No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Ahad, 16 Ogos 2015

Detik Degupan Jantung Pisang Nangka

   Hujung minggu ini sebelum Tukang Kebun mulakan projek mengemas di depan pagar rumah, nak buat coretan ringkas mengenai perubahan pembesaran jantung pokok pisang nangka. Antara jenis-jenis pisang, pisang nangka mempunyai jantung yang besar memang mudah dibezakan. Jantung pisang nangka yang baru terkeluar dari celah pelepah-pelepah daun kadangkala boleh menghasilkan panjang jantung pisang nangka yang diameternya lebih panjang dari 2 biji kelapa yang disusun berderet. Sebagai contoh, jantung pisang gambar no. 2 boleh dibandingkan dengan buah-buah kelapa yang bergayutan di pokoknya dalam background.
  Secara beransur-ansur, kelopak jantung akan terbuka dan menonjolkan buah pisang-pisang yang kecil di hujungnya ada bunga-bunga sebenar pisang nangka.
  Seperti bentuk jejari, buah pokok pisang akan memanjang dan lama-kelamaan akan mengemuk bila sudah hendak masak. Kelihatan di bahagian bawah sekali berdekatan jantung pisang, buah-buah pisang masih lagi membentuk yang masih lagi halus berbanding dengan bahagian atas yang lebih besar.
  Pokok-pokok pisang nangka yang penerimaan kawasan cahaya matahari yang banyak akan lebih menghasilkan tandan yang mempunyai lebih banyak sisir buah pisang nangka berbanding dengan yang berada di kawasan yang kurang menerima cahaya matahari. Pokok pisang nangka juga mampu berbuah di kawasan yang kurang penerimaan cahaya, tetapi sisir buahnya adalah kurang dan mengambil masa untuk berbuah. Dalam permerhatian Tukang Kebun, di kawasan yang kurang penerimaan cahaya hasil buahnya kebiasaannya setengah dari biasa yang lebih banyak menerima cahaya matahari secara langsung. Pokok pisang nangka boleh hidup di kawasan kurang cahaya matahari cuma hasilnya kurang.
  Lama-kelamaan jantung pisang nangka akan mengecil sambil mengeluarkan bunga-bunga (bakal buah pisang). Bila sudah tiada buah pisang baru yang akan terbentuk, bolehlah potong jantung pisang tersebut dari tandan. 
  Pisang nangka bila ranum tak bertukar warna kuning keemasan ya. Cuma warnanya akan jadi hijau pucat atau sedikit hijau-hijau kekuningan.
  Syukur Alhamdulillah tahun 2015 ini rezeki pisang nangka murah di Kebun Bahagia Bersama. Setiap bulan memang dapat merasa makan pisang nangka dari kebun sendiri. Terima kasih juga atas sokongan kawan-kawan ramai juga sudi mendapatkan bekalan pisang nangka dari Kebun Bahagia Bersama. Dapatlah masuk dalam simpanan tabung untuk belanjawan makanan PETs di Kebun Bahagia Bersama. Semalam petang sebelum kasi makan PETs masuk tido dalam kandang, dapatlah juga kami pindahkan beberapa anak pokok pisang nangka dan pisang kadau (Tukang Kebun jadi supervisor je, dearest husband did all the hard work, nanti demam urat balik). Selagi terdaya bolehlah besarkan sedikit demi sedikit kawasan kebun pisang dalam Kebun Bahagia Bersama. As our appreciation for the supports, bulan Ogos ini kami buka promosi bibit-bibit pisang nangka.

~ 3 bibit-bibit pisang nangka for RM10.00 (valid only August 2015) ~
  Minggu depan kami masih bekalkan buah pisang nangka untuk yang berminat. Boleh self-collect atau penghantaran via Pos Laju Malaysia. Telur itik juga available (sebutir 70sen).

~ Sesisir buah pisang nangka RM5.00 ~
  Setiap kali tuai pisang nangka mesti masakkan kegemaran dearest husband pengat pisang nangka. Pencuci mulut yang tidak mengambil masa nak sediakan dan cukup save budget. Sekarang jika masak pengat pisang nangka, Tukang Kebun hanya gunakan gula Melaka sebagai pemanis, tidak gunakan gula pasir langsung. Biji sago direndam dalam air terlebih dahulu sebelum dimasak untuk cepat masak. 

Bahan-Bahan:
Pisang Nangka
Hirisan Gula Merah
Daun Pandan
Biji Sago (rendam dalam air dahulu)
Santan
Secubit garam untuk kasi rasa lemak-lemak je

1. Panaskan air. Kemudian masukkan hirisan gula merah. Kacau sehingga larut. 
2. Masukkan Santan. Kacau hingga sebati. Masukkan daun pandan.
3. Masukkan Pisang Nangka, Biji Sago.
4. Kacan-kacau sampai semua bahan dah nampak masak, letak secubit garam. Done.

9 ulasan:

Normala Saad berkata...

Sedapnya pengat tu Diana. Mesti gebu pisang nangka ni...

suka suka berkata...

K Mar book ya..

carlz berkata...

fuh! tingginya pokok pisang tu mencecaha awan. Buahnya banyak dan besar pula tu....

Suzie berkata...

sedap bila dengar pisang nangka

Kakzakie Purvit berkata...

Jantung pisang tu tak ambil ke Dee?
kalau rebus cecah sambal asam sedap tau:)

AMIIZAA@Mieja berkata...

sedapnyaaaaa....terliur tgk:)
suka sangat pisang nangka goreng...

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Kak Mala.

Diana memang suka gunakan pisang nangka buat pengat sebab ada rasa masam-masam manis. Tapi anak pula suka pisang jenis yang manis.

Salam Bahagia Kak Mar.

InsyaAllah bila ready nanti kami poskan ya.

Salam Bahagia Carlz.

Kalau cukup zat dan cahaya pokoknya memang subur tinggi serta buah banyak. Kalau kurang cahaya buahnya separuh dari biasa dan tak besar macam yang cukup zat.

Salam Bahagia Kak Suzie.

Diana gemarkan pisang nangka macam-macam boleh dibuatnya, teringat nak cuba buat kerepek tak terbuat-buat lagi.

Salam Bahagia KakZakie.

Dee tak pandai lagi nak masak jantung pisang. Kena berguru dulu.
InsyaAllah nak cuba juga suatu hari nanti. Tak de masa nak research membaca-baca cara preparation.

Salam Bahagia Kak Mieyja.

Saya pun suka pisang nangka goreng, tapi saya kejap jadi ranggup, kejap tak ranggup, tak pass lagi masak pisang goreng ni hehehe....

Raziz berkata...

Semalam saya rebus jantung pisang nangka, kenapa rasa pahit jantung pisang nangka ye..

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Raziz Hasan,

Kalau jenis jantung pisang nangka memang ada rasa pahit sikit.
Yang sedap jantungnya macam jenis pisang abu.