Pokok daun salam yang dikenali dengan pelbagai nama ada juga yang memanggilnya pokok serai kayu sebab dikatakan daun yang dikeringkan berbau seperti serai. Seperti bayleaf dari negara Mediterranean yang digunakan sebagai perisa dalam sos pasta atau pizza, daun salam ini juga digunakan sebagai menambahkan perisa dan aroma dalam pelbagai juadah tradisional negara kita seperti masak lemak lantas ianya juga dikenali sebagai Bayleaf Nusantara. Kalau di Kebun Bahagia Bersama bila masak rendang negeri mesti masukkan sekali beberapa helai daun salam.
Kita asyik ingat bayleaf dari negara Mediterranean sahaja jangan pandang rendah dengan bayleaf Nusantara kita ini ada pelbagai khasiat yang diberikan kepada orang-orang yang duduk di kawasan tropika ini. Kalau anda ada masalah tekanan darah tinggi, kencing manis, kolestrol dan berat badan, amalkan teh daun bayleaf Nusantara ini InsyaAllah dengan usaha akan membantu mengurangkan masalah-masalah tersebut. Tak susah pun nak buat air rebusan atau tehnya, ambillah beberapa helai daun kemudian rebus dengan air sampai dah kurang banyak airnya. Lepas tu minum. Boleh gunakan daun segar atau daun yang telah dikeringkan. Jika sesiapa ada masalah urik asid juga boleh amalkan minum teh daun salam. Ada masalah cirit-birit pun boleh ikhtiar dengan rebus daun salam minum airnya. Yang ada masalah kulit gatal-gatal macam eczema boleh lumat-lumatkan daunnya dan tempek dekat tempat yang ada masalah kulit tersebut.
Nama botani pokok salam ialah Syzygium polyanthum, maka ianya adalah adik beradik kepada buah-buahan nadir seperti jambu mawar (Syzygium jambos) dan jambu bol (Syzygium malaccense) yang juga Kebun Bahagia Bersama bekalkan. Buahnya yang kecil-kecil mirip kepada jambu apabila ranum berwarna merah juga boleh dimakan dan manis rasanya. Mula-mula tukang kebun rasa nak ketuk-ketuk je dekat dahi nak recall nama pokok ini tak terkeluar dari kepala nasib baik, Sean dari kebun balkoni Half a pound of treacle tolong berikan maklumat.
Gardeners yang suka kumpul koleksi herba tempatan dan kekurangan ruang pun boleh juga tanam dalam pot besar kalau setakat nak gunakan daunnya untuk masakan atau buat teh. Pokok bayleaf Nusantara ini super senang nak bela jika dibandingkan dengan Bayleaf Mediterranean dengan cuaca tanahair kita ini. SesungguhNYA yang Maha Esa adalah Maha Adil, bukankah diciptakan jenis-jenis Bayleaf ikut kesesuaian cuaca masing-masing dan keperluan khasiat yang diperlukan dengan keadaan persekitaran yang berbeza.
Renungan : Yang jauh kita nampak keistimewaannya , yang ada dekat kita tak nampak dia juga istimewa. Sampai bila kita nak ikut budaya orang luar.
~ Pokok salam (@Serai Kayu) / BayLeaf Nusantara (Syzygium polyanthum) ~
1 pot for RM10.00 (boleh buat pesanan email kebunkmg@gmail.com).
Self-Collect Day Schedule This Week:
~ Wednesday 25th March 2015, 8:30PM~9:00PM at Sungai Buloh.
~ Saturday 28th March 2015, 5:30PM~6:00PM at Sungai Buloh.
Self-Collect Day Schedule This Week:
~ Wednesday 25th March 2015, 8:30PM~9:00PM at Sungai Buloh.
~ Saturday 28th March 2015, 5:30PM~6:00PM at Sungai Buloh.