Halaman

Rabu, 30 April 2014

Kui Kui Kui Kuini

 Musim kemarau yang dah lama tak dirasai seperti tahun ini ada hikmahnya. Walaupun semua kita ni gardeners mengomel-ngomel pasal air yang terhad dikenakan. Sejak tukang kebun balik setelah sekian lamanya tidak berbuah, akhirnya tibalah musim buah kuini di Kebun Bahagia Bersama. Sebelum ianya berbunga, tertanya-tanya gak pokok tinggi ni pokok apa dah setanding dengan pokok petai? Tapi takdelah tanya kat big boss tengok sendiri macam adik beradik pokok mangga. Hati seorang tukang kebun bertanya kenapa tinggi benar pokoknya, kanopi pun taklah bushy menghalang cahaya ke pokok-pokok lain. Siap ada sarang burung besar lagi di atasnya.

 Bila ia mula berbunga di pertengahan musim kemarau mulalah rasa teruja nak tanya big boss. Big boss kata pokok kuini. Oh ya ke, double confirm dengan Tuan Tanah pun cakap kuini. Tuan Tanah ada balik malam Isnin lalu, katanya saiz yang buah kuini tukang kebun kutip jatuh sendiri hujung minggu lepas kecil dari biasa. Biasanya kalau buahnya menjadi 3 kali ganda saiznya kata Tuan Tanah. Pagi ini Tuan Tanah dah balik jadi tukang kebun kirim untuk big boss apa yang ada di belakang seperti buah kuini, limau kasturi dan lemon. Buah kuning telor yang banyak menguning tukang kebun kait untuk bagi makcik tukang kebun sebab setiap kali Tuan Tanah balik mesti ada beras kampung yang makcik tukang kebun sendiri tanam secara organik bekalkan untuk kami. Big Boss pun dah pesan kalau ada buah kuning telor yang kegemaran makcik Janet sedang elok setiap kali Tuan Tanah balik jangan lupa masuk dalam beg Tuan Tanah nanti bila balik kampung big boss boleh passing. Kait-kait buah kuning telor semalam. Big boss pula nak segala jenis citrus yang boleh dituai pula. Dengan pesanan 6 batang Frangipani Bali Blushing Red (nak pindah rumah punya planning tak lama lagi).

 Tuaian dalam gambar no. 1 ialah pada hujung minggu lepas mana tukang kebun terdaya lepas potong rumput. Tangan dan Kaki dah rasa macam jeli berjalan-jalan dengan cepat kutip buah kuini, petik lemon, kuning telor, limau kasturi, belimbing buloh dan cili burung. Teringin nak makan sambal belacan kuini...kui kui kui.
 Ini untuk generasi akan datang yang jaga Kebun Bahagia Bersama punya inventory lokasi nanti tak kenal mana satu pokok kuini macam care-taker sekarang. Sakit tengkuk nak mendongak tengok. Bila tengok buah yang banyak tergantung-gantung dari jauh asyik terfikir macam mana nak tuai panjat pokok tinggi kuini ni. Pastu rumput sampailah Sabtu lepas ada agaknya paras lutut. Pagi Ahad baru dear Hubby potong rumput kat bawahnya baru perasan yang rupa-rupanya ada banyak yang dah jatuh sendiri pun dari pokok. Adalah peluang juga nak merasa tak perlu panjat, tukang kebun kutip-kutiplah yang elok ada yang dah berbau harum menusuk kalbu. Gara-gara rumput panjang, tak perasan yang dah ada buah yang gugur. Nasib jugalah terlindung dengan semak buahnya jadi binatang-binatang tu pun tak perasan.

 Kadang-kadang tukang kebun pun lupa yang berdekatan dengan pokok kuini berjiran dengan pokok bambangan yang juga setinggi dia (sebab ada beberapa pokok lain yang lebih rendah terlupa lak). Bilalah agaknya kau juga nak berbuah wahai bambangan?

 Pokok kuini perlukan ada jangka masa di mana ianya mengalami musim kemarau baru nak berbuah. Wahai anak-anak bila ada kemarau luar biasa bolehlah look forward musim buah kuini ya. Tahun lepas tak de musim kering yang ketara jadi tak berbungalah dia. Untuk mereka yang di kawasan kebunnya kerap mengalami musim kemarau maka sesuailah mereka tanam pokok kuini. Pokok kuini adalah pokok nadir kita dan ianya perlukan masa kemarau yang amat nyata baru bangun nak berbuah. Pokok kuini adalah adik beradik mangga. Samalah sifatnya dengan mangga bila lama hujan tak datang akan membuat pokoknya teruja nak berbunga. Janganlah kau marah buah kuini kalau dia tak mau berbunga bila cuaca asyik basah sahaja walaupun banyak baja diberi. Di dalam Malaysia, di pelbagai lokasi taburan hujan juga amat berbeza, jadi ada kawasan yang amat sesuai (ada musim kemarau nyata), ada kawasan yang selalu basah payah nak berbunga.
  Tukang kebun tak boleh angkat tangan sangat sebenarnya dari minggu lepas, muscle dekat belakang shoulder blade terkoyak gara-gara jatuh longkang. Bukan sebab gardening, sebab sejak berkahwin tak pernah tukang kebun bonceng motor. Sebab kereta banyak dalam workshop sekarang, pastu ada insan tu keluar berdating bawa kunci kereta sekali (temper tukang kebun max) jadinya kereta tak dapatlah mama Ilhan nak drive pergi ambil Ilhan di sekolah. Sebab kesiankan anaknya lewat ambil nanti keseorangan menangis-nangis terpaksalah mama dia kuatkan hati bonceng motor after almost 7 years tak pernah bawa. Entah bila balik lepas ambil agaknya nervous, kaki tu macam jeli terseliuh masuk longkang pastu badan terpusing macam nak breakdance nak tahan dari jatuh. Yang kelakarnya bukannya jatuh longkang dengan motor (like hubby thought tengok bila balik ada orang tu murung dalam bilik dengan ankle tercalar-calar), rupanya jatuh longkang kecik je termasuk kaki depan dapur lepas jemput Ilhan. Jangan gelak-gelak banyak sangat ya. Itulah kisahnya ada orang tu tengah injured terkoyak muscle tak boleh angkat tangan. 
 Makan sambal belacan kuini bersama-sama ulam raja, pucuk katak puru, pucuk asam gelogor dengan nasi panas tambah 3 kali. Kalau orang yang berdiet memang bahayalah. Sebab tukang kebun dah habiskan masa hampir setengah hari memotong rumput hujung lepas bolehlah lepas gian. Minggu ini dapur semerbak dengan buah kuini. Tak perlulah nak menyusahkan hubby panjat, Syukur Alhamdulillah yang buah gugur pun bolehlah kenyang perut. 

 Awal pagi Ahad lepas hubby dah ambil hati tukang kebun (tanpa permintaan) dah mula potong-potong rumput di belakang kebun sebelum tukang kebun paksa diri dan ganti dengannya after a few hours. Lagipun yang belah depan tukang kebun dah buat itu yang sakit muscle koyak tu datang balik sakit nak angkat tangan. Sebab mesin rumput tu menolak je, jadi tukang kebun kira bolehlah buat lagi. Kalau mencantas lagi banyak pakai muscle. Nak buat macam mana sakit mata tengok rumput yang dah panjang-panjang tu. Sikit lagi InsyaAllah hujung minggu ni projek potong rumput selesai untuk bulan ini.

Ahad, 27 April 2014

Costus Green Mountain

 Hari ni di kala matahari tegak di kepala tukang kebun dalam kekalutan nak snip snip tuaian segar di backyard yang ada untuk lunch permata-permata hati yang sedang mengacau pakciknya di tingkat atas tiba-tiba terjatuh cinta pula. Asalnya nak melihat nasib antara si sayur raja yang pada musim kemarau lalu tukang kebun biarkan duduk tenggelam membesar bersama weed. Si Ilhan sukakan sayur raja baka yang tukang kebun bawa balik dari Sabah (info sayur raja klik sini), sebab ianya jenis bukan berlendir dan tak berbau. Mula-mula tukang kebun terkejut juga yang Ilhan gemarkan sayur ini. Bila dah lama tukang kebun tak tuai, kalau dia tahu tukang kebun masak sup bebola daging ataupun kuah pasta akan membuat permintaan untuk campurkan sayur raja (selalunya mama dia bila tengah rebus pasta baru kelamkabut nak pergi tuai macam hari ni gak). Tukang kebun tak pernah siram lokasi tu pada musim kemarau tetapi ketinggian weed pun dah lebih 1 meter, intai-intai sihat walfiat sayur raja tu duduk sama dengan weed. Nantilah bila ada masa baru kemaskan kawasan tu. Ambillah stok sayur raja di lokasi lain yang reachable tak perlu melalui belukar dulu. 

Cerita terpesong pula...sorry. Kesimpulan perenggan tadi, weed tu ada purpose masa musim panas kemarau sengaja tukang kebun biarkan menjadi 'shade' semula jadi si sayur raja, tak perlu nak pakai jaring-jaring. Sebenarnya masa musim kemarau tempoh lalu, banyak pokok kategori sayur tukang kebun biarkan ianya dikerumuni weed sebab tukang kebun memang tak mampu nak ambil masa siram, ku pasrah sahaja. Weed dikeliling pokok tu akan mengurangkan bahang kepanasan kepada persekitaran. Macam orang kata dekat kawasan banyak pokok lagi kurang panas dari duduk dekat tengah bandar yang tiada pokoklah. Sama sahaja konsepnya. Strategy weekend gardener macam tukang kebun ini supaya tak terpupus semua koleksi dalam kebun gara-gara bahang kemarau dan terbiar tidak disiram (musim hujan jangan pula pakai strategy ni). Terpegun tukang kebun tengok sayur raja tu masih hidup lagi dalam semak tanpa disiram oleh tukang kebun dalam seumur hidupnya.

 Selingan panjang sangat...sebenarnya nak story pasal jatuh cinta dekat tumbuhan dalam gambar ni...

 Sebab nak cari sayur raja baru tukang kebun perasan yang pokok costus tukang kebun alihkan berdekatan dekat lokasi tu pada tahun lepas dah mula meriah berbunga dan banyak kudup-kudup bunganya hari ini. Jadi yang mana kudup-kudup bunganya dah nampak gemok tukang kebun tuailah. Sambil berjalan-jalan tukang kebun pun ratah kudup bunga jenis species costus ini. Subhanallah, rasanya very fruity macam makan buah masam manis. Tambahan pula texture yang ranggup memang sedap. Kudup bunga jenis costus ini kalau dicincang campur dalam kuah cicah asam untuk ikan bakar pun syok juga kut. Campur dalam salad pun yummy. Kalau orang kita satu bahan untuk ulam yang sedap untuk dimakan. Kalau buat BBQ di rumah bolehlah impress tetamu dengan pick your own salad di kebun anda sendiri sebab ramai tidak ketahui yang kudup bunga costus species ini boleh dimakan.

 Species Costus jenis apa yang membuat tukang kebun jatuh hati kepadanya?

 Hari ini sambil tukang kebun menyusukan Abby, ambil masa tersebut untuk mengenali keluarga Costus lebih dekat lagi supaya diri ini akan lebih dekat dengannya. Mencari ilmu bukannya susah sekarang ramai yang berkongsi di dunia cyber tidak perlu ambil kelas khusus dalam bidang botani atau pertanian. Cuma dengan beberapa 'keyword', ilmu itu ada dihujung jari. Tukang kebun bukan ada latarbelakang pertanian mahupun botani cuma bermulanya minat untuk menanam makanan untuk keluarga sendiri. 
  
 Lama kelamaan diri ini sedar, tumbuhan dengan kita ada sesuatu hubungan kalau kita nak berjaya kawan lama dengan dia. Mestilah kita kena kenali juga apa dia suka dan tidak suka. Walaupun keluarga yang sama tetapi setiap species adalah individu yang unik macam kita. Macamlah anak-anak kita perangai lain-lain. Tak kenal, maka tak cinta. 

 Memang pada mulanya, berkebun nak kenyangkan perut keluarga. Seterusnya kita mula curious bukan sahaja untuk isi perut, tapi apa jenis khasiat atau ubat yang boleh diberikan dari tumbuhan yang kita bela ni. Maka lebih mendalam kita mula kenal mereka bukan sahaja luaran tapi inner beauty yang ada pada mereka kita dapat manfaatkan. Bila dah sampai phase ni, nak berkembang mencari ilmu ni banyak tukang kebun pelajari dari otai-otai lain. Tak perlu nak duduk dalam kelas atau ambil kursus botani/pertanian/permaculture pun. Setiap hari ada sahaja dalam kebun benda yang baru kita boleh belajar kalau kita perhatikan betul-betul. 

 Salah satu yang secara tidak langsung Otai-otai luaskan horizan minda tukang kebun ialah pentingnya perhatikan setiap struktur seluruh bahagian pokok elok direkodkan. Kekadang ada juga tumbuhan dalam keluarga sesuatu tumbuhan sangat mirip tetapi berlainan species. Yang selalu dibuat teguran dan peringatan kepada tukang kebun dari otai-otai (sifu) ialah kalau boleh berikan nama botaninya lebih baik dari nama am yang diberikan. Sebab kebiasaannya nama-nama ini banyak tumbuhan mendapat nama yang sama takut tersilap tumbuhan lebih-lebih lagi kalau nak minta pandangan dari sudut boleh makan ke? cara berubat ke?dll. Maka mulalah self-study cari nama-nama botani tumbuhan tersebut jika tukang kebun dapat mencarinya. Perlahan-lahan, ilmu botani ni tukang kebun cuba ambil tahu dah bolehlah agak-agak macam mana satu tumbuhan dikategorikan dan sebagainya. Lama-kelamaan kayuh perlahan dalam ilmu ini seronok juga sebab nak mencari info sesuatu tanaman makin mudah terutamanya untuk sumber-sumber rujukan yang lebih bernas.

  Bagi yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia berkebun, tak perlu nak khuatir tak pernah ambil kelas mengenai pertanian atau yang sama dengannya. Kelas yang sebenar ialah dalam kebun tu tak kira sebesar mana walaupun balcony garden. Tukang kebun pun tak pernah ambil kelas atau kursus sebelum mula berjinak dalam gardening. Sampai sekarang pun banyak melakukan kesilapan, kekadang dah tahu salah pun terbuat salah yang berulang kali. 

  Sehingga sekarang tukang kebun masih rasa diri ini level 'Novice Gardener' lagi.

  Sorry lama celoteh hari ini, 3 hari punya bahagian tak sempat nak buat posting agaknya (hahaha).


 Tukang kebun rasa, terjatuh cinta dengan jenis Costus 'Green Mountain' hari ini (kalau tukang kebun silap boleh betulkan). Hari ini sambil cuddle cuddle dengan Abby, tukang kebun cuba tambah pengetahuan mengenai costus. Memang jenis 'Green Mountain' bud bunganya ada beberapa review kata boleh dimakan dan antara rasa yang menjadi kegemaran. Green mountain ini bukan jenis costus asal kepada negara kita. Costus jenis ini gemarkan kawasan yang menerima separa cahaya matahari. 

 Tukang kebun Awin di Petak Hijau pernah kongsikan pengalamannya dengan Costus woodsonii (French Kiss) dan cara Chef-nya membuat suatu sajian yang menarik (visit petak hijau klik here).

  Kerengga-kerengga yang bertapak di atas kudup bunga tu pun, mestilah tertarik dengan manisan dari tumbuhan ni kan.

  Akhirnya terjawab jugalah jenis Costus ini yang juga telah berpindah ke beberapa negeri di Semenanjung Malaysia. Bagi gardeners yang membuat pesanan Costus yang tukang kebun belum dapat berikan nama specific-nya dulu (klik sini) pun bolehlah kenal lebih rapat dengan Costus Mountain Green ini.

~ Costus Mountain Green ~

1 Bekas RM8.00 .

Untuk Sabah/Sarawak tukang kebun boleh bekalkan dalam bentuk rizom sahaja bukan dalam pot.

Rabu, 23 April 2014

Sawi Jepun Komatsuna Gokurakuten 極楽天 Organik

 Tukang kebun bila dah hujan mula bertandang akhir bulan lepas masih teragak-agak nak cuba tanam beberapa jenis sayuran di belakang nun sana yang memang nasibnya ikut rentak rezeki hujan. Disebabkan hujan tak turun tiap-tiap hari dan suhu masih panas berbanding dengan beberapa kawasan berdekatan. Bila tukang kebun keluar dari kawasan kampung kami ini selalu tengok tempat lain hujan tapi hujan tak beberapa nak turun di sini (berapa kali mengadu dekat tukang-tukang kebun duduk area Shah Alam yang rezeki hujannya lebih banyak). Selang beberapa hari rentak hujannya. Bila bermula sahaja hujan turun setelah berminggu-minggu lamanya tiada, untuk lepaskan gian menyemai, terus tukang kebun ambil risiko semai beberapa biji benih di raise bed angsa (RIP) yang kebiasaannya menjadi favourite lokasi tukang kebun tanam komatsuna (sawi jepun) <lokasi klik sini>.  Dari terbiar kosong dan rumput rumpai yang naik balik dengan hujan datang, baik taburkan benih-benih yang ada dulu. Biar sama-sama naik. Kita tengok siapa meninggi dulu.

 Syukur Alhamdulillah masa minggu menyemai cuaca pada sebelah siang tidaklah bahangnya macam pada musim kemarau menjadikan percambahan tidak masalah walaupun lokasi ini adalah di tempat full sun. Kali ini tukang kebun testing pula dengan kemampuan biji benih Komatsuna Gokurakuten  極楽天 sebab setakat ini dengan beberapa jenis sawi Jepun yang telah tukang kebun testing 'end result' masih ada tuaian untuk kami makan di lokasi ini. Dulu tukang kebun ambil masa dalam sebulan lebih kurang habiskan masa sejam kemas, gembur, semai dll di lokasi ini untuk dapatkan hasil. Sekarang sebab dah biasa hanya anggaran 30 minit sahaja dalam sebulan, tukang kebun habiskan masa di lokasi 1 meter persegi ini setiap bulan. Ia lepas selesai menyemai biji-biji benih, tukang kebun tawakal sahaja apa yang berlaku atas raise bed ini. Kalau ada rezeki tukang kebun, adalah tu. Kalau rumpai dah teruk sangat je baru cepat-cepat cabut itu rumpailah.

 Dulu tukang kebun pernah baca interview di majalah gardening di Australia. 

Orang bertanya: Dengan lifestyle dan working condition sekarang, ada ke masa nak tanam makanan sendiri?
Yang kena interview menjawab : Kalau kita ada dapat luangkan masa 30 minit menatap TV atau YouTube, semestinya kita ada masa untuk tanam makanan sendiri.

Untuk menyedarkan diri menggunakan masa yang bermanfaat, tukang kebun selalu teringat kembali jawapan tersebut bila mood malas melanda. Bila dah makin biasa dengan environment sepanjang tahun di kebun sendiri, InsyaAllah kita akan makin efficient menggunakan masa yang ada di kebun.

 Inilah hasilnya dalam kurang 5 minggu. Alhamdulillah hujan pun mulai hujung minggu lepas setiap hari datang dan ribut pula tu dengan cuaca pun lebih nyaman sekarang. Pejam celik mata, tukang kebun pun tak sangka bila diintai dah tinggi dan boleh nak tuai rupanya. Bukan hanya pasir tanah banyak bertapak melompat ke daun tetapi nampaknya banyak juga kesan lovebite dari serangga juga. Siap tinggalkan kesan poo poo besar di daun merata-rata. 
 Kesimpulannya, elok sudah tukang kebun tuai kesemuanya hari ini. Bila dah dicuci hasilnya nampak dah menarik macam gambar teratas, tuaian kami di awal pagi hari ini di kelilingi nyamuk yang tidak belas kasihan. Lepas tuai, lantas tukang kebun kemas-kemaskan dan semai terus beberapa jenis biji-biji benih tengok mana yang serasi dengan cuaca sekarang (nota tukang kebun: kali ini tidak diberi baja). Yang selalu suka buat lovebite dekat komatsuna di lokasi ini, memang ulat jenis ini.
 Ulat ni pandai menyorok dalam tanah, bila dituai keluarkan komatsuna dalam tanah kekadang dia sama-sama melekat keluar sekali. Tadi seekor pun tak nampak di daun. Bila gembur-gembur tanah, itu dia nampak sorak dalam tanah. Kalau gardeners yang peka bolehlah pantau sebelum ulat-ulat ni dah besar gemuk bolehlah kutip mereka masih tiny tiny. Kalau tak rajin (ehem tiada masa) macam tukang kebun sebelum banyak lovebite boleh sahaja mula tuai komatsuna tersebut boleh rasa rezeki dari kebun.  Komatsuna ni tak kira berapa size atau minggu usianya dah boleh dibuat sayur. Lagi muda lagilah sedap rasanya.

 Cuci jelah kesan kotoran di daun. Kalau kita tengok poo poo ulat ni pun warna hijau dari penghadaman sayur. Logiknya apa yang mereka makan dengan hanya daun sayur organik tersebut lebih bersih dari apa yang keluar dari badan kita. Itulah yang tukang kebun Lenay ingatkan tukang kebun masa awal-awal berjinak berkebun dulu. Tukang kebun Lenay dulu kata masa mereka menjual sayur-sayur daun, penat juga di awal-awal pagi lepas tuai nak dicucinya sayur-sayur di tepi sungai sebelum mereka bawa ke tamu. Kitakan dah biasa tengok packing cantik-cantik di supermarket, tak pernahlah terfikir macam tukang kebun orang bandar ini. Bila tanam makanan sendiri baru tahu and we started to appreciate whatever we can harvest from our own little garden.

 Kita makan sayur daun yang tidak pernah disembur, kita yakin apa yang masuk di dalam badan. Petanda lovebite dan tukang buatnya wujud di situ menandakan makanan kita adalah hasil yang original tanpa kosmetic racun semburan nak maintain kecantikkannya. Of course, cosmetic adalah untuk maintain penampilan outer beauty (cover with toxic) bukan untuk maintain inner beauty (non-toxic).

 Kalau tanam dalam komatsuna dalam bekas pun boleh juga seperti tukang kebun CT aju di "Sweet Touch".

 Minggu ini dengan cuaca yang kurang panasnya di Kebun Bahagia Bersama, rasa-rasa tukang kebun minggu yang sesuai nak semai biji-biji benih jenis sayur daun (masa je tak de). Gabungan kekerapan hujan dan full sun biasanya komatsuna cepat melonjak naik dalam 4-5 minggu saiznya memang dah seronok nak dituai. Kalau di kawasan kurang matahari, dia naik lambat-lambat sikit ya terutamanya jika banyak hari mendung. Do take advantage of the perfect weather.

~ Biji benih Komatsuna Gokurakuten  極楽天 ~
Anggaran 50 biji benih dalam 1 pek (RM1.00) .

Jenis sayur daun yang available lagi (anggaran 50 biji benih RM1.00) :
- Arugula (Rocket Victoria) -
- Mustard Green Giant -
- Tsai-Hsin (Macam sawi bunga) -

Akan datang untuk bulan May, sayur daun Jepun jenis 'Tsukena' mirip kepada Bok Choy ada 2 jenis:
-Vitaminna (mula popular dengan gardeners di sana, tukang kebun pun teruja nak rasa kenalah tanam sendiri).
-Hiroshimana (variety dari Hiroshima prefecture).
(May pre-orders anggaran 50 biji benih dalam 1 pek RM1.00)

Selasa, 22 April 2014

Passiflora dan Pokok Mangga

 Miniata si merah menyala sudah mula musim bunganya berdekatan tempat penyidai di Kebun Bahagia Bersama. Bila melihatnya tukang kebun teringat kepada tukang kebun Choi Min di Petaling Jaya yang tengah memikirkan untuk mencari rumah pokok Passiflora miniata yang adik beradik dengan gambar pada hari ini. Yang dalam gambar ini adalah stok untuk penghantaran Kebun Bahagia Bersama pada asalnya tetapi bila tukang kebun tengok dia dah mula berkudup ku jadi sayang padanya. Tambahan lagi ianya dah kuat berpaut pada beberapa pokok di sekitarnya sepertilah pokok mangga yang sudah berusia setahun lebih dan tinggi dari tukang kebun. Yang menariknya kedua-dua si miniata dan pokok mangga ini masih dalam pot yang kecil dengan hanya ketinggian tanah anggaran 15cm.
  Soalan: Bolehkah Passiflora miniata tumbuh dalam container?
  Jawapan: Boleh kalau rajin siram dan baja. Elok container yang lebih dalam tanahnya >20cm. Dan pastikan bersebelahannya ada tempat nak memanjat. Cahaya sekurang-kurangnya 6 jam terpancar kepadanya dalam sehari.
 (Sebenarnya tukang kebun tak baja pun sejak dia duduk dalam pot tu)
 Passiflora miniata dan Passiflora edulis, si markisa/passionfruit adalah adik beradik. Keluarga passiflora mempunyai bunga yang sangat cantik, bentuk dan pelbagai warna. Mungkin ada yang belum perasan markisa purple atau kuning bulat yang biasa didapati bukan sahaja jenis buah markisa yang boleh dimakan. Tetapi terdapat pelbagai bentuk dan warna markisa yang ada di dunia ini. Kalau terjumpa buah Passiflora miniata pun bolehlah cuba nak makan. Tapi awas ya jangan main makan sebarang walaupun dalam keluarga passiflora ada yang boleh makan, ada juga yang tak boleh dimakan.
 Hari ini baru disedari sebentar tadi yang pokok buah markisa ungu melilit dekat pokok mangga ada buah balik rupanya.
 Yang melilit atas pokok kemboja ditunjukkan di posting sebelum ini (klik sini) dah merimbun dan juga berbuah. Sebenarnya nak tutup mata dari tunggul kayu bersebelahan yang dah reput tu dengan daun-daun markisa. Disebabkan pokok markisa jenis pokok buah yang cepat berbuah, a fair warning dari tukang kebun; tukang kebun tak galakkan pakai baja tahi ayam dengan arnab. Nanti gardeners tengok subur mabuk daun tapi tak berbuah-buah lama-lama sakit hati juga, betul tak? Banyak pula kerja dah mabuk daun asyik nak kena pangkas beberapa kali bila dah daunnya merimbun sampailah sumber nitrogen yang buat bagi overdose daun tu makin berkurangan barulah pokok nak berbuah. 
 Gambar Morning Glory FUJI yang tukang kebun Choi Min kongsikan pada tukang kebun untuk menghiburkan hati yang mood swing tak betul hari tu. Tengok baka morning glory ini kembang di taman tukang kebun Choi Min berkongsi bahagia sebab FUJI adalah kegemaran kami berdua. Thank you Choi Min. 
 Tukang kebun pun tak pasti kenapa tiba-tiba permulaan April dalam tiap-tiap hari banyak pesanan Passiflora miniata yang diterima sehingga tukang kebun kehabisan stok cuma yang dalam gambar sahaja tak sanggup ku lepaskan. Jenis miniata ni ambil masa nak sediakan untuk membesar ready shipment berbanding dengan makisa ungu (Passiflora edulis) tu. Sekiranya ada yang berminat, please inform tukang kebun in advance ya, sebab waiting list pun dah makin panjang. Kalau tukang kebun tahu sekian berapa dalam waiting list yang ada sekarang, mudah bagi tukang kebun nak sediakan. Sebab ada musim-musim tertentu sahaja yang tukang kebun buat persediaan.
 Gardeners yang sudah menerima Passiflora miniata dari awal tahun hingga April baru-baru ini, pokoknya sebaya dengan yang ditunjukkan pada hari ini. Sekiranya dibelai, InsyAllah tak lama lagi berbunga jugalah dia kalau belum lagi.

Isnin, 21 April 2014

Crepe Ginger

 Bagi penggemar keluarga tumbuhan jenis costus yang duduk di luar kawasan Asia Tenggara, ini adalah koleksi jenis costus yang mesti dimasukkan antara kategori most wanted ataupun my wishlist. Warna bunga costus atau kuncup bunga yang biasa kelihatan dalam keluarga costus ialah berwarna oren yang sekarang juga telah menjadi lebih dominant sebagai tumbuhan landskap di Malaysia. Walhal yang berwarna bunga putih ini dikenali dengan nama tempatan setawar putih/setawar halia/lemba batu adalah warna yang nampak ayu dan lebih unik dalam keluarga costus iaitu berwarna putih suci. Bila tukang kebun tengok bunga ini, terasa rindu terubat dengan tanahair sebab ianya represents budaya orang kita seperti kelembutan wanita Malaysia. Orang Malaysia zaman dahulu mahupun sekarang sangat synonim menyukai bunga-bunga berwarna putih. Malahan ada generasi dahulu gemar namakan anak-anak dengan nama bunga berwarna putih. Orang barat panggil tumbuhan ini sebagai crepe ginger.

 Ini adalah antara tumbuhan jenis costus yang jika ia sesuai dengan persekitarannya boleh tumbuh sangat tinggi melambai-lambai bunganya atas pagar boleh kelihatan. Memadai mendapat sekurang-kurangnya 3 jam sinaran matahari ianya akan bahagia. Pokok Crepe Ginger biasa kelihatan di tepi jalan (sekarang kat bandar payahlah nak nampakkan) atau di tepi parit. Dekat Kebun Bahagia Bersama, big boss tanam dekat luar tembok depan bersebelahan parit. Dah lama tukang kebun nak si putih ayu ini, tapi tukang kebun bersabar takkan lah big boss tak de koleksi yang ini antara keluarga costus yang ada. Big boss bila balik KBB kerja asyik suka mencantas terutamanya di depan tembok jadi tiada choice tumbuhan nak merumpun berbunga dulu untuk tukang kebun buat inventory. Akhirnya musim kemarau lepas rumpunan costus ini mula bermusim bunga. Pelbagai koleksi bunga kertas big boss pun baru diberikan keizinan bulan ini berbunga sekarang sebab tuannya dah lama tak balik.
 Nectar (manisan madu) dari bunga yang baru nak keluar dari celah-celah kelopak merah ini pun manis, menjadi tarikan semut-semut menjadikan makanan mereka. Double happiness juga sebenarnya sebelum dan selepas habis musim bunga yang berwarna putih sebab yang ini juga nampak unik macam bunga warna merah menjadi hiasan dalam kebun kita.
 Pokok costus adalah antara pokok yang mudah dibela kerana hampir tidak kena serangan serangga dan tidak perlu banyak penjagaan. Sesuai untuk mereka yang baru berjinak dalam dunia berkebun. Keperluan airnya tidak banyak tergolong dalam kumpulan 'water-wise' plant. Kalau tak mampu nak siram kerap pada musim kemarau biasanya rizomnya akan dormant atau tido bila musim hujan tiba pucuk baru akan naik dari rizom dalam tanah tersebut. Kalau nampak haggard masa musim kemarau cantas je pokok ni.
 Pokok Crepe Ginger bukan sahaja pokok hiasan tetapi ianya mempunyai nilai perubatan tradisional dan juga masa datang ekstrak dari bahagian-bahagian tertentu dari pokok ini dapat membantu memberi penawar pelbagai jenis penyakit. Untuk kegunaan yang tidak complicated secara tradisional ialah daunnya boleh dilumatkan kemudian sapu di dahi untuk mengurangkan demam. Alternatif, daunnya direbus dan dibuat mandi untuk meredakan demam. Pokok Crepe Ginger adalah jenis pokok yang mempunyai rizom seperti pokok-pokok jenis halia lain kecuali ekstraknya tidak menghasilkan aroma. Rizom ini mempunyai banyak kegunaan untuk perubatan tetapi kendalian perlulah berhati-hati dan menurut pakar. Orang yang mengandung tidak sesuai. Campuran rebusan rizom crepe ginger boleh membantu mengurangkan pelbagai jenis masalah dalam pernafasan seperti asma atau pnuemonia atau bronkitis. Ianya juga membantu dalam masalah penyakit kulit. Zaman dulu sebagai ubat traditional untuk melawan penyakit chicken pox/campak/cacar. Penyelidikan juga menunjukkan pokok ini mempunyai pelbagai potensi sebagai agent anti-stress, mengurangkan kandungan gula dalam badan (anti-diabetes), antioksidan dan lain-lain.
  Kumpulan Costus juga makin dijadikan sebagai sebagai sumber makanan yang eksotik. Kebanyakkan spesis dari kumpulan costus bud bunganya sebelum kembang boleh dibuat sebagai sumber makanan yang segar. Kalau mereka yang fanatic costus collecter mereka kata rasa bud bunga antara spesis kumpulan costus ada rasa berbeza. Tukang kebun intai-intai juga bud bunganya dan hati berbelah bagi selalu nak dibiarkan bunganya yang ayu kembang berseri atau nak tuai bud bunga buat masak-masak. Ingatkan hari tu nak tasting celup goreng tepung tempura, ambil isi yang putih sahaja. Tak sempat husband jadi taster dahulu, susah pula tukang kebun nak buat review rasanya bila dah cuba sendiri baru boleh buat review.
 Yang menarik juga pucuk baru (new shoot) yang keluar dari tanah yang masih lembut juga boleh dibuat sayur. Masa tukang kebun melawat Dr. Ghani di Langkawi katanya ada pelancong luar negara dari Eropah komen yang rasanya seperti asparagus. Musim kemarau tempoh lalu, pemikiran tukang kebun tengok tumbuhan dalam kebun switch brain berubah sikit, mulalah yang sebelum ini tukang kebun tengok macam hiasan ku selidik juga boleh ke buat sumber makanan. Beberapa minggu ini posting di Kebun Bahagia Bersama beberapa spesis tumbuhan yang kita ingat senang tumbuh di tepi jalan nampak macam pokok hiasan tapi ada nilai sumber makanan juga di kala darurat. Ini adalah alternatif sumber asparagus easy to grow untuk kita ataupun forage food.
 Tahun lepas bila berkunjung ke Muzium Negara, tukang kebun rasa terkilan dan sedih sedikit apabila melihat landskap di situ terutamatanya bila mata ternampak pokok jenis costus bunga oren ini. Boleh betulkan tukang kebun kalau tersilap tetapi rasanya jenis costus yang berderet menghiasi entrance Muzium Negara ini adalah jenis yang bukan asal kepada kita tetapi pada benua lain. Memandangkan Muzium Negara menunjukkan identiti negara kita yang mendapat kunjungan dari pelawat luar negara maka lebih ideal jika tumbuhan yang menjadi hiasan adalah yang asal usul kepada negara kita. Tambahan pula crepe ginger adalah dikirakan tumbuhan yang sangat esotik pada pengunjung dari luar negara. Kekadang tukang kebun berasa malu dan kagum juga kepada gardeners luar negara yang lebih kenal dengan keunikan 'Crepe Ginger' berbanding dengan diriku yang masih cetek pengetahuan dengan tumbuhan asal di negara sendiri.

 Mind setting juga nak kena berubah bila kita berfikiran untuk buat home-stay atau resort menarik pelancong dari luar negara, kadangkala mereka lebih peka dengan apa jenis tumbuhan yang asal kepada negara kita. Di situ ada juga point tarikan untuk mereka memilih penginapan mereka. Kalau kita ada konsep kitchen garden atau herb gardan di perkarangan home-stay. Mungkin kita boleh buat home-work dahulu, jenis kumpulan tumbuhan yang memang orang Malaysia boleh banggakan atau kata exclusive kebanyakkan asalnya kita punyalah adalah adik beradik halia (Zingiberaceae). Mmm... walaupun ramai yang menghiasi landskap home-stay dengan tumbuhan adik beradik heliconia, kebanyakkan pengunjung luar tahu yang heliconia bukan Malaysia brand tapi benua Amerika Selatan. Mungkin bagi kita pokok-pokok adik beradik jenis halia adalah sangat common seperti kantan, serai acheh dan lain-lain tetapi bunganya adalah sangat esotik bagi pengunjung luar. Tidak ketinggalan lemba batu (Crepe Ginger) punya daya tarikan kepada pengunjung juga. Dalam sistem taxonomy dahulu costus dalam keluarga zingiberaceae tetapi sekarang diasingkan. 

  Tuan tanah Kebun Bahagia Bersama setiap kali balik asyik bercerita tentang impiannya nak create home-stay di Kampung Poturidong, Kiulu, Sabah. Tukang kebun cuma buat masa sekarang angan-angan landskap luar sahaja as contributor yang nak jalankan siapa? Big boss pun macam tak de respond je bila tuan tanah sampaikan hasratnya...the men can talk (sedap je sembang) but without the women at KBB going along and doing most of the work, we don't see how it is going to start...hahaha...at the end big boss punya decision.
 Pokok Crepe Ginger pokoknya boleh tumbuh tinggi jadi kalau nak susun tumbuhan biarkan yang pokok ini duduk di bahagian belakang sekali supaya ianya tidak selindung cahaya matahari untuk tumbuhan lain. Kalau duduk di rumah teres elok letak di luar pagar rumah atau di tepi parit. Kalau nak tanam dalam pasu kena pasu dalam luas besar ya.
Kalau bunga mas ni pun menarik juga sebagai perhiasan dalam rumah.

 Dalam buku klasik 'Karma Sutra' juga ada ditulis didalamnya mengenai tumbuhan 'Crepe Ginger' (Costus speciosus) ini sebagai kosmetik untuk menarik perhatian yang berlainan jantina:
 "An oitment made of tabernamontana coronaria, the costus speciosus or arabicus, and the flacourtia cataphracta, can be used as an unguent of adornment. If a fine powder is made of the above plants and applied to the wick of lamp, which is made to burn with the oil of blue vitriol the black pigment or lamp black produced there from, when applied to the eyelashes, has the effect of making a person look lovely."

~ Crepe Ginger (lemba batu) <Costus speciosus> ~

1 pot for RM8.00 <kebunkmg@gmail.com> .

~ Limited Costus Set for April 2014 only ~

3 jenis costus available dari Kebun Bahagia Bersama set for RM20.00:
Costus, Lemon Ginger (Monocostus uniflorus), dan Crepe Ginger.

Kos Penghantaran RM13.00 (Jumlah RM 33.00).

Khamis, 17 April 2014

Quadrato D' asti Giallo

  Hujan yang lebat tandang sekali-sekala asyik menyaksikan beberapa pokok capsicum yang sudah berbuah dengan baka jenis 'Quadrato D'asti Giallo' rebah ke tanah kalau tak pasang support dengan betul (tukang kebun mood ala kadar je semenjak ni tak cukup masa). Sebab saiz buahnyanya agak sederhana besar juga tumbuh di lokasi yang kurang menerima cahaya matahari dah kena tutup dengan daun-daun si kacang panjang (lokasinya klik sini).   Buah baka ini bila masak berwarna kuning menyala. Tapi tukang kebun selalu petik separuh masak kalau tak lalat buah menang dulu (tukang kebun jenis spesis tak berapa gemar nak sembur-sembur atau balut -L-A-Z-Y-). Bahagia hati si tukang kebun bila boleh petik buah capsicum dari kebun sendiri. Disebabkan penerimaan cahaya matahari tak sekata sebab terlindung, yang menghadap matahari buah-buahnya kuning sebelah lagi biasanya hijau.

 Bulan April ini, biji benih yang tukang kebun tanam terus di tempat ianya hendak tumbuh dengan mengharapkan pertolongan hujan sahaja paling mudah jenis keluarga dari 'kekacang' macam kacang panjang, kacang buncis/french bean, kacang kelisa, sengkuang, bunga telang dan kacang soya. Gambar lokasi di atas ada tukang kebun selitkan biji benih kacang soya mannarihakuchou yang dah pun bercambah (bulatan biru). Biji benih kacang soya tiada extra stock, tukang kebun pun cukup-cukup pusing bila berbuah separuh untuk makan, separuh simpan biji benih untuk next planting. Minggu ini cuma ada stock baru kacang buncis/french bean dalam senarai.

 Weekend gardeners yang in the same spot dengan tukang kebun, ini adalah masa selak-selak check stok bank persendirian cari biji benih keluarga dari 'kekacang' untuk semai bulan ini ya. Pilih dulu biji benih 'kekacang' yang dah lama disimpan dalam bank itu dahulu ya. 

~ Capsicum Quadrato D'asti Giallo ~
Anggaran 20 biji benih dalam satu pek RM3.00 .

Minggu ini juga masuk pepper ini yang kerap mendapat permintaan tertunggu-tunggu dari tukang kebun.

~ Pepper Tondo Piccante (klik sini) STOK HABIS~
Anggaran 20 biji benih dalam satu pek RM3.00 .

Rabu, 16 April 2014

Strong Roots of Drunken Sailor

 Di petak 1 Kebun Bahagia Bersama dari bulan lepas sudah bermulanya pokok akar dani di situ berbunga sebab big boss dah lama tak balik. Big boss kalau balik selalunya habis dipangkas akar dani sampai batang atas tanah tinggal 10cm je pun ada. Pokok akar dani ni bila akarnya dah banyak memang lasak pokoknya akan keluar pucuk-pucuk baru bila hujan nanti. Pokok akar dani akarnya memang merayap jauh ke dalam tanah atau ke tempat-tempat lain. Walaupun bila tukang kebun dah korek setakat mana terdaya akarnya nak ubahkan kedudukan. Ingatkan dah tak ada tumbuh lagi, nanti keluar lagi pucuk akar dani baru dari akar yang tertinggal dalam tanah. Itu adalah sifat pokok akar dani, bahagian atas daunnya tu tak perlu dirisaukan sangat nampak sakit atau semak pangkas sahaja jika pokok tersebut sudah mempunyai sistem akar yang bagus. Nanti keluarlah pucuk-pucuk baru. Selalunya untuk pesanan tukang kebun akan pilih yang mana akarnya dah banyak supaya mudah untuk tuan baru pindahkan dan pokok akan mudah serasi dekat kebun baru. Kadangkala ranting pun dah tinggi tapi tukang kebun tak pruning sebelum packing kalau terpatah dalam perjalanan biarlah tuannya yang rasmikan pruning tersebut (bonding with the plant). Pokok akar dani tahan lasak bila akarnya dah banyak dan kuat. Sebab akarnya boleh merayap-rayap dengan mudah dalam tanah keperluan airnya juga tidak banyak tidak perlu siram setiap hari. Tukang kebun yang pokok-pokok akar dani dah bertahun-tahun hidup sekitar di kebun tak pernah siram, jadinya akar pun dah masuk jauh tersebar di dalam tanah.
 Sebagai contoh, pokok akar dani di atas tukang kebun tak tanam (bulatan ungu). Tapi akarnya dah menjalar bermeter jauh dari asal pokok di bawah. Beberapa bulan dahulu sudah tukang kebun potong akarnya pindahkan ke tapak semaian, tengok minggu ni dah keluar balik pucuk-pucuk baru dekat akar yang menonjol keluar dari tanah. Keluar merata pokok-pokok akar dani di keliling pegola. Kalau tanam di dalam pasu pastikan tanah tidak sentiasa basah, akar dani akarnya tak berapa gemar jika kerap basah nanti mudah sakit dan reput batang akarnya. Elok sediakan pancang untuk akar dani naik, kalau tak jadi berkibar-kibar di atas tanah macam di gambar bawah yang sedang memeningkan kepala tukang kebun.
 Eila (sepang), tukang kebun pun kena kemaskan akar dani ni yang dekat kawasan bawah habis pokok-pokok lain ditutupnya. Yang dah memanjat baru berbunga tu bolehlah menceriakan pergola ni tapi yang dekat bawah tu nak kena buang dahan-dahan tu habis pokok lain ditutupinya. Nasiblah si amaryllis tu pandai menyelit antara daun nak tonjolkan cerombongnya itu. Sekarang di Kebun Bahagia Bersama memang musim akar dani dan hippeastrum equestre berbunga. 
 Hippeastrum equestre juga boleh sesuaikan dirinya di kawasan separa matahari. Biasanya di kawasan separa matahari tangkai bunganya lebih tinggi untuk mendapatkan lebih cahaya. Tukang kebun pun tak sedar di kawasan ini ada bawang bunga amaryllis ini boss tanam berdekatan dengan pokok cempaka telur.

 Sekiranya kebun anda memang ada kawasan kebun yang hot zone terpancar matahari dari pagi hingga petang jadi pilihan yang baik adalah pokok akar dani (rangoon creeper) dan hippeastrum equestre yang tidak perlu disiram selalu. Bila dah alami musim kemarau dengan catuan air di kawasan perumahan dah mula beralih kepada tumbuhan yang dikategorikan sebagai 'water-wise' plant yang keperluan airnya tidak banyak dalam perubahan cuaca tropika di kawasan rendah kita ini. InsyaAllah pokok akar dani yang merimbun dapat memberikan privacy dan menyejukkan sikit persekitaran kita. Hippeastrum equestre pula kejutan tiba-tiba keluar dari tanah boleh selit sana sini, dia ada masa dia tidur duduk dalam tanah kekadang boleh lupa kita ada tanam dia. Yang meminati tumbuhan ornamental atau hiasan berbunga, ini adalah tumbuhan yang amat sesuai ditanam di Lembah Klang atau cuaca sama dengan KBB bulan ini. Semalam posting kategori tumbuhan boleh buat makan, hari ini untuk posting kategori tumbuhan ornamental pula.

~ Pokok Akar Dani (Drunken Sailor) ~
1 pot for RM8.00

~ Hippeastrum Equestre ~
1 bawang for RM8.00

Selasa, 15 April 2014

Tumbuhan Lasak Kemarau Tropika

 Dugaan bagi mereka yang baru nak menunaikan hajat murni resolusi menghijaukan kebun tahun 2014 ini ialah kemarau yang lama dan luar biasa bila baru sahaja kick off masuk bulan Februari lepas (I feel your pain). Tetapi belum terlambat masih ada masa. Tambahan pula dengan darurat air, kami pun pertama kali minggu lepas 2 hari ketiadaan bekalan air walaupun hujan ada turun. Cara berkebun pun bertukar rentak untuk tukang kebun tahun ini dan menjadikan lebih prihatin mana tumbuhan makanan (edible) yang lasak di kala musim kemarau supaya tidak putus bekalan makanan. Salah satu pilihan ialah jenis tumbuh-tumbuhan yang bila sudah selesa ataupun 'well-establised' boleh survive dengan sendirinya bila tukang kebunnya sibuk dan di kala musim kemarau tidak memerlukan kekerapan menyiram (drought-tolerant plant).
 Antaranya ialah pokok asin-asin atau sayur manis. Asin-asin ni pertumbuhan akarnya sangat cepat dan banyak (selalunya stok tukang kebun akar dah berselirat-selirat keluar dari bekas) yang memberikan keupayaan untuknya mencari air jauh ke dalam tanah.  Sepanjang musim kemarau tidak disiram ianya masih gagah perkasa lagi bila umurnya dah setahun lebih. Asin-asin ni kira sayur emergency tukang kebun boleh diharapkan bila bekalan fresh lain dah hampir tiada. Asin-asin pun tak memerlukan ruang yang banyak. Pokoknya pun meninggi jadi boleh juga dijadikan macam hedge atau tutup pagar dari mata-mata bukan muhrim kita. Kalau rumah teres, 3 pokok pun InsyaAllah dah cukup untuk seisi keluarga bolehlah buat pusingan dengan tumbuhan lain. Lagipun pokoknya bukan riwayat singkat, hidup bertahun-tahun lama jadi sesuai juga untuk mereka yang sibuk bekerja dan maintenance pun minimum.
 Ingatkan hujung minggu lepas nak potong rumput, sekali mesin rumput dah uzur pula. Pelik, potong kena lalu 4~5 kali baru terpotong. Bila dearest hubby periksa ingat blade dah tumpul, langsung tak de blade. Nak kena hantar repair tukar blade baru. Lalu tukang kebun kemaskan petak No. F, semua pokok asin-asin di situ tukang kebun buat hard pruning. Ketinggian semua dah lebih tinggi dari tukang kebun jadi lebih kurang tinggi 1 kaki tukang kebun potong. Cerah petak F bila dipangkas pokok-pokok asin. Lalu kali ini tukang kebun pindahkan anak roselle di sini tengok sesuai atau tidak.
 Nun di petak E sebelah tu, tampaka (bawang dayak) pun tak disiram masih gagah tumbuh bahagia sendiri. Masa musim kemarau mulalah baru tukang kebun sibuk menuai tampaka campur dalam sup buat tambahan bahan. Baru tukang kebun tahu, tampaka ni pun jadi makanan emergency fresh stock dari kebun sebab tak perlu kalut nak tuai bawangnya bila perlu sahaja. Sekarang ni tukang kebun mula tanam kembali bawang-bawang tampaka untuk emergency food lagipun tumbuhan ni tak perlu sangat ditengok boleh survive sendiri. Dari tanah terbiar kosong memenatkan tukang kebun nak merumput, baik tukang kebun tanam bawang dayak to fill in the gap.
 Pokok yang tahan musim kemarau lepas juga adalah pokok mulberry. Alang-alang kemaskan petak F ni tukang kebun pun kasi gondolkanlah pokok mulberry dalam petak ini. Mulberry kalau nak berbuah kena pangkas ya. Kalau pokok yang baru ditanam dari keratan, nasihat tukang kebun ini biarlah dia berumur lebih 3~4 bulan sekurang-kurangnya baru nak pangkas. Kadangkala bila cucuk keratan dah mula berbuah, lebih baik buang bunga-bunga tu biarkan pokok tak habiskan tenaga untuk membesar. Biarkan ia fokus membesar dahulu. InsyaAllah dengan kesabaran hasilnya lebih lumayan dan pokok umurnya panjang. 

 Ini kiranya long term planning, bukan sahaja kita terfikir nak kutip hasil dalam 2~3 bulan. Tetapi kira investment jangka hayat panjang untuk tahun depan. Supaya resolusi gardener baru tidak terbantut. Berkebun ni nak kena sabar. Tiadanya kebun instant kecuali ada personel gardener bergaji. 

 Bulan ini rasanya elok menanam tumbuhan 3 jenis ini, asin-asin, tampaka (bawang dayak) dan mulberry di kebun supaya bila musim kemarau datang tahun depan mereka dah gagah perkasa nak menempuhinya. Pokok mulberry yang dipangkas masa musim kemarau tempoh lalu sungguhlah menjadi buahnya.
 Minggu ini tombak-tombak asparagus Mary Washington pun kelihatan muncul keluar dari tanah (yang ini dari Petak E). Pokok asparagus juga bila dah hampir setahun juga tahan musim kemarau. Asparagus pun sekarang ni selalu terbiar je dekat belakang kebun.

 Semua pesanan yang diterima hingga hari Ahad lepas, tukang kebun dah selamat pos awal pagi Isnin. InsyaAllah hari ni ada yang sudah terima. Sekiranya ada ruang dan tidak melebihi berat, tanpa memilih kasih tukang kebun ada sertakan beberapa keratan mulberry dan asin-asin hasil dari kemaskan petak F Kebun Bahagia Bersama. Ada juga yang diselitkan tumbuhan air 'kiambang'.

Isnin, 14 April 2014

Hello Hinonakabu 日野菜蕪

 Akhirnya pencarian biji benih turnip baka kampung dari Jepun yang ditanam pada musim panas di sana sudah dapat tukang kebun hampiri rasa hasil tanam di kebun sendiri. Kebiasaannya turnip adalah tumbuhan tuaian bahagian akar yang ditanam pada musim sejuk dingin dan berbentuk bulat. Turnip adalah adik beradik sawi dan lobak putih yang seangkatan dengannya. Telah bertahun tukang kebun risik memang ada jenis baka turnip dari Jepun yang untuk musim panas akarnya berwarna merah putih dan panjang antaranya adalah baka 'Hinonakabu '(日野菜蕪).
 Dalam Bahasa Jepun Turnip dipanggil 'Kabu'. Kalau dalam Bahasa Melayu mungkin sama sahaja seperti radish dipanggil lobak sekian sekian agaknyalah. Sebab ini bukan tumbuhan asal usul di negara kita. Tetapi sayur turnip memang biasa digunakan dalam masakan Cina. Apabila hujan bertandang kembali hujung bulan lepas apalagi terus tukang kebun semai biji benihnya terus ke dalam pasu. Sekejap sahaja dalam minggu hujan kerap turun, biji benihnya bercambah dengan pantas. Pertumbuhannya juga sangat memberangsangkan dalam beberapa minggu ini. Disebabkan pertumbuhannya pantas maka digalakkan semai biji benihnya terus ke lokasi tetap tanpa perancangan pemindahan supaya pertumbuhannya tidak terganggu. Tukang kebun suka tengok warna ungu pada batang sayur dan urat daun sayur hinonakabu. Walaupun sayur ini terdedah dengan matahari dari awal pagi sehingga ke lewat tengahari, warna ungu tersebut masih kekal lagi. 
 Belum lagi usianya mencapai 3 minggu dari biji benih disemai, tetapi dah lebih 20cm dan tukang kebun rasa tak tahan tengok nak tunggu akarnya. Tukang kebun rasa terliur-liur nak tuai dah buatkannya seakan macam sayur sawi bila tengok cantik warna ungu batang dan urat daunya.. Memang daunnya juga boleh dimakan dan sekarang ni tengok masa yang paling sesuai nak tuai jika nak enjoy masak daunnya.

~ Biji benih Turnip Hinonakabu '日野菜蕪'~
Anggaran 50 biji benih dalam 1pek RM1.00 .

Ahad, 13 April 2014

Rumah Batu Impian Bonda

  Hati big boss gembira melihat ada sudah kemajuan di kampungnya yang sudah ditunggu sekian lama berpuluh-puluh tahun sebelum tukang kebun lahir lagi. Jambatan pun selain dari musim hujan sudah selesai dibina (klik sini) boleh dilalui dan sekarang projek jalan berbatu atau gravel sedang dijalankan untuk menyambung kampung-kampung di kawasan pedalaman. Gambar rumah big boss di kampungnya diambil dari atas bukit dekat dusun arwah atuk tukang kebun. Gambar-gambar posting kali ini tukang kebun ambil dari Facebook page big boss yang dikongsikan baru-baru ini. 
 Sebelum itu, sebab tukang kebun terima banyak pertanyaan sama tiap-tiap minggu, tukang kebun tiada facebook account. Kadang-kala tukang kebun kongsi tengok dearest husband punya, menumpang husband punya facebook. Terima kasih banyak-banyak ramai yang memberi sokongan supaya tukang kebun buka page facebook untuk 'Kebun Bahagia Bersama' tetapi tukang kebun rasa belum bersedia dan tak cukup ilmu lagi untuk dikongsi. Untuk ketika ini, tukang kebun ada komitmen lain yang perlu diselesaikan selagi tukang kebun tak submit thesis tukang kebun selagi tu tukang kebun tak mampu nak buka page facebook. Menulis posting yang kadang kala minta maaf tukang kebun merapu-rapu juga mengambil masa (kadangkala tukang kebun mengada-ngada merajuk kalau tiada feedback jadi tukang kebun menyepikan diri). Mungkin penulisan tukang kebun tidak baik jadi lebih baik tukang kebun take a break dan gunakan masa tersebut untuk benda-benda lain. Ada kalanya, penulis pun hilang inspirasi nak menulis rasa macam syok sendiri pulakan. Tetapi tukang kebun rasa lebih user friendly blogging untuk ketika ini sebab mudah nak tengok balik nota-nota dan inventory tukang kebun sendiri berbeza dengan facebook yang banyak adalah current issues susah nak scroll semula tengok posting yang lama-lama. Tukang kebun selalu nasihat kalau  tukang kebun tak dapat balas email cepat bolehlah feel free tengok label 'nota tukang kebun' atau archives lama mengenai specific plants yang ada di sebelah kanan posting blog berderet boleh cari tanaman info tersebut. Kekadang sudah pun dibincangkan perkara yang sama sebelum ini secara am dan syukur alhamdulillah ada juga yang sudi berkongsi maklumat dengan meninggalkan komen-komen.  Personally at the moment memang tukang kebun tengah puasa facebook, sebab kesannya terhadap anak-anak. Beberapa minggu lepas, Rayyan yang berusia 4 tahun dapat hadiah tab dari neneknya (walaupun hati tukang kebun tak berkenan tapi tak dapatlah nak kata apakan sebab dari big boss untuk cucu dia). Benda pertama dia minta install buat parents terkejut is dia nak ada facebook. Dah mulalah tukang kebun menjeling tajam dekat papa Rayyan sebab dia yang suka bersantai tengok facebook especially lepas balik kerja. Mana taknya hati tukang kebun makin panas je, dahlah Ilhan pun kerap kali bila tukang kebun tanya papa buat apa Ilhan kata papa tengok facebook. Memandangkan anak-anak tukang kebun masih bukan umur yang sesuai nak terdedah dengan social networking sebagai ibubapa dan contoh kepada anak-anak rasanya facebook belum masuk dalam agenda Kebun Bahagia Bersama. Berblogging juga sudah mengambil masa, Tukang kebun lebih gemar jika dapat luangkan masa dengan anak-anak mahirkan dalam kemahiran seperti berkebun dan lain-lain. Syukur Alhamdulillah hari cuti bila petang mereka akan dengan sendirinya minta main luar dari habiskan masa menghadap screen warna-warni tu. Dengan tanggungjawab yang ada sekarang, memang tukang kebun tidak dapat meluangkan masa dengan adanya page facebook nak maintain, Kebun Bahagia Bersama blog pun nyawa-nyawa ikan rasanya. Perasaan kini terkilan juga sebab tak mampu nak jaga sebaik-baiknya Kebun Bahagia Bersama yang seekar ni seperti big boss buat. Kalau big boss yang berbadan lebih kecil dari tukang kebun seorang ibu kepada 4 anak boleh maintain KBB selama ni tanpa bantuan luar, kami suami isteri masih tercungap-cungap nak maintain KBB masih jauh lack of skill and experience lagi. Kami tiada staff pembantu semua kerja di luar kami buat sendiri, hujung minggu ini pun dalam kepala asyik fikir nak selesaikan potong rumput barulah boleh nak fikir nak menanam. Belum lagi kerja nak mencantas-cantas bahagian depan rumah. Sorry banyak celoteh pula.
  Projek jalan raya sedang dibuat belum letak gravel lagi nak ke rumah big boss di kampungnya. Lalu antara kebun getah untuk setakat ini kalau 4 wheel drive InsyaAllah boleh lalu. Dulu kereta tak dapat sampai ke rumah. Jadi terpaksalah angkat-angkat barang lalu jambatan gantung. Sekarang ni impian big boss kalau nak renovate rumahnya ke rumah batu bolehlah sebab dah banyak anai-anai makan di rumah kayu sekarang.
  Big boss tengah bahagia pokok bambangan yang ditanamnya dah mula berbunga. Wah merah menyala bunganya buah yang Eila (Sepang) suka makan tu, tukang kebun pun pertama kali tengok. Entah bilalah pokok yang big boss tanam di KBB sini nak berbunga juga, macam lama je lagi sebab pokoknya pun tak sebesar macam di kampung big boss lagi. Big boss pun sedang seronok sebab pokok avocado yang dah lama ditunggu-tunggu akhirnya dah berbuah di kampung untuk pertama kali. Bila tuan tanah balik ke KBB bawalah balik ole-ole dari kampung ya untuk kami di sini.
 Pigeon Orchid big boss di kampungnya juga rancak berbunga di atas batang kelapa yang dah uzur. Rindunya nak balik.
 Yang ini pula penyeri di rumah big boss di Telipok sekarang. Bila dah sudah biasa berkebun walaupun tiada ruang banyak masih tetap menanam pelbagai jenis tumbuhan. Pokok cabai burung semestinya benih dari KBB big boss bawa.

Sabtu, 12 April 2014

White Heaven did not Triumph

 Antara lilium longiflorum yang tukang kebun pernah tanam, baka yang berwarna putih ini paling tinggi. Sungguh tinggi ada lebih 80cm rasanya. Gagah lilium ini meninggi pada musim kemarau di lokasi terdedah pada full sun dengan paling banyak 3 kali seminggu disiram masa tiada hujan lalu. Tapi sayangnya bukan rezeki tukang kebun walaupun kudup bunga ada 2 tapi ianya tidak dapat kembang buka penuh dengan baik kali ini. Terima kasih kepada Gina tuan tanah 'Aku punya suke' berkongsi gambar bunga baka lilium yang sama mekar di kebunnya. Bolehlah bertandang ke kebun Gina secara cyber nak tengok natural beauty white heaven in full bloom. Memang tinggikan baka yang ini Gina. Terima kasih juga kepada DR. N di Saujana Utama berkongsi gambar baka yang sama dan tuan tanah 'My Mix Garden' memberitahu baka bunga jenis ini selamat mekar di kebunnya.
 Masalah yang dialami kali ini ialah bunganya di hujung kelopak seaakan bercantum tidak dapat terurai dengan sendirinya membuatkan ianya tidak dapat kembang mekar. Tukang kebun ketika ini tak berapa pasti punca bunga tu terlebih malu nak mengembang. Tetapi tidak mengapa asalkan baka ini dapat menyesuaikan diri dan akan hidup di Kebun Bahagia Bersama selama-lamanya. There is always a next time. Lagipun Pink Heaven (bulatan oren gambar atas) di sebelahnya masih hidup menghijau dengan tukang kebun pasang harapan bawangnya sedang kumpul tenaga dan membesar sebelum ia layu yang akan memulakan kitaran hidup lagi sekali bila ia bersedia. Bunga white heaven bila dah layu akan dipotong supaya tidak mengganggu pembesaran bawangnya nanti. Pokok bunga lilium ini sekarang dikelilingi oleh pokok-pokok yang pandai-pandai tumbuh sendiri seperti ulam raja, cabai burung dan selasih. Antara tumbuhan yang memang tukang kebun tak perlu nak semai keluar macam rumput. 
 Bulan ini, bahagia hati tukang kebun bila ternampak ada anak-anak pokok zinnia cactus dan cypress vine timbul macam rumput dari biji-biji benih yang jatuh bertaburan sendiri. 
 Hujung minggu ini tukang kebun sibuk nak potong rumput nun di belakang kebun sana dah nak sampai lutut kalau tiada urusan lain. Segala pertanyaan mungkin lambat sikit tukang kebun reply kalau tak terbungkang.  Hilang rasa penat kalau dapat baca feedback dan komen. Baru rasa ada motivation nak tulis sikit.
 Eh ini warna kekuningan ke putih ya? Tukang kebun ni dah mula blur blur tengok warna. Tengah bekejar nak mulakan operasi memotong rumput.  Have a lovely weekend with your love ones everyone.

Jumaat, 11 April 2014

Heirloom Pink Guava

 Baka pokok pink guava ini diturunkan secara turun temurun dari nenek moyang tukang kebun lagi dan memberikan banyak sentimental value kepada tuan tanah Kebun Bahagia Bersama. Tukang kebun pun membesar bersama-sama dengan pokok pink guava sejak kecil lagi termasuklah tuan tanah Kebun Bahagia Bersama. Di atas pokok pink guava tukang kebun berlatih memanjat pokok dan dijadikan tempat bermain sebab tiada adik-beradik lain menjadi teman untuk bermain. Bila tengok anak-anak sendiri bermain sesama mereka, seronok sebab jarak umur mereka dekat-dekat. Tukang kebun dan adik lelaki tukang kebun Dany beza umur sudah hampir 10 tahun. Jadi pokok pink guava tempat bermain bersendirian apabila bosan duduk di dalam rumah semasa kami tinggal di kawasan perumahan teres Jalan Tepak Seksyen 11/8, Shah Alam. Papa tukang kebun pun banyak ambil gambar klasik tukang kebun atas pokok pink guava. Asal pokok pink guava ini ada sentimental value di mana benih pokoknya yang diketahui asalnya dari kebun moyang papa yang disampaikan oleh makcik papa tukang kebun ke papa. Baru tukang kebun tahu asal baka pink guava di rumah apabila big boss buka cerita tahun lepas pesan minta pruning yang menghadap ampaian baju. Papa memang gemar pink guava ini, mama kata papa petik makan pink guava sambil potong-potong rumput. Tukang kebun rasa papa rindu arwah neneknya yang menjaga dia masa kecil, sebab itu pokok pink guava ini mama rajin semaikan. Bila kami pindah ke Sungai Buloh, pokok pink guava juga menjadi teman memerhatikan urusan harian kami.
 November lepas, pokok pink guava yang menghadap ampaian sarat dengan buah-buah yang dah masak. Bahagia si burung-burung menikmati buah-buah yang masak tu. Dearest hubby pula outstation 2 minggu, terliur-liur tukang kebun tengok buah-buah pink guava yang dah sudah molek masak tu. Panjat atas tembok pagar capai-capai je lah mana yang sampai dulu hingga tunggu dearest hubby balik. Buah pink guava ni ramai peminat, bila si tupai dah tinggalkan bekas pelbagai serangga pula datang menikmatinya. Tumbuh secara organik tentulah selamat dimakan. Buah pink guava ni bila dah masak dari hijau bertukar kepada warna kekuningan dan isinya berwarna merah jambu. Kebetulan pula beberapa minggu sebelumnya rancangan Majalah 3 ada tunjukkan perusahaan buat cordial jus pink guava di Perak. Bila tengok ladangnya cantik berbaris pokoknya tapi yang tak sedap mata memandang bila tengok ada kesan line baris di bawah pokok warna coklat rumpai dah nampak kering macam kesan racun. Buah-buah atas pokok pun nampak cantik berkilat tiada kesan apa-apa, hati tukang kebun sudah curiga. Takpelah tukang kebun punya hasil tak cantik pun tapi hati tak takut nak makan. Pokok pink guava banyak dah membesar sekarang tumbuh senang merata-rata di Kebun Bahagia Bersama sampai pokok yang gambar di atas, tuan tanah kata nak tebang pun tak pe kalau rasa nak pakai ruang situ tanam pokok lain. Tak pelah papa biar je dulu, lagipun tukang kebun testing testing je dulu anak pokok yang dipindahkan berdekatan sesuai atau tidak. Mmmm...tukang kebun belum pasti nak respond apabila tuan tanah lepas tu tanya: Do you think you can have a collection of at least 100 species of fruit plants here?
 Hujung tahun lepas, big boss tak tahan nak tunggu jadi digondolkan pokok pink guava yang tukang kebun bulatkan berwarna oren di gambar bawah. Musim kemarau naik pula pucuk-pucuk baru. Big boss dah pesan lama suruh cantas pokok pink guava tu dah berapa kali dia balik tak dibuat-buat. Bukan sengaja tak buat kerja tak habis-habis lagi yang lain jadi projek pending. Degil tu tak dengar kata doktor tangan tu nak kena rehat, dia cantas yang tercapai dengan meniti tembok depan ampaian. Akhirnya yang 2 batang sebelah 2 minggu lepas hubby dah cantas sebab mula-mula dia ragu-ragu nak cantas banyak mana. Tukang kebun kata gondolkan je potong semua sebab yang mama buat ok je dah tumbuh pucuk-pucuk baru. Big Boss paling faham kerenah pokok pink guava sebab pokok pink guava solo di Shah Alam dulu dialah yang bela dan selalu pruning pokoknya supaya tak besar. Majlis Perbandaran Shah Alam dulu selalu bising pasal pokok pink guava di depan rumah takut ianya besar jadi selalu bertekak dengan papa (baru tukang kebun faham kenapa mama selalu rajin prune pokok pink guava solo tu). Padahal dekat belakang rumah tu ada mama tanam pokok mempelam telur ketinggian ada sama macam 3 tingkat. Sekarang ni pokok pink guava solo di Shah Alam dulu dah banyak zuriatnya di Kebun Bahagia Bersama. Yang unik pokok pink guava ni juga adalah batangnya lain dari pokok lain, tukang kebun suka membezakan antara pokok-pokok jambu jenis yang lain. Tekstur kulit batang pokok pink guava halus tak kasar dan berwarna cerah ada macam pink-pink juga. Yang batang pokok hubby tukang kebun potong tu di bawahnya bila Sean datang lawat hari tu baru tukang kebun perasan bila Sean komen ada kesan kena tetak atau kelar. Bulan ni dah keluar pucuk-pucuk baru di bahagian bawah kesan tersebut. Rasanya kesan tetakan tu mama yang buat kut (dia paling faham kerenah pokok ini). Pokok pink guava ni kalau rajin pruning boleh maintain pokoknya saiz bonsai rasanya sebab banyak yang dah mula berbuah pun baru takat 5~6 kaki pun ada di kebun. Kemarau lalu, banyak pula anak-anak pokok pink guava muncul depan kawasan ampaian dari pokok ini. Minggu ini, pokok jambu air di sebelahnya sarat berbuah, mulalah banyak burung-burung berkerumun mencari yang dah masak. 

~ Pokok Pink Guava (D.O.B August 2014 from seeds) ~

1 pot for RM10.00 <for further details kebunkmg@gmail.com>