Hati berbelah bagi juga sebenarnya minggu ini nak buka tawaran untuk pokok bunga kantan merah kegemaran Tukang Kebun ini. Memandangkan hujung minggu ini perancangan ialah untuk kemas kawasan keliling ini, alang-alang hanya pesanan self-collect hujung minggu dan penghantaran isnin depan sahaja Tukang Kebun terima untuk pokok kantan bunga merah dengan bilangan amat terhad.
Jangan dia merajuk kena kacau sudahlah ya. Bukan sepantas kilat nak tunggu dia merimbun beranak pinak. Bunga kantan merah ini juga boleh digunakan untuk masakan. Kalau di tamu Sabah memang kebiasaan juga bunga kantan merah ini ada dijual untuk masakan.
~ 1 moist bare-rooted red torch ginger plant rhizome RM50.00 ~
Yang gambar di bawah ini rumpun pokok bunga kantan adik beradiknya di belakang dapur Teratak Kiulu Lodge 2 (Kampung Poturidong Lama), Kiulu Sabah. Tahun ini macam tak putus-putus berbunga, setiap kali balik jenguk mesti ada beberapa kuntum. Moga sales rizom pokok bunga kantan ini boleh masuk tabung untuk beli peti ais bagi kegunaan bersama di dapur tingkat 2 Teratak Kiulu Lodge 2. Big Boss dah berapa kali bagi hint Tukang Kebun sponsor peti ais sebab memudahkan kami yang tidur di tingkat 2 nak simpan air minuman kononnya.
Jika ada yang merancang lawat Sabah cuti panjang hujung tahun ini marilah lawat Kiulu dan menginap di Teratak Kiulu Lodge kami. Boleh juga lawati laman facebook Teratak Kiulu Lodge. Ada 2 tempat:
(1) Teratak Kiulu Lodge 1 (Kampung Ranap, 5~10 minit jalan kaki ke pekan Kiulu dan berdekatan dengan masjid kiulu, simpang masuk sebelah masjid).
(2) Teratak Kiulu Lodge 2 (Kampung Poturidong, yang suka adventure, kena lintas jambatan gantung jika kereta tak dapat lalu kerana sungai besar masa musim hujan).
Enquiry and Reservation Contact No.:
Danial : 019-850-2434
Jenny : 019-852-3961
5 ulasan:
Cantik Kantan merah ni Diana, Kaknoor ada kantan pink je kat rumah memang susah jugak cari kat tamu di Brunei ni kebanyakan nya warna pink saja yg banyak
aduh kak.... cantiknya bunga kantan merah ni...
tak pernah dana nampak org jual lah kt sini... msti cantik klu msk dlm masakan yg gunakan sebagai ullam mcm nasi ulam atau laksa kan...
Pokok kantan memang pun suka merajuk kalau kita kacau dia.
assalam, ada jual ke kantan merah ni..kalau ada nak beli..TQ
hastuzamh@gmail.com
Assalamualaikum Kak Nor,
Kalau kantan merah kekadang kalau musim biasa ada juga ternampak jual di tamu tamparuli selain dari warna pink. Warnanya terang menyerlah sikit dari yang pink.
Salam Dana,
Ya kat Semenanjung yang warna begini sukar sikit nak terserempak. Ya kalau campur dengan ulam nampak kasi ceria hidangan.
Salam Bahagia Aunty,
Musim kemarau berpanjangan dekat sekitar KK ni nampak rumpun kantan merah mak yang di bandar dan kebun di kampung banyak sungguh hasilnya macam tak putus-putus pula.
Salam Sis,
Ada kamijual juga rizom kantan merah.
Boleh email ke (kebunkmg@gmail.com).
Catat Ulasan