No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Sabtu, 20 Januari 2018

Teluk Matsushima Cruise

  Syukur Alhamdulillah kali ini membawa anak-anak ambil pengalaman bercuti di Jepun dapat merasa pelbagai kenderaan awam di Jepun ini. Naik keretapi hampir setiap hari, ada juga naik bas dan berjalan kaki pun memang berkilo-kilo meter setiap hari. Teringat iklan ball pen kilometrico masa zaman sekolah dulu. Hari kelima bercuti di Jepun 2017, berkesempatan juga naik feri untuk menikmati pemandangan Teluk Matsushima yang terkenal di Jepun sebagai antara Top3 Teluk Tercantik di Jepun. Feri bertolak dari Marine Gate Shiogama pada pukul 2petang ke arah bandar kecil Matsushima pula.
 Bangunan baru untuk Wholesale Seafood Market Shiogama kelihatan apabila menyusur keluar dari sungai ke kawasan Teluk. Bangunan asalnya sudah mengalami kerosakan teruk akibat bencana Tsunami 2011. Bangunan baru ini mengikut trend zaman yang lebih moden dengan banyak-banyak solar panel untuk ikuti konsep renewable energy dan environmentally green friendly technology. Di sinilah tempat banyak ikan-ikan tuna yang ditangkap dibawa masuk untuk dilelong dan diedarkan ke pelbagai tempat. Dah pukul 2 lebih sudah tutup. Jika sebelum Subuh pasti banyak bot-bot nelayan di tepinya.
 Teluk Matsushima ini juga terkenal dengan hasil ternakan tiram. Kawasan yang berdekatan dengan daratan kelihatan banyak kayu-kayu pancang tempat di mana Tiram diternak.
 Walaupun hari kami membuat lawatan di Teluk Matsushima adalah pada hari bekerja dan bukan cuti am, masih kelihatan banyak-banyak ferry pelancong lain di sekitar Teluk Matsushima untuk menikmati keindahan di Teluk Matsushima.
 Teluk Matsusima ini di persekitarannya terdapat lebih dari 200 pulau-pulau kecil. Bentuknya yang pelbagai kesan dari hakisan semulajadi. Ada yang kecil sahaja pulaunya dengan beberapa pokok pine tumbuh di atasnya.
 Jika di Teluk Matsushima sebenarnya bilangan pulau-pulau adalah lebih banyak berdekatan dengan bandar kecil Shiogama berbanding dengan bandar kecil Matsushima. Antara tarikan untuk membuat cruise bermula dari Shiogama ke arah Matsushima atau vice versa.
 Teringat pula lukisan zaman-zaman sekolah dulu. Depan lukis laut, pastu ada rumah kayu dengan pokok kelapa. Kemudian background lukisan tu gunung ada awan dan burung-burung berterbangan. Bila tengok Shiogama dari arah laut, ada air laut di depan, pulau-pulau dekat laut. Kemudian penempatan rumah padat di kaki banjaran gunung dan ada awan. Burung-burung besar warna hitam ada juga yang kadangkala bukan berterbangan di awan tetapi bertenggek atas pulau-pulau yang saiz sangat kecil macam batu sahaja.
 Cuma di tepi kawasan dekat persisiran pantai Shiogama ini terdapat banyak pancang-pancang kayu untuk perternakan tiram. Walaupun ada beberapa kilang perindustrian di tepi kawasan laut nampaknya ianya tak menjejaskan kualiti air dan perternakan tiram. Ini kita boleh nampak jelas bagaimana industri perkilangan mereka punya waste management sangat baik ikut peraturan.
 Dah puas berjalan sebelah pagi anak-anak explore tempat-tempat menarik di Shiogama bila duduk dalam Feri sambil menikmati pemandangan dah mula rasa mengantuk dengan cuaca suhu bilik yang tak sejuk macam di luar. Di dalam feri ada diberikan penjelasan dalam Bahagia Inggeris dan Jepun bila lalu mana-mana pulau-pulau kecil yang terkenal di dalam Teluk Matsushima.
 Apabila menghampiri bandar kecil Matsushima nampak ketara perubahan pemandangan dari laut jika dibandingkan dengan bandar kecil Shiogama. Bandar kecil Matsushima penempatan tidak nampak padat kerana ianya lebih kepada pelancongan sekarang. Manakala bandar kecil Shiogama lebih ke arah kawasan penempatan dan perusahaan. Arah objektif pembangunan kedua-dua bandar ini berbeza,.
 Di bandar kecil Matsushima ini banyak tempat berehat atau penginapan. Ada juga tempat penginapan yang ada hot spring juga sambil berendam boleh menikmati pemandangan Teluk Matsushima. Mula-mula ingat nak cari juga tempat penginapan di Matsushima yang ada hot spring tetapi harganya agak mahal berbanding dengan kawasan Nikko. Antara sebab kami menginap di Kinugawa Onsen di Nikko (related posting Klik Sini) untuk ada jugalah pengalaman anak-anak merasa mandi hot spring. Bila rancang perjalanan, macam di kawasan dalam Nikko lebih jimat untuk tempat penginapan dengan hot spring juga ada sarapan dan makan malam.
 Apabila hampir sampai ke bandar kecil Matsushiima boleh kelihatan di sebelah kiri ada tourist spot iaitu rumah teh 'kanrantei'. Sambil minum teh hijau Jepun menikmati pemandangan Teluk Matsushima dari rumah ini. Zaman-zaman dahulu para bangsawan menggunakan bangunan ini untuk menikmati pemandangan Teluk Matsushima. Kanrantei juga membawa maksud 'Pavilion for contemplating the waves'.
 Sebelah kanan pula dari jeti apabila sampai kelihatan ada jambatan merah panjang yang menghubungkan Pulau Fukuura dengan daratan.
 Apabila sampai di Jeti Teluk Matsushima di bandar kecil Matsushima dalam pukul 3 petang kami berjalan ke kawasan sebelah kanan dulu. Berbeza dengan bandar kecil Shiogama di sini ramai pelancong datang menikmati kawasan Teluk Matsushima ini.

Bila browse gambar seri pagi Jepun, rupanya ada dulu Tukang Kebun tanam seri pagi Jepun nama 'Matsushima' (klik here). 

 Sekarang ini dah masa sesuai untuk tanam pokok seri pagi Jepun ya. Yang berminat ada juga stok bunga seri Pagi Jepun yang jenis Merry-Go-Round Fuji  (klik sini) di mana ada garisan-garisan putih antara kelopaknya ( 1 pek original from Japan RM18.00).

Have a lovely weekend.

2 ulasan:

mamapp berkata...

Mama suka kalau jln2 tgk pemandangan cantik mcm.ni. cantik juga seri pagi jepun tu

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sis mamapp,

Seri pagi Jepun ni memang banyak jenis dan kembang lama.