No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Isnin, 20 Oktober 2014

Keladi Mawar Kak Ros Jasin

 Al-kisah pada hari Sabtu lepas, seperti biasa tukang kebun dan dearest husband keluar dating pada sebelah pagi. Biasalah ke mana lagi kalau bukan ke kebunlah tengok mood nak buat projek apa pula. Memandangkan Sabtu sebelum tu kami dah kemas Petak A dan Petak B, maka kami sambunglah projek mengemas Petak C dan Petak D pula. Petak C ni lagi lah lama tak dikemaskan rasanya tahun ini ada sekali dua je merumput.
  Sementara tukang kebun hard pruning pokok mulberry di Petak F, dearest husband tolong cabut rumput di Petak C dan Petak D. Suburnya rumput kalau ada lembu memang dia kenyang makan bak kata hubby. Gambar di atas tu setelah merumput baru nampak tanah. Pokok-pokok sayur manis di Petak C kesemuanya tukang kebun dah bagi hard pruning. Dalam Petak C ini juga pada asalnya ditanam ada 3 pokok keladi mawar pemberian Kak Ros yang menetap di Jasin, Melaka. Tukang kebun pun lupa nak tuai cepat-cepat ubinya jadi ada yang dah reput. Sulur-sulur anak-anak pokok keladi baru semua dikeluarkan dan disusun berbaris di Petak C ini semula sama tapak seperti di gambar.
  Sementara tukang kebun mengemas dan aturkan semula tumbuhan di Petak C, dearest husband buat pruning pokok asam jawa yang dah merimbun dahannya menghadap Petak D menjadikan kawasan keliling makin teduh. Musim-musim hujan ni nak kena kasi cerah sikit kawasan tempat menanam. Kalau musim kemarau tidak mengapa jadi natural shade diberikan oleh pokok asam jawa. Tukang kebun ada pindahkan batang-batang serai wangi dari rumpunan dahulunya dihadiahkan oleh Eila (Sepang) ke Petak D dan Petak F.
 Dahan-dahan pokok asam jawa sekarang dipenuhi dengan buah-buah asam jawa muda. Rayyan dan Papa Rayyan suka meratah buah-buah asam jawa yang muda. Biasanya musim buah asam jawa di Kebun Bahagia Bersama macam bulan February tapi sebab fenomena cuaca El-Nino pokoknya tiba-tiba teruja berbunga lagi sekali beberapa bulan lalu. Tengok gayanya musim buah asam jawa (dah masak) lagi sekali bulan November~December akan datang ni.
 Yang tumbuhan utama di Petak C adalah sebahagiannya dipenuhi oleh pokok-pokok ubi kayu. Pokok-pokok ubi kayu ni bila tukang kebun semak nota semula ditanam pada Disember 2013 lepas (klik sini). Jadi usianya dah cukup elok untuk mula dituai. Ubi Kayu dalam Petak C ini tukang kebun panggil Ubi Kayu El-Nino sebab masa kitaran pertumbuhannya tak banyak hujan kemarau memanjang dan tidak disiram langsung.  Kemudian diambil kira yang ianya tumbuh dalam keadaan awal-awal full sun kemudian jadi partial shade sebab pokok-pokok besar dikeliling menjadi lebih teduh. Berdebar-debar juga nak tarik tadi tengok ada isi ke tidak sebab tak hiraukan dia dan kurang pencahayaan yang didedahkan. Syukur Alhamdulillah ada juga ubinya dan nampaknya slim dan panjang sebab akarnya cuba bergerak jauh ke dalam tanah mencari air untuk batch ubi kayu El-Nino.
   Sakitnya mata tengok bila potong rumput tak sampai 2 minggu dah naik meriah semula, jadi bincang dengan dearest hubby dari terbiar kosong antara pokok rambutan gading dan pokok pisang tu lebih baik kita tanam ubi kayu di situ stock for next year pula. Jarak-jarakkan agak-agak mesin rumput boleh lalu in between. Hujung tahun ini dengan cuaca Lembah Klang banyak hujan dah elok nak tanam ubi kayu by the time masuk musim kemarau tahun depan dah tak perlu siram pun tak pe kalau tak de masa.  Bukan susah nak tanam batang ubi kayu hanya perlukan parang sahaja pun dah cukup nak buat lubang selitkan batang ubi kayu. Sekali kala boleh tuai pucuk muda untuk buat sayur.
 Syukur Alhamdulillah walaupun tak banyak habiskan masa di Petak C tahun ini tak rugi berbudi pada tanah jika invest masa dan tenaga setiap pagi Sabtu mencari harta karun sambil-sambil mengemas. Dapatlah juga nak rasa ubi keladi mawar dan ubi kayu yang ditanam sendiri Ahad lalu. Buah mulberry pula courtesy pokok dari Petak B lagi. Kemudian tampaka (bawang serai) pula tuaian dari Petak F. Tampaka dan Sunroot yang dituai minggu lepas bolehlah masukkan sekali di dalam sup tulang untuk lauk hujung minggu.
 Antara tuaian pada Sabtu lepas seperti gambar atas dan bawah. Pokok ciku juga dah mula ada buah-buah yang boleh dituai. Jambu kampung baka dari Sabah pun yang mana dah pegang je boleh terpetik dituai kalau tak banyak habuan ke tupai banyak dah kena gigit atau bila hujan bertaburan di tanah. Nasib baik kemas Petak D kalau tidak tak perasan yang ada buah betiknya dah ranum, itu pun sebiji dah hampir habis dimakan di sebelah buah betik yang dituai ada rezeki untuk anak-anak.
  Pasar Online Canistel Kebun Bahagia Bersama yang sudah confirm semalam dan tinggal tunggu tukang kebun pos, hari ini akan dipos walaupun slot dikatakan untuk 27hb November 2014. Available next slot for reservation ialah 3rd November 2014. Jika ada rezeki kebarangkalian shipment untuk Pasar Online pada 27hb November dan 3rd November 2014 jadi Pasar Online Canistel & Ciku (2C) Kebun Bahgaia Bersama.

8 ulasan:

AMIIZAA@Mieja berkata...

Salams TK,

seronoknya mcam2 ada.....rezki berbudi pada tanah:)

mieja nampak dak tigerlah...:) tp separuh bdn jer....

sud@is berkata...

Buah yg dibawah sebelah kanan tu jambu bola saya panggil....sedap cicah garam

Normala Saad berkata...

Wah...banyaknya hasil tuaian..Suka tengok sangat...teruja macam ni..

Tanpa Nama berkata...

salam diana..

kalau nak order pasar on9 asam jawa muda tu boleh??? ;)

~adila mansor~

zack hairi berkata...

Sy nak beli benih keladi mawar ...

Julie22 berkata...

Kak Diana, Julie nak reserve utk 3rd november ni ye...terasa sanggat nak makan buah canistle tu...looks yummy.....

Yaati Nor berkata...

assalam KBB, apakah kegunaan bawang serai..peha jumpa kat pasar bentong ada cina jual..

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia AMIIZAA,

Tigger sekarang nak berkepit je di kebun. Banyak diambil gambar mesti terselit dia sekali.

Salam Bahagia Sud@is,

Memang sedap cicah dengan garam jambu tu.

Salam Bahagia Kak Mala,

Syukur Alhamdulillah hasil dari berbudi pada tanah.

Salam Bahagia Adila,

Kalau ada yang nak request masukkkan asam jawa muda dalam Pasar Online pun boleh juga.

Salam Bahagia Zack Hairi,

Keladi mawar kami tak bekalkan sekarang.

Salam Bahagia Julie,

Balik kampung ke minggu ini lama tak dengar berita. InsyaAllah kami reservekan nanti email ya.

Salam Bahagia Yaati Nor,

Untuk kegunaan bawak serai boleh back link provided di bawah:

http://kebunbahagiabersama.blogspot.com/search/label/Tampaka