Musim hujan ini memang ginseng jawa tumbuh macam rumput di Kebun Bahagia Bersama lebih-lebih lagi di Petak 1 memang sesuai dengan citarasa pertumbuhan ginseng jawa. Sambil merumput sedikit bahagian di Petak 1 begitulah hasil pungutun ginseng jawa di antara weed seperti gambar di atas. Kesemuanya usia kurang dari sebulan. Minggu ini juga banyak pucuk asparagus mula keluar dari tanah. Stok bendi mammoth spineless juga makin bertambah masuk dalam peti ais (manalah tau ada hari tak dapat keluar tuai sebab hujan memanjang). Nyaris tukang kebun tak perasan yang kacang panjang batik dah mula berbuah.
Sambil mengemas kawasan berhampiran tapak semaian dapatlah juga tuaian akar muda pokok ginseng jawa (gambar no. 2). Yang ini pun paling kurang dari pokok yang berumur 3 bulan pun sudah ada ubi banyak akarnya. Kalau tanah sesuai cepat sahaja akar dan pokoknya tumbuh. Paling elok jenis tanah yang tak padat berpasir sedikit. Akarnya lepas tuai boleh tahan lama di tempat teduh dalam dapur (info dulu klik sini).
Cara pertumbuhan ginseng jawa ada pelbagai cara dari biji benih, keratan atau tanam semula akar yang telah dituai. Tapi kalau nak dapat tuaian ubi akarnya kena tanam dari biji benih bukan keratan.
Selain dari merebus akar ginseng jawa untuk bagi tenaga kepada orang lelaki,Apa yang boleh juga kita enjoy seisi keluarga dengan akar ginseng jawa?
Gardener William yang ajar buat aquaponic pada awal bulan ini (klik sini), bermurah hati kongsi idea kegunaan ginseng jawa di dapur untuk gardeners lain. Salah satu cara nak manfaat khasiat akar ginseng jawa ialah dengan masakkan sekali akar ginseng jawa sebagai bahan masak phoenix feet soup (nama glamour kaki ayam bak kata William). Tukang kebun sebenarnya tak reti makan kaki ayam but the boys suka tapi dengan resepi ini tukang kebun pun sangat enjoy menghirup sup-nya. Lebih-lebih lagi sekarang ni musim hujan, syok hirup sup panas-panas masa cuaca sejuk.
Resepi berkhasiat ini sangat mudah:
Rebus phoenix feet dengan akar ginseng jawa lebih sejam bersama red dates/goji berry. Untuk perasa sedikit garam dan kicap. Sebenarnya pertama kali tukang kebun gunakan red dates dalam soup, wow sedap juga kasi manis sup. A new cooking adventure in the kitchen. Sebab tukang kebun tak makan kaki ayam jadi campurlah dengan bebola ayam.
~ Ginseng Jawa (Akar Som) ~
Anggaran 250 biji benih dalam 1 pek RM3.00
Atau
1 pot anak pokok ginseng jawa RM4.00 .
6 ulasan:
waa macam2 tanaman ade kat kebun akak ni ye..seronoknya nak makan gi petik je..
Diana, ginseng jawa tu ada rasa pahit jugak ker?....kaki ayam sumber natural colegen, hahaha
Pertama kali bunda dengar ginseng jawa ni...harga dia macam mana ...
Kaum Cina kalu lepas bersalin memang suka buat sup macam ni...campur red date(kurma merah)....
Yummy yum-yum! I love kaki ayam. Goreng kaki ayam then stew with shitake mushroom....my fave dish! Rgds, Choi Min
Assalamualaikum Kak Diana, thanks a lot sudi share recipe, Julie memang suka mkn kaki ayam ni, sedap :p
Salam Bahagia IMM,
Syukur Alhamdulillah musim hujan ni tak berapa susah nak bercucuk tanam cuma tak tahannya rumput pun naik macam shinkansen.
Salam Bahagia Nasa Mulia,
Daun ginseng jawa tak rasa pahit.
Rebusan akarnya pun tak delah pahit sangat, biasa-biasa je walaupun direbus lama. Kalau orang tak tahan pahit masih boleh minum.
Hahaha...betul tu sumber collagen nak maintain wajah muda elastic tak berkedut.
Salam Bahagia Bunda,
Harga tak tahu pula berapa, lama tak ke kedai sensei atau beli ginseng roots.
Memang kalau orang cina suka buat sup macam ini lepas berpantang, mama tukang kebun pun ada juga pernah buat masa berpantang anak pertama dulu pelbagai rempah tradisional orang cina.
Salam Bahagia Choi Min,
Oh fried the phoenix feet until very crispy is it. Then just stew with shiitake mushroom. Any special seasoning?
Salam Bahagia Julie,
Waalaikumsalam.
Tukang kebun tak biasa makan selalu tengok je lah dearest hubby dan anak-anak berebut makan hehehe...
Bolehlah tuai akar ginseng jawa Julie buat soup musim hujan ni syoknya.
Catat Ulasan