Pada hari kelima berada di Jepun di mana kami melawat kawasan negeri Miyagi. Selepas sarapan di Richmond Hotel Sendai dan setelah check out dari hotel, kami menaiki keretapi dari Sendai Station ikut JR Senseki Line dan berhenti di Hon-Shiogama Station. Syukur Alhamdulillah luggage masih boleh Richmond Hotel Sendai simpankan sementara kami pergi jalan-jalan siang hari. Jimat belanja tak perlu sewa locker simpan luggage di stesen keretapi. Hotel ke stesen Sendai pun dalam 15 minit walking distance. Ada 3 luggage besar perlu diheret pula nanti. Kalau sewa tiga locker simpan beg saiz besar dah boleh belanja satu lunch tu untuk sekeluarga. Lagipun selepas selesai lawatan pada hari kelima ini akan kami kembali semula ke Sendai Station untuk naik bullet train ke negeri Iwate di mana kami akan menginap seterusnya.
Masa hari pertama kami sampai di Airport Narita sebenarnya kami dah kirim satu luggage beg terus ke Richmond Hotel Sendai. Masa kami check in hari ketiga di Richmond Hotel Sendai dah siap ada luggage beg yang dikirim dalam bilik hotel yang disediakan. Sebelum pergi Jepun, ada hotel staff email kat Tukang Kebun (in English) tanya kalau perlu extra bed. Tukang Kebun inform tanya terus possible tak nak kirim luggage in advance kalau dah sampai Jepun nanti. Jika di Sendai kami recommend jugalah Richmond Hotel Sendai (Official Website) kerana servisnya bagus dan ada juga receptionist standby untuk pelancong yang berbahasa Inggeris. Banyak jugalah complimentary gift diberikan untuk isteri (set kecantikan) dan kanak-kanak (toys and bath goodies). Yang pakej kami ambil termasuk portable wi-fi dan buffet breakfast. Ada disediakan pyjamas sekali. Jika ada anak lebih dua tak banyak pilihan di Sendai kalau nak semua cram sebilik je la terutama berdekatan dengan stesen keretapi. Antara hotel budget yang dapat masa tu untuk sebilik 2 dewasa dan 3 kanak-kanak ialah Richmond Hotel Sendai.
Destinasi pertama kami pada hari kelima di Jepun ialah melawat Kuil Shiogama. Nak ke Kuil Shiogama ini pula banyak tangga nak daki tau jadi memang tak sesuai bawa beg luggage yang beroda tu. Kalau ikut jalan betul yang depan terus naik sampai Kuil Shiogama yang steep macam Batu Caves tu ada 202 anak tangga nak kena langkah. Kami ikut jalan belakang ke Kuil Shiogama.
Baru nak melangkah tangga pertama ikut jalan belakang ke Kuil Shiogama ini, ternganga kejap tengok rumah yang dah terkosong terbiar di belakangnya di celah-celah batu banyak pokok tumbuh sendiri subur berwarna-warni sedang meriah bergugusan bunga mekar. Walaupun cuaca makin sejuk, masih ada banyak lebah berterbangan ambil peluang untuk kumpulkan makanan dari bunga-bunga ini. Siapa boleh spot bee dalam gambar bawah? Ada tu. Pada bunga warna apa?
Tukang Kebun kurang pasti jenis pokok bunga apa yang tumbuh gayut di celah-celah batu ni. Tapi dari bentuk daunnya macam keluarga pokok bunga kekwa je ni. Lagipun musim luruh biasanya musim bunga kekwa. Bunga kekwa kebanyakkannya asal dari Asia Timur dan adalah keluarga Asteraceae. Jika biji benih dalam keluarga sama dengan bunga kekwa ada iaitu bunga aster (1 pek berharga RM6.00, Original Packaging dari Jepun total volume benih 1ml).
~Aster Red Flame~
~Aster Pastel Color Mixed~
Bukan Ibu je seronok ikut jalan belakang ini untuk enjoy the scenary. Tapi anak-anak pun dari mula langkah tangga dah mula menarik sifat meneroka mereka tu. Tukang Kebun recommend ikut jalan belakang ni terutamanya musim luruh banyak nice photospot.
Lebih 10 meter sahaja naik tangga, ada rumah yang open untuk public yang ada peninggalan bersejarah. Boleh tengok for free. Jika tak silap ini adalah 'Kyu-Kameitei Old Residence' yang dibina pada tahun 1924. Salah satu peninggalan warisan di mana unsur Western digabungkan dalam rumah tradisional rekaan Jepun. Rumah ini pun ada juga blog dia tersendiri untuk update kepada peminat dia (Official Website). Sebenarnya tembok dinding tinggi yang pokok kekwa meriah berbunga tu salah satu dari rumah warisan ini juga.
Tengok rumpunan pokok ini di taman luar rumah warisan ni, teringat pula Tukang Kebun dengan rumpunan Serai Acheh di rumah. Ini pun macam jenis pokok bebawang atau ada rhizome rasanya, tak terkeluar dekat kepala jenis pokok ini kat Jepun. Bila tiba musim bunganya mesti meriah cantik.
Ini dia antara rumpunan pokok Serai Acheh di Kebun Bahagia Bersama yang terselit dengan anak pokok katak puru. Pokok Serai Acheh pun berbunga juga seperti di gambar bawah. Pokok Serai Acheh ni banyak kegunaannya dah banyak kali membantu Tukang Kebun jaga kesihatan anak-anak supaya cepat pulih. Pucuk muda daun katak puru pula dikatakan boleh membantu melawaskan masalah buang air kecil.
More info on Serai Acheh (Click Here).
~ 1 bekas pokok Serai Acheh RM7.00 ~
~ 1 bekas anak pokok Katak Puru RM10.00~
~ 5 biji buah katak puru RM2.00 ~
~ 5 biji buah katak puru RM2.00 ~
~ 1 ikat daun serai RM1.00 ~
~ 1 ikat pucuk daun katak puru RM1.00 ~
InsyaAllah hujung minggu ini Self-Collect available, 6th/7th January 2018 Saturday/Sunday Morning between 10:00AM~10:30AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.
Tukang Kebun selalu tertanya-tanya kalau jenis bebawang yang tidur dalam tanah kalau banyak daun kering tertutup di atas, mampukah pucuk-pucuk baru keluar dari tanah? Bila perhatikan daun-daun yang dah keluar dari tanah ini very amazed. Maknanya bawang ini sentiasa alive alert dengan perubahan suhu tanah membuat ia teruja nak bangun. Daun ini walaupun ringan mampu poke out from the dead leaves. Tukang Kebun main teka-teka sahaja ini tengok dari daunnya dan ikut musim macam pokok narcissus (Suisen) kut. Just a guess. Kalau ada rakan-rakan kebetulan ada rezeki tengok bunga blooming berdekatan Kuil Shiogama ni nanti inform lah ya.
It was a really a nice walk ikut jalan belakang ke Kuil Shiogama. Untuk yang khuatir sakit lutut, gunakan jalan belakang dia sekurang-kurangnya tangga dia tak curam. Kami ini pun bila dah masuk hari kelima banyak berjalan kaki, lenguh juga kaki. Tapi bila tengok pemandangan yang cantik seperti ini boleh buat ubat untuk kaki-kaki yang lenguh tu. Kemudian angan-angan orang dulu pergi pilgrimage lagilah jauh berjalan kaki, kasi semangat.
Sepanjang naik tangga ini boleh dilihat banyak stone lantern yang digunakan pada zaman dahulu sebelum ada electricity. Sekarang ni adalah elektrik macam gambar di atas tu (old and modern fusian). Boleh kita nampak kawasan kuil ini ada kepentingan kepada penduduk tempatan ini dari zaman dahulu lagi. Banyak stone lantern di kawasan menghala ke Kuil Shiogama yang dinyalakan pada zaman tiada elektrik untuk membantu penduduk arah jalan waktu malam. Kuil Shiogama ini memang antara Kuil paling lama di kawasan Tohoku sudah jumpa direkodkan dalam buku sejak tahun 800 (ya tiga digit lapan ratus, bukan empat digit zaman sekarang) di mana dalam rekod ketika itu dikatakan Kuil Shiogama diberikan pengecualian bayar cukai. Kuil Shiogama ini umurnya lebih dari seribu tahun tersimpan sejarah. Berbeza dengan stone lantern di Kuil Fukurasan Nikko (related posting klik sini), yang tersusun rapi beri impression imposing status, stone lantern di sepanjang perjalanan ke Kuil Shiogama terpisah-pisah yang complement dengan nature. Tukang Kebun suka tengok sebab dia blend dengan kawasan sekitar dia dan nampak more homely.
Apa yang menarik lagi di Kuil Shiogama ini adalah ada pelbagai features yang tak membosankan pelancong-pelancong. Ada juga kawasan yang copy macam Japan Forest Bamboo. Tambahan pula paling best kawasan ini tak overcrowded dengan pelancong-pelancong. Kami je pelancong yang gunakan jalan belakang ke Kuil Shiogama ini. Kebanyakkan penduduk tempatan sahaja, so you have a scene like in Japanese drama. Walaupun kuil Shiogama ini dikelilingi padat dengan bangunan-bangunan masih boleh dengar burung berkicau-kicauan.
Sebenarnya Kuil Shiogama ini adalah salah satu kuil di area Tohoku yang paling cantik masa musim sakura. Tambahan pula di sini ada pelbagai jenis koleksi variety sakura. In fact, Kuil Shiogama ada variety pokok bunga sakuranya yang tersendiri yang juga dimasukkan dalam senarai natural National Monument Jepun (Website Info).
Mula-mula Tukang Kebun tak perasan pun sebenarnya di Kuil Shiogama ini juga ada simpan variety pokok sakura yang bloom in winter. Darling Tukang Kebun lah notice panggil, tengok ni ada pokok sakura berbunga ni. Baru ada beberapa kuntum sahaja yang kembang, yang lainnya tengah keadaan berputik. Tengok tag label di pokok sakura ini variety jenis KobukuZakura. Syukur Alhamdulillah walaupun penghujung musim luruh, ada rezeki juga trip ke Shiogama Shrine ni tengok bunga sakura. Kawan-kawan yang ada rezeki melawat kawasan Tohoku di Jepun pada awal Disember jika nak tengok winter sakura boleh ambil kesempatan susun program ada lawat Kuil Shiogama. Mesti lebih banyak bunga yang kembang masa awal Disember untuk winter sakura jenis KobukuZakura ini.
Yang rajin berbunga versi mini pokok sakura putih di Kebun Bahagia Bersama ialah seperti tumbuhan air di bawah. Pokok tumbuhan air di bawah ini juga berasal dari Jepun dan namanya ialah ShiroHanaSakuraTade. Pokok tumbuhan air ini mudah dibela dengan cuaca kita ini.
More info on ShiroHanaSakuraTade (Click Here).
~ 5 moist bare-rooted plant ShiroHanaSakuraTade RM7.00 ~
Akhirnya sambil melayan anak-anak, jumpa juga gerbang masuk Torii yang seterusnya. Masih merah menyala lagi pokok maple Jepun di Kuil Shiogama pasti amat memuaskan hati jurugambar.
Walaupun kawasan arah pergunungan di negeri Miyagi dah luruh kebanyakkan daun pokoknya. Tapi jika anda ke arah kawasan berhampiran laut, musim luruhnya agak lambat dalam dua minggu perbezaan peralihan peak musim luruh. Kuil Shiogama ini berdekatan dengan laut, boleh nampak laut dari Kuil Shiogama. Sempatlah juga kami menikmati peak musim luruh di dalam negeri Miyagi apabila lawat kawasan berdekatan pantai.
Rasanya kalau berjalan je tak berhenti-henti cepat juga sampai kawasan utama Kuil Shiogama ini. Tapi anak-anak pula seronok sangat explore nature kat Kuil Shiogama ini ambil 3 kali ganda masa nak sampai dari biasa kut.
Kalau tengok rekaan stone lantern di sini ada pelbagai juga ikut section. Mungkin ikut peredaraan zaman bila pertambahan dibuat. Menunjukkan there are many layers of history di Kuil Shiogama ini.
Jika ikut jalan depan yang tangga bilangan 202 tu akan tiba di gambar bawah ni.
Yang kemudiannya akan terus berhadapan dengan pintu masuk yang dipanggil 'Zuishinmon'. Biasanya kalau dekat Kuil Jepun ini yang menjaga pintu masuk ialah dewa Fujin dan Raijin macam di Omotemon Toshogu Nikko (related posting klik sini). Tapi yang mengapit pintu masuk ini ada dua patung Yabusame archers sedang pegang anak panah.
Di Kuil Shiogama ini setiap tahun pada bulan Julai ada acara pertandingan memanah sambil naik kuda.
2 ulasan:
Cantiknya bunga2 ni Rasa macam bukan Bunge betul pulak haha
Salam Bahagia Sis Mamapp,
Tengok bunga pun boleh jadi asyikkk hehehe...
Catat Ulasan