No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Sabtu, 27 April 2019

Walai Penyu Conservation Park

 Rezeki glamping pertama kali di Pulau Libaran (related posting klik sini), tiada pelancong lain selain dari kami sekeluarga menginap di sini. Apabila sedang menikmati makan malam, papa Abby ingatkan Happy Wedding Anniversary kita ni yang ke-12, kebetulan papa bawa ke resort macam private island ni. Tukang kebun pula yang lupa hahaha....kebetulan pula pergi Pulau Libaran ni jatuh pada hari wedding anniversary pula.
 Bila selesai makan, kami diberikan tontonan pelancongan dahulu, sementara menunggu aktiviti lepaskan anak penyu ke laut.
 Masa kami pergi tak banyak bilangan telur penyu yang menetas. Ini pun anak penyu yang dah beberapa hari menetas disimpan dahulu untuk aktiviti pelancong malam-malam lepaskan ke laut lah.
 Dari penerangan diberikan, penyu ni gunakan cahaya bulan sebagai guide arahnya. Ini digunakan pencahayaan bulan palsu iaitu lampu suluh bila dilepaskan ke laut supaya anak penyu menuju ke arah laut yang lebih dalam.
 Jika ada rezeki ibu penyu mendarat di pantai untuk bertelur, nanti guide akan panggil pelancong-pelancong untuk pergi tengok. Sementara menunggu rezeki nak tengok penyu bertelur dan belum penat mengantuk anak-anak layan diri main gali pasirlah, kutip umang-umang dan macam-macam. Cuma ibu manusia yang melayan perasaan di kerusi rehat sambil menengok diorang pun jadi terlelap entah berapa lama sampai nenek panggil masuk tidur kat khemah masing-masing sedap kena buai angin laut. Bila tengok bekas tadahan pasu plastik di atas ini yang Rayyan kutip bawa balik dari Pulau Libaran ini sampai sekarang masih nampak baru bila dicuci kat sini. Punya lah tahan bahan buatan plastiknya tapi sayang dibuang begitu sampai jauh berenang terdampar kat Pulau Libaran ini. Jadi tempat main Rayyan kalau nak angkat benda-benda yang kecil simpanannya.
 Tiada rezeki kami nak tengok ibu penyu bertelur tiada yang naik pada malam itu. Tapi bila tengok langit pun macam dah agak takde naik kut sebab awan mendung, bulan pun tak nampak. Awal-awal pagi bangun tengok semua masih tidur, papa dan mama Abby ambil kesempatan dating jalan-jalan tepi pantai menikmati pemandangan persisiran pantai dan matahari terbit. Dingin juga pagi-pagi kat sini terasa kena pakai windbreaker nipis.
 Banyak betul plastik-plastik hanyut ke pulau Libaran ini memang boleh buat beberapa pondok berdindingkan botol plastik (related posting klik sini).
 Masa sebelum lepaskan anak penyu ke laut kami dibawa ke sini untuk diberikan penerangan pasal penetasan telur oleh local guide asal Pulau Libaran ini.
 Selepas ibu penyu bertelur di pantai, keesokkan harinya telur-telur tersebut akan dipindahkan ke sini untuk elakkan dari ancaman predatorlah yang akan makan atau kacau seperti biawak atau anjing. Sarang telur penyu baru ini akan dilabel dan direkod tarikhnya.
Menikmati ketenangan dan keindahan matahari terbit di pantai bersama papa Abby sebelum anak-anak bangun nak kena layan diorang pula kan.
 Banyak juga anak-anak pokok bakau nak naik semula di persisiran pantai ini. Bila tengok pokok bakau di tengah air laut bolehlah agak-agak yang airnya tak berapa dalam kan.
 Disebabkan dalam pukul 10 kami dah kena mula ready hantar semula ke mainland. Tak sempat nak buat aktiviti canoe. Anak-anak pun sebab dah tau air tak berapa dalam pun teringin nak cuba canoe. Cuma masa tak mengizinkan. 
 Rasa tak puas kalau tidur semalam. Kalau dua malam macam-macam juga boleh explore lagi. Tukang Kebun pun sekarang kalau pergi sesuatu tempat apatah lagi yang jaraknya jauh prefer kalau boleh plan tidur 2 malam baru puas. Belum tentu ada peluang nak ke sini lagi kan. Kalau boleh memang nak menikmati puas-puas dan abadi dalam memori kenangan.
Kami di Sandakan sebenarnya 4 hari 3 malam. Sebelum ke Pulau Libaran ini ada aktiviti lain nanti jika ada rezeki masa akan cuba dikongsikan.
 Sekarang ada stok semula kacang buncis yang kulit berwarna kuning jika berminat nak cuba tanam. 

Info jenis kacang buncis yellow pencil pod (klik sini).

~ Anggaran 10 biji benih kacang buncis yellow pod RM3 ~

Selasa, 23 April 2019

Perkampungan Pulau Libaran

 Kalau gambar antara photospot di Pulau Libaran yang biasa diambil nampak gayanya macam pokok bakau di atas. Cuti sekolah hari tu pun sakan bawa anak-anak jalan tu lama menyepi lepas balik nak kena settlekan banyak kerja bertimbun semula. Kisah cuti sekolah tahun lepas pun tak habis lagi, baru nak sambung semula trip ke Pulau Libaran (related posting klik sini).
 Selepas bermain-main di tepi pantai menghabiskan masa free time, dalam pukul 4 petang local guide yang asal dari Pulau Libaran ini setelah kami minum petang membawa jalan-jalan ke Pulau Libaran. Kami group di belakang yang kena tinggal sebab asyik sibuk explore je belek-belek benda dan bergambar. Nasib ada atuk dan nenek Ilhan sekali, local guide layan lah mereka berdua. Elok juga konsep tour operator glamping resort Pulau Libaran ni mereka cuba integrate penduduk kampung Libaran juga ambil bahagian berikan peluang komuniti tempatan untuk kembangkan pelancongan di sini. Jadi mereka tidak diketepikan sebab banyak juga kes kawasan pelancongan dibuka dan tidak membawa apa-apa impak positif kepada penduduk tempatan.
 Anak-anak pun seronok meneroka, siap Ilhan jumpa tulang penyu lagi. Tambahan pula si Rayyan asyik kumpul umang-umang (Hermit Crab). 
 Geram agaknya tengok umang umang punya lah berlambakan dan besar-besar pula tu. Tukang Kebun pun kali pertama tengok umang umang liar begini besar merata-rata je nak tangkap. Sukar nak jumpa tempat seperti ini sekarang.
 Hairan juga Tukang Kebun perhatikan pokok-pokok liar seakan pokok mengkuang di persisiran pantai Pulau Libaran ini ada buah sebesar buah nenas Sarawak.
 Kalau batang pokok-pokok ini rebah ke tanah memang nampak macam pokok nenas je sekali imbas tengok.
 Lepas beratus meter jalan bermula pula kelihatan sampah-sampah yang hanyut di persisiran pantai. Rupa-rupanya ini juga adalah masalah serius sini. Bukan disebabkan pembuangan sampah yang merata-rata oleh penduduk. Tetapi masalah sampah-sampah plastik yang ringan mudah dibawa hanyut dari tempat jauh landing ke persisiran pulau-pulau. Rupa-rupanya masa awal-awal bersih sebab atas initiatif kolaborasi beberapa agensi, ada beberapa plot dibahagi-bahagikan kepada penduduk untuk selalu kasi bersihkan dengan diberikan gaji upahan sebulan. Tetapi ada beberapa kekangan masalah kerana kadang-kadang upahan yang dijanjikan berbulan-bulan tidak diterima. Ada satu juga permasalahan di sini Tukang Kebun tengok, sukar juga mereka setelah kumpulkan sampah-sampah ni nak buat pembuangan teratur. Kekadang nampak ada lubang-lubang besar terpaksa dibuat untuk sementara waktu dikumpulkan di situ. Tukang Kebun terfikir pula bagaimana impaknya kepada penyu nak bertelur pula. Sebab lubang-lubang ini boleh hindarkan perjalanan untuk penyu cari tempat dia rasa kesesuaian untuk bertelur. Lagi satu permasalahan ialah kalau pantai tidak dibersihkan dengan serpihan sampah-sampah yang terlampau ni akibat manusia sukar juga penyu nak naik ke pantai untuk bertelur. Di sini mengakibatkan progress penyu nak naik bertelur sukar. Dahulu permasalahan kutipan telur untuk dijual tidak terkawal macam di Terengganu dulu. Sekarang ni plastik pula menjadi permasalahan besar untuk penyu naik bertelur. Tambahan pula plastik ni pun menjadi antara punca kematian penyu tercekik. Bila pengalaman hands on begini, anak-anak Tukang Kebun pun sekarang kalau ada program restaurant mana-mana tak perlu straw, mereka pula pesan mama tak payah ambil straw, tak yah mintak straw.
Siap anak-anak ni kutip je bekas-bekas hanyut di pantai untuk simpan koleksi-koleksi macam kulit kerang yang mereka kutip sepanjang pantai. Ada yang elok lagi sampai sekarang ada kat rumah nenek buat main-main bekas tu ke hulur hilir bawa angkut barang di luar untuk main.
 Ini pula perkongsian untuk rakan-rakan yang duduk dekat persisiran pantai nak tips tanaman pokok apa yang sesuai untuk tanam di kebun mereka. Lihatlah gambar pokok avocado yang Tukang Kebun ambil di atas ni sarat dengan buahnya uhuks...cemburunya kan...geram tengok. Jadi buah avocado juga takde masalah nak cuba-cuba tanam untuk mereka duduk dekat pantai lah ya.
 Ini pula kat belakang rumah orang ada pokok sukun besar yang juga sarat dengan buah. Pokok sukun memang antara pokok buah yang biasa didapati rasanya di kawasan tropika kepulauan Pasifik. Lebih-lebihan lagi pokok sukun juga ada nilai perubatan yang amat berguna juga.
 Memang salah satu program hari petang selepas tea bawa pelancong ke kampung Libaran. Cuma sebab kami ni kira orang tempatan je jadi dibawa je jalan ada yang sampah tu. Tapi kalau pelancong dari luar negara mereka bawa jalan tempat yang tak nampak sampah-sampah tu lah sebab kita pun nak jaga imej negara. Khuatir cerita lain pula mereka buat kan. Pelbagai jenis pokok puding hiasan juga ditanam untuk menceriakan perkarangan laman rumah.
 Terlalu banyak botol-botol air yang hanyut ke pulau ini, penduduk-penduduk tempatan mengambil initiatif untuk kitar semula botol-botol ini kasi warnakan dengan menarik dan susun-susun di laman mereka. Bolehlah buat DIY ambil tempurung kelapa dan botol air buat mushroom pelbagai warna di laman.
 Bukan itu sahaja penduduk tempatan juga membuat hasil kraf dengan botol-botol kosong yang telah hanyut ke pulau mereka dengan bunga-bunga gantung hiasan. Dulu ada kisah dokumentari di Afrika, penduduk kutip selipar-selipar yang hanyut di persisiran pantai buat kraftangan. Di negara kita pun sama, kutip botol-botol kosong buat kraftangan untuk meningkatkan hasil pendapatan keluarga.
 Cuba kita bayangkan kalau setiap hari ada sampah berlonggok depan rumah kita mesti tak best kan. Bagaimanakah penduduk di sini yang rumah mereka berhadapan dengan laut tidak dapat berbuat apa-apa kerana sampah-sampah ini dibawa oleh arus di luar kawalan mereka. Setiap hari nak kasi bersih laman begini pun sukar juga kan.
 Sedang jalan-jalan tiba-tiba dikerumuni oleh kucing-kucing yang jinak mohon kena petting. Kebelakangan ini selalu juga ada baca masalah populasi kucing yang naik di pulau-pulau sebagai contoh macam Pulau Mabul. Mungkin kita boleh promote pulau ini juga dengan kucing kut. Macam di Jepun ada pulau-pulau diorang bagi hype kononnya cat island sebab banyak kucing untuk menarik pelancong-pelancong luar yang suka kucing untuk naikkan kedatangan pelancong di tempat mereka macam Aoshima Island. Tapi dekat area Tanjung Lipat atau Teluk Likas pula kurang kucing liar, itu yang jalan-jalan asyik nampak tikus besar-besar je kut.
 Bulan ini ada stok benih baru dari Jepun (packet asal Jepun) untuk seri pagi yang jenis Heavenly Blue.

~ 1 pek Original Japan Packaging RM10.00 (anggaran lebih dari 10 biji benih) Seri Pagi Heavenly Blue~