No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Rabu, 18 April 2018

Kakunodate Kaimono

 Antara tempat-tempat persinggahan semasa di pekan Kakunodate, Akita (related posting klik sini) ialah mencuci mata dekat kedai-kedai yang membekalkan sumber dan perkhidmatan untuk penduduk tempatan sini. Syukur Alhamdulillah dah hari ketujuh di bumi Jepun ini berkesempatan akhirnya masuk ke kedai nursery Jepun. Kebetulan lalu nampak nursery terus terbuka mood nak shopping. Apalagi langkah kanan lah masuk.  
 Dearest Suami pun dah agak ni isteri mesti lama ni kalau singgah nursery belek-belek. Jadi diminta izin dahulu ke kedai jam yang dilaluinya selang beberapa kedai dengan nursery ini untuk baiki jam tangan. Tetapi katanya kedai buka tapi dipanggil banyak kali tiada siapa pula yang datang ke depan kedai. Biasalah kedai kawasan kampung tidak risau dengan security. Kebiasaannya pokok hiasan popular di kawasan sejuk ialah ornamental kale ni yang nampak macam kubis ini. Sayur jenis kale atau cabbage ni memang banyak jenis.  Tersenyum tengok jenis kale yang batang dan urat ungu daun curl tu ditanam dengan ornamental kale. Ada Tukang Kebun tanam dulu tapi suami jadi allergic gatal-gatal badan jadinya lepas dijadikan lauk.
 Jika di cuaca pekan Kakunodate sekarang adalah musim untuk menanam bawang-bawang bunga tulip, lilium dan lain-lain. Sebiji bawang tulip yang jenis biasa-biasa yang dalam bekas di atas pun dah dalam RM15 kita, memandangkan duit Ringgit Malaysia adalah rendah ketika itu. Bawang-bawang bunga kali ini, Tukang Kebun tak belilah. Tetapi adalah Tukang Kebun risik-risik Tuan Kedai nursery ada tak benih-benih lepas musim panas punya yang tak terjual. Sebab sekarang ni di kedai nursery akan hanya susun benih-benih yang sesuai dengan musim sejuk pada ketika itu. Syukur Alhamdulillah akhirnya ada juga stok berlebihan musim panas tahun lepas untuk Tukang Kebun pajak. Juga ada dah yang habis kami jual juga dari stok kedai sini. Sebagai contoh, biji benih seri pagi pun beberapa pek kami borong dari Tuan Kedai ini. 
 Ada juga Tukang Kebun sempat beli cover tangan untuk souvenir big boss buat kerja di kebunnya. Rancak jugalah berborak dengan Tuan Kedai sambil panaskan badan. Anak-anak pula tanpa segan silu main black board tulis dengan kapur dekat dalam kedai ni. Ada juga jualan indoor ornamental plant untuk musim sejuk ni yang tak tahan sejuk seperti gerbera dan bromeliads. Tumbuhan yang tak tahan salji disusun dalam kedai.
 Tukang Kebun perhatikan orang Jepun suka betul buat cili pelangi ni sebagai hiasan di rumah mereka. Yang teringin nak tanam cili pelangi ini ada stok biji benihnya dari Jepun.

~ 1 original Japan packaging ornamental rainbow chilli RM6.00 (1ml isipadu kandungan benih) ~
 Pokok bunga ini juga popular sebagai hiasan musim Christmas di Jepun. Tengok pokok ini teringat dekat Julie M tuan tanah My Wonderful Timez yang suka pokok ini. Lama tak dengar khabar Julie, moga sihat sekeluarga.
Dalam perjalanan balik ke stesen keretapi Kakunodate sempat jugalah singgah kedai sayur dan buah-buahan. Di sini sempat jugalah beli buah epal yang pelbagai jenis. Jenis buah epal kalau belah Tohoku ni saiznya lebih besar dari masa zaman kami merantau di Adelaide, Australia Selatan. Jenis-jenis epal yang ditanam pun berbeza, rasanya lebih manis. Dulu kalau di Adelaide, Tukang Kebun masa mengandung si Rayyan dan Abby suka yang jenis epal pink lady sebab rasanya crispy dan masam-masam sikit. Jika epal yang warna hijau dan kekuningan besar di kawasan Akita ni bukan macam Granny Smith yang masam-masam tu. Rasanya lebih manis dan isinya lembut lagi. Kami beli yang satu pek ada empat jenis epal tempatan di Akita yang 270 Japanee Yen tu, salah satunya 'Akita Gold". "Akita Gold" share makan sebiji pun , dua orang boleh kenyang. Ada juga beli 1 pek buah limau mandarin.
  Berkesempatan juga di sini Tukang Kebun dapat belikan Big Boss ubi keledek Jepun dan baby potato McCain dari Hokkaido. Review Big Boss ubi keledek yang kami bawa balik sedap manis sekejap je habis. Musim luruh punya ubi keledek memang masih segar-segar lagi dituai, yang kami makan di tempat penginapan pun manis-manis. Patut Tukang Kebun belikan lagi untuk Big Boss.
 Ternampak pula kedai retro lama jual seluar panjang corak Jepun, singgah sekejap beli sepasang memandangkan tak bawa sekali seluar tidur atau rumah. Lepas melawat Kakunodate dah tak duduk hotel, sewa apartment je di Tokyo melalui AirBnB. Atuk tua jaga sorang-sorang di kedai ni. Nampak kawasan Kakunodate ni ramai kedai berusaha untuk fasihkan diri mereka dengan berfasih Bahasa Inggeris. Nampak usaha mereka untuk memudahkan pelancong-pelancong asing lebih ramai melawat ke Kakunodate ni.
 Ingatkan nak belilah juga pelbagai jenis mee di sini tapi yang pegang duit dah jauh ke hadapan. Bila dipanggil dah buat tak tau katanya nanti tak sempat nak melawat ke jalan warisan rumah-rumah Samurai tu. Dah bagi hint allocation budget spending untuk hari ketujuh dah almost limitlah tu hehehe....lagipun hari semalamnya dah beli pelbagai jenis mee juga masa melawat di Hiraizumi . Ada rasa menyesal jugalah tak beli, sebab bila dah cuba pelbagai jenis mee soba, rasa seronok pulalah sebab daerah lain-lain rasanya berbeza. Yang offer di atas adalah jenis mee udon. Dulu masa merantau di Jepun teringin nak makan laksa, biasanya kami gunakan mee udon ni.

Selasa, 17 April 2018

Seri Mengasih Spectacular Heroes Run 2018

 Buat pertama kalinya si Rayyan dan si Abby cuba fun run dengan menyertai Seri Mengasih Spectacular Heroes Run 2018 yang bermula di Maktab Nasional, Taman Kingfisher Kota Kinabalu pada 8hb April 2018. Rayyan dan Abby sertai 3km fun run dengan ditemani oleh Papa. Manakala, Ilhan sertai marathon 10km sorang-sorang lari. Tukang Kebun jadi Tukang Sorak dan jurugambar sahaja kali ni hehehe...
 Yang kelakarnya kami sampai terlewat sedikit, sebab acara bermula pada pukul 6 pagi. Tetapi sudah terbangun pukul 4 pagi siap Tukang Kebun dah masukkan jagung pulut dalam steamer naik balik guling atas katil ingat nak lipat-lipat baju sambil-sambil terus terlelap. Itupun nasib baik kami dapat kertas boleh parking masuk dalam lebih dekat sebab ada ramai anak-anak sertai. Rumah Big Boss ke Maktab Nasional ni pun bukan jauh tak sampai 3km pun banding dengan fun run yang jaraknya 3km.
 Peserta yang berlari 10km berkumpul dan berlepas dahulu. Masa Ilhan bergegas ke tempat start sambil makan jagung , dah mula lari peserta 10km. Rasanya peserta yang di hadapan ada dah sampai nak dekat 1 km berlari dah tu masa Ilhan mula. Ramai juga peserta-peserta larian 10km yang mula lambat seperti Ilhan. Sambil tunggu pelari 10km semua dah lepas dari larian sama kongsi dengan 3km barulah acara fun run 3 km pula bermula. Sempatlah ambil gambar selfie dengan peserta fun run superhero spiderman.
 Semuanya sporting belaka. Meriah tidak kira usia semuanya berikan sokongan padu untuk charity fun run ini. Anak-anak yang kurang upaya juga ditemani penjaga, ada yang berlari dengan anak bersama stroller atau mendukung anak-anak. Abby memang dah dipesan banyak kali jangan minta dukung dengan papa, lain kali mama tak kasi masuk fun run lagi. Papa tukang bawa air sahaja.
 Yang menyertai fun run 3km, tshirt tahun 2018 ini berwarna ungu. Manakala yang marathon 10km berwarna hijau muda. Syukur Alhamdulillah tahun 2018 ini kami berpeluang menyertai charity fun run ini, tahun lepas terlepas. Lagipun nak ke sini jalan kaki dari rumah Big Boss pun dekat. Boleh juga pakai costume super heroes untuk berlari fun run ini.
 Cepat jugalah sampai team Papa, Abby dan Rayyan ni dalam setengah jam. Merah-merah pipi Abby. Pandai pula Abby ni bagi komen, ramai kata Abby comel mama mungkin sebab pipi Abby merah berlari kut hahaha....Ada jugalah transformers menunggu peserta-peserta yang sampai awal dahulu. Laju jugalah spiderman sampai di penamat.
 Akhirnya sampai jugalah team papa, Abby dan Rayyan dalam setengah jam. Cuma Mama agak risau dengan abang Ilhan sahaja sebab Ilhan baru hari sebelumnya tamatkan BADI Ultra Trail Challenge 12 km (related posting klik sini). Kiranya masa lari fun run ini, Ilhan lari back to back. Berderet hari lari. Mula-mulanya memang ingatkan Ilhan tak sertai yang ultra trail sebab tak cukup umur, jadi Tukang Kebun masukkan Ilhan dalam 10km larian. Tukang Kebun memang tak masuk fun run ni sebab takut kaki lenguh sebab Sabtu dah buat Ultra trail marathon. 
 Berdebar-debar jugalah menunggu bila Ilhan nak sampai ni ke penamat. Bila tanya masih larat ke Ilhan nak lari 10km marathon lagi. Ilhan kata dia tak rasa lenguh kaki.Sudah dipesan jangan paksa sangat kalau tak larat berhenti jalan sahaja tak perlu lari. Akhirnya sampai juga dalam 1 jam setengah. Kalau bukan sebab back-to-back mungkin dalam sejam dah sampai. Katanya ada tempat dia berhenti berjalan sebab kaki sakit. Kasut larian pun silap tak bersesuaian pakai yang Ilhan punya sebab yang dipakai untuk ultra-trail jadi tapak tebal dan tak sekata. Patutnya pinjam kasut Tukang Kebun sahaja sebab kaki dah sama saiz dah kami ni. Gara-gara terbangun lambat, kelam-kabut keluar rumah.
 Syukur Alhamdulillah kuat juga kaki Ilhan ni dapat lari back-to-back. Mama pun tak lari back-to-back rehat kaki je tunggu di penamat. Tapi kali ini kakinya tak lenguh semacam masa pertama kali sertai Ultra-Trail. Nak kena maintain juga ni sekurangnya join run sebulan sekali tahun ni konon-kononnya untuk tahun 2018 ini.
 Syukur Alhamdulillah Rayyan pun boleh sahaja lari jarak 3km pun tanpa masalah kesihatan. Lain kali Rayyan kata dia nak cuba lari 4km pula, tambah jarak 1km. Papa Rayyan pun kata dia perhatikan Rayyan tiada masalah lari fun run 3km. Walaupun Rayyan dari dalam perut Mama lagi sudah detect ada masalah congenital heart defects yang diberikan nama 'Tetralogy of Fallot'. Sudah 3 kali menjalani pembedahan jantung. Bila dah besar lagi, kemungkinan perlu pembedahan lagi sekali.
 Event Seri Mengasih Spectacular Heroes Run 2018 mendapat banyak sokongan dan tajaan. Minuman air untuk peserta-peserta juga ditaja oleh 4 syarikat ada Indocafe, Vico, Revita dan McDonald. Meriah acara Seri Mengasih Spectacular Heroes Run ini ada acara senaman aerobik dan hadiah cabutan bertuah juga. Untuk anak-anak ada banyak peluang ambil gambar dengan super heroes. Ramai juga yang pakai baju macam cosplay juga. Yang duduk di Sabah tak sempat sertai tahun ini, boleh juga sertai tahun depan. Sebab ini adalah acara tahunan Seri Mengasih untuk kumpulkan sumbangan bagi pelbagai persatuan dan meneruskan perjalanan mereka untuk kanak-kanak istimewa seperti autism. 
 Yang lari 10km dari team kami pun dulu diagnosed mild autism juga tu spectrum language disorder. Syukur Alhamdulillah dengan sokongan dan bantuan dari persatuan seperti ini, Ilhan have overcome many hurdles. Walaupun sekarang language which is not apart of his brain dictionary masih sukar dia nak faham, tapi dia cuba tanya dan fahamkan. Once you explain the meaning akan dia ingat tu. Once dia dapat kalau translate bahasa apa-apa pun cepat dia ingat. Sebagai contoh: kalau Ilhan belajar Bahasa Arab cepat dia ingat kalau dia faham apa dalam Bahasa Malaysia maksud dia. Biasanya kalau subjek Bahasa Arab tu jarang-jarang bawah dari markah 90, kerap kali 100. Baru-baru ini ujian Bahasa Arab Ilhan dapat 94, kemudian adiknya Rayyan pula 100. Jadi saja Tukang Kebun uji, kenapa Ilhan punya Bahasa Arab corot dari Rayyan. Tak puas hati bunyinya katanya sebab soalan yang tak boleh dijawab, yang belum lagi diajar (jenis belajar dalam kelas je ni, tak self-study di rumah). Ada dulu pun sekali bila dia tak dapat full marks, sama juga katanya sebab yang tu tak dibelajar lagi. In this case, Tukang Kebun percayalah sebab daya hafalan dia memang tinggi. Cuma he still struggle dengan perkataan-perkataan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris yang tak pernah dia jumpa. Lain dari Rayyan yang tiada masalah dengan language, kekadang cute juga tengok bila Ilhan tanya Tukang Kebun sambil pandu kereta apa maksud perkataan yang dia baru dengar ini di sekolah, adiknya Si Rayyan yang kekadang jadi tukang explain maksudnya.
Abby dan Rayyan seronok pertama kali dapat medal berlari.

Bulan April ini seperti musim bunga pokok hippeastrum salmon di atas kan di bumi Malaysia ini. Kebun Bahagia Bersama buat promosi special untuk bulan April 2018 ini sahaja : 1 bawang hippeastrum salmon RM5.00  atau 3 bawang hippeastrum salmon RM10.00 .
 Lepas kembali ke rumah sambil sarapan terdengar pula Big Boss punya anjing tak berhenti-henti menyalak. Petanda ada yang nak mencuri hasil tanaman Big Boss. Sebab hujung minggu selalu Big Boss punya tanaman kena ambil macam pisang dan jantung pisang. Kebetulan ada tandan pisang nangka dah sarat buahnya, dearest husband keluar terus pergi tuai tandan pisang. Kemudian kami petik-petik buah limau purut yang besar sambil mengemas di kawasan kebun itu.

~ 1 sulur/ anak pokok pisang tandan RM10.00 ~
 Kemudian dalam pukul 10:30 pagi, kami ke Tamu Tuaran pula. Beli stok makanan basah. Banyak juga ikan kerapu besar yang dijual. Pelbagai jenis sotong juga ada. Musim sotong sekarang ni. Udang kara juga ada.
 Saiz ikan tuna di Tamu Tuaran ni boleh tahan juga macam tangkapan di Jepun yang sukakan ikan tuna. Sekilogram ikan tuna RM14.00 . Ada juga kami cuba ikan tiri kali ini yang ada telurnya sekali. Nak jugalah anak-anak ni terutama si fussy eater Ilhan mencuba makan telur ikan tiri tu.
 Yang berminat untuk sertai beach run kurangkan kilogram lepas Raya Aidilfitri ada Nexus Beach Run pada 30hb Jun 2018 yang penyertaan masih dibuka hingga hujung April bulan ini. Peserta juga boleh dapat reservation harga bilik yang jauh lebih murah dari kebiasaan pada hari sebelum dan hari kejadiaan. Penginapan semalam dan 2 complimentary breakfast for adults for RM288 per-room/night (ada dapat coupun 50% diskaun spa juga rasanya). Biasanya kalau tengok di agoda pun paling murah RM450 untuk semalam di Nexus Resort Karambunai ini. 
Further info ke homepage Nexus Resort Karambunai (Click Here).

Isnin, 16 April 2018

Kakunodate Pekan Penempatan Samurai Lama

 Selepas selesai isi perut makan tengahari (related posting klik sini) semasa melawat pekan Kakunodate, di negeri Akita, Jepun kami gerak semula ke kawasan rumah-rumah Samurai lama yang telah menjadi tapak warisan. Di sepanjang jalan tapak warisan rumah-rumah Samurai ada juga kedai makanan yang boleh singgah seperti gambar di atas. Nampak macam muzium tapi kedai makanan tu di dalamnya. Bolehlah nikmati makanan macam dalam era zaman Jepun dulu-dulu.
Dari Stesen Keretapi Kakunodate berjalan kaki ke Jalan Bukeyashiki di mana deretan rumah-rumah samurai lama adalah dalam 30 minit dengan kanak-kanak (1.5km). Kami ambil nak dua jam lebih jugalah dengan singgah-singgah main di taman permainan, kemudian membeli belah dan berhenti makan tengahari baru sampai di Jalan Bukeyashiki ni. Tapi pemandangan semasa pergi perantaraan musim luruh dan salji ini untuk kita yang membesar di tropika memang rasa amat menarik.
 Rumah pertama warisan samurai yang disinggahi adalah Rumah Samurai Odano. Anak-anak sibuk main salji je di luar.
 Sekarang ini sebab musim salji turun awal dari kebiasaannya, penjaga-penjaga sedang sibuk letak barisan papan-papan keliling rumah warisan samurai untuk mengelakkan salji yang akan banyak terkumpul dari runtuh menghempap dinding bangunan lama-lama. Ini adalah tradisi persediaan musim salji turun temurun. Kawasan Kakunodate ini memang saljinya tebal, ini baru minggu pertama salji pun dah banyak kelihatan.
 Tukang Kebun kagum melihat beberapa pokok bunga ajisai (hydrangae) yang masih gagah bergugusan mekar bunganya di halaman Rumah warisan samurai Iwahashi. Walaupun begitu sejuk sudah cuacanya masih ada bunga yang bergugusan mekar tak layu lagi.
 Kebetulan semasa nak masuk halaman luar rumah warisan Samurai Iwahashi ni ada Tukang Kebunnya yang sedang sapu-sapu kumpulkan daun kering. Sebelum masuk, Tukang Kebun mohon izin dulu bolehkah kami sekeluarga masuk sini. Sudah dibenarkan kami masuklah. Rasa tak sedap lah kalau tak bagi greetings dulu sebelum masuk walaupun boleh dan yang rumah samurai ini admission free. Sebab waris-waris mereka ni walaupun tak duduk sudah dalam rumah warisan ni tapi mereka adalah penjaga atau caretaker rumah warisan keturunan mereka ni. Di bahagian belakang Rumah Warisan Samurai biasanya ada rumah-rumah pewaris rumah samurai ini. Chit Chat sekejaplah dengan penjaganya, topik paling mudah pasal cuaca lah. Lebih-lebih masa kami melawat salji turun awal dari biasa.
 Bukan sahaja rumah yang dilindungi untuk persediaan salji turun. Tetapi pokok-pokok juga akan diberikan perlindungan juga. Sebagai contoh gambar di atas. Tukang-tukang kebun pun sibuk buat persediaan sebelum musim salji turun dengan lebat untuk menjaga pokok-pokok kesayangan mereka.
 Di kawasan penempatan pekan samurai lama ini kita bolehlah juga tengok interior rumah warisan samurai lama ni untuk bayangkan kehidupan mereka pada zaman tersebut. Selain itu, untuk tarikan kanak-kanak setiap rumah warisan ini ada stamp cop mereka sendiri untuk pelawat-pelawat cop sendiri dalam buku nota masing-masing. Dapatlah anak beberapa cop kenangan yang dikumpulkan dalam scrapbook lawat Jepun kali ini.
 Tengoklah kanak-kanak yang pertama kali rasa salji asli ni. Ada jalan elok yang tak de salji senang nak jalan tak mau ikut. Tapi nak juga dipijak-pijaknya salji tu kasi basah kasut sampai ke stokinnya.
 Memandangkan cuaca yang makin sejuk dan mendung juga dah ke petang ni serta masa bullet train yang akan dinaiki tinggal beberapa jam sahaja untuk dikejar takde lah kami sambung ke Furushiroyama Castle Ruins. Kalau ikut lensa kamera mungkin boleh pintas daki jalan tangga seperti gambar di atas.
 Jalan Bukeyashiki ini juga terkenal antara tempat paling cantik untuk menikmati musim bunga sakura. Jalan ini memang ada deretan pokok-pokok sakura. Bila musim sakura seperti sekarang di Jepun pasti tempat ini sedang sesak dengan pelancong-pelancong menikmati pemandangan sakura yang indah di pekan Kakunodate kawasan ini juga dikenali sebagai Little Kyoto. Tambahan pula berdekatan kawasan ini ada sungai di mana pokok sakura hidup sepanjang sungai 2 km juga adalah tarikan besar ketika musim sakura pelancong ke kawasan ini.
 Semasa kami lawat, pelancong tak ramai. Jika ada pun pelancong domestik. Tapi best sebab tak sesak, anak-anak pun puas main macam jalan sendiri je. Kereta di kawasan ini pun orang tak bawa laju lebih-lebih lagi penduduk tempatan sebab mereka tahu ini spot perlancongan. A good outing for the kids dengan udara segar jauh dari bandar besar macam Tokyo dan rasa cuaca dingin di negara orang.
Hujung minggu ini last self-collect day untuk bulan April 2018 ya, 21hb dan 22hb April 2018 pagi di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh seperti biasa.

Antara yang organik fresh goodies available:

~ 7 biji buah kelapa tua RM10.00 ~
~ 2 kilogram ubi kayu RM5.00 ~
~ 1 biji buah nangka muda RM5.00 ~
~ 1 kilogram buah ciku RM4.00 ~
~ 1 kilogram buah limau mixed RM5.00 ~

Buah canistel (fully reserved)

Mungkin ada buah nenas madu sabah, stay tune...counting.

Ulam-ulaman seikat RM1.00

Ahad, 15 April 2018

Dereten Pokok Jambu Mawar Masjid Bandaraya

 Setiap kali masa lalu dereten pokok-pokok yang sebelah gerai-gerai makanan di Masjid Bandaraya di tempat letak kereta paling belakang, Tukang Kebun selalu rasa pokok-pokok ni nampak sangat familiar di kaca mata Tukang Kebun. Bentuk daunnya dan pokoknya. Kebetulan suatu hari masa parking kereta bila dongak ke atas pokok tersebut tu, tersenyum tengok buahnya. Tepat sekali sangkaan Tukang Kebun yang deretan pokok-pokok di lokasi tempat letak kereta ni ditanam dengan pokok jambu mawar.
 Dereten pokok-pokok di sini dipangkas untuk sentiasa dijadikan pokoknya renek. Walaupun dipangkas rendang, buah-buah yang dihasilkan masih lebat lagi. Jika di Kebun Bahagia Bersama pun pokoknya tak besarlah jika nak dibandingkan dengan pokok rambutan. Agak sesuai ditanam di luar pagar rumah depan untuk bagi kanopi atau teduhan dengan kereta yang terpaksa parking di luar.
 Pucuk pokok jambu mawar adalah berwarna merah. Makin lama tangkai pucuk-pucuk ini akan membesar menjadi dahan-dahan yang baru. Bunga pokok jambu mawar juga mirip seperti seperti pokok jambu air berwarna putih. Kelulut atau lebah juga gemarkan madu dari bunga jambu mawar ya.
 Buah jambu mawar ini walaupun isinya lebih keras dari buah jambu air, tetapi buahnya lebih diminati oleh burung dan tupai. Sekejap je buahnya hilang kalau dah nampak tanda-tanda nak masak. Biasanya tak sempat Tukang Kebun sendiri nak merasa memandangkan pokok buah jambu mawar sekarang lebih jarang ditanam.
 Yang tak pernah nampak pokok jambu mawar, boleh singgah di Masjid Bandaraya, Kota Kinabalu yang menghadap Teluk Likas. Masjid Bandaraya ini tak putus-putus pelawat luar negara singgah melawat. 

~ 1 pot anak pokok jambu mawar RM15.00 ~

Isnin, 9 April 2018

Tebu Muda Merah Tukar Kuning

 Beberapa minggu ni ada puzzling tengok jenis tebu merah yang Tukang Kebun tanam bawa balik dari Sabah. Kalau tak silap masa Tukang Kebun tanam keratannya semua merah-merah. Kenapa rumpunan yang ditanam ada tebu yang kulit luarnya warna merah dan ada yang warna kuning. rasanya di petak ni hanya satu jenis tebu je Tukang Kebun tanam. Jenis tebu ni yang masa muda merah kemudian bila bertambah usia tukar ke warna kekuningan. Biasanya kalau di Malaysia ni kita kategorikan tebu mengikut warna macam tebu kuning, tebu merah atau tebu hitam. 

 Bila Tukang Kebun cari gambar lama-lama rasanya tak tercampur aduk ni, lagipun datang dalam rumpun pokok yang sama. Gambar masa baru tumbuh tunas dari keratannya pun tampak ada warna merah pudar-pudar keratannya. Rasanya dalam bulan Mac 2017, Tukang Kebun tanam keratan tebu-tebu ni dan sekarang dah boleh sudah tuai hasilnya.
 Rasanya tak aman pula bila fikirkan kenapa jenis tebu merah yang Tukang Kebun tanam ni bertukar warna kulitnya pula. Sebab biasa kalau tebu merah masa baby merah dan tua kekal merah. Kemudian lepas puas cari sumber baka-baka tebu, rasa kecilnya lah diri ini. Itulah lain kali jangan kategorikan tebu semua ikut warna kulitnya. Walhal jenis-jenis tebu dalam dunia ni ada pelbagai jenis dan cara-cara membezakan jenis tebu bagaimana. Ilmu pengetahuan itu yang perlu ditambah. Akhirnya dengan bantuan Mak Google berjaya jugalah jumpa website International Society of Sugarcane Technologies yang membantu merekodkan pelbagai jenis tebu ikut negara (CLICK HERE). Malangnya negara kita takde, tapi negara-negara jiran lain ada. Website yang Malaysia punya Tukang Kebun tak jumpa tapi negara Jiran Phillipine ada kategory jenis tebu mereka (Rujuk Sini). Bila tanya mak, katanya masa dia kecil memang ada tebu yang muda merah, bila tua kuning. So there is nothing abnormal tebu yang Tukang Kebun tanam cuma jenis yang kebetulan jatuh ke tangan Tukang Kebun untuk ditanam. Mungkin ada hikmahnya kenapa dia hidup subur terbiar di belakang bersama rumput-rumput yang meriah. 

 Sesiapa yang berminat nak tanam jenis tebu ini kami mula bekalkan ya. Untuk memudahkan kami gelarkan je la Tebu Muda Merah Kuning Tua. Jika dipos satu batang yang panjang tu la kami kerat-kerat ya, ikut kepada tuannya nak makan atau tanam semula. Tapi jangan risau ianya memang ditanam secara organik. Rumput-rumput tu tengok meriah sangat, Tukang Kebunnya dah tak kuasa kasi biar ja. Buah jambu bol tu kalau tak ramai peminat yang pergi petik-petik jamu selera atas pokok bolehlah juga offer bagi yang teringin.

~ 1 batang pokok (keratan-keratan segar) Tebu Muda Merah Kuning Tua RM4.00 <boleh dipos>
Atau Mix dengan tawaran 3 plant mix for RM10 (Pilihan lain klik sini).

~ 1 kilogram buah jambu bol RM7.00 ~

 Masa tengah teka teki dengan jenis tebu merah di KBB Sungai Buloh, bila banding dengan tebu merah dekat KBB Kiulu pula, juga jenis yang berbeza. Ni pokok tebu yang tiba-tiba muncul dekat pagar belakang masuk dapur rumah Kiulu Big Boss. Bila Big Boss tanya adik dia mana datangnya rezeki pokok tebu tepi pagar muncul ni. Agaknya pekerja-pekerja yang baiki rumah ni makan tebu lebihan dicampaknya di situ tumbuh pula pokok tebu. Biarkanlah pokok tebu tu membesar. 
 Bila lama tak balik, masa mengemas rumah Big Boss balik bulan Mac lalu di suruhnya tebas kasi bersih beberapa batang tebu yang dah berat rebah ke tanah.Bahagia sangat tebu tu tumbuh. Susah orang nak masuk rumah buka pintu pagar. Rezeki kami lah anak beranak makan. Pokok tebu pagar belakang rumah Kiulu ni pula warna merahnya lagi gelap kehitaman tapi tak sempurna semua warna tersebut tapi berbelang-belang dengan warna kehijauan. Yang ni pula jenis baka tebu lain. Kebetulan Jumaat lepas singgah kejap di Tamu Donggongon setelah ambil Race Pack di Pacos nampak ada juga petani menjual jenis tebu berwarna ini.

 Bila baca artikel ini (klik sini), teringin nak mula kumpul jenis-jenis tebu pula to conserve our heritage.
 Inilah gambaran pagar belakang rumah. Tapi terlindung pula dengan rumpunan pokok kantan merah. Nampak ada daunnya yang di belah atas. Untuk tetamu yang sewa bilik di Teratak Lodge Kiulu (2) (Klik Sini) akan menginap di Tingkat 2 naik tangga seperti gambar di atas. Dari gambar di balcony tersebut boleh sidai baju tak kena hujan. Kalau banyak sangat baju nak dijemur, yang di bangsal ni pun boleh. Biasanya kami kalau lepas mandi sungai, sidai terus baju di bangsal ini. Ilhan dalam gambar ni sedang menuju ke sungai. Ada tangga untuk memudahkan turun ke sungai sekarang.
 Mudah sikit kalau nak mencuci barang-barang berlumpur macam fresh tiram yang baru diambil dari tempat lain. Cuci kasut ke. Macam lepas marathon sambil sejukkan badan boleh cuci-cuci lumpur (related posting klik sini). 
Boleh cuci rambut dengan limau kasturi juga di sini (related posting klik sini).

Biasanya kalau ada musim event besar macam marathon cepat bilik habis kena reserved. Jadi kena booking cepat-cepat. Kalau yang lodging belah Teratak Kiulu Lodge (No. 2) atau di Kampung Poturidong ni ada 3 bilik sahaja yang disewakan. Tapi kena sharing la facilities luar dia macam dapur dan tandas. Yang dekat sini kena lalu jambatan gantung ya nak sampai rumah terutamanya musim hujan (related posting klik sini).

Kalau yang belah Teratak Kiulu Lodge (No. 1) di Kampung Ranap boleh sewa satu rumah ada 3 bilik. Yang di Kampung Ranap ada  4 rumah available untuk disewakan buat penginapan fully furnish. Kereta tiada masalah masuk parking.
 Sungai Kiulu terkenal dengan aktivity White Water Rafting. Memang akan lalu ni tempat kami mandi sungai ni. 

Tempat yang menarik di sini juga adalah kawasan Tagal (related posting klik sini) boleh bermesra dengan ikan-ikan kelah yang sebesar peha.

Kawasan ruang tamu dan dapur yang dikongsi bersama. Pintu yang dibuka tu pintu masuk. Pintu yang tertutup tu ke arah balcony dan juga tempat mandi serta tandas. Tempat mandi dan tandas dia bilik asing.

April Self-Collect Day Schedule (in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh):

14th/15th April 2018 Saturday/Sunday Morning (9:00AM-9:30AM)

21st/22nd April 2018 Saturday/Sunday Morning (9:00AM-9:30AM)

Please confirm your orders before self-collect.