokasi yang ada jadi orang tercari-cari bayangnya untuk buat ubat. Diharap perkongsian ini dapat memberi manafaat dan kalau yang memerlukannya bolehlah tanya tukang kebun perpustakaan sana (Elok sebelah awal pagi). Gardeners yang teringin tengok rupa paras si melong yang duduk berdekatan area Shah Alam bolehlah pergi tengok sekeluarga. Banyak juga aktivity seronok dapat meluangkan masa bersama keluarga di perpustakaan pada hujung minggu. Ada cafe tutti-fruitti juga di sana boleh lihat lotus pink mekar di tasik belakang perpusatakan.
 Semasa cuti sekolah baru-baru ini, pertama kali tukang kebun bawa Ilhan ke perpustakaan ini dan terdapat pelbagai aktivity yang dikendalikan oleh kakitangan perpustakaan untuk kanak-kanak. Kebetulan hari pertama Ilhan dibawa ke sini ada pertandingan mewarna. Tukang kebun pun blur bila nak ambilnya untuk makan lunch kenapa pula dia berbaris di depan ini. Baru selesai pertandingan mewarna rupanya. Semua kanak-kanak digalakkan serta dan ada sediakan pensil warna. Walaupun tak menang, dapatlah juga buku nota dan petanda buku untuk peserta. Yang duduk baris depan, pemenang-pemenang dari no. 1 hingga no.10. Bila tengok gambar baru perasan yang no. 10 sahaja kanak-kanak lelaki dan yang no.1~9 kanak-kanak perempuan.

Khamis, 19 Jun 2014

Sejukkan Saujana Utama

 Berbeza betul dengan rumah yang dipenuhi tumbuhan-tumbuhan di kelilingnya berbanding dengan rumah yang duduk di kawasan lapang. Yang bertemankan tumbuhan-tumbuhan nampak nyaman sekali berbanding yang bertemankan simen, tiles atau padang rumput yang kosong. Di kawasan taman perumahan begitu juga, boleh nampak bezanya rumah yang sarat dengan tumbuh-tumbuhan dengan yang bersebelahan kosong tanpa bertemankan tumbuhan. Mama Papa tukang kebun yang duduk di kawasan perumahan juga selalu melarikan diri pada hujung minggu ke rumah kayu mereka duduk di kelilingi tumbuh-tumbuhan (mana?klik sini). Bila pula giliran tukang kebun nak merealisasikan impian. Sebelum bina rumah, nak kena rajin-rajinkan diri tanam pokok-pokok dulu kut hehehe.... 
 Ramai gardeners yang dah awal-awal katanya sebelum masuk rumah baru, depa dah mula menanam pokok-pokok bercerita dekat tukang kebun. Bagus ikut jejak mereka ini. Tambahan pula tumbuhan ini boleh membantu menutup aurat penghuni rumah atau tudungkan rumah. Secara tidak langsung menyejukkan lagi persekitaran kawasan kita. Kalau takut tumbuhan di rumah baru tidak tersiram, pindahkan masa permulaan musim hujan, jadi bila dah beberapa bulan mereka akan boleh gagahkan diri untuk hidup tanpa siraman bila datangnya musim kemarau. Tukang kebun pun sekarang ni tengah bersabar tunggu beberapa pokok buah-buahan nak dipindahkan dekat belakang sana yang memang akan cuma terima rezeki air hujan sahaja. Tukang kebun tengah target bulan September/October ni nak pindahkan. Tengok cuaca dulu tahun ini bagaimana. Cuma ikut naluri instinct novice tukang kebun ini. 

Itulah cara tukang kebun pemalas ni bekerja. Bak kata orang dulu study hard, sekarang ni study smart. Berkebun ni pun sebenarnya bukan hard work, if you garden according with your nature surrounding, InsyaAllah tak rugi berbudi dengan tanah. Tukang kebun sendiri pun ada timetable dia buat ikut mood mother nature sepanjang tahun dalam Kebun Bahagia Bersama. Itulah rugi rasanya tak dapat belajar dengan petani dulu-dulu, mereka lebih peka dengan perubahan musim sepanjang tahun di kawasan tempatan mereka. Zaman masa penanaman padi secara tradisional, mereka ada musim menyemai dan menuai yang hampir sama tiap tahun. Semasa musim menyemai padi adalah juga musim sesuai untuk menyemai pelbagai tumbuhan seperti jagung, tembikai dan lain-lain.

 Tengah seronok syok sendiri main-main bunga sakura ri ri ying buat berguguran di atas tanah. Konon-kononya seronoknya bunga sakura berguguran di keliling rumah. Teringatkan lagu popular "sakura' yang biasa dinyanyikan di Jepun pada musim HANAMI.
 Memandangkan ada beberapa permintaan secara kebetulan dari gardeners kawasan Saujana Utama minggu ini. Tukang kebun mengalah minggu ini buat half-delivery ke Saujana Utama. Yang ingin self-collect (minimum purchase RM25), hari Sabtu minggu ini tukang kebun cuba pukul 9 malam. Siang tak dapat, running in circles dengan program-program tukang kebun Ilhan. Kalau sebelah siang di the Store, Sungai Buloh from 5:30~6:30PM. Further details email tukang kebun ya (kebunkmg@gmail.com) .

Rabu, 18 Jun 2014

Pasar Canistel Online Kebun Bahagia Bersama

  Bulan June dan Julai nampaknya musim buah canistel di Kebun Bahagia Bersama berterusan bila menjenguk pokok-pokok yang berbuah. Pesanan-pesanan Pasar Online Kebun Bahagia Bersama yang diterima minggu lepas, tukang kebun dah selamat pos semalam. InsyaAllah hari ni sampai. Pilih yang paling lembut buahnya dirasai bila dipicit untuk enjoy dulu. Kalau buahnya ada bau semerbak, buahnya dah ranum. Kadangkala macam ciku bila diambil peram seketika. Yang paling tukang kebun suka bila buahnya betul-betul masak kulitnya merekah sendiri. Biasanya kalau dekat kebun, bila nampak yang kulitnya merekah memang paling nikmat makan terus di situ. Jenis baka canistel dalam Kebun Bahagia Bersama memang mirip macam buah mangga tapi rasanya amat berbeza.
 Mari kita tengok rupa isi buah canistel. Rezeki siapalah agaknya buah canistel ini dimakan di atas pokok siap masih bergantungan lagi dengan ranting buahnya. Berbeza dengan buah mangga di mana ianya berair, buah canistal isinya adalah ke arah kekeringan. Disebabkan itu buahnya jarang sekali dikacau oleh lalat buah. Rasa buah canistel macam ubi kayu rebus berperisakan pisang. Sedap jika dibuat smoothie campur susu. Kadangkala kalau isi yang dah sangat lembut dimakan rasa macam ice cream pun ada. Ini adalah buah kegemaran Aunty Janet sekeluarga tukang kebun. Kalau tuan tanah balik biasanya, tukang kebun kirim buah ini untuk dibawa balik ke Sabah for Aunty Janet.

 Memandangkan semalam masa tukang kebun panjat tangga mencari buah canistel yang dah kuning untuk dihantar kepada tuan masing-masing kelihatan masih banyak buah yang dah kuning bergayutan. Maka tukang kebun buka Pasar Online Kebun Bahagia Bersama untuk penghantaran pada isnin depan. Ramadhan dah nak tiba manalah tahu ada sesiapa nak cuba buat resepi baru. Yang terlintas dalam kepala tukang kebun, ada kemungkinan sesuai nak buat kuih talam canistel. Siapa pandai buat crepe mungkin boleh juga. Tengok gambar bawah ini, antara dahan yang dah melengkok ke bawah sebab menampung berat buah-buah canistel yang banyak. Pokok canistel bila dah well-established keperluan airnya tak banyak. Masih ada stok anak-anak pokok canistel jika berminat (RM15.00).
~ Pasar Canistel Online Kebun Bahagia Bersama (shipment 23rd June 2014) ~

Pasar Online Canistel (RM7) + Kos penghantaran Prepaid Box Small Size Pos Laju <2kilogram (RM13) = Jumlah RM20 .

Untuk jimat kos penghantaran boleh dihantar bersama-sama pesanan biji-biji benih (tiada penambahan kos penghantaran).

InsyaAllah akan diselitkan juga buah-buah limau kasturi dan daun-daun serai Acheh untuk penghantaran 23rd June 2014.

Pesanan ditutup pada pukul 9 pagi Ahad (22nd June 2014).

Selasa, 17 Jun 2014

Benih Balung Ayam

~ Balung Ayam (Cockscomb)<Celosia cristata>~
Anggaran 30 biji benih dalam 1 pek berharga RM3.00 .

 Memandangkan panas ni macam rasa nak heatstroke, tukang kebun pun senyap-senyap malas nak berkata-kata.

  Yang berminat nak buat self-collect pada minggu ini, ada 2 hari boleh di depan bangunan The Store, Sungai Buloh.

(1) Hari Khamis di antara pukul 8:30PM~9:30PM.
(2) Hari Sabtu di antara pukul 5:30PM~6:30PM.

Isnin, 16 Jun 2014

Biji Benih Petunia Campur-Campur (Non-Hybrid/Not F1)

 Bulan ini memang rasa penangan fenomena El-Nino. Teringatkan sehari sebelum kenduri kahwin kakak kawan perempuan tukang kebun Ilhan sekelas hujan turun sangat lebat hampir 2 minggu lalu. Begitu lebat sehingga pokok besar canistel menghadap dapur boleh terbaring sebab dalam tanah terdapat banyak air. Manakala kawasan kolam di belakang air sampai penuh tinggi begitu juga dengan kolam ikan koi di depan rumah melimpah penuh. Teringat juga betapa rancaknya choir si katak selama 2 hari di kawasan kolam tersebut. Dari hari hujan lebat tersebut hingga kini pula tiada setitik air hujan turun dan cuaca begitu panas. Begitulah perangai El-Nino, takut hujan akan datang juga menjadi hujan yang datang sekali banyak air hujannya boleh mengakibatkan banjir kilat.
 Untuk kalendar cuaca di kawasan Kebun Bahagia Bersama, bulan June memang bulan yang paling panas. Tahun lepas pun seakan sama. Tahun lepas pula masalah jerebu yang melanda. Biasanya bulan June nak kena rajinkan diri menyiram. Cuaca begini lebih kepada projek kemas-kemas semak di sana sini. Biji benih petunia elok semai masa hujan kerap bertandang. Kalau tiada hujan dan panas, sifat bersabar paling bagus. Biji benih petunia walaupun halus dia tahan lama jadi tak perlu risau. Stok adalah terhad jadi siapa cepat dia dapatlah dulu.