No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Khamis, 24 September 2020

Staycation at Gayang Friendly Water House Homestay

Awal tahun 2020 ini sebelum kita berkurung disebabkan penularan Covid-19, sempat kami staycation di Gayang Friendly Water House Homestay masa hujung minggu. Tengok-tengok Agoda harga penginapan satu malam di Gayang Friendly Water House Homestay  adalah RM88 termasuk breakfast ketika itu. Lepas tu teringin pula nak tukar angin duduk menginap bersebelahan di kawasan hutan paya bakau pula. Kali pertama juga lah kami dengar tempat penginapan ini. Bila kira-kira agak berbaloi jugalah sebab kalau 5 orang sarapan di kedai hujung minggu pun kekadang boleh mencecah RM25-RM50 kalau kita kira RM10 perhead paling mahal. 
Memang agak berbaloi jugalah sebab breakfast dia style buffet dan banyak pilihan siap ada seafood pelbagai. Tambahan pula selalu mereka top up mana hidangan yang sudah habis sebab tetamu datang bukan serentak by batch ikut siapa siap bangun pukul berapa lah. Rupanya homestay ni nak masuk kena lalu restoran. Kebetulan pula pada hari kami check in rupanya ada promotion buffet steamboat dalam RM20 ke RM25 per-head di facebook diorang. Masa kami sampai pun dah ada orang datang awal duduk reserve meja awal-awal. Kami ingat nak booking meja terus tapi manager kata diorang tak ambil booking hari ini dan pesan kepada kami kalau nak makan di restoran hari ini datang awal-awal masa kami keluar pergi hiking di Nuluh Lapai trail petang kejap dalam pukul 4 petang.
Bila air surut di kawasan Gayang Friendly Water House Homestay ini, kelihatan banyak sungguh anak-anak ketam berjalan. Patutlah waktu tengahari di restoran ini pada ketika itu ada promotion hidangan ketam. Rugi pula tak bawa pancing sebab boleh je kalau nak memancing dari balcony bilik atau terrace. Masa kami datang memang full house rupa-rupanya sebab ramai nak datang dinner di restorannya ada promotion hari tu, jadi mudah nak jaga cop meja dan ulang alik ke bilik sambil makan malam. 
Layout design chalet homestay ini agak menarik banyak sudut-sudut dihiasi dengan koleksi antik owner tempat ini agaknya yang sangat unik dengan banyak kerusi-kerusi disediakan untuk berehat. Jadi setiap kumpulan ada tempat privacy sendiri nak tenangkan fikiran. Masa musim masih pandemic agak mudah lah nak jaga SOP. 

Kami booking bilik yang termurah sahaja double single bed tanpa ada balcony. Manager dia pun kata kalau tak penuh biasanya mereka upgrade juga tapi hari tersebut full house. Masa booking ingatkan abang Ilhan tak boleh keluar asrama minggu tu, rupanya minggu tersebut boleh balik tidur di rumah. Nasib baik anak-anak kecil saiz badan jadi boleh sahajalah berkongsi katil. Yang kerusi beanie juga la menjadi rebutan nak berbaring anak-anak ni. Ini pun malam keletihan pergi hiking lepas makan malam senang terlelap kepuasan. Makanan breakfast pun tiada tambahan caj apa-apa semua dapat makan free. Walaupun bilik yang kami menginap luas, cuma bilik airnya agak sempitlah, yang lain service semua ok.
Kali ini kami tak berkesempatan nak cuba dinner steamboat buffet di sini sebab bila balik dari hiking waktu maghrib dah penuh kereta di carpark dan berbaris orang tunggu nak dapatkan giliran meja makan kena tunggu customer lain habis makan dulu. Kami ambil keputusan cuba makan di Gayang Seafood  restaurant sahajalah yang tak jauh juga dari tempat penginapan ini. Selalu lalu tapi tak pernah singgah dan kalau dari Kota Kinabalu malam-malam tak rajin pula nak drive sampai ke Gayang ni. Gayang Seafood ini antara seafood restaurant yang popular lah kalau pelancong datang ke Sabah. Ambil kesempatan dah alang-alang kami menginap di Gayang Friendly Water House Homestay dalam 10 minit je naik kereta ke Gayang Seafood Restaurant. Tapi bila rasa  pesanan hidangan pertama kali ke sini tak masuk tekak kami sebab lama-lama rasa deria lidah ni cuma perisa MSG yang banyak. Jadi semua juadah yang dipesan rasa perisa MSG macam ajinamoto tu sahaja. Kami pula memang tak guna langsung perisa MSG dalam masakan memang boleh peninglah Tukang Kebun sebab tak biasa.
Masa menginap di Gayang Friendly Water House Homestay ini pun kami ambil kesempatan cuba pertama kali hiking trail Nuluh Lapai. Dah lama nak pergi tak kesampaian atau liat nya yang lebih jadi alasan. Starting point hiking trail Nuluh Lapai ni pun berhadapan sahaja dengan Gayang Seafood Restaurant. Hari check in petang kami hiking di Nuluh Lapai, kemudian lepas check out pukul 11:00 pagi lebih kami hiking lagi sekali Nuluh Lapai. Kononnya nak hiking sunrise biasa lah liat nak bangun. Hiking trail Nuluh Lapai ini ada 2 trail dia loop, kalau ikut yang jarak jauh sikit tu teduh sikit kalau matahari dah atas kepala. Tambahan pula bila sampai puncaknya ada pondok untuk berteduh. Best jugalah hiking waktu nak tengahari di Nuluh Lapai ni bila tak de orang sambil melayan angin sepoi-sepoi. Cuma ada seorang pelari denai hardcore je yang naik untuk training, macam dah biasa tengok brother tu yang selalu memang top la awal sampai ke garis penamat. 
Siapa yang nak tengok pemandangan sekitaran puncak Nuluh Lapai boleh tonton video di atas (Klik sini untuk tonton video). 
Sebenarnya ada 2 hiking trail berdekatan Gayang Friendly Water House Homestay iaitu Nuluh Lapai dan juga Bukit Tirig. Kedua-duanya memberikan pemandangan yang indah dengan panorama Gunung Kinabalu dan Hutan Paya Bakau bersambung dengan Laut Cina Selatan.
Jika yang ingin tengok Bukit Tirig Hiking Trail semasa sunrise boleh tonton video di bawah ini (Klik sini untuk tonton video).
Perancangan duduk di Gayang Friendly Water House Homestay ketika itu sangat jimat jugalah sebab satu sudah kami jimat petrol nak hiking di Nuluh Lapai. Siap hiking 2 kali iaitu pagi dan petang pada hari berlainan untuk training stamina tak perlu ulang-alik dari rumah. Kemudian breakfast dia pun sangat berbaloi dan tersangat kenyang. Kalau buat kira-kira macam dalam RM30 je lah kut sewa bilik penginapan dengan harga yang dibayar tolak costing lain. Adik kata Tukang Kebun buang tabiat padahal rumah kalau hari biasa tak jem dalam 30 minit (speed laju sikit) ke hiking trail Nuluh Lapai hehehe...sekali kala nak rehat kepala juga, kalau di rumah serabut fikir banyak benda nak kena settle kan. Di Gayang Friendly Water House Homestay pun sebenarnya ada ATV tapi masa time ramai orang tak dapat pakailah. Ada juga sampan kalau nak cuba rowing area mereka masa air pasang. Semasa kami pergi sana depan Restoran sedang dibina taman gaya ala-ala Eropah yang mungkin cantik untuk insta photo. Banyaklah activity overnight stay yang boleh dibuat sebenarnya di sekitar Gayang Friendly Water House Homestay dalam radius 5 kilometer. Lain kali memang kena simpan pancing lah dalam kereta sekurang-kurangnya father and son boleh bonding time memancing waktu malam.
1 set pokok rhizom bunga kantan RM25.00 . Boleh contact wassup Nizam (019-293-1340) untuk maklumat lanjut. Boleh self-collect atau pos laju.

Selasa, 22 September 2020

Perjalanan ke kawasan Tasik Chuzenji

Selepas selesai amanah kerja di Shinjuku, Tokyo bolehlah teruskan saki baki hari cuti yang Tukang Kebun ambil peluang melawat kawasan di luar Tokyo pula. Hujung bulan March tahun 2019 dah mula musim peak mekarnya bunga sakura. Di dalam kereta sewa sepanjang perjalanan dalam Tokyo boleh kelihatan pokok-pokok sakura penuh bunga sakura sedang mekar di tebing sungai yang menyusuri Tokyo. 
Destinasi pertama kali ini keluar dari bandar Tokyo ialah ke negeri Tochigi melawati kawasan Nikko yang sememangnya sangat popular sebagai destinasi pelancong dalam negeri dan luar negara di Jepun ini. Ini adalah kali kedua anak-anak pergi ke kawasan Nikko ni, kali pertama semasa tahun 2017 pada musim luruh (related posting klik sini). Memang cantik kawasan ini pada musim luruh, memang ramai orang Jepun pun akan berduyun-duyun bercuti di kawasan Nikko pada musim luruh dengan pertukaran daun dari hijau ke kemerahan dan kekuningan mencantikkan keindahan alam semula jadi. Kawasan yang akan jadi jem masa musim luruh terutamanya pada hari cuti am dan hari minggu penuh dengan kenderaan ialah di Jalan Irohazaka. Jalan Irohazaka dalam kawasan lembah gunung ini juga merupakan kegemaran orang berlumba kereta sebab banyak selekoh tajam seperti yang digambarkan di skrin car navigation gambar di atas. Kawasan terkenal Initial-D lah, papa Abby pun feeling bawa kereta macam dalam Initial D, mama jeling-jeling lah mata sekali kala dekat dashboard. Irohazaka Winding Road ini jalan sehala sahaja.
Ketika kami ke sini baru nak musim bunga, kenderaan pun tidak banyak di sini. Pokok-pokok pun masih kering lagi belum tumbuh daun. Jika di kawasan pergunungan lambat panas walaupun di Tokyo pokok sakura dah mula kembang mekar, di Nikko belum lagi musim sakura dan masih sejuk lagi.
Berhenti seketika di tepi jalan supaya papa boleh streching kaki dan menikmati pemandangan di ketinggian paras laut 1173 meter ini.
Hmmmm....yang 3 kanak-kanak riang ni tak pandai lagi nak lompat tinggi kena kasi training ni. Jalan Irohazaka ini adalah di dalam kawasan Nikko National Park.
Selain dari menikmati pemandangan indah semulajadi di kawasan ini pada musim luruh, ada satu air terjun yang sangat popular di sini iaitu Air Terjun Kegon. Siap ada lif lagi kalau sesiapa nak tengok dengan lebih dekat di bahagian bawah. Kalau naik lif kena bayar, selain dari itu free lah jika tengok dari platform lain yang disediakan.
Kawasan ini masih sejuklah lagi sebab di bawah air terjun Kegon ini airnya masih beku banyak lagi. Kawasan ini memang hot tourist spot masa musim luruh. Dari carpark ke sini tak jauh pun berjalan kalau musim bukan peak tourist season. Air terjun Kegon ini pemandangan sekitar dia berubah-ubah mengikut peredaran pertukaran musim. Air terjun Kegon ini memang dalam kebiasaan di Jepun termasuk dalam senarai Top 3 air terjun paling popular di Jepun lah.
Di kawasan Nikko ni sememangnya terkenal dengan makanan yang diperbuat dari kacang soya iaitu Yuba. Belilah sikit yang deep fried tofu skin yang disaluti breadcrumbs. Rayyan suka juga makannya. Eh baru perasan si Rayyan ni bawa teddy baru dia berjalan-jalan keluar sekali ke time ni. Nak sangat Teddy Bear ni masa di Nippori, Tokyo tak nak bergerak keluar, terpaksalah papa top up belikan sebab duit pocket Rayyan dah tak cukup. Kali ni Rayyan bawa teddy bear jalan-jalan pula, biasanya ada tu benda dia bawa di tangan kekadang Tukang Kebun pun tak perasan mana dia sisip.
Selepas melawat Kegon fall, kami singgah menikmati pemandangan di Tasik Chuzenji. Semasa musim panas di Tasik Chuzenji ni ramailah buat aktiviti main bot. Musim sejuk ni yang tahan angin sejuk saja lah sanggup.
Pelancong pun tidak ramai masa musim ini, kami singgah picnic makan tengahari di sini dengan bentou makanan yang kami singgah beli di perhentian R&R highway. Tujuan asal berhenti R&R nak pergi tandas, tapi nampak sedap pula tengok rice ball vegetarian yang dijual di situ. Budget juga beli bentou dari nak mencari kemudian restoran yang for sure tak banyak pilihan dibuka kalau bukan musim peak pelancong datang kalau kawasan di sini masa musim sejuk ni. 
Selepas dah isi perut sambil menikmati pemandangan Tasik Chuzenji kami bergerak pula untuk melawat air terjun Ryuzu (related posting klik sini). Semasa pusing-pusing menurun Jalan Irohazaka ada patung dewa Jepun yang jenis Tengu diletak di atas lereng batu dengan peringatan pandu berhati-hati.
Sesiapa yang teringin nak cari bahan fresh daun kaduk Kebun Bahagia Bersama ada juga bekalkan dengan harga RM3.00 -100 gram atau nak cuba tanam sendiri 7 moist bare-rooted Daun Kaduk dengan harga RM5.00 .
Hujung minggu ini (Jumaat hingga Ahad) boleh self-collect pesanan di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh. Pesanan boleh contact wassup message Nizam (019-293-1340).

Sabtu, 19 September 2020

Air Terjun Ryuzu Nikko

Trip ke Jepun 2019 kali ini banyak juga kami singgah tengok air terjun spot terkenal di Jepun. Mungkin sebab kali ini naik kereta sewa lebih mudah nak jenguk kawasan air terjun berbanding dengan naik public transport. Lagipun kawasan air terjun ni biasanya masuk ke kawasan pergunungan nak tunggu public transport macam bas sehari tak banyak lalu jadi kena buat jadual betul-betul lah supaya tak tertinggal bas atau keretapi nanti nak kena tunggu yang next lama. Semasa kami melawat negeri Tochigi di kawasan daerah perlancongan terkenal iaitu Nikko pada tahun 2017 (related posting klik sini) kami melawat tempat-tempat dalam pekan sahaja dengan berjalan kaki. Kali ini dapatlah lawat kawasan yang di dalam kawasan Nikko tapi di luar pekan yang terkenal seperti air terjun Ryuzu. Air terjun Ryuzu amat sesuai untuk dilawati oleh kanak-kanak kecil dan warga emas atau orang kurang upaya sebab jarak dari pintu masuk hingga ke air terjun cuma 30 langkah sahaja seperti dinyatakan oleh papan tanda di gambar atas. Tiada bayaran masuk ke air terjun Ryuzu ini, free entrance.
Inilah air terjun Ryuzu dan ketika kami pergi adalah peralihan dari musim salji ke musim bunga. Airnya masih tidak banyak mengalir dan masih terdapat sedikit ais batu di celah-celah batu. Jika musim luruh pasti nampak cantik kawasan ini. Jika rakan-rakan kebetulan lawat kawasan ini pada awal Oktober, di sini adalah musim luruh yang cantik dengan daun-daun bertukar kemerahan. Ryuzu bermaksudnya naga. Air terjun ini ada rupa naga disebab itu dinamakan ia sebagai air terjun naga. Ada nampak bentuk muka naga di gambar atas?
Ada restoran berdekatan yang menghadap air terjun ini. Oleh itu, pelawat sambil minum air teh atau minuman panas dan kuih tradisional Jepun boleh menikmati hidangan sambil menikmati pemandangan air terjun ini. Makanan berat seperti juadah mee soba juga ada bagi yang ingin isi perut. 
Semasa kami berada di sini tidak ramai pelawat tapi kalau musim luruh boleh bayangkan ramai juga singgah di sini. Di sebelah restoran ada juga kuil kecil di sini. Yang menariknya di air terjun Ryuzu ini ada tangga yang landai boleh menyusuri air terjun naik ke atas. Jika kurang fit pun boleh enjoy perlahan-lahan naik sambil menikmati pemandangan indah.
Tukang kebun perasan ada juga kamera untuk rekod kehadiran binatang di kawasan ini bagi penyelidikan haiwan liar. Di sini kami ternampak seekor monyet Jepun yang punggung merah tu berjalan dalam celah semak. Ini mesti monyet jantan kalau jalan keseekoran ni, elok tidak diganggu sebab boleh jadi garang.
Naik naik tangga sampailah ke jambatan Ryuzu untuk menghubungi jalanraya di sini pun pemandangan cantik.
Dari sini kita boleh lihat kawasan pemandangan air terjun Ryuzu yang airnya mengalir hinggalah masuk ke Tasik Chuzenji. Banjaran gunung di sini pada akhir bulan Mac masih lagi ada salji di bahagian puncaknya.
Aliran air sungai kecil yang mengalir di celah-celah batu.
Minggu ini sales pokok tumbuhan Dove Tail untuk yang berminat cuba tanam pokok ini boleh rujuk cara penjagaan dan maklumat lanjut di posting sebelum ini (KLIK SINI). 

5 moist bare-rooted Dove Tail plants for RM10.00 (Sales valid until 31st October 2020). Selain dari Self-Collect boleh juga dipos. 
Pesanan boleh contact wassup Nizam (019-293-1340).

Jumaat, 18 September 2020

Rayyan Cuba Climb Kinabalu

Pada tahun 2019 lepas, banyak jugalah milestone achievement Rayyan Haniel, antara satunya ialah cuba daki trail ke Gunung Kinabalu. Adik perempuan Tukang Kebun yang uruskan permit untuk dapatkan kami daki ke Gunung Kinabalu dan bukan melalui operator pelancongan supaya dapat bawa Nenek Rayyan dan juga 2 orang anak buahnya Ilhan Mikhail (11 tahun) dan Rayyan Haniel (9 tahun).  Jika urus sendiri kalau Sabahan tak termasuk bayar guide dalam RM250 lebih termasuk penginapan dan lain-lain untuk seorang pendaki. Dalam kumpulan kami ini seramai 7 orang hanya adik perempuan Tukang Kebun yang bakal menikah awal bulan depan dah pernah naik, yang lain pertama kali. Cuma kena hati-hati sebab adik perempuan Tukang Kebun pun terkena scam pada asalnya bila nak tempah untuk kami semua melalui agen sama yang dia gunakan masa pendakian pertama dia. Sekali hairan kenapa tak dibalas-balas bila siasat rupanya ramai yang dah kena scam dan sudah membuat laporan polis. Jadi adik Tukang Kebun tekad uruskan sendiri bila ada slot penempahan dibuka oleh Taman Taman Sabah. Urusannya ambil 2 hari juga sebab sesak ambil no giliran sampai kena tunggu hari keesokkannya. Bila urus sendiri jauh lebih murah dari melalui tour operator.
Jika tak silap Tukang Kebun 2 orang kanak-kanak maksimum kena ada 1 malim (guide) bersama, manakala 5 orang dewasa maksimum kena ada 1 malim. Jadi group kami dijaga oleh 2 malim lah. Mula-mula perancangan Ilhan bawa 1 beg, tapi lepas dah 2 kilometer naik si Ilhan dah mula nak menangis tak larat bawa beg jadi papa Ilhan yang mengangkut 2 beg depan belakang sehinggakan ada pendaki dari Netherland tanya papa "berapa kali naik Kinabalu dalam seminggu". Ini memang sah yang Dutch man ni ingat papa malim juga hehehe...
Group ni terpisah 2 jugalah seperti biasa geng laju dan geng kura-kura. Geng kura-kura biasalah Tukang Kebun dan Rayyan dalam nak dekat pukul 4 petang lebih baru sampai Laban rata. Ini pun kena buat taktik nak kasi tinggal baru si Rayyan ni bergerak perlahan-lahan mengekor takut kena ditinggalkan. Tips kalau daki Gunung Kinabalu ni sebenarnya jangan rehat lama sangat kat perhentian Layang Layang sebab boleh jadi kaki cramp macam papa Abby nanti seksa nak habiskan saki baki pendakian ke Laban Rata. Masa ni Tukang Kebun dah rasa altitude sickness juga jadi dinner tak selera makan walaupun ada lauk popular lamb yang sedap trademark di only restaurant kat Laban Rata tak termakan melayan sakit kepala. Menarik juga pengalaman makan di restaurant Laban Rata ni yang juga merupakan restoran altitude paling tinggi di Sabah sebab kepulan awan bawah dari paras yang kita sedang duduk. Restoran above the cloud begitu. Ambil pain killer tidur dulu supaya bila bangun awal pagi nak naik Kinabalu kepala dah tak sakit. Lepas Covid-19 masa PPKP ni lauk lamb tu tak de dah mungkin sebab sempadan masih tutup.
Sejuk jugalah tidur di Laban Rata tu dan Tukang Kebun tidur berpelukan dengan Rayyan nak kasi dia haba dari Tukang Kebun. Dalam 2 setengah pagi lepas sarapan dah mula bersiap sedia nak mendaki naik ke puncak Gunung Kinabalu. Mula-mula Ilhan dan papa Ilhan bersama kami naik sama-sama, kemudian papa Ilhan suruh Ilhan gerak dulu kejar ikut Nenek dan Aunty dia yang laju jalan dari kami ini. Lepas Tukang Kebun khuatir yang kami ni agak lambat menemankan pace Rayyan, Tukang Kebun minta papa Rayyan pergi je tinggalkan kami nanti rugi kalau dia tak sempat sampai di pondok Sayat-Sayat sebelum pukul 4:30 pagi lagipun malim ada dengan kami juga. Pendaki kena sampai pondok Sayat-Sayat sebelum 4:30 pagi jika tidak, pendaki tidak dibenarkan meneruskan perjalanan. Tidak disangka dengan pace lambat kami sampai juga di pondok Sayat Sayat sebelum 4:30 pagi.
Kebetulan hari kami daki Gunung Kinabalu cuaca agak baik cerah dan tidak hujan. Jadi Tukang Kebun dah semangat betul nak naik ke puncak secepat mungkin memandangkan kami lepas juga check point masa pondok Sayat Sayat. Tapi Rayyan pula kurang semangat dan kali ini bekeras dia tak mau gerak langsung dah terus berhenti walaupun dipujuk banyak kali seperti gambar di bawah katanya tak tahan dah sejuknya. Tak jauh pun nak sampai sekurangnya low peak tu kut tak mau bergerak walaupun mulut berbuih pujuk hingga taktik tinggalkan pun dia tak mau ikut terpaksa Tukang Kebun turun balik. Masa ni Tukang Kebun dah berkobar-kobar sebab tak jauh dah dengan cuaca yang amat cerah sekali penuh harapan. Nampak gambar di atas Tukang Kebun dah naik nampak kelibat kecil si Rayyan juga pondok Sayat Sayat Hut. Terpaksa lah patah balik takkan nak tinggalkan budak kecil tu kat situ.
Dengan rasa syahdunya tak dapat Tukang Kebun meneruskan perjalanan maka kami layanlah pemandangan panorama sunrise sampai boleh nampak juga Gunung Trusmadi, puncak gunung kedua paling tinggi di Malaysia. Kalau kita hanya sampai lepas pondok Sayat Sayat cuma dapat sijil hitam putih dan juga tulis di situ ketinggian pondok Sayat Sayat yang kita telah capai adalah lebih 3700 meter juga di mana lebih tinggi dari Gunung Fuji di Jepun. Kalau yang berjaya sampai puncak dapat sijil berwarna.
Rupa-rupanya Tukang Kebun tak tahu yang nenek Rayyan ada dalam salah satu bilik rehat di pondok Sayat Sayat akibat penangan altitude sickness. Memang kami ni adik beradik dah berapa kali pesan jangan naik laju-laju mak nanti kena altitude sickness sudahlah mak ni jenis low blood pressure. Kami memang yakin mak upaya cuma itulah excited sangat dan tak faham yang panjat gunung tinggi ni ikut individu mungkin mudah kena altitude sickness. Kalau yang mudah kena altitude sickness, sebaiknya jangan pace laju biar slow and steady supaya badan boleh sesuai dulu. Habislah mak asyik muntah muntah je terlalu sakit kepala. Kemudian Ilhan pun rupanya ada berehat bersama neneknya. Selepas papa Ilhan tinggalkan kami kejar mencari Ilhan dah mereka daki certain point pertengahan jalan lepas pondok Sayat Sayat, papa Ilhan suruh Ilhan patah balik ke pondok sebab tengok Ilhan jalan dah terhuyung hayang macam orang mabuk khuatir Ilhan kena altitude sickness terlampau.
Alahai kalau Tukang Kebun tahu yang neneknya ada sahaja di pondok Sayat Sayat dah boleh dah tinggalkan si Rayyan dengan neneknya sobsobsob....
Gambar di atas ini antara kawasan yang perlu berhati-hati semasa turun yang agak bahaya sikit. Malim bercerita masa gempa bumi kuat pada tahun 2015 hampir 7:30 pagi yang meragut beberapa nyawa sebab masa tu ada beberapa pendaki dah mula turun berada di kawasan ini la sebab berada di slop yang curam. Waktu 7:30 pagi tu memang masa pendaki dah mula turun ke bawah semula.
Cantik sungguh pemandangan dari puncak Kinabalu melihat kawasan di bawah persekitarannya. Gambar di bawah ini antara batu besar yang retak jatuh semasa gempa bumi tahun 2015, kalau berguling batu tu boleh hempap tempat penginapan di Laban Rata.
Ilhan masih pening-pening lagi sambil turun ke bawah. Tak pelah ini percubaan pertama kali dah berjaya limpas sedikit dari pondok sayat sayat pun ok sudah tu kalau ada rezeki nanti Ilhan dan Rayyan boleh cuba lagi, usia masih muda lagi.
Papa Ilhan lah paling bahagia antara kami pada hari tersebut sebab dah berjaya naik sehingga ke puncak Kinabalu.

Bolehlah papa Ilhan ambil gambar kenangan dengan pendaki lain yang telah berjaya juga.
Gambar di bawah ini group kami bertiga lah yang berjaya naik hingga ke puncak Gunung Kinabalu yang turun kaki dah lenguh-lenguh. Sebelum pukul 11 pagi kami dah mula bergerak turun semula ke Timpohon Gate dari Laban rata. Hujan dah mula menitik semasa dalam perjalanan nak turun. Syukur Alhamdulillah hari kami mendaki naik ke Laban Rata tidak hujan, bila balik sahaja.
Sebab Tukang Kebun agak frust jadi bila balik papa Rayyan lah temankan Rayyan turun pula. Kali ini geng yang tak sampai puncak Kinabalu pula turun laju. Ilhan dan Nenek orang kedua sampai Timpohon Gate dalam pukul 1:30 tengahari. Yang kawan Dutch papa tu orang pertama sampai di Timpohon Gate. Tukang Kebun sampai sebelum dalam pukul 2:30 petang di Timpohon Gate, kira-kira 3 jam ambil masa.
Nasib juga kami sampai awal, yang group papa sampai 1 jam lepas kami dah dalam hujan lebat. Memang ada kami bawa baju hujan siap-siap. Perjalanan balik ni beg Ilhan, Malim yang tolong bawa turun. 
Syukur Alhamdulillah boleh jugalah Rayyan melepasi pondok Sayat Sayat tu cuma mengalah sebab kesejukan je. Tukang Kebun pun bila fikir balik tak sangka kami dapat bersama-sama mendaki Gunung Kinabalu dengan Rayyan pada usia 9 tahun bila terkenangkan keluar masuk hospital setelah Rayyan lahir dengan jantung tidak sempurna. Pada usia 7 minggu sahaja, Rayyan terpaksa diterbangkan dengan menggunakan helicopter ambulance dari Adelaide ke Royal Children Hospital Melbourne direct kerana risiko susah bernafas akibat low level oksigen yang hanya termampu oleh jantungnya untuk mendapatkan pembedahan dengan segera. Nak minum susu pun tak larat sekejap dah terlelap sebelum kenyang, terpaksa salurkan susu melalui hidung masuk ke perut terus gunakan tiub setiap waktu malam kerana mengalami masalah pertambahan berat badan. Yang temankan Rayyan naik helikopter ambulance masuk dalam bed capsule macam gambar di bawah seorang jururawat sahaja macam nak terbang ke bulan. Manakala kami naik penerbangan biasa ke Melbourne. Time does fly fast.
Sejak Rayyan lahir asyik hospital dah jadi second home dari bayi sehingga toddler. Masa tu kami elakkan bawa Rayyan ke tempat ramai orang sebab khuatir penyakit berjangkit dan Rayyan golongan berisiko tinggi. Jadi biasa Rayyan duduk di rumah Tukang Kebun teman, manakala Ilhan yang akan dibawa keluar bersama dengan papa supaya Ilhan boleh belajar socializing. That time I told myself in the future you will live life to the fullest with no regrets. Agaknya secara tak sengaja Tukang Kebun masih terbawa-bawa suka cari tempat untuk melawat yang tidak ramai orang agaknya bila reflect balik.
Ini sebagai catatan Tukang Kebun sahaja, bila turun dari Gunung Kinabalu, keesokan harinya pula sertai acara larian 10 km di Tanjung Aru iaitu The Last Tanjung Aru Beach Run . Sepatutnya event ini dibuat pada bulan Ogos 2018 tapi ditunda ke January 2019. Acara larian ini Tukang Kebun sertai dengan kawan nasib baik kaki ok lepas turun Kinabalu kali ni.