Alpine strawberry adalah juga dikenali sebagai wild strawberry. Saiznya amat kecil kalau berbanding dengan strawberry yang biasa dijual di pasaraya. Tetapi cili-cili padi pun saiznya, rasanya sangat manis berbanding dengan strawberry yang bersaiz besar. Tukang kebun selalu perhatikan masa tukang kebun kecil Ilhan dan Rayyan masa mereka masih toddler mereka lebih gemar makan alpine strawberry berbanding dengan jenis-jenis strawberry saiz lebih besar lain yang ada di kebun kami ini. Seronok tengok perkembangan anak-anak ini, semasa mereka masih kecil tidak menilai sesuatu dengan pandangan mata bentuk saiz atau rupa, mereka nilaikan dengan deria rasa mereka. Masa ni paling best mereka jadi taste tester dulu sebab jawapan spontan mereka.
Sejak empat tahun lalu kami tanam Alpine Strawberry dari biji benih, pokok-pokok generasi pertama kebun kami dah beratus-ratus anak pokok diberikan dari kami tumbuh dengan sendirinya. Tugas tukang kebun cuma alihkan anak-anak pokok dan makan saja buahnya. Pokok-pokok Alpine Strawberry di kebun kami kerap berbuah boleh dikatakan setiap bulan merasa buahnya. Gambar di atas pokok Strawberry Alpine yang sedang berbuah di kebun kami sekarang tumbuh di tepi driveway kereta atas tanah clay.
Pokok strawberry sesuai juga tanam bersama-sama tumbuhan dari keluarga allium (bawang). Gambar di atas barisan pokok strawberry bersebelahan dengan pokok herba chives dan garlic di belakangnya. Di belakang garlic pula barisan beetroot. Tahun lepas banyak pokok strawberry saya ingat dah arwah disebabkan heat wave yang datang banyak kali. Tapi bila heat wave tak datang lagi, pokok yang diingati arwah sudah tiada daun terbakar sebab heat wave, naik balik anak-anak daun dari 'crown' strawberry yang tinggal. Sangat kuat pokok Alpine Strawberry rupanya.
Kawasan ini banyak juga Alpine Strawberry tumbuh sendiri dari biji-biji yang terjatuh sendiri.
Pokok Alpine Strawberry yang sedang berbuah sekarang selesa tumbuh bersebelahan pokok serai Wah rupanya serai good companion dengan Alpine Strawberry.
Ini pula pokok-pokok Alpine Strawberry dalam pasu tepi kolam yang tumbuh di kebun Sungai Buloh baka yang dibawa dari kebun Sungai Buloh sejak 3 tahun lalu. Dah banyak beranak-pinak pun pokok-pokok Alpine Strawberry di Sungai Buloh juga dipindah-pindahkan ke tempat lain dan ada juga telah diberikan kepada ibu mertua yang duduk di Terengganu. Pasu di hujung sana pun penuh dengan pokok-pokok Alpine Strawberry.
Bulan Disember akan datang ini tukang kebun ada buat tawaran biji benih Alpine Strawberry yang segar baru mula dituai bulan Oktober ini. Bilangan biji benih yang ditawarkan kali ini sangat terhad sebab kebetulan sekarang tiada tukang-tukang kebun kecil yang nak makan buah strawberry yang sedang lebat berbuah di kebun Adelaide sebab mereka di Malaysia sekarang. Tukang kebun pula sibuk kadang-kadang lupa nak pergi jenguk strawberry bila tengok minggu ni banyak yang dah kering boleh buat benih dah. Jadi tukang kebun ambil kesempatan simpan benih-benih Alpine strawberry.
Dekat kebun Sungai Buloh tak mungkin sempat nak buat benih pun, buahnya banyak peminatnya tak cukup. Tukang kebun Dany pun dah beri hint banyak kali dekat tukang kebun Diana yang berry kat rumah tak cukup untuk supply pet sugar glidernya. Jadi projek bila balik ni pun nak kena tambah-tambah banyak pokok-pokok jenis berry dekat kebun Sungai Buloh untuk tukang-tukang kebun kecil dan pet.
Bilangan offer biji benih Alpine Strawberry pun tukang kebun tak pasti ada berapa pek dapat sebab tengah sambil-sambil menuai dah banyak buah dah masuk perut Tukang kebun. Tukang kebun lagi motivate nak makan buah strawberry dari tuai benih hehehe....
Untuk gardener yang berminat nak cuba tanam Alpine Strawberry and nak booking please write in the comment box please. Pada siapa yang tiada blog pun boleh leave booking in the comment box as well by leaving your name and gardener yang belum pernah in contact dengan tukang kebun don't forget to leave your email. Untuk pre-order benih Alpine Strawberry kali ini, tukang kebun terpaksa terima booking by leaving comment sahaja dan bukan melalui email <sorry> sebab I might forget. Senang juga nak tahu siapa yang book in first.
~Pre-Order Fresh Organic Open-Pollinated Alpine Strawberry Seeds~
50seeds per-pack (RM3.00).
Note: Mungkin elok buat pre-chilling treatment biji benih (about a month) sebelum semai dapat membantu percambahan yang baik (break seeds dormancy). Biji Benih disemai bukan pada musim panas dan kemarau. Masa percambahan biji benih random 7hari ~ 6 minggu. Biji benih elakkan timbus dalam (light sowing). Perlukan bantuan cahaya untuk bercambah.
202 ulasan:
«Lebih lama ‹Lebih lama 201 – 202 daripada 202Pm saya, 0122676835 reuben. Tq
boleh whatapp sya... sya nak 2 pek benih strawberry.. 0122676835...thanks
Catat Ulasan