No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Ahad, 22 Februari 2015

Cosmos bipinnatus Pink Dwarf

  Hujung minggu lepas kita jamu mata tengok pokok-pokok bunga Zinnia (related posting klik sini). Hari ini mari kita jamu mata sambil breakfast atau minum petang dengan pokok bunga cosmos pula. Bulan ini jenis cosmos yang renek atau dwarf pula bermusim bunga. Pokok cosmos biasanya tumbuh tinggi lampai tetapi ada juga yang jenis renek atau dwarf. Bagi gardeners yang suka jenis renek kerana kekurangan ruang ataupun nak tanam atas hanging basket, di sini ada beberapa jenis cosmos yang bukan tumbuh tinggi melampai sebagai contoh pilihan. 
  Minggu ini baru bermulanya Cosmos Renek berwarna pink berbunga disebabkan cuaca panas sehinggakan tukang kebun tak perasan (jadi puteri lilin kejap panas-panas ni) yang ada pokok sudah mula berbunga sampai dah pudar warnanya kerana telah beberapa hari sudah pun kembang dalam semak seperti Gambar No. 2. Bunga yang baru kembang warnanya seperti Gambar No. 1 dan No. 2. 

~ Cosmos Dwarf Pink (Cosmos bipinnatus) ~
Anggaran 30 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .
 Warna pink cosmos renek tersebut berwarna lembut. Kalau Gardeners yang suka warna terang, pilihlah Cosmos Red Dazzler yang tumbuhnya dalam linkungan renek ke sederhana bagi keluarga cosmos.

Info Cosmos Red Dazzler boleh juga dilihat di laman posting sebelum ini (klik sini). 

~ Cosmos Red Dazzler (Cosmos bipinnatus) ~
Anggaran 30 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .
  Kebiasaannya Cosmos sulphureus yang berwarna oren jenis tumbuh tinggi lampai tapi yang dibekalkan dari Kebun Bahagia Bersama ialah jenis baka tumbuh renek ke sederhana. Jenis ini menghasilkan bunga yang berlapis-lapis.

~ Cosmos sulphureus vibrant orange ~
Anggaran 30 biji benih dalam 1 pek RM3.00.
 Semoga ini dapat membantu gardeners lain nak susun deretan anak-anak pokok cosmos dari yang renek menghadap paling baris depan ke arah matahari, kemudian deretan di belakang saiz sederhana, kemudian yang jenis tinggi lampai. Mesti nampak menarik bila tanam rapat-rapat ada pelbagai warna dalam barisan-barisan tersebut.

Esok ada yang masih ambil cuti panjang ke?

6 ulasan:

Unknown berkata...

salam hari minggu diana, cantik nya cosmos tu macam2 kaler dan bentuk, teruja kaknoor tengoklah

Normala Saad berkata...

kak pun masih menunggu cosmos baru membesar. Harap2 hidup subur..

sud@is berkata...

1st time tengok cosmos pink n purple..cantikk

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Kak Noor,

Cosmos ni memang meriah pelbagai warna dan rona.

Salam Bahagia Kak Mala,

InsyaAllah cosmos ni bila dah teenager tahan panas dan kemarau.

Salam Bahagia Sud@is,

Yang ini jenis Cosmos bipinnatus.

Unknown berkata...

Cantiknye geram pulak tengok sy nak beli juga yg ini

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Pimples Dimples.

Ada stock.
Pesanan email ke (kebunkmg@gmail.com).