Cosmos Picotee sangat sukakan cuaca yang banyak cerah di musim kurang hujan atau kemarau semasa musim berbunganya yang peak. Bunga dwi warna putih dan beropol merah di keliling kelopaknya. Bunganya pun jenis yang besar berbanding dengan jenis cosmos-cosmos lain.
Cosmos Picotee sukakan jenis tanah yang poros atau tidak bertakung. Jenis tanah yang sedang pokok-pokok cosmos picotee sedang menceriakan kebun kami ialah jenis berpasir dan menerima cahaya matahari sepanjang hari. Pada awal pertumbuhannya semasa musim hujan jadi tidak perlu susah payah siram sebab tanah tidak kering. Selepas pokoknya dewasa matang ianya tidak memerlukan banyak air, selang sehari siram pun boleh. Pokok cosmos yang sesuai untuk mereka yang sibuk dan inginkan pokok bunga yang low maintenance. Pokok cosmos adalah jenis yang tidak perlu tanah yang subur dengan baja. Pada kawasan yang kurang baja lebih dia rajin berbunga. Cuma perlu potong bunga yang sudah layu supaya pokok cosmos picotee akan berterusan menghasilkan bunga yang banyak.
~Biji Benih Bunga Cosmos Picotee ~
Anggaran 30 seeds satu pek (RM3.00).
8 ulasan:
Salam diana. Dah lama mencari cosmos ni. Simpan utk saya satu pek ye. T.q.
Untuk eila 1 pek ye diana,thank you.
Salam Diana..pokoknya ada ubi ke?
Diana dear..nak tuntut ilmu sikit...cosmos is ulam raja rite? Aida tgk ada byk jenis...yg mana satu edible ye? Atau semua jenis boleh dibuat ulam? Thanks diana...
Salam Diana,saya nk juga 1 pek.
Salam Ramadhan.
Tukang kebun ada simpankan biji benih Cosmos Picotee untuk hijaudaun, eila dan Narshifa.
Salam Cikmanggis ~ Pokok cosmos tak berubi.
Aida dear,
I would say ulam raja is in the cosmos group. Ulam raja is cosmos caudatus. Cosmos picotee ni dalam group Cosmos bipinnatus. Daun pokok cosmos picotee lain bentuknya dari ulam raja more fern like macam daun pokok asparagus.Some cosmos leaves can be toxic if consume too much I think. So kena cautious sikit not all cosmos are the same, not all edible.
Thanks a lot Diana :) nasib baik tanya...
salam . .nk satu pek
Catat Ulasan