No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Rabu, 16 Disember 2020

PKPP PULAU MALIANGIN

Syukur Alhamdulillah semasa fasa PKPP di Malaysia antara 22hb Ogos ke 24hb Ogos kami berkesempatan untuk Cuti Cuti Malaysia di Pulau Maliangin, Kudat, Sabah. Ini selang sehari selepas kami turun dari mendaki puncak Gunung Kinabalu (Posting Berkaitan - Baca Klik Sini). Kalau ikut planning awal mau gerak terus keesokan hari setelah balik dari Taman Kinabalu. Nasib baik rancangan tersebut tidak dibuat tetapi selang sehari rehat baru gerak. Bikin malu dengan ketam-ketam di Pulau Maliangin kerana cara Tukang Kebun berjalan pun lagi tak pandai berjalan dari ketam senget-senget sebab kaki masih terasa amat lenguh dan kesakitan urat lagi.
Syukur ke atas rezeki yang diberikan dengan pertemuan hasil pencarian yang Tukang Kebun buat untuk mencari tempat yang boleh menyelam di kawasan Kudat. Keindahan Pulau Maliangin ini seperti gambaran poskad berada di kawasan Carribean Islands. Dari Pulau Maliangin pada pagi yang cerah boleh kelihatan Gunung Kinabalu dan Banjaran Crocker dari pulau ini. Anak-anak dah lama masa PKP terperap di rumah sehinggakan dari awal bangun pagi sampai kalau tak kena membebel nak maghrib dah tak keluar-keluar dari air laut. Sampai pemilik dan pekerja Pulau Maliangin ni pun pelik tengok telatah kanak-kanak riang ni tak pandai penat langsung nak berehat. Kalau kami ni memang dah masak dengan perangai anak-anak ni selagi tak bercekak pinggang bagi arahan keluar makan sekejap selagi tu memang berendam sahaja sepanjang siang.
Pulau Maliangin Besar tempat resort dan boleh juga snorkelling di Pulau Maliangin Kecil yang kelihatan berdepan dengan resort jeti. Setiap hari paling kurang mesti sekali kami akan dibawa ke Pulau Maliangin Kecil untuk aktivity snorkelling. Anak-anak Tukang Kebun cukup suka snorkelling di Pulau Maliangin Kecil kerana yang berdekatan dengan pantainya air cetek dan masih dipenuhi dengan batu karang berwarna warni dan hidupan marin. Yang seronok sambil kita snorkelling boleh kedengaran kicauan burung-burung liar yang menghuni Pulau Maliangin Kecil.
Gambar di atas ini memang jelas kita boleh lihat bahawa tempat ini dipenuhi dengan batu-batu karang sehingga hampir dengan pantai. Kalau yang kawasan dalam air warna hitam gelap tu petanda dasar laut yang penuh dengan batu-batu karang. Sebaiknya keluar awal-awal pagi untuk snorkelling kerana ketika itu arus tenang.
 

Agak sukar juga ya nak ambil gambar dalam air laut kerana tak dapat nak capture batu karang berwarna-warni. Jika dalam video atau gambar batu karang berwarna-warni jadi nampak tidak berwarna pula. Boleh tonton video di atas untuk saksikan aktiviti snorkelling kami di Pulau Malinangin.

Di kawasan depan resort atau jetty Pulau Maliangin juga ada kawasan banyak batu-batu karang yang kita boleh snorkelling ikut suka kita je bila-bila. Ada satu kawasan tu sangat cetek sampai susah nak pastikan kita tak langgar batu-batu karang tu bila kita gerak kaki dengan fin. Berbaloi jugalah papa sumbat joran pancing dalam kereta dan mengangkut bawa ke resort ni.
Percutian kali ini Abang Ilhan ada minat baru pula. Ilhan suka memancing jadi seronok sebab percubaan beberapa kali awalnya dia berjaya pancing ikan dari jeti. Bagus juga sebab langsung dah tak ingat main game di handphone, jadi leka berjemur memancing di jeti.
Pemandangan sunset di Pulau Maliangin sangat indah. Perasaan bahagia sangat sambil bersantai tengok anak-anak ni buat aktiviti masing-masing. Pulau Maliangin ni tak pernah Tukang Kebun dengar sebelum ini kebetulan terjumpa semasa browse dengan Pakcik Google pencarian tempat boleh snorkelling di Kudat. Lepas tu check di Facebook ada promosi istimewa yang harga diskaun untuk tahun ini. Rupa-rupanya selama ini tempat ni memang tak perlukan promosi seperti tempat-tempat lain sebab sentiasa dipenuhi dengan pelancong dari antarabangsa. Bila dah sempadan tutup, maka adalah harga promosi untuk orang local. Apalagi ambillah peluang sebab kalau tempat-tempat lain macam Semporna boleh pergi bila-bila sebab tak perlu menginap pun takpe, buat island hoppings je kalau nak save budget. Yang berminat boleh check facebook Pulau Maliangin Resort ya.
Memang asyik betul tengok sunset di Pulau Maliangin ni. Tak sangka pula masa kami di sana macam terus sewa satu private island. Rezeki kami anak-beranak sahaja yang ada di sana ketika itu. Masa PKPP hari tu memang diorang ada buat promosi kalau 10 pax boleh terus booking satu resort.
Video di bawah ini perkongsian suasana sunset di Pulau Maliangin.
Pulau Maliangin Besar ini ada juga penduduk tapi dah tak seramai dahulu tinggal beberapa rumah sahaja yang ada penghuni. Kalau dulu jika tak silap dengar siap ada sekolah rendah lagi di Pulau Maliangin Besar ini tetapi sekarang sudah tiada. Pulau Maliangin Besar ni dari Kg Tajau Laut yang staycation kami kongsi dulu pun boleh kelihatan dari situ (Posting Berkaitan - Baca Klik Sini). Lagipun Pulau Maliangin Besar dengan Pulau Banggi (Pulau terbesar di Malaysia) naik bot dalam 15 ke 20 minit. Kalau nak ke Pulau Maliangin Besar ialah dengan menaiki feri dari Kudat Bot Terminal ke Pulau Banggi. Nanti pekerja dari Maliangin resort akan tunggu dan ambil di jeti Pulau Banggi.
Dapat jugalah abang Ilhan nak merasa pernah dapat pancing ikan kerapu. Boleh lihat kenangan anak-anak ni memancing ikan di  jeti Pulau Maliangin Besar Resort di video atas. Tapi lepas pancing ikan, disimpan dalam baldi yang kemudiannya anak-anak akan lepas semula. Lagipun lauk ikan-ikan yang disediakan oleh resort lagi besar dari tangkapan abang Ilhan. Biarlah ikan tu bebas dan besar dahulu.

Ini poster ikan Tukang Kebun tangkap gambar yang ada di jeti Pulau Banggi boleh buat rujukan masa depan. Percutian Pulau Maliangin ni kira hadiah happy birthday Rayyan Haniel masuk umur 11 tahun.
Tahun 2020 ni, hadiah harijadi anak-anak semua dapatlah jadi adilkan seorang satu dapat dibawa kira-kira jalan-jalan (Maknya yang gian nak berjalan hehehe...)

Harijadi abang Ilhan Mikhail yang ke -13 tahun ni bawa daki Gunung Kinabalu (Posting Berkaitan - Baca Klik Sini).

Harijadi Abbiyana Ariel yang ke -8 tahun bawa pergi snorkelling di Pulau Mantanani, Kota Belud, Sabah (Posting Berkaitan - Baca Klik Sini).

27 ulasan:

Warisan Petani berkata...

Menarik tempatnya

Syaz Rahim berkata...

Cantiknya, jernih betul air laut tu kak 😘

ANDAIANNYA berkata...

Cantiknya.......wow hiking gunung kinabalu...bestnya

Atie Zieya berkata...

sabah and sarawak ni pantai and pulau2 dia cantik2! i am so jealous! even tak suka pantai but i mmg teringgin nak tawaf pulau2 dekat sana huhuh

saniahibrahim berkata...

Canteknya bagai sebuah lukisan alam.

Hermansyah berkata...

Bagus sekali foto sunset-nya dan airnya jernih banget.

Intan Sudibjo berkata...

pemandangan lautnya di permukaan maupun di bawah laut sangat amazing.. bagus sangat buat holiday, new year,

mamapp berkata...

Subahanallah cantiknya Pulau Maliangin ni mmg Sgt sesainutk snorkeling ari dia jernih betul

Himawan Sant berkata...

Wuaah keren sekali view pantai dan snorklingnya pulau Maliangin !.
Aku jadi teringat snorkling di pulau Tidung.


Hadiah tak terlupakan untuk Rayyan Haniel saat berusia 11 tahun liburan ke pulau eksotik ini.

Nur berkata...

Cantik betul air laut. Jernih, hijau. Satu hari, saya akan sampai Sabah, Insya-Allah. Selalu tengok pulau sana, cantik-cantik.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Pak Warisan Petani,

Hidden Gem.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Syaz,

Memang jernih Airnya dan tak berapa dalam sebab bot besar tak boleh lalu. Sangkut nanti.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sis Andaiannya,

Syukur Alhamdulillah sampai juga puncak Gunung Kinabalu. Walaupun dah serik.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Atie,

Sabah ni sahaja bilangan Pulau beratus bilangan... Hehehe... Dalam satu tahun boleh pergi lain2 pulau.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Kak Saniah,

Syukur Alhamdulillah ada rezeki juga dapat ke sini.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Kal El,

Sunset sana begitu photogenic.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Mas Intan Sudibjo,

Bagus untuk tenang kan fikiran.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sis Mamapp,

Airnya ada kawasan cetak sesuai untuk beginner.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Mas Himawan,

Oh ada tempat Pulau Tidung ya. Teringat di kawasan Borneo ada juga etnik Melayu Tidung.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sis iamaSlowRunner,

InsyaAllah Kak nanti boleh explore Sabah ni.

nohas berkata...

semua dapat jalan2 sempena birthday...cantik betul pulau ni..

Azhafizah MN berkata...

Cantik betul Pulau Maliangin ni. Tak memancing duduk lepak kat jeti tu pun dah cukup best dah. Air dia jernih dapat snorkeling pulak tu. nice lah aktiviti kat sini kak

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sis Nohas,

Syukur Alhamdulillah ada juga kenangan birthday tahun Covid19 ni. Bukan sahaja duduk di rumah.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Azhafizah,

Ya bersantai sahaja di jeti dah cukup enjoy. Air sangat jernih boleh nampak banyak hidupan Laut micro.

Shida Radzuan berkata...

seronoknya mandi laut..shida baru balik dr pangkor..rasa kerinduan nk pegi lagi :)

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Shida,

Seronok kan mandi Laut tak kira umur memang suka. Kak dah lama tak pergi Pulau Pangkor pasti banyak perubahan.

Litah L berkata...

have funn!!! rindunya ke Pulau.. sy patut Sept itu hari p Semporna tapi sebab PKPB balik so terpaksa cancel padahal tiket semua suda book huhu