Tukang kebun baru dapat mencari masa untuk membuat catatan kerja yang dilakukan pada sebelah siang Sabtu ini. Walaupun ada bahagian tempat yang rumputnya terlampau panjang di arah belakang Kebun Bahagia Bersama (dah lebih lutut). Tetapi hati tukang kebun lebih terdetik untuk kemaskan keliling bahagian depan dahulu di mana PETS di belakang selalu berlegar-legar. Di keliling luar bahagian tapak 1 ~4 kami kemas di mana biasanya barisan pelbagai jenis pokok citrus sesuai tumbuh di situ seperti limau kasturi, limau nipis dan lemon tumbuh dengan bahagia di situ. Lagipun anak-anak angkat AVIAN tu duduk dalam sangkar PETAK 2 jadi nak kena pastikan tak semak sangat kawasan berdekatan.
Sambil-sambil mengemas sekitar pokok-pokok citrus barulah tukang kebun perasan yang banyak buah yang bakal dapat dituai tidak lama lagi. Hari ini tuai untuk stok keperluan minggu ini sahaja dahulu. Tiap-tiap hari buat Teh O'Limau sebab musim gatal tekak di sini. Rayyan yang selalu rajin layan tukang kebun minum Teh O'Limau tiap hari patutlah dalam 3 beradik tu paling kuat immunisasi dia. Walaupun jantung kurang sempurna tapi tak mudah jatuh sakit masa musim demam banding abang Ilhan dan adik Abby sebab Rayyan memang kuat makan benda masam.
Jenis pokok citrus grafted yang dearest hubby tengah merumput kemaskan ni baru belajar berbuah. Oleh sebab kena telan dengan weed maka tak perasan dah ada buah terjuntai-juntai bila diangkat tak lama lagi nak masak. Antara satu sebab tukang kebun tak minat citrus grafted selain kena attack dengan anai-anai ialah dahannya merimbun menjalar ke bawah jadi nak kena beri sokongan kasi naik dahannya. Big boss pun dah berapa kali pesan jangan dibiarkan dahannya yang merimbun merayap atas tanah tu begitu sahaja nanti mudah kena serangan anai-anai. Itik-itik suka duduk berteduh di bawah pokok limau mungkin baginya selamat disebabkan pokoknya berduri. Cuma yang nak bagi keselesaan dekat diorang ni nak kena hati-hati merumput bawah pokok citrus supaya tak tercucuk.
Selesai kemas kawasan di atas pula, kami mengemas di kawasan bersebelahan tempat kasi Avian Pets makan. Cepatnyalah weed naik bermaharajalela masa musim hujan ni. Kebetulan di tengah kawasan ini pula tiba-tiba minggu ini ada pokok betik tumbang. Pokok betik betina ni dah lama dah tumbuh dan tak berhenti-henti berbuah dah sekurang-kurangnya 2 tahun lebih. Batang pokoknya pun dah besar macam pokok kelapa saiznya. Takut nak dibiarkan lama nanti tembok runtuh satu hal pula. Pencahayaan di kawasan ini sekitar 11 pagi.
Buah-buah betik muda yang membesar di pokok betik tumbang tersebut bolehlah buat sayur. Jenuh jugalah dearest husband nak potong batang pokok betik tersebut kepada saiz boleh dibawa ke Green Waste. Tinggi pun dah nak sama dengan tingkat 2 rumah.
Salah satu sebab tukang kebun terdetik nak kemas kawasan sebelah tempat kasi makan PETS tu, sebab Kiki (turkey betina) suka ronda-ronda di situ. Dah semak sangat khuatir keselamatan Kiki and the geng. Lagi satu sebab, tukang kebun nak buat tempat semaian stok simpanan anak-anak pokok di situ nak kasi teratur sikit sebab macam di belah depan dah makin kekurangan ruang nak atur. Lagipun dari rumput je asyik naik di situ lebih baik susun bekas-bekas yang akan menutupi tanah dan mengelakkan rumput dari mudah timbul. Lagipun di area situ, mudah nak siram pokok-pokok ada paip. Tambahan pula, jiran yang sewa di rumah depan sedang bina rumah bersebelahan kawasan ini. Jadi takdelah semak dah sangat kawasan sebelah dah jadi kawasan laman rumah.
Lepas dah kemas tu kan punyalah semangat nak pindah-pindahkan polibeg yang next tu bilik tidur kami ke belakang kena kemas tu. Baru je angkat polibeg anak pokok durian, tiba-tiba tukang kebun ternampak ada benda menyusur dekat tempat sebelah polibeg yang sedang tukang kebun angkat. Nampak badan je masa tu kepala dan ekor tak nampak. Nasib juga tukang kebun tak panik jadi angkat polibeg pun masih dalam keadaan senyap dan perlahan-lahan letak tepi pastu tukang kebun perhati ular tu nak bergerak ke arah mana sebelum panggil dearest hubby yang sedang tunggu tukang kebun di pokok canistel nak tuai buahnya.
Ular tu pun tak pergi jauh pun cuma ke next polibeg yang tukang kebun belum angkat je lagi. Memandangkan jarak bilik tidur pun baru semeter lebih jadi terpaksalah hubby habiskan riwayat ular ini. Lagipun tak pasti ini spesis ular yang bahaya ke tidak. Dekat sangat dengan rumah dan khuatir cuti sekolah ni anak-anak ralit main di luar. Ini kali ketiga tukang kebun tengok ular di Kebun Bahagia Bersama dalam 2 tahun ini dan ini pertama kali nampak jenis corak ular ni di KBB. Boleh sesiapa bantu tambah pengetahuan kongsikan jenis ular apakah ini? Adakah ianya berbisa? Sebab corak badannya sangat cantik, dan kalau corak cantik macam selalunya input brain tukang kebun macam berbisa je. Tengok perut ular tu kembung macam ada mangsa je dalam perut. Nasib baik Tigger tak ikut tukang kebun kat sini sebab masa ini Tigger tukang kebun nampak tengah siesta sebelah luar dapur punya rak kasut. Tigger tu kecik lagi kalau veteran macam gelombon mahir lagi.
Gambar selepas dikemaskan, baru sempat letak beberapa polibeg sahaja. Tak cukup masa dan terbantut bertembung dengan ular. Tapi tukang kebun did overcame my fear cepat-cepat alihkan semua anak-anak pokok durian di situ supaya tidak gemuruh nak pindahkan anak-anak pokok yang lain minggu depan. Frangipani di sebelah tembok dearest hubby tolong trimkan half the original size nanti jiran dah pindah takdelah mengganggu sangat dan sekarang lebih senang nak trim. Bila ada masa bercadang nak tanam anak-anak pokok citrus di tepi tembok ini kemudian. Hari ini tak sempat. Masuk rumah dari kebun pun dah nak dekat pukul 4 petang.
Lepas kemas, mula projek menuai sebab ada pesanan-pesanan Pasar Online Kuning Telor Kebun Bahagia Bersama diterima dan ronda keadaan pokok-pokok di kebun. Tukang kebun ingat nak open slot Pasar Online Kebun Bahagia Bersama untuk pengeposan bermula pada 8hb Disember 2014 untuk yang berminat. Untuk Isnin depan ni pun dah ada reservation. Cuma kali ini kandungan Pasar Online Kebun Bahagia Bersama akan mengikut apa yang segar dan masa sesuai untuk dipetik pada sebelum hari dipos. Sekurang-kurangnya 5 jenis buah akan dihantar dalam pakej Kebun Bahagia Bersama Online kali ini. Kalau yang cepat confirmation dapat giliran slot 8hb Disember 2014 kebarangkalian buah canistel, ciku dan beberapa jenis buah citrus mungkin ada. Buah rambutan tak pasti dah masak betul ke belum sebab minggu ini tengok macam baru nak bertukar warna. Setiap minggu ikut giliran, tengok rezeki tuaian apa di Kebun Bahagia Bersama (kalau yang dah biasa buat pesanan Pasar Online Kebun Bahagia Bersama dah faham gambar upload tuaian selalunya memberikan hint).
~ Pasar Online Kebun Bahagia Bersama ~
5 jenis campuran buah jumlah berat sehingga hampir 2 kilogram (RM7) dan kos penghantaran dalam Semenanjung Malaysia sahaja (RM13). Jumlah RM20. Boleh buat pesanan biji-biji benih sekali untuk dihantar bersama jimat postage (kebunkmg@gmail.com).
Abbiyana dalam seminggu ini banyak betul kahak, tak lena mama papa tidur semalam risau bunyi semacam je dari dalam badan. Petang ni bawa ke klinik kena nebulizer. Doktor suruh datang lagi esok risau ada dengar bunyi panggil apatah (could not catch that term). Harap takde apa-apa yang serious, tapi in case if anything take note ya ada possibility pesanan-pesanan Pos Laju delay untuk minggu depan ya.
Minggu ini ada masalah menerima dan membalas yahoo email ya. Jadi kalau tak terima reply dari tukang kebun bermakna samaada tukang kebun tak terima email tersebut atau tak dapat nak balas sebab asyik mail delivery fail. Bolehlah cuba hubungi tukang kebun lagi sekali.
Selamat Malam.
9 ulasan:
Dina, bunyi tu 'wheezing' namanya....not to be worried, akan outgrow tu in due time
ular tu maybe sawa batik kut...kalau sy terbantut terus kalau jumpa dengan spesis ni...
cepat2 recover yer adik abbiyana
Kesian Abby sakit. Hari tu okay je jalan-jalan. Ke overexertion dah? Hope she gets well soon
Assalamualaikum Kak Diana,
Kseiannya Abby, semoga cepat2 sembuh, anak2 Julie kalo kena batuk, tidur malam pun tak selesa, kesian...seronoknya tengok rezeki buah2an & sayur2an di kebun kakak, lagi2lah sayur asparagus tu, :)
Kalo tak silap Julie ular tu namanya ular tikus (Elaphe Radiata) jenis yg tak berbisa,tetapi gigitannya pun tetap sakit, menjadikan tikus sebagai menu utamanya hehe...kalo Julie dh lama cabut nampak ular, berbisa or tak berbisa, hidup or mati, memang Julie elak/lari kalo nampak...
Besar nya ularrr tuuuu, dekat dengan tangan ,,, masyaaalllah takut tengok
Hai kak Diana, 1st time komen sbb slalu singgah tgk pic,itupun sbb ada biji benih yg dberi kak ipar ada label blog akak.sy kena komen jgk sbb dsbbkan swronok tgk pic,tanpa baca terlebih dahulu, sy tlh mencampakkan tablet psl terkejut tgk ITU ular! Wpun hy kt pic....so moral of the story, Latin kali bc dlu.he he..smoga adik Abby cepat smbuh n to kak diana, slalu update pic ye,nk cuci mata..he..
Nyza,sg petani
Salam Bahagia,
Hopefully she will outgrow it. Looks like Abby dah mula selesa tidur malam so the mother also can relax a bit.
Salam Bahagia Nadia.
Kalau mak kami ni tak de dia undur cepat je parang tu pancung ular tu.Tukang kebun pun tak de tahap berani macam tu. Kalau ada hubby je lah bergegas panggil.
Salam Bahagia Sean,
Maybe due to the weather kut, dah nampak kahak kurang sket.
Salam Bahagia Julie,
Waalaikumsalam.
Itulah anak-anak ni kalau batuk kesian tengok tidur tak selesa. Syukur Alhamdulillah rezeki asparagus tu tak putus-putus memang berbaloi tanam asparagus ni. Keperluan air pun tak banyak cuma nak kena banyak sabar tunggu pokoknya membesar.
Terima kasih atas pencerahan ular tersebut Julie. Nampak rahang dagu mulutnya tu kuat macam ular sawa kan. Jadi kuat nak telan tikus atau katak. Eloklah tu katak pun tengah banyak sangat kalau tak de predator nak balance bilangannya pun susah juga. Tikus lagilah kalau nak tolong pupuskan bagus. Perut ular tu pun tengok masih ada mangsa baru tak mula hadam lagi (katak atau tikuslah tu agaknya). Cuma sebab dekat sangat dekat rumah hari tu khuatir membahayakan anak-anak yang tak mengerti apa-apa lagi.
Salam Bahagia Sud@is,
Nasib tak besar macam ular sawa. Ini kira saiz sedang je ni.
Salam Bahagia Nyza.
Terima kasih komen cerita pasal tengok gambar, tersenyum membaca.
Nampak macam nak keluar dari hp ke ular tu hehehe...kena baca dulu lain kali :).
Thank you for the good well wishes.
InsyaAllah akan kami kongsi gambar-gambar lagi.
takutnya tengok ular tu.. berani berul diana amik gambar ular tu depan2.. haish!!! ngeri
Salam Bahagia Juliana.
Ular tu dah tak boleh gerak bebas sebab kena cucuk dengan parang.
Catat Ulasan