Hujung minggu lepas mencuri masa mengemaskan stok pokok ubi bemban yang dah padat merimbun dalam bekasnya nak dibahagi-bahagikan kepada bekas baru. Tak disangkakan dah banyak ubi penuh berselirat dah tumbuh boleh dituai dalam bekas-bekas tersebut. Bekas yang saiznya kecil diingatkan dahulu konon-kononnya jenis kecil tidak sesuai untuk menampung pokok-pokok yang menghasilkan ubi. Sebagai contoh gambar No. 1 apa yang sudah dipenuhi dalam ruang tanah terdapat sudah ubi-ubi boleh dituai dalam kotak minuman Tetra Pak yang asalnya untuk isi kandungan 1 liter air. Tapi sebab dah dipotong kotaknya nak buat lubang jadi mungkin tinggal ruang 700ml untuk isi tanah bagi akar serta ubinya untuk tumbuh.
Yang ini pula tanah yang sudah padat dalam polibeg hitam tukang kebun tarik keluar begitu sahaja menjadikan contoh bekas sebesar/setinggi ruang tanah yang hanya sebesar tapak tangan tukang kebun juga begitu mudah menghasilkan ubi-ubi bemban untuk dituai. Kalaulah dapt hasilnya seperti yang telah diperolehi dari bekas kecil besar tapak tangan tukang kebun ini kira successful juga kan. Maka tidak mustahillah untuk mereka yang memiliki ruang terhad ataupun balcony/container garden boleh ada kebun mini ubi bemban. Boleh sahaja tanam ubi bemban dalam polibeg saiz sederhana.
Ataupun kitar semula botol minyak masak atau kotak minuman Tetra Pak. Tahun Baru Cina ini mesti banyak bekas air botol minuman atau Tetra Pak yang boleh dikumpul untuk dikitar semula untuk bercucuk tanam. Bolehlah untuk persediaan buat gardening activity project for this coming short semester holiday in March with your kids. Walaupun anda novice gardener ada high successful rate growing ubi bemban yang tak cerewat dan begitu mudah tumbuh di suasana Tropical WonderLand sepanjang tahun. Gambar di bawah contoh saiz ubi bemban yang dapat dituai dari bekas-bekas tersebut di sebelah parang sebagai perbandingan.
~ Ubi Bemban ~
1 pot for RM7.00 .
8 ulasan:
Interesting betul-betul interesting. Kakak jadi macam eh... bolehlah kalau macam tu kakak tanam:)
Assalamualaikum Kak Diana, comelnya...suka pula Julie tengok, boleh tanam dlm container pula, kalo mcm tu book sepot :) thanks kak...
Wow, they are so productive even though it is just growing in such a small container. Great to know they are good for container gardening.
Salam Bahagia KakZakie.
Ubi bemban ni sedap digabungkan dengan masakan masak daging.
Waalaikumsalam Julie.
Memang dah sah mudah ditanam dalam pot ubi bemban ni. Beginners pun tak struggling nak growing ubi bemban.
Salam Bahagia Sean.
Ubi bemban usually grow the tubers so deep in the soil when planted on the ground cos they are very clever plants searching for water during drought season neglected in the backyard. In pots easier to harvest the tubers.
Happy Lunar day.
Assalamualaikum..kebun bahagia,mcm mana saya nak beli ubi bemban ni dgn tuan ya...saya memerlukannya bg tujuan perubatan...ni no.saya 01115064115
Waalaikumsalam BlogIbuRayyan.
Untuk maklumat lanjut boleh cerita dekat email (kebunkmg@gmail.com).
Catat Ulasan